domain afektif 1

49
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi mengasihani. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya serta kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Ya Allah, beri kurnia kesejahteraan atas junjungi kami Muhammad Salallahhualaihiwasallam, kesejahteraan yang diredhai, dan redhailah sahabatnya sekelian. MATLAMAT KITA Untuk menghasilkan pelajar yang dinamik yang akan mempelopori perubahan social dengan memperolehi ilmu dan kebijaksanaan, serta mengamalkan kemahiran berfikir dengan persepsi dan komunikasi yang meyakinkan dan efektif.

Upload: meebasm

Post on 30-Jun-2015

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: domain afektif 1

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi mengasihani. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah,

tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya serta kekuatan melainkan dengan kekuasaan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Ya Allah, beri kurnia kesejahteraan atas junjungi kami Muhammad Salallahhualaihiwasallam, kesejahteraan yang diredhai, dan redhailah sahabatnya sekelian.

MATLAMAT KITA 

 

Untuk menghasilkan pelajar yang dinamik yang akan mempelopori perubahan social dengan memperolehi ilmu dan kebijaksanaan, serta mengamalkan kemahiran berfikir dengan persepsi dan komunikasi yang meyakinkan dan efektif.

KAEDAH KITA  

Page 2: domain afektif 1

Untuk mencapai matlamat tersebut, program ini menawarkan peluang yang berharga kepada para pelajar untuk mempertingkatkan komitmen, menambah ilmu, dan membina kemahiran berfikir dan berkomunikasi. Selanjutnya program ini bertujuan mempertingkatkan keupayaan mental dan mengasuh mentaliti positif dalam menjana keputusan dan menyelesaikan masalah. Dalam initipatinya, program ini cuba menghasilkan generasi yang berfikiran terbuka, positif, yang menjadi sebahagian dari penyelesaian, bukannya sebahagian dari masalah.

                       

EDU 3043 - KEMAHIRAN BERFIKIR (KB) INI DIBINCANGKAN

DALAM 3 UNIT:

UNIT 1 – Dr. Ghazali Mustapha

UNIT 2 – Dr. Rosini Abu

UNIT 3 – Dr. Rohani Ahmad Tarmizi

KANDUNGAN YANG TERDAPAT DALAM TIAP-TIAP UNIT

ADALAH BERBEZA DAN PERLU DIBERI PERHATIAN

SEWAJARNYA OLEH PELAJAR UNTUK MENDAPAT

FAEDAH SEMAKSIMUM YANG MUNGKIN

SKEMA PENILAIAN KURSUS ADALAH SEPERTI BERIKUT:

TUGASAN = 30%

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER = 30%

BERDASARKAN SATU ARTIKEL ATAU KAJIAN (RESEARCH PAPERS DARI

1995 - 2000) BERHUBUNG DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR (THINKING

Page 3: domain afektif 1

SKILLS) YANG KAMU DAPATI DARI BERBAGAI SUMBER, TERMASUK

INTERNET, JURNAL, BUKU, THESIS DAN LAIN-LAIN; BINCANGKAN DAN

UTARAKAN SECARA KRITIS:

A.     ABSTRAK ARTIKEL YANG DIGUBAH SENDIRI (TIDAK LEBIH DARI 200

PERKATAAN)

B.        PERSOALAN/KONSEP/STRATEGI/METHOD/ALAT BERFIKIR YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENULIS DAN

CONTOH KEBERKESANAN PENGGUNAANNYA DALAM PENYELESAIAN MASALAH YANG ADA

HUBUNGAN DENGAN KB SAPERTI ANG DIUTARAKAN OLEH PENULIS

C.        NYATAKAN KEKUATAN ATAU KELEMAHAN KAJIAN DARI KEFAHAMAN

ANDA TENTANG KONSEP KB SECARA KESELURUHAN

D. NYATAKAN SAMADA ALAT BERFIKIR YANG LAIN SEPERTI

YANG ANDA KETAHUI/PELAJARI SEPERTI CoRT 1,

TAKSONOMI KOGAFF, EQ, PENGGUNAAN PETA MINDA, DAN

PENGURUSAN GRAFIK DAPAT DIAPLIKASIKAN DALAM

KAJIAN TERSEBUT.

E.        NYATAKAN BAGAIMANA CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PENULIS BOLEH DI GUNAKAN

DALAM MENYELESAIKAN MASALAH ANDA SENDIRI DARI SEGI SOSIAL, PERSONAL, ATAU

AKADEMIK.

Page 4: domain afektif 1

P

EPERIKSAAN AKHIR SEMESTER = 40%

     TUGASAN (ASSIGNMENT)

               

           

                               

               

                    

               

                               

Page 5: domain afektif 1

                               

                               

                               

 

 PERINGATAN TENTANG TUGASAN:

1.       Artikel yang dikemukakan untuk perbincangan bolehlah diambil dari sumber yang ditulis samada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

2.       Tugasan boleh ditulis samada dalam Bahasa Malaysia

atau Bahasa Inggeris.

3.       Tugasan boleh dibuat secara berkumpulan dan tidak lebih dari TIGA orang dalam satu kumpulan.

4.       Kerjakursus di tulis dengan menggunakan kertas A4, Tahoma

dengan saiz font 11.

5.       Panjang tugasan – tidak melebihi 20 mukasurat.

6.       Artikel yang dipilih mistilah dilampirkan sebagai lampiran (appendix) tugasan.

7.       Tugasan mistilah sampai kepada IDEAL atau Pensyarah Kursus, selewat-lewatnya pada minggu ke sebelas semester.

SALAM HORMAT DARI

DR. GHAZALI MUSTAPHA

DR. ROSINI ABU

DR. ROHANI AHMAD TARMIZI

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

Serdang 43400

Tel: 03-89486101 ext: 2315

Page 6: domain afektif 1
Page 7: domain afektif 1

UNIT 1  DEFINISI DAN KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR                     

1.0  KONSEP DAN DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)

                   Unit ini bertujuan untuk memapar dan membincangkan topik-topik berkaitan

dengan  definisi dan konsep Kemahiran Berfikir. Anda akan didedahkan dengan konsep-

konsep berkaitan seperti penggunaan Taksonomi Soalan (Taksonomi COGAFF, dari Bloom

(1956) dan Krathwohl (1964)); elemen-elemen seperti kognitif, afektif, metakognitif, dan

reflektif dan kaitannya dengan pembelajaran; konsep berhubung dengan Kecerdasan mental

(IQ) dan Kecerdasan Emosi (EQ) dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya konsep berhubung dengan kebolehan melahirkan idea dan berkomunikasi dalam

konteks penggunaan dakwaan dan hujah juga akan disentuh dalam unit ini. Kandungan Unit

1 secara khusus adalah seperti berikut:

1.       Konsep dan definisi Kemahiran Berfikir (KB)

1.1     Konsep

1.2     KB Dari Perpepektif Sejarah

1.3     Definisi

1.4     Domain Kognitif

1.5     Domain Afektif

1.6     Metakognitif

1.7     Reflektif

2.       Kemahiran Berfikir dan kaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran;

2.1     Penggunaan soalan – ‘COGAFF Taxonomy’

2.2     Penggunaan peta-minda

2.3     Penggunaan graphic-organizer

2.4     Penggunaan de Bono CoRT 1

Page 8: domain afektif 1

3.       EQ (Kecerdasan Emosi) dan kaitannya dengan pembelajaran

4.       Kemahiran berfikir dari perspektif  komunikasi: penyataan idea dan pendapat.

4.1     Penyataan dakwaan

4.2     Penyataan hujah

4.3     Dakwaan objektif

4.4     Dakwaan subjektif

4.5     Hujah yang baik

4.6     Hujah tidak baik

4.7     Hujah yang ‘valid’

4.8     Hujah yang ‘tidak valid’  

1.1 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR                                                             

PENGENALAN

Manusia yang dicipta oleh tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka

bumi ini mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan

makhluk-makhluk lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia

dikurnialan akal. Akal fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara

manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual

knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan

pentaakulan minda (akal).  Akal adalah tempat bersemadinya kearifan dan

kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan Allah S.W.T. yang

sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh membuat

pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat

memahami (comprehend) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat ‘hikmah’

(wisdom), seseorang perlulah menjalani latihan penajaman minda dan

pendidikan pembersihan akal.

 Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’

atau hati manusia. Hati adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan

Page 9: domain afektif 1

melalui ilham, taufiq dan hidayah (bisikan hati dan suara qalbu). Pemberian

Allah S.W.T. kepada seseorang kerana bersihnya hati yang dimiliki. Hati

mempunyai keupayaan pentaakulan dan daya faham seperti kemampuan akal,

boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan yang diperolehi

melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari yang palsu, yang betul

dari yang salah,

kebaikan dari keburukan. Untuk memperolehi pengetahuan bersumberkan hati,

seseorang itu perlu mempunyai hati yang suci dan ini dapat dicapai melalui

latihan penyucian hati (purification of the heart). Sekiranya manusia dapat

menggunakan akal dan hatinyanya dalam mengeluarkan buah fikiran, maka ia

dikira sebagai telah menggunakan akalnya dengan bijak. Kemahiran

mengggunakan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal

mengangkat darjat “keinsanan manusia berbanding haiwan”. Sejarah

membuktikan bahawa manusia bertindak tanpa menggunakan akal dan buah

fikirannya boleh terjerumus de dalam darjat kehaiwanan, bahkan lebih dahsyat

daripada itu.

       Keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh manusia

ada kaitan dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan tindakan itu

membawa natijah positif kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan keputusan

yang berhikmah dan bijaksana. Sebaliknya, jika keputusan tidak bermanfaat

kepada diri, orang lain dan alam sekelilingnya, keputusan itu dikatakan tidak

bijak atau tidak berhikmah.

       Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah

jelas sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis Nabi

“Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat selama

tujuh puluh tahun”. Manakala di dalam kitab suci Al-Quran perkataan yang

merujuk kepada kata akar aqal disebut sebanyak 40 kali. Allah

SubhanahuWataala (S.W.T) juga menempelak manusia yang tidak mahu

berfikir. Apabila Allah S.W.T memberitahu manusia, “Lihatlah bulan, lihatlah

langit, lihatlah bintang dan fikirkan”. Menyedari kebesaran Allah Taala

melalui ciptaanya seperti bumi, bulan, bintang dan matahari adalah tanda

seseorang itu sebenarnya menggunakan akalnya untuk berfikir. Justeru itu,

berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan seharusnya dilakukan oleh

manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Namun bagitu,

tidak ramai antara kita yang memahami pengertian serta selok-belok berfikir

yang sewajarnya.

1.2 KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH

Page 10: domain afektif 1

Zaman Socrates

Ada baiknya kita soroti sedikit kemahiran berfikir dari perspektif sejarah

dan kesannya kepada kefahaman tentang konsep KB itu sendiri. Berfikir yang

juga dikenali pada mulanya sebagai pemikiran kritis yang juga merangkumi

pemikiran kreatif telah mula diberi perhatian istimewa oleh tamadun manusia

semenjak zaman Socrates, 2500 tahun dahulu lagi. Dalam menitikberatkan

pemikiran kritis dalam kehidupan manusia, Socrates telah berjaya

menggunakan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan

kebolehan seseorang menjana dan memberikan buah fikiran. Socrates telah

menyatakan bahawa buah fikiran yang bernas tidak semestinya dihasilkan oleh

seseorang yang mempunyai kuasa atau authoriti sahaja. Beliau telah

membuktikan bahawa seseorang yang mempunyai kuasa dan kedudukan,

kadang-kadang boleh melakukan tindakan yang membingungkan dan tidak

diterima akal. Beliau menyarankan betapa pentingnya soalan-soalan aras tinggi

yang beliau sebut sebagai ‘deep questions’ diajukan untuk menggalakkan

seseorang berfikir secara kritis sebelum satu-satu buah fikiran dapat dan layak

diterima pakai.

Dia juga menyatakan betapa pentingnya seseorang berupaya melahirkan

hujah yang kukuh sebelum buah fikirannya dapat diterima. Keupayaan ini

merangkumi kebolehan melihat secara objektif, mentaakul dan membuat

saranan, menganalisa konsep-konsep asas, dan juga menyoroti implikasi bukan

sahaja terhadap apa yang dinyatakan tetapi juga apa yang telah dilakukan

dengan perbuatan. Metod penyoalan Socrates yang dikenali sebagai “Socratic

questioning” atau “Penyoalan Socratic” masih di anggap sebagai satu cara

terbaik dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif dan masih banyak

diamalakan hingga ke hari ini.

Socrates telah memulakan agenda berfikir dengan menggunakan soalan

sebagai alat penjanaan idea dan buah fikiran yang mantap. Soalan telah

digunakan bila mempertikaikan kepercayaan dan penerangan yang lazimnya

diterima oleh masyarakat tanpa usul periksa. Beliau telah dengan cermatnya 

mengenalpasti satu-satu kepercayaan itu dari perspektif logik dan diterima akal

berbanding dari hanya melihat secara lihiriah dan nampak elok atau secocok

dengan perasaan ego yang serasi dengan cita-cita  tersembunyi seseorang.

Sesuatu yang berupaya atau dilihat sebagai berpotensi untuk memberi

keselesaan dan keseronokan – sekiranya tidak didasarkan kepada hujah, bukti

atau asas keyakinan yang kukuh adalah tidak boleh diterima pakai.

Page 11: domain afektif 1

Idea Socrates dalam berfikir secara kritis dan kreatif telah disoroti oleh

Plato (murid Socrates yang banyak membuat catatan tentang pemikiran

Socrates) dan Aristotle (seorang lagi ahli falsafah Greek). Mereka  dan ahli

falsafah Greek yang lain menyarankan betapa perlunya manusia berfikir

sebelum menerima sesuatu kerana realiti sesuatu  itu mungkin berbeza dari

keadaan lahiriahnya – cuma minda yang terlatih  (trained mind) sahaja yang

dapat membezakannya apa yang dilihat oleh mata kasar (delusive

appearances) dengan apa yang sebenarnya tersirat disebalik kulit luarannya

(the deeper realities of life). Bertitik tolak dari saranan tradisi Greek ini, lahir

keperluan bagi manusia untuk mencari kebenaran tersembunyi (deeper

realities), berfikir secara sistematik, menyoroti implikasi secara meluas dan

mendalam – kerana cuma dengan berfikir secara komprehensif, ‘well-

reasoned’, dan bersifat responsif terhadap tentangan dan kejanggalan sahaja

yang membolehkan manusia berfikir secara mendalam dari cuma menghayati

apa yang terpapar pada sifat lahiriah sahaja. Tradisi ini adalah selari dengan

apa yang disarankan oleh Islam supaya manusia meneliti kebesaran dan

kehebatan Pencipta alam ini disebalik keindahan ciptaanNya yang berupa

bintang-bintang, gunung ganang, matahari dan bulan yang sentiasa

menakjubkan mereka yang ingin berfikir. Keyakinan yang didasarkan kepada

Al-Quran, hadith dan sunnah, ijmak dan ulamak adalah mutlak dan tidak boleh

dipersoalkan. Berfikir dalam Islam adalah dalam lingkungan yang dibenarkan

oleh syara’ dan tidak bertentangan dengan syariat Islam itu sendiri.

                  

Zaman moden

Dalam abad dua puluhan, ramai ahli pendidik, falsafah dan ahli fikir

yang lain telah dilahirkan. Kita berterima kasih dengan tokoh-tokoh seperti

Guilford, Dewey, Meyers, Beyer, Bloom dan ramai lagi yang telah mendalami

dan memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan KB ini. Tokoh-

tokoh seperti Benjamin Bloom bersama rakan-rakannya yang lain termasuk

Krathwohl telah mendalami konsep penggunaan soalan seperti yang

disarankan oleh Socrates dalam menjana KB dengan berlandaskan domain

kognitif. Bloom adalah orang yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan

istilah ‘aras pemikian’ atau ‘levels of thought processes’. Bloom menyatakan

bahawa pemikiran aras tinggi (higher-order thought processes) hanya boleh

digembelingkan dengan penggunaan soalan atau objektif pengajaran aras

Page 12: domain afektif 1

tinggi juga. Bloom juga menyatakan bahawa keghairahan guru menggunakan

soalan dan objektif pengajaran aras rendah telah melahirkan pelajar-pelajar

yang tidak kreatif atau kritis. Ini berlaku kerana guru tidak sedar tentang

kepentingan penggunaan soalan dan objektif pengajaran aras tinngi bagai

menjana pemikran kritis di kalangan pelajar.

Krathwohl dalam usaha lain telah menghasilkan satu taksonomi yang

memberi pemberatan kepada unsur atau domain afektif dalam proses berfikir.

Konsep tentang kepentingan domain afektif dalam kejayaan kehidupan

seseorang telah dikhususi pula oleh penyelidik mutakir seperti Daniel Goleman

yang menyarankan konsep yang dikenali sebagai ‘EQ’ atau ‘Emotional

Intelligence’ (Kecerdasan Emosi) yang menurutnya memainkan peranan yang

lebih penting dalam menjana satu-satu kejayaan. Menurutnya “80% kejayaan

seseorang adalah bergantung kepada EQ dan bukan IQnya” (Goleman, 1998).

Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang dijalankannya keatas beribu-ribu

orang ahli professional berjaya dalam lapangan masing-masing. Konsep EQ

yang diperkenalkan oleh Goleman mempunyai keselarian dari segi konsep dan

penekananan dengan domain afektif seperti yang diutarakan oleh Krathwohl

dalam taksonomi domain afektifnya.

Apakah elemen atau domain kognitif dan afektif ini boleh berdiri

dengan sendiri atau sebaliknya?.

Bertolak dari kesedaran ini, lahirlah Taksonomi COGAFF yang

menggabung dan memberatkan kepada kepentingan kedua-dua domain

kognitif dan afektif dalam penjanaan Kemahiran Berfikir. Usaha ini dipelopori

dan dibincangkan oleh Ghazali Mustapha (1998) dalam kajian Kedoktorannya

yang bertajuk ‘The use of Questions and Tasks in the Teaching of Critical

Thinking Skills In Malaysia”. Konsep penggunaan soalan dalam menjana

pemikiran aras tinggi seperti yang diketengahkan dalam kajian ini sesuai

dengan apa yang disarankan oleh Socrates bersabit dengan penggunaan ‘deep

questioning’ 2500 tahun dahulu. Taksonomi COGAFF menggabungkan idea

Bloom dan Krathwohl dalam penggunaan soalan dalam menjana pemikiran

kritis dan kreatif. Tajuk ini akan dibincangkan secara mendalam di bawah tajuk

khusus bersabit dengan pengajaran dan pembelajaran KB.

1.3 DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR (KB)

Bertolak dari konsep KB seperti yang diutarakan oleh beberapa ahli fikir

dan falsafah seperti Socrates dan lain-lain yang dijelaskan dalam konsep dan

sejarah KB dan pemikiran kritis yang telah kita bincangkan di atas, maka

Kemahiran berfikir yang juga ditafsiran sebagai pemikiran reflektif, kritis

Page 13: domain afektif 1

dan kreatif, dalam kertas ini dapatlah ditafsirkan sebagai satu proses

intelektual yang melibatkan pembentukan konsep (conceptualizing), aplikasi,

analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan

melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi –

sebagai landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan. Ini

adalah selari dengan apa yang diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan

pengarah kepada ‘The Center for Critical Thinking’, satu badan yang terkenal

dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun elok juga kita lihat KB dari perspektif KBKK

(Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif) saperti yang diketengahkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum KBKK, kemahiran berfikir

dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu; kemahiran berfikir

secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir

secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan

minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran,

pandangan dan boleh memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab

musabab. Jenis-jenis kebolehan yang boleh di kategorikan sebagai pemikiran

kritis termasuklah; membanding dan membeza (compare and contrast),

membuat ketegori (categorization), menerangkan sebab akibat (cause and

effect), meniliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan

keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi. Sementara

kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan sebagai

kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru,

kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian

dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam bentuk idea yang nyata

ataupun abstrak. Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh dilihat dalam

contoh-contoh berikut: mencipta idea yang baru, mencipta analogi dan

metaphora. Harus diingat bahawa kedua-dua kemahiran berfikir secara kritis

dan kreatif ini adalah bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang

dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

Mari kita lihat satu lagi perspektif penting yang ada kaitan dengan berfikir.

Dengan mengambil kira kepentingan EQ (kecerdasan emosi) seperti yang

diperkenalkan oleh Daniel Goleman maka KB juga menegaskan kepentingan

peranan hati atau ‘qalbu’ sebelum satu-satu tindakan dibuat atau diyakini.

Pemikiran yang didasarkan kepada domain kognitif (IQ) tanpa mengambil kira

kepentingan domain afektif (EQ) belum tentu boleh menjanjikan satu-satu

kejayaan yang sempurna dalam hidup seseorang. Ini selari dengan apa yang

Page 14: domain afektif 1

disarankan oleh Goleman (1998) “bahawa 80% kejayaan seseorang adalah

bergantung kepada EQ dan bukannya IQ”. Konsep berhubung dengan EQ akan

dijelaskan dengan mendalam dalam topik berkaitan dalam kertas ini.

Malahan sekiranya dilihat dalam konteks yang lebih syumul, peranan hati

‘qalbu’ yang berkait rapat dengan ‘afektif’ atau ‘EQ’ dan perananya dalam

kejayaan hidup telah tekankan dengan tegas dalam satu hadis Nabi

Muhammad Sallallahualaihiwasallam, lebih 1400 tahun dahulu:

       Dalam badan manusia itu ada seketul daging.

       Sekiranya daging itu baik, maka baiklah badan itu,

       Sekiranya daging itu tidak baik atau busuk,

       Maka tidak baik atau busuklah badan itu;

       Daging itu adalah hati.

Peranan hati dalam mewarnakan perwatakan, personaliti, kejayaan dan

kegagalan hidup seseorang (di dunia dan akhirat) banyak dikupas dalam kitab

suci Al-Quran dan hadis-hadis Rasullullah dan  tulisan-tulisan ilmuan Islam yang

bagitu banyak terdapat seperti Imam-Imam Al Ghazali, Hanafi, Shafiei, Hambali,

Maliki dan lain-lain tokoh terkenal dalam Islam. Penulis  adalah terlalu kerdil

dan dhaif untuk membincangkan isu yang berkaitan dengan hati ini secara

meluas dan lebih mendalam. Moga mendapat keampunan Allah atas

kelemahan ini. Pada mereka yang berminat untuk mendalaminya, antara

banyak kitab yang lain, bacalah kitab-kitab karangan Imam Al-Ghazali saperti

‘Ihya Ulumuddin’ dan ‘Minhajul Abidin’: Wasiat Imam Ghazali - yang banyak

diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia dewasa ini.

Dalam mentakrifkan KB, penulis menegaskan bahawa

“KB adalah berkait rapat dengan kebolehan seseorang insan

menggunakan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha

untuk mendapatkan atau memberikan informasi, menyelesaikan

masalah atau membuat keputusan. Dalam lain perkataan, KB adalah

kemahiran seseorang menggunakan otak (domain cognitif/aqal) dan

hati (domain afektif/qalbu) nya sebagai landasan kepada keyakinan

(belief) atau tindakan (actions)”.

Pemikiran kritis dapat dilihat dari dua komponen penting:

1.       satu kumpulan kemahiran yang digunakan untuk memperoses atau

melahirkan informasi dan kepercayaan (keyakinan), dan

2.       satu kebiasaan, yang terbentuk berlandaskan komitmen intelektual, dalam

menggunakan kemahiran tersebut untuk menjadi landasan kepada perilaku

manusia

Page 15: domain afektif 1

Anda dapati bahawa konsep di atas adalah berlawanan dengan:

1.       Bahawa berfikir adalan proses yang berkaitan dengan pencarian dan

penyimpanan informasi sahaja (sebab ia melibatkan cara-cara tertentu

dalam mendapatkan dan meladeni informasi,)

2.       Berfikir cuma dikaitan dengan keupayaan melakukan berbagai kebolehan,

(sebab ia melibatkan penggunaan berterusan kebolehan tersebut,) dan

3.       Berfikir cuma dikaitkan dengan penggunaan kebolehan sahaja tanpa

mengambil kira penerimaan hasil pemikiran tersebut.

Ini bermakna kebolehan mengeluarkan buah fikiran belum boleh dianggap

lengkap sekiranya hasil dari buah fikiran tersebut belum atau tidak diambil kira

kesahihannya.

Anda harus peka bahawa kemahiran berfikir juga mempunyai definisi yang

berbagai sesuai dengan konsep terbuka yang digalakkan dalam proses berfikir

itu sendiri. Seterusnya kita bincangkan beberapa definisi KB yang telah

dikemukakan oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir:

1.              Menurut Beyer (1984), berfikir adalah kebolehan manusia untuk

membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

2.              Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan semula

pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.

3.              Meyer (1977), pula berpendapat bahawa berfikir melibatkan pengelolaan

operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif

seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masaalah. 

4.              KB “adalah manifestasi pemikiran reflektif – ia termasuklah

penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat, dan

mengamalkan pemikiran terbuka”. (Dewey, 1910)

5.              KB adalah “sesuatu yang menjurus ke arah yang bercapah. Ia

membolehkan penyelesaian masalah yang berbeza dan menghala kepada

penyelesaian yang berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau

jawapan adalah boleh diterima”. (Guilford, 1959)

6.              Moore dan Parker (1986) pula menyatakan bahawa KB “…adalah

keyakinan berlandaskan tindakan yang cermat dan disengajakan samada

dalam menerima, menolak, atau menagguhkan satu-satu keputusan

berhubung dengan satu-satu dakwaan (claims).

7.              Sementara  Meyer (1987) mentakrifkan KB sebagai “kebolehan

membuat generalisasi, mengandaikan dan mengendalikan kemungkinan

yang berbagai, dan juga menangguhkan keputusan”.

Page 16: domain afektif 1

Satelah kita bincangkan tentang konsep dan definisi KB, elok juga kita

ketahui tentang ciri-ciri pemikir yang bijak.

Seorang pemikir yang bijak mempunyai cirri-ciri berikut:

1.       Cekal                                                      7.  Mengambil risiko2.       Fleksibel                                                 8.  Mahir menyoal dan memapar3.       Bekerjasama                                                masalah4.       Kebolehan mendengan dengan aktif          9.  Memindah konsep dan

kemahiran5.       Tidak impulsive                                       10. Ingin tahu6.       Refleksif                                                 11. Keaslian ciptaan dan idea1.4     DOMAIN KOGNITIF

Bertolak dari definisi KB yang telah ditegaskan oleh penulis yang

menyatakan bahawa KB adalah berkait rapat dengan kebolehan seseorang

insan menggunakan kedua-dua domain kognitif dan afektif dalam usaha

untuk mendapatkan atau memberikan informasi, menyelesaikan masalah atau

membuat keputusan. Dalam lain perkataan, KB adalah kemahiran seseorang

menggunakan otak (domain kognitif/aqal) dan hati (domain afektif/qalbu)

sebagai landasan kepada keyakinan (belief) atau tindakan (actions). Dari

definisi tersebut dapatlah difahamkan bahawa domain kognitif adalah

kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan menggunakan otak. Bloom

mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras. Aras-aras tersebut terdiri

dari; pengetahuan (literal), kefahaman (comprehension), aplikasi (application),

analisis (analysis), sintaksis (synthesis) dan penilaian (evaluation).

Aras pemikiran (levels of thought processes) yang diketengahkan oleh

Bloom boleh dibahagikan kepada dua kategori penting: aras rendah (low-order

or convergent)  dan aras tinggi (higher-order or divergent). Pemikiran aras

rendah adalah terdiri dari aras ‘pengetahuan’ dan ‘kefahaman’. Sementara

pemikiran aras tinggi, menurut Bloom adalah bermula dari aras ‘aplikasi’

membawa kepada ‘penilaian’. Pemikiran aras rendah adalah dikatakan tidak

bagitu baik untuk menaja pemikiran kritis dan kreatif. Menurut Bloom,

pemikiran kritis dan kreatif hanya boleh diperbaiki melalui latihan berfikir yang

melibatkan aras tinggi iaitu aras ‘aplikasi’ sehingga ‘penilaian’. Bloom dalam

kajiannya berhubung dengan objektif pengajaran yang dijalankan di Amerika

Syarikat mendapati bahawa guru-guru amat gemar menggunakan soalan-

soalan dan aktiviti-aktiviti pengajaran beraras rendah. Jika tendensi ini tidak

diubah, besar kemungkinan pelajar-pelajar akan menjadi pasif dan tidak kritikal

atau kreatif. Perbincangan mendalam tentang aras pemikiran dalam domain

kognitif ini akan dibuat apabila kita membincangkan tajuk ‘COGAFF Taxonomy’

nanti.

Page 17: domain afektif 1

Menurut Beyer dalam model berfikirnya yang dikenali sebagai ‘Functional

Thinking’, domain kognitif merangkumi beberapa kebolehan yang terdiri

daripada,  membuat keputusan (decision-making), menyelesaikan masalah

(problem-solving) dan menjana konsep (conceptualizing) sebagai aras yang

tertinggi. Ini diikuti oleh pemikiran kritis (critical thinking), dan pemikiran

kreatif (creative thinking) pada tahap sedikit rendah dari yang pertama. Tahap

seterusnya adalah terdiri dari kebolehan memproses (processing) dan

pentakulan (reasoning) dan tahap yang terendah sekali adalah  terdiri dari

kebolehan mengingat (recalling) dan menyimpan fakta (recording). Model

‘Functional Thinking’ oleh Beyer digambarkan dalam rajah 1 di bawah ini:

                                                 

Rajah 1 Model ‘Functional Thinking’ oleh Beyer (1992:23)

References

Beyer, B.K. (1992). Practical Strategies for the Teaching of Thinking. London:

Allyn and Bacon, Inc.

1.5   DOMAIN AFEKTIF

Satelah anda didedahkan dengan konsep, definisi dan domain kognitif

dalam KB, kita akan membincangkan pula satu lagi domain penting yang

telahpun disebut di atas, iaitu domain afektif.

Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali

menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi

domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif

pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang

telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956.   Krathwohl

mengkatigorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan

(receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem

nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai

yang kompleks (characterizing by value complex).

Morgan dan Saxton (1991) mentakrifkan soalan-soalan domain afektif

sebagai ‘questions of feelings’ (soalan berasaskan perasaan). Pendapat ini

adalah serasi dengan apa yang dinyatakan oleh Bolton (1973) ‘learning needs

to be felt for it to be effective…’ (pembelajaran melalui perasaan sahaja yang

akan lebih efektif). Domain ini amat penting dalam pengajaran dan

pembelajaran kerana pertaliannya yang cukup kuat dengan domain kognitif

dalam proses KB. Kepentingan domain afektif ini akan dibincangkan dengan

lebih mendalam dalam tajuk yang menyentuh ‘COGAFF Taxonomy’ nanti.

Page 18: domain afektif 1

Dengan kelahiran istilah Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence atau

EQ) seperti yang diketengahkan oleh Daniel Goleman dan menjadi bagitu

popular dewasa ini menjadikan konsep EQ dan ‘domain afektif’ bagitu penting.

Domain ‘afektif’ dan ‘emosi’ adalah dua istilah yang berbeza tapi sama dari segi

makna dan penekanan. Kedua-dua istilah adalah menegaskan tentang

kepentingan elemen perasaan, system nilai system kepercayaan, keyakinan

dalam proses membuat keputusan, memberikan pendapat, pembentukkan

personality dan pegangan hidup seseorang. Perbincangan tentang tajuk yang

berhubung dengan domain afektif dan EQ ini dan kepentingannya kepada

kehidupan akan dibuat dengan lebih mendalam dalam tajuk-tajuk yang

menyentuh tentang ‘COGAFF Taxonomy’ dan kecerdasan emosi atau ‘Emotional

Intelligence’ nanti.

References

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., and Masia, B.B., (1964). Taxonomy of Educational

Objectives: The classification of Educational Goals. Handbook II: Afective

Domain. New York: David McKay.

Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ.

New York: Bantam Books.

1.6      METAKOGNITIF

Seperti yang anda lihat dalam Rajah 1 – Model ‘Functional Thinking’

oleh Beyer; dua unsur penting yang ada kaitan secara lansung atau tidak

dengan proses berfikir menjadi elemen penting kepada model tersebut.

Kita dapati bahawa elemen tersebut terdiri dari ‘cognition’ yang menjadi

teras nodel dan punya kaitan secara lansung dengan proses berfikir itu

sendiri. Sementara satu elemen penting yang dinyatakan oleh Beyer, yang

membantu proses berfikir secara tidak lansung ialah apa yang dikenali

sebagai ‘metacognition’ yang melingkari proses ‘cognition’ itu sendiri.

‘Metacognition’ dapatlah ditafsirkan sebagai elemen yang

mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran seseorang tentang proses yang

dilakukan semasa berfikir. Menurut Brown (1980) ‘metacognition’ adalah

merupkan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada

seseorang yang membolehkannya, sebagai pelajar, mengawal proses

berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya. Gardner (1992)

berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi

oleh umur dan pengalaman seseorang.  Seseorang pelajar yang lebih tua

dari segi umur dan tinggi dari aspek persekolahan boleh menyedari,

memgawal dan mengamalkan strategi berfikir berhubung dengan satu-satu

Page 19: domain afektif 1

masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap

persekolahannya. 

Beyer dalam model ‘Functional Thinking’nya (sila lihat rajah 1)

menyatakan dengan lebih jelas bahawa ‘metacognition’ adalah

merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau

(monitoring), dan menilai (assessing) satu satu keputusan atau idea yang

hendak diutarakan. Beyer menjelaskan bahawa ‘metacognition’ terletak

diluar kebolehan berfikir (‘cognition’) itu sendiri. Menurutnya

‘metacognitive operations are applied to the strategies and skills used to

produce meaning rather than directly to data and experience.

Metacognition seeks to control these meaning-making operations – to

guide, to correct, to adjust and direct the selecting, sequencing, and

executing of the cognitive operations by which one seeks to make

meaning’.

Dengan ini ‘metacognition’, dapatlah disimpulkan sebagai

kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan strategi yang betul dalam

proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang dilahirkan atau

bukan hasil sebenar berfikir itu sendiri. Seseorang yang ingin

menyelesaikan satu masalah ekonominya terpaksa mengalami proses

merancang, memantau dan menilai keputusan yang akan dibuat. Proses

merancang, memantau dan menilai ini tidak ada kaitan lansung dengan

keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelesaian masalah

tersebut.

1.7      PEMIKIRAN REFLEKTIF (PR)

Konsep pemikiran reflektif (reflective thinking) mula diperkenalkan

oleh John Dewey pada tahun 1911 dalam bukunya yang ditulis khas untuk

guru-guru yang bertajuk ‘How we think’. Dewey beranggapan bahawa

pembelajaran atau ilmu akan bertambah hanya apabila seseorang telah

melalui peruses pemikiran reflektif atau ‘reflection’. Pemikiran reflektif

adalah menjadi premis asas kepada penambahan ilmu. Perkataan

‘reflective thinking’ atau pemikiran reflektif yang pada mulanya digunakan

oleh Dewey adalah sama ertinya dengan ‘pemikiran kritis’, ‘penyelesaian

masalah’ dan ‘pemikiran aras tinggi’ (Samuel Shermis, 1999).

Dewey mendefinisikan PR sebagai “active, persistent, and careful

consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of

the grounds that support it and the further conclusion to which it tends”

(Dewey, 1933) . Menurut Dewey, PR dapatlah ditakrifkan sebagai

Page 20: domain afektif 1

“mengambilkira atau pengiktirafan kepada satu-satu kepercayaan atau apa

yang dianggap sebagai ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang

memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang boleh

diandaikan darinya.

Sehubungan dengan konsep PR, Lambright menyatakan, “The

purpose of Socratic seminars (thinking) is to enlarge understanding of

ideas, issues, and values. The intent is to create dialogue that gives voice

to rigorous thinking about possible meaning… seminars are structured to

take the student from the unclear to the clear, from the unreasoned to

reasoned…from the unexamined to the examined” (Lambright, 1995).

“Pemikiran Socratis adalah bertujuan untuk memperluaskan kefahaman

tentang satu-satu idea, isu, dan sistem nilai. Ia berharap agar dapat

mempergunakan dialog sebagai alat untuk menyuarakan pemikiran yang

aktif

yang menjanakan satu maksud… seminar adalah bertujuan

membawa atau memimpin pelajar dari kekaburan kepada jelas, dari yang

diterima tanpa pentakulan kepada sesuatu yang difikir secara mendalam…

dari yang tidak diusul kepada sesuatau yang diusul dengan teliti”.

Pemikiran reflektif sama seperti pemikiran kritis memberi

penekanan kepada tujuan atau maksud idea atau buah fikiran yang ingin

disampaikan. Ia mempunyai kaitan rapat dengan apa yang diketengahkan

oleh Bloom berhubung dengan aras pemikiran. Pengetahuan aras rendah

yang memerlukan ‘pengingatan’ atau ‘memorization’ yang dikatkan

dengan aras ‘literal’ atau ‘pengetahuan’ dalam Taksonomi Bloom, walau

pun tidak dinafikan kepentingannya, tidak menjana pemikiran reflektif.

Lambright menyatakan “if you want to teach reflective thinking…, we

suggest that you devise an exercise that requires students to practise

critical thinking and simultaneously demonstrate their progress in

achieving that complex skill. appropriate evaluation must go beyond

acquiring facts and learning theories”.

Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami

fakta, idea, mengaplikasikan prinsip, menganalisis, membuat

sintaksis dan kebolehan menilai. Menurut Samuel Shermis (1999), ‘PR

dan pengajarannya melibatkan semua domain yang diperkenalkan oleh

Bloom dalam Taksonomi Kognitifnya’. Dapatlah disimpulkan bahawa PR

samalah seperti pemikiran Kritis berdasarkan domain kognitif seperti yang

Page 21: domain afektif 1

diketengahkan oleh Bloom dan Beyer dan tidak memberi penekanan

kepada perkembangan domain afektif secara khusus.

Weast (1996) menyenaraikan kebolehan yang terdapat dalam PR:

         Mengenal pasti kesimpulan (Identifying the author’s conclusion);

         Mengenal pasti sebab dan bukti (Identifying the reasons and the

evidence)

         Mengenal pasti bahasa yang kabur dan melampau (Identifying

vague and ambitious language)

         Mengenal pasti nilai yang di ramal dan konflik nilai (Identifying

value assumptions and value conflicts)

         Menilai pentakulan berdasarkan statistik (Evaluating statistical

reasoning)

         Menilai persampelan dan pengukuran (Evaluating sampling and

measurements)

         Menilai pentakulan secara logik (Evaluating logical reasoning )

         Mengenal pasti informasi yang tertinggal atau tersingkir (Identifying

omitted information)

         Kebolehan menyuarakan pendapat dan nilai peribadi melalui cara

yang terbaik dan berhemah (Articulating one’s own values in

thoughtful, fair-minded way).

Kebolehan-kebolehan ini telah dan masih digunakan dalam

pengajaran KB di sekolah-sekolah hingga ke hari ini.

References

Dewey, J. (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective

thinking to the educative process. Boston: Houghton Mifflin Company.

Lambright, L. (1995). Creating a dialogue Socratic Seminars and

educational reform. Community College Journal, 65, 30-34.

Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping students learn reflectively.

Bloomington, Indiana: Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Weast, D. (1996). Alternative teaching strategies: The case for critical

thinking. Teaching Sociology, 24, 189-194.

2.0                  KEMAHIRAN BERFIKIR DAN IMPLIKASINYA KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tajuk ini membincangkan tentang KB dan implikasinya kepada

pengajaran dan pembelajaran. Untuk keberkesanan yang lebih, marilah

kita mengambil-kira pendekatan pengajaran kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif (KBKK) seperti yang diketengahkan oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia. Dari perspektif KBKK, pengajaran KB adalah

Page 22: domain afektif 1

berfokuskan kepada empat elemen penting: soalan, penggunaan, peta

minda, pengurusan grafik dan penggunaan CoRT 1 yang

diperkenalkan oleh de Bono. Pendekatan ini akan digunakan dalam

perbincangan seterusnya di mana setiap elemen berfikir akan

dibincangkan dalam perspektif untuk melihat bagaimana KB dapat

dimanfaatkan secara optimum dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.1.  Penggunaan soalan – Taksonomi COGAFF  (Gabungan

Taksonomi Bloom (1956) dan Krathwohl (1964))

Penggunaan soalan dalam proses yang membabitkan KB telah tidak

dapat dinafikan lagi kepentingannya. Socrates, ahli falsafah Greek, 2500

tahun dahulu telah menegaskan betapa soalan adalah amat penting dalam

berfikir secara kritis. Beliau telah mencadangkan penggunaan ‘deep

questioning’ untuk melihat kebenaran sesebuah fikiran yang dilahirkan.

Bloom juga telah menekankan tentang kepentingan penggunaan soalan

dalam mengembelingkan kebolehan otak berfikir mengikut aras-aras

(levels of thought processes) tertentu. Penegasan tentang kepentingan 

penggunaan berbagai soalan dalam KB telah banyak juga disebut dan

dicanangkan oleh ahli-ahli fikir dan penyelidik-penyelidik seperti Dewey,

Guilford, Beyer, Morgan and Saxton, Kissock & Iyortsuun dan penulis-

penulis kontemporari yang lain seperti Kerry dan Trevor, Kropp, Stocker,

Kagan dan lain-lain. 

                       

Kaitan Soalan dengan KB

Postman (1979:140) menyatakan bahawa ‘all our knowledge results

from questions, which is another way of saying that question-asking is our

most important intellectual tool’. Kepentingan soalan dan kaitannya

dengan berfikir tidak dapat dinafikan lagi. Sejak zaman Socrates lagi soalan

telah digunakan untuk menjana fikiran aras tinggi. Walau bagaimanapun

penggunaan soalan aras rendah (low-order questions) dalam pengajaran

adalah amat popular dikalangan guru-guru dan penggunaan soalan aras

tinggi (higher-order question) adalah amat sedikit malahan diketepikan

lansung Postman, Bloom, 1956,1994.,Ghazali Mustapha, 1995,

1998.,Kissock dan Iyortsuun, 1982., Kementerian Pendidikan Malaysia,

1990 dan ramai lagi.) Corak penyoalan menggunakan soalan aras rendah

adalah merbahaya kepada penjanaan pemikiran aras tinggi kerana

Page 23: domain afektif 1

pemikiran aras tinggi hanya boleh digembelingkan melalui soalan aras

tinggi (Bloom, 1956, 1994., Kissock dan Iyortsuun, 1982).

Bloom dalam usahanya untuk mengubah corak penyoalan dan

pembinaan objektif pengajaran telah mencipta satu taksonomi yang

dikenali sebagai The Taxonomy of Educational Objectives: Cognitive

Domains pada tahun 1956. Dalam taksonomi ini Bloom telah

menkategorikan kemahiran berfikir mengikut aras tertentu yang di kenali

sebagai ‘level of thought processes’. Aras-aras berfikir Bloom terdiri dari

enam aras; iaitu aras 1: pengetahuan (literal or knowledge), 2: kefahaman

(comprehension), 3: aplikasi (application), 4: analisis (analysis), 5: sintaksis

(synthesis), 6: penilaian (evaluation).  Aras-aras satu dan dua adalah

dikategorikan sebagai aras rendah (low-order) atau ‘convergent’ dan

respons atau jawapan dari soalan aras ini biasanya tidak menggalakan

pemikiran kritis.

TAKSONOMI ‘COGAFF’

Terminologi ‘COGAFF’ lahir dari gabungan perkataan ‘Cognitive’ dan

‘Affective’. Taksonomi COGAFF dilahirkan berdasarkan integrasi taksonomi

domain kognitif (yang dipopularkan oleh Bloom pada tahun 1956) dan

taksonomi domain afektif (yang diperkenalkan oleh Krathwohl pada tahun

1964). Ia diperkenalkan oleh Ghazali Mustapha pada tahun 1998 dalam

kajian kedoktorannya yang bersabit dengan penggunaan soalan dalam

pengajaran pemikiran kritis dan kretif di Malaysia. Bertolak dari

kepentingan dan peranan soalan dalam menjana KB seperti yang

ditegasakan oleh Socrates, Bloom dan lain-lain, Ghazali Mustapha dalam

kajiannya telah menggunakan soalan yang digunakan oleh guru-guru

dalam pengajaran mereka sebagai landasan untuk menilai sejauh mana

guru-guru memberi penekanan kepada pengajaran KB. Beliau mendapati

bahawa lebih dari 80% soalan yang dikemukakan dalam pengajaran

mereka adalah beraras rendah (aras pengetahuan dan kefahaman).

Pendapat ini adalah sejajar dengan apa yang dikemukakan oleh Bloom

dalam kajian serupa terhadap kecenderungan guru-guru dalam

mengemukakan soalan dalam pengajaran mereka. Bloom mendapati pada

tahun 1994, selepas lebih kurang 40 tahun berlalu dari kajian asalnya

(pada 1956) tentang kecenderungan serupa, mendapati bahawa

kebanyakan soalan yang dikemukakan adalah beraras rendah dan keadaan

ini, menurut Bloom, adalah tidak cenderung kepada pembentukan KB.

Page 24: domain afektif 1

‘COGAFF Taxonomy’ mengambil kira kepentingan kedua-dua

domain ‘kognitif dan afektif’ sebagai landasan kepada KB seperti yang

telah disentuh sepintas lalu sebelum ini. Seterusnya akan dibincangkan

rasional dan keesahan kepada penggabungan kedua-dua domain tersebut.

Gabungan kognitif dan afektif: Rasional dan keesahannya

Keesahan dan rasional gabungan domain kognitif dan efektif seperti

yang dicadangkan dalam Taksonomi COGAFF dapat dilihat dalam konteks

berikut:

1.       Walaupun evaluation (penilaian) diletakkan sebagai domain

tertinggi dalam Taksonomi Bloom, ini tidaklah bermaksud bahawa ia

adalah langkah terakhir yang boleh dibuat dalam penyelesaian

masalah atau membuat keputusan seperti apa yang disahkan sendiri

oleh Bloom (1956:185).

Evaluation represents not only the end process in dealing with cognitive behaviours, but also a major link with affective behaviours where values, liking and enjoying are central processes involved.

2.       Pertalian domain kognitif dan afektif dalam perkembangan mental

seseorang adalah tidak dapat dipisahkan dalam pandangan bercorak

‘holistic’ dalam apa sahaja system pendidikan saperti yang

ditegaskan oleh Furst (1994:32)

…one can reasonably argue that the cognitive and feeling sides of mental life can neither be conceptually nor practically separated.

3.       Disebabkan tiada kemungkinan yang aspek kognitif boleh

dipisahkan dari perasaan (afektif), seperti tidak mungkin kita

pisahkan ‘pengetahuan dari nilai’ (knowledge from values) kerana

Furst menyatakan,

The distinction creates educational and philosophical problems by separating the world of knowledge from the world of values.

4.       Dalam konteks pendidikan di Malaysia, amat jelas dinyatakan

pertalian kedua-dua domain ini harus diberi perhatian yang setimbal

kerana jelas saperti apa yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan

Negara,

…education in Malaysia attempts to provide a balance between knowledge and skills on one side and in the inculcation of values on the other. …It is important to note that Malaysian education provides for the teaching of the two kinds of values.                                                            Md. Jadi, (1997:96)

Seterusnya kita mari kita bincangkan Taksonomi COGAFF dan peranannya

dalam menjana kemahiran berfikir. 

Taksonomi COGAFF boleh digunakan dalam empat cara yang penting:

Page 25: domain afektif 1

Pertama, ia boleh digunakan sebagai alat pengukur aras pemikiran

(levels of thought processes) soalan, aktiviti atau objektive pengajaran

yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dengan memberi landasan kepada

perubahan tingkah laku

yang mahu dilihat dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran. afektif

Rajah 2 untuk keterangan lebih lanjut tentang Taksonomi COGAFF ini.

            Kedua, penggunaan Taksonomi COGAFF dalam pengajaran dan

pembelajaran boleh menyedarkan guru tentang aras atau domain

pemikiran mana yang ingin di beri perhatian atau focus penyoalan atau

pengajaran. Guru peka tentang samada ingin menggunakan soalan aras

rendah atau sebaliknya.

            Ketiga, Ia boleh digunakan untuk menilai buku-buku atau bahan

rujukan yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian adalan dijalankan dengan melihat atau menganalisa domain atau

aras dua elemen penting dalam pengajaran iaitu; soalan dan aktiviti yang

digunakan. Dengan melihat aras pemikiran yang terdapat kepada soalan-

soalan dan aktiviti yang digunakan dalan sesebuah buku, kita dapat

menilai samada soalan-soalan atau aktiviti-aktiviti yang digunakan beraras

rendah (convergent thought process) atau tinggi (Divergent thought

process). Buku yang terdapat dalamnya soalan-soalan beraras rendah

adalah tidak sesuai digunakan untuk mengajar pemikiran kritis dan kreatif.

Sebaliknya buku yang menggunakan soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti

yang beraras tinggi adalah baik untuk pembangunan pemikiran kritis dan

kreatif.

            Keempat, penggunaan taksonomi COGAFF yang rapi oleh guru,

boleh menggalakkan penglibatan pelajar yang aktif. Mereka digalakan

berfikir dan berinteraksi atau berbincang antara satu dengan lain bila

berdepan dengan soalan-soalan aras tinggi seperti ‘penilaian’ dan ‘afektif’

kerana menurut Perrot (1982), soalan aras ini jarang digunakan dan ini

menjadi antara sebab mengapa pelajar-pelajar menjadi pasif dalam

penglibatan mereka dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

            Rajah 2 menjelaskan bagaimana Taksonomi COGAFF boleh

digunakan dalam pembentukan soalan pelbagai aras pemikiran atau

domain dan kata-kunci berkaitan dengan setiap aras atau domain

pemikiran.

Page 26: domain afektif 1

RAJAH 2  TAKSONOMI COGAFF

ARAS/DOMAIN

Penerangan/definisi

Contoh soalan

Kata

Kunci

Kebolehan

Jenis

domain

7.0 Afektif Soalan pada aras ini menggalakkan pelajar respon dengan penyataan perasaan, emosi, sikap, nilai, sistem kepercayaan, dan pendapat yang berbagai.

Nyatakan perasaan anda tentang tindakan membabi buta yang diambil oleh ketua penyangak itu ?

Perasaan,

Emosi,

Pendapat,

Nilai, sikap,

Kepercayaan,

Keyakinan, dll. Yang berkaitan dengan perasaan atau ‘hati’

Penyataan perasaan, emosi, nilai, sikap, keyakinan dll. Yang berkaitan

‘Divergent

6.0 Penilaian Soalan pada aras ini menggalakkan pelajar menggunakan kriteria untuk menilai atau mengadili sesuatu.

Adakah kesimpulan yang dibuat oleh kumpulan itu sejajar dengan data yang diperolehi dari kajian tersebut? 

Nilai,

Hakimi,

Membina satu penilaian atau pengha-

Kiman

Menilai/’di-vergent’

5.0 Sintaksis Soalan pada aras ini melihat tentang kreativiti pelajar dalam melahirkan idea-idea yang tulin atau ciptaan yang baru.

Apakah cara yang anda fikirkan baik untuk

Cipta,

Bina,

Reka,

Gubah, dll.

Mencipta idea baru

divergen

Page 27: domain afektif 1

menyelesaikan masalah yang di timbulkan dalam teks tersebut ?

4.0 Analisis Soalan pada aras ini menggalakkan pelajar supaya dapat melihat aspek-aspek berasingan tentang satu atau beberapa masalah dan bagaimana aspek-aspek tersebut punya kaitan antara satu dengan yang lain.

Kenapa pemimpin itu berlaku tidak adil dalam tindakannya terhadap musuh politiknya?

Kenapa? Menggunakan informasi

Divergent’

3.0 Aplikasi Soalan pada aras ini melihat kebolehan pelajar mengaplikasikan idea dari satu-satu sumber kepada satu situasi lain. Mereka berupaya mengaplikasikan pengetahuannya kepada satu situasi yang baru.

Dengan menggunakan cadangan yang diutarakan oleh penulis dalam teks tersebut, cuba selesaikan masalah berikut.

Bagaimana,

selesaikan

Aplikasikan informasi kepada satu situasi yang lain

‘Divergent

Aras

rendah

2.0 Kefahaman Soalan pada aras ini memerlukan pelajar menunjukan kemampuan dalam menggunakan idea. Mereka menggunakan idea sepertimana yang terdapat dalam teks atau sumber asal

Nyatakan,

Beri definisi,

Beri maksud

Kefahaman ‘convergent’

Page 28: domain afektif 1

idea tersebut.

Nyatakan maksud konsep tersebut seperti yang dinyatakan dalam teks itu?

1.0 Pengetahuan

Soalan pada aras ini membolehkan pelajar mengingat kembali fakta, konsep, generalisasi atau teori. yang telah dipelajari.

Siapa yang menyebabkan angkara itu berlaku ?

Siapa,

Bila, dimana, apa, bagaimana

Mengualangi, mengingati

‘convergent’

Nota : setiap soalan yang dinyatakan mistilah dikategorikan dalam satu

kategori atau aras pemikiran sahaja.

Aras satu dan dua dalam Taksonomi COGAFF, seperti juga dalam

Taksonomi Bloom adalah di anggap beraras rendah (low-order) atau ‘literal’

dalam domain pemikiran. Penggunaan aras ini walaupun tidak dinafikan

kepentingannya adalah tidak berkesan dalam membangunkan pemikiran

kritis dan kreatif. Penggunaan berlebihan objektif pengajaran, soalan, dan

aktiviti pengajaran pada aras satu dan dua (pengetahuan dan kefahaman)

adalah dianggap tidak sesuai sekiranya kita berharap untuk membentuk

pelajar yang berfikiran kritis atau kreatif. Ini adalah disebabkan soalan-

soalan pada aras rendah ini cuma menggalakkan pelajar mengingat fakta

secara literal dari apa yang dilihat, didengar atau dibaca.  Guru-guru

adalah digalakkan, di samping penggunaan soalan, aktiviti pengajaran

pada aras rendah iaitu pada tahap pengetahuan dan kefahaman – juga

menggunakan sebanyak mungkin peluang untuk menngunakan aras

tinggi (higher-order) iaitu aras tiga hingga tujuh dalam membentuk

soalan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekiranya mereka bercita-

cita untuk membentuk pelajar menjadi kritis dan kreatif. Sementara

pemberatan dan penekanan pada aras afektif dalam hal yang bersabit

dengan soalan dan aktiviti pengajaran adalah amat perlu sekiranya kita

ingin membentuk pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni  adan mulia dan

EQ (emotional intelligence) yang tinggi sebagai seorang insan.

Walaubagaimanapun, kajian-kajian yang dijalankan oleh Bloom,

1956, 1994; Krathwohl, 1964, Kissock & Iyortsuun, 1964., Perrot, 1982,

Ghazali Mustapha, 1995, 1998, 1999 memberi indikasi yang cukup kuat

bahawa guru-guru amat ‘suka’ menggunakan soalan-soalan jenis memori

Page 29: domain afektif 1

atau literal (aras 1 dan 2 ) dalam pengajaran mereka. Keadaan ini menurut

Bloom, sekiranya tidak berubah, tidak menggalakkan pertumbuhan

pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar.

 

Aras satu hingga enam dalam Taksonomi COGAFF adalah

menggunakan domain kognitif seperti yang diperkenalkan oleh Bloom

dalam taksonominya yang dikenali sebagai ‘Taxonomy of educational

objectives : Cognitive domains’ yang dicipta pada tahun 1956. Sementara

aras ketujuh iaitu aras atau domain afektif adalah disesuaikan dengan

domain afektif seperti yangg diperkenalkan oleh Krathwohl pada tahun

1964 dalam taksonominya yang dikenali sebagi ‘taxonomy of Educational

Objectives : Affective domains’. Krathwohl mengkategorikan domain ini

kepada : penerimaan, penglibatan, penilaian dan menyusun-galurkan

sistem nilai. Taksonomi COGAFF menggunakan domain afektif sebagai

merangkumi segala elemen yang ada kaitan dengan perasaan, emosi,

sikap, nilai, keyakinan dan system kepercayaan. Dengan kata lain segala

penyataan yang ada hubungan dengan hati atau ‘qalbu’ akan

dikategorikan dalam domain afektif.

Penegasan tentang domain afektif ini memberi peluang kepada kita

untuk memahami konsep ‘emotional intelligence’ (EQ) atau kecerdasan

emosi seperti yang dipopularkan oleh Daniel Goleman. Goleman

menyatakan bahawa EQ punya kaitan yang rapat dengan emosi atau

perasaan manusia. Di sini dapat kita lihat pertalian yang rapat antara

domain afektif atau aras ke tujuh dalam Taksonomi COGAFF dengan EQ

seperti yang diperkenalan oleh Goleman. ‘EQ’ atau kecerdasan emosi ini

akan dibincangkan dengan lebih lanjut pada tajuk berikutnya.

3.0       EQ ‘EMOTIONAL INTELLIGENCE’ (KECERDASAN EMOSI)

Konsep EQ atau ‘Emotional Intelligence’ atau kecerdasan emosi ini

adalah satu konsep kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan

kesedaran terhadap emosi dan perasaan dan bagaimana perasaan boleh

berinteraksi  dengan kecerdasan mental atau IQ. Goleman menyatakan bahawa

80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ atau kecerdasan

emosinya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang disebabkan

oleh IQ atau kecerdasan mentalnya. Pendapat ini adalah sejajar dengan

pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih daripada

kecerdasan otak (IQ) sahaja untuk lebih berjaya dalam hidup – seseorang

Page 30: domain afektif 1

mistilah berusaha membentuk dan meneruskan kebolehan berhubung dan

berkominikasi dengan sihat dengan orang lain.

Saperti yang telah disebutkan lebih awal dalam modul ini, sekiranya

dilihat dari konteks yang lebih syumul, Nabi Muhammad

Sallallahualaihiwasallam telah menyatakan dengan jelas bahawa;

Dalam badan manusia itu ada seketul daging,

Sekiranya baik daging itu,

Maka baiklah badan itu,

Sekiranya busuk daging itu,

Maka busuklah badan itu.

Dan daging itu adalah hati.

Dapat dilihat bahawa peranan hati yang menjadi tunjang kepada

perasaan dan emosi (EQ) itu mempunyai pertalian yang bagitu rapat dengan

kejayaan manusia dalam melayari kehidupan sehariannya. Pendapat Goleman

tentang peranan EQ dalam menjana kejayaan seseorang dalam hidup ini

adalah tidak dapat dinafikan.

Menurut Mayer dan Salovey (1993), pelopor yang mula-mula

memperkenalkan konsep EQ ini;

“Emotional Intelligence allows us to think more creatively and to use our

emotions to solve problems. Emotional Intelligence probably overlaps to

some extent with general intelligence”

             Mayer dan Salovey seterusnya menyatakan bahawa;

“The emotionally intelligent person is skilled in four areas: identifying

emotions, using emotions, understanding emotions, and regulating

emotions.

Konsep ini menjelaskan bahawa seseorang  yang berupaya menjelaskan atau

menyedari emosinya, menggunakan emosinya dengan bijak, memahami

emosinya, dan mengawal emosinya dalah dianggap mempunyai kecerdasan

emosi (EQ).

          Goleman (1995) menonjolkan pandangan yang lebih luas tentang EQ.

Beliau menyatakan bahawa EQ mengandungi beberapa faktor: memahami

emosi sendiri (knowing one’s emotions), kebolehan mengendalikan emosi

(managing one’s emotion), memotivasikan diri (motivating oneself),

menyedari emosi orang lain (recognizing emotions in others), dan

Page 31: domain afektif 1

mengendalikan hubungan sillaturrahim dengan orang lain (handling

relationships).

          Dari interpretasi penyataan di atas berhubung dengan EQ, dapatlah di

fahamkan bahawa kecerdasan emosi “is a type of social intelligence that involves

the ability to monitor one’s own and others’ emotions, to discriminate among

them, and to use the information to guide one’s thinking and actions”.(Mayer &

Salovey, 1993).  Mayer dan Salovey menkategorikan EQ kepada enam domains:

 

         Kesedaran kendiri (self-awareness)

Satu kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari

satu-satu perasaan dan dapat memberikanya identifikasi tertentu. Aras ini

juga merujuk kepada kesedaran tentang hubungan antara buah fikiran,

perasaan, dan tindakan. Sedar tentang pemikiran yang mana (jenis apa)

yang meransangi perasaan tertentu. Sementara sedar pula apakah

perasaan yang akan terbit akibat satu-satu tindakan itu.

         Mengendalikan emosi (managing emotions)

Adalah penting kita menyedari apa yang sebenarnya berada disebalik

satu-satu perasaan atau emosi itu. Kepercayaan dan keyakinan

mempunyai satu kesan yang kuat kepada kebolehan seseorang

bertindak dan bagaimana satu-satu tindakan dilakukan. Ramai orang

secara berterusan dikuasai atau dipengaruhi oleh fahaman negatif.

Harapan dan rasa optimis, sebaliknya, adalah satu harta yang amat

berguna dalam menjana kejayaan. Adalah penting kita mencari jalan

meredakan perasaan meluap kerana marah atau kecewa. Kita cuba

memahami apa yang akan terjadi apabila emosi amarah menggelodak

bila tidak dapat dikawal. Fikirkan sejenak tentang akibat baik dan

buruknya satu perkataan yang dihamburkan ketika emosi tidak

terkawal. Kebolehan mengalihkan emosi kepada satu-satu yang positif

adalah anak kunci kepada kecemerlangan sikap.

         Timbangrasa (empathy)

Kebolehan menguasai sesuatu keadaan dan boleh bertindak bijak

memerlukan keperihatinan kita terhadap perasaan orang lain dan

melihat sesuatu dari kacamata orang lain. Timbang-rasa atau

‘empathy’ yang membolehkan kita mendengar pendapat orang lain

tanpa menjadikan kita terlalu emosi  (emotional) adalah penting.

Kebolehan membezakan apa yang dikatakan oleh orang lain dari

tindakan dan penilaian yang bersifat personal adalah amat penting.

Page 32: domain afektif 1

         Berhubung (communicating)

Kebolehan menjalin hubungan silaturrahim yang sihat mempunya

kesan positif kepada semua yang terlibat. Sedar tentang apakah jenis

perasaan yang cuba dikomunikasikan kepada orang lain. Kegirangan

dan pengharapan adalah kait-berkait sama juga halnya dengan 

‘pessimism’ dan perasaan negatif. Kebolehan melahirkan  perasaan

atau pendapat tanpa melahirkan kemarahan  atau kedongkolan adalah

kunci kepada sesuatu kejayaan.

 

         Kerjasama (cooperation)

Kebolehan meletakkan diri dan tahu bila hendak mejadi ketua atau

pemimpin dan bila pula menjadi pengikut adalah amat penting kepada

konsep kerjasama (cooperation). Sifat pemimpin yang unggul bukan

terletak kepada paksaan atau kuasa tetapi lahir dari kebolehan

menggalakkan orang yang dipimpin dapat bekerjasama antara satu

dengan lain dengan baik untuk mencapai satu tujuan bersama.

Menyedari tentang kebolehan seseorang dan memberi galakan supaya

mengambil bahagian dalam satu-satu aktiviti adalah lebih berkesan

dalam menghasilkan satu-satu kebaikan daripada memberi arahan atau

mengkritik. Pada ketika yang sama, adalah amat perlu kita

menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan menyedari

kesan atau akibat dari keputusan yang dibuat dan meneruskan

komitmen yang tidak berbelah bagi.

         Menyelesaikan konflik (resolving conflicts)

Dalam menyelesaikan masalah kita perlu memahami mekanism yang

hendak digunakan. Orang-orang yang terlibat dalam konflik biasanya

dihantui atau terkunci dalam rangkaian emosi yang membakar diri dan

mereka jarang dapat melihat isu yang menyebabkan konflik itu secara

lebih rasional. Penyelesaian kepada konflik boleh dicapai dengan

menggunakan kebolehan emosi (emotional skills) seperti apa yang

telah kita bincangkan di atas.

                        Kesimpulan

           

Page 33: domain afektif 1

Banyak kajian tentang dimensi EQ telah dijalankan dengan

mengukur konsep-konsep yang berkaitan dengan EQ, seperti kebolehan

bersosial (social skills), kecemerlangan perhubungan inter-personal

(interpersonal competence), kematangan psikologi (psychological maturity)

dan kesedaran emosi (emotional awareness) – lama sebelum konsep

kecerdasan emosi atau emotional intelligence diperkenalkan. Kajian-kajian

ini mendapati bahawa penekanan tentang unsur-unsur yang ada kena

mengena dengan EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan

dan interaksi sosial mereka berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak

didedahkan dengan konsep EQ ini.  Kajian juga telah melihat bagaimana

kaitan positif antara EQ dengan sifat kepimpinan, pencapaian secara

kumpulan, pencapaian individu, perhubungan social, perubahan dalam

pengurusan, di samping menyidiakan alat pengukur kepada kejayaan

tersebut. Menurut Goleman (1995: 160). “Emotional intelligence, the skills

that help people harmonize, should become increasingly valued as a

workplace asset in the years to come.”

                 5.0   KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF KOMUNIKASI:      

                       PENYATAAN IDEA DAN PENDAPAT.

Tajuk ini membincangkan tentang betapa pentingnya rasa yakin

dan proses meyakinkan (convinced and be convinced) seseorang dan

kaitannya dengan kemahiran berfikir. Frasa seperti “anda sepatutnya buat

kerja ini”,  “anda sepatutnya datang lebih awal”, “anda sepatutnya

mengambil kursus ini”, “Kursus ini lebih baik dari kursus itu” dan berbagai-

bagai kata-kata yang ditujukan kepada anda dalam konteks yang ada

kaitan dengan proses untuk meyakinkan anda. Kita kadang-kadang rasa

jemu ditipu atau terpaksa menurut kemahuan orang lain dalam membuat

sesuatu keputusan, membuat keputusan yang silap, diperbodohkan, atau

dikelirukan.

           

Kemahiran berfikir adalah perisai yang menjadi pelindung diri dari

ledakan informasi yang tidak terkawal, dan dari satu keadaan di mana

terlalu ramai orang yang cuba meyakinkan kita terhadap sesuatu.

Kebolehan kita berfikir akan menyelamatkan kita dari jadi mangsa kepada

keadaan-keadaan seperti yang dinyatakan di atas.  Kebolehan berfikir

membezakan kita dari haiwan yang lain: mereka lebih kuat, boleh melihat

Page 34: domain afektif 1

dan mendengar dengan dengan lebih baik – tetapi mereka tidak punya

kebolehan untuk merancang, berfikir, atau berbincang dengan harapan

untuk melihat sesuatu dari perspektif yang lebih baik. Perbincangan

seterusnya berkisar pada elemen-elemen penting dalam proses

‘convincing’ iaitu meyakinkan atau diyakini dalam konteks penggunaan

‘claims’ (dakwaan) dan ‘arguments’ (hujah) dan topik-topik berkaitan.

5.1              Penyataan dakwaan (claims)

Mari kita bincangkan proses yang ada hubungan dengan yakin dan

meyakinkan ini dengan lebih mendalam lagi. Proses meyakinkan terdiri

daripada seorang  yang cuba meyakinkan dan seorang diyakini. Proses

yakin dan meyakini ini bergantung kepada satu elemen penting dalam

pernyataan hujah (arguments) yang dikenali sebagai ‘dakwaan’ (claims).

Dakwaan mistilah terdiri dari ayat-ayat deklaratif seperti di bawah ini :

           

Kursus ini menarik.

            Penulis buku ini adalah penulis yang baik.

            Ada manusia yang percaya ada kehidupan di Mars.

            Setiap orang misti memberus gigi sekurang-kurangnya sekali

            sehari.

            Tiada siapa yang tahu tentang pengalaman saya yang lepas.

Kenyataan tidak dianggap sebagai dakwaan apabila ia dinyatakan dalam

bentuk yang bukan menggunakan ayat deklaratif seperti yang terdapat

pada contoh-contoh berikut:

           

Tutup pintu itu! (arahan)

Berapa kali misti saya beritahu awak supaya menanggalkan kasut

sebelum masuk kebilik ini? (arahan atau soalan)

Ya, Tuhan, jadikanlah saya seorang jutawan daripada seorang

pelajar yang miskin. (doa atau prayers)

Tidakkan Melayu hilang di dunia! (quotation)

Tidakkah anda rasa berdosa dengan perbuatan itu? (soalan)

claims yang boleh dianggap dakwaan atau ‘claims’ juga misti

mempunyai ‘truth-value’ atau ‘nilai-benar’. Ayat deklaratif yang tidak

mempunyai ’truth-value’ tidak boleh dianggap sebagai dakwaan. Nilai-

benar (truth-value) menggambarkan samada satau-satu kenyataan itu

mempunyai elemen ‘benar’ atau ‘tidak benar’. Satu-satu kenyataan yang

Page 35: domain afektif 1

mempunyai ‘truth-value’ sahaja yang boleh dianggap sebagai satu ‘claims’

atau dakwaan.

‘Claims’ (dakwaan) adalah satu ayat deklaratif yang mempunyai

‘truth-value’ (nilai-benar). ‘Truth-value’ adalah sifat yang menyatakan samada satu-satu ayat itu ‘benar’ atau ‘tidak benar’, dan tidak kedua-duanya.

Ini tidaklah bermaksud, satu kenyataan itu boleh dianggap sebagai

‘claim’ hanya apabila kita bersetuju atau tidak bersetuju tentang 

kebenaran atau ketidakbenaran kenyataan tersebut. Ia tetap dianggap

sebagai ‘claim’ apabila kita dapat menerimanya sebagai mempunyai ‘truth-

value’, walaupun kita tidak pasti yang mana satu antara dua. Untuk

menguji kefahaman anda tentang ‘claim’ atau dakwaan ini, sila buat

latihan berikut:

Nyatakan samada kenyataan berikut adalah ‘claims’ (dakwaan)

ataupun bukan.

Contoh 1:  Guru yang mengajar kursus ini adalah seorang lelaki.

Analisis – Kenyataan di atas adalah ‘claim’ (dakwaan) kerana kenyataan

tersebut boleh diterima sebagai benar atau tidak benar.

Contoh 2: Kawan anda pendek

Analisis- Adakah kenyataan ini boleh dianggap sebagai ‘claim’ atau

dakwaan? Mungkin bukan, sebab perkataan ‘pendek’ adalah tidak jelas

maksudnya (vague). Pendek macam mana? Masalah berhubung dengan

‘vague’ atau kabur ini akan dibincangkan dalam topik berkaitan.

Contoh 3: Kucing adalah nakal

Analisis- Apabila ada kemungkinan yang anda tidak bersetuju dengan

kenyataan tersebut – ini bermakna bahawa ‘kucing adalah nakal’ boleh

diterima sebagai ‘calaim’ atau dakwaan kerana ia punya ‘truth-value’.

Contoh 4:  2+2=4

Analisis – Ini adalah satu dakwaan – walaupun tiada siapa yang tidak

bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Page 36: domain afektif 1

Contoh 5: Saya berharap agar saya sembuh dengan segera dari penyakit

ini.

Analisis – Ini bukan ‘claim’. Ia lebih merupakan satu doa atau harapan.

‘Claim’ hanya boleh dibuat melalui ayat deklaratif yang bukan dalam

bentuk doa atau arahan.

Contoh 6: Bagaimana anda bagitu bodoh menganggap kucing boleh

berfikir?

Analisis – Ini bukan ‘claim’. Ia adalah soalan dan soalan tidak boleh

dianggap sebagai ‘claim’ atau dakwaan.

Contoh 7: ‘Cada cachoro pode latir’.

Analisis - Adakah kenyataan di atas boleh dianggap sebagai ‘claim’ ?.

Sekiranya anda tidak faham bahasa yang digunakan dalam kenyataan

tersebut, jangan sekali-kali menganggapnya sebagai ‘claim’ atau dakwaan.

Kenyataan yang tidak difahami tidak boleh dianggap sebagai ‘claim’ atau

dakwaan.

Contoh 8: “Tidak Melayu hilang di dunia.”

Analisis – Ini bukan ‘claim’ atau dakwaan. Ini adalah satu sedutan

(quotation) dari kata-kata Laksamana Hang Tuah. Sedutan dari kata-kata

orang lain adalah bermaksud untuk memberi penekanan kepada satu-satu

maksud. Kita tidak diharapkan untuk mempercayai samada kata-kata

tersebut benar atau sebaliknya.

5.2              Penyataan hujah (arguments)

Hujah atau ‘argument’ dikatakan sebagai cubaan untuk

meyakinkan seseorang dengan menggunakan dakwaan atau ‘claim’ yang

diutarakan melalui bahasa.

Satu ‘argument’ (hujah) adalah terdiri dari beberapa ‘claims’ atau dakwaan. Satu darinya dipanggil kesimpulan (conclusion) yang cuba dibenarkan kesahihannya (kebenarannya) oleh hujah yang diutarakan ; lain-lain kenyataan didalam hujah tersebut dikenali sebagai premis (premises), yang berfungsi sebagai menghala kepada, atau memberi sokongan kepada kebenaran ‘conclusion’ atau kesimpulan yang diutarakan dalam hujah tersebut.

Page 37: domain afektif 1

                       

Adalah penting diingatkan disaat ini – Pengutaraan hujah atau ‘argument’

adalah bertujuan untuk meyakinkan bahawa satu dakwaan (claim) itu –

termasuk kesimpulannya – adalah benar. Kesimpulan (conclusion) juga

dikenali sebagai “the point of argument” (titik hujah atau persoalan) atau

isu yang diperdebatkan.

Pemikiran kritis pula adalah merojok kepada kebolehan seseorang

membuat penilaian samada kita patut yakin yang sesuatu claim

atau dakwaan, hujah-hujah (arguments) yang diutarakan adalah

baik dan benar. Kemahiran berfikir juga berkait rapat dengan

kebolehan seseorang membina hujah (argument) yang baik.

            Untuk menguji kefahaman anda tentang hujah atau ‘arguments’ ini

sila perhati dan bincangkan contoh-contoh berikut.

Adakah kenyataan-kenyataan di bawah ini boleh dianggap hujah atau

‘arguments’.

Contoh 1: 

Jururawat: Doktor, doctor, pesakit di bilik 47 sedang nazak (tenat).

Doktor: Dia tidakpun demikian bila saya periksa dia tadi.

Jururawat: Dia telah diserang sakit jantung..

Analisis – Jururawat itu sedang menyatakan satu hujah. Dia cuba

meyakinkan doctor itu yang pesakit di bilik 47 itu sedang tenat. Dia

memberikan premis: “Dia telah diserang sakit jantung”. Premis ini adalah

dianggap meyakinkan (convincing).

Contoh 2:

Perbalahan berlaku di antara dua orang pemandu yang terlibat dalam satu

kemalangan.

Page 38: domain afektif 1

Ali: Bukan salah saya!. Dia yang langgar saya dari belakang. Orang yang

langgar belakang adalah orang yang salah dari segi undang-undang.

Sami : ????!

Analisis  - Di sini Ali cuba meyakinkan seorang pegawai polis yang

memeriksa kemalangan tersebut bahawa dia tidak bersalah. Dia

menggunakan dua premis; ‘Dia langgar saya dari belakang’ dan ‘Orang

yang langgar belakang adalah patut dipersalahkan’. Dengan itu kenyataan

di atas bolehlah dianggap sebagai hujah atau ‘argument’.

                       

                        Contoh 3:

Ikut arahan cara menggunakan ubat itu seperti yang diberi oleh doctor.

Ubat ini boleh dimakan semasa perut kosong atau selepas makan. Simpan

ubat ini pada suhu bilik (room temperature), jauh dari bahang dan cahaya

matahari.

Analisis – Statemen di atas bukan satu hujah atau ‘argument’. Arahan,

penerangan, dan penjelasan, walaupun dinyatakan dengan ayat deklaratif

– tidak boleh dianggap sebagai hujah atau arguments. Ia bukan digunakan

untuk meyakinkan anda. Anda kena ikut samada anda yakin atau pun

tidak.

Contoh 4:  Dialog antara Mary dengan ibunya.

Ibu Mary: Kenapa tidak talifon ibu?

               Apa yang tidak kena?

               Kamu tidak sayang pada ibu?

               Di mana silap ibu?

Analisis – Iby Mary cuba meyakinkan Mary, tetapi tidak terdapat ‘truth-

value’ yang boleh dianggap sebagai ‘claim’ atau dakwaan. Mungkin kita

boleh tafsirkan apa yang dinyatakan adalah satu statemen yang tidak

punya apa-apa kesimpulan. Ini bukan satu hujah yang baik.

Seterusnya, bincangkan soalan-soalan berikut

1. Cuba anda buat latihan di bawah untuk kefahaman yang lebih tentang

‘claims’ atau dakwaan:

Soalan: Nyatakan samada penyataan di bawah ini boleh dianggap sebagai

dakwaan ataupun bukan:

a.       Lassie adalah seekor anjing.

b.       Dia seorang pemuda yang tinggi.

Page 39: domain afektif 1

c.       Beratnya ialah 50 Kg.

d.       Ringan tangan berat perut.

e.       Sampai hati awak tuduh saya bagitu.

f.        Sila buka pintu bila saya balik.

g.       Saya harap ia akan mendapat balasan yang setimpal dengan

perbuatannya.

h.       Saya berdoa agar ia berjaya dalam pelajarannya.

i.         Ana anta anti antu!

j.        2+2=5

k.       Saya rasa sejuk sekarang.

l.         Jumlah bintang adalah ganjil.

m.     Musa tinggal di Kampung Mertang.

             2.  Sila nyatakan beberapa statemen yang boleh kita anggap ‘claim’

     atau dakwaan.

3.  Apakah yang dikatakan premis?

4.  Apakah tujuan satu-satu hujah atau ‘argument’?

5.  Apakah yang dikatakan kesimpulan?

6.  Nyatakan samada statemen berikut hujah ataupun bukan

a.       Kambing memang binatang yang bodoh. Sekiranya seekor

terjun masuk gaung, yang lain pun akan ikut sama. Sekiranya

mereka terbalik di atas belakang, mereka susah hendak bangun

semula.

Analisis;

i.                     Adakah ia satu hujah – Ya ia satu hujah

ii.                   Kesimpulan: Kambing adalah binatang yang bodoh.

iii.                  Premis: Sekiranya seekor kambing terjun masuk gaung,

yang lain akan ikut.

Sekiranya ia terbalik atas belakangnya, susah baginya untuk

membetulkan diri.

                                   

b. “Kenapa pergi tengok wayang dengan Sarah dan tidak dengan saya?

Bukankah saya yang membantu awak bila kereta awak rosak tempoh

hari?.”

Analisis:

i.                     Adakah ia satu hujah: Tidak

Page 40: domain afektif 1

ii.                   Kesimpulan: Awak sepatutnya pergi tengok wayang dengan

saya.

iii.                  Premis: Saya yang Bantu awak baiki kereta awak tempoh

hari

iv.                  Ia bukan hujah kerana apa yang dikemukakan adalah

dalam bentuk soalan – dan soalan buakan hujah. Dan apa

kaitannya antara ‘bantu baiki kereta’ dengan ‘pergi tengok

wayang bersama’.

Buat latihan berikut untuk memberi kefahaman yang lebih tentang hujah

atau ‘argument’

1.Awak suka filem itu? Awak memangnya dungu. Saya rasa awak

tidak dapat membezakan antara lakunan yang baik dari yang buruk.

Gambarnya juga tidak bagus. Dan penutupnya jua satu yang tidak

masuk akal.

                                     

5.3.    Dakwaan objektif

5.4.      Dakwaan subjektif

5.5.      Hujah yang baik

5.6.      Hujah yang tidak baik

5.7.      Hujah yang valid

5.8.      Hujah yang tidak valid

NOTE: Sila lihat lampiran 1  untuk memahami tajuk dan sub-topik yang

terdapat dalam 5.0 ini dengan lebih mendalam