lampiran 1 sistem pengurusan pelan …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2023-sistem...lampiran...

4
LAMPIRAN 1 SISTEM PENGURUSAN PELAN BANGUNAN MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG 1.0 PENGENALAN 1.1 Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15 Disember 2976, di bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. MBPP adalah organisasi yang menyediakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Pulau Pinang (di bahagian Pulau). MBPP mempunyai satu kawasan pentadbiran tempatan yang luasnya kira-kira 299.65 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang bangsa seramai 660,000 orang. 2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan) 2.1 Tujuan Inovasi Sistem Pengurusan Pelan Bangunan merupakan kemudahan capaian online kepada orang awam dan dalaman Majlis Bandaraya Pulau Pinang bermula pada 2 Januari 2015. Ianya dibangunkan untuk pengurusan permohonan dan pemantauan pelan bangunan secara online yang lebih teratur dan efisien. Pengguna utama adalah arkitek perunding atau dikenali sebagai Principal Submitting Person yang menjadi pihak yang mengemukakan permohonan pelan bangunan bagi pihak pemaju. Manakala Pentadbir dalaman MBPP dari Jabatan Kawalan Bangunan MBPP dan Unit Pusat Setempat (OSC) MBPP yang bertindak menguruskan permohonan sehingga kelulusan pelan bangunan tersebut diperolehi atau tidak. 2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi in-house 2.3 Proses sebelum dan selepas Sebelum pelaksanaan SPPB pelanggan perlu membuat permohonan secara manual dengan mengunjungi ke kaunter fizikal untuk mendapatkan kemudahan. Selepas pelaksanaan SPPB telah berjaya memberi banyak kemudahan kepada arkitek perunding bukan sahaja dari Pulau Pinang, malah yang berada di luar Pulau Pinang dapat berurusan dengan MBPP dengan lebih mudah dan cepat melalui capaian aplikasi di hujung jari.

Upload: doantram

Post on 16-Mar-2019

283 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 1

SISTEM PENGURUSAN PELAN BANGUNAN

MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN

1.1 Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah ditubuhkan pada 15 Disember 2976, di

bawah Akta Kerajaan Tempatan, 1976. MBPP adalah organisasi yang

menyediakan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan untuk Pulau Pinang (di

bahagian Pulau). MBPP mempunyai satu kawasan pentadbiran tempatan yang

luasnya kira-kira 299.65 kilometer persegi dengan bilangan penduduk berbilang

bangsa seramai 660,000 orang.

2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)

2.1 Tujuan Inovasi

Sistem Pengurusan Pelan Bangunan merupakan kemudahan capaian online kepada orang

awam dan dalaman Majlis Bandaraya Pulau Pinang bermula pada 2 Januari 2015. Ianya

dibangunkan untuk pengurusan permohonan dan pemantauan pelan bangunan secara online

yang lebih teratur dan efisien. Pengguna utama adalah arkitek perunding atau dikenali

sebagai Principal Submitting Person yang menjadi pihak yang mengemukakan permohonan

pelan bangunan bagi pihak pemaju. Manakala Pentadbir dalaman MBPP dari Jabatan

Kawalan Bangunan MBPP dan Unit Pusat Setempat (OSC) MBPP yang bertindak

menguruskan permohonan sehingga kelulusan pelan bangunan tersebut diperolehi atau tidak.

2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi

in-house

2.3 Proses sebelum dan selepas

Sebelum pelaksanaan SPPB pelanggan perlu membuat permohonan secara manual

dengan mengunjungi ke kaunter fizikal untuk mendapatkan kemudahan. Selepas

pelaksanaan SPPB telah berjaya memberi banyak kemudahan kepada arkitek

perunding bukan sahaja dari Pulau Pinang, malah yang berada di luar Pulau Pinang

dapat berurusan dengan MBPP dengan lebih mudah dan cepat melalui capaian

aplikasi di hujung jari.

2.4 Elemen penurunan kuasa (jika ada)

2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/Negara:

i) Elemen Inovatif/Kreativiti

Integrasi portal ini dengan aplikasi SMS MBOO dan EMEL MBPP juga telah

membolehkan pihak pentadbiran memaklumkan kepada pemohon status

permohonan dan peringatan keperluan membuat bayaran kepada mereka

dengan cepat dan berkesan.

ii) Elemen Keberkesanan

-Meningkatkan pematuhan bagi memenuhi keperluan data PSP

-Memastikan penyelesaian tugas mengikut KPI

-Memperkenalkan ciri mudah alih yang baru untuk pemantauan di tapak kerja

iii) Elemen Signifikan

- Memberikan kemudahan membuat permohonan pelan bangunan secara

online.

- Kemudahan menyemak status permohonan sama ada lulus atau ditolak

secara online.

- Kemudahan membuat pembayaran secara online sama ada melalui kad

kredit atau FPX atau bayaran tunai di kaunter MBPP.

- Pemakluman notifikasi secara emel dan sms.

- Aplikasi ini memendekkan tempoh pemprosesan

- Pembahagian bebanan kerja untuk meningkatkan produktiviti

iv) Elemen Relevan

- Integrasi aplikasi ini dengan kemudahan bayaran online telah dapat

menambah pendapatan MBPP seterusnya membantu MBPP memberikan

peluang perniagaan seterusnya meningkatkan perkembangan ekonomi

tempatan dan negara.

2.6 Pengiktirafan diterima

Johan Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2015

2.7 Gambar-gambar berkaitan

2.8 Implikasi Kewangan (jika ada)

3.0 PENUTUP

Penyelenggaraan dan penambahbaikan ke atas aplikasi SPPB dilakukan secara berterusan

baik dari segi teknikal mahupun pentadbiran, bagi memastikan aplikasi ini dapat memberi

impak kemudahan yang maksima, berfungsi dalam keadaan baik dengan tahap

kebersediaan yang tinggi, lebih mesra pengguna serta mengambil kira kehendak semasa

orang awa, sebagai pelanggan kepada perkhidmatan MBPP.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai : SHAHAROM BT MOHD SHAH HIMI

Tel : 6505748

Emel : [email protected]