lakaran sejarah mersing hebat€¦ · page 2 slogan mersing hebat untuk memastikan momentum...

15
http://mersinghebat.blogspot.com Page 1 LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT “Mencipta Sejarah Memahat Tamadun” Pengenalan : Perjalanan meniti sebuah kehidupan merupakan perjuangan dalam mencapai impian dan harapan. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan yang menuntut kecekalan hati demi menghadapi cabaran dan dugaan yang menerjah datang bagaikan ombak silih berganti. Rona-rona kehidupan itu adalah denyut nadi para nelayan dan petani yang suatu ketika dahulu menghuni pekan kecil dan desa-desa persekitaran di sebuah daerah di pantai timur Johor iaitu Mersing. Masa berlalu begitu pantas manakala detik perubahan menyusul bersama-samanya. Dalam menyusuri arus perubahan tersebut, daerah kecil ini tidak terkecuali bergerak seiring bersama dengan daerah-daerah lain di negeri Johor. Daerah Mersing yang dulunya sepi, serba kekurangan dan ketinggalan kini mula bergerak seiring dengan perkembangan dan transformasi pendidikan yang dilancarkan oleh pihak kerajaan. Masa sesungguhnya telah mematangkan setiap lapisan warga pendidikan di daerah ini. Berkat usaha kepimpinan pendidikan terdahulu, sejak awal penubuhan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing pada tahun 1975 dengan memperkenalkan pelbagai slogan dan pendekatan yang digunakan, Mersing telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam semua aspek menerusi usaha Ketua-Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Mersing. Antaranya ialah Hj. Mohd Radzi b. A. Rahim 01-04-1982 - 20-02-1988 Hj. Mohd Yusof b. Khaled 01-03-1988 - 31-05-1992 Hj. Ghani b. Mohd Noor 01-06-1992 - 22-07-1998 En. Abdul Wahab b. Sungip 01-08-1998 - 31-03-2001 Hj. Abas b. Mohamad 01-04-2001 - 31-07-2001 Hj. Md. Kasim b. Husin 01-08-2001 - 23-05-2004 En. Mohd. Sharipudin b. Mahmod 01-06-2004 - 01-06-2005 Hj. Mohamad b. Jantan 01-08-2005 - 28-08-2007 En. Md. Buang b. Saibani 16-09-2007 - 31-06-2010 Hj. Mohamed Azhar b. Ismail 01-07-2010 - 20-06-2011 Hj. Yasman bin Jamsir 21-06-2011 – 19-12-2012 Md. Jais bin Samat 20-12-2012 - KINI

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

28 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 1

LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT

“Mencipta Sejarah Memahat Tamadun”

Pengenalan :

Perjalanan meniti sebuah kehidupan merupakan perjuangan dalam mencapai impian dan

harapan. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan yang menuntut kecekalan hati demi

menghadapi cabaran dan dugaan yang menerjah datang bagaikan ombak silih berganti.

Rona-rona kehidupan itu adalah denyut nadi para nelayan dan petani yang suatu ketika

dahulu menghuni pekan kecil dan desa-desa persekitaran di sebuah daerah di pantai timur

Johor iaitu Mersing.

Masa berlalu begitu pantas manakala detik perubahan menyusul bersama-samanya. Dalam

menyusuri arus perubahan tersebut, daerah kecil ini tidak terkecuali bergerak seiring

bersama dengan daerah-daerah lain di negeri Johor.

Daerah Mersing yang dulunya sepi, serba kekurangan dan ketinggalan kini mula bergerak

seiring dengan perkembangan dan transformasi pendidikan yang dilancarkan oleh pihak

kerajaan. Masa sesungguhnya telah mematangkan setiap lapisan warga pendidikan di

daerah ini.

Berkat usaha kepimpinan pendidikan terdahulu, sejak awal penubuhan Pejabat Pendidikan

Daerah Mersing pada tahun 1975 dengan memperkenalkan pelbagai slogan dan

pendekatan yang digunakan, Mersing telah menunjukkan peningkatan yang positif dalam

semua aspek menerusi usaha Ketua-Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Mersing. Antaranya

ialah

Hj. Mohd Radzi b. A. Rahim 01-04-1982 - 20-02-1988

Hj. Mohd Yusof b. Khaled 01-03-1988 - 31-05-1992

Hj. Ghani b. Mohd Noor 01-06-1992 - 22-07-1998

En. Abdul Wahab b. Sungip 01-08-1998 - 31-03-2001

Hj. Abas b. Mohamad 01-04-2001 - 31-07-2001

Hj. Md. Kasim b. Husin 01-08-2001 - 23-05-2004

En. Mohd. Sharipudin b. Mahmod 01-06-2004 - 01-06-2005

Hj. Mohamad b. Jantan 01-08-2005 - 28-08-2007

En. Md. Buang b. Saibani 16-09-2007 - 31-06-2010

Hj. Mohamed Azhar b. Ismail 01-07-2010 - 20-06-2011

Hj. Yasman bin Jamsir 21-06-2011 – 19-12-2012

Md. Jais bin Samat 20-12-2012 - KINI

Page 2: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 2

Slogan Mersing Hebat

Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

daerah-daerah lain, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing telah mengorak langkah baharu

dengan melancarkan slogan Mersing Hebat yang berteraskan budaya kerja yang

mempunyai nilai Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal (HEBAT) .

Slogan Mersing Hebat mula dilancarkan pada tahun 2008 oleh En. Md. Buang bin Saibani,

Pegawai Pendidikan Daerah Mersing bagi memecahkan minda warga pendidikan Mersing

dengan semangat baharu, sekaligus menyahut usaha transformasi yang digarapkan oleh

pihak kerajaan.

Kelangsungan daripada pembudayaan nilai Hikmah,

Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal (HEBAT)

yang menjadi aspirasi slogan Mersing Hebat oleh

seluruh kepimpinan sekolah dan warga pendidikan

Mersing telah memberikan impak yang

membanggakan kepada peningkatan prestasi

Mersing dalam pelbagai aspek, terutamanya

peningkatan prestasi dalam peperiksaan awam

UPSR, PMR dan SPM.

Tafsiran Mersing Hebat

• H - Hikmah

Merancang dan membuat keputusan serta bertindak secara bijaksana.

• E - Efektif

Mengamalkan budaya kerja yang efektif dan berkesan seperti berikut :

1. Berfikir tentang perkara yang perlu dilakukan, bukan perkara yang hendak dilakukan.

2. Berfikir tentang perkara yang baik untuk organisasi. 3. Menetapkan pelan tindakan iaitu menterjemahkan maklumat dalam bentuk

tindakan. 4. Bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. 5. Bertanggungjawab dan mengkomunikasikan keputusan yang dibuat. 6. Memfokuskan peluang, bukannya masalah yang ada. 7. Mengadakan mesyuarat yang produktif bagi memastikan seluruh organisasi

bertanggungjawab atas hasil kerja mereka. 8. Berfikir dan berkata kita, bukan saya.

• B –Badar : Batu Permata Badar pada cincin Ar-Rasul SAW. • Melestarikan nilai semangat Badar Al-Kubra yang merangkumi aspek-aspek berikut :

1. Keabdian kepada Tuhan 2. Keikhlasan 3. Keimanan dan Kerohanian 4. Kerja sepasukan dan berstrategi . 5. Kepatuhan kepada Pemimpin. 6. Keberanian 7. Kesungguhan dan Itqan

Page 3: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 3

• A – Amanah : Mengamalkan budaya kerja beramanah dan berdedikasi.

• T – Tawakal : Bertawakkal dan berserah kepada Yang Maha Esa.

Dengan bertemakan Mencipta Sejarah Memahat Tamadun,

Mersing telah melakar sejarah baru dengan meletakkan daerah

Mersing sebaris dan setanding dengan daerah-daerah lain di negeri

Johor. Mersing tidak lagi kenali sebagai daerah yang tercorot,

bahkan telah berada dalam kedudukan lima teratas berbanding

daerah-daerah di negeri Johor dalam peperiksaan awam.

Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) Mersing yang mensasarkan

kedudukan lima teratas dalam Peperiksaan Awam telah tercapai. Hal

ini demikian membuktikan bahawa warga pendidikan Mersing mampu bergerak lebih jauh

dengan berkat kerjasama semua pihak yang berteras kepada nilai keikhlasan yang jitu

daripada hati setiap warga pendidikan Mersing. Perkara berkenaan sentiasa ditambah baik

mengikut keperluan tahun semasa.

Tema Dari Hati ke Hati yang diperkenalkan pada tahun 2013 telah menjadi aspirasi baru

dalam mencorakkan budaya kerja yang lebih efektif dengan sentuhan langsung daripada

En. Md. Jais bin Samat, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing yang telah bersungguh-

sungguh turun padang hingga peringkat akar umbi bagi memberi suntikan semangat yang

luar biasa kepada warga pendidikan Mersing khususnya warga sekolah.

Aspirasi PPD Mersing

1. Berintegriti

2. Hormati diri sendiri

3. Ada dan berfungsi

4. Jaga imej diri dan oganisasi.

5. Amalkan musyawarah

6. Bekerjasama

7. Bekerja dengan ikhlas

8. Kekeluargaan dan kasih sayang

9. Tidak menimbulkan masalah, tapi menyelesaikan masalah.

10. Patuhi peraturan dan system

11. Tidak membelakangkan ketua

12. Ketepatan masa

13. Berbudi bahasa

14. Hormati orang lain.

Bendera Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

Pada tahun 2010, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mersing telah melancarkan

benderanya yang tersendiri bagi membuktikan bahawa seluruh warga pendidikan Mersing

bergerak selangkah, sederap di bawah panji yang satu.

Logo PPD Mersing yang diletakkan di tengah-tengah bendera bermaksud PPD ialah pusat

pentadbiran pendidikan setempat.

Page 4: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 4

Warna Biru Tua memberi maksud perpaduan

di bawah kerajaan persekutuan dan negeri.

Warna Merah pula bererti hulubalang yang

mempertahankan organisasi.

Warna Biru Muda merupakan warna

pendidikan diletakkan sebagai latar belakang

bermaksud pendidikan mula diterapkan sejak

usia muda bersifat sepanjang hayat.

Lagu Mersing Hebat

Dalam usaha memupuk kekuatan dan iltizam kepada slogan keramat Mersing Hebat, lagu

Mersing Hebat yang diilhamkan oleh pegawai dan guru sekolah daerah Mersing telah

dilancarkan. Semua sekolah diminta menyediakan slot nyanyian tersebut dalam setiap

perhimpunan sekolah bagi sama-sama menyemarakkan semangat Mersing Hebat dalam

kalangan warga pendidikan di daerah Mersing.

Kami warga pelajaran Satu visi penuh harapan Satu misi tempuhi cabaran Demi mencipta kehebatan Efektif, Badar, Amanah Tawakal dan juga Hikmah Jadikanlah teras dan wadah Lahirkan generasi bermaruah Mersing Hebat, terus hebat Itulah slogan keramat Mersing Hebat, kekal hebat Ikrar janji kukuh terpahat Demi kepentingan Negara Sentiasa berkhidmat untuk semua Mencipta sejarah martabat bangsa Mersing Hebat pasti berjaya

Lagu: Puan Ang Swee Hoon,Guru Besar SJK(C) Kg. Hubong

Senikata: En. Nizar b. Awang,Pen. PPD Pendidikan Khas

Pembangunan Sumber Tenaga Profesional

Pepatah menyatakan busuk ikan bermula dari kepala, menginsafi bahawa kepimpinan yang

baik akan mampu menerajui organisasi yang berkesan maka aktiviti menyediakan saf

kepimpinan menjadi agenda utama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Melalui program dan kursus seperti Kepimpinan Instruksional yang ditingkatkan kepada

Kepimpinan Transformasional dan kini Kepimpinan Teragih akan dilaksanakan bagi

mengelakkan Mersing dilanda sindrom ketandusan pemimpin.

Sumber-sumber yang mempengaruhi kejayaan sesebuah organisasi ialah 3M iaitu “Man,

Machine and Money”. Namun demikian, sumber manusia adalah yang terpenting kerana

Page 5: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 5

manusia yang berjiwa merdeka dan mempunyai jati diri yang tinggi akan terus cemerlang

walaupun terikat kaki dan tangan mereka.

Atas kesedaran itu, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing berusaha untuk melahirkan seramai

mungkin sumber manusia yang berkualiti dari segi pengetahuan, sahsiah dan kemahiran.

Kursus-kursus peningkatan profesionalisme kepada guru-guru, staf dan kakitangan

sokongan terus diperhebat. Buktinya guru-guru di daerah Mersing walaupun dihimpit dan

dihambat dengan pelbagai kesukaran masih mampu meneruskan khidmat bakti mereka di

sekolah-sekolah pulau, di kawasan pedalaman dan di sekolah orang asli. Semangat jitu

guru-guru inilah yang mencerminkan kekuatan sumber manusia yang ada di Mersing.

Sistem Penyampaian

Portal Rasmi PPD Mersing (http://jpnjohor.moe.gov.my/ppdmersing/) merupakan sumber

utama maklumat pendidikan di daerah Mersing. Laman Blog Mersing Hebat

(http://mersinghebat.blogspot.com/) turut dibina bagi memberikan maklumat dan pautan

tambahan kepada portal rasmi sedia ada.

Warga Pendidikan Mersing boleh mengakses portal dan laman blog tersebut pada setiap

masa. Selain itu, warga pendidikan Mersing juga boleh berhubung terus dengan pegawai-

pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Mersing melalui email, sms. Whatsapp, facebook

serta media sosial yang lain.

Selain kemudahan talian telefon dan faksimili sedia ada , Info-Blast turut diperkenalkan

bagi memenuhi keperluan bagi membuat hebahan segera kepada Pengetua dan Guru

Besar melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) secara berkelompok.

Semua sistem penyampaian yang digunakan tersebut telah dapat mengurangkan

berlakunya kecairan maklumat dan maklumat dapat diterima atau diakses dengan lebih

cepat dan pantas.

Pencapaian Akademik

Al-Hamdulillah, berkat usaha semua pihak, Mersing telah melakarkan sejarah terbaiknya

dalam UPSR pada tahun 2012.Daerah Mersing telah mencapai PERATUS MENGUASAI -

75.38%, PERATUS CEMERLANG - 9.93% (144 ORANG) dan GPS - 2.12 (Gred B).

Pencapaian ini telah meletakkan daerah Mersing di tempat PERTAMA berbanding daerah-daerah lain di negeri Johor mengikut peratus menguasai, dan Gred Purata Keseluruhan Daerah. (GPD)

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dan sekolah-sekolah daerah Mersing telah diberikan

pelbagai anugerah di peringkat negeri Johor seperti berikut :

1. Anugerah PPD Peratus Menguasai Tertinggi 2. Anugerah PPD Cemerlang Anjakan Saujana 3. Anugerah PPD Gred Purata Terbaik 4. Anugerah PPD Peratus Cemerlang Terbaik 5. Anugerah Sekolah Cemerlang GPS Terbaik - SK (Calon 1-15 orang) :

SK LKTP Tenggaroh 07 (1.46) 6. Anugerah Sekolah Cemerlang GPS Terbaik - SJKT (Calon 1-15 orang) :

SJK Tamil, Mersing (1.14)

Page 6: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 6

7. Anugerah Sekolah Cemerlang GPS Terbaik - Sekolah Asli : SK Tanah Abang (2.51)

8. Anugerah Sekolah Cemerlang GPS Terbaik - Sekolah FELDA : SK LKTP Tenggaroh 07 (1.46)

9. Anugerah Sekolah Mencapai ETR - SK : a) SK LKTP Tenggaroh 07 b) SK LKTP Tenggaroh 02 c) SK Mersing Kanan d) SK LKTP Tenggaroh 03 e) SK LKTP Tenggaroh 01

10. Anugerah Sekolah Cemerlang Anjakan Saujana : a) SJK Tamil Mersing (-0.87) b) SJKC Kg. Hubong (-0.55) c) SK LKTP Tenggaroh 02 (-0.72)

Namun pada tahun 2013, prestasi Mersing agak merosot berbanding tahun sebelum seperti

berikut :

PERATUS MENGUASAI - 67.20 %

PERATUS CEMERLANG - 8.31 % (109 ORANG)

GPS - 2.21 (Gred B)

Pencapaian tersebut telah meletakkan daerah Mersing pada kedudukan ke SEPULUH

berbanding daerah-daerah lain di negeri Johor mengikut Gred Purata Keseluruhan Daerah (GPD) dan Peratus Menguasai. Manakala Peratus Cemerlang dan Peratus Menguasai, Mersing berada di tempat ke LAPAN. Anugerah Kecemerlangan UPSR 2013 :

1. Anugerah Pejabat Pendidikan Daerah Cemerlang Kategori Gred Purata Daerah

Terbaik – SJKC.

2. Anugerah Pejabat Pendidikan Daerah Cemerlang Kategori Gred Purata Daerah

Terbaik – SJKT.

3. Sekolah Cemerlang GPS Terbaik FELDA.

a. SK LKTP Tenggaroh 06.

4. Sekolah Mencapai ETR

a. SK LKTP Tenggaroh 01

b. SJKC Chiao Ching

5. Sekolah Cemerlang Capai 100% dan GPS kurang 1.50

a. SJK Tamil Mersing

b. SK LKTP Tenggaroh 06

6. Sekolah Anjakan Saujana

a. SJKC Kg. Hubong

b. SK Pulau Sibu

c. SJKC Jemaluang

Page 7: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 7

Prestasi UPSR Mersing :

Tahun %

Cemerlang %

Menguasai GPK

Kedudukan Dalam Johor

2008 5.71%

62.32% 2.32 10

2009 8.80%

139 org. 69.41%

2.24 7

2010 7.54%

108 org. 65.60% 2.29 4

2011 9.21%

131 org. 72.52% 2.147 4

2012 9.93%

144 org. 75.38% 2.12 1

2013 8.31%

109 org. 67.20%

2.21 10

2014 4.38% 54 org.

66.69% 2.319 10

Penilaian Menengah Rendah (PMR)

Daerah Mersing turut melakar sejarah baru dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR)

pada tahun 2011 dengan menunjukkan LONJAKAN TERTINGGI NEGERI JOHOR (2.59 %)

dalam Peratus Cemerlang berbanding tahun 2010. Hal ini demikan merupakan satu

pencapaian terbaik daerah Mersing berbanding tahun-tahun sebelumnya dan tahun 2012.

Peratus Cemerlang : 7.77 % (114 / 1468 orang), Peratus Menguasai : 67.17 % (986 / 1468

orang). Manakala Gred Purata Kes. Daerah : 2.70.

Pencapaian ini telah meletakkan daerah Mersing berada di tangga ke 6 negeri Johor

(perbandingan Gred Purata Keseluruhan Daerah)

Pencapaian Peratus Cemerlang pada tahun 2011 adalah terbaik dengan 114 orang (7.77%)

mendapat keseluruhan A. Dengan kedudukan ke 6 negeri Johor mengikut perbandingan

Gred PurataKeseluruhan Daerah, sekolah-sekolah di daerah Mersing terus berusaha bagi

meningkatkan prestasinya dalam PMR.

Prestasi PMR Mersing :

Tahun % Cemerlang %

Menguasai GPK

Kedudukan Dalam Johor

2008 5.53 % 93 org.

61.30 % 2.82 5

2009 5.26 % 93 org.

58.02 % 2.78 7

2010 5.18 % 80 org.

67.34 % 2.70 3

2011 7.77 % 114 org.

67.17 % 2.70 6

2012 3.94 % 57 org.

66.46 % 2.68 4

2013

6.87 % (91 org.)

67.92 % 2.69 7

Page 8: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 8

Pada tahun 2012, Mersing juga telah menunjukkan peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS)

dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) di celah-celah penurunan dalam Peratus

Cemerlang dan Peratus Menguasai di peringkat negeri Johor. Hal ini menyebabkan berlaku

penurunan ketara dalam Peratus Cemerlang 3.94 % (57 orang) berbanding 7.77% (114

orang), Peratus Menguasai 66.46% berbanding 67.17% dan GPS 2.68 berbanding 2.70

pada tahun 2011. Pencapaian ini telah meletakkan Mersing di tempat ke 4 negeri Johor.

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Mersing juga pernah melakar sejarah yang sama dalam SPM pada tahun 2008. Mersing

pernah berada di tempat pertama dan telah dianugerahkan pelbagai anugerah seperti

berikut :

ANUGERAH PPD CEMERLANG KATEGORI PERATUS LAYAK MENDAPAT SIJIL (PERATUS KEDUA TERTINGGI) - PPD MERSING

ANUGERAH PPD CEMERLANG KATEGORI LONJAKAN SAUJANA BERDASARKAN GPS (TEMPAT 1) - PPD MERSING

ANUGERAH PPD CEMERLANG BERDASARKAN GPS (TEMPAT 1) - PPD MERSING.

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI SBP (TEMPAT 3) - SMS SULTAN ISKANDAR

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI 100% LAYAK DAPAT SIJIL - SMS SULTAN ISKANDAR

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG KATEGORI FELDA BERDASARKAN GPS – SMK TAN SRI ABD.KADIR

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG YANG MENCAPAI 100% LAYAK DAPAT SIJIL - SMK TAN SRI ABD.KADIR

ANUGERAH PENINGKATAN GPS TERTINGGI SEKOLAH FELDA - SMK TAN SRI ABD. KADIR

Peratus Menguasai : 93.98% . Peratus Cemerlang : 2.42 %.GPS : 5.24.

Daerah Mersing terus melakar peningkatan dalam SPM 2010, apabila mencapai peratus

cemerlang tertinggi dalam tempoh lima tahun iaitu 2.74% (43 orang calon cemerlang).

Walaupun berlaku penurunan dalam SPM 2011, Mersing tetap mendapat tempat di

peringkat negeri apabila dianugerahkan ANUGERAH KHAS PPD CEMERLANG KATEGORI

PENCAPAIAN PERATUS PELAJAR LAYAK MENDAPAT SIJIL SPM TAHUN 2011.

Lulus dapat sijil 93.11% (1379 orang) 2010 : 94.01% (1475 orang) Beza - 0.9 %

Calon Cemerlang (A+,A & A-) 1.69% (25 orang) 2010 : 2.74% (43 orang) Beza – 1.05%

Gred Purata Keseluruhan Daerah: Tempat ke 5 Negeri Johor (5.05) 2010 : Tempat ke 3 Negeri Johor (5.04)

Gred Purata Negeri :

Menguasai semua MP 53.21% (788 orang) 2010 : 55.51% (871 orang) Beza – 2.3%

Gred Purata Keseluruhan Daerah: 5.05 5.04 (2010) Beza + 0.01 (menurun)

Peratus Lulus Dapat Sijil: Tempat ke 2 Negeri Johor (93.11%) 2010 : Tempat ke 2 Negeri Johor (94.01%) Gred Purata Nasional

Page 9: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 9

5.00 5.04

Anugerah SPM 2011 :

1. Anugerah Khas PPD Cemerlang, Kategori Pencapaian Lonjakan Saujana. 2. Anugerah Khas PPD Cemerlang, Kategori Pencapaian Paling Cemerlang. 3. Anugerah Khas PPD Cemerlang, Kategori Peratus Pelajar Layak Mendapat Sijil. 4. Anugerah Khas PPD Cemerlang, Kategori Pencapaian Peratus Pelajar Paling

Cemerlang Tertinggi.

Pada tahun 2012, Mersing terus mencipta namanya dalam SPM 2012, apabila mendapat

Gred Purata Keseluruhan Daerah terbaik berbanding tahun-tahun terdahulu.Pencapaian

tersebut telah meletakkan Mersing di tempat ke 3 berbanding daerah-daerah negeri Johor.

Peratus Cemerlang 2.20 (31 orang)

Peratus Lulus 94.95 % (terbaik dalam sejarah Mersing)

Gred Purata Keseluruhan 4.90 (terbaik dalam sejarah Mersing)

Prestasi SPM Mersing :

Tahun % Cemerlang % Lulus

Dapat Sijil GPK

Kedudukan Dalam Johor

2008 2.42 (37) 93.98 5.24 1

2009 1.80 (28) 92.53 5.32 4

2010 2.74 (43) 94.01 5.04 3

2011 1.69 (25) 93.11 5.05 5

2012 2.20 (31) 94.95 4.90 3

2013 1.91 (27) 90.05 4.88 4

Anugerah SPM 2012 :

1. Anugerah PPD Cemerlang Kategori Pencapaian Peratus Sijil Tertinggi 2. Anugerah PPD Cemerlang Kategori Pencapaian Paling Cemerlang 3. Anugerah PPD Cemerlang Kategori Lonjakan Saujana

Anugerah SPM 2013 :

1. Anugerah PPD Cemerlang Kategori Pencapaian Calon Lulus Layak Dapat Sijil

Tertinggi.

2. SM Sains Sultan Iskandar – Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Lulus 100%

3. SMK Sri Mersing – Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Lulus 100%

Anugerah STPM 2013 :

Page 10: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 10

1. Anugerah PPD Cemerlang Kategori Mencapai ETR.

2. Anugerah PPD Cemerlang Kategori Peningkatan GPD Tertinggi.

Program Permata Mersing

Pada tahun 2008, PPD Mersing telah memperkenalkan Program

Salam Permata Mersing yang melibatkan sentuhan secara

langsung kepimpinan tertinggi dan warga PPD Mersing kepada

calon-calon peperiksaan awam tahun semasa. Program tersebut

disasarkan kepada semua calon peperiksaan awam dan guru-

guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan di semua sekolah

daerah Mersing. Sentuhan hingga peringkat akar umbi ini, al-

Hamdulillah telah membuahkan hasilnya, dan program ini

diteruskan sehingga hari ini.

Di samping itu, Program Menjengah Permata turut dijalankan dengan melibatkan Pegawai-

Pegawai tertinggi PPD Mersing dan Pegawai-Pegawai Angkat Sekolah bagi memantau

perkembangan prestasi sekolah dan memberikan motivasi secara berterusan kepada calon-

calon peperiksaan awam, pengurusan sekolah setiap kali selepas ujian, juga peperiksaan

percubaan.

Program Cakna Mersing bercorak pemantauan secara kolaboratif (menyeluruh) melibatkan

semua unit di PPD Mersing menjadi teras kepada program pemantauan PPD Mersing.

Dapatan program tersebut akan dilaporkan dari semasa ke semasa dalam Mesyuarat

Mingguan PPD Mersing.

Di samping itu Program Kunjung Permata bertemakan Dari Hati Ke Hati yang hanya

melibatkan pegawai-pegawai di Unit Pengurusan Akademik digerakkan secara terancang di

samping pemantauan atau bimbingan yang dibuat secara individu pegawai.

Selain itu, Program Audit Permata berkonsepkan Audit Akademik terus dilaksanakan

secara berasaskan sekolah dan berpusat di peringkat daerah serta mengikut zon dengan

kerjasama Jabatan Pendidikan Johor.

Program Bicara Sinar UPSR, PMR dan SPM turut dilaksanakan bagi memberikan

pengiktirafan dan anugerah kepada sekolah-sekolah yang berjaya menunjukkan prestasi

yang cemerlang dalam peperiksaan awam tahun semasa. Proses audit akademik dalam

kelompok yang besar dalam program tersebut juga telah membuka minda pihak sekolah

bagi mewujudkan persaingan yang positif, juga perkongsian pintar antara sekolah.

Program “Shooting Star” anjuran Jawatankuasa Kurikulum Daerah (JKD) Kecemerlangan

UPSR telah dijadikan program induk kepada Program Menggilap Permata (SK dan SJK)

bagi UPSR yang mensasarkan calon-calon cemerlang telah dilaksanakan sejak tahun 2008,

yang sebelumnya dicetuskan dengan Program Pecutan Akhir pada tahun 2007. Program

Menggilap Permata berkenaan diteruskan hingga hari ini.

Calon-calon sederhana dan halus UPSR tetap tidak dipinggirkan dengan pelaksanaan

Program Halus Permata di SK dan SJK.

Page 11: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 11

Kedua-dua program tersebut telah dilaksanakan secara berpusat mengikut zon dan

berasaskan sekolah dalam enam siri perjumpaan bercorak motivasi, Difusi Modul dan Restu

Permata.

Program Rakan Sebaya (PRS) merupakan elemen penting dalam Program Menggilap

Permata . Murid-murid cemerlang yang telah mengikuti siri-siri Program Menggilap Permata

akan memberikan bimbingan kepada murid-murid sederhana dan halus di sekolah masing-

masing secara berjadual dan terancang.

Modul Program Menggilap Permata dan Halus Permata tersebut telah dibina oleh guru-guru

daerah Mersing sendiri yang meliputi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

Matematik dan Sains.

Di samping itu, kewujudan Pasukan Penggilap Permata Mersing (PPPM) , yang terdiri

daripada guru-guru berpengalaman akan bergerak ke sekolah-sekolah mengikut keperluan

bagi memberikan motivasi dan pendedahan teknik pembelajaran serta menjawab terkini

kepada calon-calon UPSR. Pasukan ini juga telah menerima jemputan dari sekolah-sekolah

di luar daerah dan negeri Johor.

Kem Menggilap Permata turut diadakan bergantung pada permintaan daripada pihak

sekolah dan calon-calon peperiksaan. Calon-calon akan didedahkan dengan input-input

terkini bercorak motivasi, pengisian kerohanian dan tips-tips pembelajaran berkesan serta

teknik menjawab yang berefektif.

Sentuhan akhir Pegawai Pendidikan Daerah Mersing dan pegawai-pegawai di PPD Mersing

akan dibuat dalam Program Restu Permata yang dibuat secara berpusat atau secara

berasaskan sekolah.

Pihak PUSPANITA Daerah Mersing turut menyumbang pembangunan modal insan ini

melalui Program Permata Bonda yang berkonsepkan kunjung mesra dan motivasi kepada

calon-calon peperiksaan awam.

Bagi menangani isu kehadiran murid di sekolah-sekolah, Program Permataku Sayang

dilaksanakan mengikut keperluan sekolah dan kes-kes tertentu.

Selain itu, program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Daerah

mengikut mata pelajaran dan Majlis Guru Cemerlang, serta Majlis Guru Kaunseling dan

pertubuhan-pertubuhanlain pendidikan sering diadakan secara bersama-sama dan berfokus

seperti Kem Kecemerlangan, Seminar Teknik Menjawab, Program Skor A, Seminar Formula

A, Program Bagai Aur Dengan Tebing, Program “Home Learning” dan lain-lain.

Majlis Pengetua Sekolah-Sekolah Malaysia (MPSM) dan Majlis Guru Besar (MGB) turut

memainkan peranan penting dalam membuat penyelarasan kepada program-program

peningkatan akademik, pembangunan profesionalisme guru dan pembinaan modal insan

serta sahsiah murid.

Program “Coaching and Mentoring” turut diterapkan dalam Program Kunjung Bantu

MPSM atau “Immersion” yang digerakkan secara terancang bertujuan membangunkan

profesionalisme Pengetua, yang secara tidak langsung turut menyumbang peningkatan

akademik di daerah Mersing. Perkara yang sama telah dibuat oleh Majlis Guru Besar (MGB)

dari semasa ke semasa.

Page 12: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 12

Perkongsian Pintar antara rakan strategik Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab

Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah-Sekolah Harian telah membuka ruang interaksi

langsung antara murid dan juga guru-guru. Jambatan ini telah memperkukuh strategi

peningkatan akademik dan kokurikulum juga sahsiah di sekolah.

Program-program Jabatan Pendidikan Johor dan Kementerian Pendidikan Malaysia

tetap diteruskan dan digarapkan secara bersama-sama selari dengan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Program Headcount, Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menjadi asas kukuh

kepada program-program sokongan lain pada semua peringkat. Piawaian Latihan

Akademik Negeri Johor (Plan-J) juga dijadikan asas tanda aras kepada KPI latihan yang

diberikan kepada murid-murid berdasarkan aras mereka mengikut mata pelajaran.

Program Guru Ganti Terancang (GGT), JPN Johor turut dilaksanakan di sekolah-sekolah

bagi menepati kehendak Amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) yang menitikberatkan

keberadaan guru dalam kelas dan proses Pembelajaran dan Pengajaran terus berlaku

tanpa henti.

Selain itu, program-program dan aktiviti-aktiviti sokongan akademik yang dianjurkan oleh

pihak sekolah sendiri terus dijalankan selari dengan dasar-dasar Kementerian Pendidikan

Malaysia dan Jabatan Pendidikan Johor.

Pengurusan Kewangan

Pengurusan kewangan sekolah-sekolah daerah Mersing bertambah baik dari setahun ke

setahun. SK Tanjung Resang telah mendapat Pensijilan Audit Sangat Baik pada tahun

2011. Pada tahun 2011 juga, Mersing telah mencapai KPI Sifar Berteguran Audit Kewangan

Sekolah. Status Pensijilan Baik juga telah meningkat daripada 13 buah sekolah kepada 17

buah sekolah.

Keputusan Penarafan Audit Tahun 2012 telah mengiktiraf 4 buah sekolah daerah Mersing

mendapat Pensijilan Audit Sangat Baik. (SMK Pai Chee, SK Tanjung Resang, SK Labung

dan SMK Sri Mersing). 28 buah sekolah mendapat Pensijilan Audit Baik, manakala 13 buah

sekolah memuaskan.

Pensijilan Audit Sekolah 2013 telah mengiktiraf tiga buah sekolah daripada 16 buah sekolah

daerah Mersing yang telah diaudit, mendapat Pensijilan Audit Sangat Baik (SMK Sri

Mersing, SMK Pai Chee dan SK Pulau Sibu) .

Manakala baki 31 buah sekolah lagi yang telah diaudit masih menunggu keputusan rasmi

dari Pejabat Audit Sekolah Negeri Johor.

KPI 2013 mensasarkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah Daerah Mersing mendapat

Pensijilan Audit Sangat Baik.

Page 13: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 13

Kokurikulum dan Sahsiah

Sistem Pendidikan yang berkesan sewajarnya mampu mengeluarkan produk yang boleh

bersaing pada peringkat glokal dan global. Produk ini merupakan modal insan yang bukan

sahaja berilmu pengetahuan tetapi berkemahiran dalam pelbagai bidang.

Untuk menghasilkan modal insan sebegini, pihak Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

sentiasa menggalakkan sekolah menyertai setiap aktiviti yang menyokong perkembangan

murid. Antara kejayaan pelajar-pelajar yang menjadi kebanggaan daerah Mersing ialah :

1. Tahun 2009, Kumpulan Zapin Anjung Warisan dari SMK Anjung Batu telah menjuarai Festival Zapin Peringkat Negeri Johor dan menjadi Naib Johan Tarian Rampai Peringkat Kebangsaan. Kumpulan ini juga diberi penghormatan membuat persembahan di Indonesia dan pernah mendapat tawaran mengadakan persembahan di Negara Turki.

2. Adik Sofi Soliha binti Sagimin, Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Nitar 2 terpilih mewakili negara dan telah berjaya menjadi Naib Johan Tilawah Al Quran Kanak-Kanak Negara-Negara Asean yang diadakan di Jogjakarta Indonesia dan menerima Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum Negeri Johor pada tahun 2008.

3. Kumpulan Koir Alunan Timur yang diwakili oleh warga pendidikan Mersing telah

beberapa kali berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Koir Peringkat Negeri dan sering diundang bagi memeriahkan sambutan acara rasmi di negeri Johor. Kumpulan ini juga diberi penghormatan merakamkan lagu Mersing Hebat sebagai lagu rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Mersing.

4. Adik Joel Ting Shi Xiang, dari SMK Pai Chee, telah berjaya menjadi Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan 2009 dan Tempat ke 3 Pertandingan Pidato 1Malaysia Kategori Bukan Melayu Peringkat Kebangsaan Tahun 2011

5. Adik Fatin Najwa binti Misuan, Pelajar Tingkatan 4 SMK Tenggaroh, Peserta Terbaik dan Pemimpin Terbaik dalam Nadwah Peringkat Negeri dan Pemimpin Unggul Dalam Program Nadwah Peringkat Kebangsaan 2011.

6. Pasukan Ragbi Sekolah Rendah turut mencipta nama Johan di peringkat negeri Johor berturut-turut 2012 dan 2013.

7. Pasukan Memanah SM Sains Sultan Iskandar Mersing terus mewakili daerah dan

negeri Johor ke peringkat antarabangsa dalam acara Memanah.

8. Adik Shahnan Salehuddin, pelajar SMK Anjung Batu juga telah mencipta nama dengan mendapat tempat pertama (Johan) di peringkat negeri Johor dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Johor Lelaki Bawah 18 Tahun pada Tahun 2013.

9. Pada akhir tahun 2012, adik Nor Ain bin Rabo, adik Afiq Adli bin Deli dan adik Khairul

Zainal bin Sarji dari SMK Tenggaroh A telah dipilih mewakili sekolah-sekolah Felda Malaysia mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan di Cardiff City, Wales.

Page 14: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 14

10. En. Hamzah bin Ismail, guru SMK Tenggaroh A telah dipilih menjadi Ketua Jurulatih

Pasukan Bola Sepak Malaysia Bawah 15 Tahun, menyertai Kejohanan Sekolah-Sekolah Asian di Bangkok, Thailand dan pasukan Malaysia telah berjaya merangkul Naib Johan dalam kejohanan tersebut.

11. Adik Juliana Jamaluddin, pelajar SMK Mersing telah berjaya menyandang Johan Lompat Jauh MSSM.

12. Adik Zaiton bt. Mohamad Khalid, pelajar SMK Ungku Husin telah terpilih mengikuti JSLC di Melbourne, Australia.

13. Mohd Shahnan bin Salehuddin, pelajar SMK Anjung Batu telah dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan Merentas Desa MSSJ L18 Tahun 2013.

14. Tiga orang pelajar, Pasukan Memanah SMS Sultan Iskandar Mersing telah berjaya mewakili Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan Tahun 2013.

15. Muhammad Amirul Idham bin Abdul Mutalib, pelajar SMK Sri Mersing telah mendapat Naib Johan dalam Kejohanan Merentas Desa MSSJ Tahun 2014.

16. Pasukan Memanah Daerah Mersing Bawah 15 dan 18 tahun telah memenangi 11 Pingat Emas, 4 Pingat Perak dan 4 Pingat Gangsa dalam Kejohanan Memanah MSSJ Pada Tahun 2014.

17. Pasukan Perahu Layar Mersing telah memenangi 3 Pingat Emas, 4 Perak dan 3 Gangsa dalam Kejohanan Perahu Layar MSSJ.

18. Pasukan Bola Sepak Lelaki Bawah 18 tahun telah dinobatkan sebagai Johan dalam Kejohanan Bola Sepak L18 Negeri Johor pada Tahun 2014.

Selain kejayaan-kejayaan yang dinyatakan, pelbagai kejayaan lain telah diraih dalam pelbagai aktiviti yang disertai oleh warga pendidikan daerah Mersing. Antaranya :

Tahun 1985 – Pasukan Ragbi dan Bola Tampar (SR danSM) Pencapaian: Johan Peringkat Negeri Johor Pencapaian Tertinggi : Kebangsaan dan Antarabangsa. Tahun 2004 – Pasukan Jerayawara Sains dan Teknologi Pencapaian : Johan 6 kategori Peringkat Negeri Johor Tahun 2010 – Adik Norasiah bt. Azman (SMK Ungku Husin) dan Adik Mohammad Ikmal bin Mohammad Sham (SMK Ungku Husin) telah memperolehi 2 pingat emas, 1 pingat perak dan1 pingat gangsa dalam Sukan Paralimpid Peringkat Kebangsaan di Melaka)

Page 15: LAKARAN SEJARAH MERSING HEBAT€¦ ·  Page 2 Slogan Mersing Hebat Untuk memastikan momentum peningkatan pencapaian dan kejayaan seiring dengan

http://mersinghebat.blogspot.com Page 15

Pada tahun 2013, usaha transformasi dalam aktiviti kokurikulum dan sukan telah digerakkan melalui Program Pencarian Bakat Balapan dan Padang. Program Perahu Layar di Tanjung Leman, Mersing yang melibatkan murid-murid SK LKTP Tenggaroh 03 dan SMK Tenggaroh A dengan kerjasama Persatuan Perahu Layar Negeri Johor dan FELDA.

Sesungguhnya kejayaan ko-akademik yang dicapai oleh warga pendidikan Mersing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa menjadi kebanggaan kita bersama, dalam usaha melahirkan generasi berpengetahuan, berkemahiran tinggi dan mampu untuk menterjemahkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Semua usaha dan kejayaan yang dinyatakan mengukuhkan semangat dan kepercayaan warga pendidikan Mersing bahawa lokasi bukanlah faktor dominan kejayaan. Kerja sepasukan, usaha, visi dan misi, perancangan dan pelaksanaan program ialah kunci kejayaan pada sesebuah organisasi. Moga Mersing akan terus hebat.

MERSING HEBAT.

KAMI WARGA PENDIDIKAN MERSING SENTIASA KOMITED

BAGI MEREALISASIKAN SLOGAN MERSING HEBAT

YANG BERTERASKAN PRINSIP KERJA

HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH DAN TAWAKKAL.

Disediakan oleh :

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

** SESUNGGUHNYA TIADA HAD LAJU DALAM MENGEJAR KEUNGGULAN **