konsep kata ganti nama diri

17
BML 3053 : MORFOLOGI BAHASA MELAYU SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM D20091035632 PENDIDIKAN GEOGRAFI (AT33) SEMESTER 2 2010/2011 KUMPULAN : C PENSYARAH : AHMAD KHAIR MOHD NOR 1 KESALAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

Upload: dhea-ct

Post on 30-Jun-2015

1.665 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007), kata ganti nama merupakan bentuk perkataan yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti bagi kata nama. Kata nama banyak digunakan bagi merujuk kepada kata nama lain atau perkataan yang tergolong dalam golongankata nama. Kata ganti nama diri juga merupakan salah satu daripada golongan kata ganti nama.Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri merupakan perkataan atau kata yang dapatmenggantikan kata nama manusia. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri ialah kata gantinama yang merujuk kepada diri sendiri ataupun orang lain.Berdasarkan pandangan Arbak Othman (1985), kata ganti nama mempunyai lima jenisiaitu kata ganti nama orang atau diri, kata ganti nama pertanyaan, kata ganti nama umum, kataganti nama tunjuk dan kata ganti nama hubungan. Kata ganti nama orang atau diri merupakanperkataan yang bertugas sebagai pengganti nama orang. Kehidupan seharian manusia banyak menuntuk agar manusia untuk berkomunikasi sesama sendiri. Oleh sebab itu, dengan adanyakata ganti nama diri akan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan danlancar. Mengikut Abdullah Hassan (2006), kata ganti nama diri digunakan apabila kita tidak mahu menyebut nama sebenar orang itu.Menurut Tatabahasa Dewan (2010), kata ganti nama diri merupakan kata yang tergolongdalam golongan kata ganti nama. Kata ganti nama diri bermaksud kata nama yang menjadipengganti kepada sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri boleh digunakanuntuk merujuk pelbagai perkara dan tidak hanya merujuk kepada manusia saja. Penggunaan kataganti nama diri akan memudahkan lagi pemahaman terhadap apa yang cuba diperkatakan denganmerujuk kepada kata ganti nama tersebut secara terus.Kata ganti nama diri banyak digunakan dalam perbualan masyarakat Melayu.Penggunaan kata ganti nama diri membolehkan masyarakat berkomunikasi dengan lebihberkesan tanpa mewujudkan kecelaruan atau pertindihan makna. Penggunaan kata ganti namadiri juga membolehkan masyarakat membezakan panggilan-panggilan tertentu yang merujuk kepada makna-makna tertentu. Contohnya panggilanbetahanya digunakan oleh raja yangmerujuk kepada dirinya saja dan rakyat biasa tidak boleh menggunakan kata ganti nama diritersebut.

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Kata Ganti Nama Diri

BML 3053 :

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM

D20091035632

PENDIDIKAN GEOGRAFI (AT33)

SEMESTER 2 2010/2011

KUMPULAN : C

PENSYARAH : AHMAD KHAIR MOHD NOR

1

KESALAHAN KATA GANTI NAMA DIRI

Page 2: Konsep Kata Ganti Nama Diri

Isi kandungan

Bil Isi kandungan Muka surat

1.0 Konsep kata ganti nama diri. 1

2.0 Jenis- jenis dan bentuk kata ganti

nama diri.

2 - 4

3.0 Pandangan ahli Tatabahasa mengenai

kata ganti nama diri.

3.1 Perbezaan pendapat antara ahli

Tatabahasa.

3.2 Persamaan pendapat antara ahli

Tatabahasa.

3.3 Rumusan mengenai kata ganti

nama diri.

4 – 8

4.0 Kesimpulan 9

Rujukan

2

Page 3: Konsep Kata Ganti Nama Diri

1.0 Konsep kata ganti nama diri.

Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007), kata ganti nama merupakan bentuk

perkataan yang tugasnya adalah untuk menjadi pengganti bagi kata nama. Kata nama banyak

digunakan bagi merujuk kepada kata nama lain atau perkataan yang tergolong dalam golongan

kata nama. Kata ganti nama diri juga merupakan salah satu daripada golongan kata ganti nama.

Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri merupakan perkataan atau kata yang dapat

menggantikan kata nama manusia. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri ialah kata ganti

nama yang merujuk kepada diri sendiri ataupun orang lain.

Berdasarkan pandangan Arbak Othman (1985), kata ganti nama mempunyai lima jenis

iaitu kata ganti nama orang atau diri, kata ganti nama pertanyaan, kata ganti nama umum, kata

ganti nama tunjuk dan kata ganti nama hubungan. Kata ganti nama orang atau diri merupakan

perkataan yang bertugas sebagai pengganti nama orang. Kehidupan seharian manusia banyak

menuntuk agar manusia untuk berkomunikasi sesama sendiri. Oleh sebab itu, dengan adanya

kata ganti nama diri akan membolehkan manusia berkomunikasi dengan lebih berkesan dan

lancar. Mengikut Abdullah Hassan (2006), kata ganti nama diri digunakan apabila kita tidak

mahu menyebut nama sebenar orang itu.

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), kata ganti nama diri merupakan kata yang tergolong

dalam golongan kata ganti nama. Kata ganti nama diri bermaksud kata nama yang menjadi

pengganti kepada sesuatu benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri boleh digunakan

untuk merujuk pelbagai perkara dan tidak hanya merujuk kepada manusia saja. Penggunaan kata

ganti nama diri akan memudahkan lagi pemahaman terhadap apa yang cuba diperkatakan dengan

merujuk kepada kata ganti nama tersebut secara terus.

Kata ganti nama diri banyak digunakan dalam perbualan masyarakat Melayu.

Penggunaan kata ganti nama diri membolehkan masyarakat berkomunikasi dengan lebih

berkesan tanpa mewujudkan kecelaruan atau pertindihan makna. Penggunaan kata ganti nama

diri juga membolehkan masyarakat membezakan panggilan-panggilan tertentu yang merujuk

kepada makna-makna tertentu. Contohnya panggilan beta hanya digunakan oleh raja yang

merujuk kepada dirinya saja dan rakyat biasa tidak boleh menggunakan kata ganti nama diri

tersebut.

3

Page 4: Konsep Kata Ganti Nama Diri

2.0 Jenis- jenis dan bentuk kata ganti nama diri.

Menurut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007), kata ganti nama diri dapat

dibahagikan kepada tiga golongan kata iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kata ganti nama

diri orang kedua dan kata ganti nama diri orang ketiga. Kata ganti nama diri orang pertama

merujuk kepada orang yang sedang bercakap atau bertutur dan dalam bentuk penulisan pula kata

ganti nama diri pertama merujuk kepada penulis itu sendiri. Antara kata ganti nama diri pertama

ialah saya, aku, beta, hamba, patik, kami, kita, kami semua dan kita semua. Manakala kata ganti

nama diri kedua pula merujuk kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang diajak

bercakap. Dalam erti kata lain, kata ganti nama diri kedua merujuk kepada pendengar dalam

sesuatu peristiwa ataupun pembaca dalam bidang penulisan. Contoh perkataan kata ganti nama

diri kedua ialah anda, awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Golongan terakhir bagi

kata ganti nama diri ialah kata ganti nama diri ketiga. Kata ganti nama diri ketiga merujuk

kepada orang yang sedang diperkatakan. Orang yang sedang diperkatakan itu boleh hadir

ataupun tidak hadir dalam lingkungan peristiwa tersebut. Contoh perkataan kata ganti nama diri

ketiga ialah ia, dia, beliau, mereka dan –nya.

Bil. Golongan kata ganti nama

diri.

Contoh perkataan.

Tunggal Jamak

1 Kata ganti nama diri

pertama.

Saya, aku, beta,

hamba, patik, daku

dan ku.

Kami, kita, kami

semua dan kita

semua.

2 Kata ganti nama diri kedua. Anda, awak, engkau,

dikau dan mu.

Kamu dan kalian.

3 Kata ganti diri ketiga. Dia, ia, beliau dan

–nya.

Mereka.

4

Page 5: Konsep Kata Ganti Nama Diri

Berdasarkan Tatabahasa Dewan (2010), kata ganti nama diri boleh terbahagi kepada dua

kumpulan iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri

tanya ialah perkataan yang melibatkan pertanyaan mengenai sesuatu perkara, tempat dan

manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti nama diri tanya iaitu siapa yang merujuk kepada

orang, apa yang merujuk kepada perkara dan mana yang merujuk kepada benda dan orang.

Manakala kata ganti nama diri orang mempunyai tiga jenis kategori iaitu merujuk kepada diri

orang tertentu. Antara kategori kata ganti nama diri orang ialah kata ganti nama diri pertama

yang mengandungi perkataan seperti saya, aku, beta, patik, kami dan kita. Kategori kedua pula

ialah kata ganti nama diri kedua yang mempunyai perkataan seperti anda, saudara, engkau,

awak dan kamu. Kategori ketiga pula ialah kata ganti nama diri ketiga dan mengandungi

perkataan seperti ia, dia, beliau, mereka dan –nya.

Arbak Othman (1985) dan Abdullah Hassan (2006), telah menyenaraikan kata ganti nama

diri orang kepada tiga kumpulan utama iaitu ganti nama diri pertama, ganti nama diri kedua dan

ganti nama diri ketiga. Setiap kata ganti nama diri ini mempunyai peranan dan fungsi yang

berbeza dan fungsi kata ganti nama ini mempunyai persamaan dengan yang telah diperkatakan

oleh Ahmad Khair Mohd Nor.

Berdasarkan kepada rujukan yang telah dilakukan dapat disimpulkan disini bahawa kata

ganti nama diri telah banyak ditafsirkan dan mempunyai pandangan yang berbeza antara ahli

Tatabahasa. Terdapat ahli Tatabahasa yang mengatakan bahawa kata ganti nama diri

mempunyai dua kategori yang utama iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri

orang. Namun demikian, Ahmad Khair Mohd Nor hanya mengkelaskan kata ganti nama diri

yang merujuk terus kepada manusia dan binatang. Beliau hanya mengatakan bahawa kata ganti

nama diri terdiri daripada tiga golongan kata iaitu kata ganti nama diri pertama, kedua dan

5

Kata ganti nama diri.Kata ganti nama diri orang.

Pertama.

Kedua.

Kata ganti nama diri tanya.Ketiga.

Page 6: Konsep Kata Ganti Nama Diri

ketiga. Walaupun terdapat perbezaan antara kelas golongan yang diberikan namun konteks

penggunaan kata masih lagi sama. Rumusanya ialah kata ganti nama diri pertama pada

kebiasaanya digunakan bagi mengantikan diri kita yang sedang bercakap. Kata ganti nama diri

kedua pula digunakan bagi panggilan orang yang sedang dilawan bercakap dan kata ganti nama

diri ketiga digunakan untuk panggilan yang merujuk kepada seseorang yang ingin kita

perkatakan.

3.0 Pandangan ahli Tatabahasa mengenai kata ganti nama diri.

3.1 Perbezaan pendapat antara ahli Tatabahasa.

Terdapat beberapa perbezaan antara ahli Tatabahasa iaitu mengenai kesalahan

kata ganti nama diri. Mengikut pandangan Ahmad Khair Mohd Nor (2007), Abdullah

Hassan (2006) dan Arbak Othman (1985), kata ganti nama diri hanya tergolong dalam

tiga jenis bentuk kata ganti nama diri sahaja iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti

nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Kegunaan dan fungsi kata ganti nama

diri adalah berbeza mengikut orang atau apa yang cuba diperkatakan. Contohnya, kata

ganti nama diri digunakan oleh penutur atau penulis bagi menggantikan gelaran bagi

dirinya manakala kata ganti nama diri kedua digunakan bagi merujuk kepada orang yang

dilawan bercakap atau yang sedang membaca. Kata ganti nama diri ketiga merupakan

kata ganti nama yang merujuk kepada orang yang sedang diperkatakan. Namun

demikian, penggolongan bagi kata ganti nama diri mengikut Tatabahasa Dewan (2010),

mempunyai dua golongan yang utama iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti

nama diri orang. Kata ganti nama diri tanya banyak digunakan dalam bentuk pertanyaan.

Contohnya ialah penggunaan kata ganti nama diri siapa merujuk kepada pertanyaan yang

melibatkan elemen manusia manakala pertanyaan menggunakan kata apa pula merujuk

kepada sesuatu benda dan penggunaan kata mana merujuk kepada tempat. Penggunaan

kata ganti nama diri orang yang telah dikemukakan oleh Tatabahasa Dewan tidak

mempunyai perbezaan yang ketara dengan pendapat yang telah dikemukakan oleh

Ahmad Khair Mohd Nor, Abdullah Hassan dan Arbak Othman.

6

Page 7: Konsep Kata Ganti Nama Diri

Mengikut pendapat yang telah dikemukakan oleh kamus Tatabahasa Dewan, kata

ganti nama diri tanya mempunyai unsur-unsur penggandaan untuk membawa maksud

rujukan tidak tentu atau unsur penegasan. Contohnya penggunaan perkataan apa boleh

mengalami unsur penggandaan seperti “bawalah apa-apa yang ada”. Ayat tersebut

membawa maksud apa saja yang kita ada kita kita boleh mambawanya. Manakala

perkataan mana apabila digandakan akan memberikan maksud rujukan kepada benda

atau perkara yang diperkatakan. Contohnya ialah “ambillah mana-mana yang kamu

suka”. Proses penggandaan bagi perkataan siapa akan memberikan maksud dan rujukan

kepada manusia. Contoh ayat ialah “siapa-siapa pun boleh bersuara”. Proses

pengandaan kata ganti nama diri tanya ini hanya terdapat dalam Tatabahasa Dewan

sahaja kerana dalam penulisan Ahmad Khair Mohd Nor, Abdullah Hassan dan Arbak

Othman tidak mempunyai ulasan mengenai kata ganti nama diri tanya.

Proses penggolongan kata ganti nama diri orang juga boleh digolongkan dalam

bentuk kata ganti nama diri tunggal ataupun jamak. Ahmad Khair Mohd Nor telah

mengkategorikan bentuk kata ganti nama diri orang kepada bentuk tunggal dan jamak.

Menurut beliau lagi, kata ganti nama diri pertama mempunyai dua kategori iaitu tunggal

dan jamak. Contoh kata ganti nama diri pertama yang tergolong dalam golongan tunggal

adalah seperti perkataan saya, aku, beta, hamba, patik, daku dan ku. Manakala bagi

perkataan jamak pula ialah kami, kita, kami semua dan kita semua. Kata ganti nama diri

kedua pula boleh dam bentuk tunggal atau jamak. Kata ganti nama ini boleh

menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya. Antara ganti

nama diri kedua ialah anda, awak, engkau, dikau, kamu, kalian, kau dan mu. Manakala

mengikut Tatabahasa Dewan, Abdullah Hassan dan Arbak Othman pengolongan bagi

kata ganti nama diri dalam bentuk tunggal atau jamak tidak dikemukakan pendapat

mengenai pengolonggan kata dalam bentuk tunggal mahupun jamak. Tatabahasa Dewan,

Abdullah Hassan dan Arbak Othman hanya menyatakan jenis kata ganti nama diri sahaja

yang tergolong kepada tiga jenis iaitu pertama, kedua dan ketiga.

Penggunaan kata –nya dalam penerangan yang diberikan oleh kedua-dua buku

agak berbeza. Hal ini adalah kerana, Ahmad Khair Mohd Nor telah menyatakan bahawa

penggunaan kata –nya boleh digunakan dalam menggantikan ganti nama diri dia atau ia

7

Page 8: Konsep Kata Ganti Nama Diri

dan diletakkan di akhir kata seolah-olah menjadi akhiran. Contohnya ayat ialah “surat itu

ditulis oleh dia”. Apabila perkataan dia digantikan dengan perkataan –nya maka ayatnya

adalah seperti berikut “surat itu ditulis olehnya”. Perkataan –nya boleh berfungsi sebagai

pemilik seperti ayat tersebut “rumahnya di Kampung Bahagia”. Perkataan –nya juga

boleh merujuk kepada objek. Contohnya ialah “dia menulisnya dengan cepat”. Ahmad

Khair Mohd Nor tidak menyatakan fungsi penggunaan perkataan –nya secara lebih

terperinci berbanding dengan Tatabahasa Dewan. Hal ini adalah kerana, Tatabahasa

Dewan telah menyatakan bahawa perkataan –nya merupakan kata Pascakata. Kata

Pascakata merupakan bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Perkataan –nya boleh

berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Kata penekan ialah kata yang memberi

penegasan kepada kata yang bergabung denganya. Contoh dalam ayat ialah “pokok

rambutan itu nampaknya akan mati”. Manakala kata pembenda ialah bentuk yang

menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.

Contohnya ialah lajunya, sakitnya, lantangnya, manisnya dan banyak lagi. Manakala

mengikut Abdullah Hassan, kata ganti nama –nya hadir di akhir kata nama yang

membawa maksud milik. Contoh ialah rumahnya, emaknya, kejayaanya dan penjaganya.

Kata ganti nama –nya juga boleh hadir di akhir kata sifat yang akan memyebabkan kata

sifat ini berubah menjadi kata nama. Contoh ialah besarnya, tingginya dan hijaunya.

3.2 Persamaan pendapat antara ahli Tatabahasa.

Ulasan atau pendapat ahli Tatabahasa mengenai kata ganti nama diri ini kadang-

kala mempunyai ciri-ciri persamaan. Antaranya ialah keempat-empat orang ahli

Tatabahasa ini telah menyenaraikan jenis-jenis kata ganti nama diri ini kepada tiga jenis

iaitu kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri

ketiga. Ketiga-tiga jenis kata ganti nama diri ini mempunyai fungsi dan peranan yang

sama. Kata ganti nama diri digunakan untuk mengantikan kata pangilan bagi yang

sedang bercakap atau penulis. Kata ganti nama diri kedua digunakan bagi mengantikan

kata panggilan bagi orang yang sedang dilawan bercakap atau pembaca. Manakala kata

ganti nama diri ketiga digunakan untuk menunjukkan orang yang sedang diperkatakan.

8

Page 9: Konsep Kata Ganti Nama Diri

Selain daripada itu juga, Ahmad Khair Mohd Nor dan Abdullah Hassan telah

menyenaraikan bahawa penggunaan kata ganti nama diri mempunyai ciri-ciri

kesantunanya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana, penggunaan perkataan saya

melambangkan penggunaan kata yang lebih formal dan mempunyai tanda hormat yang

tinggi dalam perbualan yang melibatkan perbezaan umur, pangkat, penulisan dan majlis-

majlis yang formal. Manakala penggunaan perkataan aku lebih kepada bahasa basahan

yang biasa digunakan apabila bercakap dengan sahabat yang rapat dan dalam konteks

perbualan yang tidak formal. Penggunaan perkataan aku juga banyak digunakan ketika

berdoa dan pembicaraan batin seperti dalam ungkapan “ampunilah segala dosa ku/aku”.

Disamping itu juga, perkataan aku boleh mengalami singkatan kata daripada perkataan

aku kepada perkataan –ku dan selalunya digunakan di belakang perkataan.

Menurut Arbak Othman dan Ahmad Khair Mohd Nor telah menyatakan bahawa

perkataan kami dan kita dalam kata ganti nama diri orang yang pertama mempunyai

konteks penggunaan kata yang berbeza. Hal ini adalah kerana, perkataan kami

menyisihkan orang kedua sedangkan perkataan kita memasukkan orang kedua. Secara

ringkasnya, kami tidak memasukkan orang kedua atau pendengar dipihak penutur

manakala kita melibatkan semua pihak sama ada sebagai pendengar, penutur atau pihak

lain. Perkataan kita dipakai jika orang kedua yang ditujukan percakapannya itu meliputi

orang yang sedang bercakap manakala perkataan kami digunakan jika tidak meliputi

orang kedua yang dilawan bercakap itu. Contohnya ialah “kami tidak makan daging

kambing” dan “kita tidak makan daging kambing”. Berdasarkan kepada contoh ayat

diatas dapat disimpulkan bahawa perkataan kami itu melambangkan orang kedua saja

yang tidak makan daging kambing manakala perkataan kita memberi makna orang kedua

juga tidak makan daging kambing.

Disamping itu juga, dalam penggunaan kata ganti nama diri orang ini boleh

wujudnya singkatan perkataan. Contohnya, perkataan engkau akan mengalami singkatan

kepada kau. Penyingkatan kata ganti nama diri orang ini tidak akan menukarkan jenis

kata ganti nama diri orang ini daripada jenis kata ganti nama diri pertama kepada kata

ganti nama kedua walaupun mengalami penyingkatan kata. Penyingkatan ini juga tidak

9

Page 10: Konsep Kata Ganti Nama Diri

akan merubah fungsi perkataan dalam penggunaan ayat. Contohnya, “engkau/kau

hendak ke mana?”.

3.3 Rumusan mengenai kata ganti nama diri.

Kata ganti nama diri mempunyai persamaan dan perbezaan dalam ulasan setiap

pendapat yang dikemukakan oleh ahli Tatabahasa. Namun demikian, konsep dan fungsi

yang cuba diketengahkan dalam kata ganti nama diri mempunyai pendapat yang sama.

Konsep yang dikemukakan adalah yang berkaitan dengan panggilan ganti nama diri yang

diberikan kepada manusia bagi menggantikan penggunaan pangilan nama. Fungsi kata

ganti nama diri juga berkaitan dengan kesantunan dalam setiap perkataan kata panggilan

yang digunakan itu dan bersesuaian dengan konteks masa.

Terdapat sesetengah ahli Tatabahasa yang berpendapat bahawa kata ganti nama

diri boleh digolongkan dalam kategori tunggal dan jamak. Melalui pengelasan yang

dibuat ini akan memudahkan lagi masyarakat membezakan jenis perkataan panggilan

yang sesuai untuk mereka menggunakannya. Contohnya, bagi mengantikan kata

panggilan yang merangkumi ramai orang perkataan kita atau kami boleh digunakan.

Manakala jika hanya melibatkan seorang penutur sahaja perkataan saya atau aku lebih

sesuai digunakan bergantung kepada konteks dan masa perkataan itu digunakan. Di

samping itu juga, daripada segi kesantunan bahasa kata ganti nama diri ini mempunyai

kesantunan bahasanya yang tersendiri. Hal ini adalah kerana perkataan saya itu lebih

menggambarkan konsep kesantunan yang tinggi berbanding perkataan aku. Pada

kebiasaannya masyarakat akan menggunakan bahasa yang lebih santun apabila berurusan

dengan orang yang lebih tua atau mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi.

Berdasarkan kepada pemahaman yang tinggi mengenai kata ganti nama diri ini

dapat mengelakkan mesyarakat daripada salah menggunakan kata panggilan bagi

mengelakkan sebarang kekeliruan yang akan berlaku. Setiap lapisan masyarakat telah

didedahkan dengan penggunaan yang betul mengenai kata ganti nama diri. Namun

demikian melalui perbandingan antara beberapa orang ahli Tatabahasa dapat

memperkukuhkan lagi pemahaman dan penggunaan mengenai kata ganti nama diri.

10

Page 11: Konsep Kata Ganti Nama Diri

4.0 Kesimpulan

Kata ganti nama diri banyak digunakan dalam penggunaan seharian. Bagi mewujudkan

lagi kesantunan dalam bahasa penggunaan kata ganti nama diri wajar digunakan. Pengajaran

secara formal mengenai penggunaan kata ganti nama diri di sekolah dapat mempertingkatkan

lagi kefahaman masyarakat mengenai panggilan kesantunan dalam masyarakat dan dapat

membezakan antara bahasa pasar dan bahasa formal. Kebanyakan kesalahan kata ganti nama

diri dapat diperbetulkan melalui sesi pengajaran secara formal di sekolah atau penulisan secara

ilmiah. Namun demikian, penulisan ilmiah kurang diminati oleh masyarakat menyebabkan

masih ramai lagi masyarakat yang tidak memahami akan konsep penggunaan kata ganti nama

diri.

11

Page 12: Konsep Kata Ganti Nama Diri

Rujukan

Abdullah Hassan (2006). Morfologi siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing.

Ahmad Khair Mohd Nor (2006). Pembentukan kata dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Prospecta Printers.

Ahmad Khair Mohd Nor (2010). Persoalan tatabahasa. Kuala Lumpur : Pencentakan Salam.

Arbak bin Othman (1981). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.

Arbak bin Othman (1985). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2010). Tatabahasa Dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

12