kurikulum tu 10003

33
TU 10003 KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK TOPIK 5: Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang mengaitkan dengan pendekatan belajar sambil bermain bagi kanak-kanak prasekolah

Upload: cecilia-ambrose-linsua

Post on 13-Jul-2015

2.063 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kurikulum tu 10003

TU 10003KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK

TOPIK 5:Rancangkan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran yang mengaitkan dengan pendekatan

belajar sambil bermain bagi kanak-kanak prasekolah

Page 2: Kurikulum tu 10003

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Melaksanakan Pendekatan

dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Modul Unit 4 (M/S: 101 - 106)

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak.

Page 3: Kurikulum tu 10003

Pandangan Mengenai Belajar Sambil Bermain

- Caplan dan Caplan (1973)

Main sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan

intelekdi samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan

seseorang murid.

Page 4: Kurikulum tu 10003

Pandangan Mengenai Belajar Sambil Bermain

- Almy(1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah

oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain.

Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku

yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif.

Page 5: Kurikulum tu 10003

Pandangan Mengenai Belajar Sambil Bermain

-Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri,

berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya.

- Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih

oleh peserta. (Fergus 1995, 2).

Page 6: Kurikulum tu 10003

Pandangan Mengenai Belajar Sambil Bermain

- Vygotsky (1967) "Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.

- Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat

- Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan

dalam menghadapi dunia sebenar.- Mereka dibenarkan untuk memperolehi

proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al 1987,p.181 )

Page 7: Kurikulum tu 10003

Pandangan Mengenai Belajar Sambil Bermain

- Jerome Singe (Spodek, 1987) menganggap "imaginative play" sebagai

usaha kanak-kanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka

dalam menyusun pengalaman._ Dalam permainan, kanak-kanak

meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam

menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.

Page 8: Kurikulum tu 10003

Pandangan Mengenai Belajar Sambil Bermain

- ImamAl-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain kerana

dengan bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi

mereka di samping menyuburkan tubuh dan menguatkan otot-otot.

- Bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-

kanak selepas penat belajar.

Page 9: Kurikulum tu 10003

Pendekatan Belajar Melalui Bermain

- Disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu

pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid

belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.

- Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep

pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik.

Page 10: Kurikulum tu 10003

Pendekatan Belajar Melalui Bermain

- Dapat meningkatkan keupayaan kognitif.- Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan

orang dewasa.- Meningkatkan penguasaan kemahiran

emosi.- Mengukuhkan perkembangan fizikal- Menguasai kemahiran manipulasi.- Menguasai daya reka cipta secara

konstruktif.- Kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan

perasaan sendiri.

Page 11: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

1.0 Main Pasir

2.0 Main Air

3.0 Main Doh.

Page 12: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

1.0 Main Pasir

Contoh 1:

Pelaksanaan aktiviti:

Membuat binaan seperti istana pasir, bangunan, zoo dan lanskap.

Page 13: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

Kepentingan dari aspek perkembangan diri dan sosioemosi murid:-

- Keyakinan diri

- Berinteraksi

- Tumpuan

- Kebebasan -melakukan dan membuat keputusan

-Boleh mengenal dunia persekitaran

Page 14: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

1.0 Main PasirContoh 2:

Pelaksanaan aktiviti:Membuat himpunan pasir dan membuat

perbandingan menggunakan bahasa matematik seperti lebih besar, lebih kecil, kurang dari, lebih ringan, lebih

berat dan lebih banyak.

Page 15: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

1.0 Main Pasir

Kepentingan dari aspek perkembangan kognitif murid:-

- Mempelajari penggunaan bahasa matematik

- Meningkatkan kemahiran proses sains. (pengelasan & perbandingan)

Page 16: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

2.0 Main AirContoh 1:

Pelaksanaan aktiviti:Menyatakan pelbagai kegunaan air

dalam kehidupan seharian

Menyatakan perlu bersyukur kerana negara banyak hujan

Berjimat menggunakan air

Page 17: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

Kepentingan dari aspek perkembangan diri dan sosioemosi

murid: - Keyakinan diri mencuba

sesuatu yang baru- Berinteraksi

- Tumpuan- Kebebasan

- Boleh mengenal dunia persekitaran mereka

Page 18: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

2.0 Main AirContoh 2:

Pelaksanaan aktiviti:Menuang air dari bekas yang

besar ke bekas yang kecil

Membanding bilangan bekas kecil yang boleh diisi dari

bekas besarMenggunakan span untuk

memasukkan air dalam satu bekas

Bermain buih sabun

Page 19: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

2.0 Main Air

Kepentingan dari aspek perkembangan fizikal murid:-

- Menguatkan otot halus dan otot kasar

- Boleh menggunakan pelbagai alatan kecil dan besar dengan selamat dan

terkawal

Page 20: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main3.0 Main Doh

Contoh 1: Pelaksanaan aktiviti:

Membancuh, meramas menguli untuk dijadikan doh mengikut resepi tertentu

Menguli, mencampur bahan lain seperti habuk kayu, kacang hijau, kacang dal untuk

mengetahui pelbagai teksturMenguli dan mencampur bahan untuk buat

biskut dan dibakarMenguli dan menekap doh mengikut pelbagai

bentuk, saiz dan warna

Page 21: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main3.0 Main Doh

Kepentingan dari aspek perkembangan

kognitif murid: -

- Mempelajari penggunaan bahasa matematik

- Meningkatkan kemahiran proses sains.

(pengelasan & perbandingan)

Page 22: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

3.0 Main DohContoh 2:

Pelaksanaan aktiviti:Menyebut arah dan kedudukan doh

seperti depan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan, sisi, luar dan dalam

Boleh membuat pengelasan tentang warna, bentuk dan saiz pelbagai jenis doh

Membuat perbandingan berat dohBertindak balas kepada apa itu bau, rasa

dan sentuh

Page 23: Kurikulum tu 10003

Contoh Pelaksanaan Aktiviti Main

3.0 Main Doh

Kepentingan dari aspek perkembangan bahasa dan komunikasi murid: -

- Menerangkan perancangan aktiviti serta imaginasi mereka dan

menceritakannya- Berinteraksi antara rakan sebaya dan

orang dewasa- Bercakap mengikut giliran,

meningkatkan perbendaharaan kata

Page 24: Kurikulum tu 10003

Langkah-langkah Perlaksanaan

Morrison (1984), dalam bukunya yang berjudul ‘Early Childhood Education Today’, menggariskan beberapa tanggungjawab penting untuk menjamin keberkesanan perlaksanaan teknik permainan ini.

Page 25: Kurikulum tu 10003

Langkah-langkah Perlaksanaan

Langkah-langkah penting dalam strategi ini ialah:1. Menentukan tema dari kandungan sukatan pelajaran iaitu sama ada permainan yang dipilih itu adalah berfaedah atau sebaliknya; sekiranya diperlihatkan adanya perkaitan di antara permainan dengan isi pelajaran serta pengalaman murid-murid, maka objektif permainan itu di harap akan tercapai.

Page 26: Kurikulum tu 10003

Langkah-langkah Perlaksanaan

2. Menentukan tujuan guru dengan jelas mengadakan permainan tersebut. Guru perlu memastikan permainan itu bertujuan memotivasikan murid, membentuk konsep atau memberi peneguhan yang sesuai bagi peringkat kemajuan murid.

Page 27: Kurikulum tu 10003

Langkah-langkah Perlaksanaan

3. Menentukan aras kebolehan muridjuga penting supaya permainan yang dipilih dapat menyediakan kemahiran yang sejajar dengan keupayaan dan kebolehan murid-murid. Guru juga harus tahu menentukan jenis-jenis mainan yang akan dilaksanakan. Mainan yang menepati aras dan tema pasti memudahkan guru dalam penyediaan permainan tersebut

Page 28: Kurikulum tu 10003

Langkah-langkah Perlaksanaan

4. Menentukan bentuk permainan sama ada dilakukan secara individu,kumpulan kecil atau kumpulan besar. Setiap permainan mempunyai syarat-syarat tertentu dalam kumpulannya. Contohnya kumpulan kecil mempunyai bilangan pemain yang sedikit berbanding kumpulan besar jadi penilaiannya juga berbeza.

Page 29: Kurikulum tu 10003

Langkah-langkah Perlaksanaan

5. Mengumpul Bahan. Guru hendaklah menentukan bahawa semua bahan yang digunakan seperti buah dadu, papan dam, kad-kad mainan atau bongkah-bongkah disediakan lebih awal. Murid juga sudah disediakan dari segi fizikal dan mental.

Page 30: Kurikulum tu 10003

6. Menentukan cara menilai iaitu bagaimana hendak menilai hasil daripada permainan murid. Guru mestilah telah menyediakan cara-cara yang munasabah dan sesuai untuk menilai. Guru juga harus sentiasa mengawasi aktiviti murid-murid supaya dapat membuat penilaian yang terbaik.

Langkah-langkah Perlaksanaan

Page 31: Kurikulum tu 10003

Langkah-langkah Perlaksanaan

7. Menentukan proses dan masatentang satu-satu permainan hendaklah diberi penerangan kepada murid-murid. Perkara-perkara seperti undang-undang, apa yang sepatutnya dibuat oleh pemain dan bilangan pemain yang terlibat, perlu dijelaskan.

Page 32: Kurikulum tu 10003

8. Mendapatkan maklum balas

daripada murid selepas permainan

dijalankan supaya guru dapat menilai

perasaan murid dan menilai konsep

permainan sama ada baik atau

sebaliknya.

Langkah-langkah Perlaksanaan

Page 33: Kurikulum tu 10003

Sekian, terima kasih

Cecilia B

te Ambro

se Linsua

CT 10210128

John Chong