minggu 11/12 krs

31
WAJ3101 UNIT BERUNIFORM I ASAS PERTOLONGAN CEMAS ASAS PERTOLONGAN CEMAS a) Tujuan dan Prinsip Pertolongan Cemas Definisi Pertolongan Cemas Pertolongan Cemas ditarifkan sebagai Bantuan Permulaan/ Bantu Mula/ Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara tiba-tiba dengan menggunakan objek sekelilingan sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital. Alatan Dan Bahan dalam Peti Pertolongan Cemas 1. Pembalut merekat kalis air 2. Pembalut steril kasa bersegi 3. Gulungan kapas 4. Pembalut segi tiga 5. Pembalut bergulung 6. Gulungan pita 7. Sapuan antiseptic 8. Pen & pensel 9. Penyepit Kecil 10. Gunting 11. Pin 12. Bekas plastik 13. Pembalut elestik 14. Sabun 15. Buku catatan Jenis-Jenis Pertolongan Cemas 1. Luka , 2. Patah 3. Renjatan 4. Pendarahan 5. Terbakar 6. Balutan 7. Tercekik 8. Pemulihan Kardio Pulmonari 1

Upload: tieng-huang

Post on 18-Dec-2015

316 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tutorial dan isl

TRANSCRIPT

ASAS PERTOLONGAN CEMASa) Tujuan dan Prinsip Pertolongan CemasDefinisi Pertolongan CemasPertolongan Cemas ditarifkan sebagai Bantuan Permulaan/ Bantu Mula/ Rawatan Awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan dalam sebarang kemalangan atau sakit secara tiba-tiba dengan menggunakan objek sekelilingan sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

Alatan Dan Bahan dalam Peti Pertolongan CemasWAJ3101 UNIT BERUNIFORM I ASAS PERTOLONGAN CEMAS1. 86

2. Pembalut merekat kalis air3. Pembalut steril kasa bersegi 4. Gulungan kapas 5. Pembalut segi tiga 6. Pembalut bergulung 7. Gulungan pita8. Sapuan antiseptic9. Pen & pensel 10. Penyepit Kecil11. Gunting 12. Pin13. Bekas plastik 14. Pembalut elestik 15. Sabun 16. Buku catatan

Jenis-Jenis Pertolongan Cemas1. 2. Luka ,3. Patah4. Renjatan5. Pendarahan6. Terbakar7. Balutan8. Tercekik9. Pemulihan Kardio Pulmonari

Tujuan Pertolongan Cemas1. Menyelamatkan nyawa.2. Mengurangkan kesakitan dan penderitaan mangsa.3. Mengelakkan keadaan mangsa daripada bertambah buruk.4. Menggalakkan rawatan dan pemulihan mangsa dengan segera.

Prinsip-Prinsip Pertolongan Cemas Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar iaitu menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu. Jangan menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dengan tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dan sebagainya.

b) Anduh dan balutan

Pembalut terdiri daripada sejenis kain putih yang berukuran lebih kurang 140cmx90cmx90cm. Pembalut dilakukan untuk membantu pembebatan.

Jenis BalutanGambarFungsi

1. Pembalut Tiga Segi

1. Menetapkan bebat dan tuap.2. Memberi tekanan secara langsung ke atas bebat bagi mengawal pendarahan.3. Mengampu anggota yang cedera serta menghindarkan pergerakan. 4. Menjauhkan bahagian yang patah daripada bengkak. 5. Digunakan sebagai pelapik.

2. Lipatan Tiga Segi

3. Pembalut Lipatan Lebar

4. Pembalut Lipatan Tirus

Kain Anduh Tiga segi Sesuai dibuat daripada kain jenis belacu. Berukuran 90cm x 90cm x 130 cm Direka pada tahun 1831 oleh Dr. John Meyer.

Kegunaan Kain Anduh Mengampu dan merehatkan bahagian yang cedera atau patah Menghenti atau menahan pendarahan Menetapkan bahagian yang cedera Dapat digunakan sebagai pengipas Menutup tempat yang luka atau cedera Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk

Lipatan Anduh Segi TigaJenisHuraianGambar

Lipatan lebarlipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap atau bebatan pada bahagian besar badan.

Lipatan kecillipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.

Lipatan pelapiklipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan

Ikatan Anduh Buku Sila

lipatan buku sila merupakan ikatan yang rata, kemas dan tidak mudah lucut

(i)

(ii)

(iii)

Jenis Anduh Anduh Besar

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Fungsi: mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

Anduh Segi Tiga

(i)

(ii)

(iii)

Pembalut Cincin

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)Fungsi: Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. Diperbuat daripada pembalut tirus. Digunakan untuk menutup luka.

Jenis Balutan Luka

Balutan Luka Kepala (i) (ii)

(iii)

Balutan Luka Dagu

(i)

(ii)

(iii)

Balutan Luka Tangan

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

Balutan Luka Siku

(i)

(ii)

Balutan Luka Lengan

Luka Lengan Besar

(i) (ii)

(iii)

Luka Lengan Kecil

(i)

(ii)

(iii)

Balutan Luka Tapak Tangan (i) (ii)

(iii) (iv)

Balutan Luka Lutut

(i)

(ii)

Balutan Luka Tapak Kaki

(i)

(ii)

(iii)

(iv)

c) Merawat Luka dan GigitanKecederaan yang berlaku pada tisu-tisu, sama ada ianya mengeluarkan darah atau tidak yang boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.Jenis-Jenis Luka1. Luka terhiris (incised wound)Luka yang disebabkan oleh benda-benda atau senjata bermata tajam. Keadaan lukanya adalah berkeadaan bersih atau satu garisan. Contohnya luka disebabkan oleh hirisan pisau, pedang, semilu buluh, pisau cukur dan sebagainya.

2. Luka terkoyak (lacerated wound)Luka yang berkeadaan terkoyak yang kebiasaannya disebabkan oleh senjata atau alat-alat yang tidak tajam.Contohnya kemalangan jalan raya, cakaran atau gigitan binatang atau sebagainya.

3. Luka lebam (contusion)Luka yang mencederakan tisu-tisu dalam yang mana darah yang keluar berkumpul dalam tisu. Luka jenis ini biasanya disebabkan oleh benda-benda berat yang tidak bermata tajam. Contohnya kena ketukan penukul, kena tumbukan, terhimpit kepada benda-benda yang berat.

4. Luka tembus (punctured wound)Luka atau kecederaan yang disebabkan oleh objek atau senjata yang hujungnya tajam. Luka ini berkeadaan kecil sahaja lukanya tetapi biasanya dalam dan mengeluarkan darah yang banyak. Contohnya tusukan pisau, jarum, paku, duri dan sebagainya.

5. Luka tembakan (gun shot wound)Luka yang disebabkan oleh senjata api. Luka di bahagian kena tembakan adalah lebih kecil berbanding luka di mana peluru itu keluar. Contohnya kena tembakan senapang atau pistol.Tanda Dan Gejalan Luka Mangsa mengadu sakit pada tempat yang cedera. Pucat. Pening kepala. Meloya dan kemungkinan muntah. Gelisah dan berpeluh dengan banyak. Gerak nadi cepat dan tidak kuat isipadunya. Sesak nafas dan pernafasan cepat dan pendek-pendek. Kulit badan berpeluh dan sejuk. Hilang kekuatan atau keupayaan. Berlaku renjatan dan pengsan

Rawatan Am terhadap Luka

Gigitan 1) Digigit Lintah atau PacatGigitan lintah atau pacat boleh menyebabkan darah keluar dengan banyak dan berterusan kerana lintah memuntahkan sejenis enzim yang menyebabkan pembekuan darah lambat.Rawatan:i. Tanggalkan lintah atau pacat dengan menggunakan garam, abu atau secara membakar badan binatang tersebut. Jangan mencabut lintah yang melekat kerana ianya boleh menyebabkan taringnya tertanggal di tempat luka.ii. Cuci tempat cedera dengan menggunakan larutan ammonia bagi mengurangkan kegatalan.iii. Balut luka dengan kemas.iv. Dapatkan rawatan perubatan.

2) Digigit Hama rumputHama-Hama ini adalah didapati pada rumput panjang, lalang dan belukar.Gigitannya menyebabkan gatal dan bintat.Rawatan:i. Cuci tempat yang digigit bersih-bersih dengan air dan sabunii. Tukar dan cuci pakaian, basuh dengan anti-septikiii. Jangan digaru kerana ini menambahkan gatal dan menyebabkan bengkak.iv. Bagi melegakan rasa gagal sapulah dengan ammonia atau soda yang tidak terlalu keras atau minyak anti-histamine.

d) Melecur, Pitam dan PatahMelecurMelecur merupakan kecederaan yang disebabkan oleh benda panas yang yang lembab atau basah. Contohnya wap, stim, air panas, minyak panas, tar panas dan lain-lain. Tanda-tanda melecur adalah seperti sakit yang kuat,kulit menjadi bengkak, kemerahan, dan panas,terjadi gelembung air pada kulit,dan tisu yang terdedah berwarna merah dan berair.Rawatan Am: a) Pindahkan mangsa ke tempat yang selamt dan berudarab) Tenangkan mangsa.c) Sekiranya pesakit dalam keadaan renjatan, pulihkan renjatan mangsa terlebih dahulu.d) Cuci tempat cedera dengan cermat.Balut atau tutup bagi mengelakkan jangkitan.e) Jangan sapu krim atau minyak di tempat cedera.f) Jangan pecahkan gelembung kerana mudahkan jangkitan.g) Jika pesakit dalam keadaan stabil beri minum air yang banyak bagi menggantikan kehilangan cecair yang hilang.h) Dapatkan rawatan perubatan segera

PitamPitam berlaku akibat kekurangan pengaliran darah ke bahagian otak yang menyebabkan terganggu fungsi tubuh badan sementara waktu. Ini menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri buat sementara.Untuk merawat pesakit yang pitam, terdapat beberapa langkah yang dapat dipratikan. Yang pertama adalah membawa mangsa ke tempat yang teduh dan berudara. Kemudiannya,baringkan mangsa dan tinggikan bahagian kaki atau dudukkan dan tundukkan kepala mangsa ke bawah. Longgarkan pakaian mangsa serta menenangkan mangsa. Dongakkan kepala mangsa dan betulkan saluran pernafasan jika sekiranyan mangsa telah pengsan. Apabila mangsa telah pulih , berikan minuman. Rawat kecederaan perlu diberikan jika mangsa mengalami kecederaan. Terakhir sekali adalah mendapatkan rawatan perubatan jika perlu.

PatahPatah merupakan kecederaan yang melibatkan mana-mana bahagian tulang, sama ada ianya retak, putus, pecah, remok, serpihan atau sebagainya. Terdapat dua sebab berlakunya patah adalah disebabkan oleh secara langsungpatah tepat pada tempat atau puncanya,dan secara tidak langsung iaitu patah terletak jauh dari tempat yang mengalami kecederaan.

Jenis-Jenis Patah1. Patah tebu/tertutup (simple fracture) Patah yang tidak disertai dengan luka di bahagian patah.

2. Patah riok (Compound fracture) Terdapat luka di tempat patah di mana hujung tulang yang patah tertonjol keluar di bahagian luar kulit.

3. Patah melarat (Complicated fracture) Patah yang menyebabkan organ lain turut mendapat kecederaan4. Patah Remok (Comminuted fracture) Patah yang berkeping-keping atau beberapa bahagian.

5. Patah Terenyok (Impacted fracture) Tulang patah kepada dua bahagian dan salah satunya terbenam ke dalam tulang yang patah itu.

6. Patah Rebung (Green Stick fracture) Patah secara menyungkap dan tidak terus putus. Biasanya terjadi kepada tulang kanak-kanak dan bayi.

7. Pecah Remok (Depressed fracture) Tulang yang pecah terbenam ke bawah dan menghimpit organ lain. Contohnya, tengkorak kepala yang terbenam menghimpit otak.

Tanda-Tanda dan Gejalan Patah Sakit pada bahagian patah atau kawasan berhampiran. Bengkak dan lebam bahagian yang tercedera. Sukar atau tidak dapat bergerak atau mengangkat bahagian tercedera. Terdapat kecatatan bahagian patah seperti bengkok ataupun anggota menjadi lebih pendek. Dapat merasa geselan tulang bila dipegang bahagian patah. Tanda-tanda dan gejala lain kecederaan.

Rawatan Am Pataha. Letak pesakit dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan merbahaya di situ.b. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.c. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih, rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.d. Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh mengikut keadaan dan tempat yang patah.e. Dapatkan bantuan perubatan segera.

Patah-Patah Tertentu1) Pecah Tengkorak KepalaKemungkinan pecah tulang kranium atau tulang pangkal tengkorak.Rawatan:a. Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring.b. Betulkan saluran pernafasan dengan mendongakkan kepala mangsa.c. Keluarkan bendasing sekiranya terdapat di dalam mulut mangsa.d. Periksa pernafasan gerak nadi, lakukan CPR jika sekiranya pernafasan dan nadi tidak berfungsi.e. Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.f. Dapatkan bantuan perubatan segera.

2) Patah Tulang RahangRawatan:a. Tenangkan mangsa dan tentukan saluran pernafasan berada di dalam keadaan baik.b. Ampu bahagian dagu dengan kain yang lembut dan ikat dengan balutan dagu.c. Hentikan pendarahan dan rawat kecederaan.d. Dapatkan bantuan perubatan.

3) Patah Tulang BelakangRawatan:a. Jangan mengangkat atau mengubah pesakit dari tempat kejadian.b. Tenangkan mangsa.c. Kenakan tuap pada bahagian badan pesakit bagi mengurangkan pergerakan pesakit.d. Rawat kecederaan sekiranya terdapat kecederaan.e. Angkat dengan menggunakan usungan yang rata dan tegang.f. Dapatkan rawatan perubatan.

4) Patah Tulang RusukRawatan:a. Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b. Tentukan mangsa daapat bernafas. Periksa pernafasan mangsa dan beri bantuan pernafasan jika perlu.c. Ampu anggota atas mangsa dengan menggunakan anduh.d. Jika terdapat kecederaan di bahagian dada, alas dengan kain yang lembut dan bersih.e. Dapatkan rawatan perubatan.

5) Patah Tulang PahaRawatan:a. Baringkan mangsa dalam keadaan selesa.b. Tenagkan mangsa.c. Hentikan pendarahan dan rawat tempat tercedera.d. Tuapkan anggota bawah dengan menggunakan tuap panjang.e. Dapatkan rawatan perubatan.

Patah Bahagian Kaki

(i)

(ii)

(iii)

(iv)