sekapur sirih ketua editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11....

16
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan Pencipta kerana dengan izinNya,maka Buletin Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak 2014 ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Sesungguhnya, penerbitan Buletin Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak 2014 ini mencerminkan kesungguhan pihak Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dalam menggembleng tenaga untuk melonjakkan imej organisasi Jabatan Pendidikan Perak. Usaha murni ini merupakan satu saluran Jabatan Pendidikan Perak untuk menyebar luas maklumat tentang perkembangan semasa Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Selain menjadi medium info, buletin ini juga diharap menjadi pencetus idea dan ilham kepada semua warga pendidikan di negeri Perak khususnya di bidang pendidikan swasta dan pendidikan khas. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menerbitkan Buletin Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak 2014. Semoga usaha murni ini akan diteruskan di tahun-tahun akan datang dan buletin ini dapat dijadikan penerbitan tahunan bagi Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak. Selamat Maju Jaya. ' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ TUAN HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, PMP., AMP. PENGARAH PENDIDIKAN PERAK Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita menghasilkan Buletin Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak 2014. Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas telah berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak kejayaan dan inovasi telah dicapai oleh Jabatan Pendidikan Perak melalui usaha gigih dan cetusan ilham warga di Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Jabatan Pendidikan Perak telah mendapat pengiktirafan oleh The Malaysian Book of Records dalam 3 tahun berturut-turut bermula 2011 hingga 2013 dalam aktiviti ‘Penglibatan Paling Ramai Murid Pendidikan Khas Pendengaran Dalam Persembahan Koir Kod Tangan’, ‘Kolaj 1Malaysia Terpanjang oleh Murid Pendidikan Khas’ dan ‘Penyertaan Paling Ramai Murid Pendidikan Khas dalam Satu Persembahan Muzikal’. Sistem dokumentasi dan paparan pendaftaran yang piawai telah dilaksanakan di seluruh institusi prasekolah swasta di negeri Perak telah banyak memberi impak positif kepada pengurusan di tadika-tadika swasta untuk lebih kompetitif dan berdaya saing. Kejayaan dan inovasi ini lahir dari konsep PRISMA yang menekankan 4 domain iaitu Kepimpinan, Inovasi, Hubungan Komuniti serta Jalinan dan Jaringan yang bermatlamatkan Kemenjadian Murid. Ke arah meningkatkan lagi kecemerlangan di Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas pelbagai idea dan pendapat yang kreatif lagi inovatif selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia serta konsep PRISMA akan diteruskan agar motto Jabatan Pendidikan Perak iaitu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan sentiasa direalisasikan. Selamat Maju Jaya. ' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ENCIK AZNAN BIN HAJI ALIAS, AMP. KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS Penasıhat Tuan Haji Mohd Idris Bin Haji Ramli, PMP., AMP. Pengarah Pendidikan Perak Pengerusi Tuan Haji Zulkurnaini Bin Hussin Timbalan Pengarah Pendidikan Perak Ketua Edıtor Aznan Bin Haji Alias, AMP. Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Edıtor Penyelaras Tuan Haji Fakhrul Nizam Bin Haji Pakhruddin Ketua Unit Pendidikan Khas Urus Setia Semua Penolong Pengarah dan Penyelia di Unit Pendidikan Swasta, JPN Perak Semua Penolong Pengarah dan Penyelia di Unit Pendidikan Khas, JPN Perak Penolong PPD Pendidikan Khas di PPD seluruh Perak Penyelia Pendidikan Swasta di PPD seluruh Perak Editorial Sekapur Sirih Salam Ketua Editor

Upload: others

Post on 31-Aug-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Amanjaya. Setinggi-tinggi kesyukuran dilafazkan kepada Tuhan Pencipta kerana dengan izinNya,maka Buletin Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak 2014 ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Sesungguhnya, penerbitan Buletin Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak 2014 ini mencerminkan kesungguhan pihak Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dalam menggembleng tenaga untuk melonjakkan imej organisasi Jabatan Pendidikan Perak. Usaha murni ini merupakan satu saluran Jabatan Pendidikan Perak untuk menyebar luas maklumat tentang perkembangan semasa Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas. Selain menjadi medium info, buletin ini juga diharap menjadi pencetus idea dan ilham kepada semua warga pendidikan di negeri Perak khususnya di bidang pendidikan swasta dan pendidikan khas. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha menerbitkan Buletin Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak 2014. Semoga usaha murni ini akan diteruskan di tahun-tahun akan datang dan buletin ini dapat dijadikan penerbitan tahunan bagi Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak. Selamat Maju Jaya. ' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ TUAN HAJI MOHD IDRIS BIN HAJI RAMLI, PMP., AMP. PENGARAH PENDIDIKAN PERAK

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita menghasilkan Buletin Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Perak 2014.

Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas telah berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak kejayaan dan inovasi telah dicapai oleh Jabatan Pendidikan Perak melalui usaha gigih dan cetusan ilham warga di Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas.

Jabatan Pendidikan Perak telah mendapat pengiktirafan oleh The Malaysian Book of Records dalam 3 tahun berturut-turut bermula 2011 hingga 2013 dalam aktiviti ‘Penglibatan Paling Ramai Murid Pendidikan Khas Pendengaran Dalam Persembahan Koir Kod Tangan’, ‘Kolaj 1Malaysia Terpanjang oleh Murid Pendidikan Khas’ dan ‘Penyertaan Paling Ramai Murid Pendidikan Khas dalam Satu Persembahan Muzikal’.

Sistem dokumentasi dan paparan pendaftaran yang piawai telah dilaksanakan di seluruh institusi prasekolah swasta di negeri Perak telah banyak memberi impak positif kepada pengurusan di tadika-tadika swasta untuk lebih kompetitif dan berdaya saing.

Kejayaan dan inovasi ini lahir dari konsep PRISMA yang menekankan 4 domain iaitu Kepimpinan, Inovasi, Hubungan Komuniti serta Jalinan dan Jaringan yang bermatlamatkan Kemenjadian Murid.

Ke arah meningkatkan lagi kecemerlangan di Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas pelbagai idea dan pendapat yang kreatif lagi inovatif selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia serta konsep PRISMA akan diteruskan agar motto Jabatan Pendidikan Perak iaitu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan sentiasa direalisasikan.

Selamat Maju Jaya.

' BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ENCIK AZNAN BIN HAJI ALIAS, AMP. KETUA SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS

Penasıhat Tuan Haji Mohd Idris Bin Haji Ramli, PMP., AMP.

Pengarah Pendidikan Perak

Pengerusi Tuan Haji Zulkurnaini Bin Hussin

Timbalan Pengarah Pendidikan Perak

Ketua Edıtor Aznan Bin Haji Alias, AMP.

Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas

Edıtor Penyelaras Tuan Haji Fakhrul Nizam Bin Haji Pakhruddin Ketua Unit Pendidikan Khas

Urus Setia

Semua Penolong Pengarah dan Penyelia di Unit Pendidikan Swasta, JPN Perak Semua Penolong Pengarah dan Penyelia di Unit Pendidikan Khas, JPN Perak

Penolong PPD Pendidikan Khas di PPD seluruh Perak Penyelia Pendidikan Swasta di PPD seluruh Perak

Editorial

Sekapur Sirih

Salam Ketua Editor

Page 2: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

2

KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK )

Kursus Pendedahan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK ) Siri 1/2014 telah di adakan pada 15 Mac 2014 bertempat di Dewan Besar, PPD Kinta Utara, Ipoh. Seramai 85 peserta telah menyertai kursus ini. Penceramah kursus ini ialah Puan Hjh Sarifah bt Ibrahim, Guru Prasekolah dari SK Matang Buluh, Kerian dan Cik Rosmawati bt Radzuan, Guru Prasekolah dari SK Changkat Jering, Taiping. Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan berkaitan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, jadual waktu PdP dan bahan bantu mengajar kepada Guru Besar dan Guru -Guru Prasekolah swasta yang baru berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Perak.

BERITA SEKTOR

MAJLIS PERPISAHAN

Jamuan Majlis Perpisahan 2 orang pegawai di Unit Pendidikan Swasta daerah Hilir Perak dan Kinta Selatan telah diadakan pada 22 April 2014 di Kantin Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Ipoh. En Mohd Nazri bin Kamaruddin, Penyelia Pendidikan Swasta daerah Hilir Perak telah digerakkan menjadi Guru Besar di SK Simpang Tiga, Bagan Datoh dan tempat beliau digantikan dengan En Arzmi bin Mohd Ghazali manakala En. Mohd Kamal bin. Abd Latif, Penolong PPD Swasta telah menjadi Pensyarah di SBPI Gopeng. Tempat beliau digantikan oleh En Mohd Sharif bin Ibrahim. Tahniah dan sekalong penghargaan kepada mereka berdua yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada Unit Pendidikan Swasta, JPN Perak dan PPD masing-masing.

PROGRAM PENGUPAYAAN PEGAWAI PENYIASAT (4P)

Program Pengupayaan Pegawai Penyiasat (4P) telah diadakan pada 5 Februari 2014. Semua pegawai pendidikan swasta daerah turut terlibat. Program ini diadakan selama 2 hari 1 malam di Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Seri Ampang, Bercham, Ipoh.Tujuan program ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai di PPD tatacara menjalankan siasatan ke atas IPS yang melanggar peraturan dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ). Penceramah untuk program ini disempurnakan oleh En Mat Jasmin bin Mat Jiran, Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Swasta, JPN Pulau Pinang. Di sebelah malamnya pula telah diadakan pemeriksaan ke atas IPS yang terpilih. Nasihat telah diberikan kepada pengusaha yang terlibat.

SEMINAR PENUBUHAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA (IPS)

Unit Pendidikan Swasta, JPN Perak telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar bulanan penubuhan institusi pendidikan swasta ( IPS) kepada individu di negeri Perak yang berminat untuk menubuhkan IPS seperti Tadika, Pusat Tuisyen, Pusat Bahasa dan sebagainya. Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk memberi penerangan kepada individu berkenaan perkara yang perlu diketahui dan perlu dilakukan apabila ingin membuka IPS. Sehingga kini, sebanyak 8 siri seminar telah di adakan. Peserta seminar akan diberikan sijil kehadiran selain bahan-bahan edaran berkaitan penubuhan IPS. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah, Unit Pendidikan Swasta, JPN Perak dan Penyelia dari PPD yang berkaitan.

Page 3: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

3

BERITA SEKTOR

TAKLIMAT BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA

Salah satu Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) ialah Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta. Taklimat Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta Fasa 1 di negeri Perak telah diadakan pada 18 Februari 2014 di Bilik Mesyuarat Seri Asuhan, JPN Perak.Taklimat ini dihadiri oleh semua penyelia pendidikan swasta daerah. Turut hadir dalam taklimat ini ialah En Azemi bin Mahadi dari Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia. Fasa 1 melibatkan 18 buah tadika, 300 orang murid dengan peruntukan sebanyak RM204,463.00.

TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT INSITTUSI PENDIDIKAN SWASTA (SMIPS)

Taklimat Sistem Maklumat Institusi Pendidikan Swasta negeri Perak telah diadakan pada 6 Februari 2014 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Taklimat ini melibatkan 19 buah sekolah swasta. Taklimat disampaikan oleh Cik Jamila bt Shaaruddin, Penolong Pengarah ( Pendaftaran, Penubuhan & Piawaian ) JPN Perak. Wakil sekolah dikehendaki mengisi SMIPS secara atas talian pada hari berkenaan.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTAQ) PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK

MTAQ Pendidikan Khas Negeri Perak telah diadakan pada 17 Mei 2014 di SMK Tapah dengan daerah Batang Padang sebagai Tuan Rumah. Program ini dirasmikan oleh Tuan Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas iaitu Encik Aznan bin Haji Alias, AMP.

MAJLIS PERPISAHAN

Jamuan Majlis Perpisahan untuk 4 pegawai Pendidikan Khas iaitu En Nor Azman bin Zainal Abidin (Penyelia Kanan Pendidikan Khas JPN Perak), Puan Rozaimah bt Mohamed (Penolong PPD Pendidikan Khas daerah Kerian), Encik Rustam bin Siis (Penolong PPD Pendidikan Khas daerah LMS) dan Pn Lee Wai Yin (Penolong PPD Pendidikan Khas daerah Kinta Utara) telah diadakan pada 11 Februari 2014 di Restoran Pakeeza, Ipoh. En Nor Azman bin Zainal Abidin telah bertukar ke SK Coronation Park sebagai Guru Besar , Puan Rozaimah bt Mohamed menjawat PK Pendidikan Khas di SMK Tasek Damai manakala Encik Rustam bin Siis dan Pn Lee Wai Yin mendapat tawaran cuti belajar bergaji penuh peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan khas.

Page 4: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

4

BERITA SEKTOR

PROJEK PRISMA PRA VOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS AZAM KERJA 1 MALAYSIA (NEGERI PERAK)

PROJEK PRISMA PRAVOKASIONAL PENDIDIKAN KHAS AZAM KERJA 1 MALAYSIA merupakan projek usahasama antara Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak dengan Jabatan Tenaga Kerja Perak untuk menyediakan latihan vokasional kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Perak. Projek tersebut telah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai bulan Mac tahun 2014 yang melibatkan latihan kemahiran menjahit dan kemahiran mencuci kereta. Sebanyak 10 Program Pendidikan Khas Integrasi Pendidikan Khas di negeri Perak terlibat dalam projek ini.

Selain daripada latihan kemahiran asas yang disediakan, pelajar juga akan dilengkapkan dengan latihan kemahiran pengurusan kewangan, kemahiran urusniaga dan pemasaran agar pelajar Pendidikan Khas dapat menjana pendapatan sendiri apabila telah tamat persekolahan dan seterusnya mengakhiri zaman kemiskinan.

Sebagai persediaan untuk pelaksanaan projek tersebut, kursus asas kemahiran menjahit dan mencuci kereta telah diadakan untuk guru yang dilantik sebagai jurulatih untuk projek tersebut. Latihan dalaman untuk pelajar telah dijalankan melalui waktu pravokasional. Pelbagai produk jahitan, kraf felt dan aksesori kraf kreatif telah berjaya dihasilkan dan telah dipasarkan di peringkat sekolah.

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) NEGERI PERAK

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas Negeri Perak telah diadakan di MH Hotel, Ipoh pada 25 Mac 2014. Seramai 300 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dari sekolah rendah dan prasekolah terlibat dalam kursus ini. Antara pengisian yang dilaksanakan sepanjang kursus ini berlangsung ialah berkaitan peranan dan tugas serta tanggungjawab PPM, Panduan Penulisan Buku Log dan isu-isu berkaitan dengan perjawatan PPM.

KURSUS PENDEDAHAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK

Kursus ini telah berlangsung pada 14 hingga 16 April 2014 di MH Hotel, Ipoh. Bil peserta kursus kali ini berjumlah 90 orang dan terdiri daripada guru-guru baharu pendidikan khas. Tajuk yang dibincangkan adalah Pengenalan kepada Pendidikan Khas di negeri Perak, Pedagogi PdP, PRISMA, Penyediaaan Media Bantu Mengajar dan bengkel.

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN

Negeri Perak telah menyertai Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) Pendidikan Khas Kebangsaan 2014 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang pada 17 hingga 20 Jun 2014. Kontinjen Negeri Perak telah berjaya mendapat 4 Johan, 3 Naib Johan dan 5 Tempat Ketiga. Secara keseluruhannya Kontinjen Negeri Perak menduduki tempat 3 dari 16 negeri yang menyertai Majlis MTAQ tersebut.

PROGRAM OUTREACH NEGERI PERAK

Program Outreach bertujuan untuk mengenal pasti murid Tahun 3 yang tidak menguasai Konstruk 1 dan Konstruk 2 pada Saringan 2 Tahun 2013 sama ada mempunyai ciri-ciri Murid Berkeperluan Khas (MBK). Program bermula dari bulan Mac hingga Mei 2014 melibatkan seramai 350 orang murid. Program ini akan melibatkan pelbagai agensi yang dikenali sebagai Multi Discipline Team (MDT). Program dijalankan dalam dua kaedah iaitu Rujukan Terus dan Rujukan Berpusat. Lokasi bagi Rujukan Berpusat adalah Sri Inai Gerik pada 15-17 April, Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput Utara pada 8-10 April dan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 16 April.

"The strongest people aren't always the people who win, but the people who don't give up when they lose.“

Ashley Hodgeson

Page 5: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

5

KURSUS PENINGKATAN PdP

Kursus Peningkatan PdP Guru-Guru Pendidikan Khas Negeri Perak telah diadakan di Hotel Taiping Perdana selama dua hari iaitu bermula pada 19 Mei 2014 dan berakhir pada 20 Mei 2014. Kursus ini berfokus kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seramai 80 orang guru-guru pendidikan khas yang mempunyai calon UPSR telah terpilih untuk menghadiri kursus tersebut. Sepanjang kursus tersebut berlangsung, peserta-peserta kursus telah didedahkan dengan teknik menjawab soalan, skema pemarkahan dan aktiviti perbengkelan.

TAKLIMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK Taklimat ini telah diadakan pada 21 hingga 22 Mei 2014 di Hotel Taiping Perdana dan dihadiri oleh semua Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Penyelaras Pendidikan Khas seluruh Perak. Dalam perjumpaan kali ini, semua peserta diingatkan semula kepentingan tentang pengurusan PPKI yang cekap di sekolah, sentiasa berusaha menghasilkan inovasi yang menjurus ke arah kemenjadian murid dan PdP yang berkualiti. Buku Cetusan Idea telah dilancarkan oleh Encik Aznan bin Haji Alias, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas untuk memberikan peluang kepada semua warga pendidikan khas untuk mengemukakan idea kepada Unit Pendidikan Khas.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK

Kejohanan ini telah diadakan pada 21 hingga 23 April 2014 di Kompleks Rakan Muda Kampar dan disempurnakan Majlis Penutupan Oleh Kapt. Dr. Hj. Ahmad Damanhuri bin Ibrahim, PMP.

KARNIVAL PERMAINAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK

Karnival ini telah berlangsung pada 23 Julai 2014 dengan daerah Larut Matang dan Selama sebagai tuan rumah. Daerah Hilir Perak berjaya menjadi Johan dalam karnival tahun ini. Daerah Manjung mendapat tempat kedua manakala daerah LMS di tempat ketiga.

KARNIVAL PERMAINAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI PERAK

Karnival ini telah berlangsung pada 26 Jun 2014 di Manjung International Sports Arena (MISA).

BERITA SEKTOR

Page 6: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

PEMBUATAN SIMEN FERO

Ini merupakan aktiviti pertama Projek Pra Vokasional Pendidikan Khas SMK Tapah bagi tahun 2014. Projek ini bermula Januari dan akan berakhir pada Oktober. Projek ini diketuai oleh 2 orang guru dengan tenaga kerja seramai 6 orang pelajar kategori Slow Learner. Matlamat projek ini adalah untuk mendidik pelajar ke arah keusahawanan iaitu mencari pasaran dan menghasilkan produk (simen fero). Setakat ini. hasil projek mendapat tempahan dari beberapa orang individu dan juga untuk keceriaan sekolah.

LUKISAN HIASAN BATIK

Ini adalah aktiviti kedua Projek Pra Vokasional Pendidikan Khas SMK Tapah bagi tahun 2014. Jangka masa projek ini adalah antara Januari hingga Oktober. Projek ini diketuai oleh 2 orang guru dengan tenaga kerja seramai 6 orang pelajar kategori Slow Learner serta 2 pelajar Downs Syndrome. Hasil projek ini dipasarkan kepada warga sekolah dan juga orang ramai melalui gerai-gerai jualan yang dibuka di kantin sekolah dan di majlis-majlis tertentu.

6

BATANG PADANG

TADIKA SWASTA TIADA / KURANG MURID Tadika Ilmuan Mumtaz, Sungkai Perak telah ditubuhkan pada Disember 2013. di kawasan perumahan baharu. Sehingga kini, tadika ini masih tidak mempunyai murid kerana kebanyakan rumah di kawasan ini masih tidak didiami dan terdapat persaingan dari Tadika Islam, Tadika Kemas dan Tadika PASTI yang berhampiran.

Tadika Hwa Min, Temoh mempunyai 8 orang murid sahaja. Tadika ini ditubuhkan di Dewan Orang Ramai berhampiran tokong Cina. Tadika ini telah beroperasi 15 tahun yang lalu dan mempunyai seorang guru iaitu Puan Leong Chooi Fun yang sangat berpengalaman dan tidak sangat mengharapkan gaji bulanan. Tugas mendidik ini beliau sangat minati dan mengajar murid lebih kepada kebajikan.

"Every student can learn, just not on the same day, or in the same way.“

George Evans

"It is the supreme art of the teacher to awaken joy in creative expression and knowledge.“

Albert Einstein

Teachers who love teaching, teach children to love learning.

Page 7: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA TAHUN 2014

Unit Pendidikan Swasta PPD Manjung telah mengadakan majlis ini pada 11 Julai 2014 pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Bestari, PPD Manjung. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Suhaimi bin Ramli, Ketua PPD Manjung. Sebanyak 34 buah tadika terpilih yang melibatkan jumlah murid seramai 308 orang murid telah menerima bantuan tersebut. Syarat utama bantuan yuran adalah mengikut pendapatan per kapita isi rumah yang tidak melebihi RM500.00. Hanya murid warganegara Malaysia sahaja dan berumur 4+ dan 5+ tahun layak dipertimbangkan.

PEMANTAUAN KE PUSAT TUISYEN

Pusat Tuisyen Seri Sukses yang beralamat di No.2, Taman Ria Jaya, Jalan Raja Omar, 32000 Sitiawan, Perak telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Perak. Kelas yang dipantau mempunyai seramai enam belas orang pelajar dan dikendalikan dengan baik.

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN PANITIA PEMULIHAN KE INDONESIA

Panitia Pendidikan Khas dan Pemulihan Daerah Manjung telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras Pengantarabangsaan 2014 di Bukit Tinggi, Indonesia. Sekolah pilihan adalah Sekolah Dasar Negeri 01 Lubuk Alung. Program lawatan diadakan pada 12 Mei 2014 iaitu hari Isnin. Peserta lawatan adalah seramai 35 orang wakil sekolah dan 6 orang wakil PPD yang diketuai oleh Tn. Hj. Hassan Bakri bin Hj. Mohamad, Timbalan PPD Manjung. Antara aktiviti yang dijalankan adalah upacara sambutan daripada pihak sekolah iaitu persembahan murid dan majlis sambutan. Peserta dibawa melawat ke kelas-kelas dan melihat aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan dalam bilik darjah dan juga untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

LENCANA USAHA PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS

Unit Beruniform Pengakap Daerah Manjung telah menganjurkan Kem Lencana Usaha untuk ahli-ahli muda. Penganjuran kali ini diadakan di Kem Lestari, SMK Batu Sepuluh Lekir dan melibatkan 9 orang pelajar Pendidikan Khas dan 37 orang pelajar aliran perdana. Antara aktiviti yang dijalankan adalah membina khemah, membina gajet, kawad kaki, ujian-ujian untuk lencana, pemeriksaan pagi, kembara, penulisan Buku Log Lencana Usaha, kebudayaan dan masakan rimba. Perkhemahan ini adalah satu usaha integrasi ko-kurikulum antara pelajar pendidikan khas dan aliran perdana.

AKTIVITI PEMULIHAN

Program Cepat Celik Membaca & Menulis (CC2M) Peringkat Daerah Manjung 2014 telah diadakan pada 24 Jun 2014 di Hotel Virgo Resort, Teluk Batik, Manjung.

MANJUNG

7

Page 8: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

SEMINAR JERAYAWARA PENGURUSAN PUAT TUISYEN & PUSAT BAHASA DAERAH KINTA UTARA

Jerayawara ini telah diadakan pada 28 Jun 2014 bertempat di Dewan Besar, PPD Kinta Utara. Seramai 68 orang telah hadir dalam seminar ini. Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk memperkemaskini pengurusan IPS dan pematuhan Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ). Penceramah untuk seminar ini ialah Puan Farah Hafizah binti Mohd Yusop dari PPD Kinta Utara yang menyentuh isu-isu berkaitan PT3, Komponen PBS peringkat Menengah Rendah dan takwim PT3 manakala Encik Dzul Hanan bin Ghazali dari JPN Perak pula menerangkan perkara yang berkaitan dengan akta yang kerap di tempuhi oleh pengusaha Institusi Pendidikan Swasta (IPS).

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS 2014

Aktiviti ini telah dilaksanakan pada 30 April 2014 di Gelanggang Futsal Extreme Park Tambun. Sebanyak 18 pasukan telah menyertai pertandingan ini iaitu 8 dari PPKI Rendah dan 10 dari PPKI Menengah. Aktiviti ini selaras dengan hasrat 1 Murid 1 Sukan (1M1S) Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil dan memilih wakil pelajar yang berpotensi dalam sukan ini untuk mewakili daerah ke peringkat negeri.

PROGRAM KEM GILAPAN PERMATA

Kem ini telah dilaksanakan pada 25 dan 26 Jun 2014 di SK Sri Kinta. Seramai 24 orang murid Tahun 3 yang tidak melepasi Konstruk 1 dan Konstruk 2 Saringan LINUS telah mengikuti kem ini dengan jayanya. Kem ini dikendalikan oleh Penolong PPD Pendidikan Khas dengan kerjasama 12 orang Fasilinus.

KINTA UTARA

8

LAWATAN KHIDMAT BANTU KE TADIKA PERIANG, IPOH.

Lawatan Khidmat Bantu ke Tadika Periang, Ipoh adalah lawatan rutin ke prasekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tujuan lawatan ialah untuk memberi khidmat bantu dalam bentuk nasihat ataupun cadangan untuk penambahbaikan pengurusan dan perkhidmatan tadika serta mempastikan pengusaha tadika patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh KPM berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) . Selain itu pengusaha tadika dikehendaki mempamerkan perakuan pendaftaran tadika di papan tanda yang piawai digunakan di seluruh negeri Perak. Selain itu, pegawai turut memeriksa isi kandungan “i-File “ yang juga merupakan inovasi kepada pengurusan fail yang sedia ada.

Page 9: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

PEMBATALAN PENDAFTARAN IPS

Lawatan ke premis Pusat Tuisyen Wawasan Maju, No.2217A, 2217B, Jalan Timah, Bandar Baru Kampar pada 11 Julai 2014 (Jumaat) oleh Penolong PPD Swasta Kinta Selatan mendapati premis berkenaan sememangnya tidak beroperasi lagi dan telah dijadikan rumah penginapan pekerja. Surat sokongan penutupan telah dihantar ke Unit Pendidikan Swasta di Jabatan Pendidikan Perak untuk tindakan selanjutnya.

PERSEMBAHAN NYANYIAN OLEH MURID PENDIDIKAN KHAS

Pada 26 Mei, sempena dengan Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan ke 2 bagi tahun 2014, seramai 6 orang murid dari Program Pendidikan Khas Integrasi Pendengaran SK Sultan Yussuf, Batu Gajah telah mengadakan satu persembahan Koir Kod Tangan dengan diiringi oleh seorang penyanyi solo dari Program Pendidikan Khas Integrasi Pembelajaran SK Seri Tronoh. Persembahan oleh anak-anak berkeperluan khas ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada semua Pengetua dan Guru Besar daerah Kinta Selatan yang hadir.

ANUGERAH AKADEMIK TERBAIK OLEH MURID PENDIDIKAN KHAS

Dalam Perhimpunan Bulanan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan Bil.2/2014 yang telah diadakan pada 26 Mei, Anugerah Pencapaian Terbaik oleh Program Pendidikan Khas Integrasi dalam Peperiksaan Awam 2013 telah diberikan kepada 2 pelajar. Mereka adalah Muhammad Hafizuddin bin Rostam dari PPKI BP SMK Sultan Yussuf untuk PMR 2013 dan Cheah Ting Shen dari PPKI BD SK Sultan Yussuf untuk UPSR 2013.

PPKI SMK MALIM NAWAR

PPKI SMK Malim Nawar dibuka dengan rasminya pada 1 Julai 2014. Feedernya adalah SMK Sentosa. Kelas beroperasi dengan 7 pelajar dan 3 guru. SMK Malim Nawar memberikan sokongan penuh dengan menyediakan 1 bilik darjah 3 bay, perabot asas untuk Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdP).

KINTA SELATAN

"A Loving Heart is the Beginning of all Knowledge." --T.C.

9

“There needs to be a lot more emphasis on what a child can do instead of what he cannot do.”

Dr. Temple Grandin

Page 10: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

PEMANTAUAN AWAL TAHUN

Pemantauan dijalankan pada awal tahun ke tadika-tadika swasta bertujuan untuk meninjau sejauh mana persediaan dan persiapan Institusi Pendidikan Swasta dari segi pengajaran dan pembelajaran serta kelengkapan fizikal.

VERIFIKASI GERAN PERMULAAN

Pemantauan Verifikasi Geran Permulaan Tadika Swasta untuk Tadika Bintang Jaya Bestari, Kuala Kurau, Perak dilaksanakan pada 11 Mac 2014. Tadika ini telah memenuhi syarat untuk pemberian bantuan geran permulaaan sebanyak RM 20,000.00 di bawah GTP 2.0.

PROJEK BUMI HIJAU

Projek perkebunan PPKI SMK Bagan Serai bermula sejak tahun 2005 di bawah matapelajaran Kemahiran Hidup Perkebunan.

Di samping tanaman fertigasi, pemasuan semula pokok bunga, pembungkusan biji benih dan pembuatan baja organik serta Jualan Usahawan Muda turut dijalankan.

Projek ini kemudiannya dilancarkan secara rasmi di bawah Projek Bumi Hijau oleh Dr. Abdullah Sani pada 2010 dan mendapat kerjasama yang baik dari Jabatan Pertanian Daerah Kerian dari segi khidmat nasihat dan bantuan bahan projek. Sumbangan pokok Stevia oleh YB Haji Mohsin Fadzli, Ahli Parlimen Bagan Serai 2010 serta bantuan orang perseorangan, Encik Roshidi dan Encik Rosli.

Mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan Kitchen Garden/Edible Landscape 2010 dan menjadi johan kategori komuniti (Bahagian Pendidikan Khas) sempena Hari Peladang Jabatan Pertanian Kerian 2011.

PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP SEPANJANG HAYAT

Program ini adalah usahasama SMK Selinsing dengan Kolej Komuniti Bagan Serai. Tempoh program ini adalah di antara Mac hingga November 2014. Kursus yang diadakan adalah kemahiran masakan, jahitan, kraftangan dan computer. Di akhir setiap kursus, pelajar akan diberi sijil kemahiran yang telah diiktiraf.

KERIAN

"By learning you will teach, by teaching you will learn.“

Latin Proverb

10

Page 11: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

PROGRAM JERAYAWARA

Program Jerayawara IPS 2014 Daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak telah diadakan pada 7 April 2014. Seramai 52 orang peserta telah hadir dalam program ini. Pengisian program adalah taklimat Pengurusan Fail oleh Encik Dzul Hanan bin Ghazali dari Unit Pendidikan Swasta JPN Perak dan Penubuhan Institusi Pendidikan Swasta oleh Cik Jamila yang juga dari Unit Pendidikan Swasta JPN Perak serta taklimat Gaji Minima oleh Puan Hasnah binti Zakaria, Penolong Pengarah Kanan dari Jabatan Tenaga Kerja Daerah Kuala Kangar.

PROGRAM OUTREACH 2014

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 8-10 April 2014 di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput (U). Kerjasama yang padu telah diperolehi daripada Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Jabatan Kebajikan Negeri Perak.

PERTANDINGAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS

Pertandingan ini telah dilangsungkan pada 19 Februari 2014 di Pusat Boling Ole Ole Mydin Mall Ipoh.

KUALA KANGSAR

11

TINJAUAN AWAL IPS YANG BERDAFTAR/TIDAK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pegawai akan membuat tinjauan awal sebelum sesuatu institusi pendidikan swasta itu dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi peraturan seperti dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550). Sekiranya IPS berkenaan tidak berdaftar dengan JPN Perak, panggilan telefon dan surat peringatan untuk mendaftarkan IPS akan dikeluarkan kepada pengusaha. Pengusaha perlu hadir ke JPN Perak mengikut tempoh yang ditetapkan. Jika pengusaha gagal berbuat demikian, maka tindakan denda akan dikenakan ke atas pengusaha terbabit seperti termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ).

Page 12: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

HILIR PERAK

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) DAERAH HILIR PERAK

Pada tahun 2014, PPKI Daerah Hilir Perak telah mencatat beberapa kejayaan yang dapat dibanggakan.

Dalam acara MTAQ Pendidikan Khas, Hisyamudin bin Muhd Tarmizi dari SMK Raja Muda Musa yang telah berjaya menjadi Johan Peringkat Negeri Perak dan Peringkat Kebangsaan selama dua tahun berturut-turut dalam Pertandingan Bercerita Kurang Upaya Pendengaran. Nurliana Afiera bt Yusof dari SK (P) Methodist turut mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam acara Khat Jawi.

Dalam acara Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Perak 2014, daerah Hilir Perak berjaya menggondol 10 pingat emas, 9 pingat perak dan 7 pingat gangsa dan meletakkan Hilir Perak di anak tangga kedua secara keseluruhan bagi 10 buah daerah di negeri Perak. Atlet Hilir Perak yang mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan telah berjaya membawa pulang 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Dalam bidang permainan bola jaring pula, daerah Hilir Perak berjaya meningkatkan prestasi pencapaiannya dari Naib Johan Peringkat Negeri pada tahun 2013 kepada Johan pada tahun 2014.

Selain bidang kokurikulum, PPKI SMK Raja Muda Musa telah mengadakan Program Jalinan bersama Kolej Komuniti Teluk Intan. Kursus yang diikuti ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dan guru pendidikan khas dalam bidang catering dan sajian.

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN YURAN PRA SEKOLAH SWASTA GTP 2.0 FASA 2 (2014)

Majlis ini telah diadakan di Tadika Seri Maju Teluk Intan bagi kelompok Tadika Zon Teluk Intan

PENUBUHAN TADIKA BARU

Pertubuhan Tadika Baru iaitu Tadika Taman Kg. Banjar Teluk Intan.

BANTUAN GERAN PERMULAAN PRA SEKOLAH SWASTA

Penerima Bantuan Geran Permulaan Pra Sekolah Swasta iaitu Tadika Ilmu Bestari, Taman Seri Intan, Hutan Melintang, Perak. Pengasuh Tadika Paling Muda Berumur 21 Tahun.

"Fair isn't everybody getting the same thing. Fair is

everybody getting what they need in order to be

successful."

"While we try to teach our children all about life, our

children teach us what life is all about."

12

Page 13: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

LARUT MATANG SELAMA

PENYERAHAN BANTUAN MURID PRA SEKOLAH SWASTA

Pada 1.7.2014 hingga 4.7.2014 telah berlangsung majlis penyerahan Bantuan Murid Pra Sekolah Swasta yang telah diluluskan bagi fasa 2 negeri Perak tahun 2014. Sebanyak 19 buah tadika swasta yang berada di Larut Matang dan Selama telah menerima bantuan ini. Program ini mendapat kerjasama yang amat memberangsangkan di kalangan ibu bapa dan dilihat telah memberi impak yang amat tinggi dalam pembangunan program pra sekolah swasta di daerah Larut Matang dan Selama.

PROGRAM PEMBANGUNAN FUTSAL BERSAMA PEJABAT BELIA DAN SUKAN LARUT MATANG

Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang & Selama telah menjalinkan kerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan daerah Larut Matang dalam Program Pembangunan Futsal Pendidikan Khas. Program ini dijalankan pada setiap hari Rabu bertempat di Kompleks Rakan Muda Kamunting. Seramai 12 orang murid pendidikan khas dari 8 buah sekolah sekitar daerah dan 3 orang guru pendidikan khas terlibat dengan aktiviti ini. Seorang jurulatih telah dilantik oleh Pejabat Belia dan Sukan daerah untuk mengendalikan program ini.

PROGRAM AZAM KERJA 1MALAYSIA

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Perak telah memilih PPKI SMK Bukit Jana sebagai Pusat Latihan Rintis Program Azam Kerja 1Malaysia. Program ini dimulakan dengan Komponen Pravokasional Jahitan dan kemudiannya diperluaskan dengan 2 lagi kemahiran iaitu Komponen Seni Kreatif dan Komponen Pravokasional Masakan. Semua peralatan dibekalkan oleh JTK. Pasaran produk untuk Komponen Pravokasional Jahitan dan Komponen Seni Kreatif akan diuruskan oleh pihak sekolah manakala pasaran untuk produk Komponen Pravokasional Masakan akan diuruskan oleh pihak JTK.

"I've learned that people will forget

what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you

made them feel.”

Maya Angelou

It takes a big heart to help shape little minds.

13

"Truly wonderful, the

mindof a child is."

Page 14: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

HULU PERAK

Majlis Penyerahan Bantuan Yuran Prasekolah Tadika Didikan Cerdik Pengkalan Hulu yang diadakan di Tadika Didikan Cerdik pada 8 Julai 2014. Seramai 16 orang murid layak menerima bantuan tersebut. Penyerahan disampaikan oleh Cik Jamila, Penolong Pengarah Pendidikan Swasta JPN Perak.

Majlis Penyerahan Bantuan Yuran Prasekolah Tadika Ikhwan Pintar Pengkalan Hulu yang diadakan di Tadika Didikan Cerdik pada 8 Julai 2014. Seramai 3 orang murid layak menerima bantuan tersebut. Penyerahan disampaikan oleh Encik Hassim bin Mohamad, Penyelia Pendidikan Swasta PPD Hulu Perak.

Majlis Penyerahan Bantuan Yuran Prasekolah Tadika Kg. Baru Batu 2, Gerik yang diadakan di Tadika Kg. Baru Batu 2 Gerik pada 9 Julai 2014. Seramai 26 orang murid layak menerima bantuan tersebut. Penyerahan disampaikan oleh Encik Hassim bin Mohamad, Penyelia Pendidikan Swasta PPD Hulu Perak.

Majlis Penyerahan Bantuan Yuran Prasekolah Tadika Yeong Hwa Lenggong yang diadakan di Tadika Yeong Hwa Lenggong pada 10 Julai 2014. Seramai 16 orang murid layak menerima bantuan tersebut. Penyerahan disampaikan oleh Encik Hassim bin Mohamad, Penyelia Pendidikan Swasta PPD Hulu Perak.

BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA 2014

PROJEK FERTIGASI PENDIDIKAN KHAS SMK GERIK

Projek ini dimulakan dengan projek mini penanaman sayuran menggunakan kaedah Fertigasi pada tahun 2009. Pada peringkat permulaan, penanaman dimulakan dengan pokok cili dan pokok terung. Projek penanaman pokok kucai dan petola bermula sejak 2011 hingga kini. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari selasa bermula 7.40 pagi hingga 9.40 pagi. Penanaman pokok kucai ini mendapat permintaan dari peniaga sayur di pasar tani. Hasil tanaman akan diserahkan kepada bahagian keusahawanan yang dibimbing oleh Puan Norkumala binti Mohamed untuk dijual dipasar Tani dan pasar sayur di Pekan Gerik. Keseluruhan projek ini akan dipantau dan diselia dari semasa ke semasa oleh pegawai dari Pejabat Pertanian Gerik. Projek ini juga mendapat bantuan benih, polibeg dan sistem tangki air dari Pejabat Pertanian Gerik.

JAMBORI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS

Pasukan Pengakap Pendidikan Khas Daerah Hulu Perak telah menyertai THAI-ASEAN SCOUT JAMBOREE pada 19 hingga 22 Jun 2013 di Janprapat, Betong Yala Thailand. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Director of Yala Educational Service Area 3, Sub. Lut. Narin Saro.

14

Page 15: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

"When a child give you a gift, even if it is a rock they just picked up, exude gratitude. It might be the only thing they have to give, and they have chosen to give it to you.“

Dean Jackson

PERAK TENGAH

MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN TADIKA SWASTA

Mesyuarat Majlis Permuafakatan Tadika Swasta Daerah Perak Tengah telah diadakan pada 26 Februari 2014. melibatkan 10 buah tadika swasta yang berdaftar dengan JPN Perak di Daerah Perak Tengah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.

BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA

Salah satu Program Transformasi Kerajaan ( GTP 2.0 ) ialah Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta. Di daerah Perak Tengah sebanyak 4 buah tadika yang diluluskan permohonan untuk bantuan yuran ini. Seramai 17 orang murid layak menerima bantuan yuran ini. Jumlah keseluruhan bantuan yang diberikan ialah sebanyak RM14,960.00.

"I call my students "My Kids" because in our year together they

aren't just kids on my list, they become a part of my heart.”

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTAQ) PENDIDIKAN KHAS

MTAQ Pendidikan Khas Daerah Perak Tengah telah diadakan pada 8 Mei 2014 bertempat di SK Dato’ Sagor. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Zamnuri bin Abidin, YDP PIBG mewakili ADUN Kg. Gajah.

KEM BESTARI SOLAT PENDIDIKAN KHAS

Kem Bestari Solat Pendidikan Khas Daerah Perak Tengah telah diadakan pada 6 Mac 2014 bertempat di Masjid Daerah Perak Tengah, Masjid Sultan Yusuff Izzuddin Shah Seri Iskandar. Sepanjang Kem ini, murid pendidikan khas dilatih amali solat dan bacaan dalam solat secara berjamaah serta bimbingan cara solat dengan betul.

"Some quit due to slow progress. Never grasping the fact that slow

progress...is progress."

"It's okay to not know, but it's not okay to not try."

"I care more about the people my students become than the score

on the tests they take."

Be somebody who makes everybody feel like a somebody.

15

Page 16: Sekapur Sirih Ketua Editorgurukhas.weebly.com/uploads/1/0/1/2/1012122/buletin... · 2019. 11. 12. · 2 KURSUS PENDEDAHAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN ( KSPK ) Kursus

INOVASI

16

Negeri Perak merupakan negeri

pertama dan tunggal di Malaysia yang menerbitkan

Buku Panduan Pengurusan

Pendidikan Khas untuk

menyeragamkan pentadbiran dan

pengurusan Program

Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Negeri Perak merupakan negeri

pertama dan tunggal di Malaysia yang menerbitkan

Buku Log Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan

Khas untuk menyeragamkan format catatan rekod tugasan

harian PPM Pendidikan Khas.

Buku Cetusan Idea telah dilancarkan oleh Encik Aznan

bin Haji Alias, Ketua Sektor Pendidikan

Swasta dan Pendidikan Khas

untuk memberikan peluang kepada

semua warga pendidikan khas

untuk mengemukakan idea kepada Unit Pendidikan Khas.

PRISMA merupakan satu cetusan idea oleh oleh Encik Aznan bin Haji Alias, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas untuk memberikan nafas baru kepada

pengurusan dan pentadbiran PPKI yang statik. Gaya pentadbiran yang progresif, responsif, inovatif, sensitif

dan pengurusan yang kebertanggungjawaban yang tinggi akan membawa Program Pendidikan Khas negeri Perak ke arah yang dapat dicontohi oleh semua negeri di Malaysia.

Pengurusan maklumat murid pendidikan khas menggunakan sistem i-file diperkenalkan oleh Encik

Aznan bin Haji Alias, Ketua Unit Pendidikan Khas pada masa itu, untuk menyeragam dan memperkemaskan

penyimpanan rekod maklumat murid pendidikan khas di negeri Perak. Sistem i-file telah mendapat pujian daripada pihak nazir yang membuat pemantauan ke sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Tag Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan

Khas diperkenalkan untuk memberikan

identiti kepada PPM Pendidikan Khas dan

menghargai jasa mereka atas

kesanggupan dan komitmen

menguruskan murid-murid bekeperluan

khas ini.