konsep ptk bagi kumpulan pengurusan dan profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41...

19
PTK Gred 41 hingga 54 1 MANUAL KURIKULUM PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) BAGI KUMP. PENGURUSAN & PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK) GRED 41 HINGGA 54 Seksyen Penilaian Dalam Perkhidmatan Pejabat Pendaftar, Tingkat 3 Bangunan Pentadbiran

Upload: lecong

Post on 16-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

PTK Gred 41 hingga 54

1

MANUAL KURIKULUM PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

(PTK) BAGI KUMP. PENGURUSAN &

PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK)

GRED 41 HINGGA 54Seksyen Penilaian

Dalam PerkhidmatanPejabat Pendaftar,

Tingkat 3Bangunan Pentadbiran

UNIVERSITI PUTRA

Page 2: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

PTK Gred 41 hingga 54

Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan ProfesionalGred 41 hingga Gred 54

i) Konsep PTK bagi Kumpulan ini adalah berteraskan pemantapan maklumat dan ilmu pengetahuan (GENERIK) serta pembangunan kompetensi (FUNGSIONAL) seseorang pegawai berbanding kaedah peperiksaan seperti yang dilaksanakan sebelum ini. Kompetensi pegawai yang akan diukur dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu :

(a) Kompetensi generik (umum) iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi pegawai berkenaan.

(b) Kompetensi fungsional (khusus) iaitu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi khusus yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan

ii) Kaedah PTK yang akan diguna pakai adalah berdasarkan kaedah yang dicadangkan oleh pihak JPA iaitu Pusat Penilaian Kompetensi (PPK). Kaedah PPK ini merupakan kaedah penilaian yang dilaksanakan secara berpusat, di mana kompetensi pegawai dinilai melalui pelbagai aktiviti secara individu dan berkumpulan berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan dalam sesuatu tempoh tertentu.

iii) Kaedah ini membolehkan penilaian yang lebih menyeluruh ke atas kompetensi generik dan fungsional pegawai dari segi pengetahuan, pemikiran, keyakinan diri, tingkah laku serta potensi kepimpinan. Proses penilaian PPK memberi peluang kepada pegawai untuk membuktikan kompetensi masing-masing.

1. PENETAPAN TAHAP KECEKAPAN UNTUK GRED 41 HINGGA GRED 54

i) Berikut merupakan tahap kecekapan yang telah ditetapkan bagi setiap gred berikut seperti di Jadual 1:

Jadual 1Penetapan Tahap Kecekapan dan Aras Kesukaran bagi setiap GredGred TK yang

ditetapkanAras Kesukaran

41 TK1 &TK2

TK1 :Pengetahuan bermaksud membawa Kebolehan mengingati semula perkara-perkara yang sudah dipelajari

TK2 :Kefahaman bermaksud Kebolehan memahami makna perkara yang dipelajari

44 TK3 Aplikasi bermaksud Kebolehan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah

48 TK4 Analisis bermaksud Kebolehan memecahkan bahan-bahan yang dipelajari kepada bahagian kecil serta mengenal pasti hubungan antara bahagian dan menyusun semula elemen-elemen berkenaan

52 TK5 Sintesis bermaksud Kebolehan menyatukan bahan-bahan yang dipelajari kepada satu kesatuan/rumusan

54 TK6 Penilaian bermaksud Kebolehan menilai bagi tujuan tertentu dengan menggunakan kriteria yang ditetapkan

2

Page 3: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

PTK Gred 41 hingga 54

2. KOMPONEN DAN AKTIVITI PENILAIAN

i) PPK terbahagi kepada dua komponen iaitu Generik dan Fungsional. Aktiviti yang boleh digunakan untuk menilai pegawai adalah seperti di Jadual 2 berikut:

Jadual 2 - Aktiviti Penilaian PPK Bagi Gred 41 hingga 54Kumpulan/Hari

BerkursusTahap Generik Fungsional

TK6

Public Speaking (15%)Perbincangan Kumpulan (20%)Persembahan Kumpulan (30%)Kertas Tugasan Kumpulan (25%)Penilaian Personaliti (10%)

Kertas Tugasan Individu (40%)Penilaian Pengurusan Kerja (40%) Kertas Renungan (20%)

3

Page 4: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

3. SYARAT MENDUDUKI PTK

i) Setiap pegawai berpeluang untuk mengikuti PTK dengan syarat-syarat berikut :i) telah disahkan dalam jawatan;ii) berada di gred yang disandang secara hakiki;iii) pegawai yang berada di Gred Kenaikan Pangkat, perlu berada di gred

tersebut selama setahun; iv) permohonan disokong oleh Ketua Jabatan;v) Penilaian Prestasi tahun terdekat tidak kurang dari 70%; vi) mestilah berada di tangga gaji P2 untuk menduduki TK2;vii) pegawai yang sedang Cuti Belajar adalah layak memohon, walau

bagaimanapun kos pengangkutan dan penginapan adalah dibawah tanggungjawab pegawai; dan

ix) pegawai yang akan bersara kurang dari setahun adalah tidak layak untuk memohon.

● Bagi calon yang menduduki TK1, perlu hadir dan lulus dengan jayanya Kursus BTN bagi melengkapkan Komponen TK1.

4. SYARAT KEHADIRAN

i) Calon diWAJIBkan hadir sepenuhnya (100%) semua aktiviti penilaian yang ditetapkan.

ii) Calon yang telah mengesahkan kehadiran tetapi tidak dapat mengikuti PTK tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan penangguhan daripada menduduki PTK selama 12 bulan dari tarikh yang ditawarkan.

iii) Sebarang penangguhan perlu dimaklumkan kepada pihak Urusetia selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kursus PTK.

5. PERINCIAN KAEDAH DAN AKTIVITI PENILAIAN

A. Komponen GENERIK 5.1 Sesi ‘Public Speaking’ (TK4 , TK5 dan TK6) dan Sesi Pengucapan Awam

(TK3)

i) Sesi ‘Public Speaking’ dan Sesi Pengucapan Awam ini akan melihat kebolehan pegawai membuat pengucapan awam didalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Tempoh masa sesi ini adalah selama tujuh (7) hingga sepuluh (10) minit.

ii) Calon akan diberikan senarai topik Public Speaking/ Sesi Pengucapan Awam selewat-lewatnya sehari (1) sebelum sesi. Topik tersebut adalah berkaitan Universiti dan Negara.

Page 5: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

iii) Penilaian sesi ini merangkumi aspek berikut :a) Pengenalan - 5%b) Isi Kandungan - 40%c) Bahasa Badan

(Mimik Muka, Mata) - 10%d) Keyakinan Diri - 15%e) Pengawalan Suara

(Nada, Kelantangan, Sebutan dan Pengurusan Masa) - 15%

f) Impak kepada Audien - 10%g) Penutup - 5%h)

JUMLAH 100%

iv) Dari segi pengurusan masa, loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke tujuh (7) dan dua kali pada minit ke sepuluh (10). Perbincangan/Persembahan selepas daripada tempoh yang ditetapkan, tidak akan diambil kira.

v) Penilai berhak untuk menamatkan sesi penilaian yang telah melebihi had masa yang ditetapkan. Calon tidak dibenarkan meninggalkan bilik penilaian semasa sesi

penilaian sedang dijalankan.

5.2 Sesi Perbincangan Kumpulan (TK1, TK2, TK5 dan TK6)

i) Dibawah penilaian ini, calon akan dibahagikan kepada kumpulan iaitu sekurang-kurangnya lima (5) hingga sepuluh (10) orang bagi setiap kumpulan. Senarai nama kumpulan akan diedarkan atau ditampal di dalam bilik kursus selewat-lewatnya pada hari kedua kursus.

ii) Pada sesi tersebut, calon akan diberikan topik perbincangan berbentuk kajian kes atau isu berkaitan Universiti dan perlu membincangkan dan menyelesaikan kes atau isu tersebut dalam masa tiga puluh (30) minit. Calon boleh memilih kaedah atau mod perbincangan dalam bentuk forum, mesyuarat atau bengkel.

iii) Sebelum sesi tersebut dimulakan, tempoh lima belas minit (15) diberikan untuk membuat persediaan atau mengatur perbincangan selain membuat sesi pengenalan dalam kumpulan. Setiap kumpulan perlu mencatat rumusan atau kesimpulan bagi kes atau isu yangdikemukakan.

vi) Penilaian adalah secara berkumpulan, walau bagaimanapun, setiap calon hendaklah melibatkan diri semasa perbincangan. Markah kumpulan akan bergantung kepada pencapaian individu dalam kumpulan. Aspek penilaian adalah sebagaimana berikut :a) Pengurusan Perbincangan - 30%b) Komunikasi - 20%c) Kemahiran Rundingan - 20%d) Penyelesaian Masalah - 20%e) Penglibatan dalam perbincangan - 10%

JUMLAH 100%

Page 6: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

5.3 Sesi Persembahan Kumpulan (TK4 dan TK6) dan “Group Presentation” (TK3)

i) Calon perlu membentangkan isu atau kes yang telah dibincangkan dihadapan panel penilai yang dilantik di dalam Bahasa Malaysia untuk TK4 dan TK6 manakala persembahan dalam Bahasa Inggeris untuk TK3.

ii) Sebagai persediaan sebelum sesi persembahan, peserta diberikan masa selama tiga puluh (30) minit untuk mengadakan perbincangan. Soalan perbincangan juga akan diedarkan dalam tempoh tersebut.

iii) Tempoh masa persembahan adalah sepuluh (10) hingga lima belas (15) minit dan lima (5) minit seterusnya adalah untuk sesi soal jawab. Dari segi pengurusan masa, loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke sepuluh (10) dan dua kali pada minit ke lima belas (15).

iv) Perbincangan/Persembahan selepas daripada tempoh yang ditetapkan, tidak akan diambil kira. Penilai berhak untuk menamatkan sesi penilaian yang telah melebihi had masa yang ditetapkan.

v) Penilaian adalah secara berkumpulan dimana setiap calon dikehendaki membuat persembahan. Pencapaian setiap calon akan menyumbang kepada markah kumpulan.

vi) Kriteria penilaian merangkumi aspek berikut : a. Fakta dan Ulasan - 50% (Pengenalan : 5%, Fakta : 40%, Penutup 5%)

b. Komunikasi dan Respons - 30% kepada perbincangan ( kebolehan menyelesaikan masalah )c. Kreativiti Persembahan - 15% ( alat bantuan persembahan )d. Keyakinan Diri dan Penampilan - 5%

JUMLAH 100%

vii) Persembahan setiap kumpulan akan ditonton oleh kumpulan yang lain.

5.4 Kertas Tugasan Kumpulan (TK6)

i) Penilaian melalui Kertas Tugasan Kumpulan ini hanya ditetapkan untuk calon di TK6. Kertas tugasan kumpulan ini adalah berdasarkan isu atau kes yang telah dibincangkan didalam Sesi Perbincangan Kumpulan. Kertas tugasan ini perlu diserahkan kepada pihak urus setia dua (2) minggu (10 hari bekerja) selepas kursus tamat.

Page 7: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

ii) Format kertas tugasan tersebut adalah seperti berikut :

1. Panjang kertas ( tidak termasuk lampiran ) adalah diantara sepuluh (10) hingga dua puluh (20) mukasurat;

2. Ditaip double spacing;3. Font adalah Times New Roman bersaiz 12;4. Kertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

yang mengkhusus kepada Bahasa Inggeris;5. Setiap kertas tugasan hendaklah mengandungi ringkasan eksekutif yang

tidak melebihi satu (1) mukasurat; 6. Setiap kumpulan dikehendaki memberi perakuan di muka hadapan kertas

tugasan bahawa, “Kami mengakui bahawa Kertas Tugasan ini adalah hasil kerja kumpulan ” dan perakuan tersebut hendaklah ditandatangani oleh setiap ahli kumpulan; dan

7. Muka depan mestilah mempunyai maklumat berikut iaitu Tajuk Kertas Tugasan, Senarai Ahli Kumpulan dan Tahap Kecekapan.

iii) Isi kandungan kertas tugasan yang perlu disediakan serta wajaran pemarkahan adalah seperti berikut :

a. Pengenalan - 10%b. Fakta dan Ulasan - 65%c. Rumusan - 20%d. Rujukan - 5%

JUMLAH 100%

5.5 Penilaian Personaliti (TK1 hingga TK6)

i) Calon akan dinilai oleh Panel Penilai semasa aktiviti penilaian dilaksanakan. Penilaian personaliti dilaksanakan bertujuan untuk menilai ciri-ciri berikut:-

a. Kebolehan Berkomunikasi - 20%b. Kebolehan Memberi Pendapat - 20%c. Keyakinan Diri - 20%d. Kerjasama - 20%e. Penampilan dan Disiplin - 20% (termasuk kehadiran)

JUMLAH 100%

5.6 Penilaian Bertulis (TK1 hingga TK5)

i) Dibawah kaedah penilaian ini, calon akan diberikan satu artikel pada hari pertama kursus dan diminta untuk memberikan komen/ulasan keatas artikel tersebut berdasarkan soalan yang akan dikemukakan pada hari sesi Penilaian Bertulis.

ii) Peserta diberi tempoh masa tiga (3) jam untuk menjawab soalan tersebut semasa sesi Penilaian Bertulis dan dibenarkan merujuk artikel berkenaan yang akan diedarkan oleh Urusetia.

Page 8: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

iii) Jawapan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya. Panjang kertas tersebut adalah diantara tiga (3) hingga lima (5) muka surat.

iv) Skop artikel merangkumi topik-topik berikut :

a. Pengurusan dan Pembangunan Organisasib. Pengurusan Sumber Manusiac. Kemahiran Komunikasi dan Perundingan d. Akauntabiliti dan Integritie. Kepimpinan f. Perancangan Strategikg. Pengurusan Kreatif dan Inovasih. Kemahiran Menjalin Rangkaian Hubungani. Pengurusan Konflik

v) Kriteria Penilaian :

a. Pengenalan - 10%b. Fakta dan Ulasan Mengikut Tahap Kompetensi (analisa isu) - 60%c. Cadangan - 20%d. Rumusan - 10%

JUMLAH 100%

vi) Peserta tidak dibenarkan membawa sebarang rujukan dan mengadakan perbincangan semasa sesi tersebut.

B. Komponen FUNGSIONAL

5.7 Kertas Tugasan Individu ( TK1 hingga TK6 )

i) Calon akan diberikan satu (1) topik tugasan individu berkaitan bidang tugas selewat-lewatnya pada hari terakhir kursus. Tempoh penyerahan kertas tugasan tersebut adalah 10 hari bekerja dari tarikh kursus dilaksanakan.

ii) Tarikh penyerahan kertas tugasan tersebut adalah seperti berikut dan lokasi serahan adalah di Kaunter Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran.

a. TK1 dan TK2 : 4 November 2010b. TK3, TK4 dan TK5 : 18 Oktober 2010

iii) Format kertas tugasan individu adalah seperti berikut :

Page 9: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

1. Panjang kertas ( tidak termasuk lampiran ) adalah :a. 5 hingga 7 muka surat - TK1 dan TK2b. 8 hingga 10 muka surat - TK3 dan TK4c. 10 hingga 12 muka surat - TK5d. 12 hingga 15 muka surat - TK6

2. Ditaip double spacing;3. Font adalah Times New Roman bersaiz 12;4. Kertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu /Bahasa Inggeris

sepenuhnya;5. Kertas tugasan hendaklah yang disediakan oleh calon sendiri. Calon

dikehendaki memberi perakuan di muka hadapan kertas tugasan bahawa, “Saya mengakui bahawa Kertas Tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri” dan perakuan tersebut hendaklah ditandatangani;

6. Setiap kertas tugasan hendaklah mengandungi ringkasan yang tidak melebihi satu (1) mukasurat; dan

7. Muka depan mestilah mempunyai maklumat berikut iaitu Tajuk Kertas Tugasan, Nama Calon, Gred Jawatan, Tahap Kecekapan, No. Kakitangan, dan Fakulti/PTJ.

iv) Isi kandungan kertas tugasan yang perlu disediakan serta wajaran pemarkahan adalah seperti berikut :

a. Pengenalan - 10%b. Fakta dan Ulasan - 65%c. Rumusan - 20%d. Rujukan - 5%

JUMLAH - 100%

v) Calon perlu menyediakan sebanyak satu (1) salinan kertas tugasan (hardcopy) dan softcopy (samada dalam bentuk CD atau bawa pendrive untuk di’save’ di dalam komputer riba Urus setia).

5.8 Penilaian Pengurusan Kerja (TK1 hingga TK6)

i) Calon dikehendaki membentangkan aspek pengurusan kerja mengikut bidang tugas jawatan semasa. Pengurusan kerja yang dinilai adalah berasaskan kepada Sasaran Kerja Tahunan pada tahun semasa iaitu tahun 2010, mana kala pencapaian adalah setakat bulan Julai 2010.

ii) Untuk tujuan sesi penilaian ini, Calon perlu menyediakan perkara-perkara berikut untuk dibentangkan dihadapan sekurang-kurangnya seorang (1) ahli panel skim yang dilantik. Perkara–perkara berikut adalah :

a. sesalinan maklumat Sasaran Kerja Tahunan (SKT) (boleh didapati dari Borang Laporan Penilaian Prestasi) iaitu Bahagian 1- Penetapan Sasaran Kerja Tahunan. Calon perlu menyenaraikan tiga (3) hingga tujuh (7) ringkasan aktiviti/projek pada tahun semasa; dan

b. Persembahan ‘slide’ yang mengandungi perkara berikut :

Page 10: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

Maklumat Diri Calon

1. Nama calon :2. Jawatan :3. Lokasi Bertugas :4. Senarai Tugas Utama : (senaraikan sekurang-kurangnya 5 tugas utama)

Maklumat SKT Calon

Bil.Ringkasan Aktiviti Projek(senaraikan aktivit/projek)

Petunjuk Prestasi(Kuantiti/Kualiti/Masa/Kos)

Pencapaian SKT berdasarkan input, proses, output atau impak bagi 3 kerja / projek /aktiviti utama

CONTOHTugas/ Aktiviti Pencapaian Kesan/Impak

Merancang, mengurus dan melaksanakan latihan staf

Melaksanakan kursus dan latihan sebanyak 25 siri meliputi aktiviti penggubalan soalan, pengawasan peperiksaan, dan penggubalan sukatan/ kurikulum.

Penyediaan soalan penilaian yang berkualiti.

Pelaksanaan peperiksaan

yang teratur mengikut

peraturan.

CONTOH

iii) Tempoh masa pembentangan adalah sepuluh (10) minit dan lima (5) hingga sepuluh (10) minit seterusnya adalah untuk sesi Soal Jawab. Dari segi pengurusan masa, loceng akan dibunyikan sekali pada minit ke tujuh (7) dan dua kali pada minit ke sepuluh (10).

vi) Perbincangan/Persembahan selepas daripada tempoh yang ditetapkan, tidak akan diambil kira. Penilai berhak untuk menamatkan sesi penilaian yang telah melebihi had masa yang ditetapkan.

v) Bahan – bahan pembentangan seperti yang dinyatakan di perkara (ii) hendaklah disediakan sebanyak tiga (3) salinan ‘hardcopy’ dalam bentuk ‘powerpoint’ (Format cetakan satu muka surat mengandungi 2 slide) dan salinan ‘softcopy’ (samada dalam bentuk CD atau bawa pendrive untuk di’save’ di dalam komputer riba Urus setia) dan diserahkan kepada pihak Urus Setia pada Hari Pertama Kursus.

Page 11: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

Kedua-dua salinan tersebut hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat berukuran A4 dengan menyatakan maklumat berikut pada muka hadapan sampul surat :

i. Nama penuh;ii. No. Kakitangan; iii. Gred Jawatan; daniv. Tahap Kecekapan.

vi) Bahan pembentangan hendaklah disediakan dalam bentuk powerpoint yang menggunakan program Microsoft Office Powerpoint 2007 atau Microsoft Office windows XP 2003 tanpa ‘installation of Microsoft Vista’ sahaja. Calon tidak digalakkan menggunakan ‘hyperlink’.

vii) Aspek yang dinilai akan berdasarkan :

a. Kualiti persembahan : 10%(Penggunaan Bahan Persembahan, Bahasa Badan, Mimik Muka, Mata, Pengawalan Suara, Nada, Kelantangan, dan Sebutan)

b. Pengurusan Masa Persembahan : 5%c. Ketrampilan dan Keyakinan Diri : 10%d. Penguasaan Kompetensi (Q&A)

i.Penguasaan Kompetensi : 30% (Pengetahuan/Kefahaman, Aplikasi/Analisis/Penilaian)

ii. Pengurusan Kerja : 20%iii. Kesan dan Impak Kerja : 25%

JUMLAH 100%

5.9 Kertas Renungan (TK3 hingga TK6)

i) Konsep Kertas Renungan ini adalah berbentuk ulasan dan pandangan terhadap sesuatu isu atau topik berkaitan dengan bidang tugas. Soalan isu atau kes akan digubal oleh Panel Skim yang dilantik dan soalan tersebut akan diberikan semasa sesi Kertas Renungan.

ii) Panjang kertas ini adalah tiga (3) hingga lima (5) muka surat dan calon perlu membuat ulasan semasa sesi kertas renungan iaitu selama tiga (3) jam. Kertas ini hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan/bidang tugas yang mengkhusus kepada Bahasa Inggeris.

iii) Penilaian ke atas kertas renungan akan merangkumi aspek berikut :a. Pengenalan - 10%b. Ulasan (termasuk fakta dan analisa isu) - 60%c. Rumusan - 30% (cadangan) JUMLAH 100%

Page 12: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

6. Kriteria Penilai yang dilantik

Penilai yang dilantik adalah berdasarkan kriteria berikut:

i) berada digred yang lebih tinggi daripada calon;ii) sekiranya tiada pegawai yang memenuhi syarat di perkara (i) bagi skim tertentu,

penilai akan dilantik di kalangan pegawai yang telah menduduki PTK digred yang sama seperti calon;

iii) untuk sesi PPK, penilai adalah terdiri daripada :a) Penilai skim ataub) Ketua Jabatan/Pegawai terdekat yang mengetahui/menyelia bidang

kerja/tugas calon danc) Penilai bebas ( selain dari skim calon yang dinilai ).

7. PENETAPAN KEPUTUSAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

i) Pemarkahan PTK berasaskan kepada jumlah markah yang diperoleh bagi setiap komponen mengikut wajaran yang ditetapkan bagi komponen tersebut. Jumlah markah yang diperoleh akan menentukan gred keputusan sesuatu komponen.

ii) Penentuan tahap keputusan bertujuan memperlihatkan keupayaan sebenar seseorang pegawai bagi PTK yang diduduki yang mana dapat dibahagikan kepada empat (4) tahap seperti di Jadual 3.

Jadual 3Penetapan Tahap Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan

Tahap Keputusan Penjelasan Catatan

Aras IVLulus/Melepasi Tahap Kompetensi pada aras

kecemerlangan

Memenuhi satu daripada syarat untuk dipertimbangkan Anjakan

Gaji dan kenaikan pangkat

Aras III Lulus /Melepasi Tahap Kompetensi

Memenuhi satu daripada syarat untuk dipertimbangkan kenaikan

pangkat

Aras II Lulus Bersyarat Menduduki semula komponen yang berkaitan

Aras I Tidak Melepasi Tahap Kompetensi Mengulangi keseluruhan PTK

iii) Keputusan PTK dalam bentuk Aras adalah ditentukan berdasarkan kombinasi gred keputusan komponen dan terbahagi kepada empat peringkat gred seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4:

Jadual 4

Page 13: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

Gred Keputusan Komponen Penilaian Tahap Kecekapan

Gred Keputusan/ Markah Penjelasan

A (80 – 100) Cemerlang

B (60 -79) Baik

C (50 – 59) Memuaskan

D (0 – 49) Sederhana

iv) Keputusan PTK pegawai adalah mengikut aras yang ditentukan berdasarkan kombinasi gred terendah bagi komponen TK berkenaan. Walau bagaimanapun bagi pegawai yang memperoleh gred A atau B bagi salah satu komponen yang ditetapkan dan salah satu komponen yang lain mendapat keputusan gred D, keputusannya adalah pada Aras II (Lulus Bersyarat).

v) Keputusan PTK akan dimaklumkan selewat-lewatnya 3 bulan dari tarikh pelaksanaan PTK.

8. KAEDAH MENDUDUKI SEMULA BAGI MEMPERBAIKI ARAS

Calon yang memperolehi Aras I, Aras II dan Aras III, boleh menduduki semula komponen PTK yang ingin diperbaiki bagi mendapatkan Aras IV.

9. MAKLUMAT BERKAITAN ANJAKAN GAJI

Syarat-syarat Anjakan Gaji berdasarkan Pekeliling Bil. 4 Tahun 2002

Petikan dari Pekeliling Bil.4 Tahun 2002 (perkara 51 hingga 53) :

ANJAKAN GAJI adalah pergerakan gaji daripada matagaji semasa ke matagaji di Tanggagaji berikutnya pada satu peringkat yang lebih tinggi.

ii) Bagi Gred Lantikan (gred bernombor GANJIL cth 27,17,11 ) yang kekal dengan Tiga Peringkat Gaji, terdapat 2 Anjakan Gaji iaitu Anjakan Gaji Pertama dan Anjakan Gaji Kedua :

iii) Anjakan Gaji Pertama boleh dipertimbangkan setelah anggota memenuhi lima syarat; iaitu disahkan dalam perkhidmatan, lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditetapkan, berkhidmat tidak kurang daripada 3 tahun, mencapai tahap prestasi yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan; dan

Anjakan Gaji Kedua (gred bernombor GENAP cth 22,26, 14 ) bolehdipertimbangkansetelah anggota memenuhi empat syarat; iaitu lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditetapkan, telah memperolehi Anjakan Gaji

Page 14: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

Pertama tidak kurang dari setahun, mencapai tahap prestasi yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan

Bagi Gred Kenaikan Pangkat dengan dua Peringkat gaji terdapat satu Anjakan Gaji sahaja. Anjakan Gaji Kedua boleh dipertimbangkan setelah anggota memenuhi empat syarat; iaitu lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang ditetapkan, berada digred Kenaikan Pangkat tidak kurang daripada satu tahun, mencapai tahap prestasi yang baik dan diperakukan oleh Ketua Jabatan

SELAMAT MAJU JAYA

Page 15: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

CADANGAN JADUAL PTK GRED 44 – 52SIRI 2/2010

Gred 44

Hari 8.30 pg - 9.00 pg 9.30 pg -12.30 tgh 2.30 ptg -4.30 ptg

27 Sept(Isnin) Pendaftaran Kertas Renungan Persediaan Penilaian

28 Sept(Selasa)

9.30 pg – 12.00 tghGroup Presentation (G)

30 Sept(Khamis)

8.30 pg – 5.00 ptgPenilaian Pengurusan Kerja (F)

1 Okt(Jumaat)

8.30 pg – 9.00 pgEdaran Soalan Tugasan Individu

9.30 pagi – 12.30 tghPenilaian Bertulis (G)

4 Okt(Isnin)

8.30 pg – 5.00 ptgPengucapan Awam (G)

Gred 48

Hari 8.30-9.00 pagi 9.30 pg -12.30tgh 2.30-4.30 ptg

27 Sept(Isnin) Pendaftaran Kertas Renungan Persediaan Penilaian

28 Sept(Selasa)

9.30 pg – 12.30 tghPublic Speaking (G)

30 Sept(Khamis)

10.30 pg – 12.30 tghPersembahan Kumpulan (G)

1 Okt(Jumaat)

8.30 pg – 9.00 pgEdaran Soalan Tugasan Individu

9.30 pg – 12.30 tghPenilaian Bertulis (G)

4 Okt(Isnin)

9.30 pg – 12.30 tghPenilaian Pengurusan Kerja (F)

Page 16: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

Gred 52

Hari 8.30-9.00 pagi 9.30 pg -12.30tgh 2.30-4.30 ptg

27 Sept(Isnin) Pendaftaran Kertas Renungan Persediaan Penilaian

28 Sept(Selasa)

9.30 pg – 12.30 tghPublic Speaking (G)

30 Sept(Khamis)

10.30 pg – 12.30 tghPerbincangan Kumpulan (G)

1 Okt(Jumaat)

8.30 pg – 9.00 pgEdaran Soalan Tugasan Individu

9.30 pg – 12.30 tghPenilaian Bertulis (G)

4 Okt(Isnin)

9.30 pg – 12.30 tghPenilaian Pengurusan Kerja (F)

Page 17: Konsep PTK bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesionalreg.upm.edu.my/reg/etc/manual kurikulum 41 54.doc · Web viewKertas tugasan hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu kecuali bagi jawatan

CADANGAN JADUAL PTK BAGI KUMP. PENGURUSAN & PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK) GRED 41

(TK1 & TK2) SIRI 2/2010

HARI/ 9.30 PG - 11.30 PG 2.30 PTG – 4.30 PTGMASA

19 OKT 2010

SELASA

PENDAFTARAN &PENYERAHAN KERTAS

SLIDE PENILAIAN PENGURUSAN KERJA (PPK)

PERBINCANGAN KUMPULAN (G)

20 OKT 2010 RABU

EDARAN SOALAN TUGASAN INDIVIDU(8.30 PG – 9.00 PG)

PENILAIAN BERTULIS (G)(9.30 PG – 12.30 TGH)

21 OKT 2010

KHAMISPENILAIAN PENGURUSAN KERJA (PPK)(F) (8.30 PG - 5.00 PTG)

** MENGIKUT MASA YANG DITETAPKAN **