kuiz morfologi

1
Nama : Roszman Bin Abu Hassan No. Matrik : 210168 Kalau asyik bergaduh pasal ialah dengan adalah, dari masa ke semasa, dalam kalangan dengan dikalangan tak kemanalah kita. Bincangkan tentang sistem bahasa samada setuju atau tidak. Sistem bahasa Melayu yang standard haruslah distabilkan dengan sistem pengekodan yang sesuai untuk memungkinkan bahasa itu berfungsi dengan baik. Salah satu aspek pengekodan bahasa ialah pembentukan norma yang diterima dan digunakan sebagai panduan oleh penutur bahasa Melayu.Penghasilan sebuah tatabahasa pegangan merupakan satu daripada usaha ke a rah pembentukan norma ini. Usaha lain ialah penghasilan panduan pembentukan istilah, penyediaan sistem ejaan mutakhir dan penghasilan kamus. Pada peringkat kedua pula, aspek binaan perkataan, pembentukannya, serta aspek yang berkaitan dengan kegiatan peristilahan dan kemasukan unsur baharu melalui pinjaman dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Disamping itu, penyelidikan terhadap tatabahasa dilakukan dari dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan ini disusun untuk menjadi ayat bagi memantapkan lagi bahasa Melayu. Sebenarnya, terdapat pelbagai pendekatan yang telah digunakan oleh ahli bahasa untuk menghuraikan dan menganalisis bahasa. Tiap-tiap pendekatan mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Sebaliknya, jalan yang dianggap lebih bermanfaat adalah dengan mengambil sifat yang baik daripada seberapa banyak pendekatan yang mungkin. Melalui percantuman ciri-ciri ini, melahirkan satu asas yang dapat digunakan untuk menghuraikan sistem bahasa dengan sebaik-baiknya. Sistem bahasa Melayu terdapat kata tugas yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa bagi mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan lain-lain. Seterusnya, kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara iaitu,secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah manakala bagi huraian tentang subjek oleh predikat menggunakan kata pemeri adalah. Penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Oleh itu, kata pemeri tidak boleh hadir dihadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu. Oleh itu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kita tidak boleh menyalahi antara satu sama lain dalam sistem bahasa Melayu agar penggunaannya bertambah malah dapat memertabatkan bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi.

Upload: noor-aziraniza-aziz

Post on 30-Jul-2015

54 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuiz morfologi

Nama : Roszman Bin Abu Hassan

No. Matrik : 210168

Kalau asyik bergaduh pasal ialah dengan adalah, dari masa ke semasa, dalam kalangan dengan dikalangan tak kemanalah kita. Bincangkan tentang sistem bahasa samada setuju atau tidak.

Sistem bahasa Melayu yang standard haruslah distabilkan dengan sistem pengekodan yang sesuai untuk memungkinkan bahasa itu berfungsi dengan baik. Salah satu aspek pengekodan bahasa ialah pembentukan norma yang diterima dan digunakan sebagai panduan oleh penutur bahasa Melayu.Penghasilan sebuah tatabahasa pegangan merupakan satu daripada usaha ke a rah pembentukan norma ini. Usaha lain ialah penghasilan panduan pembentukan istilah, penyediaan sistem ejaan mutakhir dan penghasilan kamus.

Pada peringkat kedua pula, aspek binaan perkataan, pembentukannya, serta aspek yang berkaitan dengan kegiatan peristilahan dan kemasukan unsur baharu melalui pinjaman dapat meningkatkan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Disamping itu, penyelidikan terhadap tatabahasa dilakukan dari dua segi iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi bahasa dan cara perkataan ini disusun untuk menjadi ayat bagi memantapkan lagi bahasa Melayu.

Sebenarnya, terdapat pelbagai pendekatan yang telah digunakan oleh ahli bahasa untuk menghuraikan dan menganalisis bahasa. Tiap-tiap pendekatan mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing. Sebaliknya, jalan yang dianggap lebih bermanfaat adalah dengan mengambil sifat yang baik daripada seberapa banyak pendekatan yang mungkin. Melalui percantuman ciri-ciri ini, melahirkan satu asas yang dapat digunakan untuk menghuraikan sistem bahasa dengan sebaik-baiknya.

Sistem bahasa Melayu terdapat kata tugas yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa bagi mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan lain-lain.

Seterusnya, kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Pemerihalan itu dapat dilakukan melalui dua cara iaitu,secara persamaan antara subjek dengan predikat atau ekuatif, dengan penggunaan kata pemeri ialah manakala bagi huraian tentang subjek oleh predikat menggunakan kata pemeri adalah. Penggunaan kata pemeri amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Oleh itu, kata pemeri tidak boleh hadir dihadapan frasa kerja atau kata kerja. Penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa bahasa Melayu.

Oleh itu, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa kita tidak boleh menyalahi antara satu sama lain dalam sistem bahasa Melayu agar penggunaannya bertambah malah dapat memertabatkan bahasa Melayu ke tahap yang lebih tinggi.