kontrak dan taksiran (dac 21402)

1

Upload: others

Post on 26-Jan-2022

20 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KONTRAK DAN TAKSIRAN(DAC 21402)

Ts. ASLILA BT ABD KADIRJABATAN KEJURUTERAAN AWAMPUSAT PENGAJIAN DIPLOMA

Pengenalan

Topik ini merupakan pengenalan asas terhadapkontrak binaan bagi kursus Kontrak dan Taksiran

Topik ini meliputi; Tujuan dan kepentingan kontrak dalam industri binaan Pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak binaan Prinsip kontrak : Definisi dan Elemen-elemen kontrak

DEFINASI KONTRAK

“suatu persetujuan yang mengikat dari segi undang-undangyang dibuat diantara dua atau lebih pihak. Hak-hak terhadappersetujuan diperolehi oleh satu pihak atau lebih bagi sesuatutindakan atau penahanan diri daripada melakukan sesuatuoleh pihak yang satu lagi”.

Akta Kontrak 1950

“suatu perjanjian yang berkuatkuasa di bawah undang-undang”

Bidang-Bidang Kontrak Binaan

Kontrak bekalan yang bermaksudmembekal dan menghantarbahan-bahan, barang-barangatau kelengkapan misalnya bahanbinaan, kelengkapan pejabat dansebagainya.

Bidang-Bidang Kontrak Binaan

Kontrak kerja yang meliputibukan sahaja membekal tenagaburuh dan bahan binaan tetapijuga melaksana dan menyiapkankerja, contohnya kerja bangunan, kejuruteraan awam dan lain-lain.

Bidang-Bidang Kontrak Binaan

Kontrak perkhidmatan yang ditakrifkan sebagai khidmat yang diberikan dengan cara tenagaatau pun menggunakan kemahiranuntuk mendapatkan upah.

Tujuan Dan Kepentingan Kontrak Dalam IndustriPembinaan

untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud kemudiannya. Tatacara kontrak binaan adalah rumit prosesnya mengambil masa yang lama.

menentukan peranan, tugas dantanggungjawab pihak-pihak yang terlibat.

Ia memberi panduan kepada pihak-pihakyang terlibat di dalam melaksana dan mentadbirprojek berkenaan.

Contract Purposes

Ensure Contract Objective Met; ieCost, Time,Quality

Satisfaction of Parties to Contract

Fair and efficient Control and Admission

of Contract

Formalization of Legal

Framework

Efficient Planning of legal

Framework For Parties

Minimization/Elimination of

disputes

Contract Fully Discharged By

Mutual Performance

PARTIES INVOLVE

CLIENT

CONSULTANT

CONTRACTOR

Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Kontak Binaan

Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Kontak Binaan : Klien

Majikan @ pemilik Klien merupakan individu atau badan yang menghendaki

sesuatu projek dilaksanakan. Tanggung jawab

menyediakan ringkasan projek berkaitan kehendak dan juga objektif

membuat bayaran kepada kontraktor bagi kerja-kerja yang telah dibina.

Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Kontak Binaan : Perunding

Kumpulan ini terdiri daripada perunding-perunding professional dari pelbagai disiplin yang diambil bekerja oleh pihak klien.

Tanggungjawab menyediakan rekabentuk bangunan, menyediakan pelan Menguruskan dan menyelia projek.

Antaranya pihak perunding tersebut ialah Arkitek, Jurutera, Jurukur Bahan, Arkitek landskap, pengurus projek dan lain-lain yang berkaitan.

Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Kontak Binaan : Kontraktor

Pihak menjalankan kerja-kerja pembinaan secara fizikal berdasarkan kepada dokumen kontrak yang telah disediakan oleh kumpulan perekabentuk.

Tanggungjawab memastikan kerja-kerja pembinaan mengikut

spesifikasi, masa dan kos yang telah ditetapkan. mereka perlu menyediakan anggaran yang tepat,

perancangan dan penjadualan pembinaan

Pendaftaran kontraktor semua kontraktor samada tempatan atau asing perlu

berdaftar dengan Lembaga Pembangunan IndustriPembinaan Malaysia (CIDB)

Pendaftaran Kontraktor

PRINSIP KONTRAK

FIRM OFFER/PROPOSAL(Tawaran/cadangan)

UNQUALIFIED ACCEPTANCE(Penerimaan)

CONSIDERATION(Balasan)

VALID/ENFORCEABLE AGREEMENT

LAWFUL OBJECT AND CONSIDERATION

Sah disisi undang-undang

FREE CONSENT (Rela/tanpa paksaan)

PHYSICAL/LEGAL POSSIBILITYKapasiti/keupayaan

CERTAINTY OF TERMSBoleh dilaksanakan

INTENTION TO CREATE LEGAL RELATIONS

(Niat)

Tawaran/cadangan

satu pengakuan atau persetujuan yang dibuat dengan hasrat untuk mewujudkan hubungan.

Klausa 2(a) menyatakan “apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu, dengan maksud untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri, maka bolehlah dikatakan bahawa orang itu membuat cadangan”.

Syarat-syarat yang terdapat dalam tawaran akan menjadi syarat kontrak apabila berlaku penerimaan.

Penerimaan

pengakuan persetujuan terhadap tawaran yang dikemukakan tanpa ada syarat-syarat tambahan.

Klausa 2(b) pula menyatakan “apabila seseorang kepada sesiapa cadangan itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu, cadangan itu adalah dikatakan diterima; sesuatu cadangan bila diterima adalah menjadi janji”.

Penerimaan perlu dibuat dalam tempoh yang munasabah, tanpa syarat dan mutlak.

Balasan

imbuhan, faedah atau keuntungan atau sebaliknya yang akan diperolehi atau dinikmati oleh pihak yang berkontrak.

Contohnya kontraktor mendapat bayaran kerana melaksanakan dan menyiapkan kerja-kerja dengan sempurna dan klien/majikan pula menerima bangunan yang siap.

Niat

Pihak yang terlibat mestilah mempunyai niat atau hasrat untuk sama-sama menjalin kontrak yang sah di sisi undang-undang.

Niat dikatakan telah wujud apabila seseorang itu berbuat sesuatu atau menahan diri dari berbuat sesuatu sama ada secara tersirat atau pun tersuratyang menunjukkan ia bersungguh-sungguh untuk mewujudkan hubungan kontrak.

Mereka juga bersedia menerima akibat di sisi undang-undang sekiranya mereka tidak menyempurnakan kontrak.

Rela/Tanpa Paksaan

Persetujuan dalam perjanjian dibuat dalamkeadaan merelakan tanpa ada unsur-unsurpaksaan. Pihak-pihak yang ingin mewujudkanhubungan kontrak mestilah dengan kerelaannyasendiri tanpa ada paksaan, pengaruh tak wajaratau ancaman daripada mana-mana pihak.

Klausa 14 menyatakan kerelaan adalah bebasapabila tidak disebabkan oleh paksaan, pengaruh tidak berpatutan, tipu, salahnyatadan khilaf.

Sah disisi undang-undang

Kontrak yang diwujudkan mestilah tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan atau undang-undang di mana ia tertakluk. Kontrak yang menjurus kepada perkara-perkara yang menyalahi undang-undang adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah

Sah disisi undang-undang

Tujuan sesuatu kontrak yang tidak sah adalah;dilarang oleh undang-undang akan mengecewakan peruntukan mana-mana

undang-undang merupakan fraud

Berniat untuk memperdaya; saranan tidak benar, menyembunyikan fakta, tiada niat

mendatangkan atau melibatkan bencana atau harta orang lain

tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam.

Boleh dilaksanakan

Kemampuan pihak yang berkontrak untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing seeprti yang terkandung dalam kontrak. Kontrak yang kabur atau pelaksanaannya tidak pasti adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di mahkamah.

Seksyen 30 menyatakan perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tertentu atau tidak boleh ditentukan adalah terbatal.

Kapasiti/keupayaan

Pihak yang berkontrak berkeupayaan untuk melaksanakan kontrak dari segi fizikal dan undang-undang.

Pihak yang berkontrak samaada individu atau perbadanan yang ditubuhkan melalui kuatkuasa undang-undang.

Menurut Seksyen 11 Akta Kontrak, untuk membolehkan kontrak itu sah, pihak yang berkontrak mestilah memenuhi syarat berikut; dewasa menurut undang-undang berakal sempurna semasa membuat kontrak tidak hilang kelayakan daripada membuat kontrak

Pembentukan Kontrak Binaan

InitiationFeasibility

StudyDesign Tender Construction Commission & Handover

• concept design• authorities

policyDefect Liability Period

•Certificate of Practical Completion•Certificate of Fitness

• Certificate Of Completion

• Making Good Defect

• Schematic design• Detailed design• Approval

• Call/open tender• Tender report

Lette

r of

Acc

epta

nce

• Project brief

Elemen Penerangan1 Tawaran/cadangan Harga tender yang ditawarkan oleh kontraktor dalam Borang

Tender2 Penerimaan Majikan bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pihak

kontraktor. Surat setuju terima tender3 Balasan Majikan membayar kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh

kontraktor. Bayaran kemajuan kerja4 Niat Majikan berhasrat untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan

dan mengadakan hubungan kontrak dengan pihak pembina.5 Rela/Tanpa Paksaan Pihak yang berkontrak bersetuju dengan maklumat di dalam

dokumen tender tanpa ada paksaan ataupun ancaman daripadamana-mana pihak.

6 Sah disisi undang-undang

Syarat-syarat kontrak tidak bertentangan dengan mana-manaperaturan atau undang-undang. Penggunaan Borang KontrakSetara seperti JKR 203A dan Borang PAM.

7 Boleh dilaksanakan Pihak yang berkontrak mampu melaksanakan tanggungjawabmasing-masing seperti yang terkandung dalam kontrak.

8 Kapasiti/keupayaan Kelayakkan pihak berkontrak dipenuhi seperti sebagaimana yangdinyatakan dalam iklan tender.

Hubungan Elemen Kontrak dalam Kontrak binaan

Kontrak dibuat secara bertulis dengan menggunakan borang kontrak setara

JKR 203 standard form for public sector work and other works let out by Government agencies and those funded by the Malaysian Treasury

PAM 2006

PAM standard form for private sector work.

CIDB

For private sector –building works

For engineering works

The Institution of Engineer Malaysia (IEM)

(Federation Internationals Des Ingenieurs Counsels) yang digunakan untuk projek-projek antarabangsa.

Borang kontrak FIDIC

Kelebihan Borang Kontrak Setara

Borang kontrak ini telah dipersetujui dan diperakui oleh semua pihak yang terlibat di dalam industri binaan seperti pertubuhan-pertubuhan professional, pertubuhan kontraktor, pembekal dan pertubuhan majikan.

Ia selaras dengan dan lebih adil kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat di dalam kontrak berbanding dengan borang kontrak persendirian yang lebih cenderung kepada pihak majikan.

Borang kontrak piawai telah digunakan dengan meluas di dalam pelbagai jenis kontrak binaan sama ada projek bangunan atau pun kejuruteraan awam. Oleh itu, pihak-pihak yang terlibat di dalam industri binaan telah pun faham dan mahir dengan selok-belok kontrak apabila menggunakan borang kontrak piawai tersebut.

Borang kontrak piawai cuba merangkumi semua aspek pentadbiran kontrak dan perlaksanaan pembinaan. Oleh itu, sebarang pertikaian yang wujud akan dapat diselesaikan dengan mudah dan dapat memuaskan hati kedua-dua belah pihak.

PELEPASAN KONTRAK

Pelepasan Kontrak

Pihak-pihak berkontrak menjadi bebas dari melaksanakan tanggungjawabnya.

Semua hak terhapus Cara pelepasan;

Pelaksanaan ; dengan menyempurnakan janji – kontrak tamat Persetujuan ; kedua-dua pihak bersetuju untuk memutuskan

hubungan undang-undang Operasi undang-undang ; tamat tempoh kontrak, muflis Kekecewaan atau kemustahilan; dikecewakan oleh sesuatu

kejadian-mati, terhapus elemen kontrak Kemungkiran kontrak

Kemungkiran Kontrak

Berlaku apabila; Gagal atau enggan melaksanakan obligasinya Melakukan dengan tidak sempurna Menunjukkan niat untuk tidak melaksanakan

obligasinya sebelum masa pelaksanaan.