ahmad @ omar hasan

20
221 AHMAD @ OMAR HASAN BIODATA Encik Ahmad @ Omar Hasan dilahirkan pada 25 Mei 1949 di Batu 3 ¼ Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Ahmad mula memegang jawatan sebagai Pembantu Makmal Muda di Pusat Penyelidikan Hutan, Kepong pada 1 Julai 1970 dan dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Penyelidik Hutan pada 24 April 1979. Melalui pertukaran syarat-syarat perkhidmatan dan penggredan semula skim perkhidmatan Ahmad telah diselaraskan ke Pembantu Penyelidik Sains pada 1 April 1983. Pada 1 Februari 1995 Ahmad sekali lagi dinaikkan pangkat daripada jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q8 (Tingkatan Biasa) kepada jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q7 (Tingkatan Kanan). Di samping itu Ahmad juga telah menanggung kerja Penolong Pegawai Penyelidik selama 14 tahun di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengurus di Stesen Penyelidikan FRIM, Mata Ayer, Perlis. Beliau telah bersara secara pilihan pada 1 Julai 1999. Alamat rumah Ahmad yang terkini ialah 354 Km 8, Jalan Sg. Petani, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah Encik Ahmad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Kedah di akhir era FRI dan awal FRIM memiliki gaya bercakap seperti orang Inggeris bercakap bahasa Melayu. Kadangkala kawan-kawan kenalah bersabar dan berkir panjang terlebih dahulu tentang apa yang hendak disampaikan kepada kita. Itu yang membuatkan beliau mudah mesra dengan kenalannya. Ketika mula melaporkan diri ke FRI Ahmad ditempatkan di Seksyen Sukatan Hutan (Mensurasi). Di sini Ahmad menumpukan kerja-kerja menyukat pokok untuk mengkaji tumbesaran pokok hutan. Selain itu Ahmad juga pernah bertugas di Seksyen Ladang dan Silvikultur Bukit.

Upload: trinhngoc

Post on 28-Jan-2017

284 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ahmad @ Omar Hasan

221

AHMAD @ OMAR HASAN

BIODATA

Encik Ahmad @ Omar Hasan dilahirkan pada 25 Mei 1949 di Batu 3 ¼ Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Ahmad mula memegang jawatan sebagai Pembantu Makmal Muda di Pusat Penyelidikan Hutan, Kepong pada 1 Julai 1970 dan dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Penyelidik Hutan pada 24 April 1979. Melalui pertukaran syarat-syarat perkhidmatan dan penggredan semula skim perkhidmatan Ahmad telah diselaraskan ke Pembantu Penyelidik Sains pada 1 April 1983. Pada 1 Februari 1995 Ahmad sekali lagi dinaikkan pangkat daripada jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q8 (Tingkatan Biasa) kepada jawatan Pembantu Penyelidik Gred Q7 (Tingkatan Kanan). Di samping itu Ahmad juga telah menanggung kerja Penolong Pegawai Penyelidik selama 14 tahun di sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengurus di Stesen Penyelidikan FRIM, Mata Ayer, Perlis. Beliau telah bersara secara pilihan pada 1 Julai 1999. Alamat rumah Ahmad yang terkini ialah 354 Km 8, Jalan Sg. Petani, Simpang Empat, 06650 Alor Setar, Kedah

Encik Ahmad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Kedah di akhir era FRI dan awal FRIM memiliki gaya bercakap seperti orang Inggeris bercakap bahasa Melayu. Kadangkala kawan-kawan kenalah bersabar dan berfi kir panjang terlebih dahulu tentang apa yang hendak disampaikan kepada kita. Itu yang membuatkan beliau mudah mesra dengan kenalannya.

Ketika mula melaporkan diri ke FRI Ahmad ditempatkan di Seksyen Sukatan Hutan (Mensurasi). Di sini Ahmad menumpukan kerja-kerja menyukat pokok untuk mengkaji tumbesaran pokok hutan. Selain itu Ahmad juga pernah bertugas di Seksyen Ladang dan Silvikultur Bukit.

Page 2: Ahmad @ Omar Hasan

222

Ahmad di pejabatnya pada tahun 1977 di Bahagian Silvikultur Hutan Bukit

Ahmad dan keluarga pada tahun 1992

Page 3: Ahmad @ Omar Hasan

223

Gambar tahun 1972 ketika Ahmad manjalankan kerja-kerja menyukat isi padu, tumbesaran dan ketinggian pokok di FRI

Che Mat Orang Seni

Ketika era 1970-an kemudahan ICT belum ada dan hiburan terhad. Justeru, Ahmad berserta kakitangan yang lain seperti Abd Jalil Hamid, Jaaffar Ahmad dan Azmi Hj Othman telah menubuhkan Badan Kebudayaan dan Kesenian bagi mengisi masa lapang. Rupa-rupanya melalui penubuhan itu didapati ramai kakitangan FRI yang berbakat dalam seni lakonan dan nyanyian. Che Mat Kedah telah menjadi pelakon utama dalam dalam pementasan drama FRI yang bertajuk ”Pertemuan di Ambang Maut”.

Che Mat Kedah sebagai pelakon utama dalam persembahan drama “ Pertemuan di Ambang Maut” pada tahun 1974

Page 4: Ahmad @ Omar Hasan

224

Ahli-ahli Badan Kesenian FRI menyertai Pertandingan Drama di Dewan Kampung Pandan, Selangor pada tahun 1976

Ahmad (berdiri no 1 dari kiri) bersama ahli-ahli Badan Kebudayaan dan Kesenian FRI pada tahun 1975

Page 5: Ahmad @ Omar Hasan

225

Kumpulan Boria Badan Kesenian FRI membuat persembahan.Datuk Ahmad Daud (Allahyarham) bertindak sebagai pengacara majlis

ANUGERAH

Ahmad menerima Anugerah Khidmat Cemerlang FRIM pada tahun 1986 dan 1999.

Menerima Anugerah Khidmat Cemerlang daripada Pengerusi

MFRDB Tan Sri Dato’ Murad

Menerima Pingat Mahkota Perlis (PMP) dan Pingat Jubli Emas (PJE) daripada

DYMM Raja Negeri Perlis

Page 6: Ahmad @ Omar Hasan

226

Latihan/Kursus Luar Negara yang telah dihadiri:

Ahmad telah dihantar mengikuti Kursus Teknik Membaik Biak Pokok/Semaian di German Barat dari 17 Mei–15 Julai 1992.

Ahmad ketika mengikuti Kursus Teknik Membaik Biak Pokok di Jerman di bawah Program Malaysian German Forestry Research Project (GTZ)

Kenangan Ahmad bersama-sama kumpulan Penyelidik Bahagian Silvikultur Hutan Bukit dan Pengurusan Hutan Ibu Pejabat Perhutanan menjalankan kajian pokok selepas tebangan di Hutan Simpan Tekam, Pahang

Page 7: Ahmad @ Omar Hasan

227

Mengikuti perarakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor pada tahun 1977

AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Ahmad menyatakan jika tidak turut serta dalam mana-mana aktiviti kemasyarakatan lebih-lebih lagi jika menghuni di kuarters FRI maka dengan sendirinya kita berasa janggal seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Justeru ketika di FRI Ahmad sedaya-upaya berusaha untuk turut serta dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan. Kepenatan tidak dirasa malah kepuasan dirasai berbaloi apabila bersama kawan-kawan menyertainya.

Kesatuan Sekerja 1973–1981

Ahmad telah dipilih menjadi Bendahari dalam Kesatuan Sekerja mewakili FRI sekitar tahun 1973 hingga 1981. Sesuatu yang menarik perhatian apabila berbicara tentang Kesatuan Sekerja sewaktu FRI di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan ialah ahli-ahli mempunyai ruang yang bebas dalam menyelesaikan masalah hal-ehwal pekerja ke peringkat Jabatan. Kesatuan Pekerja-pekerja Jabatan Perhutanan pada ketika itu merupakan gabungan dengan CUEPACS dan MTUC. Semasa mesyuarat agung pekerja-pekerja diberi peluang untuk mengutarakan isu-isu antara pekerja (kesatuan) dan majikan (FRI). Biasanya dengan cara demikian masalah utama pekerja dapat diketahui dan diselesaikan dengan baik.

Page 8: Ahmad @ Omar Hasan

228

Dengan kesungguhan dan kepimpinan yang proaktif dengan pendekatan menang-menang maka isu-isu berbangkit dapat diatasi dengan mudah.

Aktiviti Sukan

Di FRI/FRIM bersukan ialah suatu aktiviti yang menyeronokkan untuk kakitangan selain untuk menang dalam pertandingan. Apabila ada jemputan perlawanan masing-masing akan memberikan nama ke Bahagian Pentadbiran untuk turut serta dalam permainan yang diminati. Ahmad pernah bertanding dalam satu perlawanan badminton melawan Yong Fook Ong (juga telah bersara dan memang handal bermain badminton) dan Che Mat teruk dibelasah. Namun beliau tetap bermain atas semangat kesukanan.

Menggalas Tugas Besar di Perlis

Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Mata Ayer, Perlis sejak mula ditubuhkan diselia oleh Bahagian Hutan Ladang. Stesen ini diurus oleh Pengurus yang terdiri daripada Pembantu Penyelidik yang lazimnya sudah berkhidmat lama dan berpengalaman serta mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin. Che Mat Kedah mula memikul tugas sebagai Pengurus di SPF Mata Ayer, Perlis dari 1 Mei 1981–30 Jun 1999, satu jangka masa yang agak panjang—satu era yang boleh menampakkan impak yang jelas terhadap penyelidikan dan pembangunan di situ. Ketika Che Mat mengemudi SPF ini, bekalan air dan elektrik belum ada. Kuasa elektrik diperoleh melalui generator manakala bekalan air pula dibekalkan melalui tangki trailer yang dipamkan di Kaki Bukit. Hal sedemikian membuatkan Che Mat dan kakitangan stesen yang lain amat teruja namun berkat usaha dan kesabaran kemudahan-kemudahan asas ini akhirnya dapat disiapkan secara berperingkat-peringkat.

Pada 1 Oktober 1985 FRIM telah memohon kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri Perlis supaya SPF Perlis dipindahkan pengurusannya daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)kepada FRIM. Permohonan tersebut diluluskan dan SPF Perlis telah menganggotai salah satu agensi dalam Jabatan Persekutuan. Hasilnya hubungan dengan negeri bertambah baik dan dikenali oleh pelbagai agensi dan jabatan di peringkat negeri Perlis.

Pada 26 Ogos 1994 satu perjanjian persefahaman (MoU) telah ditangani antara FRIM dan Kerajaan Negeri Perlis bagi tujuan mengurus dan mentadbir ladang jati di Perlis.

Page 9: Ahmad @ Omar Hasan

229

MoU ditandatangani oleh Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dato’ Dr Ab Hamid Pawanteh dan Ketua Pengarah FRIM (Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor)

Ahmad mengikuti lawatan kerja bersama-sama Exco Kerajaan Negeri Perlis (YB Tuan Hj Fadzil Mahmud) ke Ibu Pejabat Perhutanan, Jakarta,

Indonesia pada 1 Oktober 1990

Page 10: Ahmad @ Omar Hasan

230

Ahmad sedang memberi taklimat mengenai sejarah penanaman jati di Perlis kepada Pengerusi MFRDB Tan Sri Rama Iyer dan Pengarah

Perhutanan Negeri Perlis, En Kassim Osman serta rombongan pada 30 Mac 1997.

Tahun 1991, lawatan kerja oleh KP FRIMTan Sri Dr Salleh Mohd Nor ke SPF, Perlis

Page 11: Ahmad @ Omar Hasan

231

Mempromosi FRIM

Sambutan Hari Perhutanan Peringkat Negeri Perlis pada 10 Ogos 1993 anjuran bersama Jabatan Perhutanan dengan SPF, Perlis

Ahmad mengiringi YAB Tan Sri Shahidan Kassim (Menteri Besar Perlis ketika itu) ke sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Perlis di Taman Negeri Jalan Sg. Bt. Pahat, Perlis pada 22 November 1997

Page 12: Ahmad @ Omar Hasan

232

Khidmat nasihat penanaman jati telah diberikan bagi pembangunan tanaman jati di Lebuhraya Utara Selatan pada tahun 1993

Ahmad turut memberikan khidmat nasihat dalam penanaman merawan di Lebuh Raya Utara Selatan pada tahun 1993

Page 13: Ahmad @ Omar Hasan

233

Kemudahan asrama bagi penginapan pelawat juga diberi perhatian sewajarnya

Pembangunan identiti pejabat yang mengurus sebuah stesen penyelidikan sentiasa diberi perhatian

Page 14: Ahmad @ Omar Hasan

234

Gambar kenangan Ahmad dengan kakitangan SPF Mata Ayer, Perlis pada tahun 1985

Meraikan persaraan mantan Pengarah Perhutanan Negeri Perlis pada tahun 1994

Page 15: Ahmad @ Omar Hasan

235

Lawatan Ketua Kerani FRIM, Ibrahim Maarof dan Zulkifl i Shariff (Ketua Kerani Stor, FRIM) dan kakitangan Stor Pentadbiran FRIM ke SPF Mata

Ayer, Perlis pada Julai 1988

Mengiringi lawatan pengusaha tanaman jati ke ladang jati usahasama FRIM, Perlis di Jalan Kilang Tebu, Cuping, Perlis pada tahun 1997

Page 16: Ahmad @ Omar Hasan

236

SPF Mata Ayer, Perlis turut memberi bantuan dan khidmat nasihat di Upacara Menanam Pokok di Sekolah Menengah Kangar oleh DYMM Raja

Perempuan Perlis pada tahun 1997

Ahmad menghadiri Majlis Santapan Negeridi Istana Arau, Perlis bersama Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1996

Page 17: Ahmad @ Omar Hasan

237

Ahmad menguruskan lawatan kerja Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kaki Bukit, Perlis, YB Yoon Foo ke SPF Mata Ayer, Perlis pada

tahun 1998

Mengurus lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato Jamaluddin Hj Ahmad Damanhuri ke SPF Mata Ayer, Perlis, pada tahun 1996

Page 18: Ahmad @ Omar Hasan

238

PERSARAAN

Hari terakhir merakam waktu. Pemimpin pergi, pemimpin datang, namun SPL Mata Ayer terus maju hendaknya

Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Panel Hakim (Kategori Pejabat Kerajaan) Peringkat Negeri Perlis

Majlis perpisahan Ahmad pada Jun 1999

Page 19: Ahmad @ Omar Hasan

239

PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Setiap tanggungjawab sebagai penjaga atau pengurus yang diamanahkan kepada seseorang hendaknya dilakukan dengan penuh dedikasi dan jujur. Setiap keputusan dan tindakan mestilah adil tanpa memilih kasih ibarat kata peribahasa Melayu, masuk sebelah, perahu karam sekerat (memilih-milih orang kerana kedudukan atau kekayaan).

Pesanan Abang Mad Kedah, Kalau mai Kedah, mai-mailah jumpa kami no…!

Ahmad dan isteri, Rahmah Aziz, beroleh ketenangan dengan tanaman roselle yang mereka usahakan kini

Page 20: Ahmad @ Omar Hasan

240

ULASAN KETUA PENGARAH

En Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Mad Kedah dilihat sebagai seorang tokoh masyarakat yang sangat tekun dan berhemah tinggi dalam menjalankan setiap tanggungjawab yang diberi. Sifat penyabar dan mudah didampingi menjadi pemangkin untuk beliau mempromosi peranan FRIM di negeri-negeri utara Semenanjung khususnya di Perlis. Encik Ahmad telah berjaya menonjolkan SPF Mata Ayer, Perlis sebagai sebuah pusat penyelidikan perladangan pokok jati yang unggul. Beliau telah banyak melaksanakan tugas dalam meletakkan asas pembangunan dalam pengurusan ladang jati bagi dijadikan sebagai landasan dalam mengangkat stesen bukan sahaja dari sudut penyelidikan ladang jati malah juga ke arah menjadikannya sebagai sebuah pusat ekopelancongan yang lebih dikenali ramai.

Secara ikhlas saya amat kagum dengan kemampuan En Ahmad dalam menjalankan tanggungjawab membangunkan sebuah stesen FRIM yang kini mulai mendapat perhatian ramai. Syabas dan tahniah kepada En Ahmad di atas jasa Tuan.

Jasa Tuan dikenang selalu.