kuasa penyubur tanaman

5
Kuasa penyubur tanaman Baja pintar bio Realstrong tingkatkan kualiti hasil tanaman Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD [email protected] BAJA yang dihasilkan daripada 100 peratus bahan kimia mungkin memberikan kesan yang negatif terhadap tumbuhan mahupun pengguna. Biarpun baja jenis itu lebih mudah untuk dihasilkan serta murah, namun kesan negatif yang akan ditanggung menyebabkan kebanyakan daripada kita akan berfikir dua kali untuk membeli produk pertanian yang menggunakan baja tersebut. Bagi mengelakkan masalah tersebut, All Cosmos Industries Sdn. Bhd. tampil memperkenalkan baja biokimia untuk penyelesaian masalah pertumbuhan tanaman. • Menggunakan jenama RealStrong, syarikat tersebut memanfatakan teknologi yang diadaptasi dari Taiwan bagi menghasilkan baja khas untuk kegunaan ladang kelapa sawit, getah, padi, buahbuahan serta bunga bungaan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tony Peng, syarikat itu ditubuhkan pada tahun 1999 di negara ini bagi memasarkan produk serta melaksanakan kajian serta perkembangan (R&D) agar produk yang dihasilkan sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini. Ujarnya, selain Malaysia, pihaknya juga memiliki kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Taiwan, China Amerika Syarikat dan Vietnam. "Di sini kami menggunakan teknologi bio untuk menghasilkan baja biokimia. "Penggunaan teknologi tersebut adalah untuk mengurangkan kadar bahan kimia di dalam baja, menaikan keberkesanan serta memperbaiki fungsnya," katanya ketika di temui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur barubaru ini. Jelas Tony, penggunaan teknologi bio dalam pengasilan baja bukari sahaja dapat mengurangkan kos pengeluaran, malah turut menambah keberkesanan fungsi baja dalam menyuburkan tanah, membantu tumbesaran produk pertanian dengan lebih pantas dan pelbagai lagi. "Menerusi penggunaan baja RealStrong, pengguna dapat menjimatkan kos pembajaan kerana baja ini hanya perlu ditabur tiga hingga empat kali sahaja setahun berbanding baja biasa iaitu enam hingga tujuh kali. "Malah menerusi rekaan baharu iaitu, baja pintar (smart fertilizer) dapat mengurangkan serangan penyakit seperti serangan kulat Ganoderma sp. kepada tanaman kelapa sawit," katanya. Sebagai contoh, syarikat tersebut telah menghasilkan baja baharu yang diinovasi khas untuk kegunaan tanaman kelapa sawit iaitu MPOB F4. MPOB F4 merupakan baja bio kimia hasil keijasama All Cosmos Sdn. Bhd. dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mana memiliki nutrien kimia yang seimbang, dilitupi oleh bahan organik berasaskan tumbuhan dan organisma mikro. Baja tersebut juga merupakan kombinasi baja tiga dalam satu yang lengkap serta mesra alam. Seperti mana yang kita ketahui, kelapa sawit merupakan antara tanaman yang pesat berkembang dan sesuai dengan iklim tropika dan dikategorikan sebagai tanaman kontan negara. Kelapa sawit memiliki pelbagai kegunaan iaitu sebagai bahan makanan, bahan asas industri dan sumber tenaga dan sehingga kini masih tiada tanaman lain dapat menggantikan fungsi serta kelebihannya. Justeru, permintaan terhadap tanaman itu amat tinggi dan hanya beberapa negara sahaja yang memiliki kelebihan tanah serta cuaca yang sesuai untuk pertumbuhan kelapa sawit. Malaysia memiliki ladang kelapa sawit yang besar, justeru penggunaan baja merupakan antara faktor penting dalam menentukan kestabilan hasil komoditi tersebut sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara yang baik. Apa yang terdapat dalam baja RealStrong? Baja yang dihasilkan oleh syarikat tersebut terdiri daripada bahan kimia (N, P, K, Mg, B, TE) yang digabungkan bersama bahan organik berasaskan tumbuhan dan mikrob untuk menghasil tanaman berkualiti dalam jangkamasa panjang. Malah, mereka turut menggunakan bahan yang mengandungi organisma mikro bermanfaat (EM) yang berperanan mengikat nitrogen daripada udara dan tanah, menguraikan fosfat dan potasium serta memecahkan bahan organik kepada bentuk yang boleh diserap oleh tumbuhan (akar). Dalam pada itu, integrasi kimia dan bahan organik dilihat dapat mempertingkatkan pH tanah sekali gus menambah kecekapan peilyerapan nutrien oleh tumbuhan serta merangsan bahan tersebut yang sedia ada di dalam tanah bagi kegunaan jangka masa panjang. Kehadiran EM dalam baja tersebut menggalakkan pertumbuhan akar, pembentukan buah dan pengeluaran pucuk baru. Malah, hasil daripada penggunaan organik semulajadi, baja bio kimia RealStrong membantu meningkatkan nutrien serta daya pegangan air di dalam tanah serta kelebihan penyerapan nutrien seperti zink, magnesium, kalsium, dan mangan. Dihasilkan berdasar kajian saintifik ke atas tanah dan tanaman, baja bio kimia itu juga berkesan untuk membaiki struktur tanah yang bermasalah disebabkan penggunaan baja kimia yang berlebihan dalam jangka masa lama. Jenama RealStrong menggunakan tiga sistem sinergi seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu bahan kimia, bahan organik dan organisma mikro bermanfaat (EM). Antara produk yang terdapat dalam EM yang diperkenalkan menerusi baja bio kimia RealStrong adalah lapan jenis organisma mikro yangbertindak sebagai pengikat N (Natrium) dan penguraian unsur P (Pottasium) dan K (Kalium). Namun bagi penyakit reput pangkal batang yang disebabkan Ganoderma boninense, terdapat sejenis fungi (kulat) yang digunakan untuk mengawalnya namun masih di peringkat kajian. Kreativiti syarikat tersebut memanfaatkan teknologi bio telah mendapat perhatian kerajaan sekali gus telah menganugerahkan status syarikat BioNexus oleh Malaysia Biotechnology Corporation (BiotechCorp). Jelas Tony, pengiktirafan tersebut menunjukkan kerajaan peka serta meriyokong sepenuhnya usaha mempertingkatkan penggunaan teknologi bio di pihak industri. "Apa yang pihak kami harapkan adalah sokongan yang berterusan dari kerajaan serta semua pihak dalam penggunaan teknologi bio kerana teknologi ini merupakan penyelesaian terbaik terhadap penghasilan tenaga, makanan, kesihatan, alam sekitar dan pelbagai lagi," katanya. Headline Kuasa penyubur tanaman MediaTitle Utusan Malaysia Date 03 Feb 2014 Color Full Color Section Supplement Circulation 173,387 Page No 8,9 Readership 699,000 Language Malay ArticleSize 1333 cm² Journalist N/A AdValue RM 26,346 Frequency Daily PR Value RM 79,037

Upload: doancong

Post on 12-Jan-2017

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuasa penyubur tanaman

Kuasa penyubur tanamanBaja pintar bio Realstrong tingkatkan kualiti hasil tanamanOleh ASHRIQ FAHMY [email protected]

BAJA yang dihasilkan daripada 100peratus bahan kimia mungkinmemberikan kesan yang negatifterhadap tumbuhan mahupun

pengguna.Biarpun baja jenis itu lebih mudah

untuk dihasilkan serta murah, namunkesan negatif yang akan ditanggungmenyebabkan kebanyakan daripada kitaakan berfikir dua kali untuk membeliproduk pertanian yang menggunakan bajatersebut.Bagi mengelakkan masalah tersebut,

All Cosmos Industries Sdn. Bhd. tampilmemperkenalkanbaja biokimiauntuk penyelesaianmasalahpertumbuhantanaman. •

Menggunakanjenama RealStrong,syarikat tersebutmemanfatakanteknologi yangdiadaptasi dariTaiwan bagimenghasilkan bajakhas untuk kegunaanladang kelapa sawit,getah, padi, buah­buahan serta bunga­bungaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya,Datuk Tony Peng, syarikat itu ditubuhkanpada tahun 1999 di negara ini bagimemasarkan produk serta melaksanakankajian serta perkembangan (R&D) agarproduk yang dihasilkan sesuai dengankeadaan cuaca di negara ini.

Ujarnya, selain Malaysia, pihaknya jugamemiliki kemudahan penyelidikan danpembangunan (R&D) di Taiwan, ChinaAmerika Syarikat dan Vietnam.

"Di sini kami menggunakan teknologibio untuk menghasilkan baja biokimia.

"Penggunaan teknologi tersebut adalahuntuk mengurangkan kadar bahan kimiadi dalam baja, menaikan keberkesananserta memperbaiki fungsnya," katanyaketika di temui di Pusat Konvensyen KualaLumpur (KLCC), Kuala Lumpur baru­baruini.

Jelas Tony, penggunaan teknologi biodalam pengasilan baja bukari sahaja dapatmengurangkan kos pengeluaran, malahturut menambah keberkesanan fungsi bajadalam menyuburkan tanah, membantutumbesaran produk pertanian denganlebih pantas dan pelbagai lagi.

"Menerusi penggunaan baja RealStrong,pengguna dapat menjimatkan kos

pembajaan kerana baja ini hanya perluditabur tiga hingga empat kali sahajasetahun berbanding baja biasa iaitu enamhingga tujuh kali.

"Malah menerusi rekaan baharuiaitu, baja pintar (smart fertilizer) dapatmengurangkan serangan penyakit sepertiserangan kulat Ganoderma sp. kepadatanaman kelapa sawit," katanya.

Sebagai contoh, syarikat tersebut telahmenghasilkan baja baharu yang diinovasikhas untuk kegunaan tanaman kelapasawit iaitu MPOB F4.

MPOB F4 merupakan baja bio kimiahasil keijasama All Cosmos Sdn. Bhd.dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) yang mana memiliki nutrienkimia yang seimbang, dilitupi olehbahan organik berasaskan tumbuhan danorganisma mikro.

Baja tersebut juga merupakankombinasi baja tiga dalam satu yanglengkap serta mesra alam.

Seperti mana yang kita ketahui, kelapasawit merupakan antara tanaman yangpesat berkembang dan sesuai denganiklim tropika dan dikategorikan sebagaitanaman kontan negara.

Kelapa sawit memiliki pelbagaikegunaan iaitu sebagai bahan makanan,bahan asas industri dan sumber tenagadan sehingga kini masih tiada tanamanlain dapat menggantikan fungsi sertakelebihannya.Justeru, permintaan terhadap tanaman

itu amat tinggi dan hanya beberapanegara sahaja yang memiliki kelebihantanah serta cuaca yang sesuai untukpertumbuhan kelapa sawit.

Malaysia memiliki ladang kelapa sawityang besar, justeru penggunaan bajamerupakan antara faktor penting dalammenentukan kestabilan hasil komodititersebut sekali gus memacu pertumbuhanekonomi negara yang baik.Apa yang terdapat dalam baja

RealStrong? Baja yang dihasilkan olehsyarikat tersebut terdiri daripadabahan kimia (N, P, K, Mg, B, TE) yangdigabungkan bersama bahan organikberasaskan tumbuhan dan mikrob untuk

menghasil tanaman berkualiti dalamjangkamasa panjang.

Malah, mereka turut menggunakanbahan yang mengandungi organismamikro bermanfaat (EM) yang berperananmengikat nitrogen daripada udara dantanah, menguraikan fosfat dan potasiumserta memecahkan bahan organikkepada bentuk yang boleh diserap oleh

tumbuhan (akar).Dalam pada itu, integrasi kimia

dan bahan organik dilihat dapatmempertingkatkan pH tanah sekaligus menambah kecekapan peilyerapannutrien oleh tumbuhan serta merangsanbahan tersebut yang sedia ada di dalamtanah bagi kegunaan jangka masapanjang.

Kehadiran EM dalam baja tersebutmenggalakkan pertumbuhan akar,pembentukan buah dan pengeluaranpucuk baru.Malah, hasil daripada penggunaan

organik semulajadi, baja bio kimiaRealStrong membantu meningkatkannutrien serta daya pegangan air di dalamtanah serta kelebihan penyerapan nutrienseperti zink, magnesium, kalsium, danmangan.

Dihasilkan berdasar kajian saintifik keatas tanah dan tanaman, baja bio kimia itujuga berkesan untuk membaiki strukturtanah yang bermasalah disebabkanpenggunaan baja kimia yang berlebihandalam jangka masa lama.Jenama RealStrong menggunakan tiga

sistem sinergi seperti yang dinyatakansebelum ini iaitu bahan kimia, bahanorganik dan organisma mikro bermanfaat(EM).Antara produk yang terdapat dalam

EM yang diperkenalkan menerusi bajabio kimia RealStrong adalah lapan jenisorganisma mikro yangbertindak sebagaipengikat N (Natrium) dan penguraianunsur P (Pottasium) dan K (Kalium).

Namun bagi penyakit reput pangkalbatang yang disebabkan Ganodermaboninense, terdapat sejenis fungi (kulat)yang digunakan untuk mengawalnyanamun masih di peringkat kajian.Kreativiti syarikat tersebut

memanfaatkan teknologi bio telahmendapat perhatian kerajaan sekali gustelah menganugerahkan status syarikatBioNexus oleh Malaysia BiotechnologyCorporation (BiotechCorp).Jelas Tony, pengiktirafan tersebut

menunjukkan kerajaan peka sertameriyokong sepenuhnya usahamempertingkatkan penggunaan teknologibio di pihak industri.

"Apa yang pihak kami harapkan adalahsokongan yang berterusan dari kerajaanserta semua pihak dalam penggunaanteknologi bio kerana teknologi inimerupakan penyelesaian terbaikterhadap penghasilan tenaga, makanan,kesihatan, alam sekitar dan pelbagai lagi,"katanya.

Headline Kuasa penyubur tanamanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 03 Feb 2014 Color Full ColorSection Supplement Circulation 173,387Page No 8,9 Readership 699,000Language Malay ArticleSize 1333 cm²Journalist N/A AdValue RM 26,346Frequency Daily PR Value RM 79,037

Page 2: Kuasa penyubur tanaman

Elcstrak daun durianbelanda halau seranggaLEBIH mesra alam dan tidakmengandungi bahan­bahan bertoksik,penggunaan sumber semulajadiuntuk menguruskan serangga perosakmerupakan satu kaedah terbaik bagimelestarikan alam sekitar.

Bukan sahaja tidak berbahayakepada manusia malah penggunaanpestisid berasaskan bahan semulajadijuga hanya mensasarkan seranggatertentu sahaja.

Antara serangga yang seringmenjadi tumpuan adalah anai­anaiyang mana kehadirannya tidakdisedari, namun satu koloni seranggatersebut mampu memusnahkanperabot, bahagian berkayu di dalamrumah dan sebagainya.

Sekumpulan penyelidik cilik dariSekolah Menengah Kebangsaan LKTPPemanis telah menemui sebatiandaripada daun durian belanda(Annona muricata) yang mampumenghalau serta mengurangkanpopulasi anai­anai.

Penyelidik tersebut, Azhari Imran,Suria Sipon dan Noradilah Sahariserta guru pembimbing mereka,Muzaffar Shah Ghazali berjayamenghasilkan pestisid semulajadiyang dikenali sebagai d'Holland.

Menurut Azhari Imran, penemuantersebut berlaku secara tidak sengajaapabila air daripada daun belandayang dikisar dibuang berhampiransarang anai­anai di sekolah tersebut .

"Selepas seminggu kamimendapati sarang anai­anai telahkosong, setelah diperiksa keseluruhankoloni anai­anai telah berpindahmeninggalkan sarang mereka.

"Bermula daripada kejadianitu, kami menjalankan beberapalagi uji kaji menggunakan ekstrakdaun belanda selama lima hari danmendapati sebatian itu amat berkesanuntuk menghalau serangga perosakterutamanya anai­anai," katanya.

Dalam kajian yang dijalankan olehmereka, didapati pada kepekatan60 peratus populasi anai­anai akanberkurangan sebanyak 50 peratus.

Penyelidikan tersebut bukan sahajaberguna dalam mengatasi masalahdengan anai­anai sahaja, bahkandigunakan untuk penyelidikanlanjut bagi mengurangkan populasiserangga lain.

Selain menjalankan kajian disekolah, mereka turut bekerjasamadengan beberapa agensi kerajaanseperti Pejabat Pertanian DaerahSegamat, Johor, Institut PenyelidikanPerhutanan Malaysia (FRIM), Kepong,Selangor, Universiti TeknologiMalaysia (UTM) dan Kolej KomunitiSegamat, Johor.

Jelas Muzaffar Shah,produk d'Holland. mengambilsempenan nama daun durian'belanda' dan bercadang untukmengkomersialkannya jika terdapatpihak­pihak yang berminat.

Bagi yang berminat boleh melayarilaman web sekolah tersebut di www.smklktppemanis.com atau hantarkansurat ke SMK LKTP Pemanis, PetiSurat 67,85007, Segamat, Johor.

Info

Tiga si stem bekerjamasecara sinergi

Bahan Kimia ­membekalkan sumberkimia yang mencukupidan lengkap (N, P,K. Mg.B + TE) untukpertumbuhan tampangdan pengeiuaran buah.Bahan organik ­pelepasan terkawalnutrien membolehkanpenyerapan nutrientanah tanaman secaralebih berkesan.Organisma mikrobermanfaat (EM) ­ Lapanjenis organisma mikroyang terdapat dalam bajatiga dalam satu bertindaksebagai pengikat N danpenguraian unsur P danK.

Bahan organik dan zeolite­» Koko­* Kopi­» Sekam padi­» Abu tandan­> Decanter cake­» Abu gunung berapi

(zeolite)

Kimia­» N ­ Urea, Ammonium

sulphate (AS)P ­ Rock Phosphate/mono­Ammonium

phosphate (MAP)­» K ­ Muriate of Potash

(MOP), Sulphate ofpotash (SOP)

­* Mg ­ Kieserite/Magnesium sulphate

Headline Kuasa penyubur tanamanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 03 Feb 2014 Color Full ColorSection Supplement Circulation 173,387Page No 8,9 Readership 699,000Language Malay ArticleSize 1333 cm²Journalist N/A AdValue RM 26,346Frequency Daily PR Value RM 79,037

Page 3: Kuasa penyubur tanaman

TONY Peng (empat dari kanan) menunjukan contoh baja yang dihasilkan sambil diperhatikan oleh kakitangan syarikatnya.

Headline Kuasa penyubur tanamanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 03 Feb 2014 Color Full ColorSection Supplement Circulation 173,387Page No 8,9 Readership 699,000Language Malay ArticleSize 1333 cm²Journalist N/A AdValue RM 26,346Frequency Daily PR Value RM 79,037

Page 4: Kuasa penyubur tanaman

Headline Kuasa penyubur tanamanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 03 Feb 2014 Color Full ColorSection Supplement Circulation 173,387Page No 8,9 Readership 699,000Language Malay ArticleSize 1333 cm²Journalist N/A AdValue RM 26,346Frequency Daily PR Value RM 79,037

Page 5: Kuasa penyubur tanaman

'<$\

(OARI kiri) Azhari Imran, Suria Sipon dan Noradilah Sahari menunjukkan ekstrakdaun durian belanda dikatakan sesuai dijadikan bahan penghalau serangga.

Headline Kuasa penyubur tanamanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 03 Feb 2014 Color Full ColorSection Supplement Circulation 173,387Page No 8,9 Readership 699,000Language Malay ArticleSize 1333 cm²Journalist N/A AdValue RM 26,346Frequency Daily PR Value RM 79,037