3.0 fungsi & kepentingan sungai -...

9
LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 7 Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI

Upload: phungkiet

Post on 09-Jul-2018

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 7

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI

Page 2: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 8

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

3.0 KEPENTINGAN DAN FUNGSI SUNGAI SECARA UMUM

Secara asasnya, kita perlu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan air dan kepentingannya?

Air merupakan sebahagian daripada elemen utama untuk penghidupan. Secara saintifiknya, lebih 70

peratus (%) kandungan di dalam tubuh manusia adalah air. (Sila rujuk Jadual 2.1)

Jadual 2.1 : Peratus Kandungan Air di Dalam Tubuh Manusia

Bil Tahap Umur Peratus (%) air dalam badan

1 Dewasa 65

2 Bayi 90

Bil Bahagian Badan Manusia Peratus (%) air dalam bahagian badan

1 Darah 83

2 Otak 75

3 Tulang 22

Antara sumber air adalah hujan, laut, tasik, sungai, kawasan tadahan di bukit/ gunung dan air bawah

tanah. Kajian menunjukkan, hampir 97 peratus sumber air bersih adalah dari sungai.

3.1 DEFINISI SUNGAI SEBAGAI JASAD SEMULAJADI

Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar. Sumber sungai boleh jadi dari tasik, mata

air ataupun anak-anak sungai. Dari sumbernya semua sungai menuruni bukit dan merupakan cara

biasa air hujan yang turun di daratan untuk mengalir ke laut atau takungan air yang besar seperti

tasik. Mulut, ataupun hujung sungai di laut dipanggil muara, manakala puncanya di panggil ulu.

Sumber : Global Environment Centre (GEC) – River Ranger Programme

Page 3: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 9

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran yang terdiri daripada dasar sungai yang di

antara dua tebing di kiri dan kanan. Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam

perjalanannya ke laut. Sesebuah Lembangan Sungai biasanya terdiri dari beberapa anak sungai

yang bergabung.

Sumber : Global Environment Centre (GEC) – River Ranger Programme

3.2 APAKAH CIRI-CIRI SUNGAI ?

Secara asasnya, ciri-ciri sungai boleh dibahagikan kepada 4 ciri utama iaitu :

i. Sungai sebagai jasad hidup,

ii. Berliku-liku,

iii. Mempunyai kawasan jeram dan lubuk, dan

iv. Mempunyai flora dan fauna di tebing dan hidupan akuatik.

3.3 APA ITU LEMBANGAN SUNGAI ?

Lembangan sungai dapat dinyatakan maksudnya seperti berikut :

i. Kawasan tanah di mana air mengalir melaluinya ke kawasan yang paling rendah – anak

sungai, sungai, tanah lembap atau tasik,

ii. Kawasan yang menakung air hujan,

iii. Air ini akan mengalir di permukaan atau terkumpul di bawah tanah,

iv. Wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz, dan

Page 4: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 10

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI

Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi. Hidrologi merupakan kajian sains

mengenai ciri-ciri air, pengagihan air di atas dan di bawah paras muka bumi serta di atmosfera.

(Definisi : Kamus Merriem Webster). Kitaran hidrologi pula dikenali sebagai pergerakan air antara

bumi dengan atmosfera.

Melalui kitaran hidrologi juga, menunjukkan bagaimana berlakunya air hujan yang menjadi titik

permulaan wujudnya sumber air bagi kegunaan manusia dan kehidupan di muka bumi ini. Air hujan

tersebut akan menyerap masuk ke dalam tanah dan ada yang mengalir ke sungai kemudiaannya

terus ke laut.

Sungai ialah laluan air semulajadi yang boleh dibahagikan kepada kawasan tadahan, bahagian

tengah sungai dan bahagian muara sungai. Sistem sungai terdiri daripada anak-anak sungai

yang mengalir ke sungai utama.

3.5 FUNGSI-FUNGSI UTAMA SUNGAI

Secara ringkasnya, sungai memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia serta

flora dan fauna. Justeru, bagi menjelaskan fungsi-fungsi utama sungai, ianya dapat dibahagikan

kepada dua (2) kegunaan utama iaitu :

Page 5: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 11

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

3.5.1 Sungai menjadi sumber air untuk :

i. Sumber Minuman - pertumbuhan bagi manusia, flora dan fauna,

ii. Aktiviti Pertanian/ Akuakultur – pengairan sawah padi, buah-buahan, dan sayur-

sayuran,

iii. Aktiviti Perindustrian – industri makanan, pembuatan logam, perkayuan, produk

kertas, kimia dan gasoline serta minyak, dan

iv. Kegunaan rumah/ harian - mencuci dan mandi

3.5.2 Kegunaan-kegunaan lain, adalah seperti berikut :

i. Tempat pembiakan - Ikan, burung dan haiwan-haiwan lain,

ii. Habitat - kepada pelbagai (termasuk spesis unik) tumbuh-tumbuhan atau haiwan dan

mikro-organisma,

iii. Petempatan Bandar dan Kampung,

iv. Perdagangan,

v. Pelabuhan,

vi. Pengangkutan utama bagi kebanyakan komuniti tempatan untuk mengangkut barang

dan orang,

vii. Tempat riadah untuk kegiatan naik bot, berakit, berkelah, berenang dan memancing,

viii. Kuasa hidro – menjana bekalan tenaga elektrik, dan

ix. Sumber perlancongan – pelancongan agro, homestay, river cruise dll.

Page 6: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 12

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

Foto 3.1 : Sungai - Pelancongan dan Rekreasi, di Agrotek, Hulu Langat.

Foto 3.2 : Sungai – Akuakultur (Ternakan ikan dalam sangkar)

Page 7: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 13

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

Foto 3.3 : Sungai - Pelabuhan dan Pusat Ekonomi seperti di Pelabuhan Klang.

Foto 3.4 : Sungai - Perhotelan dan Perdagangan seperti di Sungai Melaka.

Page 8: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 14

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

Foto 3.5 : Sungai - Pengangkutan awam seperti ‘water taxi dan water buses’ di New York City.

Page 9: 3.0 FUNGSI & KEPENTINGAN SUNGAI - …jpbdselangor.gov.my/Laporan/Projek_Sungai_Kelang/BAB_3.pdf · 3.4 KITARAN/ EKOSISTEM SUNGAI Sungai merupakan elemen penting di dalam sistem hidrologi

LAPORAN PROJEK PEMULIHARAAN DAN PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG 15

Projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor

Foto 3.6 : Sungai – Pelancongan Warisan di Sungai Duoro, Porto, Portugal.