kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi murid dari aspek intelektual

4
Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi murid dari aspek intelektual, jasmani, rohani, emosi dan sosial. 3.1.1 Penekanan Kepada Mata Pelajaran Yang Memanfaatkan Potensi Individu Penekanan kepada mata pelajaran yang memanfaatkan potensi yang sedia ada di dalam diri murid dengan menekankan pendidikan berasaskan nilai-nilai murni seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Selain itu, mata pelajaran-mata pelajaran seperti bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda), Matematik, Sains, Kemahiran Hidup dan Sejarah memberikan ilmu yang mampu membekalkan murid dengan pencarian ilmu seterusnya, manakala mata pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani pula dapat mencungkil minat dan bakat murid dalam bidang seni dan sukan. Penguasaan ilmu dan kemahiran asas melalui penekanan mata pelajaran yang tertentu mampu melahirkan murid yang seimbang. 3.1.2 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Serta Aktiviti Kurilulum Sekolah Aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga dapat melahirkan murid yang seimbang. Program kurikulum

Upload: mei-jiun-chong

Post on 02-Oct-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi murid dari aspek intelektual, jasmani, rohani, emosi dan sosial. 3.1.1 Penekanan Kepada Mata Pelajaran Yang Memanfaatkan Potensi IndividuPenekanan kepada mata pelajaran yang memanfaatkan potensi yang sedia ada di dalam diri murid dengan menekankan pendidikan berasaskan nilai-nilai murni seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam serta nilai merentas kurikulum. Selain itu, mata pelajaran-mata pelajaran seperti bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda), Matematik, Sains, Kemahiran Hidup dan Sejarah memberikan ilmu yang mampu membekalkan murid dengan pencarian ilmu seterusnya, manakala mata pelajaran Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani pula dapat mencungkil minat dan bakat murid dalam bidang seni dan sukan. Penguasaan ilmu dan kemahiran asas melalui penekanan mata pelajaran yang tertentu mampu melahirkan murid yang seimbang.3.1.2 Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Serta Aktiviti Kurilulum SekolahAktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga dapat melahirkan murid yang seimbang. Program kurikulum dapat berjaya mewujudkan golongan murid yang cerdik pandai dan mempunyai pengetahuan yang luas adalah seperti mengadakan minggu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris kepada murid-murid untuk menggalakkan mereka berkomunikasi dengan guru dan kawan-kawan mereka dengan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris selain daripada bahasa ibunda kami, bahasa Cina. Dengan ini, mereka dapat bersosial dengan orang luar dengan menggunakan bahasa yang tepat dan lancar. Misalnya, semasa kelas bahasa Melayu KSSR dijalankan pada zaman terkini, interaksi antara guru dan murid-murid dengan menggunakan bahasa Melayu sahaja. Kini, murid-murid boleh menguasai dan bertutur dengan bahasa Melayu pada bila-bila masa sahaja. Seterusnya, sekolah turut menganjurkan sudut bacaan di bilik darjah dan kawasan sekolah. Melalui program ini, dapat memupuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid di samping memperluaskan dan memperkayakan diri murid dengan ilmu pengetahuan yang baharu.Murid yang seimbang dari segi aspek intelek dapat diwujudkan melalui program bilik darjah tersebut.Seterusnya, dari segi aspek rohani, murid-murid dapat menyedari dan percaya kepada Tuhan. Mereka amat bersyukur dan menghargai segala pemberian dari Tuhan. Mereka juga dapat menjalinkan hubungan mesra dengan alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah melancarkan program amalan kitar semula dan cintai alam sekitar. Melalui program ini, murid-murid telah diterapkan dengan mengamalkan nilai mencintai alam sekitar dan menjaga kebersihan alam sekitar. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara turut diamalkan terutamanya prinsip kepercayaan kepada Tuhan semasa perhimpunan pagi dengan melalui lafazan ikrar Rukun Negara supaya dapat memupuk dan menanam semangat cinta akan negara terhadap murid-murid. Penekanan unsur jasmani juga penting dalam memastikan kesihatan fizikal terjamin. Penglibatan aktif murid-murid dalam kelas Pendidkan Jasmani dapat membina tubuh badan yang sihat dan cergas. Melalui aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan semasa waktu Pendidikan Jasmani, bakat dan potensi seseorang murid dapat dicungkil dan diperkembangkan. Hal ini dapat membuktikan Pendidikan Jasmani dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Dari segi emosi, melalui Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam, murid-murid dapat mempelajari nilai saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mereka juga dapat mempelajari dan mengamalkan sifat kekitaan dan perpaduan. Akhiri, dari segi sosial, sesebuah sekolah mempunyai murid yang terdiri daripada berbilang kaum tetapi mereka boleh belajar dan bergaul dengan bersepadu dan harmonis antara satu sama lain. Contohnya, amalan budaya saling menghormati, amalan bertegur sapa, perpaduan dan kemesraan antara satu sama lain. Terdapat juga kaum Melayu dam India yang belajar di sekolah Cina. Mereka tetap mengamalkan nilai-nilai seperti tolong-menolong, bekerjasama, toleransi, hormat-menghormat dan kasih sayang mendorong mereka hidup dengan aman di satu sekolah yang sama dan mewujudkan suasana yang harmoni dan perpaduan antara kaum sama lain.