konstruktivisme

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN Sejarah TINGKATAN 2 Bestari TARIKH/HARI 9/10/2013 (Rabu) MASA 8.30 -9.10 Pagi (40 minit) BILANGAN PELAJAR 25 Orang TEMA Tema 3: Kemakmuran kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah TAJUK Kedudukan strategik mendorong penguasaan British 1.4 Pertapakan SHTI di Singapura 1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu 1.6 Penubuhan dan pentadbiran Negeri-Negeri Selat HASIL PEMBELAJARAN Aras 1 1. Menceritakan tentang pertapakan SHTI di Singapura 2. Menyatakan sebab-sebab pihak SHTI mengambil Singapura 3. Memerihalkan penapakan SHTI di Pulau Pinang Singapura dan perpecahan Kepulauan Melayu yang membawa kepada penubuhan Negeri-Negeri Selat. Aras 2 1. Menghuraikan proses pengambilan Singapura dan penubuhan Negeri-Negeri Selat.

Upload: cikgu-siti

Post on 28-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rancangan penjaran harian

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN Sejarah

TINGKATAN 2 Bestari

TARIKH/HARI9/10/2013 (Rabu)

MASA8.30 -9.10 Pagi (40 minit)

BILANGAN PELAJAR25 Orang

TEMATema 3: Kemakmuran kekayaan negara kita menarik British untuk menjajah

TAJUKKedudukan strategik mendorong penguasaan British

1.4 Pertapakan SHTI di Singapura1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu

1.6 Penubuhan dan pentadbiran Negeri-Negeri Selat

HASIL PEMBELAJARANAras 1

1. Menceritakan tentang pertapakan SHTI di Singapura2. Menyatakan sebab-sebab pihak SHTI mengambil Singapura3. Memerihalkan penapakan SHTI di Pulau Pinang Singapura dan perpecahan Kepulauan Melayu yang membawa kepada penubuhan Negeri-Negeri Selat.Aras 21. Menghuraikan proses pengambilan Singapura dan penubuhan Negeri-Negeri Selat.Aras 3

1. Membuat justifikasi tindakan SHTI mengambil Pulau Pinang.

2. Menghubungkaitkan kejatuhan Pulau Pinang dengan penubuhan Negeri-Negeri Selat.

KAEDAH PENGAJARAN

Strategi : Konstruktivisme

(Berpusatkan pelajar)Kaedah : Soal jawab, penerangan

BAHAN BANTU MENGAJAR

Pen Marker, Papan Putih, Buku Teks

KONSEP/ISTILAHPerang Napoleon, Bendahara, pewarisan, Negeri-Negeri Selat, mata wang

KBKK

Menjana Idea, membuat inferens

UNSUR/TINGKAH LAKU PATRIOTISME Perpaduan adalah amat penting dalam mengekalkan kedaulatan negara. Sikap mengeksploitasi hak orang tidak seharusnya dilakukan.

PENGETAHUAN SEDIA

ADAPelajar telah mempelajari tajuk sebelumnya yang menerangkan pertapakan SHTI di Pulau Pinang dan seberang Prai.

LANGKAH PENGAJARANLangkah / Masa

Isi PelajaranAktiviti GuruAktiviti PelajarCatatan

Set Induksi

(5 minit)Bahagian ini penting untuk memberi gambaran awal kepada pelajar tentang apa yang bakal dipelajari.

Matlamatnya adalah untuk menarik perhatian pelajar dan seterusnya meletakkan mereka dalam situasi yang sesuai untuk menerima pengajaran yang akan disampaikan. Setelah selesai bacaan doa memulakan pelajaran dan pelajar duduk di tempat masing-masing, guru bertanyakan khabar secara sepintas lalu (kehadiran pada hari tersebut).

Guru menulis perkataan Negeri-Negeri Selat di papan tulis.

Guru mengajukan soalan kepada pelajar. Soalannya adalah:

Apakah yang anda faham dengan perkataan tersebut?

Berdasarkan beberapa jawapan daripada pelajar, guru mengaitkan jawapan dengan isi pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Guru memulakan topik pelajaran.Pelajar dikehendaki melihat dan memerhati serta memikirkan apa yang ditulis oleh guru di papan tulis.

Pelajar memberi respons terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru. Strategi : Konstruktivisme

(Berpusatkan pelajar)Kaedah : Soal jawab, peneranganBBM : Pen Marker, Papan Putih, Buku TeksKBKK: Menjana Idea, membuat inferens

Langkah 1

(15 minit)

Isi Pelajaran Aktiviti 1: 1.4 Pertapakan SHTI di Singapura SHTI gagal memajukan Pulau Pinang Singapura pangkalan perdagangan yang strategik Taktik Raffles mengambil Singapura

SHTI mencengkam Singapura

Aktiviti 2: (Kerja berkumpulan)1.5 Perpecahan Kepulauan Melayu. 1.6 Penubuhan dan pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

Sebelum guru meneruskan pembelajaran, beberapa orang pelajar diminta menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

Soalan :

a) Apakah punca kegagalan SHTI dalam memajukan Pulau Pinang.

b) Apakah antara keistimewaan yang dimiliki oleh Singapura?

c) Apakah maksud negeri semasa zaman itu?

d) Apakah hubungan yang wujud di antara raja dengan rakyat?

e) Jelaskan konsep negeri dan kerajaan setelah kedatangan kuasa Barat/ British?Setelah mendengar dan berpuashati dengan jawapan pelajar, guru berpindah kepada aktiviti seterusnya.

Pelajar diminta membentuk 4 kumpulan. (masa 5 minit) Kump A perpecahan kepulauan Melayu. Kump B perjanjian Inggeris Belanda 1824. Kump C penubuhan Negeri-Negeri Selat. Kumpulan D pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

Pelajar mendengar soalan daripada guru dan memberi respon terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru.

Pelajar diminta bersedia dengan buku sebagai rujukan untuk maklumat tambahan berkaitan topik yang diajar.

Pelajar diminta mencatat isi-isi penting.

Pelajar memberi respon kepada soalan guru.

Pelajar lain diminta mendengar jawapan yang diberikan oleh kawan mereka dengan teliti.

Pelajar diberikan masa selama (8 minit) untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing dan masa selebihnya adalah sesi perbentangan dapatan kumpulan masing-masing (7 minit)Pelajar mendengar penerangan guru dan diberi peluang bertanya kepada guru sekiranya tidak faham. Malah, pelajar dialu-alukan untuk memberi respon dan rumusan tentang apa yang telah dipelajari pada P&P tersebut.

Strategi : Berpusatkan pelajar

Kaedah : Soal jawab, kerja berkumpulan, Sumbang saran, Perbincangan, peneranganBBM- buku teks

- buku nota

- alat tulis

Langkah 2

(15 minit)

Penilaian dan sesi perbincangan jawapan

Aktiviti 1:

Penilaian secara individu berdasarkan soalan dalam lembaran kerja.Aktiviti 2:

Sesi perbincangan jawapan secara individu (setiap pelajar dipanggil untuk membaca jawapan dalam latihan masing-masing) Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar.

Masa selama 10 minit diberikan kepada pelajar untuk menyiapkan latihan tersebut.

Setelah masa tamat, sesi perbincangan jawapan bermula.

Setiap pelajar perlu membaca jawapan masing-masing.

Guru menyemak soalan tersebut dan memberikan ulasan terhadap jawapan tersebut.

Guru memberikan pujian terhadap jawapan yang betul.

Pelajar membaca soalan tersebut.

Pelajar menjawab latihan tersebut.

Pelajar lain diminta menyemak jawapan bersama-sama dengan guru. Sekiranya terdapat jawapan yang tidak tepat, pelajar diminta merujuk buku teks. BBM

buku teks

lembaran kerja

alat tulis

Penutup

(5 minit)Rumusan isi pelajaranPelajar diminta menyatakan pendapat tentang hasil pelajaran yang diperolehi.

Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran dengan menyelitkan unsur patriotisme dan nasihat kepada kepada pelajar.

Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan pengukuhan.

Pelajar diminta membuat persediaan untuk topik yang seterusnya iaitu dasar campur tangan British di Negeri-Negeri Melayu bagi pertemuan berikutnya. Beberapa orang pelajar diminta memberikan respon serta pendapat masing-masing berkaitan hasil pembelajaran yang diperolehi pada hari itu.

Pelajar mendengar penerangan daripada guru.

Pelajar mendengar arahan guru. Sebagai tugasan lanjutan, pelajar diminta membuat latihan dalam buku kerja (modul).BBM: buku kerja Bab 1 (modul)

Refleksi:

Sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dengan lancar. Guru akan mengajar menggunakan kaedah konstruktivisme. Pelajar akan diberi peluang untuk belajar secara berkumpulan. Pelajar juga akan diberikan latihan dan dibimbing oleh guru.