konsep kecergasan

8
Konsep kecergasan Kompenen Kecergasan Fizikal Kompenen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi bagi seseorang yang bergiat dalam bidang sukan -otot yang ingin mengekalkan tahap kecergasan mereka seperti seorang atlet , haruslah menguasai kedua-dua kompenen. A ) Kompenen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan Terbahagi kepada 5 kompenen iaitu : 1) Daya Tahan Kardiovaskular Didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien ,terutama oksigen, menghantar ke otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal berterusan. Kompenen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru. 2) Daya Tahan Otot

Upload: ee-joe-hng

Post on 22-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

konsep kecergasan

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep kecergasan

Konsep kecergasan

Kompenen Kecergasan Fizikal

Kompenen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berasaskan

kesihatan dan

kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai

kecergasan berasaskan kesihatan tetapi bagi seseorang yang bergiat dalam bidang

sukan -otot yang ingin mengekalkan tahap kecergasan mereka seperti seorang atlet ,

haruslah menguasai kedua-dua kompenen.

A ) Kompenen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

Terbahagi kepada 5 kompenen iaitu :

1)  Daya Tahan Kardiovaskular

Didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien ,terutama oksigen,

menghantar ke otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja

fizikal berterusan. Kompenen  ini  melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-

paru.

2)  Daya Tahan Otot

Keupayaan otot menghasilkan submaximum yang berulang-ulang yang mengatasi

rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang

panjang. Kompenen ini melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada itensiti yang

rendah.

Page 2: Konsep kecergasan

 3 ) Kekuatan Otot

Keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi

rintangan. Kompenen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang

pendek pada itensiti   yang  tinggi.

 4 ) Fleksibiliti

Merujuk kepada pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya.

Fleksibiliti  perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah

daripada berlakunya kecederaan  pada bahagian sendi dan otot.

5 ) Komposisi Tubuh

Perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan

adalah pengukuran kegemukan yangt lebih baik berbanding berat badan.Kelebihan

lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.

B) Konsep Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor

Terbahagi kepada 6 kompenen :

1 ) Kepantasan

Keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat.

2)Kuasa

Berhubungkait dengan kadar melakukan sesuatu kerja.

Page 3: Konsep kecergasan

3 ) Koordinasi

Pengunaan mengunakan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan

anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

4 ) Keseimbangan

Keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau dinamik.

5 ) Ketangkasan

Keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melaui ruang.

6 ) Masa Tindak Balas

Masa atau sesuatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.

Kecergasan Fizikal

Definisi

Kecergasan merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mempunyai keupayaan

untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga yang

minima serta mempunyai tenaga lebihan untuk digunakan pada masa kesenggangan

dan ketika dalam keadaan.

Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan

cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi

untuk aktiviti riadah. Selain itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup

menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.

Page 4: Konsep kecergasan

MENGUKUR KADAR NADI

Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi. Ia

dapat dirasa atau dipastikan dengan cara meletakkan keempat-empat jari kecuali ibu jari

kita ke pergelangan tangan setentang dengan ibu jari atau dibahagian bawah telinga.

i. Carotid Artery

ii. Radial Artery

Kadar Nadi Rehat (KNR)

Kadar nadi rehat (KNR) iaitu denyutan nadi pada masa tidak melakukan aktiviti. Untuk

mencari KNR yang tepat, ambil denyutan nadi pada waktu pagi, bangun daripada tidur,

sekurang-kurangnya dua hari berturut-turut selama 10 saat pada tiap-tiap bacaan. Pada

waktu tersebut kita belum melakukan sebarang aktviti. Kemudian ambil purata daripada

bacaan tadi yang telah dilakukan dan di darab dengan 6 untuk mendapatkan KNR untuk

selama seminit.

Contoh:-

12 denyutan selama 10 saat x 6 = 72 dsm.

Kadar Nadi Maksimum (KNM)

Kadar nadi maksimun ialah dengan menolak umur daripada angka 220 dimana 220

telah ditetapkan oleh ahli-alhi fisiologi senam sebagai satu angkatap formula.

Contoh:-

Umur subjek ialah 33 tahun.

KNM = 220 – 33

=   187 dsm .

Kadar Nadi Latihan (KNL)

Setelah mendapat KNR, bolehlah ditentukan pula kadar nadi latihan (KNL)

Contoh :-

Page 5: Konsep kecergasan

KNM = 220 – 33(umur)

= 187 dsm

KNR = 12(denyutan untuk sepuluh saat) x 6

= 72 dsm.

KNL = KNM – KNR

= 187 – 72

= 115 dsm.

Kadar Nadi Sasaran (KNS)

Untuk mendapatkan pengiran KNL yang ideal bagi 60% ialah dengan menggunakan

formula ini.

Contoh :-

(KNM – KNR) x 0.6 + KNR

= (187 - 72) x 0.6 + 72

= (115) x 0.6 + 72

= 69 +72

= 141 dsm

Page 6: Konsep kecergasan

Kadar nadi sendiri

Kadar Nadi Rehat (KNR)

10 denyutan selama 10 saat x 6 = 60 dsm.

Kadar Nadi Maksimum (KNM)

KNM = 220 – 19

=   199 dsm .

Kadar Nadi Latihan (KNL)

KNL = KNM – KNR

= 199 – 60

= 139 dsm.

Kadar Nadi Sasaran (KNS)

(KNM – KNR) x 0.6 + KNR

= (139) x 0.6 + 60

= 83+60

= 143 dsm