konstruktivisme
TRANSCRIPT
ILMU PENDIDIKAN
KONSTRUKTIVISME
1. KONSEP
Idea asal konstruktivisme berasal daripada teori Perkembangan Kognitif Piaget dan
teori Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) Vygotsky (1896-1934). Oleh yang
demikian, konstruktivisme boleh didefinisikan sebagai pendekatan pengajaran
berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan
penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya
menerima pengetahuan daripada orang lain. (Mok Song Sang, 2008)
Ini bermakna murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya
kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan
binaan intelektual yang sedia wujud.
Terdapat beberapa andaian yang dibuat oleh Von Glaserfeld. “Pertama adalah, ilmu
pengetahuan dibentuk oleh individu yang mengambil inisiatif sendiri. Kedua, tujuan
membentuk ilmu adalah mengubahsuai diri dalam alam sekitarnya. Terakhir adalah,
proses pembentukan ilmu merupakan hasil rasionalisasi pengalaman individu.”
(Mok Song Sang, 2008)
KAJIAN SOSIAL 1
ILMU PENDIDIKAN
2. CIRI – CIRI KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME
Kaedah pengajaran konstruktivisme mempunyai beberapa ciri-ciri. Pertama adalah,
murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep. Murid
bebas membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sedia ada demi mencapai
kefahaman tentang sesuatu konsep. Murid juga berpeluang berkongsi persepsi antara
satu sama lain. Ini bermakna, murid menggunakan pemikiran yang sama berdasarkan
membandingkan maklumat baru dengan pengalaman sendiri untuk menyelesaikan
sesuatu perselisihan pandangan.
Kedua adalah, murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan sebaya.
Pengalaman yang sama atau hampir sama membuatkan murid menghargai sebarang
pendapat rakan-rakan lain. Justeru, untuk mencapai keberkesanan pembelajaran,
murid merancang strategi, berfikir dan akhirnya menilai aktiviti pembelajaran yang
dilaksanakan.
Ketiga adalah, berpusatkan murid. Guru cuma berperanan sebagai pembimbing
supaya murid dapat mencari makna, terutamanya dalam merancang, mengarah dan
menilai pemikirannya. Selain itu juga, kaedah pengajaran ini bersifat “hands-on dan
minds-on”.
Keempat adalah, pentingkan dan aplikasikan kemahiran saintifik dan berfikir. Murid
diajar mengenai perkembangan operasi yang mengarahkan dan mengawal kemahiran
KAJIAN SOSIAL 2
ILMU PENDIDIKAN
serta proses kognitif (proses metakognitif). Oleh yang demikian, tindakan
rasionalisasi amat dititik beratkan dalam setiap pemikiran murid.
Ciri-ciri yang kelima pula adalah, renungan kembali proses pembelajaran yang telah
dilaksanakan. Murid digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru yang
menerangkan teori. Guru hanya sebagai pembimbing yang membawa kepada proses
pemikiran dan aktiviti yang dijalankan.
Keenam adalah, hubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina. Perkara
terpenting dalam kaedah pengajaran konstruktivisme adalah, murid mesti
menghubungkaitkan pengalamannya dengan maklumat baru yang diterimanya.
Seterusnya, murid akan mengaplikasikan idea yang baru dibina dalam kehidupan
seharian.
Ciri-ciri yang selanjutnya adalah, prihatin kepada keperluan kebolehan dan minat
guru. Ini bermakna, kaedah pengajaran ini mengutamakan keupayaan guru dalam
penyampaian ilmu dan minatnya supaya murid dapat mengaplikasikan teori
berdasarkan pengalaman masing-masing. Lagipun pentafsiran murid terhadap apa
yang diajar guru, berlainan antara satu sama lain.
Ciri-ciri yang terakhir adalah, murid selalunya bekerja secara kumpulan. Guru akan
membuat aktiviti berkumpulan agar murid dapat melontarkan pandangan masing
bersama-sama rakan-rakan sebaya mereka. Setiap persoalan dalam kumpulan akan
KAJIAN SOSIAL 3
ILMU PENDIDIKAN
diselesaikan berdasarkan pengalaman sendiri dan dibimbing melalui maklumat yang
baru disampaikan oleh guru. Selain daripada itu, ia akan mengwujudkan kerjasama
dan perasaan muhibbah. (Mok Song Sang, 2008)
3. KELEBIHAN KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME
Antara kelebihan-kelebihan kaedah pengajaran konstruktivisme, pertama adalah, guru
merupakan penolong, pemudahcara & perancang. Guru hanya berperanan
menyampaikan teori pengajaran dan menghubungkait dengan pengalaman murid
untuk pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan prinsip yang hendak
diajar kepada murid. Ini bermakna, pelajar adalah peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Libatkan diri secara langsung dengan penyelesaian masalah yang
dilaksanakan dalam kelas.
Kedua, terapkan nilai koperatif & kolaboratif dalam diri murid. Murid diminta
bekerjasama dalam kumpulan memberikan hipotesis mereka sendiri (boleh
menentukan miskonsepsi). Kaedah ini boleh memotivasikan pelajar, membimbing,
dan menggalakkan pelajar melibatkan secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Ketiga, tidak menggunakan kaedah atau teknik tradisi seperti, syarahan, menghafal
dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman yang
dibina dalam minda bukannya yang wujud dalam luar minda mereka. Aktiviti yang
KAJIAN SOSIAL 4
ILMU PENDIDIKAN
dilaksanakan dan alat bantu mengajar yang menarik serta pelbagai, membuatkan
murid mudah faham dan berasa seronok.
Keempat, penguasaan teknik lisan dan bukan lisan. Guru hanya membentangkan teori
dan pelajar akan mengadaptasinya sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala
aktiviti dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid. Ini bermakna, guru
dan murid ada menggunakan kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta
penguasaan teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.
4. KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME
Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran konstruktivisme turut mempunyai
kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan yang dapat dikesan adalah, menjadi
penghalang kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana tidak selaras
dengan pandangan saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan kesusahan kepada
murid untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik baru.
Kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan murid untuk merancang strategi,
berfikir dan menilai sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri. Tidak
semua murid mempunyai pengalaman yang sama atau menepati apa yang akan diajar
oleh guru. Masalah ini, kadang kala menyebabkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran menjadi tidak berkesan. Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu
KAJIAN SOSIAL 5
ILMU PENDIDIKAN
diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik oleh
murid. Perkara inilah yang kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan
pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis
idea-idea sedia ada sebelum mereka memahaminya. (Mok Song Sang, 2006)
5. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Kaedah pengajaran konstruktivisme adalah cara terbaik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid-murid lebih mudah memahami subjek pengajaran kerana
mempunyai pengalaman sendiri. Manakala yang bagi tiada pengalaman pula, mereka
boleh berkongsi bersama rakan-rakan sebaya dan menghubung kaitkan dengan
pengalaman yang hampir serupa.
Cadangan penambahbaikan yang difikirkan perlu dalam kaedah pengajaran
konstruktivisme ini adalah, meningkatkan lagi peranan guru apabila aktiviti dalam
kelas diadakan. Teknik pembahagian kumpulan murid-murid dalam kelas mestilah
berpandukan kepada guru, supaya kumpulan menjadi teratur dan aktiviti dapat
dijalankan dengan cepat.
Seterusnya, guru-guru mesti memberi pengukuhan dan peneguhan kepada murid-
murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di adakan. Penjelasan yang
ringkas dan tepat berserta pujian akan menambahkan minat untuk belajar di kalangan
murid-murid.
KAJIAN SOSIAL 6
ILMU PENDIDIKAN
Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran konstruktivisme ini amat sesuai dijalankan
di dalam kelas. Proses penambahbaikan sepatutnya diperbaiki dari masa ke semasa.
6. KESIMPULAN
Teori konstruktivisme amat menekankan kepada ilmu yang dibina oleh murid. Ia
bermula daripada persekitaran. Pengetahuan sedia ada murid akan memberi kesan
yang samada positif atau negatif.
Model- model dalam teori konstruktivisme merangkumi, proses keseronokan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti serta alat bantu mengajar yang pelbagai
(excite), penerokaan cara mendekati konsep (explore), penerangan tentang konsep
yang ingin diajar (explain), penyambungan atau tokok tambah (extend), menukar
kefahaman sedia ada dengan idea yang baru dipelajari (exchange) dan penilaian sama
ada konsep yang difahami oleh murid adalah konsep yang ingin diajar (examine).
Kesimpulannya di sini, pembinaan struktur ilmu tidak berlaku secara tidak sengaja. Ia
mesti mempunyai perancangan dan penyediaan aktiviti yang sesuai dan yang
berpatutan.
KAJIAN SOSIAL 7