krm3073 aya zul (2 set )

6
KRM3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH [PANDUAN KERJA KURSUS] SEMESTER 1 SESI 2014_15 ARAHAN 1. Kursus KRM 3073 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja. 2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut. 3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3. 4. Tempoh masa penghantaran tugasan mestilah dipatuhi. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dilanjutkan. 5. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Upload: liyana-rose

Post on 26-Dec-2015

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

zxcvnbm,

TRANSCRIPT

Page 1: KRM3073 Aya Zul (2 Set )

KRM3073PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH

RENDAH

[PANDUAN KERJA KURSUS]

SEMESTER 1 SESI 2014_15

ARAHAN

1. Kursus KRM 3073 ini mengandungi tugasan BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B sahaja.

2. Jawab KESEMUA tugasan tersebut.

3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar kepada pensyarah E-Learning melalui link yang tertentu dalam myguru3.

4. Tempoh masa penghantaran tugasan mestilah dipatuhi. Tempoh masa yang telah ditetapkan itu tidak akan dilanjutkan.

5. Sila baca semua perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Page 2: KRM3073 Aya Zul (2 Set )

KATEGORI TUGASAN

PECAHAN TUGASAN

ARAHAN MARKAH TARIKH AKHIR

MENGHAN-TAR

TUGASAN

BAHAGIAN A

(ESEI)

40 markah

Bahagian ini mengandungi 2 (DUA) tugasan iaitu Tugasan 1 dan Tugasan 2.

TUGASAN 1: (Individu)Apakah yang dimaksudkan dengan isu sedang muncul. Dengan merujuk kepada pengalaman atau bacaan anda sendiri, nyatakan satu contoh isu sedang muncul yang boleh memberi impak kepada pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah. Seterusnya bincangkan empat sebab mengapa isi tersebut dikategorikan sebagai isu sedang muncul. Seterusnya lagi, bincangkan empat tindakan yang boleh diambil oleh guru membabitkan pengajaran pembelajaran matematik bagi menangani isu tersebut.

20 markah Minggu ke 6

TUGASAN 2: (Individu) Rancang satu aktiviti pengajaran berasaskan teori konstruktivisme bagi setiap kaedah atau strategi penyelesaian yang tersenarai di bawah. Setiap aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 30 minit. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri.

i. Kaedah koperatif Penomboran Ahli Kumpulan.

ii. Strategi menggunakan gambar rajah.

20 markah Minggu ke 9

Page 3: KRM3073 Aya Zul (2 Set )

BAHAGIAN B

(E-FORUM)

20 marks dlm forum

Terdapat 5 soalan untuk dibincangkan secara on-line menerusi laman MyGuru3. Pelajar perlu menjawab setiap soalan forum yang diberikan SEBANYAK SEKALI (SEKURANG-KURANGNYA). Kepada setiap soalan forum itu juga, pelajar perlu memberi kementar kepada mana-mana DUA (2, SEKURANG-KURANGNYA) jawapan yang diberi oleh rakan pelajar yang lain. Jawapan dan komentar mestilah diselesaikan dalam tempoh yang dinyatakan sahaja (Peringatan: lanjutan tarikh forum tidak akan dilakukan). Kualiti jawapan dan komentar yang anda beri akan diambilkira dalam menentukan markah terhadap respond yang anda berikan. Berikut adalah soalan forum:

Soalan forum 1: Bincangkan bagaimana melahirkan murid-murid yang berkebolehan berfikir kritis dan kreatif melalui pengajaran pembelajaran matematik.

Soalan forum 2: Bincangkan bagaimana fahaman konstruktivisme boleh berperanan kearah memastikan matlamat KSSR dapat dicapai.

Soalan forum 3: Bincangkan permasalah yang timbul atau dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran membabitkan kaedah koperatif. Bincangkan juga cara menangani permasalahan tersebut.

Soalan forum 4: Bincangkan bagaimana teori pelbagai kecerdasan dapat diimplementasikan dalam pengajaran matematik demi memastikan pembelajaran berkesan dapat dicapai.

Soalan forum 5: Apakah perkara utama yang anda pertimbangkan semasa merancang pengajaran pembelajaran matematik sekolah rendah? Seterusnya, dengan menggunakan contoh yang sesuai, bincangkan mengapa perkara tersebut menjadi pertimbangan anda.

5 x 4 markah

JUMLAH MARKAH KERJA KURSUS 60

MARKAH PEPERIKSAAN AKHIR 40

JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 100

Page 4: KRM3073 Aya Zul (2 Set )

Perhatian: Segala perkara yang berkaitan dengan tugasan adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS

KERJA KURSUS

A Menepati format penulisan folio, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

A- Menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada kesalahan format penulisan & bahasa.

B+ Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan format & bahasa.

B Menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 3 kesalahan).

B- Kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan format & bahasa pada tahap minima (tidak lebih dari 4 kesalahan).

C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format minima (tidak melebihi 3 perkara) & keslahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkataan).

C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa tidak melebihi 7 perkara.

D Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan format & bahasa melebihi 8 perkara.

Page 5: KRM3073 Aya Zul (2 Set )

E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

SELAMAT BELAJAR DAN MENYELESAIKAN KERJA KURSUS

PERINGATAN!!!!!!!

i. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.

ii. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.

iii. Sentiasa AWAS dengan tarikh-tarikh yang berkaitan.

iv. Sentiasa rujuk pengumuman dari masa ke semasa.

v. Berhubung dengan tutor E-Learning anda.

vi. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan.

vii. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjawab anda

sendiri.

viii. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.

ix. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi

kumpulan masing-masing.