kuliah2 by: jusi omar manik

19
Proses Pengujian dalam Pembangunan Perisian Multimedia

Upload: jusimanik

Post on 22-Jun-2015

65 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Proses Pengujian dalam Pembangunan Perisian

Multimedia

Page 2: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Kandungan

Pengenalan : Multimedia & Pengujian

Pengujian dalam Pembangunan Multimedia

Pengujian Alfa (Alpha Testing)

Pengujian Menggunakan Kumpulan Sasaran

Pengujian Beta

Pengujian Penerimaan

Kepentingan Pengujian Dalam Penghasilan Aplikasi Multimedia.

Page 3: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengenalan :Multimedia & Pengujian

Pengujian vs Penilaian ?Pengujian melibatkan penyesuaian satu set kriteria yang telah ditetapkan terhadap sesuatu persembahan bagi mengenalpasti masalah.

Penilaian melibatkan aspek yang lebih luas di mana ia bukan sahaja melihat kepada masalah tertentu, tetapi peningkatan rekabentuk semasa proses pembangunan atau setelah program berakhir.

Page 4: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengenalan :Multimedia & Pengujian

Pengujian vs Penilaian ?Pengujian secara khususnya bermakna memeriksa perjalanan projek berdasarkan spesifikasi yang telah dipersetujui. Ini termasuk kekuatan kod, struktur dan kandungan program, antaramuka, interaktiviti dan sebagainya.Aspek pengujian adalah rumit kerana terdapat terlalu banyak jenis ujian yang boleh digunakan pada setiap peringkat projek. Pengujian melibatkan aspek teknikal aplikasi manakala penilaian melibatkan keberkesanan aplikasi.

Page 5: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengenalan :Multimedia & Pengujian

Pengujian vs Penilaian ?Pelbagai pendekatan pengujian perlu digunakan

Pengujian konsep oleh kumpulan sasaran PrototaipSemakan semula oleh rakan atau kajian luaran terhadap dokumen rekabentukUjian kepenggunaan Percubaan lapangan dan Ujian penerimaan  

Page 6: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengenalan :Multimedia & Pengujian

Pengujian vs Penilaian ?

Tiada suatu kaedah yang terbaik.

Pilih yang paling sesuai dgn pendekatan dan keperluan projek, pertimbangkan juga kekangan masa, kos dan kualiti.

Page 7: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian dalam Pembangunan Multimedia

Pengujian program berdasarkan spesifikasi adalah proses yang berterusan dalam peringkat pembangunan.

Kebanyakan kelemahan akan dikesan dan diperbaiki sesetengahnya atau dibiarkan sahaja.

Page 8: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian dalam Pembangunan Multimedia

Sesetengah kesalahan rekabentuk mustahil untuk diperbaiki kerana kesannya terhadap keseluruhan projek.

Maka, prosedur untuk mengesan kecacatan pada peringkat awal projek adalah penting supaya tidak menimbulkan kesan buruk pada keseluruhan aplikasi

Page 9: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Alfa (Alpha Testing)

Ia dijalankan apabila projek telah pertimbangkan sebagai sebuah model yang boleh berfungsi.

Oleh kerana produk yang dinilai ini masih diperingkat pembangunan, ia masih mempunyai beberapa kesilapan/pepijat.

Page 10: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Alfa (Alpha Testing)

Perujian alfa adalah dilakukan bilamana perisian sudah mula boleh beroperasi. Ia masih tidak boleh berfungsi sepenuhnya, tetapi sudah mempunyai fungsi teras dan boleh menerima input dan menghasilkan output.

Selalunya dilakukan di pejabat pembangun dalam sistem yang berlainan

Page 11: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Alfa (Alpha Testing)

Tujuan pengujian alfa untuk memastikan sama ada arah dan struktur umumnya mencukupi dan melihat perubahan yang diperlukan.

ahli kumpulan pengujian Alfa, hendaklah terdiri daripada gabungan seimbang antara rakan dan ‘musuh’.

Page 12: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Kumpulan Sasaran/Fokus

Selalu digunakan dalam bidang pemasaran. Merupakan suatu pendekatan komersial.

Idea utama projek didedah dan diuji ke atas kumpulan pengguna sasaran.

Borang tertentu digunakan untuk mendapatkan komen dan cadangan daripada kumpulan sasaran.

Page 13: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Beta

Perisian sampai ke peringkat “beta” bilamana hampir semua fungsinya boleh beroperasi dengan baik, dan sedia untuk menerima maklumbalas dari pengguna

Pengujian “beta” membolehkan perisian di uji di persekitaran pengguna, membolehkan pengguna mencuba perisian, mengesan kesilapan dan membuat pembetulan, sebelum produk diedarkan

Page 14: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Penerimaan

Program yang dibina haruslah beroperasi tanpa sebarang kegagalan

Kadang-kadang kecacatan rekabentuk lebih nyata apabila ia digunakan.

Page 15: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Penerimaan

Kecacatan program merujuk kepada kesannya dan kekerapannya. Ia memberi kesan ke atas kekuatan programKecacatan yang biasa adalah kesilapan menaip dan kesilapan meletak perkataan, paparan teks, turutan yang salah, laluan pelayaran yang tidak beroperasi Pengujian yang sistematik harus dilakukan bila semua bahagian telah disepadukan dan boleh beroperasi

 

Page 16: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Penerimaan

Perancangan pengujian dibuat untuk memastikan kesemua laluan boleh dilayari, ketepatan data semua interaktiviti beroperasi

sebagaimana diharapkan, data yang betul keluar mengikut turutan

yang betul sebarang rekod yang dibuat oleh

pengguna tepat dan boleh dipercayai

Page 17: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Penerimaan

 Aplikasi yang kompleks, perlukan pengujian yang terperinci dan meluas oleh sekelompok pengguna.

penguji berpengalaman boleh mambantu merangka spesifikasi ujian.

Page 18: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Pengujian Penerimaan

Sediakan kertas ujian formal bagi menyimpan rekod kesilapan dan turutan peristiwa yang menyebabkannya. Buat pembetulan dan uji semula kesilapan untuk membuktikan ia telah diperbetulkan, harus ada tandatangan dan tarik pembetulan

Page 19: Kuliah2 By: Jusi Omar Manik

Kepentingan Pengujian Dalam Penghasilan Aplikasi Multimedia

Sesebuah aplikasi mungkin gagal sama sekali jika ianya tidak diuji.

Keputusan ujian yang negatif mestilah diterima sebagai cabaran untuk maju.