pengurusan krs - mohd subhi marsan

28
PENGURUSAN & PENTADBIRAN KRS/TKRS Oleh: Mohd Subhi Marsan 01. Apakah itu pengurusan dan pentadbiran? Pengurusan.......melibatkan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian. Pentadbiran......melibatkan pelaksanaan iaitu menerima arahan daripada pihak atasan. Tujuan..untuk mencapai matlamat organisasi. Output? a. Kualitatif Penilaian markah 10% Sijil penyertaan/penglibatan/pencapaian/penghargaan. b. Kuantitatif Berdisiplin Bersahsiah Bermoral/beragama Berjaya dalam kerjaya Input Pelajar Guru Proses Pelaksana an Pengelolaa n Output Penilaian Pengiktirafa

Upload: wajihaa-halil

Post on 01-Jul-2015

1.075 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

PENGURUSAN & PENTADBIRAN KRS/TKRSOleh: Mohd Subhi Marsan

01. Apakah itu pengurusan dan pentadbiran?

Pengurusan.......melibatkan perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian.Pentadbiran......melibatkan pelaksanaan iaitu menerima arahan daripada pihak atasan.

Tujuan..untuk mencapai matlamat organisasi.

Output?

a. Kualitatif

Penilaian markah 10% Sijil penyertaan/penglibatan/pencapaian/penghargaan.

b. Kuantitatif

Berdisiplin Bersahsiah Bermoral/beragama Berjaya dalam kerjaya

Mengapa perlu KRS/TKRS?Falsafah

- Salah satu pilihan pelajar- Peluang terhad untuk menyertai PBB- Anak kelahiran KPM- Markah kokurikulum ke IPT/IPTS 10%- Membantu pelajar lemah/kurang mampu- Membina disiplin dan kekuatan/jati diri.

Input

PelajarGuru

Proses

Pelaksanaan

Pengelolaan

Pemantaua

Output

PenilaianPengiktirafan

Page 2: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

- Menanam kesedaran kokurikulum

Masalah pelaksanaan? Kewangan

Tiada peruntukan?Kos tinggi? Sabah/Sarawak Ke S’jung.

Uniform Modul latihan/Panduan pelaksanaan Jurulatih Logistik/peralatan Tempat latihan Buat sesuatu yang boleh memberi kepercayaan kepada pihak atasan..

- kejayaan-kejayaan - penyertaan kebangsaan

- program-program mega- naikkan nama sekolah- Jadi tuan rumah kursus/mesyuarat- Jemput pihak luar/menteri/pengarah/pibg

....dalam usaha untuk memperkasa/membangun KRS/TKRS…..

Apa yang kita buat….untuk agama, bangsa dan negara Jangan lupa tugasan sekolah apabila berkerja untuk KRS/TKRS

- kurikulum, persatuan, sukan, sosial… Tahan kecaman.. Berbaik dengan semua orang pada semua peringkat/pangkat Komunikasi yang baik

Pegawai Tadbir KRS; melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak KPM atau JPN.Pegawai sekretariat juga menerima tugas yang sama .

Tetapi dalam pentadbiran itu juga melibatkan pengurusan.Contohnya seorang Pegawai KRS telah diarahkan untuk menjalankan Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan di daerahnya oleh PPD.

Oleh itu, pegawai ini akan...Merancang/merangka program

Page 3: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

Menyediakan kertas kerjaMembentuk jawatankuasaMemanggil/mengadakan mesyuaratMelaksanakan programMenyelia programMemantau programMenilai programMembuat “post-moterm”

Definasi Pengurusan:

”satu proses merancang, melaksana/mengelola, mengarah dan mengawal (produktiviti ahli dan penggunaan sumber-sumber) untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan.”

a. Merancang....Memikirkan idea/konsep/keperluanMenyediakan kertas cadangan/kertas konsepMembentangkan kertas cadangan/konsepMemurnikan kertas cadangan (dijadikan kertas kerja) setelah dibuat ketetapan dalam mesyuarat

b. Melaksana/MengelolaMembentuk Jawatankuasa kerja

-peranan JK-menyediakan Arahan Pentadbiran-menyediakan senarai tugas JK-menjelaskan bidang tugas-menyediakan senarai semak

Mengadakan mesyuaratMelaksanakan program

-sebelum program (persiapan)-semasa (melaksanakan raptai/dry-run/hari kejadian)-selepas (kemas, edit, dokumentasi)

c. MengarahMenyediakan arahan pentadbiranMenyediakan tugasan secara bertulis/surat menyurat/e-mel, smsMengarahkan/menyelesaikan masalah luar jangkaMengadakan mesyuarat tergempar

Page 4: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

Menguruskan aduan/juri rayuanMendenda/menggantung (kerja/tugas) dan lain-lain imbuhan

d. MengawalDisiplinPeraturan (pertandingan/ujian/peperiksaan)Undang-undang/akta berkaitanKeselamatanKecemasanMenguruskan aduan/komplen/komen

e. MenilaiMembuat keputusanPost-motermLulus/gagal/ulangPengiktirafanHadiah/cenderamataKenaikan pangkat/jawatan

Pentadbir (Pelaksana) Bermaksud;Menerima Arahan Atasan

Menerima surat rasmi/arahan rasmiMenerima sumber-sumber (kewangan/logistik)Menerima kertas konsep/kertas cadanganMenerima arahan pentadbiranMenerima tugasan khusus/tanggungjawab

MelaksanaMengadakan mesyuarat/perbincanganMelaksanakan program

Sebelum SemasaSelepas - Menghantar laporan

MemantauJadual aktivitiJadual terperinciCarta aktiviti

Page 5: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

Buku laporan aktiviti/catatanKertas kerja/kertas konsep

02. Tugas Pegawai KRS/TKRS (Pegawai Latihan)

a. Tugas-tugas di sekolah:(Sebagai Penasihat, ejutan, jurulatih, fasilitator....)

Mendaftarkan pasukan dengan pendaftarMenyedia dan mengurus fail-fail penting Memastikan mesyuarat agongMengadakan perlembagaan/peraturanMenyediakan aktiviti/program yang selaras dengan objektif KRS/sekolahMemastikan AJK menjalankan kerja/tugas

Merancang aktiviti tahunan/menyediakan takwimMemastikan aktiviti berjalan ikut jadualMerancang strategi peningkatan kecemerlangan pasukanKewangan dan lojistik di urus/tadbir dengan baik, sistematik dan jujurMinit mesyuarat, laporan aktiviti disedia dan difailkanMemberikan bimbingan, galakan, tunjuk ajar, latihan, ujian, pengiktirafanMengurus penyertaan pelajar/guru ke aktiviti daerah, negeri. KebangsaanMerekod pencapaian dan penglibatan pelajar/guruMemantau/menandatangani buku keahlian/aktiviti pelajar/guruMenghadiri mesyurat yang berkaitanMenyedia papan kenyataan sekolahMemantau disiplin ahliMencadangkan nama ahli untuk pengiktirafanMembantu menjayakan program sekolah (bukan khusus KRS)Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

b. Tugas-tugas di daerah (sebagai ahli sekretariat, jurulatih)(Tugas umum)

Menjalankan tugas-tugas khusus yang ditetapkan di daerah.

Page 6: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

Mengadakan mesyuarat sekretariat atau melibatkan diri dalam mesyuaratMerancang atau sama-sama merancang, melaksana, menyelia, memantau dan menilai aktiviti KRS/TKRS daerah.Menyediakan takwim daerah (diselaraskan dengan negeri dan kebangsaan)Merancang/sama-sama merancang pembangunan KRS/TKRS daerah..kursus kerjayaMenyediakan/mengurus fail di PPD (rekod-rekod)Menyedia/menyelia/mencadangkan nama peserta untuk aktiviti negeriMenyelia disiplin ahliBerkerjasama membantu program KRS/TKRS daerah yang dikelola oleh PPDMembantu aktiviti bukan KRS/TKRS yang diperlukan/dijalankan oleh PPDMengurus lojistik KRS/TKRS

c. Tugas-tugas di negeri(Tugas umum)

i. Menjalankan tugas-tugas khusus yang ditetapkan di negeri.ii. Mengadakan mesyuarat sekretariat atau melibatkan diri dalam

mesyuarat , sekretariat atau kejurulatihaniii. Merancang atau sama-sama merancang, melaksana, menyelia,

memantau dan menilai aktiviti KRS/TKRS di negeri.iv. Menyediakan takwim negeri (diselaraskan dengan kebangsaan)v. Merancang/sama-sama merancang pembangunan KRS negeri

seperti kursus-kursus, pekhemahan, ujian, majlis rasmi dan sebagainya.

vi. Menyediakan/menyimpan atau mengurus fail KRS/TKRS (rekod-rekod).

vii. Menyediakan dokumentasiviii. Menyedia/menyelia/mencadangkan/memilih nama peserta

untuk aktiviti kebangsaan.xi. Memantau disiplin ahli (pelajar, jurulatih, pegawai pengurusan) x. Berkerjasama membantu program KRS/TKRS daerah yang

dikelola oleh JPNxi. Membantu aktiviti bukan KRS/TKRS yang

diperlukan/dijalankan oleh JPN/KPM seperti Hari Guru, Sambutan Kemerdekaan dan Hari Jadi Sultan/Agong.

Page 7: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

xii. Mengurus lojistik KRS/TKRS

03. Prinsip Pelaksanaan Aktiviti KRS/TKRS

1. Menyediakan keperluan asas, peralatan dan logistik.2. Merancang, melaksana, mengelola dan menilai.3. Pemerolehan dan peningkatan ilmu untuk penigkatan sahsiah4. Memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan kaum.5. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid6. Perjalanan aktiviti selaras dengan peraturan dan perlembagaan

KRS/TKRS7. Skema pemarkahan murid yang jelas untuk peningkatan

pencapaian.8. Peluang kepada ahli KRS/TKRS mengembang minat, bakat dan

kreativiti.9. Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi, GO, NGO dll.10. Mempunyai elemen kerjaya masa depan.11. Penghargaan dan pengiktirafan.

04. Tugas Sekretariat KRS/TKRS

a. Pegawai Tadbir KRS

1. Merancang aktiviti tahunan ( takwim) KRS/TKRS.2. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti-

aktiviti KRS/TKRS.3. Melaksanakan aktiviti-aktiviti KRS/TKRS peringkat negeri.4. Memantau pelaksanaan aktiviti KRS peringkat negeri dan

daerah.5. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai

KRS/TKRS dan anggota kadet KRS/TKRS.6. Mencalonkan pegawai-pegawai KRS/TKRS ( Guru dan

murid) untuk berkursus di peringkat negeri/Kebangsaan.7. Bertanggungjawab terhadap majlis KRS/TKRS pada

peringkat beliau bertugas.8. Mengesahkan tatacara pemakaian KRS berdasarkan

keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia.9. Bertanggungjawab memberi nasihat berkaitan dengan

lojistik KRS/TKRS negeri.

Page 8: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

10. Bertanggungjawab menasihati pegawai – pegawai di Jabatan (PTD Negeri) dan di Pejabat Pelajaran daerah (PTD Daerah) berkaitan tatacara majlis KRS/TKRS.

11. Membantu Ketua Unit Kokurikulum (JPN)/Penyelia Kokurikulum (PPD) dalam melaksanakan kegiatan KRS/TKRS.

12. Bertangungjawab terhadap Pengarah Pendidikan/Pegawai Pelajaran Daerah dalam semua perancangan dan perlaksanaan aktiviti KRS/TKRS .

b. Ketua Jurulatih KRS/TKRS1. Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS atas aspek-

aspek kejurulatihan.2. Menyediakan jadual tugas berkala bagi semua jurulatih.3. Merancang dan melaksanakan program kursus kejurulatihan

peringkat negeri.4. Bersama Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai atau jurulatih

ke peringkat kebangsaan.5. Mengenalpasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih.6. Bertanggungjawab menyediakan modul kursus kejurulatihan

peringkat negeri.7. Bertanggungjawab terhadap tatacara perkhemahan dan

keselamatan.

c. Pegawai Teknikal1. Membantu Pegawai Tadbir dalam merancang dan

melaksanakan aktiviti KRS/TKRS Peringkat Negeri/ Kebangsaan spt karnival/perkhemahan/kawad.

2. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti- aktiviti TKRS di peringkat negeri (aspek teknikal).

3. Melaksanakan prosedur-prosedur teknikal. 4. Menyelia AJK Teknikal melaksanakan tugas.5. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai

TKRS dan anggota kadet TKRS.6. Bertanggungjawab terhadap majlis TKRS di semua peringkat

negeri masing-masing.7. Menyediakan prosedur kerja teknikal KRS/TKRS berkaitan

aktiviti yang akan dijalankan.

Page 9: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

8. Bertangungjawab terhadap Pengarah Pendidikan dalam semua perancangan dan pelaksanaan aktiviti TKRS .

9. Menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh JPN dan Kementerian

d. Pegawai Istiadat KRS/TKRS1. Merancang keperluan-keperluan perbarisan. 1.1 Menentukan tarikh, tempat dan masa.

1.2 Format perbarisan1.3 Kekuatan perbarisan1.4 Perjawatan perbarisan1.5 Kumpulan pancaragam1.6 Pembaca doa1.7 Juruacara1.8 Aturcara

2. Mengawas selia kawalan kehormat/tamat latihan/terima sijil/pemakaian pangkat

3. Mengawas selia Perbarisan Hari Kebangsaan/Sukan. Memastikan prosedur perbarisan dipatuhi

4. Pengurusan Padang Kawat (Persiapan di padang kawat, Keluasan padang kawat, Menentukan bentuk perbarisan dan sebagainya.

5 Sebagaipegawai istiadat/protokol majlis:5.1 Memastikan prosedur perbarisan dipatuhi5.2 Aturcara perbarisan5.3 Persiapan padang perbarisan

- Persiapan pentas hormat- Pentas ucapan Pegawai Tabik Hormat - Bilik jamuan/bilik menunggu

5.4 Menentukan pakaian anggota perbarisan/tetamu/VVIP.5.5 Memastikan protokol bendera dipatuhi

6. Menasihati dan memastikan tatacara berpakaian pegawai dan anggota TKRS dipatuhi.

7. Menasihati tatacara/adab makan pegawai dan anggota TKRS.8. Menasihati tatacara memberi hormat/menerima

hormat/membalas hormat pegawai dan anggota TKRS.9. Menasihati pegawai dan anggota TKRS supaya etika

KRS/TKRS dipatuhi. e. Pegawai HEWA KRS/TKRS

Page 10: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

1. Membantu Pegawai Tadbir KRS Negeri dalam merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti TKRS Sekolah Kebangsaan seperti dalam aktiviti Karnival Perkhemahan / Kawad / Kursus CPR dll.

2. Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi aktiviti-aktiviti TKRS di peringkat negeri ( Aspek HEWA ).

3. Melaksanakan prosedur-prosedur kerja HEWA di peringkat negeri dan daerah.

4. Membantu merancang dan melaksanakan kursus-kursus untuk pegawai dan anggota TKRS Sekolah.

5. Mencalonkan jurulatih wanita sebagai Jurulatih TKRS Negeri.6. Mengenalpasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih

dan peserta wanita.7. Menasihati dan memastikan tatacara pemakaian pegawai

wanita, anggota kadet puteri mengikut tatacara pemakaian yang betul.

8. Membantu pelaksanaan aktiviti-aktiviti Tunas Kadet Remaja Sekolah di peringkat negeri , daerah dan sekolah.

9. Membantu merancang dan melaksanakan program kursus kejurulatihan di peringkat negeri.

10. Bersama Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai atau jurulatih wanita ke Peringkat Kebangsaan.

11. Bertanggungjawab membantu menyediakan modul kursus kejurulatihan pegawai wanita di peringkat negeri.

12. Bertanggungjawab terhadap Protokol KRS / tatacara perkhemahan dan keselamatan pegawai wanita dan kadet puteri.

13. Membantu Pegawai Tadbir mengenal pasti jurulatih wanita sebagai hakim kawat.

14. Membantu Pegawai Tadbir mengenal pasti pegawai wanita dan kadet puteri untuk dihantar berkursus ke peringkat kebangsaan.

15. 15. Membantu pegawai-pegawai kanan KRS / TKRS Negeri dan JPN dalam melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan urusan dan kebajikan pegawai TKRS Wanita.

16. 16. Bersedia menjalankan tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 11: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

05. Membina Kertas Kerja

Format:01. Tajuk02. Tujuan03. Matlamat04. Objektif05. Latarbelakangan

a. Tarikhb. Tempatc. Kumpulan Sasard. Kandungan Aktivitie. Jadualf. Jawatankuasa

i. Indukii. Pengelola/pelaksanaiii. JK Kecil Pengelolaiv. JK Ad-Hock

06. Pelaksanaan07. Anggaran Perbelanjaan08. Perbelanjaan Yang Dipohon09. Penutup

Contoh:Muka depan:

KERTAS CADANGAN

KURSUS LANJUTAN KEJURULATIHAN PEGAWAI KADET REMAJA SEKOLAH &

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAHMALAYSIA

Page 12: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2007

01. Tajuk

Kursus Lanjutan Kejurulatihan Pegawai KRS/TKRS .

02. Tujuan

Usia Kadet Remaja Sekolah Malaysia sudahpun lebih satu dekad. Di negeri Selangor, usaha untuk memantapkan orgasisasi dan pelarasan aktiviti secara sistematik terus dijanakan dari semasa ke semasa. Bagi memantapkan jurulatih

03. Matlamat

Kadet Remaja Sekolah negeri Selangor berhasrat untuk menjadi pasukan pertama yang mengungguli pertandingan kawad kaki 2007.

04. Objektif

Diakhir pelaksanaan kursus ini, peserta akan dapat;

4.1 menguasai format baru kawad kaki secara teori dan praktikal.

4.2 menyampaikan ilmu pengetahuan dan pengalaman secara teori dan praktikal secara menyeluruh kepada anggota-anggota dan organisasi di bawah tanggungjawabnya. (in-house training)

4.3 mengkordinasi dan menguruskan pasukan kawad kaki dan pertandingan-pertandingan dalam organisasi masing-masing.

05. Latarbelakang

Mulai tahun 2007, versi baru akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pertandingan kawad kaki yang melibatkan semua pasukan atau unit-unit pakaian seragam sama

Page 13: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

ada Kadet Remaja Sekolah, badan-badan kerajaan (GO) atau badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kursus pendedahan peringkat kebangsaan kepada pegawai-pegawai utama pasukan telahpun dilaksanakan pada tahun 2006. KRS Selangor telah menghantar seramai 4 orang pegawai untuk menghadiri kursus tersebut, bagaimanapun kursus dalaman di peringkat negeri belum dilaksanakan. Justeru, KRS Selangor akan mengambil langkah positif pada awal tahun 2007 untuk memberikan kursus pendedahan kawad kaki versi baru tersebut kepada seluruh sekolah menengah di negeri ini.

06. Rasional

Berdasarkan pada mesyuarat sekretariat KRS kebangsaan yang diadakan pada bulan Ogos 2005 di Klang, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan pertandingan kawad versi baru mulai tahun 2007. Selaras dengan keputusan tersebut, seluruh organisasi KRS pada peringkat negeri telah diarahkan untuk membuat persiapan yang sewajarnya termasuk menghantar pegawai dan ahli-ahli KRS untuk menghadiri kursus pendedahan kawad kaki versi baru tersebut di peringkat kebangsaan.

Pada 23 November 2005, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein Onn telah membentangkan memorandum untuk memperkasakan kokurikulum yang kemudiannya dipersetujui oleh jemaah menteri. Kursus kawad versi baru 2007 ini adalah sebahagian daripada tujuan untuk memperkasakan bidang kokurikulum yang merupakan teras mengasah disiplin dan sahsiah pelajar.

07. Pelaksanaan

7.1 Tarikh Tentatif/Cadangan:

Februari 2007.

7.2 Tempat

Pusat Kecemerlangan Pelajaran, Jalan Raja Chulan, 45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.

Page 14: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

7.3 Kumpulan Sasar

7.3.1 Peserta:I. Ketua Jurulatih KRS Daerah 9II. Ketua Jurulatih TKRS Daerah 9III.Pegawai Teknikal KRS Daerah 9III. Pegawai Teknikal TKRS Daerah 9IV. Jurulatih KRS Daerah 36V. Jurulatih GO 9VI. Jurulatih NGO 9

JUMLAH 1007.3.2 Jurulatih Kawad (Kebangsaan) 107.3.3 Sekretariat KRS/TKRS negeri 107.3.4 Urusetia (Pegawai) 57.3.5 Urusetia (Kadet) 5

JUMLAH KESELURUHAN 130 orang

7.4 Kandungan Aktiviti dan Jadual

7.4.1 Teori Kawad versi 20077.4.2 Praktikal kawad versi 20077.4.3 Latihan Jasmani7.4.4 Kerohanian7.4.5 Riadah dan lawatan

Jadual Aktiviti:

Hari 0600-0800

0800-1230 1200-1430 1430-1630

1630-2100

2100-2300

Isnin Pendaftaran TaklimatKursus

TeoriKawad

ISelasa Latihan

PratikalKawad kaki

Praktikal Kawad kaki

TeoriKawad

IIRabu Ujian Praktikal

PertandinganKawad

UjianTeori

Refleksi

Khamis Refleksi dan

Bersurai

Makan Tengahari

danSolatZohor

Riadah,Solat, danMakan Malam

SolatSubuhPJKSarapan

Page 15: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

Penutup Kursus

7.5 Jawatankuasa

7.5.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengerusi : Tn Hj Abd Adziz AbasPengarah JPN Selangor(Pengarah KRS Selangor)

Timb. Pengerusi : Tn Hj Ismail Sukiman Timbalan Pengarah(Timbalan Pengarah KRS Selangor)

JPNS Selangor

Naib Pengerusi I : Tn Hj Yusuf Md DiahKetua Sektor PengurusanPemb.Kemanusiaan JPNS(Ketua Sektor KRS Negeri)

Setiausaha : Tn JamaludinPenyelia KRS Negeri

AJK : Sekretariat negeri

Mej KRS Sharudin Kasman (Pegawai Tadbir)Mejar KRS As’ari Salleh (Ketua Jurulatih)

Mejar Mohd Subhi Marsan(Pegawai Teknikal)

Mejar KRS Eadil bin Mat(Pegawai Istiadat)

Page 16: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

Kapten KRS Nor Azurawati bt Ahmad Zuhdi

(Pegawai HELWA)

PPD PetalingPPD GombakPPD KlangPPD Hulu LangatPPD Kuala LangatPPD Kuala SelangorPPD Hulu SelangorPPD Sepang

7.5.2 Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi : Pn Hjh Salehar bt YaakupPegawai Pelajaran Daerah, PPD Sabak Bernam(Pegawai KRS Daerah)

Naib Pengerusi : En Saroni TasukiPen. PPD Daerah(Pen.Peg. KRS Daerah)

Setiausaha : En Mohd Zamhari FadzlullahPenyelia Kokurikulum Daerah.(Penyelia KRS Daerah)

Pen. Setiausaha : En Misri bin Rosmin Pen. Penyelia Kokurikulum Daerah(Pen. Penyelia KRS Daerah)

Bendahari : Pegawai KewanganPPD Sabak Bernam

AJK : Sekretariat DaerahKapten KRS Mohd Nizam IdrisPegawai Tadbir Daerah

Page 17: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

Lt. KRS Shakir Mohamed JoharKetua Jurulatih

Mej KRS Mohd Subhi MarsanPegawai Protokol

Lt. Mohd Asri BadronPegawai Teknikal

Lt.M Hamidah WahabPegawai HELWA

08. Anggaran Perbelanjaan

a. Penginapan (130 X RM10 X 3 hari) : RM 3,900.00b. Cadar & Dobi (130 x RM 5 : RM 650.00c. Makan (130 X RM 10 X 3 hari) : RM 3,900.00

d. Keperluan Kursus (Peralatan/Alatulis: : RM 500.00

e. T.Shirt Kursus : RM 3,900.00JUMLAH RM 12,850.00

09. Kelulusan Yang Dipohon:Kelulusan dipohon untuk melaksanakan kursus ini ialah sebanyak

RM 12,850 (Ringgit Malaysia : Dua belas ribu lapan ratus lima puluh sahaja), dipohon kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Darul Ehsan.

10. Penutup:

Kursus ini sangat penting untuk menyediakan pegawai yang akan menjadi jurutunjuk dan jurulatih pertandingan kawad versi 2007 di daerah masing-masing. Jika tidak dilaksanakan, kemungkinan akan berlaku kekeliruan teknikal dan format yang akan digunakan.

Disediakan oleh, 19 Januari 2007

Page 18: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

(MOHD SUBHI MARSAN)Pegawai Teknikal KRS Negeri Selangor

6. Pengurusan Mesyuarat

1. Pengenalan:a. Musyawarah, berbincang b. Satu sistem, seni..c. Perjumpaan (meeting) untuk membuat keputusand. Berbincang untuk membuat keputusane. Membuat keputusan untuk mencapai matlamat/tujuan.

2. Mengapa perlu mesyuarat?a. Membuat pemilihan AJK/Excob. Merancang program/aktiviti.c. Menyampaikan maklumat.d. Membentang kewangan.e. Membincangkan isu/kes.f. Membuat keputusan atau ketetapan.

3. Jenis Mesyuarata. Mesyuarat Agung (Tahunan/Dwi Tahunan)b. Mesyuarat AJK/Exco/Jawatankuasa Kerjac. Mesyuarat Agong Luar Biasa/Tergempard. Mesyuarat AJK Kecile. Mesyuarat JK Ad Hoc (sementara)

4. Ahli-ahli Mesyuarat (Exco)a. Penasihatb. Pengerusi (YDP)c. Naib Pengerusi (NYDP)d. Setiausahae. Penolong Setiausahaf. Bendaharig. Penolong Bendaharih. Jawatankuasa:

(Bahagian-bahagian 5-7 orang)

Page 19: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

i. 2 orang Juruaudit.

5. Tindakan Sebelum Mesyuarata. Surat/notis panggilan mesyuaratb. Menetapkan tarikh, tempat dan waktu.c. Menyusun dan menyediakan agendad. Menyediakan salinan mesyuarat lepase. Menyediakan keperluan mesyuarat

- fail- alat tulis- kertas/buku catatan- minuman ringan- sistem p.a.- LCD/Komputer- Kerusi meja- Lain-lain keperluan-

6. Tindakan Semasa Mesyuarat- Mengedarkan minit- Mengedarkan agenda mesyuarat- Mengedarkan alat tulis- Melantik pencatat minit/setiausaha mesyuarat-

7. Agenda Minit- Ucapan Pengerusi- Ucapan Penasihat- Membentang/Mengesahkan minit lalu- Membentang laporan tahunan- Membentang dan mengesahkan laporan kewangan- Pemilihan JK (jika ada)- Membahaskan usul- Ucapan penangguhan

8. Tindakan Selepas Mesyuarat- Menyediakan minit dan dihantar kepada ahli mesyuarat

dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat- Melakukan tindakan-tindakan yang perlu- Menyediakan laporan tindakan- Menyemak tugasan

Page 20: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

- Menyediakan laporan untuk mesyuarat akan datang.

9. Keperluan Mesyuarat- Minit mesyuarat- Agenda mesyuarat- Laporan-laporan tindakan/tugasan- Hal-hal lain yang perlu dibincangkan/dimaklumkan.

10. Peralatan Mesyuarat- Bilik mesyuarat- Kerusi/meja- Sistem p.a.- Alat tulis- Papan putih, LCD/computer dll.

11. Perkara Lain- Membincangkan usul dan membuat keputusan.- Ucapan penangguhan- Hal-hal lain.

7. Pengurusan Kewangan

Sumber kewangan:

Kutipan yuran/derma ahli - dengan kebenaran KPM/JPN Wang SUWA - akaun sumbangan wang awam/bukan dari KPM Penajaan - orang/organisasi/institusi/badan awam Sumbangan dermawan - orang/organisasi/institusi/badan awam Peruntukan kokurikulum - peruntukan KPM untuk aktiviti

kokurikulum RM 10 SK, RM 12 SMK per/orang + sekolah ramai murid.

Peruntukan PIBG/Kelab/Persatuan - yang berhubung secara langsung

Peraturan mengutip wang mesti dipatuhi;Resit dengan tarikh & tandatanganDiurus oleh bendahari yang sahAda akaun bank (tetap) Jika ada buku cek (2 orang tandatangan)

Peraturan simpan wang - di bank (ada akaun) atau masukkan ke akaun SUWA Tunai yang dibenarkan di sekolah tidak lebih RM 500.

Page 21: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

8. Penilaian Penilaian untuk diberi sijil lulus/kelayakan Penilaian untuk diberi tauliah/sijil Penilaian untuk diberi penghargaan Penilaian untuk menerima anugerah Penilaian untuk menerima hadiah Penilaian untuk markah 10% aktiviti kokurikulum.

Penilaian sangat penting sebagai hasil akhir.

Aspek penilaian 10%

a. Kehadiran 50%b. Jawatan di sandang 10%c. Penglibatan 20%d. Pencapaian 20%

Mengira markah kehadiran;

Formula : Jumlah Hadir X 50Jumlah Perjumpaan Setahun

Penilaian Peringkat Penglibatan:Sekolah 8Zon/Daerah/Bahagian 11Negeri 14Kebangsaan 17Antarabangsa 20

Input

PelajarGuru

Proses

Pelaksanaan

Pengelolaan

Pemantaua

Output

PenilaianPengiktirafan

Page 22: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

Penilaian Aspek pencapaian

Peringkat Johan N.Johan Ketiga Sekolah 8 7 6Zon/Daerah/Bahagian 11 10 9Negeri 14 13 12Kebangsaan 17 16 15Antarabangsa 20 19 18

Keseluruhan:Markah Gred80 - 100 A60 - 79 B40 - 59 C20 - 39 D19 ke bawah E

Penilaian 2 terbaik: (PBB, Per/Kelab atau Sukan/permainan)Contoh: PBB 80

Per/Kelab 68Sukan/Permainan 85

Oleh itu;(80 + 85) = 82.5 2

Bonus (jika ada) Contoh; Ketua Murid (markahnya 10)82.5 + 10 = 92.5Gred A

9. Penutup

Aktiviti KRS/TKRS menjadi wajib di sekolah. Semua pihak telah diberi penerangan dan tanggungjawab sama ada di peringkat jurulatih atau pegawai pengurusan. Bantuan tenaga, kewangan (peruntukan) termasuk bantuan pakaian seragam telah diberi. Seharusnya pencapaian pelajar adalah cemerlang 10/10.

Page 23: PENGURUSAN KRS - MOHD SUBHI MARSAN

......................SEKIAN................