kuliah2 tuntutanfilipi indonesia

21
Kuliah 2: Pembentukan Malaysia dan Penentangan Filipina dan Indonesia Latar Belakang Sejarah Sabah dijajah oleh British (SBBU) dan selepas Pendudukan Jepun 1945 , Sabah diletakkan di bawah pen tadbiran kolonial British. Bila Sabah menyertai Malaysia, maka timbul penentangan dari Filipina dengan mempersoalkan kedaulatan Sabah. Soal kedaulatan ini terus dipersoalkan selepas 1963 dalam pertikaian Indonesia dgn Msia mengenai isu Pulau Ligitan dan Sipadan.

Upload: shahira-zakaria

Post on 16-Jan-2016

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Kuliah 2: Pembentukan Malaysia dan Penentangan Filipina dan Indonesia

Latar Belakang Sejarah• Sabah dijajah oleh British (SBBU) dan

selepas Pendudukan Jepun 1945 , Sabah diletakkan di bawah pen tadbiran kolonial British. Bila Sabah menyertai Malaysia, maka timbul penentangan dari Filipina dengan mempersoalkan kedaulatan Sabah. Soal kedaulatan ini terus dipersoalkan selepas 1963 dalam pertikaian Indonesia dgn Msia mengenai isu Pulau Ligitan dan Sipadan.

Page 2: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Filipina juga telah meluluskan undang-undang pada tahun 1968 yang menyatakan bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Republik Filipina dan bertindak untuk mempertahan maruah dan kedaulatan negara.

Page 3: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Hubungan Msia Filipina

Hubungan Filipina terjejas apabila Sabah menyertai Msia pada 16 Sept 1963. Presiden Macapagal tidak mengiktiraf Msia kerana membantah Sabah menyertai Msia yang dianggap sebagai miliknya. Ini berdasarkan sejarah , iaitu wilayah timur Sabah adalah dibawah penguasan Kesultanan Sulu sebelum diserahkan kpd SBBU.

Atas sebab itu Filipina belum bersedia mengugurkan tuntutan terhadap Sabah walaupun hubungan Msia Filipina pulih pada tahun 1964 dgn jasa baik Thailand.

Demi kestabilan serantau, kedua kerajaan bersetuju menyelesaikan isu Sabah secara runding, namum tidak menjadi kenyataan.

Page 4: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Pada tahun 1966, Presiden Filipina Ferdinand Marcos telah memberi harapan Msia menyelesaikan isu Sabah. Marcos telah menjadikan isu membasmi penyudupan antara Filipina dgn Sabah sebagai agenda kempenny

Marcos telah menghantar SU luarnya Forolan berunding dgn Tunku Abdul Rahman dan berjanji akan mencari jalan untuk menyelesaikan isu tuntutan tersebut.

Setelah berunding maka 1 Sept 1967- Perjanjian Anti Penyeludupan Filipina Msia dimetrikan di KL. Filipina diwakili oleh Ramos (SU luar Filipina) dan Tun Abdul Razak (Msia).

Dalam perjanjian ini, kedua-dua kapal perlu mendapat surat kebenaran sebelum dibenarkan masuk ke wilayah masing-masing. Rakyat Filipina yg berniaga perlu mendapatkan ‘port clearance Document dari pihak Filipina . Perjanjian ini peraturan tentang ‘Border Crossing’ yang dibenarkan memasuki Sabah.

Msia bersetujui memetrikan Perjanjian itu atas semangat setiakawan dgn diikuti lawatan Tun Abdul Razak ke Manila dan Ferdinand Marcos ke Kuala Lumpur.

Page 5: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Kes Corregidor• Sebelum peristiwa ini, Ferdinand Marcos telah melawat KL di

beri penghormatan dan pada masa yg sama Marcos merancang Projek Merdeka untuk menguasai Sabah dgn melatih askar di Pulau Corregidor sukarelawan diseludup ke Sabah untuk mencetuskan kekacauan.

• Apabila kekacauan berlaku, Filipina melaporkan kpd PBB menyatakan bahawa penduduk Sabah memberontak mahu keluar dari Msia. Tetapi komplot ini terbongkar bila pelatih Jibin Arula mendedahkan pembunuhan beramai di Pulau Corregidor . Marcos menafikan penglibatannya, dan meminta tentera menyiasat

• KL mempersoalkan semangat setiakawan Filipina , Msia kemudian mengemukakan bantahan terhadap Filipina , wakil Msia di PBB mengemukakan aduan kpd SU PBB. U Thant .

Page 6: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Msia anggap peristiwa Corregidor ‘ a most serious breach of good faith and friendly relations’.

Manila anggap kes Corregidor sebagai masalah dalaman, dgn alasa itu Manila tidak perlu memohon maaf , kerana kes ini adalah kes dalaman, dan penanahan 2 org individu, didakwa oleh Manila sebagai penduduk Sabah.

Penjelasan Manila tidak memuaskan Tun Razak , kerana Msia menahan 23 tentera Filipina bahawa 3 daripadanya adalah rakyat Filipina , masih tidak dijelaskan oleh Filipina.

Msia kemudian telah menambah anggota tentera untuk mengawal kemungkinan pencerobohan Filipina. Maka April 1968, kapal Filipina ‘Born Free; telah ditahan atas tuduhan menceroboh pengairan Msia , tetapi Filipina menyatakan bahawa kapal tersebut berada di pangairan antara bangsa sewaktu ditahan, tetapi penjelasan ini ditolek oleh KL.

Page 7: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Bimbang dgn ancaman Filipina, Tunku telah meminta kerajaan British membantu mempertahankan Msia sekiranya diserang oleh Filipina.

‘It is mya view that the Philippine subversion is serius enough to warrant my plea for British help to protect the security of this region of Asia against inflitration by enamy forces. Recents events have shows thet the Philippines hav made preparation to send infiltration here. In the circumstances I feel it is urgent that we sholud build up defences in areas open to such inflitration. We need the help of your military experts to enable us plan these defences. NST 1 A pril 1968.

Berikutkan dgn permintaan ini, kerajaan British telah menghantar kapal-kapal perang British berada di perairan Sabah.

Page 8: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Rundingan Bangkok.• Bagi meredakan keadaan, Marcos bersetuju –berunding di Bangkok 17 Jun

1968 untuk menyelesaikan masalah Sabah. Tan Sri Ghazali Shafie SU Tetap Kementerian Luar telah mengetuai rombongan manakala Filipina diketuai Gaunttuer Bisnar.

• Perbincangan 17 Jun berakhir 16 Julai 1968. Perwakilan Msia menolak tuntutan Filipina kerana Filipina gagal menjelaskan asas tuntutan Filipina seperti terkandung Dokumen 11 dan 12 Sept. 1962. iaitu Presiden Filipina dikatakan memberi kuasa Naib Presiden Filipina menerima penyerahan wilayah Borneo Utara , menurut Dokumen 2, sorang Sultan Sulu dikatakan menyerah wilayah Borneo Utara menyerahkan wilayah itu kpd kerajaan Filipina

• Filipina enggan menjawab persoalan tersebut, maka• Wakil Msia kemudian memutuskan oleh kerana perwakilan Filipina tidak mahu

menjelaskan persoalan tersebut, dan perwakilan Filipina juga menghalang perwakilan Msia daripada menentukan bidang dioersetuji dan tidak dipoersetui ‘ antara kedua pihak, Maka wakil Msia mengambil keputusan menarik diri daripada perbincangan Bangkok, kerana perwakilan Msia’ ingin mengetahui batasan dan asas tuntutan Filipina dari segi undang dan politik.

Page 9: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Pada pandangan Msia - perundingan ini ditutup atas alasan;

a. Filipina menganggapkan perjelasan terlalu banyak untuk dijelaskan kpd Msia jika diteruskan

b. Walaupun Msia memberi jaminan bahawa mesyuarat tersebut tidak melebihi 2 mesyuarat, tetapi perwakilan Filipina menyatakan mesyuarat yg diadakan sudah memadai dan mereka tidak akan memberi penjelasan . Oleh Msia berpandngan bahawa mesyuarat tersebut tidak bermakna

c. Perwakilan Filipina sendiri menyatakan bahawa perwakilan Msia yang memberhentikan perbincangan dgn tiba-tiba dgn menyatakan perwakilan Filipina menolak saranan Filipina supaya menerus perbincangan.

Page 10: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Tun Razak dlam kenyataan bertulis menyatakan bahawa Msia sememang mahu berunding, mengenai tuntutan ke atas Sabah, atas kepentingan semangat kerjasama dan kemanan. Selepas 4 minggu perbincangan, Filipina tidak mengesahkan tuntutan politik dan oleh kerana itu, perundingan tidak perlu diteruskan.

Kegagalan rundingan Bangkok telah menjejaskan hubungan Msia Filipina dan Filipina telah memangggil pulang kedutaaan Filipina di KL, dgn alasan Msia telah menamatkan rundingan secara mendadak.( Nota bantahan Filipina terhadap Msia 20 Julai 1968)

Tun Razak menganggap tindkan Filipina sebagai malang, namum begitu beilau masih mengharap rundingan masih boleh diteruskan dalam semngat Asean. Berdasarkan kerjasama dan keamanan kemakmuran serantau mengelakkan perbuatan yg memberhayakan ASEAN.

Page 11: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Atas inisiatif Sukarno, telah mengatur pertemuan di antara Tun Razak dgn Ramos SU luar Filipina dgn pertemuan ini kedua pemimpin bersetuju mencapai kata sepakat untuk ‘tempoh bertenang’. Bagi meredakan ketegangan. Tun Razak menyatakan bahawa kerana Msia dan Filipina ingin terus berkerjasama dan menimbangkan cara penyelesaian.

Semasa berucap di perlimen 22 Ogos 1968, Tun Razak memberi jaminan menyatakan rundingan Filipina tidak akan diadakan lagi kerana ‘Sabah adalah sebahagian daripada Msia’. Msia tidak akan rela menyerahkan Sabah semata-mata untuk kemanan.

Page 12: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Filipina walaubagaimanpun tidak hormati tempoh bertenang, Dewan perwakilan Filipina meluluskan undangn mengistiharkan Sabah sebagai sebahagioan daripada Filipina –dikemukakan oleh Carmelo Barbero

Tun Razak kecewa sikap Filipina, malah Tun menyatakan bahawa menjadikan Mindanao sebahagian Msia. Tunku menyatakan sikap Filipina tidak bertanggungjawab, Tun Mustapha ‘percubaan menjajah dan memperhambakan negeri kita’.

Pada 19 Sept 1968 Marcos mengesahkan Undang tersebut , Msia kemudian memanggil pulang Duta Besar di Manila dan Msia kemudian membatalkan Perjanjian Anti Penyeludupan yg ditandatangani 1967 yang pada pandangan Msia tidak menguntungkan Msia.

Page 13: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Tunku menuduh Filipina sengaja menimbulkan susasna yg tegang, dan Filipina yang tidak mahu mengakui kedaulatan dan keutuhan wilayah Filipina telah merosakan hubungan diplomatik Msia Filipina.

Pada 20 Ogos 1968, Msia mengemukakan bantahan kpd kuasa Usaha Filipina Romeo Christobal , Msia anggap undang – bermaksud mencabul kedaulatan dan keutuhan wilayah Msia dan tidak sesuai dgn semangat berjiran keamanan dan keutuhan rantau Asean.

Page 14: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Nota bantahan tersebut memaklumkan bahawa Msia memansuhkan Perjanjian Anti –Penyeludupan, apabila kerajaan Filipina mengiktiraf

Pada awal Sept. 1968, satu konvoi kapal perang British dan Australia telah melintasi pantai Pulau Balabak , Sibutan , walaupun mendapat bantahan Filipina, tetapi British menyatakan, angkatan ini melalui wilayah antarabangsa bukan menceroboh perairan Filipina.

Page 15: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Dalam sidang Dewan Rakyat Msia, pada 15 Ogos 1968, Dewan Rakyat mengadakan sidang Khas meminta di istiharkan bahawa ‘penaklukan Filipina terhadap Sabah adalah sebagai tidak sah’, dan tidak berasas malah dianggap mencabar keutuhan kedaulatan Msia.

Tunku , kemudiannya mengistiharkan akan mempertahankan wilayah Msia daripada diceroboh oleh Filipina berdasarkan Bangsa-Bangsa Bersatu 1960 Resolusi 1514 (XV), ‘ bahawa negara boleh mempertahankan kedaulatan wilayahnya daripada pencerobohan wilayahnya dan hak penentuan hak dan bebas mengistiharkan kedudukan politik, sosial dan pembangunannnya’.

Page 16: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Oleh itu soal tuntutan Filipina ke atas Sabah adalah satu yang serius, menunjukkan bahawa Filipina tidak menunjukkan kesefahaman, semangat persahabatan, Filipina sepatutnya mengenepikan tuntutan ke atas Sabah kerana Sabah telah menentukan hak nya untuk menyertai Msia .

Sebagai tambahan maka Tun Razak mengambil keputusan tidak menghadiri persidangan di Tokyo untuk berunding dengan Presiden Romos kerana kenyataan Romos di PBB, New York menyatakan bahawa ‘Sabah adalah sebahagian daripada Filipina’.

Page 17: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Dewan Rakyat kemudian membahas usul tersebut dan mengutuk tindakan Presiden Ramos itu. Dr Mahadir Muhammad ahli parlimen Kota Setar, kemudiannya menasihati kerajaan Msia supaya tidak tunduk kepada tuntutan Filipian itu,

Tun Mustapha pula menyeru ahli DUN mengukuk tindakan Filipina dan menganggap bahawa tindakan pencerobohan Filipina sebagai kolonial baru’.

Page 18: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Ahl Dewan Undangan Tuan Ghani Jangkat, menegaskan adalah menjadi hak mutlak rakyat Sabah untuk menentukan masa depan negeri mereka. Pengeran Tahir Petra pula menyatakan gertakan Marcos dan kuncu-kuncunya adalah meningkatkan lagi semangat perpaduan rakyat di Sabah.

Pada 17 Okt. 1968, Tunku telah meluluskan usul ‘ bahawa tuntutan Filipina ke atas Sabah adalah tidak sah kerana undang Filipina telah meluluskan untuk menakluki Sabah.

Page 19: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Walaupun tuntutan Filipilan tidak diiktiraf tetapi ia menjadi penghalang kepada kerjasama Asean dan kerjasama antara Msia dengan Filipina. Walaupun Marcos dan Aquino yang menjadi Presiden , berjanni akan mengugurkan tuntutan tersebut Sabah sebagai sebahagian daripada Filipina hanyalah sebagai janji-janji kosong sahaja.

Dalam perlembagaan Filipina masih mencatat bahawa Sabah masih sebahagian daripada Filipina . Isu ini menjadi duri dalam daging ‘ kepada Msia.

Page 20: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Ini terbukti, Filipina pernah mencampuri hal ehwal Msia bila Filipina turut campur tangan dalam Pertikaian sempadan Pulau Sipadan dan Ligitan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague. Belanda yang membayangkan bahawa Filipina masih mahu mengugurkan tuntutan tersebut, usaha tersebut tentunya menganggu kedaulatan Msia.

Masalah ,kehadiran pendatang Filipina, serangan lanun, perculikan dan penyerangan dan pencerobohan Kampong Toundua, bukti bahawa Msia akan terdedah kepada ancaman keselamatan, bukan sahaja pengairan tetapi juga keselamatan di darat.

Page 21: Kuliah2 Tuntutanfilipi Indonesia

Pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu.

Rujukan; Nik Anuar Nik Mahmud. 2001 Tuntutan Filipina ke atas Borneo

Utara. Kuala Lumpur: Penerbit UKM Berita Harian 6 Ogos 1968, 21 Sept. 1968 New Strait Times 8 April 1968, 1 April 1968, 19 Julai 1968.