kreativiti profesionalisme bakal guru di peringkat … · 2011. 10. 11. · dalam usaha menjayakan...

30
KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI NORHARYANTI OCTAVIA BINTI AHMAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 05-Dec-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT

PENGAJIAN TINGGI

NORHARYANTI OCTAVIA BINTI AHMAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh
Page 3: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh
Page 4: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

i

KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT

PENGAJIAN TINGGI

NORHARYANTI OCTAVIA BINTI AHMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 5: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

ii

Page 6: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

iii

Dedikasi

Jutaan terima kasih buat suami tersayang

atas segala bantuan, galakan dan sokongan

serta kesabaran yang diberikan selama ini:

Nor Muhamad Fazli Abdul Malek

Ingatan dan kasih sayang

kepada anak-anak yang memberikan

kekuatan dan inspirasi:

Muhammad Faiq

Muhammad Fariz

Muhammad Fahim

Harapan dan doa yang dicurahkan:

Ahmad bin Harjo (Ayah)

Rahimah Salleh (Kak Long)

Jamilah Mistam (Mama)

Abdul Malek Awang Besar (Bapak)

Serta seluruh keluarga tercinta

Page 7: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

iv

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya

Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disempurnakan bagi memenuhi syarat untuk

mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Dalam usaha menjayakan projek ini, dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas,

saya ingin merakamkan ucapan setinggi–tinggi penghargaan dan sekalung budi kepada

Encik Amirmudin bin Udin yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta

dorongan sepanjang penyediaan PSM ini.

Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada pensyarah dan

tenaga pengajar di bahagian Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK)

UTM Skudai, guru-guru penyelia di sebuah sekolah menengah daerah Skudai, Johor

kerana telah memberi kebenaran kepada saya untuk mendalami dan menjalankan

penyelidikan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pelajar-pelajar SPH tahun

tiga dan empat yang sudi membantu saya untuk menjadi subjek kajian dalam

penyelidikan yang telah dijalankan.

Akhir sekali, rasa penghargaan turut dihulurkan kepada rakan-rakan

seperjuangan, tidak kurang juga kepada orang perseorangan yang telah membantu dan

mendorong secara tidak langsung sepanjang saya menyempurnakan penyelidikan ini.

Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segala jasa baik kalian semua.

Wassalam.

Page 8: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

v

ABSTRAK

Pada masa kini, kreativiti bakal guru adalah sesuatu yang amat diperlukan dalam

meningkatkan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) seterusnya membentuk

budaya P&P yang berkesan. Profesion perguruan yang merupakan agen dalam

penyampaian ilmu memainkan peranan penting dalam menerapkan elemen-elemen

kreativiti, untuk membentuk satu corak pembelajaran yang menarik bagi melahirkan

generasi yang berfikiran kreatif. Model kreativiti yang dibangunkan oleh Geoffrey Petty

(1996) iaitu ICEDIP Model (Inspirasi, Penjelasan, Penilaian, Pengeraman, Saringan dan

Hardwork (daya usaha)) digunakan oleh penyelidik untuk mengukur tahap elemen

kreativiti yang ada dalam diri seseorang individu yang bakal bergelar guru. Kajian ini

telah dijalankan terhadap 161 orang pelajar tahun tiga dan empat yang mengambil

Jurusan Pendidikan (Kemahiran Hidup), di Jabatan Pendidikan Teknikal Dan

Kejuruteraan, UTM, Skudai. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah

berdasarkan soalan yang dibina dan diubahsuai daripada „Creativity Questionaire

ICEDIP Model‟. Data-data kajian diperolehi melalui satu set borang soal selidik yang

mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A (latar belakang responden) dan

bahagian B dibina berdasarkan persoalan kajian yang telah dibuat dan menggunakan

kaedah skala likert. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden adalah dengan

menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh dianalisis

menggunakan Statistical Packages for the Social Science version 16 (SPSS) dan SPSS

AMOS versions 18. Hasil penyelidikan diperlihatkan dalam bentuk kekerapan, peratusan

dan min. Penyelidikan ini juga menggunakan beberapa ujian seperti analisis pengesahan

faktor (confirmatory factor analysis-CFA) terhadap pemboleh ubah cerapan (observed

variable) dan pemboleh ubah pendam (latent variable). Setelah analisis dilakukan,

didapati bahawa elemen kreativiti „Hardwork‟ mendapat nilai min tertinggi (diantara

3.68-4.38) diikuti dengan elemen-elemen penjelasan, saringan, dan penilaian. Bagi

Page 9: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

vi

elemen kreativiti inspirasi hanya berada di tahap yang sederhana dengan nilai min

diantara 3.63-3.66. Manakala elemen kreativiti bagi pengeraman telah dimansuhkan

berdasarkan ketidaksuaian indeksnya mengikut nilai indeks kesepadanan (goodness of

fit). Keseluruhan daripada hasil kajian ini mendapati bahawa, elemen-elemen kreativiti

yang perlu ada dalam diri seseorang guru ini telah sedia ada wujud dalam diri bakal guru

ini.

Page 10: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

vii

ABSTRACT

Nowadays, creativity for future teacher is necessary to upgrade the teaching and

learning (T&L) process to form an effective civilization in T&L. Teaching profession

which is the agent of delivering knowledge plays an important role in cultivating

elements of creativity by developing interesting lessons to create generation with

creative mind. Researcher‟s using ICEDIP Model (Inspiration, Clarification, Evaluation,

Incubation, Distillation and Perspiration) which was created by Petty (1996) to measure

the stage of individual creativity elements for future teachers. This research was

conducted on 161 respondents which are students of year three and year four who in

Education field (Living Skill) at the Department of Technical Education and

Engineering, UTM, Skudai. The instrument used for the study was constructed and

modified based on the questions from Creativity Questionnaires ICEDIP Model. The

data collected in the form of questionnaire which consists of two sections, namely

section A (respondent background) and section B which was constructed by using likert

scale. The questionnaires were given to the respondent by using random sampling

techniques. Data received were analyzed by using the Statistical Packages for the Social

Science version 16 (SPSS) and SPSS AMOS version 18. The results were presented in

forms of frequency, percentage and mean. The data were also tested by using the

Confirmatory Factor Analysis (CFA) to observe variable and latent variable. Results

from the analysis, showed that element of creativity of Hard work get the highest mean

value (between 3.68 - 4.38), and followed by other elements (clarification, distillation,

and evaluation). Inspiration elements of creativity were located at the intermediate stage

with mean values between 3.63 - 3.66. Then, elements of creativity for incubation

decreased based on goodness of fit values. In conclusion, the study revealed that all the

creativity elements already exist among all the future teachers.

Page 11: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataaan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 12: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

ix

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi/ Istilah 11

1.9.1 Kreativiti 11

1.9.2 Elemen Kreativiti 12

1.9.2.1 Idea 12

1.9.2.2 Inspirasi 12

1.9.2.3 Kejelasan Idea 13

1.9.2.4 Penilaian Idea 13

1.9.2.5 Saringan Idea 13

1.9.2.6 Pengeraman Idea 14

1.9.2.7 Daya Usaha (Hardwork) 14

1.9.3 Bakal Guru 14

1.9.4 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 15

1.9.5 Profesionalisme 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kajian-kajian Tentang Kreativiti 16

2.2.1 Inspirasi (Inspiration) 17

2.2.2 Kejelasan (Clarification) 18

2.2.3 Penilaian (Evaluation) 18

2.2.4 Saringan (Distillation) 19

2.2.5 Pengeraman (Incubation) 19

2.2.6 Daya Usaha atau Hardwork (Perspiration) 19

2.3 Kajian Tentang Kreativiti Guru dan Tanggungjawabnya 20

2.4 Kajian Tentang Perbezaan Kreativiti di antara Manusia 23

Page 13: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

x

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Tempat Kajian 27

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 27

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Kesahan Soal Selidik (Validity) 30

3.5.2 Kajian Rintis 31

3.5.3 Kebolehpercayaan item Soal Selidik 31

3.6 Prosedur Kajian 33

3.7 Analisis Data 33

3.8 Jangkamasa Kajian 37

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Bahagian A 38

4.3 Analisis Data Berkaitan dengan Persoalan Kajian 41

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Rumusan 67

5.3 Perbincangan 68

5.3.1 Dapatan Kajian Latar Belakang Responden 69

5.3.2 Tahap Elemen Kreativiti Bakal Guru SPH, 70

Page 14: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

xi

UTM, Skudai.

5.4 Cadangan 74

5.5 Cadangan Penyelidikan di Masa Hadapan 75

5.6 Penutup 76

6 BIBLIOGRAFI 78

7 LAMPIRAN

Lampiran A 86

Lampiran B 93

Lampiran C 94

Lampiran D 95

Page 15: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK JADUAL MUKA SURAT

1.1 Dapatan permasalahan sikap pelajar SPH hasil

daripada temuramah dengan pensyarah dan tenaga

pengajar UTM. 6

1.2 Dapatan permasalahan sikap guru praktikal dan

guru baru, hasil daripada temuramah dengan

guru-guru penyelia. 7

3.1 Bilangan Populasi Bagi Bilangan Pelajar Yang

Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (KH) 28

3.2 Jadual Menentukan Jumlah Sampel Daripada Populasi 28

3.3 Skala Pemeringkatan Likert 30

3.4 Senarai Item Soalan Kajian 31

3.5 Nilai Cronbach Alpha Mengikut Objektif Kajian 32

3.6 Jadual Peratusan Skor 34

3.7 Singkatan Pembolehubah dan Item Kajian 35

3.8 Jadual Skor Min 37

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar

Yang Mengikuti Program SPH Mengikut Tahun

Akademik 39

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar

Mengikut Peringkat Umur 39

Page 16: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

xiii

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar

Mengikut Bangsa 40

4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar

Mengikut Perbezaan Jantina 40

4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar

Mengikut Latar Belakang Akademik 41

4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar

Mengikut Tahap Pencapaian Akademik di UTM 41

4.7 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal

(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Inspirasi 43

4.8 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai

(Aras Pertama) Untuk Elemen Kreativiti Inspirasi 44

4.9 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal

(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Kejelasan 45

4.10 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai

(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Kejelasan 46

4.11 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal

(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Kejelasan 48

4.12 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal

(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Pengeraman 49

4.13 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai

(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Pengeraman 50

4.14 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal

(Aras Pertama) Elemen Kreativiti Saringan 52

4.15 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai

(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Saringan 53

4.16 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal

(Aras Pertama) Bagi Elemen Kreativiti Daya Usaha 54

4.17 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai

Page 17: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

xiv

(Aras Pertama) Untuk Elemen Kreativiti Daya Usaha 55

4.18 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Awal

(Aras Ke Dua) Bagi Elemen-elemen Kreativiti

Profesionalisme Bakal Guru 59

4.19 Analisis Awal Indeks Kesepadanan Model Pengukuran

Aras Ke dua Bagi Elemen-elemen Kreativiti

Profesionalisme Bakal Guru 59

4.20 Indeks Kesepadanan Model Pengukuran Ubah Suai

(Aras Ke Dua) Bagi Elemen-elemen Kreativiti

Profesionalisme Bakal Guru 62

4.21 Analisis Akhir Indeks Kesepadanan Model Pengukuran

Aras Ke dua Bagi Elemen-elemen Kreativiti

Profesionalisme Bakal Guru 62

Page 18: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.7 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Inspirasi 42

4.8 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Inspirasi 43

4.9 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Kejelasan 45

4.10 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Kejelasan 46

4.11 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Penilaian 47

4.12 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Pengeraman 49

4.13 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Pengeraman 50

4.14 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Saringan 51

4.15 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Saringan 52

4.16 Model Pengukuran Awal (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Daya Usaha (Hardwork) 54

Page 19: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

xvi

4.17 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Pertama) Bagi

Elemen Kreativiti Daya Usaha (Hardwork) 55

4.18 Model Pengukuran Awal (Aras Ke Dua) Bagi

Elemen-elemen Kreativiti Profesionalisme Bakal Guru

(Standardized Estimates) 57

4.19 Model Pengukuran Awal (Aras Ke Dua) Bagi

Elemen-elemen Kreativiti Profesionalisme Bakal Guru

(Unstandardized Estimates) 58

4.20 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Ke Dua) Bagi

Elemen-elemen Kreativiti Profesionalisme Bakal Guru

(Standardized Estimates) 61

4.21 Model Pengukuran Ubah Suai (Aras Ke Dua) Bagi

Elemen-elemen Kreativiti Pofesionalisme Bakal Guru

(Unstandardized Estimates) 61

Page 20: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

xvii

SENARAI SINGKATAN

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

IPT - Institusi Pengajian Tinggi

MyNIC - Pusat Inovasi Negara

IPG - Institusi Pendidikan Guru

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

FP - Fakulti Pendidikan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPH - Kursus Kemahiran Hidup

ABM - Alat Bantu Mengajar

KPT - Kementerian Pengajian Tinggi

ICEDIP - Model Inspiration, Clarification, Evaluation, Incubation

&Perspiration

SPSS - Statistical Packages For The Social Science

CFA - Confirmatory Factor Analysis

RMSEA - Root Mean-square Error of Approximation

CR - Critical Ratio

NFI - Normed Fit Index

X2 - Chi-square

Page 21: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A – Borang Soal Selidik 86

B – Carta Alir Prosedur Kajian 93

C – Jadual Perancangan Kerja 94

D – Peta Minda 95

Page 22: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

1

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Para penyelidik telah memberi pelbagai istilah dan definisi yang berkaitan

kreativiti bagi menggambarkan maksud sebenarnya. Mohd Azhar et al. (2003)

menyatakan bahawa kreativiti ialah suatu konsep yang bersifat multi dimensi dan inter

disiplin. Walau bagaimanapun, ia masih boleh dikaji dan difahami dalam pelbagai

bidang yang berbeza. "Kreativiti" berasal dari perkataan Barat iaitu „creativity‟ yang

bererti keupayaan mencipta atau daya cipta (Hassan, 1997). Young (1999) menyatakan

bahawa perkataan „creativity‟ ini pula berasal dari perkataan Latin creare yang

bermaksud untuk membuat dan dari perkataan Greek krainein yang bermaksud untuk

memenuhi. Torrance (1988) sendiri menyatakan adalah amat sukar atau mustahil untuk

memberikan satu definisi yang benar-benar tepat mengenai kreativiti kerana ia adalah

sesuatu yang unik dan melibatkan pelbagai deria dan disiplin diri seseorang. Walau

bagaimanapun, pakar-pakar dalam bidang kreativiti secara keseluruhannya bersepakat

bahawa kreativiti memiliki tiga unsur teras iaitu yang pertama adalah keaslian (yakni

sesuatu produk, tindakan atau idea yang kreatif semestinya menyimpang dari kebiasaan),

Page 23: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

2

ke dua adalah keberkesanan (mencapai tujuan mengapa ianya dihasilkan) dan yang

terakhir adalah beretika (istilah kreatif biasanya tidak digunakan untuk mejelaskan

tindakan-tindakan yang mementingkan diri sendiri seperti jenayah, tingkah laku

distruktif dan sebagainya) (Cropley, 2001).

Setiap insan di dunia ini mempunyai daya imaginatif dan kreativiti yang

tersendiri lalu menjadikan individu tersebut berlainan dan unik. Kreativiti bukan

anugerah untuk insan terpilih semata, namun sebenarnya ia boleh digilap sedari di

awal usia. Piaget (1970) menyatakan bahawa, manusia telah mula berfikir tentang

cara bagaimana hendak memenuhi keperluan di peringkat sensori motor bermula dari

seawal usia bayi lagi. Begitu juga dengan Lilian dan Virgil (1971) menyatakan

bahawa kanak-kanak yang dilahirkan normal mempunyai potensi kreatif dalam diri

mereka, namun tahap kekreativitian mereka adalah berbeza di antara satu sama lain.

Perbezaan ini adalah disebabkan keupayaan mental yang berbeza kerana mewarisi

genetik yang berlainan di antara individu tersebut (Sufean, 1996). Siti Zabidah

(2006) percaya bahawa perkembangan kreativiti individu adalah bergantung kepada

individu dan persekitaran itu sendiri. Kajian daripada Jeffrey dan Craft (2004)

menyatakan bahawa, pembelajaran kreativiti dan berfikir secara kreatif perlu

dimulakan diawal usia kanak-kanak bagi membentuk budaya pemikiran yang lebih

kreatif dan inovatif pada masa akan datang. Mohd Azhar et al. (2003) menyatakan

bahawa elemen kreativiti dan inovasi masih belum diperkembangkan dalam budaya

masyarakat Malaysia. Maka, untuk membudayakannya dalam masyarakat di

Malaysia, seeloknya elemen kreativiti ini perlu diterap dan dilaksanakan seawal di

peringkat pra persekolahan lagi.

Kerjaya perguruan merupakan kerjaya yang mulia dan dihormati sedari dulu

lagi. Peranan yang dimainkan oleh guru amatlah besar dan semakin mencabar dari

Page 24: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

3

masa ke semasa. Guru bukan sahaja bertugas untuk mengajar semata, tetapi juga

menjadi pendidik dan „role model‟ kepada kepada para pelajar mereka. Maka,

sememangnya ilmu amat penting dan kualiti profesion perguruan perlu senantiasa

dijaga. Ia bersesuaian dengan pandangan Sharil dan Habib (1993) yang menyatakan

bahawa profesion perguruan perlu mengutamakan perkembangan ke arah idealogi

dan aspirasi kebangsaan, selaras dengan isu-isu masa kini yang menjana untuk masa

hadapan. Perlaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KPM/KBSR, 1983), dan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KPM/KBSM, 1988) jelas menunjukkan

usaha telah mula dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menaiktaraf tahap Pengajaran

dan Pembelajaran (P&P) di Malaysia. Dalam kurikulum baru ini, kerajaan telah

mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai elemen-elemen yang

dapat membentuk kreativiti dan inovasi pelajar seawal di peringkat sekolah rendah

lagi. Sebagai langkah permulaan, elemen kreativiti dan inovasi ini telah mula

diterapkan di sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) melalui subjek

Rekacipta dan Kemahiran Hidup. Namun, kejayaannya sudah pasti bermula dari

guru-guru yang mampu memberi pendekatan dan kaedah yang betul untuk

mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar tersebut.

Malaysia kini dalam usaha menuju ke arah negara maju yang berpotensi di

mata dunia. Dengan itu, corak pendidikan negara juga telah mula berubah dan

menekankan elemen kreatif dan inovatif dalam setiap pembelajarannya. Falsafah

Pendidikan di Malaysia adalah untuk memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini jelas

menunjukkan bahawa kecerdikan dan intelektual pada seseorang individu sahaja

tidak mencukupi. Malahan, Malaysia sebenarnya memerlukan individu yang terdidik

dari segi kognitif, afektif dan psikomotor untuk berfikir secara matang, berkemahiran

untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi

pendidikan negara (Siti Zabedah, 2006). Ia penting sebagai pemangkin kejayaan bagi

sesebuah negara untuk mencapai

Page 25: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

4

matlamat negara maju dan berdaya saing di peringkat global. Mohd Alias (1995)

menyatakan bahawa “Pendidikan menjadi faktor penting dalam era pasca

perindustrian dan perdagangan kerana ilmu dan maklumat menjadi aset yang bernilai

kepada seseorang pekerja apabila teknologi pengeluaran bertukar menjadi lebih

saintifik dan halus (teliti)”. Kenyataan itu ditegaskan lagi oleh Yahya (2002), yang

menyatakan bahawa para majikan di sektor-sektor industri memerlukan pekerja yang

berkemahiran dan berkualiti, bukan sekadar dari segi fizikal, malahan dari segi

intektual dan keupayaan minda untuk berfikir secara lebih kreatif dan kritis dalam

menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Dalam konteks pendidikan juga, kemahiran generik adalah kemahiran utama

yang perlu ada pada pelajar dalam melaksanakan tugas dengan sempurna. Kemahiran

seperti ini membantu pelajar membuat persediaan untuk menghadapi persekitaran

kerja (Azam, 2007). Maximus (Harian Metro, 30 Julai 2010) menyatakan bahawa

kejayaan sesebuah negara pada masa akan datang adalah bergantung kepada modal

insan yang kreatif dan berinovasi. Malahan, ia selaras dengan hasrat untuk mencapai

pembangunan mampan, berpaksikan model baru ekonomi berlandaskan budaya

kreativiti dan transformasi inovasi yang ingin direalisasikan oleh Perdana Menteri

dan seluruh rakyat Malaysia. Ismail Abdullah ( Berita Harian, 24 Ogos 2010)

menegaskan pula bahawa, dalam agama Islam juga amat menggalakkan elemen

kreativiti dan inovasi yang mampu menyumbang kepada kebaikan manusia sejagat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa Tahun 2010 merupakan

Tahun Kreativiti dan Inovasi. Pelbagai program dan pertandingan telah diadakan

bagi menjana

Page 26: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

5

perkembangan ekonomi negara. Malahan, kerajaan bercadang untuk membina Pusat

Inovasi Negara (MyNIC) yang akan disokong oleh satu rangkaian pusat

kecemerlangan untuk perpaduan dan kerjasama strategik dalam perkongsian

kepintaran membentuk inovasi di kalangan warga Malaysia (Ismail Abdullah; Berita

Harian, 24 Ogos 2010). Namun, usaha dan cita-cita kerajaan tidak mungkin tercapai

sekiranya tidak mendapat sokongan dan kerjasama dari masyarakat di negara ini.

Malahan, segala perancangan kerajaan ini sememangnya bermula semenjak di

bangku sekolah rendah lagi. Ini kerana, generasi muda inilah yang akan menjadi

pemangkin kepada kejayaan program tersebut.

Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa „orang‟ yang paling penting

merealisasikan hasrat tersebut adalah guru-guru di sekolah, khususnya guru-guru

yang mengajar mata pelajaran yang berkaitan dengan kreativiti dan inovasi, seperti

Rekacipta dan Kemahiran Hidup. Untuk memastikan bahawa guru-guru ini mampu

memiliki elemen kreativiti dan inovasi dalam diri mereka, segalanya haruslah

bermula diperingkat Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi

Awam (IPTA) yang melatih bakal-bakal guru tersebut. Ini bermakna, pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) haruslah sentiasa berkolaberasi dengan

pihak IPG dan IPTA dalam merencanakan matlamat tersebut. Laporan Jemaah Nazir

Persekutuan juga mendapati bahawa, ramai guru yang tidak menerapkan elemen

kemahiran berfikir secara kreatif dan inovasi dalam P&P walaupun kemahiran ini

telah lama diperkenalkan di sekolah secara tidak formal (Dhanaphal, 2010). Ini

memberikan satu kesan terhadap hasrat kerajaan yang mahukan pendidikan

melahirkan pelajar kelas pertama, berminda kreatif dan pertumbuhan ekonomi

negara berasaskan kreativiti dan inovasi.

Jadual 1.1 dibawah menunjukkan hasil temu bual awal yang telah dilakukan

dengan beberapa orang pensyarah dan tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan

Page 27: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

6

Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia (UTM).

Mereka menyatakan bahawa bakal-bakal guru yang mengambil kursus Kemahiran

Hidup (SPH) ini mempunyai tahap kreativiti dan inovasi yang agak rendah. Ini

berdasarkan kepada gerak kerja yang diperolehi dari pemerhatian dan hasil kerja

pelajar berkenaan. Golongan pelajar perempuan khususnya dikatakan mempunyai

daya imaginasi yang agak rendah berbanding dengan pelajar lelaki. Mereka ini

dikatakan tidak mampu melihat dan melakukan sesuatu pemerhatian secara lebih

telus terutamanya dalam subjek Lukisan Kejuruteraan. Namun, pelajar perempuan

selalunya lebih bersedia untuk belajar dan berusaha berbanding dengan pelajar lelaki

yang dikatakan suka mengambil sikap sambil lewa dan melakukan tugasan di saat-

saat akhir.

Kenyataan ini juga mendapat sokongan daripada beberapa orang guru sekolah

yang pernah menyelia guru-guru pelatih dan guru baru (Jadual 1.2). Melalui

temubual ini, mereka beranggapan bahawa golongan muda ini dikatakan malas

berusaha mencari bahan untuk Alat Bantu Mengajar (ABM), dan hanya

mengharapkan bahan yang sedia ada di sekolah. Bakal guru dan guru muda ini

dikatakan tidak boleh menyelesaikan sesuatu permasalahan sendiri dan

mengharapkan bantuan daripada guru-guru lain, dalam erti kata lain mereka ini tidak

memiliki ciri-ciri guru yang kreatif dan berinovasi. Bradley (2007) pula menyatakan

bahawa isu yang sering dibincangkan oleh guru-guru dan pensyarah ialah bagaimana

untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi dikalangan bakal-bakal guru.

Jadual 1.1: Dapatan permasalahan sikap pelajar SPH hasil daripada temuramah

dengan pensyarah dan tenaga pengajar UTM.

No Komponen permasalahan Dapatan kajian

1 Penglibatan pelajar dalam aktiviti P&P

i. Hasil kerja yang kurang kemas dan nampak

biasa sahaja.

Page 28: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

7

No Komponen permasalahan Dapatan kajian

untuk kerja-kerja amali (bengkel) ii. Penyelesaian masalah- tidak boleh berfikir

sendiri dan sentiasa mengharapkan bantuan

daripada orang lain.

iii. Gerak kerja yang agak lambat dan kurang

sabar.

iv. Idea dan imaginasi masih perlu digilap.

2 Penglibatan pelajar dalam aktiviti P&P

dalam kelas (teori)

i. Tidak suka menyoal atau memberi pendapat

dan diam apabila disoal.

ii. Perasaan takut ditertawakan dan malu masih

kuat menguasai diri pelajar.

iii. Pengetahuan- hanya berdasarkan nota yang

diberi oleh pensyarah.

iv. Tidak mampu memberi buah fikiran yang

lebih advanced atau sesuatu yang diluar bilik

kuliah (idea yang lebih berimaginatif)

3 Hasil tugasan / assignment (teori)

i. Kebanyakan pelajar suka ambil jalan mudah

(cut and paste).

ii. Kurang atau tiada langsung bahan bacaan lain

atau rujukan dalam penulisan kerja mereka

iii. Pelajar majoriti suka melakukan kerja

mereka di saat-saat akhir.

iv. Hasil kerja yang kurang memuaskan –janji

siap.

Jadual 1.2: Dapatan permasalahan sikap guru praktikal dan guru baru, hasil daripada

temuramah dengan guru-guru penyelia.

No Komponen permasalahan Dapatan kajian

1 Sosialisasi guru praktikal dan guru baru

di sekolah

i. Kurang keyakinan diri

ii. Tidak pandai bergaul dan kurang hormat

pada guru-guru sedia ada di sekolah.

iii. Suka buat hal/ kerja sendiri.

iv. Kurang motivasi dalam diri

2 Hasil kerja guru praktikal dan guru baru

i. Kurang kreatif –malas mencari bahan dan

menggunakan ABM yang sedia ada sahaja.

ii. Tidak boleh menyelesaikan masalah sendiri-

mengharapkan bimbingan dan bantuan

daripada orang lain.

iii. Cetusan idea yang kurang bernas –pemikiran

yang tidak berkembang

iv. Tidak menerima teguran dan kritikan orang

lain- rasa diri dah betul.

Page 29: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

8

Atas sebab-sebab inilah kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti tahap

Kreativiti Bakal Guru di Pusat Pengajian Tinggi.

1.3 Pernyataan Masalah

Temubual dan kajian awal menunjukkan bahawa kreativiti yang wujud dalam

diri bakal-bakal guru ini adalah rendah. Dalam dunia pendidikan masa kini, guru

dituntut untuk melakukan perubahan paradigma ke arah pengajaran dan

pembelajaran yang lebih kreatif dan berinovasi (Mohd Ali, 1994). Maka dengan itu,

satu kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti tahap elemen-elemen kreativiti

yang wujud dalam diri bakal-bakal guru ini.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk menilai elemen-elemen kreativiti dalam diri

bakal guru di Fakulti Pendidikan (FP) ini. Objektif ini di bahagikan kepada beberapa

bahagian iaitu:-

1. Menilai elemen kreativiti Inspirasi yang ada pada bakal-bakal guru

SPH di UTM, Skudai.

2. Menilai elemen kreativiti Kejelasan yang ada pada bakal-bakal guru

SPH, UTM Skudai.

3. Menilai elemen kreativiti Penilaian yang ada pada bakal-bakal guru

SPH, UTM Skudai.

Page 30: KREATIVITI PROFESIONALISME BAKAL GURU DI PERINGKAT … · 2011. 10. 11. · Dalam usaha menjayakan projek ini, ... menggunakan kaedah pemilihan sampel rawak mudah. Data yang diperoleh

9

4. Menilai elemen kreativiti Saringan yang ada pada bakal-bakal guru

SPH, UTM Skudai.

5. Menilai elemen kreativiti Pengeraman yang ada pada bakal-bakal

guru SPH, UTM Skudai.

6. Menilai elemen kreativiti Daya Usaha yang ada pada bakal-bakal guru

SPH, UTM Skudai.

1.5 Persoalan Kajian

1. Sejauh manakah elemen kreativiti Inspirasi wujud dalam diri bakal-

bakal guru SPH, UTM, Skudai?

2. Sejauh manakah elemen kreativiti Kejelasan wujud dalam diri bakal-

bakal guru SPH, UTM Skudai?

3. Sejauh manakah elemen kreativiti Penilaian wujud dalam diri bakal-

bakal guru SPH, UTM Skudai?

4. Sejauh manakah elemen kreativiti Saringan wujud dalam diri bakal-

bakal guru SPH, UTM Skudai?

5. Sejauh manakah elemen kreativiti Pengeraman wujud dalam diri

bakal- bakal guru SPH, UTM Skudai?

6. Sejauh manakah elemen kreativiti Daya Usaha wujud dalam diri

bakal- bakal guru SPH, UTM Skudai?