asas pertolongan cemas krs

23
TAJUK 8 Asas pertolongan cemas Tujuan dan prinsip pertolongan cemas   Anduh dan balutan  Merawat luka, gigitan Melecur, pitam, patah Keracunan, terseliuh  Pemulihan pernafasan PERTOLONGAN CEMAS Pengertian Pertolongan Cemas: Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna. Maksud Kecemasan: Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera, kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkan kematian. TUJUAN & PRINSIP PC Asas Bantu Mula Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan perubatan

Upload: shahril-nazri-aj

Post on 30-Oct-2015

4.867 views

Category:

Documents


390 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 1/23

TAJUK 8 Asas pertolongan cemas

Tujuan dan prinsip pertolongan

cemas

   Anduh dan balutan 

Merawat luka, gigitan

Melecur, pitam, patah

Keracunan, terseliuh

  Pemulihan pernafasan 

PERTOLONGAN CEMAS 

Pengertian Pertolongan Cemas: 

Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa

yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang

terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa

mendapat rawatan perubatan yang sempurna.

Maksud Kecemasan:

Sesuatu situasi kritikal yang boleh mengancam nyawa jika tidak diberi rawatan segera,

kesakitan mangsa menjadi lebih serius, lebih mudarat dan mungkin menyebabkan

kematian.

TUJUAN & PRINSIP PC

Asas Bantu Mula

Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan

perubatan

Page 2: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 2/23

Objektif  

a. Menyelamat nyawa

b. Mengelak mangsa cedera lebih serius

c. Mengurangkan kesakitan

d. Menguruskan pemindahan ke hospital

Ciri-ciri Seorang Penyelamat

a. Bertanggungjawab

b. Berjiwa cekal, waras dan tenang

c. Mengamati prinsip keselamatan diri

d. Berpengetahuan dan berkeyakinan

e. Terlatih

Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas

a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.

c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.

PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS

Prinsip – prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan cemas:1. Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.

2. Longgarkan pakaian jika perlu

3. Hentikan darah jika berdarah

4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit

5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.

6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskan

berhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat.

Page 3: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 3/23

Peraturan-peraturan Semasa Memberi Bantuan 

a) Membuat penilaian keadaan,

- Menentukan keselamatan diri dan mangsa dalam keadaan selamat.

- Kemudahan-kemudahan yang terdapat seperti telefon bagi kemudahan mendapatkan

bantuan.

- Dapat menilai keterukan/keparahan mangsa

b) Membuat diagnosa – mendapatkan sejarah kejadian, tanda-tanda gejala, keadaan

sekeliling yang boleh dijadikan bukti serta menjalankan pemeriksaan keatas

kecederaan mangsa.

c) Memberi rawatan sementara – menjalankan rawatan mengikut prinsip dan memberi

keutamaan kepada mangsa yang teruk.

d) Membuat dan memberi laporan – mengikut sejarah, kecederaan, pernafasan, nadi,

kesedaran danr awatan yang telah dilakukan keatas mangsa.

Peringatan !!!

a) Elakkan dari melakukan bantuan yang berlebihan dari yang sepatutnya supaya dapat

mengelakkan mangsa menjadi lebih teruk.

b) Jangan tanggalkan pakaian mangsa terutama mangsa yang tidaks edarkan diri.

Lakukan dengan hanya melonggarkan sahaja mana-mana bahagian yang ketat.

c) Cuba dapatkan bantuan perubatan seberapa segera.

d) Lakukan bantuan berdasarkan landas-landas selamatkan nyawa, pendarahan dan

kecederaan patah.

e) Berikerjasama kepada pihak polis atau perubatan jika bantuan diperlukan. 

Page 4: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 4/23

Tindakan serta merta pertolongan cemas:

1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.

2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.

3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.

4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik 

a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes

kecemasan.

b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian

ataus ekelilingnya.

c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dangejala sesuatu kes.

d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.

e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberikeutamaan rawatan mangsa.

f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan kesakitan

si mangsa.

Page 5: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 5/23

 

Tugas-tugas Ahli Pertolongan Cemas 

a) Menyelamatkan mangsa secara permulihan pernafasan CPR jikapernafasan mangsa

terhenti, menahan pendarahan dan mengelakkan mangsa dari terjadi renjatan.

b) Membalut luka dengan kain yang bersih supaya dapat mengelakkan dari jangkitan

kuman.

c) Memberi sokongan di bahagian yang cedera terutamanya patah dengan tuap atau

anduh supaya bahagian yang cedera berkeadaan tetap dan tida kbergerak.

d) Elak mangsa dari mengalami renjatan.

e) Beri semangat kepada mangsa agar sentiasa berada dalam keadaan tenang.

f) Atur bantuan agar mangsamen dapat rawatan perubatan.

Page 6: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 6/23

Peti Pertolongan Cemas

Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan

untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang

bertauliah. Ia biasanya terdir idari satu siriteknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa

latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum. Antara

peralatan yang umumnya ialah peti pertolongan cemas.

Peti Pertolongan Cemas

Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahlisukarelawan menyelamat khususnya untuk 

mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas.

Page 7: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 7/23

BIL PERKARA KEGUNAAN

1. Triangular bandage (kain anduh) Untuk mengampu bahagian kecederaan/

kepatahan, membalut luka/ pendarahan yang

didapati ada kepatahan tulang

2. Sterile eye pad Melindung mata yang tercedera/ terkena

 bendasing

3. Non-sterile gauze

Sterile gauze

Melakukan pencucian/pembebat luka‡

Membuat balutan/ memberi tekanan pada

 perdarahan dan menstabilkan kepatahan

4. Elastic bandage/crepe bandage

Roller bandage

Menstabilkan kecederaan/ kepatahan/ untuk 

membalut luka dan juga kecederaan ringan

eg.Dislocation (terseliuh)

5. G l ov e -d i sp os ab l e /nonsterile Melindungi diri dari sebarangcecair badan/sumber jangkitan

6. Scissor Memotong gauze /bandage

7. Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat

8. Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian/pembebatan luka

9. Alcohol prep pads Mencuci sebarang bendasing/kekotoran pada

luka sebelum membalut.

10. Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar 

11. Acriflavine (ubat kuning) Untuk antiseptic

12. Dettol (boleh diganti dengan Normal

Saline solution 0.9%)

Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka

luar 

13. LMS solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot

Page 8: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 8/23

ANDUH DAN BALUTAN

JENIS ANDUH

Anduh Besar 

Anduh Kecil

Anduh Pergelangan Tangan

Anduh Menaik

ANDUH BESAR ANDUH MENAIK

PEMBALUT CINCIN

Terdapat 5 jenis balutan anduh:

Anduh lengan

Anduh kepala

Anduh lutut atau siku

Anduh pergelangan tangan

Anduh tapak kaki

Page 9: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 9/23

Kesemua balutan-balutan diatas hendaklah menggunakan ikatan buku sila :

ANDUH LENGAN.

Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.

Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat

ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

Page 10: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 10/23

ANDUH LUTUT

Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di bawah) di atas

lutut yang tercedera . 

Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian ikatkan buku

sila pada atas bahagian lutut (seperti gambarrajah di bawah) .

Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih kemas .

ANDUH KEPALA.

Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi mangsa

dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala .

Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang kepala kemudian

dibawa ke dahi dan diikat buku sila .

Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas .

Page 11: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 11/23

 

ANDUH PERGELANGAN TANGAN atau TAPAK KAKI.

Letakkan tapak kaki/tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik

dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki/tangan. (seperti gambarajah di

bawah. 1 .)

Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. (seperti

gambarajah di bawah)

Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan seperti yang

ditunjukkan di gambarajah di bawah.

Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan pada

bahagian kaki yang mesti di balut .

Page 12: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 12/23

BALUTAN

Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan

Pembebatan digunakan untuk menutup luka dan mengawal pendarahan

JENIS KAIN PEMBALUT 

Pembalut Tiga Segi

Pembalut Lebar 

Pembalut Kecil

Pembalut Gulung

Page 13: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 13/23

Lipatan Tiga Segi

JENIS BALUTAN LUKA

Luka Tangan

Luka Dada

Luka Bahu

Luka Peha

Luka Siku

Luka Lengan

Luka Lutut

Luka Jari

Page 14: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 14/23

 

BALUTAN LUKA TANGAN

BALUTAN LUKA DADA

Page 15: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 15/23

 

BALUTAN LUKA BAHU

BALUTAN LUKA PEHA

BALUTAN LUKA SIKU

Page 16: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 16/23

 

BALUTAN LUKA LUTUT

BALUTAN LUKA LENGAN

BALUTAN LUKA JARI

Page 17: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 17/23

 Anduh dan balutan digunakan sekiranya:

LUKA TUSUKAN

Luka tertusuk boleh disebabkan oleh benda-benda tajam seperti jarum, paku, duri, kaca

dan lain-lain. Ia biasanya tidak banyak berdarah melainkan pembuluh darah yang besar 

tertusuk. Seelok-eloknya bersihkan luka tersebut sebelum rawatan diberi. Kemudian

balut dengan pembalut yang bersih dan bawa pesakit kehospital untuk rawatan lanjut.

TERKENA SELUMBAR

Cara merawat:

Cuci bahagian yang terkena selumbar dan Beri tuaman sejuk:

Ambil sehelai kain atau tuala. Lipat mengikut saiz yang dikehendaki

Rendam dalam air sejuk, perah hingga tidak menitik dan tuamkan pada bahagian

yang luka.Tuaman ini haruslah dikenakan pada bahagian cedera dan diulang-

ulangkan membasahkannya supaya sejuk.

MERAWAT LUKA

Luka seperti terpotong, terhiris atau melecet.

Bersihkan luka. Kemudian sapu ubat pembunuh kuman yang sesuai.. Balut luka

dengan teliti menggunakan kain pembalut kasa yang bersih.

MELECUR

Cuci bahagian yang terbakar atau kene wap itu dengan sabun dan air hangat.

Kemudian sapukan petroleum atau Vaselin dan balut dengan teliti. Jika terasa amat

pedih berilah pesakit 2 pil aspirin dan ulangi setiap 2 jam bila anggap perlu untuk

mengurangkan sakit.

Page 18: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 18/23

GIGITAN

Digigit Hama rumput

Hama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya

menyebabkan gatal dan bintat.

Rawatan:

1. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabun

2. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septik

3. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.

4. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak

terlalu keras atau minyak anti-histamine.

Digigit lintah dan Pacat

Jangan cuba menarik lepas binatang-binatang ini kerana sebahagian dari sengatnya

akan tertinggal pada kulit.

Rawatan:

1. Cucuh belakang binatang itu dengan api atau gosokkan garam untuk

melonggarkan gigitan dan menggugurkannya.

2. Bersihkan sekeliling tempat yang digigit itu dengan methylated spirit.

3. Legakan gatal-gatal dengan campuran soda atau ammonia yang tidak terlalu

keras ataupun dengan minyak anti-histamine.

4. Tutup dan balut dengan pembalut kering.

Page 19: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 19/23

Dipatuk Ular 

Gigitan ular boleh menyebabkan terkejut yang amat sangat, bengkak pada tempat yang

digigit dan bisa.

Rawatan:

1. Jika anggota digigit, tahan perjalanan darah dengan mengikat dengan kuat akan

bahagian sebelah tempat yang digigit yang pengaliran darah kejantung. Jangan

ikan sehingga pengaliran darah dalam urat nadi terhenti. Anda haruslah dapat

merasa nadi pada pergelangan tangan atau kaki.

2. Cuci luka itu dengan air yang dicampur dengan potassium permanganate untuk

menawarkan racun yang ada pada luka.

3. Juntaikan anggota yang tergigit itu dan biarkan darah keluar dengan memotong

ke dalam akan daging yang digigit dengan pisau yang tajam dan telah dibakar 

terlebih dahulu.

4. Longgarkan ikatan ‘tourniquet’ selama ½ minit tiap-tiap ½ jam

5. Biarkan orang yang digigit ular itu bertenang dengan cukup.

6. Beri minuman panas, badan sentiasa dalam keadaan panas.

7. Jika ia tidak bernafas Bantu pernafasan dan buat pertolongan dalam pernafasan.

8. Hantar ke rumah sakit yang terdekat

9. Anti-Venin, ubat menawarkan bisa racun gigitan ular dan hanya boleh diberikan

oleh mereka yang terlatih sahaja untuk membuat suntikkan.

Rawatan kecemasan untuk gigitan ular termasuk menyedut bisa ular. Ini dapat

diadakan dengan mulut sesudah menghiris satu bentuk X diatas gigitan itu. Buatlah

beberapa irisan atas bahagian yang digigit itu 0.6cm dalamnya supaya darah mengalir 

dengan leluasa. Tidak ada bahayanya jikalau tidak ada luka pada mulut anda. Bisa itutidak beracun meskipun tertelan.

Page 20: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 20/23

KERACUNAN

  Keracunan boleh terjadi melalui makanan, minuman, pernafasan dan menyerap paa

kulit dan mata. 

Tanda- tanda

  Kemungkinan terdapat tanda-tanda berikut bergantung keatas jenis racun: 

Muntah, kadang-kadang terdapat kesan darah.

Daya sedar yang lemah.

Rasa sakit dan perit yang membakar.

Bekas-bekas kosong dikawasan persekitaran.

Latar belakang pendedahan/tertelan

Cirit-birit

Pening kepala dan demam.

Tanda-tanda renjatan.

Perut sakit dan kejang.

Rawatan Awal Keracunan  Pastikan anda selamat dari sebarang ancaman bahaya. 

  Hampiri mangsa dan periksa nafas dan nadi, lakukan CPR jika perlu.  

  Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah dimakan atau minum. 

  Tunggu arahan dan bertindak segera. 

  Jangan beri mangsa makan atau minum sehingga dibenarkan. 

  Jangan galakkan mangsa muntah melainkan diarahkan. 

  Jika bibir mangsa terselar oleh bahan-bahan kakis, beri mangsa minum air 

atau susu sejuk dari masa kesemasa sementara menunggu bantuan

perubatan. 

Page 21: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 21/23

TERSELIUH

Tanda-tanda dan gejala

  Rasa kesakitan pada sendi itu. 

  Bengkak 

  Lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang tercedera. 

Rawatan

Letak beg ais pada sendi yang cedera Tinggikan bahagian yang tercedera.

Letakkan mangsa di dalam keadaan yang selesa.

Ampu bahagian yang tercedera.

Hantar ke hospital jika keadaan memerlukan.

1.0 PEMULIHAN PERNAFASAN

  Asfiksia ( Terhenti pernafasan)

   Asfiksia adalah satu keadaan di mana system pernafasan terhenti

disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam darah dan tius-tisu badan

tidak dapat menerima bekalan oksigen yang mencukupi. 

  Punca  – punca Asfiksia

  Lemas 

  Keracunan gas dan asap yang merbahaya. 

  Tersekat saluran udara – tergantung dan tercekik oleh makanan atau

benda-benda asing lain. 

Page 22: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 22/23

  Tersumbat saluran nafas oleh bantal, karung plastik, lidah tersentak ke

dalam. 

  Ketika tidak sedarkan diri. 

  Disambar petir atau kilat   Terhimpit dada – runtuhan tanah. 

  Serangan penyakit 

  Termakan racun. 

Tanda  – tanda

Pernafasan adalah pendek-pendek tetapi cepat, susahbernafas, dan akhirnyaterhenti.

Bahagian bibir, jari-jari, muka dan telinga menjadi kebiru-biruan.

Kebanyakkannya menyebabkan tidak sedarkan diri.

Peraturan Am Memulihkan Asfiksia.

  A – Airways (saluran pernafasan)

Terbuka atau tersekat

Keluarkan bendasing seperti gigi palsu,rumput, tanah, bahan mentah

daripada mulut jika ada.

  B  – Breathings ( pernafasan )

Boleh bernafas atau tidak 

Jika pernafasan terhenti, beri bantuan pemulihan pernafasan dengan

segera. 

  C  – Circulation ( peredaran darah )

Pastikan adakah denyutan nadi atau tidak. 

Jika tiada, lakukan pemulihan CPR ( Cardio-pulmonary Resuscitation)

Page 23: Asas Pertolongan Cemas KRS

7/16/2019 Asas Pertolongan Cemas KRS

http://slidepdf.com/reader/full/asas-pertolongan-cemas-krs 23/23

( pemulihan pernafasan dan pemulihan jantung dari luar)  

Jenis  – jenis Pemulihan Pernafasan

I. Pemulihan pernafasan mulut ke mulut.

II. Pemulihan pernafasan Holgen Nielson

III. Pemulihan pernafasan mulut ke hidung.

IV. Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada ( external cardiac compression)

V. Pemulihan kardio-palmonari (Cardio- Pulmonary Risucitation) CPR

Latihan esei

1. Apabila anda balik dari tempat kerja dan anda terjumpa satu kemalangan di depan

anda. Jelaskan apakan tindakan anda apabila menghadap isituasi pada masa itu.