kritikan cerpen kritikan cerpen oleh · pdf filecara membersihkan kotoran dalam masyarakatnya...

4
Hiperealiti, Simulasi, dan Permainan Kuasa Dunia OLEH MOHAMAD SALEEH RAHAMAD T iga cerpen yang akan ditelusuri dalam makalah ini ialah “Si Tua dan sebuah Diari Usang” (Zahari Affandi), “Merog” (Mohammad Zakri b. Zakaria), dan “Erangan” (Azmah Nordin). Makalah ini tidak bertujuan untuk membuat pertimbangan baik atau buruk sesebuah karya – setiap karya pasti memiliki nilai tersendiri yang wajar dilihat menurut perspektif masing-masing – melainkan sekadar untuk memecahkan kompleksitinya. Kompleksiti ditemukan pada gejala pemikiran pascamoden yang dapat disejajarkan dengan ketiga-tiga cerpen tersebut. Ruang kehidupan masyarakat pascamoden ditandai oleh gejala simulasi, yakni produksi yang tidak bertolak daripada sesuatu yang ada tetapi dicipta melalui model sesuatu yang tanpa asal usul, atau disebut sebagai hiperealiti. Objek simulasi atau “simulakra” (“simulakrum” dalam pengertian majmuknya) dilahirkan daripada fantasi, mimpi, ilusi, mahupun nostalgia. Inilah yang melahirkan watak King Kong, Terminator, atau Superman dalam filem Hollywood. Semua itu tidak lahir daripada peniruan alam atau mimesis tetapi daripada fantasi dan ilusi, malah fatamorgana. Dalam fiksyen pascamoden, produksinya terarah kepada pengubahan fantasi, ilusi, mimpi, dan nostalgia menjadi tampak nyata (seolah-olah nyata). Cerpen “Si Tua dan Sebuah Diari Usang” memaparkan pengalaman mimpi Zahari yang pernah dipenjarakan akibat penglibatannya dalam politik yang disifatkannya 41 KRITIKAN CERPEN Bil. 6 2014 DEWAN SASTERA

Upload: vumien

Post on 06-Feb-2018

254 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KRITIKAN CERPEN KRITIKAN CERPEN OLEH · PDF filecara membersihkan kotoran dalam masyarakatnya dan ... bekerja menjaga kawasan burung walet di Gua Niah serta Meon, pengguna telefon

Hiperealiti, Simulasi, dan Permainan

Kuasa

Dunia OLEH MOHAMAD SALEEH RAHAMAD

Tiga cerpen yang akan ditelusuri dalam makalah ini ialah “Si Tua dan sebuah Diari Usang” (Zahari Affandi), “Merog” (Mohammad Zakri b. Zakaria), dan “Erangan” (Azmah

Nordin). Makalah ini tidak bertujuan untuk membuat pertimbangan baik atau buruk sesebuah karya – setiap karya pasti memiliki nilai tersendiri yang wajar dilihat menurut perspektif masing-masing – melainkan sekadar untuk memecahkan kompleksitinya. Kompleksiti ditemukan pada gejala pemikiran pascamoden yang dapat disejajarkan dengan ketiga-tiga cerpen tersebut.

Ruang kehidupan masyarakat pascamoden ditandai oleh gejala simulasi, yakni produksi yang tidak bertolak daripada sesuatu yang ada tetapi dicipta melalui model sesuatu yang tanpa asal usul, atau disebut sebagai hiperealiti. Objek simulasi atau “simulakra” (“simulakrum” dalam pengertian majmuknya) dilahirkan daripada fantasi, mimpi, ilusi, mahupun nostalgia. Inilah yang melahirkan watak King Kong, Terminator, atau Superman dalam filem Hollywood. Semua itu tidak lahir daripada peniruan alam atau mimesis tetapi daripada fantasi dan ilusi, malah fatamorgana. Dalam fiksyen pascamoden, produksinya terarah kepada pengubahan fantasi, ilusi, mimpi, dan nostalgia menjadi tampak nyata (seolah-olah nyata).

Cerpen “Si Tua dan Sebuah Diari Usang” memaparkan pengalaman mimpi Zahari yang pernah

dipenjarakan akibat penglibatannya dalam politik yang disifatkannya

PB 41 KRITIKAN CERPENKRITIKAN CERPEN

DEWAN SASTERA • Bil. 6 2014 Bil. 6 2014 • DEWAN SASTERA

Page 2: KRITIKAN CERPEN KRITIKAN CERPEN OLEH · PDF filecara membersihkan kotoran dalam masyarakatnya dan ... bekerja menjaga kawasan burung walet di Gua Niah serta Meon, pengguna telefon

sebagai “mangsa proses demokrasi songsang yang zalim”. Dalam mimpi Zahari, Tok Ku Syed Sulong, orang tua yang sangat dihormati semasa hidupnya telah mencabar Zahari supaya mempertahankan negerinya, seperti katanya: “Ini hak kita! Kuasa yang ada mesti digenggam kemas, jangan terlepas. Tanah Serendah Sekangkang Kera mesti dipertahankan, walaupun dengan darah dan nyawa. Bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung adalah milik kita. Jangan jadi bacul! Ini jihad!”

Selain itu, dalam mimpi yang sama Zahari juga diketemukan dengan bekas kekasihnya dahulu, Syarifah Anil Asmah yang terpaksa dilepaskan kerana disaingi oleh lelaki pilihan orang tuanya. Namun begitu, Tok Ku Syed Sulong kembali menyedarkan Zahari (masih dalam mimpi) supaya menebus dosa silamnya dengan cara membersihkan kotoran dalam masyarakatnya dan membela kehidupan anak bangsa yang semakin hancur. Zahari juga bertemu semula dengan Sutinah, pelacur yang telah memeliharanya dan memberinya pendidikan.

Akhirnya, Zahari sedar daripada mimpinya yang panjang, atau sebenarnya daripada pengsan di tepi sungai. Dia kembali ke alam realiti, ke pangkuan keluarganya. Dapat dikatakan bahawa antara ruang perjalanan rohnya semasa pengsan dengan kehidupan di alam realiti tidak wujud perbezaan, malahan mimpinya lebih “nyata” (real) daripada alam sedarnya. Syarahan Tok Ku Syed Sulong sebenarnya lebih bererti daripada kehidupan sebenar Zahari yang dalam keadaan sakit dan tidak berdaya melakukan apa-apa untuk bangsanya. Oleh yang demikian, menatap mimpi Zahari sebenarnya menatap realiti; sebaliknya, menatap kehidupan sebenar Zahari masa kini tidak ada makna apa-apa. Jika ditafsir secara moral, kehidupan Zahari hanya bermakna jika membenarkan mimpinya, yakni mengikut segala-gala yang diperkatakan oleh Tok Ku Syed Sulong.

Di sini, tampak permainan unsur hiperealiti mendominasi jalur naratifnya sehingga sulit untuk membezakan yang nyata dengan yang mimpi. Kedua-duanya perlu, penting, dan memberikan makna. Malah, kehidupan real itu sendiri dapat disifatkan sebagai mimpi sahaja kerana tidak lagi bererti. Demikianlah permainan naratif cerpen ini yang telah memberikan suatu penonjolan gaya pascamoden. Cerpen ini bukan lagi bersifat mimesis dan bukan juga fantasi sepenuhnya tetapi semuanya berbaur membentuk naratif.

Cerpen “Merog” pula memperlihatkan permainan kuasa dalam dunia konsumerisme. Ceritanya berkisar tentang dua golongan massa yang saling menguasai

antara satu sama lain secara tidak langsung. Satu pihak diwakili oleh peribumi Sarawak, Razi yang bekerja menjaga kawasan burung walet di Gua Niah serta Meon, pengguna telefon bimbit pintar tiruan dari China. Satu pihak lagi ialah Xi Mao, peniaga telefon bimbit pintar tiruan dari negara China yang juga penggemar sarang walet untuk makanan kesihatannya. Jadi, siapakah yang berkuasa dalam pertembungan dua pihak ini?

Dalam dunia pascamoden, kekuasaan tidak lagi bergerak dari pusat (penguasa) ke pinggiran (peripeheral), tetapi daripada pinggiran (kelompok sosial-ekonomi-budaya) kepada massa yang lebih besar dan heterogen. Masyarakat pengguna tidak lagi dikuasai kelas sosial yang tunggal, seperti yang dibisingkan oleh Marxisme, tetapi oleh pelbagai kelompok sosial yang saling bersaing untuk memperoleh hegemoni. Dalam analogi yang dibuat oleh Jeremy Bentham, misalnya, kekuasaan tidak lagi terpusat pada sesuatu institusi tetapi terletak di mana-mana sahaja, seperti penjara Panopticon.

Penjara Panopticon menempatkan satu menara di kawasan penjara yang membolehkan pengawal melihat ke semua arah. Oleh itu, banduan akan sentiasa berasa diperhatikan lalu berasa gelisah terus-menerus hingga menjadikan mereka sentiasa mematuhi peraturan walaupun tidak dapat melihat pengawal yang berada di menara kawalan. Demikianlah dalam masyarakat pascamoden, kekuasaan yang dimiliki oleh pengeluar akan mengawal pengguna, sekali gus menjadikan pengeluar semakin produktif apabila produk mereka dicari-cari oleh pengguna yang sudah dikawal secara hegemoni.

Oleh sebab telefon bimbit pintar sudah disimulasikan oleh kapitalis dalam media massa sebagai peralatan penting dalam kehidupan, masyarakat pengguna telah berasa tidak sempurna kehidupannya jika tidak memilikinya. Namun begitu, oleh sebab harganya yang mahal, tidak ramai pengguna yang mampu membelinya. Ruang ini diambil kesempatan oleh pengusaha China dengan cara membuat barangan tiruan. Meon merupakan salah seorang pengguna (consumer) yang telah dikawal secara hegemoni lalu menjadi pengguna telefon bimbit pintar buatan China.

Xi Mao pula, demi menjaga kesihatannya, sanggup membeli sarang burung walet yang berwarna hitam walaupun harganya mahal. Oleh sebab timbul satu krisis pada tahun 2011, sarang burung walet dari Sarawak tidak dapat memasuki pasaran China. Keadaan

42 43 KRITIKAN CERPENKRITIKAN CERPEN

DEWAN SASTERA • Bil. 6 2014 Bil. 6 2014 • DEWAN SASTERA

Page 3: KRITIKAN CERPEN KRITIKAN CERPEN OLEH · PDF filecara membersihkan kotoran dalam masyarakatnya dan ... bekerja menjaga kawasan burung walet di Gua Niah serta Meon, pengguna telefon

ini menimbulkan keresahan pada dirinya sehingga dia sanggup datang ke Gua Niah untuk mencari sarang burung yang dikehendakinya. Oleh sebab ketika dia sampai di tempat sarang burung walet itu pemanjatnya tidak datang, Xi Mao sanggup menawarkan diri untuk belajar memanjat. Dia sendiri akan mendapatkan sarang burung walet walaupun risikonya tinggi.

Dalam peristiwa ini, terpapar adegan tawar-menawar antara dua pihak. Xi Mao bersungguh-sungguh mahu mempelajari cara memanjat dinding gua atau dalam erti kata lain, memperlihatkan kerakusannya demi kepentingan diri sebagaimana keghairahannya mendapatkan keuntungan besar dengan cara meniru teknologi telefon bimbit pintar buatan syarikat lain. Dia seolah-olah telah menguasai pengguna. Namun begitu, dari sisi lain, Meon dan Razi juga memiliki kuasa dalam medan tawar-menawar (site of negotiation) itu. Mereka dapat mempermainkan Xi Mao jika mereka mahu berbuat demikian demi mendapatkan keuntungan besar kerana kini Xi Mao pula yang menjadi pengguna. Kuasa telah beralih kedudukan.

Kisah ini tidak ditamatkan dengan penyelesaian tetapi dibiarkan tergantung untuk memberikan peluang kepada pembaca untuk memikirkan implikasi daripada tawar-menawar itu. Ada wacana intelektual beroperasi di sini. Sementara satu pihak kononnya berkuasa mengawal pihak yang lain (pengguna pasif yang diwakili Meon), pada waktu lain peranan itu bertukar kedudukan. Demikianlah dalam dunia pengguna

pascamoden, kuasa terletak di pihak marginal dan dapat berubah kedudukan pada bila-bila masa sahaja. Setiap pihak dapat melakukan hegemoni ke atas pihak lain jika mereka tahu akan bidang kuasa masing-masing. Xi Mao tahu akan peluang itu, lalu dia “merampas” kuasa hegemoni daripada syarikat telefon bimbit asli dengan mengeluarkan barangan tiruan; kemudian dia juga cuba untuk melakukan perkara yang sama dengan pengeluar sarang burung walet bermutu tinggi apabila dia meminta Razi mengajarnya cara memanjat dinding gua. Hal ini bermakna, Xi Mao kekal dengan kerakusannya untuk menjadi perampas kuasa hegemoni dalam dunia konsumerisme.

Cerpen “Erangan” juga memperlihatkan situasi dunia konsumerisme yang lebih fetish, yang lebih menggoda, sehingga menjerat manusia ke lembah fatamorgana. Kemewahan dalam dunia pascamoden hanya bersifat simulakra yang berasal daripada fantasi, dan media elektronik telah menjadi alat pengawalan yang berkesan. Kesengsaraan atau keterpengaruhan bukan lagi ditentukan oleh sebuah institusi kuasa yang rasmi tetapi oleh pihak massa yang marginal.

Kisahnya tentang Kalukau seorang bekas suami dan bapa kepada dua anak perempuan, Lily dan Yola, yang

42 43 KRITIKAN CERPENKRITIKAN CERPEN

DEWAN SASTERA • Bil. 6 2014 Bil. 6 2014 • DEWAN SASTERA

Page 4: KRITIKAN CERPEN KRITIKAN CERPEN OLEH · PDF filecara membersihkan kotoran dalam masyarakatnya dan ... bekerja menjaga kawasan burung walet di Gua Niah serta Meon, pengguna telefon

berhadapan dengan godaan hidup mewah sehingga sanggup terlibat dalam pemerdagangan manusia. Kalukau telah bercerai dengan Riya yang menghidap batuk kering tetapi apabila dia mengetahui bahawa dua anak perempuannya telah dijual oleh sindiket yang juga dianggotainya, dia kembali bertemu dengan Riya untuk mendapatkan kepastian. Kalukau akhirnya pergi membuat laporan polis tetapi dia berasa serba salah kerana jika dia berterus terang tentang orang yang terlibat memperdayakan anaknya bermakna dia mengkhianati majikannya sendiri.

Dalam kisah ini, terpapar gejala dunia konsumerisme yang menggoda masyarakat secara hegemonik. Selain Kalukau yang terpesona dengan kemewahan lalu sanggup melakukan kerja haram, anak perempuannya juga tergoda oleh pujukan anggota sindiket pelacuran yang juga rakan Kalukau sehingga akhirnya mereka dijadikan pelacur. Jelas di sini, yang mengawal manusia bukanlah satu institusi kuasa tetapi golongan massa yang marginal dan dunia hiburan yang fetish itu. Walaupun tidak dinyatakan secara terang, kemewahan yang dicari oleh manusia mangsa

konsumerisme ini tersedut ke dalam dunia gelap (implosion) yang dihidangkan oleh televisyen, atau realiti maya yang fantasi, fiksyen, dan fatamorgana.

Begitulah kesan dan pengaruh media massa sehingga membunuh saraf kesedaran pengguna. Hanya apabila mereka keluar daripada dunia itu, barulah mereka sedar akan situasi sebenar. Kalukau yang akhirnya sedar telah cuba memulihkan keadaan dengan cara membuat laporan polis tetapi dia diburu rasa bersalah sehingga meragui anggota polis yang mengelilinginya. Dia keluar dari balai polis dan menuju ke jalan raya tetapi takdir yang menunggunya ialah kematian akibat dilanggar oleh kenderaan.

Sekali lagi, unsur kekaburan diterapkan dalam pengakhiran cerpen ini apabila Kalukau yang dilanggar

Bukan sahaja dia dilihat sebagai katak, tetapi memang telah menjadi katak kerana seorang wanita telah menguis-uis mayatnya dengan kaki dan kemudian seekor anjing menggonggongnya...

dilihat sebagai katak oleh orang ramai. Bukan sahaja dia dilihat sebagai katak, tetapi memang telah menjadi katak kerana seorang wanita telah menguis-uis mayatnya dengan kaki dan kemudian seekor anjing menggonggongnya, selayaknya dengan nasib yang menimpa seekor katak. “Katak saja rupa-rupanya…besar pula tu!” kata orang yang melihatnya bagi menunjukkan bahawa Kalukau benar-benar telah menjadi katak.

Dari segi peribahasanya, kematian seekor katak atau disebut “mati katak” memberi makna mati yang sia-sia. Kematian Kalukau merupakan mati yang tidak ada makna sama sekali kerana kehidupannya yang cemar. Namun begitu, apabila gambaran insiden ini menunjukkan perubahan sifat fizikal yang sebenar, timbul pula satu dimensi perbincangan yang lain. Pengarang telah melenyapkan garis pemisah antara realiti dengan fantasi, sama seperti cerpen “Si Tua dan Sebuah Diari Usang” yang menenggelamkan perbezaan antara mimpi dengan realiti. Dalam kata-kata lain, wujud gejala hiperealiti di sini, yakni unsur

pascamoden yang menolak dikotomi dua dimensi.

Secara keseluruhannya, ketiga-tiga cerpen kali ini telah memberikan ruang perdebatan dan mengaktifkan taakulan, tidak lagi terlalu setia dengan gaya naratif realisme, serta memperlihatkan kecenderungannya untuk berwacana daripada perspektif pascamoden.

44 PB KRITIKAN CERPENKRITIKAN CERPEN

DEWAN SASTERA • Bil. 6 2014 Bil. 6 2014 • DEWAN SASTERA