krs laporan harian.docx

8
Minggu Tarikh Masa Tempat Tajuk Laporan

Upload: roginirajoo9295

Post on 25-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: krs laporan harian.docx

Minggu

Tarikh

Masa

Tempat

Tajuk

Laporan

Page 2: krs laporan harian.docx

Minggu 2

Tarikh 21/1/2015

Masa 8.00 – 10.00 pagi

Tempat BB 1-6 dan tempat di belakang Block Akademik Baru

Tajuk I. Latihan kawad kaki

II. Pengenalan kepada logo KRS dan bendera KRS.

III. Belajar menyanyi lagu KRS

Page 3: krs laporan harian.docx

Laporan

Semua pelajar guru kelas kami telah hadir pada perjumpaan

kali kedua. Kami telah mempelajari asas dan pengenalan kawad kaki di

belakang blok. Pensyarah kami mula mengajar beberapa langkah asas

bagi kawad kaki dengan perlahan-lahan. Semasa mengadakan latihan

kawad kaki, beliau yang memberi komen atau arahan dengan jelas

kepada kami. Kemudian, beliau juga mengarahkan beberapa ahli supaya

menggantikan tempat beliau sebagai komadon di hadapan.

Selepas itu, kami semua memberi peluang untuk balik ke

kelas. Di kelas, rakan kami telah membentangkan lambing, logo, cogan

kata dan bendera KRS. Selepas itu, kami t5elah menyanyi lagu KRS

dengan muzik. En.Faizul juga membetulkan kesilapan kami yang dibuat

oleh kami. Kami menyanyi lagunya dengan penuh bersyukur. Pensyarah

kami telah menyuruh kami mengafal lagu KRS.

Minggu 3

Tarikh 24/1/2015

Masa 8.00 – 10.00 pagi

Tempat BB 1-6 dan tempat di belakang Block Akademik Baru

Tajuk I. Latihan kawad kaki

II. Sejarah pembentukkan KRS.

III. Pengasas KRS

IV. Pertubuhan KRS

Page 4: krs laporan harian.docx

V. Nama baru / lama KRS

Laporan

Pada perjumpaan ketiga, kami berkumpul di belakang blok

akademik. Selepas pensyarah tiba ke tempat, kami bersedia untuk

aktiviti pada hari itu. Pensyarah, En. Faizul telah memberi arahan bagi

melakukan kawad kaki. Beliau mengajar beberapa arahan baru dan

membetulkan kesilapan yang kami melakukan. Kami berkawad dengan

penuh bersemangat. Kawad adalah satu elemen KRS yang amat

penting.

Seterusnya, kami pulang ke kelas. Di sana, rakan kami

menyediakan persembahan power point tentang sejarah pembentukan

KRS. Kami juga mempelajari mengenai pengasas KRS serta nama

baru / lama bagi KRS. Sebagai hasil pembelajaran, kami telah dapat

informasi tentang asas KRS. Seterusnya, seperti biasa kami menyanyi

lagu KRS dengan penuh semangat.

Page 5: krs laporan harian.docx

Refleksi

Bagi saya, minggu ini saya mempelajari perkara baru tentang

KRS. Antaranya, saya mengambil berat untuk mengingat arahan-

arahan bagi kawad kaki. Saya sangat seronok melibatkan diri saya

dalam kawad kaki. Saya juga mula untuk mengafal arahan kawad .

Seterusnya, saya juga dapat mempelajari tentang pengasas,

sejarah serta nama baru / lama KRS. Ini memberi satu penjelasan

yang baik mengenai KRS. Saya juga menyedari bahawa KRS ini

mempunyai satu objektif untuk mencapai matlamatnya. Ia adalah

ilmu,iman dan amal. Ini dapat mendisiplinkan diri seseorang ahli KRS

dan memupuk nilai baik dalam dirinya.

Page 6: krs laporan harian.docx

Refleksi

Pada perjumpaan kedua, saya dapat pelbagai informasi

mengenai KRS. Antaranya, adalah aktiviti kawad kaki. Semasa alam

persekolahan saya tidak mengambil bahagian dalam kawad. Oleh

itu, saya tidak mahir dalam aspek ini. Apabila, pensyarah saya

menunjuk ajar cara-cara kawad, saya dapat mengikut cara yang

beliau mengajar kami dengan betul dan bersemangat. Saya juga

yakin bahawa saya dapat mempelajari semua aspek dalam kawad

ini.

Disamping itu, saya juga mempelajari penjelasan logo,lagu

dan bendera KRS di dalam kelas dengan jelas. Semasa mereka

memberi penjelasan, barulah saya dapat memahami matlamat KRS

ini. Saya berjanji bahawa sebagai seorang ahli KRS, saya pasti

menjalankan tanggungjawab saya dengan bersyukur dan sempurna.

Page 7: krs laporan harian.docx

Refleksi

Minggu pertama ini saya mempelajari perkara baru tentang

KRS. Semua maklumat yang pensyarah berkongsi adalah baru bagi

saya tentang KRS. Antaranya, saya telah memahami bahawa

perkongsian tanggungjawab adalah cara yang baik dan bersistematik

dalam sesuatu persatuan. Dalam perlantikan, saya dilantik sebagai

bendahari. Saya bersyukur dan berjanji bahawa saya sentiasa jujur

dan bertanggungjawab atas jawatan saya. Ini kerana, saya

dipercayai oleh rakan-rakan saya. Saya sangat seronok melibatkan

diri saya dalamKRS ini. Saya juga mula bersedia untuk kawad kaki

dan menyesuaikan diri saya dalam KRS supaya saya tidak ada

pengalaman dalam KRS. Seterusnya, saya juga perlu mengafal lagu

KRS dan mengenali maksud logo serta bendera bagi kelas akan

datang.