krm 3073 pengajaran matematik sekolah rendah

9
KRM 3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (PANDUAN KERJA KURSUS) 0

Upload: ngu-toh-onn

Post on 25-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

wd

TRANSCRIPT

KRM 3073PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (PANDUAN KERJA KURSUS)

Sila tolong saya buat tugasan 2 (kumpulan) dan tugasan 3 (berpasangan) Tq.ARAHAN 1. Kursus KRM 3073 mengandungi 3 Tugasan sahaja.2. Pelajar harus menjawab SEMUA soalan.3. Tugasan yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar dalam bentuk soft copy dan hard copy kepada pensyarah bagi kumpulan masing-masing.

KATEGORI TUGASANPECAHAN TUGASANARAHANMARKAHTARIKH

Tugasan 1(E-FORUM)Terdapat 5 soalan yang dibincangkan secara online menerusi laman FORUM. (10 Markah)

1. Bincangkan satu kaedah pengajaran matematik yang berkesan dan menyeronokkan.

2. Bagaimanakah cara untuk mengekalkan penggunaan teknologi digital dalam pendidikan matematik secara seimbang, kritis dan terkini?

3. Mengapakah sebahagian pelajar gagal untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran matematik? Adakah komunikasi antara pelajar dan guru merupakan isu utama. Bincangkan.

4. Pengetahuan guru tentang matapelajaran, pembelajaran dan perkembangan pelajar serta kaedah pengajaran merupakan unsur yang sangat penting dalam pembentukan guru berkesan. Bincangkan .

5. Apakah kerelevanan perkaitan kemahiran berkomunikasi dengan kemahiran mengajar matematik bagi seseorang guru?Bincangkan.

Tugasan 2

Dalam kumpulan (5 orang)(30 markah)1.Aspek nilai, norma dan etika mempamerkan bagaimana seseorang itu harus bertingkah laku, berfikir,berkomunikasi, menaakul, beriktikad, berperasaan dan mengembangkan pengetahuan bagi menangani masalah atau isu pendidikan dalam konteks menjalani kehidupan yang teratur. Begitu juga dengan usaha melonjakkan kecemerlangan matematik di negara ini. Apakah yang kita benar-benar hendak capai dalam pendidikan matematik abad baru ini? Bincangkan.

30 Markah

Tugasan 3

Berpasangan

1. Matlamat pendidikan dan visi pembelajaran melalui teknologi telah meletakkan kualiti pendidikan negara semakin mendapat perhatian dari negara luar kesan globalisasi dan cabaran di alaf ini. Bagaimanakah teknologi dapat membantu pencapaian matlamat pembelajaran yang telah ditetapkan?

20 Markah

FORMAT PENULISAN KERJA KURSUS1. Tugasan 1 : E-LEARNING Jawab SEMUA soalan perbincangan yang dimuatnaik di ruangan forum. Jawapan bagi setiap soalan hendaklah tepat dan ringkas. Selain daripada memberikan jawapan terhadap soalan tersebut, pelajar hendaklah memberikan respon atau berinteraksi sekurang-kurangnya 3 kali pada mana-mana jawapan rakan kumpulan anda bagi setiap soalan perbincangan.

2. TUGASAN 2 : Kumpulan (6-7 Orang)*Panjang tugasan adalah antara 8-10 muka surat sahaja.* Tugasan hendaklah ditaip dalam font Arial saiz 11 dan Spacing 1.5* Senarai rujukan harus disertakan * Contoh dan penjelasan yang diberikan haruslah sesuai * Bahan modul digunakan sebagai panduan sahaja. Jawapan anda mestilah asli daripada idea anda sendiri

3. BERPASANGANPanjang tugasan adalah antara 5-6 muka surat sahaja.* Tugasan hendaklah ditaip dalam font Arial saiz 11 dan Spacing 1.5* Senarai rujukan harus disertakan * Contoh dan penjelasan yang diberikan haruslah sesuai * Bahan modul digunakan sebagai panduan sahaja. Jawapan anda mestilah asli daripada idea anda sendiri *Mempunyai refleksi

PANDUAN PENYERAHAN TUGASAN1. Tugasan MESTI lengkap dengan mengandungi 3 komponen di dalamnya:i. Jawapan dan respon anda melalui e-forumii. Esei ilmiah bagi tugasan 2 2. Kerja kursus yang lengkap mestilah disusun mengikut susunan berikut;iMuka hadapan berwarna biru muda (gunakan format seperti yang dicadangkan oleh Kirkby International College)ii Mempunyai isi Kandungan dan Halaman (Rujuk format dalam Lampiran A)iii Tugasan 2ivTugasan 3vLampiran (petikan/bahan sastera yang dipilih dll)viRefleksi bagi setiap tugasan3. Tarikh akhir penghantaran adalah __25 April 2014 . Pelajar harus peka dan patuh dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.4. Pelajar dinasihatkan sentiasa menyimpan back up tugasannya.5. Sebarang masalah sila hubungi pensyarah anda.FORMAT MELAKSANAKAN E-FORUM1. Terdapat 4 soalan untuk aktiviti pelajar berforum secara on line bersama pensyarah dan bersama-sama pelajar yang lain.2. Pelajar hendaklah menjawab SEMUA soalan forum tersebut dengan idea asli yang rasional dan bernas.3. Pelajar dikehendaki memberikan pandangan, ulasan penambahan dan komentar terhadap jawapan rakan-rakan yang lain. (Minimum 3 kali bagi setiap perbincangan)4. Pemarkahan diberikan kepada jawapan yang menepati dan kekerapan penyertaan berforum dengan rakan-rakan yang lainSKALA PEMARKAHANAMenepati format penulisan, isi mencukupi, isi diolah dan dikembangkan dengan baik, bernas, ada contoh yang relevan dan konkrit. Ada idea asli, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas.Tiada kesalahan bahasa dan format penulisan

A-Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, bernas, ada contoh yang relevan dan konkrit. Idea tersusun dengan kemas.Tiada kesalahan bahasa dan format penulisan

B+Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi dihuraikan, ada contoh yang relevan, Idea tersusun dengan kemas.Tiada kesalahan bahasa dan format penulisan

BMenepati format penulisan, isi mencukupi, isi dihuraikan, ada contoh yang relevan, Idea tersusun dengan kemas.Kesalahan bahasa dan format pada tahap minima

B-Isi mencukupi, isi dihuraikan, ada contoh yang relevan, Idea tersusun dengan kemas.Kesalahan bahasa dan format pada tahap minima(tidak lebih dari 4 kesalahan)Kesalahan format tidak lebih dari 2 perkara

CIsi mencukupi.Isi dihuraikan. Ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain.Kesalahan format tidak melebihi dari 4 perkara.Kesalahan format dan bahasa tidak melebihi 7 perkara

DKesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak mencukupi. Isi tidak dihuraikan. Tiada contoh. Ada idea dari sumber lain. Kesalahan format dan bahasa melebihi 8 perkara

ETidak di serah pada waktu yang ditetapkan

YAKIN PADA DIRI SENDIRIPERINGATAN.I. Karya anda hendaklah asli dari idea anda sendiriII. Pliagat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tata tertib.III. Sentiasa AWAS pada tarikh tarikh yang berkaitan.IV. Sentiasa rujuk Pengumuman dari masa ke semasa melalui LMSV. Sentiada berhubung dengan pensyarah andaVI. Pastikan tugasan dihantar pada tarikh yang ditetapkanVII. Kegagalan anda melengkapkan tugasan adalah tanggungjwab anda sendiriVIII. Semua peraturan tertakluk kepada ketua program anda

2