krb 301

14
Tugasan 1 (a) Tuntutan terhadap kepentingan membaca bermula pada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu pertama kepada baginda yang berbunyi “Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah-darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-Alaq:ayat 1-5). Beberapa orang tokoh telah mentafsirkan makna membaca antaranya Harris dan Sipay (1980) mengatakan “membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis. Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah merupakan lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah satu proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak 1

Upload: cik-baco

Post on 10-Jun-2015

149 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

KRB

TRANSCRIPT

Page 1: KRB 301

Tugasan 1 (a)

Tuntutan terhadap kepentingan membaca bermula pada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi

di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu pertama kepada baginda yang berbunyi

“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk,

Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah-darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang

Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia

apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-Alaq:ayat 1-5). Beberapa orang tokoh telah

mentafsirkan makna membaca antaranya Harris dan Sipay (1980) mengatakan “membaca

dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang

bercetak dan bertulis.

Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah

merupakan lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.

Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat

diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu

memperluaskan pemikiran idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam

pelbagai bidang. Membaca ialah satu proses kebalikan daripada proses menulis. Proses

membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis

kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.

Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti

verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan

bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu

kepada pemikiran. Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran

kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas

bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan.

Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti

mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi

mencapai kejayaan dalambidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri

menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Maka jelaslah bahawa apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah

mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu

membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan

murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri

daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang

1

Page 2: KRB 301

berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan

tidak sama.  Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika

dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar

bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah

membaca apabila mereka berada di sekolah. 

Maka, sebagai seorang guru yang mengajar bahasa perlu mempunyai banyak

kemahiran yang boleh digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu. bagi memastikan semua

murid mampu menguasai semua kemahiran dalam bahasa sama ada kemahiran membaca,

menulis, bertutur den mendengar. Sepertimana pengajaran kemahiran intensif juga boleh

digunakan oleh guru dalam pengajaran bacaan.

Kemahiran bacaan intensif bermaksud kegiatan membaca yang menuntut ketelitian

dan dilakukan secara saksama. Bacaan ini dibaca secara lebih giat, hebat dan bersungguh-

sungguh. Ia melibatkan penelitian yang lebih terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara

yang terlibat dengan bacaan intensif adalah membaca telaah isi dan telaah bahasa. Telaah isi

menekankan penelitian, pemahaman, membaca kritis dan membaca idea manakala telaah

bahasa pula menekankan aspek-aspek yang berkaitan bahasa. Bacaan intensif merupakan

peringkat bacaan yang membolehkan para pelajar mengembangkan beberapa kebolehan,

antaranya ialah kebolehan meneliti bahan bacaan dari segi penggunaan kosa kata, tatabahasa,

kata kerja dan sebagainya.

Bacaan intensif juga melatih pelajar memahami dan mentafsir sesuatu bacaan dengan

cepat dan tepat. Selain itu, bacaan intensif juga melatih pelajar dalam usaha mendapatkan

maklumat secara terperinci. Kemahiran-kemahiran sangat berguna kepada guru bahasa

terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Berikut

adalah prosuder pelaksanaan kemahiran membaca intensif yang dijalankan di kelas 3 Amanah

seperti di bawah :

2

Page 3: KRB 301

Carta Alir Pelaksanaan Kemahiran Intensif

Berdasarkan kepada carta alir pelaksanaan kemahiran bacaan intensif ini

berkepentingan kepada guru. Seperti pengajaran bacaan menggunakan bahan bacaan bercetak

Sastera yang berunsurkan genre kanak-kanak. Pelaksanaan pengajaran bacaan ini dengan

mengunakan kemahiran intensif. Guru-guru hendaklah menggunakan mengikuti prosuder

pelaksanaan kemahiran intensif seperti carta alir di atas. Di mana langkah pertama guru

berbincang dengan murid-murid tentang bahan bacaan yang ingin digunakan di dalam kelas

seperti bahan bercetak karya sastera yang menepati ciri-ciri murid yang ingin diajar. Selepas

itu, guru hendkalah menggunakan pelbagai strategik atau aktiviti yang berlainan setiap hari,

seperti kaedah membaca dengan laju bahakan murid digalakkan menggunakan kamus sebagai

3

Mula

Bahan bacaan intensif itu hendaklah dibincangkan

bersama oleh murid dalam kelas

Dianalisis

Dijadikan asas untuk latian menulis

Aktiviti dalam kelas hendaklah dipelbagaikan dan ditukar setiap hari.

mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan

latihan perkamusan

latihan meneka maksud mengikut konteks

membaca dengan laju dan sebagainya.Murid dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa

Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh dipelbagaikan

Segala kajian harus dibuat secara mendalam.bentuk salah betul

bentuk objektif

bentuk lisan

bentuk jawpan betulis

Page 4: KRB 301

bahan rujukan tatabahasa. Selain itu, guru juga hendaklah mempelbagaikan soalan-soalan

bertujuan untuk melihat tahap kefahaman murid dalam kemahiran membaca dengan bahan-

bahan yang digunakan dan akhir sekali guru hendaklah mengkaji sejauhmana keberkesanan

pengajaran dengan menggunakannkemahiran tersebut.

Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan

kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia

juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan

penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.

Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada

guru-guru. Secara keseluruhan, penyediaan carta alir tentang pelaksanaan kemahiran intensif

dalam kemahiran membaca adalah sangat memberi input kepada kita untuk memastikan

sesuatu tindakan yang kita hendak laksanakan tercapai dengan berdasarkan carta alir yang

disedian disebabkan carta alir ini merupakan langkah-langkah yang mesti dituruti dan

dilakukan berdasarkan carta alir yang telah disediakan.

Tugasan 1 (b)

Tajuk : Sekolah Ku

1.0 Aktiviti Nyayian

Di dalam pengajaran pantun, guru perlu bijak dalam merancang pelbagai stratgik dan aktiviti

yang bersesuaian dengan latar belakang pelajar dan kemampuan mereka. Maka dalam

pengajaran pantun ini saya menggunakan kaedah atau aktivit nyanyian. Aktiviti nyanyian

adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak khusunya

kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau

4

1) Hari-hari saya ke sekolah,Pergi ke sekolah bersama dinosaur;Sukanya hati cikgu tak marah,Kerana saya berkawan dengan dinosaur. 3)Dino tunggu di pintu sekolah, Saya belajar penuh semangat; Beg saya bewarna merah, Guru mengajar saya mengingat.

2) Dinosaur saya bernama Dino,Saya berkawan sejak dulu;Pergi sekolah bersama Dino,Melintas jalan Dino dahulu.

Page 5: KRB 301

dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan

berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak

dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi

memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan,

tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak

adalah seperti permaian jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat,

lagu ucapan dan lagu serantau.

Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan

kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial

mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan

mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul

adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

2.0 Objektif

Di akhir pengajaran murid akan dapat seperti berikut :

i. Membaca lancar pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang

menarik.

ii. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam sajak.

3.0 Masa

Dalam aktiviti ini, saya mengambil masala 1 jam dalam melaksanakan aktiviti seni lukis ini

bagi melihat sejauhmana kebereksanan aktiviti menyanyi ini dalam membantu meningkatkan

kepahaman mereka tentang pengajaran pantun serta secara lansung dapat meningkatkan

perkembangan kreativiti kanak-kanak . Berikut adalah butir-butir waktu menjalakan aktiviti

tersebut;

Waktu : 12.20- 01.20 Petang (ISNIN)

Golongan sasaran : Tahun 3 Amanah

Bilangan Murid : 20 Orang.

4.0 Kelebihan atau Keberkesanan

Melalui aktiviti nyanyian dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.

Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan

5

Page 6: KRB 301

membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di

persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan

aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui

aktiviti menyanyi secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan

cara menyanyi.

Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak

melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu,

secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian

ini juga kanak-kanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan

sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa

soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang

mereka lakukan.

Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan

kanak-kanak. Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan

orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga,

binatang atau haiwan sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti

yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui

aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Selain itu, aktiviti

main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan

penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep

dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak.

Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.

5.0 Langkah Pelaksanaan Aktiviti Nyanyian

Di dalam melaksanakan sesi pembelajaran pantun melalui aktiviti nyanyia mengikut langkah-

langkah seperti berikut :

Guru memperdengarakan lagu “Dodoi Suriram” melalui LCD. Guru mengajukan

soalan kepada murid tentang lagu apakah yang diperdengarkan, kemudian guru

mengaitkan lagu dan pantun dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Guru menayangkan teks  kepada pelajar menggunakan LCD.

Guru meminta murid melafazkan pantun dengan suara yang lantang dan

sebutan yang betul;

Guru membimbing murid melafazkan pantun;

6

Page 7: KRB 301

Guru membetulkan kesalahan intonasi dan sebutan murid;

Menyanyi lagu Suriram dengan memasukkan pantun-pantun yang baru dipelajari dan

guru membimbing murid menyanyi bersama-sama;

Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan mengikut pelbagai aras kebolehan.

Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan perbincangan dalam

kumpulan.

Wakil setiap kumpulan diminta membaca dan membentangkan hasil perbincangan

kumpulan serta menyanyikan lagu tersebut.

Guru memberikan ulasan dan peneguhan terhadap jawapan murid.

6.0 Cadangan Penambahbaikan

Guru perlu sentiasa prihatian dengan komunikasi dan interaksi murid di dalam kelas serta

memastikan objektif pembelajaran sampai kepada pelajar yang pelbagai aras. Berikut adalah

cadangan yang harus dipraktikan oleh guru-guru iaitu:

Guru hendaklah memastikan pengajaran dan pembelajaran melibatkan semua pelajar

dalam aktiviti yang dijalankan.

Memastikan keadaan kelas lebih kondusif kerana ianya mampu mempengaruhi

pembelajaran murid.

Guru perlu mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan murid-murid.

Guru hendaklah menggunakan strategik berpusatkan kepada murid.

Tugasan 1(c)

Puisi : Baru Belajar Pantun

7

Cempedak di luar pagar,

Ambil galah tolong jolokkan,

Saya budak baru belajar,

Mana salah tolong tunjukkan

Buai laju-lajuSampai puncak sanaApa dalam baju?Sekuntum bunga Cina

Timang tinggi-tinggiSampai cucur atapBelum tumbuh gigiPandai baca kitab

Page 8: KRB 301

Berdasarkepada kedua-dua jenis sastera yang berbeza di atas merupakan bahan yang sering

digunakan oleh kanak-kanak di prasekolah. Saya beranggpan bahawa kedua-dua sastera

tersebut mampu meningkatkan perkembangan kreatif dan kemampuan murid-murid di dalam

membaca. Sastera kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana

peranannya dalam memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut

pembelajaran dan pengajaran. Sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang ditulis

khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentuk

penulisan kreatif dam imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburan dan dinilai

oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai

agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama

ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus

berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah

perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.

Berdasarkan kepada kedua-dua bahan bacaan tersebut sebagai medium untuk

mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera. Kedua-dua bahan ini

berperanan sebagai wadah bagi mendekatkan sastera kepada kanak-kanak. Watak haiwan

digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak. Hal ini disebabkan naluri

kanak-kanak yang secara semula jadinya suka dengan hiburan dan selokah. Justeru, tidak

sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera.

Selain itu, kedua-dua sastera tersebut merupakan medium bagi mempertingkatkan

tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak dan remaja. Ia

diransang sewaktu mereka mengikuti plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca.

Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian,

gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatih mereka untuk

mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka.

Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak

memberi ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang

kesusasteraan.

Sastera kanak-kanak juga berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada

khalayak pembaca. Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang dalam

hasil sastera kanak-kanak dan sastera remaja ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif

kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba  dan berkasih sayang.

Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman kanak-

kanak lagi. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berperanan dalam memberi teladan

kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka

8

Page 9: KRB 301

berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca

oleh mereka. Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai

dan budi pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mampu berdiri

sebagai alat yang dapat membantu khalayak pembacanya membina nilai-nilai murni.

Sebagai kesimpulannya sastera kanak-kanak bukan sahaja berperanan sebagai alat

hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti. Pengarang yang

menghasilkan karya sastera kanak-kanak dan sastera remaja mestilah mempunyai tahap

intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut. Hal ini disebabkan golongan ini adalah

golongan yang mudah diberi pendedahan bak kata pepatah “kanak-kanak merupakan kain

putih yang perlu dicorakkan.”  Oleh itu, setiap hasil karya sastera kanak-kanak itu perlu

mempunyai unsur yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak sebagai generasi yang

mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak yang hendak dihasilkan perlulah

menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut. Tahap kecerdasan pemikiran seseorang

kanak-kanak dan remaja itu terletak pada tahap keintelektualan pengarang itu sendiri.

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur;Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan

Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992) . Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran Berbahasa

KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Puteh, (1987), Sastera  Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala

Lumpur.

http://atim8805.blogspot.com/2010/11/fungsi-sastera-kanak-kanak-dan-remaja.

9