kreativiti sains, kemahiran proses sains dan · pdf filekajian ini berdasarkan kepada teori...

8
896 KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH Shahlan S 1 , Natasha 2 ,Sadiah Kummin 3 and Shalinawati Ramli 4 1. Fakulti Pendidikan UKM, [email protected] 2. Fakulti Pendidikan UKM, [email protected] 3. Pusat Citra UKM, [email protected] 4. Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected] ABSTRAK Hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) adalah melahirkan masyarakat yang mempunyai fikiran kreatif dan kritis serta maju dalam bidang sains dan teknologi. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kreativiti sains, kemahiran proses sains dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar aliran sains sekolah menengah. Alat kajian yang digunakan ialah The Torrance Test of Creative Thinking-Figural yang direka oleh Torrance. Seramai 120 orang responden telah dipilih secara rawak sistematik dan dianalisis menunjukkan tahap kreativiti sains dan kemahiran proses sains pelajar bandar adalah tinggi dan mendapati tiada hubungan yang signifikan antara kreativiti sains dengan pencapaian akademik pelajar. Manakala kemahiran proses sains mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Dengan adanya kemahiran proses sains, seseorang individu berupaya untuk mengembangkan proses mental yang lebih tinggi kerana mereka mampu untuk berfikir secara kreatif dan boleh memindahkan keupayaan ini kepada disiplin lain. Implikasi kajian ini, pelajar perlu mengetahui tahap kreativiti sains dan kemahiran proses sains mereka supaya dapat mengubah strategi pembelajaran mereka dan guru juga boleh memperbaiki gaya pengajaran bagi menggalakkan pemupukan kreativiti sains dan kemahiran proses sains berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci: Kreativiti sains, kemahiran proses sains, pencapaian akademik, kreatif, pengajaran dan pembelajaran. ABSTRACT The aim of the Malaysian Education Development Plan (PPPM 2013-2025) is to create a community with creative and critical thinking as well as advanced in science and technology. Thus, this study was conducted to identify science creativity, science process skills and academic achievement among secondary school science students. The instrument used is The Torrance Test of Creative Thinking-Figural designed by Torrance. A total of 120 respondents were chosen systematically randomly and analysed showed that the level of creativity of science and the process of science of urban student science was high and found no significant relationship between science creativity and academic achievement. While science process skills have a significant relationship with academic achievement of students. With science process skills, an individual is able to develop a higher mental process because they are able to think creatively and can transfer this ability to other disciplines. The implication of this study is that students need to know the level of science creativity and their science process skills in order to transform their learning strategies and teachers can also improve the teaching style to promote the application of science creativity and science process skills in the teaching and learning process. Key words: Creativity of science, science process skills, academic achievement, creative, teaching and learning. PENGENALAN Kreativiti mempunyai banyak definisi, antaranya bermaksud keupayaan untuk mencipta dan mewujudkan idea yang baru dan asli (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2010). Melalui gabungan ilham dan idea yang sedia ada tersebut akan menghasilkan sesuatu idea yang baru (Baas, Dreu & Nijstad 2008). Aspek penting yang dikaji dalam kreativiti adalah kelancaran (fluency), keluwesan (flexibility), penghuraian (elaboration) dan keaslian (originality) (Torrance 1979). Manakala kreativiti saintifik boleh didefinisikan dengan lebih parktikal melalui bidang kejuruteraan dan farmasi yang mana dalam bidang kejuruteraan, mendefinisikan kreativiti saintifik sebagai kebolehan individu dalam mengaplikasikan pengetahuan saintifik tersebut untuk mencipta, reka bentuk, memperbaiki jentera, peralatan, sistem dan bahan kejuruteraan (Majlis Pembangunan Jurutera Profesional 1947).

Upload: haque

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN · PDF fileKajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). ... personaliti,

896

KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH

Shahlan S1, Natasha 2,Sadiah Kummin3 and Shalinawati Ramli4 1. Fakulti Pendidikan UKM, [email protected]

2. Fakulti Pendidikan UKM, [email protected] 3. Pusat Citra UKM, [email protected]

4. Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia, [email protected]

ABSTRAK Hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) adalah melahirkan masyarakat yang mempunyai fikiran kreatif dan kritis serta maju dalam bidang sains dan teknologi. Maka, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kreativiti sains, kemahiran proses sains dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar aliran sains sekolah menengah. Alat kajian yang digunakan ialah The Torrance Test of Creative Thinking-Figural yang direka oleh Torrance. Seramai 120 orang responden telah dipilih secara rawak sistematik dan dianalisis menunjukkan tahap kreativiti sains dan kemahiran proses sains pelajar bandar adalah tinggi dan mendapati tiada hubungan yang signifikan antara kreativiti sains dengan pencapaian akademik pelajar. Manakala kemahiran proses sains mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Dengan adanya kemahiran proses sains, seseorang individu berupaya untuk mengembangkan proses mental yang lebih tinggi kerana mereka mampu untuk berfikir secara kreatif dan boleh memindahkan keupayaan ini kepada disiplin lain. Implikasi kajian ini, pelajar perlu mengetahui tahap kreativiti sains dan kemahiran proses sains mereka supaya dapat mengubah strategi pembelajaran mereka dan guru juga boleh memperbaiki gaya pengajaran bagi menggalakkan pemupukan kreativiti sains dan kemahiran proses sains berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kata kunci: Kreativiti sains, kemahiran proses sains, pencapaian akademik, kreatif, pengajaran dan pembelajaran. ABSTRACT The aim of the Malaysian Education Development Plan (PPPM 2013-2025) is to create a community with creative and critical thinking as well as advanced in science and technology. Thus, this study was conducted to identify science creativity, science process skills and academic achievement among secondary school science students. The instrument used is The Torrance Test of Creative Thinking-Figural designed by Torrance. A total of 120 respondents were chosen systematically randomly and analysed showed that the level of creativity of science and the process of science of urban student science was high and found no significant relationship between science creativity and academic achievement. While science process skills have a significant relationship with academic achievement of students. With science process skills, an individual is able to develop a higher mental process because they are able to think creatively and can transfer this ability to other disciplines. The implication of this study is that students need to know the level of science creativity and their science process skills in order to transform their learning strategies and teachers can also improve the teaching style to promote the application of science creativity and science process skills in the teaching and learning process. Key words: Creativity of science, science process skills, academic achievement, creative, teaching and learning.

PENGENALAN Kreativiti mempunyai banyak definisi, antaranya bermaksud keupayaan untuk mencipta dan mewujudkan idea yang baru dan asli (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2010). Melalui gabungan ilham dan idea yang sedia ada tersebut akan menghasilkan sesuatu idea yang baru (Baas, Dreu & Nijstad 2008). Aspek penting yang dikaji dalam kreativiti adalah kelancaran (fluency), keluwesan (flexibility), penghuraian (elaboration) dan keaslian (originality) (Torrance 1979). Manakala kreativiti saintifik boleh didefinisikan dengan lebih parktikal melalui bidang kejuruteraan dan farmasi yang mana dalam bidang kejuruteraan, mendefinisikan kreativiti saintifik sebagai kebolehan individu dalam mengaplikasikan pengetahuan saintifik tersebut untuk mencipta, reka bentuk, memperbaiki jentera, peralatan, sistem dan bahan kejuruteraan (Majlis Pembangunan Jurutera Profesional 1947).

Page 2: KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN · PDF fileKajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). ... personaliti,

897

Kreativiti saintifik kini menjadi elemen penting dalam pendidikan kerana digunakan sebagai instrumen bagi menilai tahap kreativiti saintifik seseorang yang mana boleh digunakan untuk tujuan penilaian formatif atau sumatif. Kemajuan dalam penyelidikan saintifik bergantung kepada adanya alat pengukur yang diperlukan. Negara-negara luar seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan China misalnya sangat menekankan pembangunan pendidikan dalam bidang sains yang berorientasikan kreativiti. Kini, fenomena yang harus dihadapi negara adalah berdaya saing dalam menghasilkan produk berasaskan sains dan teknologi (Ghaffar 2011).

Kebanyakan kajian luar dan dalam negara yang dijalankan berkaitan kreativiti (Lilia, Mohd Razip & Seth Sulaiman 2013; Jamalludin, Johari, Noor Dayana & Siti Salbiah 2015; Noor Sharliana & Yahaya Buntat 2011; Filsun G. 2013; De Dreu 2008) namun lebih tertumpu kepada gaya pembelajaran pelajar, gaya kreativiti, peranan guru untuk memupuk kreativiti dalam kalangan pelajar dalam konteks secara umum. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kajian tersebut adalah penting namun terdapat juga kajian yang turut perlu dititik beratkan iaitu elemen kreativiti sains dan kemahiran proses sains seorang pelajar. Hal ini demikian kerana selaras dengan hasrat negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) iaitu mahu melahirkan masyarakat abad ke-21 ini mempunyai fikiran yang kreatif dan kritis serta mempunyai pelbagai maklumat di samping maju dalam bidang sains dan teknologi.

Menginjak abad ke-21 ini, jurang pencapaian sains dan matematik pelajar di Malaysia masih membimbangkan di mana jurang pencapaian ini boleh dilihat dari segi lokaliti iaitu bandar dan luar bandar. Tahap kreativiti sains dilihat mampu mempengaruhi pencapaian pelajar sekolah melalui kesediaan kelengkapan infrastruktur sekolah. Penurunan pencapaian dan prestasi pelajar sekolah boleh berlaku disebabkan oleh kekurangan prasarana di sekolah. Hal ini dibuktikan dengan laporan PPPM (2013-2015) mendapati bahawa bilangan pelajar yang berjaya adalah lebih tinggi di bandar berbanding bilangan pelajar yang belajar di luar bandar.

Perbandingan keputusan SPM bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan menunjukkan bahawa peratusan pelajar sekolah luar bandar yang mendapat gred A1 dan A2 tidak pernah melebihi pencapaian pelajar sekolah bandar. Pencapaian pelajar di sekolah luar Bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik PMR adalah rendah sehingga menyebabkan bilangan mereka yang layak mengikuti elektif sains tidak mencukupi bagi sekolah untuk membuka kelas Sains Tulen. Berdasarkan Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/ Teknikal: Sastera (2013) trend peratus penyertaan murid lepasan PMR yang layak tetapi tidak menyertai aliran sains dan teknikal semakin meningkat sejak tahun 2007 hingga 2011. Pada tahun 2007 hanya mencatatkan 3.48 peratus tetapi pada tahun 2011 peratus meningkat dengan drastik kepada 13.12 peratus. Hal ini demikian kerana kawasan bandar adalah pesat membangun dan mempunyai kecanggihan sains dan teknologi yang baik seperti penggunaan perisian FROG VLE yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama 1BestariNet di samping adanya kelengkapan teknologi seperti projektor, alat radas di makmal yang mencukupi, dan sebagainya.

Dalam kajian Phang et al (2010), juga dinyatakan bahawa terdapat jurang besar antara pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam perspektif pendidikan sains dan matematik. Peratusan pelajar sekolah bandar yang mengikuti mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan sentiasa jauh lebih tinggi berbanding rakan mereka di luar bandar. Keputusan peperiksaan sains dan matematik di peringkat PMR dan SPM rata-rata menunjukkan bahawa pelajar sekolah bandar jauh lebih baik daripada pelajar di luar bandar. Masalah penurunan dan jurang prestasi pelajar dalam skor mata pelajaran sains berdasarkan lokasi masih dapat diatasi dengan adanya penerapan kemahiran kreativiti sains dan kemahiran proses sains dalam diri pelajar. Dengan adanya kemahiran kreativiti dan proses sains, seseorang individu akan berupaya untuk mengembangkan proses mental yang lebih tinggi kerana mereka akan mampu untuk berfikir secara kreatif dan boleh memindahkan keupayaan ini kepada disiplin lain (Meador 2003) dan membantu individu untuk mencari solusi kepada sesuatu permasalahan serta membuat keputusan yang utuh (Azizah 2015). Oleh itu, berdasarkan isu-isu yang dibincangkan di atas, perlunya satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti jurang dan hubungan antara kreativiti sains, kemahiran proses sains dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar-pelajar yang ditempatkan di aliran sains tulen sama ada pelajar tersebut di sekolah bandar mahupun luar bandar.

KAJIAN LITERATUR Pengajaran sains yang berdasarkan kaedah saintifik dalam proses pemikiran kreatif mampu meningkatkan tahap pemikiran kreatif para pelajar dan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka sekaligus menjadikan mereka mempunyai sikap yang lebih baik terhadap pelajaran ilmu sains. Menurut Meador (2003) para saintis kebiasaanya adalah lebih mudah mengenal pasti masalah kreatif yang tidak dapat dikenal pasti oleh orang lain. Walau bagaimanapun, tidak semua pelajar sains akan menjadi ahli saintis tetapi melalui kurikulum sains yang diajarkan di

Page 3: KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN · PDF fileKajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). ... personaliti,

898

sekolah seperti kemahiran proses sains adalah sangat penting bagi menggalakkan pemikiran kreatif. Dengan adanya pemikiran kreatif potensi dan peluang pelajar untuk terlibat dalam profesion sains dapat dikembangkan. Elemen pembelajaran kreatif yang terdapat dalam sesuatu kurikulum dilihat penting dan mempunyai hubungan dengan pengetahuan kandungan. Hal ini menyebabkan aktiviti mencipta, mencari, meneroka dan berimaginasi semasa pembelajaran mampu menggalakkan pelajar memproses sesuatu maklumat dengan lebih kreatif (Sternberg 2003; Cheng 2011).

Individu dilihat amat memerlukan kemahiran proses sains dalam diri mereka yang mana kemahiran tersebut bukanlah sahaja khusus kepada para saintis. Hal ini demikian kerana dengan adanya penguasaan kemahiran tersebut dalam diri akan menjadikan seseorang itu masyarakat yang berliterasi sains yang berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Melalui kemahiran proses sains, pelbagai kemahiran dapat digunakan bagi mendapatkan pengetahuan baru, menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan (Temiz 2007; Edy Hafizan 2012). Tambahan lagi, kemahiran proses sains juga berperanan dalam mengembangkan proses mental yang lebih tinggi seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran membuat keputusan (Koray et al. 2007; Lee et al. 2001; Tan & Temiz 2003) dan turut mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar. Hal ini demikian kerana individu yang berupaya mengembangkan proses mental yang lebih tinggi akan mampu untuk berfikir secara kreatif dan boleh memindahkan keupayaan ini kepada disiplin lain (Meador 2003). Melalui elemen kreativiti sains yang ada dalam diri mereka, pelajar dapat mengusai mata pelajaran sains diperingkat yang lebih tinggi dengan baik di samping menggunakan pengetahuan sedia ada. Hal ini demikian kerana menurut Gagne (1965), Ausubel (1968) dan Bloom (1976) bahawa pelajar mampu mendapatkan pencapaian yang tinggi dengan adanya pengetahuan asas dalam menguasai mata pelajaran sains. Oleh itu, seseorang yang kurang mempunyai pemahaman dan pengetahuan konsep yang kukuh mempunyai kebarangkalian untuk gagal dalam menjawab soalan-soalan jenis aplikasi sehingga menyebabkan pencapaian mereka menjadi rendah (Rian 2011)

Kajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). Berdasarkan kepada Model 4Ps yang melihat aspek perkembangan kreativiti kepada empat komponen iaitu Press, Person, Process dan Product. Model ini memperlihat akan kepentingan aspek persekitaran, personaliti, proses dan hasil yang dikaitkan dengan perkembangan kreativiti. Maka, kajian ini menggunakan model ini bertujuan melihat dua aspek utama iaitu Person yang merujuk kepada pelajar aliran sains tulen sekolah menengah dan Product pula dilihat daripada aspek pengetahuan umum pelajar mengenai sains melalui skor pencapaian akademik mereka dan kemahiran proses sains pelajar melalui skor pencapaian PEKA. Saranan daripada hasil dapatan kajian-kajian lepas juga dijadikan asas kepada pemilihan teori dalam kajian ini. Namun, dalam kajian lepas sebelum ini banyak memberi tumpuan kepada aspek kreativiti iaitu produk, proses dan ciri-ciri individu (Amabile 1992; Kirton 2003; Selby et al. 2005).

Teori kreativiti Torrance digunakan pakai sebagai pelengkap kepada teori Rhodes (1961) dalam kajian ini. Hal ini demikian kerana Torrance (1974) merupakan salah seorang pengkaji yang terkenal dalam bidang kreativiti di mana beliau berpendapat bahawa individu yang kreatif mempunyai keunikan dalam segala aspek. Ujian Kreativiti Torrance (TTCT) telah banyak membuka ruang kepada para pengkaji lain untuk mengenal pasti sifat-sifat kreatif yang dimiliki oleh seseorang (Helmi 2004). Akhirnya Torrance (1974) telah mengeluarkan satu indikator pemikiran kreatif yang umum. Menurut beliau, seseorang yang mempunyai pemikiran yang kreatif harus memiliki sekurang-kurangnya empat ciri iaitu keaslian, kelancaran, fleksibiliti dan penghuraian. Namun, dalam kajian ini, indikator yang digunakan untuk mengkaji tahap kreativiti pelajar adalah melalui indikator keaslian, kelancaran dan fleksibiliti.

Oleh itu, bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya berjalan dengan lebih berkesan kepada pelajar melalui penyediaan pelbagai prasarana atau bahan tambahan kepada guru-guru terutama guru yang mengajar mata pelajaran biologi, kimia dan fizik bagi mencambahkan idea kreativiti sains dalam diri pelajar. Seterusnya, para guru juga harus menyedari akan kepentingan kreativiti sains dalam diri pelajar yang mana guru juga perlu menjadi kreatif dalam pengajaran terutama guru yang mengajar mata pelajaran biologi, kimia dan fizik. Hal ini demikian kerana salah satu cara untuk menjadikan pelajar itu kreatif adalah melalui teknik atau gaya pengajaran guru itu sendiri di mana guru yang kreatif adalah pencetus kepada kewujudan pelajar kreatif. Pelajar dilihat mampu memperoleh motivasi ekstrinsik untuk menonjolkan elemen kreativiti yang terdapat dalam diri pelajar dalam mata pelajaran biologi, kimia dan fizik apabila adanya guru yang turut kreatif sekali gus mampu mempengaruhi tahap pencapaian akademik dan meningkatkan minat pelajar untuk memilih aliran sains tulen semasa berada di tingkatan 4.

METODOLOGI

Page 4: KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN · PDF fileKajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). ... personaliti,

899

Kajian ini dilakukan adalah secara tinjauan bagi menentukan tahap kreativiti sains, kemahiran proses sains dan tahap pencapaian sains sampel kajian. Manakala reka bentuk tinjauan korelasi digunakan untuk menentukan hubungan antara ketiga-tiga pemboleh ubah iaitu kreativiti sains, kemahiran proses sains dan pencapaian sains. Prepare your submissions on a word processor.

Sampel dan Pensampelan Kajian Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat yang berada dalam aliran sains di sekolah menengah. Hal ini adalah untuk mengenal pasti tahap kreativiti sains dan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah, melihat perbezaan tahap kreativiti sains dan kemahiran proses sains berdasarkan lokasi sekolah, melihat hubungan yang wujud antara kreativiti sains dan kemahiran proses sains dengan pencapaian akademik pelajar dan melihat hubungan elemen kreativiti sains dengan pencapaian akademik pelajar. Dalam konteks kajian ini, pensampelan rawak berstrata digunakan dengan membahagikan sampel lokasi kajian berdasarkan kategori sekolah menengah bandar dan luar bandar sebagai strata pertama dan pelajar tingkatan empat aliran sains sebagai strata kedua pensampelan. Langkah kedua dalam kajian ini melibatkan pemilihan sampel rawak sistematik bagi memilih subjek bagi sub strata kumpulan pelajar bandar dan sub strata kumpulan pelajar luar bandar. Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan senarai nama pelajar sehingga saiz sampel yang dikehendaki diperoleh. Saiz sampel keseluruhan yang diperlukan adalah 120 orang yang mencakupi sekolah bandar dan luar bandar dengan masing-masing 60 orang pelajar bandar dan 60 orang pelajar luar bandar. Manakala bagi penentuan bilangan sampel pada setiap strata yang dipilih dalam kajian ini adalah tidak mengikut kadar sebenar bilangan populasi (disproportionate stratified sampling).

Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik dan The Torrance Test of Creative Thinking – Figural (TTCT- Figural) yang direka oleh Torrance dan diubah suai oleh pengkaji lepas iaitu Soon Sigh (2011); Hu dan Adey (2002).

Bagi pengiraan skor instrumen TTCT Figura skor ujian ini, manual TTCT (Torrance, 1974) yang diubah suai oleh pengkaji lepas iaitu Soon Sigh (2011) telah digunakan sebagai rujukan. Pengiraan skor bagi aktiviti satu adalah melihat kepada kebolehan responden dalam menjana idea baru dan kebolehan mencipta idea baru dengan menggabungkan idea lama melalui skor Keaslian Figura dan Penghuraian Figura sahaja. Bagi aktiviti dua dan aktiviti tiga pula, pengiraan skor melibatkan elemen Keaslian Figura, Kelancaran Figura, Fleksibiliti Figura dan Penghuraian Figura. Kelancaran Figura dinilai dengan mengira semua objek atau gambar baru yang dihasilkan tanpa mengulangi gambar asal yang terdapat dalam instrumen. Setiap objek atau gambar yang dihasilkan diberi satu markah.

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen TTCT Figura bagi elemen Keaslian Figura, Kelancaran Figura, Fleksibiliti Figura dan Penghuraian Figura instrumen ini adalah 0.83, 0.76, 0.79 dan 0.79 yang mana ia pada aras signifikan p<.001. Pekali korelasi kebolehpercayaan untuk Kreativiti Figura ialah 0.83 (Yong 1989; Soon Sigh 2011).

Analisis Data Data yang diperolehi daripada sampel akan dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 23.0 Windows version. Dua jenis data statistik yang digunakan dalam kajian ini iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap kreativiti sains, kemahiran proses sains dan pencapaian sains pelajar. Manakala analisis inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian T dan Korelasi Pearson yang mana digunakan menentukan hubungan antara pemboleh ubah kreativiti sains, kemahiran proses sains dan pencapaian sains.

DAPATAN KAJIAN Bahagian ini membentangkan hasil dapatan kajian secara deskriptif mengenai tahap kreativiti sains dan tahap kemahiran proses sains. Selanjutnya analisis inferensi iaitu analisis ujian T dijalankan bagi melihat kreativiti sains dan kemahiran proses sains pelajar berdasarkan lokasi manakala analisis korelasi pearson digunakan bagi melihat hubungan antara kreativiti sains dengan pencapaian akademik dan hubungan antara kemahiran proses sains dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Tahap kreativiti sains dan kemahiran proses sains pelajar

Page 5: KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN · PDF fileKajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). ... personaliti,

900

Jadual 1.1 menunjukkan tahap skor min bagi kreativiti sains dan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah secara keseluruhan. Berdasarkan skala tiga tahap skor min sama ada rendah, sederhana dan tinggi, didapati kreativiti sains (min= 4.32, SP= 1.65) dan kemahiran proses sains (min= 8.33, SP= 0.53) di mana masing-masing mencatatkan skor min dam berada pada tahap yang tinggi. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar sekolah menengah mempunyai kemahiran kreativiti saintifik dan kemahiran proses sains yang tinggi dalam diri mereka.

Jadual 1.1: Tahap Kreativiti Sains Dan Kemahiran Proses Sains Secara Keseluruhan

N Skor Min Sisihan Piawai Interpretasi Skor

Kreativiti Sains 120 4.32 1.65 Tinggi

Kemahiran proses sains 120 8.33 0.53 Tinggi

Tahap kreativiti sains berdasarkan lokasi sekolah Berdasarkan analisis jadual 1.2 di bawah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kreativiti sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan lokasi sekolah dengan nilai t (118) = 3.918, p < 0.05). Dari segi skor min pula menunjukkan bahawa pelajar bandar (min = 4.8817 dan SP = 1.62141) mempunyai skor min yang lebih tinggi berbanding pelajar di luar bandar (min = 3.7667 dan SP = 1.49368). Oleh itu, keputusan menunjukkan bahawa tahap kreativiti sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan lokasi sekolah adalah berbeza.

Jadual 1.2: Perbezaan Tahap Kreativiti Sains Berdasarkan Lokasi Sekolah

Lokasi sekolah N Min Sisihan Piawai

T df Sig.

Bandar 60 4.8817 1.62141 3.918 118 .000

Luar bandar 60 3.7667 1.49368

*Signifikan pada aras keyakinan (p <0.05)

Tahap Kemahiran Proses Sains Berdasarkan Lokasi Sekolah Analisis Ujian t menunjukkan t (118) = 3.261, (p <0.05) di mana menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan tahap kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah berdasarkan lokasi sekolah. Hal ini bermakna pelajar sekolah menengah di bandar (min= 8.48, SP= 0.504) mempunyai tahap kemahiran proses sains yang lebih tinggi berbanding pelajar sekolah menengah di luar bandar (min= 8.18, SP= 0.504).

Jadual 1.3: Perbezaan Tahap Kemahiran Proses Sains Berdasarkan Lokasi Sekolah

Lokasi sekolah N Min Sisihan Piawai

t df Sig.

Bandar 60 8.48 .504 3.261 118 .001

Luar bandar 60 8.18 .504

*Signifikan pada aras keyakinan (p<0.05)

Kreativiti Sains Dan Pencapaian Akademik Pelajar Hasil analisis data menunjukkan nilai korelasi ialah r= 0.045. Nilai ini menunjukkan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah yang dikaji adalah sangat lemah. Kecerunan hubungan adalah positif dan ini menunjukkan korelasi adalah berkadaran terus. Manakala nilai signifikan (p) yang diperoleh ialah 0.626 dan nilai ini lebih besar daripada nilai alpha (0.05). Maka, hal ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kreativiti sains dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Hal ini bermakna pelajar yang mempunyai kreativiti sains tidak semestinya mempunyai keputusan pencapaian akademik yang cemerlang dalam peperiksaan.

Page 6: KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN · PDF fileKajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). ... personaliti,

901

Jadual 1.4: Hubungan Kreativiti Sains Dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Hubungan Pencapaian akademik Interpretasi r Sig.

Kreativiti Saintifik Pencapaian akademik

.045 .626 Sangat lemah

*Signifikan pada aras 0.05, 2 hujung

Kemahiran Proses Sains Dan Pencapaian Akademik Pelajar Hasil analisis data menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran proses sains dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Pekali pearson bagi kemahiran proses sains menunjukkan nilai r = 0.423**, p = 0.000 dan berada pada tahap sederhana. Keputusan ini menunjukkan kemahiran proses sains mempunyai hubungan yang sederhana dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Dapatan ini bermakna apabila pelajar mempunyai kemahiran proses sains yang tinggi, mereka turut akan mempunyai pencapaian akademik yang baik dalam peperiksaan.

Jadual 1.5: Korelasi Pearson Hubungan Antara Kemahiran Proses Sains Dengan Pencapaian Akademik Pelajar.

Hubungan Pencapaian akademik Interpretasi

r Sig.

KPS

Pencapaian akademik

.423** .000 Sederhana

*Signifikan pada aras 0.05, 2 hujung

PERBINCANGAN Bahagian ini menerangkan perbincangan hasil dapatan kajian, implikasi dan cadangan-cadangan untuk kajian seterusnya. Kreativiti sains pelajar yang dikaji dalam kajian ini ialah berdasarkan beberapa elemen kreativiti sains yang dinyatakan oleh Torrance (1979) iaitu keaslian (originality), penghuraian (elaboration), kelancaran (fluency) dan fleksibiliti (flexibility). Secara keseluruhannya, keputusan kajian mendapati tahap kreativiti sains pelajar dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi di mana ia mencatatkan skor min yang tinggi. Hal ini menunjukkan pelajar sekolah menengah mempunyai daya kreativiti sains yang tersendiri dalam diri mereka. Keadaan ini bertepatan dengan pernyataan Model Rhodes (1961) yang menyatakan bahawa dari sudut psikologi seseorang individu itu berupaya dan berkebolehan dalam menonjolkan diri mereka sebagai seorang yang kreatif dan berbakat.

Dalam kajian ini, kemahiran proses sains pelajar dilihat melalui skor Penilaian Kerja Amali (PEKA). Skor yang tinggi menggambarkan bahawa pelajar mempunyai kemahiran proses sains yang baik. Kajian ini yang menunjukkan tahap kemahiran proses sains pelajar adalah tinggi berdasarkan skor min keseluruhan menunjukkan ia berada tahap skor min tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar diberi peluang dan masa untuk merancang ketika hendak melakukan sesuatu eksperimen. Hal ini demikian kerana proses persediaan sebelum, semasa dan selepas menjalankan eksperimen membolehkan pelajar melakukan proses saintifik dalam sesuatu eksperimen di mana menunjukkan pelajar menjalankan eksperimen bukan hanya sekadar untuk mendapatkan markah yang baik sahaja (Fatin dan Athirah 2011).

Hasil dapatan kajian menunjukkan pelajar aliran sains sekolah menengah bandar mempunyai tahap kreativiti sains dan kemahiran proses sains lebih tinggi berbanding pelajar aliran sains sekolah menengah luar bandar. Segelitir pelajar terutama di luar bandar dilihat seolah-olah ketinggalan dalam literasi teknologi maklumat dan komunikasi. Ada sebahagian daripada mereka yang tidak dapat akses dengan komputer secara kerap akibat tidak mempunyai komputer sendiri di rumah, kemudahan asas yang terhad seperti tidak mempunyai prasarana elektrik dan kekurangan talian telekomunikasi. Hal ini sejajar dengan hasil dapatan Aslanidou dan Menexes (2008) yang mengatakan bahawa golongan remaja berumur antara 12 hingga 18 tahun di Greece mempunyai jumlah masa yang terhad untuk mengakses internet di rumah menyebabkan ia tidak mencukupi untuk tujuan pembelajaran. Terdapat

Page 7: KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN · PDF fileKajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). ... personaliti,

902

beberapa faktor menunjukkan bahawa pelajar yang tidak dapat akses kepada internet adalah lazimnya mereka yang terdiri daripada keluarga yang pendidikan rendah, tidak mempunyai komputer sendiri, hidup di kawasan pedalaman dan kurang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (Hazura, Hairulliza, Siti Fadzilah & Zawiyah 2012).

Dapatan juga menunjukkan kreativiti sains tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Hal ini bererti bahawa kreativiti sains pelajar tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Dapatan ini disokong dengan kajian lepas Faridah (2015) bahawa pelajar pintar akademik tidak menggunakan amalan kreativiti iaitu keaslian, kelancaran dan fleksibiliti ketika menyelesaikan sesuatu masalah pembelajaran mereka. Beliau berpendapat faktor pelajar tidak diberi galakkan dalam menghasilkan idea-idea yang bernas ketika dalam sesi pembelajaran mereka menyebabkan wujudnya masalah tersebut di samping masih mementingkan kecemerlangan akademik berbanding kreativiti pelajar sehingga mengabaikan amalan kreativiti pelajar itu sendiri. Kohn (1998) dan Faridah (2015) menyatakan kebanyakan guru menghabiskan masa dengan hendak menghabiskan sukatan mata pelajaran, mengulang kaji isi kandungan ujian, melatih pelajar menjawab mengikut format ujian dan strategi menjawab ujian atau peperiksaan. Maka, ini menjadikan kreativiti tidak boleh dijadikan petunjuk yang sebenar kepada pencapaian pelajar kerana ujian standard hanya menguji sedikit sahaja pengetahuan yang berasaskan intelek di mana pelajar hanya mengingat dan menghafal dalam ingatan jangka pendek.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kemahiran proses sains dengan pencapaian akademik. Walaupun dapatan menunjukkan hubungan yang lemah namun masih bererti bahawa apabila seseorang pelajar mempunyai kemahiran proses sains dalam diri mereka secara tidak langsung turut mampu meningkatkan pencapaian akademik mereka. Maka, guru sebagai pelaksana kurikulum PEKA bagi menguji dan menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar terlebih dahulu perlu memahami dengan jelas mengenai objektif yang disasarkan supaya guru dapat memandu hala tuju dan pelaksanaan kurikulum itu dengan baik dan berkesan (Mat Rasid 2011).

KESIMPULAN Kesimpulannya, dalam keinginan mengejar kehendak negara dalam PPPM 2013-2025 iaitu mahu melahirkan masyarakat pada abad ke-21 mempunyai fikiran kreatif dan kritis, mempunyai pelbagai maklumat serta maju dalam bidang sains dan teknologi menunjukkan bahawa beberapa pihak haruslah memainkan peranan bagi membantu memupuk budaya kreativiti sains dan kemahiran proses sains dalam diri pelajar aliran sains. Guru dilihat memainkan peranan yang penting dalam membentuk kreativiti sains dan kemahiran proses sains dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana amalan pengajaran kreatif adalah dipengaruhi oleh aspek pengajaran guru yang kurang kompeten. Fenomena ini selaras dengan kajian Saracho (2012) yang menunjukkan kebanyakan guru masih menjalankan kaedah pengajaran yang berfokuskan kepada kepatuhan, tingkah laku yang baik dan pemikiran tradisional di mana ia menjadi penghalang kepada berlaku pengajaran kreatif. Pengajaran sains juga dilihat masih mengamalkan kemahiran prosedural dan kurang melibatkan isu kehidupan yang sebenar ketika dalam pengajaran (Grub 2010; Goldrick-Rab 2007; Tengku Zawawi 1999). Selain itu, kemahiran proses sains juga harus dikuasai dengan baik dan berkesan oleh guru supaya dapat menjalankan pengajaran yang berkualiti kepada pelajar. Hal ini demikian kerana bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran sains secara aktif dan berkesan kemahiran proses sains dan konsepsi sains perlu guru kuasai dengan baik (Mohd Najib dan Abdul Rauf 2011).

Pelaksanaan aktiviti inkuiri juga mampu menyediakan guru melalui kemahiran menjalankan penyiasatan seperti amalan ahli sains iaitu tidak hanya mengikuti satu senarai arahan seperti mengikuti “buku resepi”. Tahap kreativiti dan kemahiran proses sains pelajar sekolah menengah adalah lebih tinggi di sekolah bandar berbanding sekolah luar bandar. Maka, diharapkan melalui Pelan Pendidikan 2013-2025 mampu merapatkan jurang antara sekolah bandar dengan luar bandar melalui memberikan ruang kepada pelajar luar bandar untuk turut mendapat pendidikan, kemudahan pembelajaran, kemudahan infrastruktur dan lain-lain lagi yang lebih baik dalam menjurus kepada pembentukan diri yang lebih kreatif dan inovatif. Kelemahan yang kritikal dalam pelaksanaan kurikulum PEKA dilihat dari segi bekalan bahan bantu mengajar dan penggunaannya. Pihak kementerian diharapkan dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyediakan bahan yang diperlukan dalam proses pengajaran kerana kekurangan bahan pengajaran akan menimbulkan kesulitan dalam proses pelaksanaan kurikulum tersebut (Mat Rasid 2011). Paradigma pemikiran bahawa kecemerlangan akademik semata-mata menyebabkan guru terlalu mengejar untuk menghabiskan silibus pengajaran sehingga terlupa untuk memberi galakan kepada pelajar untuk menonjolkan kreativiti dan meningkatkan kemahiran proses sains mereka ketika dalam sesi PdP biologi, kimia dan fizik. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan pelajar hanya menggunakan aspek kognitif mereka untuk mengingat dan menghafal dalam jangka pendek sahaja bagi mata pelajaran tersebut. Oleh itu, pemupukan kreativiti

Page 8: KREATIVITI SAINS, KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN · PDF fileKajian ini berdasarkan kepada teori kreativiti yang telah dikemukakan oleh Model Rhodes (1961) dan Torrance (1974). ... personaliti,

903

sains, kemahiran proses sains amat penting bagi melahirkan pelajar yang mampu berfikiran dengan lebih jauh dan “berfikir di luar kotak” sifatnya.

ACKNOWLEDGMENTS This template document is based on the mLearn 2011 template.

RUJUKAN Amabile. 1989. Growing Up Creativity. New York: Crown. Baas, M. D. 2008. A Meta Analysis Of 25 Years Of Mood Creativity Research: Hedonic Tone, Activation Or

Regulatory Focus? Psychological Bulletin, 779-806. Bloom. 1976. Human Characteristics and school learning. Wiley: New York. Chiappetta. 1997. Inquiry-based science. The Science Teacher, 22-26. Fatin Aliah & Nor Athirah. 2011. Kemahiran Proses Sains Dalam Kalangan Mahasiswa Pendidikan Sains di UTM.

Journal of Science and Mathematics Educational, Volume 3, 123-133. Faridah Mohd Sopah. 2015. Amalan kreativiti, Gaya Kognitif Kreatif, Pengaruh Faktor Persekitaran dan

Pencapaian Pelajar Pintar Akademik. Tesis Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Gagne. 1965. The Condition of Learning. New York: Holt, Rinehart & Winston. Hafizan, E. 2012. Konsepsi, Tahap Penguasaan dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu dalam

Kalangan Guru Sains Sekolah Rendah di Kuala Lumpur. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Hairulliza, Hazura, Siti Fadzilah & Zawiyah. 2012. Jurang Digital dan Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia Asia-Pasifik Vol. 1 No.2.

Hu, W., & Adey, P. A. 2002. Scientific creativity test for secondary school students. International Journal of Science Education, 24 (4), 389-403. DOI http://dx.doi.org/10.1080/09500690110098912

Jamalludin, Johari, Noor Dayana & Siti Salbiah. 2015. Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Fakulti Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia.

Jusoh, Z. I. 1996. Sikap Dan Keyakinan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pengajaran Sains . Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, (pp. 109-120).

Kamisah, O. Lilia, H. & Zanaton, H.I. 2007. Sikap Terhadap Sains dan Sikap Saintifik di Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Pendidikan 32, 39-60.

Konting, M. M. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koray, O. K. 2007. The Effect Of Creative And Critical Thinking Based Laboratory Applications On Academic

Achievement And Science Process Skills. Elementary Education Online 6 (3), 377-389. Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2002. Format Pentaksiran Mata Pelajaran Fizik. Kuala Lumpur: Kementerian

Pendidikan Malaysia. Lehman, H.C. 1970. Age and Achievement. Princeton, N.J: Princeton University Press. Meador. 2003. Thinking Creatively about science suggestions for primary teachers. Gifted Child Today 26 (1), 25-

29. Maria, C.A, Nurmaimanah, A.J, Samsilah, R. 2015. Perspektif Masa dan Pencapaian Akademik Pelajar Aliran

Sains Daerah Hulu Langat. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 30, 123-139. Noor Sharliana & Yahaya Buntat. 2011. Faktor-faktor Mendorong Kreativiti di Kalangan Pelajar, Universiti

Teknologi Malaysia. Journal of Educational Psychology and Counseling, Volume 2, 175-208. Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B. dan Salleh, S. (2012).Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan

Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu Analisis Sorotan Tesis. Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Sains Malaysia

Runco, M. 2008. Commentary: Divergent Thinking Is Not Synonymous With Creativity. Psychological Of Aesthetics, Creativity And The Arts, 2, 93-96.

Sternberg, R.J., Grigorenko, E.L. & Singer, J.L. 2004. Creativity: From Potential to Realization. Washington, DC: American Psychological Association.

Soon Singh A/L B.S. (2011). Perhubungan Antara Kreativiti Figura Dengan Pencapaian Akademik Pelajar: Satu Tinjauan Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Beberapa Buah Sekolah Di Kuala Lumpur. Jurnal e-Bangi. Volume 6, Number 1, 90-101.

Temiz, B.K. (2007). Assesing science process skills in Physics teaching. Tesis Dr. Falsafah, Institute of Educational Science, Gazi University, Ankara.

Torrance, E.P. (1974). Torrance Test of Creativity Thingking: Norms Technical Manual, Figural Forms A & B. Princeton, NJ: Personnel Press.

Torrance, E.P. (1963). Creativity. Englewood Cliffs: Prentice Hall.