lakonan dalam didik hibur

18
LAKONAN DALAM DIDIK HIBUR Oleh DR JEYAGOBI DHAMODAREM

Upload: pk-cheah

Post on 21-Apr-2017

269 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lakonan Dalam Didik Hibur

LAKONAN DALAM DIDIK HIBUR

OlehDR JEYAGOBI DHAMODAREM

Page 2: Lakonan Dalam Didik Hibur

Definisi Lakonan Lakonan adalah satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat.

Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

Page 3: Lakonan Dalam Didik Hibur

KEBAIKAN AKTIVITI LAKONAN • Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul.• Untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul.• Membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur.• Membolehkan mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka.• Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat.• Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan.• Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid.• Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negetif lain.• Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar.

Page 4: Lakonan Dalam Didik Hibur
Page 5: Lakonan Dalam Didik Hibur

PRINSIP-PRINSIP BERLAKON

Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.

Berlakon hendaklah mempunyai tema yang sesuai dengan pengalamandan kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar.

Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu bahasa yang mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami oleh murid-murid.

Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan.

Semua murid hendaklah dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya tidak menganggu perjalanan lakonan tersebut atau membunuh minat dan semangat berlakon dalam kalangan murid.

Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal mereka dapat berkembang.

Page 6: Lakonan Dalam Didik Hibur

Standard Kandungan

I. Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

II. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.

III. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

Page 7: Lakonan Dalam Didik Hibur

Jenis Lakonan

Lakonan Berdasarkan PermainanLakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan terlebih dahulu. Murid-murid diminta untuk melakukan suatu permainan yang pernah mereka mainkan sebelumnya seperti bermain bola sepak, layang-layang, guli, badminton dan sebagainya. Murid yang dipilih secara rawak itu diminta keluar ke hadapan bilik darjah dan guru meminta mereka untuk melakonkan permainan tersebut. Manakala murid lain akan memerhatikan pergerakan yang sedang dilakonkan. Contoh lain ialah permainan ‘pukul berapa datuk harimau’, ‘ayam dan musang’, dan sebagainya.

Page 8: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Spontan

Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan tanpa skrip. Murid-murid diberi peluang berlakon menggunakan ayat sendiri secara semerta iaitu lahir daripada fikiran mereka sendiri. Biasanya melibatkandua orang pelakon atau lebih. Sebelum berlakon, peranan masing-masing diperjelaskan dan guru perlu memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu sebelum murid-murid melakonkannya secara bebas. www.youtube.com/watch?v=bxHZARNnlgoContohnya adegan berjumpa doktor di klinik, melaporkan kehilangan barang di balai polis, hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan sebagainya.

Page 9: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Bisu

Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog.

Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah

yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan

terlebih dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah,

permainan, situasi atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka

diminta menceritakan kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan

perkataan dan ayat sendiri. http://www.youtube.com/watch?v=g8GHEwAm38Y

Contohnya membelah kayu api, menyapu sampah, menjemur padi,

bermain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dsb.

Page 10: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Berkait

Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu atau rendah. Guru menyebut beberapa perkataan atau perbuatan, dalam masa yang sama guru akan melakonkan perkataan tersebut.

Misalnya apabila guru menyebut perkataan duduk, dia akan duduk di atas kerusi. Berbagai-bagai aksi lain boleh dilakukan seperti menyebut perkataan ‘saya tidur’, ‘saya bersikat’, ‘saya berjalan’ dan sebagainya.

Situasi ini boleh ditukar ganti dengan meminta murid pula yang menyebut dan melakonkannya atau guru menyebut perkataan, dan pelakonnya adalah murid-murid secara beramai-ramai dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini, murid dapat melihat perkaitan antara percakapan dengan lakonan yang dijalankan.

Page 11: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Bersenikata

Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan

lakonan bersengaja.

Lakonan tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal,

dilakukan selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian.

Tidak memerlukan persediaan yang lama dan guru berperanan

memberikan nasihat dan cadangan sahaja manakala murid-murid bebas

berlakon menggunakan perkataan sendiri.

Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti

di mana murid-murid diberi senikata berdasarkan cerita-cerita

yang dipilih oleh guru.

Page 12: Lakonan Dalam Didik Hibur

Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum menjalankan aktivitii lakonan jenis bersengaja ini.

Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberikan senikata untuk diteliti murid. Seterusnya, proses pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa pemilihan dijalankan, pastikan peluang berlakon diberikan kepada semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid pandai dan cergas sahaja.

Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid yang terpilih bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki oleh jalan cerita berkenaan.

Page 13: Lakonan Dalam Didik Hibur

…sambunganGuru boleh memberikan ulasan dan komen selepas selesai aktiviti lakonan supaya sesi lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk memberi peluang lakonan sekali lagi atau membuka peluang kepada murid lain.

Sebaik-baiknya guru berikan motivasi dan rangsangan, elakkan mengkritik atau menyalahkan murid - membunuh minat dan keinginannya untuk terus berlakon. Guru boleh menyediakan peralatan sokongan sepertitopeng dan pakaian yang sesuaisupaya lakonan murid lebih menjadi lebih realistik dan berkesan.

Page 14: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Boneka

Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya.

Pelbagai bentuk dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan

jenis ini amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid yang pemalu.

Semasa boneka berkenaan dilakonkan, murid-murid diminta mendengar

dengan teliti dan mengenalpasti beberapa bentuk kesalahan bahasa.

Bagi murid-murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip mudah

dan kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan.

http://maziahrashid.blogspot.com/p/blog-page_3716.html

Page 15: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Nyanyian

Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan

dan sesuai dilaksanakan di semua peringkat sama ada SR atau SM.

Sebelum aktiviti jenis ini dijalankan, guru terlebih dahulu menjelaskan apakah

peranan dan suasana yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon

hanya perlu menggunakan pergerakan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata

kerana sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu yang diperdengarkan kepada

mereka. Contohnya lagu ‘Ayah dan Ibu’

nyanyian Sudirman Arshad

Page 16: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Puisi

Lakonan puisi dijalankan oleh guru berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai dengan tahap murid. Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk murid-murid sekolah rendah, manakala gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai untuk murid-murid sekolah menengah.

Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi ‘Sajak Ke Makam Bonda’, ‘Syair Burung Pungguk’, ‘Seloka Pak Kaduk’ dan ‘Gurindam Dua Belas’. Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-muird dikehendaki melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan.

Page 17: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Cerita

Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat di perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa orang murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat, kemudiannya melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan rakan-rakan.

Guru boleh memperluas pengetahuan murid-murid dengan menggunakan buku-buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai seperti fiksyen Sains, Kesihatan, Agama, Sivik dan sebagainya.

Page 18: Lakonan Dalam Didik Hibur

Lakonan Kaku

Lakonan jenis ini menyerupai ‘pantomime’ iaitu melibatkan seorang pembaca skrip dan pelakon. Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang telah dikenalpasti oleh guru. Bezanya hanyalah pada pergerakan pelakonnya sahaja yang bersifat statik atau setempat.