kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan

3
Kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ianya merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang. Kurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju pendidikan serta aspirasi negara. Kertas ini membincangkan tentang asas dan cabaran yang perlu dipertimbangkan dalam memperkasakan kurikulum pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pembangunan Negara dan trend pendidikan dunia adalah di antara kuasa penggerak yang perlu diberi penekanan dalam usaha memperkasakan kurikulum pendidikan negara. Matlamat kurikulum ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, pada masa yang sama kurikulum turut perlu menyumbang dalam melahirkan pekerja yang berilmu, warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ciri-ciri global player. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil bangsa dan warganegara Malaysia yang berkualiti. NTNC (2002) mendefinisikan kurikulum sebagai; suatu program kursus yang diambil bagi mendapatkan sesuatu sijil atau bagi memenuhi objektif tertentu. Wojtczak (2002) pula mendefinisikan kurikulum sebagai; suatu rancangan pendidikan yang diwartakan dan matlamat serta objektifnya perlu dicapai. Topik kurikulum perlu dibukukan dan kaedahnya perlu digunakan dalam pembelajaran, pengajaran dan penilaian. Manakala Coles (2003), mengatakan bahawa kurikulum adalah lebih luas daripada itu. Kurikulum adalah lebih daripada senarai topik yang dibukukan dalam program pendidikan seperti yang biasa dikatakan sebagai 'silibus'. Pertamanya ialah, kurikulum adalah pernyataan dasar tentang sebahagian daripada pendidikan, dan kedua ialah, sebagai

Upload: selva-raj

Post on 10-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

egwegf

TRANSCRIPT

Page 1: Kurikulum Merupakan Suatu Elemen Penting Dalam Sistem Pendidikan

Kurikulum merupakan suatu elemen penting dalam sistem pendidikan. Ianya

merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang boleh mencorakkan generasi akan datang.

Kurikulum perlu relevan dan dinamis bersesuaian dengan keperluan semasa dan halatuju

pendidikan serta aspirasi negara. Kertas ini membincangkan tentang asas dan cabaran yang

perlu dipertimbangkan dalam memperkasakan kurikulum pendidikan negara. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pembangunan Negara dan trend pendidikan dunia adalah di

antara kuasa penggerak yang perlu diberi penekanan dalam usaha memperkasakan kurikulum

pendidikan negara. Matlamat kurikulum ialah melahirkan insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Namun, pada masa yang sama kurikulum turut perlu

menyumbang dalam melahirkan pekerja yang berilmu, warganegara yang bertanggungjawab

dan mempunyai ciri-ciri global player. Pengisian dan pelaksanaan kurikulum mestilah

bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat, profil

bangsa dan warganegara Malaysia yang berkualiti.

NTNC (2002) mendefinisikan kurikulum sebagai; suatu program kursus yang diambil bagi

mendapatkan sesuatu sijil atau bagi memenuhi objektif tertentu. Wojtczak (2002) pula

mendefinisikan kurikulum sebagai; suatu rancangan pendidikan yang diwartakan dan

matlamat serta objektifnya perlu dicapai. Topik kurikulum perlu dibukukan dan kaedahnya

perlu digunakan dalam pembelajaran, pengajaran dan penilaian.

Manakala Coles (2003), mengatakan bahawa kurikulum adalah lebih luas daripada

itu. Kurikulum adalah lebih daripada senarai topik yang dibukukan dalam program

pendidikan seperti yang biasa dikatakan sebagai 'silibus'. Pertamanya ialah, kurikulum adalah

pernyataan dasar tentang sebahagian daripada pendidikan, dan kedua ialah, sebagai petunjuk

untuk merealisasikan dasar pendidikan melalui tindakan-tindakan dalam bentuk program.

Secara ringkas, Coles (2003) mengatakan bahawa kurikulum adalah segala aktiviti,

pengalaman dan peluang pendidikan bagi sesebuah institusi atau guru yang mengambil

tanggungjawab untuk menyampaikannya atau tidak.

Kurikulum juga ditakrifkan dengan takrifan yang pelbagai oleh para sarjana dalam

bidang pendidikan. Tyler (1949) menyatakan, kurikulum adalah alat berfungsi untuk

pendidikan. Manakala Taba (1962) pula mengatakan bahawa kurikulum adalah suatu pelan

bagi pembelajaran. Menurut Marsh & Willis (1995), kurikulum adalah suatu set pelan dan

pengalaman yang salingkait untuk kewajipan seseorang pelajar di bawah bimbingan di

Page 2: Kurikulum Merupakan Suatu Elemen Penting Dalam Sistem Pendidikan

sekolah. Stenhouse (1975) pula menyatakan, kurikulum adalah suatu bentuk spesifikasi

mengenai amalan pengajaran. Menurut Tanner & Tanner (1975), kurikulum adalah

pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang dan dibimbing. Pratt

(1980) pula menyatakan bahawa kurikulum adalah suatu set hasrat tujuan formal pendidikan

atau latihan yang tersusun.

Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pendidikan Kebangsaan pada

tahun 1979 mentakrifkan kurikulum sebagai; ‘Sesuatu program pendidikan yang merangkumi

semua pengetahuan dan kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur budaya dan kepercayaan

yang terpilih untuk diwariskan kepada ahli-ahli masyarakat’.

Manakala Akta Pendidikan 1996 mencatatkan definisi Kurikulum Kebangsaan

sebagai;

“... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan

kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,

unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan

seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan

emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini

dan untuk menyampaikan pengetahuan”.

Melalui perbincangan mengenai definisi kurikulum menjelaskan bahawa kurikulum merupakan aspek penting yang merangkumi keseluruhan program pendidikan yang bertujuan membantu perkembangan manusia dari segi intelek dan fizikal seterusnya membentuk sahsiah dan moral yang tinggi sepertimana yang terkandung dalam kurikulum yang ingin disampaikan