kuliah03b cabang fal barat moden

15
Falsafah Pendidikan di Malaysia Teori-Teori Pendidikan Prof Madya Dr. Zulkifli B. Mohamed Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Sabah

Upload: ututut123

Post on 18-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cabang fal barat moden

TRANSCRIPT

  • Falsafah Pendidikan di Malaysia

    Teori-Teori PendidikanProf Madya Dr. Zulkifli B. MohamedSekolah Pendidikan dan Pembangunan SosialUniversiti Malaysia Sabah

  • Empat Teori Pendidikan Abad ke 20Tema-tema utama yang dalam Introduction to the Philosophy of Education oleh George F. KnellerPerennialism Essentialism ProgressivismReconstructionism

  • Perenialisme Tokoh & KonsepRobert Hutchins, Mortimer AdlerWalau persekitarannya berbeza, human nature tetap sama di mana sahaja, oleh itu, pendidikan mestilah sama untuk semua orang.Memandangkan rasional adalah sifat unggul manusia, mereka hendaklah menggunakan rasional dalam mengatur instinct mereka sesuai dengan matlamat akhir yang diingininya.

  • Perenialisme - PendidikanTugas utama pendidikan adalah untuk mengimport pengetahuan mengenai kebenaran sejati.Pendidikan bukan meniru kehidupan, tetapi menyediakan diri untuk hidup.

  • Perenialisme - PembelajaranPelajar perlu diajarkan mata pelajaran-mata pelajaran asas (3M) bagi membiasakan diri pelajar dengan sifat-sifat ketekalan dunia ini.Pelajar seharusnya mentelaah karya-karya agung, falsafah, sejarah, dan sains yang telah membuktikan kejayaan cemerlang manusia merentasi zaman.

  • Esentialisme Tokoh & KonsepWilliam Bagley, Herman Horne 1.Sebarang inisiatif pendidikan terletak kepada guru bukan pelajar2.Jantung kepada proses pendidikan adalah pengadunan isi pelajaran yang ditetapkan.

  • Esentialisme Pembelajaran & SekolahSifat semulajadi pembelajaran melibatkan kerja keras dan berunsur paksaan.Sekolah seharusnya mengekalkan kaedah tradisional untuk mendisiplin mental.

  • Progresivisme Tokoh & KonsepJohn Dewey, William H. Kilpatrick, John ChildsPendidikan mestilah bersabit dengan kehidupan itu sendiri, bukan untuk menyediakan pelajar untuk hidup.

  • Progresivisme - Pembelajaran Pembelajaran mengarah kepada kepentingan pelajar.Pembelajaran melalui penyelesaian masalah seharusnya diutamakan bukan sekadar mengumpul/ menyampaikan isi pelajaran.

  • Progresivisme Peranan Guru dan SekolahPeranan guru bukan untuk mengajar/ mengarah tetapi membimbing/ menasehati.Sekolah seharusnya menggalakan kerjasama bukannya bertanding.

  • Progresivisme & DemokrasiHanya demokrasi sahaja yang membolehkan dan bahkan menggalakan pembauran antara idea dan personaliti yang bebas bagi syarat utama untuk tumbesaran.

  • Rekonstruksionisme Tokoh & KonsepGeorge Counts, Theodore BrameldPendidikan mestilah komited untuk di sini dan sekarang bagi membentuk suatu susunan masyarakat baru (new social order) yang tertakluk kepada nilai-nilai asas kebudayaan kita dan pada masa yang sama bersifat harmoni dengan daya-daya sosial dan ekonomi dunia moden.

  • Reconstructionisme - Pembelajaran Masyarat baru mengamalkan demokrasi yang tulen di mana institusi dan sumber-sumber utama dikawal oleh masyarakat itu sendiri.Pelajar, sekolah dan pendidikan adalah keadaan yang tertakluk kepada daya-daya sosial dan budaya

  • Rekonstruksionime Guru & TujuanGuru perlu meyakinkan pelajarnya tentang keesahan dan keperluan tentang penyelesaian yang bersifat bina semula (reconstructionist), tetapi pada masa yang sama tertakluk pada prosidur-prosidur pendemokrasian.Tujuan dan cara pendidikan mestilah diubahsuai semula untuk memenuhi tuntutan-tuntutan krisis budaya masa kini dan akur pada temuan-temuan baru dalam sains perlakuan.