malaysia · kurikulum standard prasekolah kebangsaan, kurikulum standard sekolah rendah dan...

80
Bil. 6 Khamis 30 Ogos 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Upload: others

Post on 05-Nov-2020

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

Bil. 6 Khamis 30 Ogos 2018

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA

Page 2: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan
Page 3: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

________________________________________________________________________________________________________

Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong

- YB Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Halaman 25)

Page 4: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran

2. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin

3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Haji Abdul Halim bin Abd. Samad

4. “ Datuk Haji Abidullah bin Salleh

5. “ Tuan Aknan a/l Ehtook

6. “ Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram

7. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan)

8. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias

9. “ Puan Bathmavathi Krishnan

10. “ Dato’ Chai Kim Sen

11. “ Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah (Selangor)

12. “ YBM. Engku Naimah binti Engku Taib (Terengganu)

13. “ Dato' Hajah Fahariyah binti Haji Md Nordin

14. “ Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat

15. “ Datuk Haji Husain bin Awang (Terengganu)

16. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah

17. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid

18. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim

19. “ Datuk Jamilah Sulaiman

20. “ Datuk John Ambrose

21. “ Tuan Kamarudin bin Abdun [Perlis]

22. “ Dato’ Sri Khairudin Samad

23. “ Tuan Khairul Azwan bin Harun

24. “ Datuk Lee Tian Sing

25. “ Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Liew Chin Tong]

26. “ Datuk Lim Pay Hen

27. “ Datuk Dr. Lucas Umbul (Sabah)

28. “ Timbalan Menteri Luar Negeri [Tuan Haji Marzuki bin Yahya]

29. “ Datuk Haji Megat Zulkarnain bin Tan Sri Wira Haji Omardin.

30. “ Datuk Mohan a/l Thangarasu

31. “ Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty (Selangor)

32. “ Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin]

33. “ Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah

Page 5: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

ii DN 30.8.2018

34. Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad bin Mustafa

35. “ Datuk Mustapa Kamal bin Mohd Yusoff

36. “ Datuk Ng Chiang Chin

37. “ Dr. Nuing Jeluing

38. “ Dato’ Ong Chong Swen

39. “ Datuk Paul Igai

40. “ Datuk Paul Low Seng Kuan

41. “ Datuk Rabiyah binti Ali

42. “ Puan Hajah Rahemah binti Idris

43. “ Datin Rahimah binti Haji Mahamad

44. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad]

45. “ Puan Hajah Sabani binti Mat [Perlis]

46. “ Datuk Sambathan A/L Manickam

47. “ Puan Siti Fatimah binti Yahya [Pahang]

48. “ Puan Sopiah binti Sharif

49. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee

50. “ Dato’Sri Ti Lian Ker [Pahang]

51. “ Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy]

52. “ Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas

53. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung

54. “ Dato’ Zahari bin Sarip (Johor)

55. ‘’ Dr. Zaiedi Haji Suhaili (Sarawak)

Page 6: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Awang Alik bin Jeman

Setiausaha Dewan Negara

Riduan bin Rahmat

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan

Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @ Mt Zain

Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin

Siti Norlina binti Ahmad

Noraidah binti Manaf Nor Hamizah binti Haji Hassan

Sherliza Maya binti Talkah

Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad

Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan

Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali

Tengku Sofia Dora binti Tengku Mohamad Herdawati binti Mohd Amir Abbu

Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid

Sharifah Nazurah binti Wan Sahdi Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim

Mohd Salleh bin Ak Atoh

Azmir bin Mohd Salleh Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya

Amir Arshad bin Ab Samad Nik Nor Nazrin binti Nik Ab Rahman

Hizamihatim Maggisa bin Juarah

Page 7: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan
Page 8: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PENGGAL PERTAMA

MESYUARAT PERTAMA

Khamis, 30 Ogos 2018

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua: Salam sejatera. Selamat pagi dan salam merdeka.

Yang Berhormat Datuk Sr. Haji Hanafi bin Haji Mamat. Silakan.

1. Dato’ Isa bin Ab. Hamid [Di bawah P.M. 23(2)] minta Menteri Pertahanan menyatakan, adakah projek-projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera di seluruh negara akan diteruskan.

Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Liew Chin Tong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Senator Hanafi.

Pembinaan projek-projek rumah angkatan tentera di seluruh negara telah dirancang secara menyeluruh dan akan diteruskan tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan kerajaan. Sehingga ini, sebanyak 738 unit rumah keluarga angkatan tentera telah siap dibina sepenuhnya di tiga lokasi iaitu Kem Tiga Rejimen Sempadan, Pangkalan Ulu Perak; Kem Desa Pahlawan, Kelantan; dan Kem Sri Miri Fasa Satu, Sarawak.

Rumah keluarga angkatan tentera yang masih dalam pembinaan pula sebanyak 471 unit melibatkan lima lokasi iaitu Kem Tok Jalai, Kedah; Kem Oran, Perlis; dan tiga kem di Sarawak iaitu Kem Semenggo, Kem Pakit; dan Kem Sri Miri Fasa 2.

Manakala sebanyak 2,063 unit lagi masih belum lagi dimulakan pembinaan iaitu melibatkan empat lokasi iaitu di Kem Syed Sirajuddin, Negeri Sembilan; Kem Tumbi, Kelantan; Kem Batu 10, Sarawak; dan Kem Lok Kawi Sabah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahannya ialah, adakah kakitangan ATM diberikan juga peluang untuk memiliki rumah- pakej perumahan awam seperti rumah PR1MA, Rumah Mesra Rakyat dan sebagainya bagi menambah imej dan kebajikan kakitangan ATM? Sekian.

Tuan Liew Chin Tong: Di bawah pemerintahan lalu, memang ada Program Satu Anggota Satu Rumah atau SASAR, untuk anggota memiliki perumahan tetapi Projek SASAR di Sungai Besi ini masih dikaji semula kerana pembatalan oleh DBKL, maka kementerian akan teruskan projek ini. Terima kasih.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau diizinkan saya ingin mencadangkan supaya tentera-tentera ini sepatutnya kena ada tempat kem untuk mereka. Kerana tempat-tempat yang saya pergi menjalankan program pencegahan dadah, askar-askar terlibat dengan dadah bila kita bertanya mereka ini yang di luar kem. Mana yang dalam kem ada kawalan.

Page 9: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

2 DN 30.8.2018

Manakala yang di luar kem itu yang terlibat dengan dadah. Bayangkan tentera kita terlibat dengan dadah? Apa akan jadi kepada keselamatan negara kita? Apa pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan asalnya berkenaan dengan rumah. Silakan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Liew Chin Tong: Bukan semua askar boleh ditempatkan dalam kem. Memang ada yang sewa di luar ada yang duduk dalam kem.

Dalam perancangan di bawah pemerintahan yang lalu, blueprint sasarkan 60 peratus askar duduk dalam kem, itu di bawah pemerintahan yang lalu. Akan tetapi kementerian akan cuba sedaya upaya supaya lebih ramai askar dapat penempatan dalam kem. Terima kasih.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, amalan membina rumah angkatan tentera ini memang sudah menjadi tradisi kepada angkatan tentera. Cuma saya ingin mengingatkan kepada kementerian bahawa terdapat juga kem-kem tentera yang warganya tinggal di luar daripada kem. Oleh sebab di sekeliling kem dibina kawasan-kawasan perumahan dan warga tentera ini berkehendakkan rumah, jadi mereka gemar untuk membeli rumah dan tinggal di luar. Oleh yang demikian saya ingin memberi pandangan kepada kementerian supaya tidak membina rumah keluarga ini sehingga lebih-lebihan.

Saya yakin dan percaya dan saya tahu ia berlaku di Pangkalan TLDM Lumut oleh sebab ramai warga tentera ingin memiliki rumah, membeli rumah di luar daripada kawasan kem. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tidak payah jawab Yang Berhormat Menteri. Itu cadangan.

2. Prof Emeritus Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah langkah-langkah kementerian bagi membangunkan Institusi Pendidikan Negara yang bersifat holistik, terutama daripada aspek perpaduan dan jati diri generasi baru negara.

Timbalan Menteri Pendidikan [Puan Teo Nie Ching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Senator.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pendidikan Malaysia akan terus melaksanakan komitmen dalam memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan murid dan pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi pelbagai kaum melalui pelaksanaan program sedia ada dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum di semua institusi pendidikan.

■1010

Bagi tujuan tersebut, KPM telah memasukkan elemen patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap, agama, bangsa dan negara dalam kurikulum kebangsaan melalui Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral serta melalui pendekatan merentas kurikulum dalam mata pelajaran lain.

Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) turut dilaksanakan di peringkat IPT dengan hasrat melahirkan graduan yang holistik, menghayati nilai-nilai patriotisme dan jati diri beracuan Malaysia, serta menguasai kemahiran insaniah ke arah memenuhi kebolehpasaran kerja. Melalui kursus MPU, pelajar diberi pendedahan melalui empat kelompok khusus MPU iaitu:

(i) penghayatan falsafah nilai dan sejarah;

(ii) penguasaan kemahiran insaniah;

(iii) perluasan ilmu pengetahuan tentang Malaysia; dan

(iv) kemahiran pengurusan masyarakat.

Page 10: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 3

Kelompok khusus MPU di bawah perluasan ilmu pengetahuan tentang Malaysia

menekankan aspek patriotisme dalam kalangan pelajar IPT. KPM juga memupuk semangat patriotisme dan perpaduan menerusi penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang dijangka mampu memberi kesan positif dalam pembentukan jati diri dan sahsiah murid.

Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan salah satu program yang bermatlamatkan pembentukan integrasi nasional dalam kalangan murid pelbagai kaum yang ada dan dilaksanakan bagi memperkukuhkan integrasi dalam kalangan murid sekolah yang mengikuti sistem persekolahan di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Di samping itu, beberapa program lain bagi memupuk perpaduan turut dilaksanakan di peringkat IPT antaranya Kembara Siswa Patriotik, Speech for Progress, Get Youth Volunteerism, Festival of Color of The World 2017, dengan izin, Konvensyen Pemimpin Mahasiswa Kebangsaan, Hari Perpaduan dan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu.

Mahasiswa turut diberi peluang untuk menjadi ahli pasukan simpanan dan pasukan sukarelawan beruniform seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), dan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) semasa tempoh pengajian di universiti.

Selain daripada pelaksanaan melalui program yang dijalankan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan indeks patriotisme dan perpaduan nasional yang bertujuan memberi gambaran tahap patriotisme dan perpaduan khususnya di kalangan pelajar IPT dan seterusnya dapat menjadi petunjuk kepada kementerian ini dalam merangka program yang bersesuaian. KPM juga telah menjalankan kajian pengukuran tahap perpaduan pada tahun 2016 yang melibatkan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah kendalian KPM.

Diharapkan dengan pelaksanaan program dan aktiviti yang telah dinyatakan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membantu negara dalam melahirkan mahasiswa yang mempunyai identiti nasional dan semangat patriotik yang tinggi dalam menyumbang ke arah kemakmuran negara dan komuniti global.

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya patut mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri jawapan cukup jelas. Bahasa Melayunya memang cun. Tahniah. Ini yang saya hendak tengok, saya cukup bangga.

Tuan Yang di-Pertua, saya pun sebenarnya sebagai seorang ahli akademik memang susah hati. Kita hendak melihat anak-anak kita pelbagai kaum ini dapat bersatu padu dan kita hendak melihat kalau mereka dapat diletakkan di bawah satu bumbung. Kalau kita tanya semua negara dalam dunia memang mengatakan tidak ada negara lain yang tidak mengamalkan ini. Mesti sekolah satu aliran.

Persoalan saya, kita faham rakan-rakan kita sebahagiannya tidak menerima konsep sekolah satu aliran. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, adakah strategi lain? Sebab satu aliran kita tidak hendak, sekolah wawasan kita tidak hendak. Ada tak strategi lain di mana kita boleh meletakkan anak-anak yang kita sayangi ini, bakal pemimpin negara kita pelbagai kaum ini, strategi lain supaya mereka dapat diletakkan di bawah satu bumbung supaya mereka dapat mengenali dan mengasihi antara satu sama lain. Itu yang pertama.

Kedua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, nampaknya memang sudah ada satu mekanisme untuk memastikan konsep perpaduan dapat dijalinkan di kalangan anak-anak hari ini. Soalan saya, selama ini apakah dari segi kita pengukuran itu, di manakah kita berada sekarang? Kalau kita ada ukuran itu ataupun mungkin akan diambil. Agak-agak di manakah perpaduan dan jati diri anak-anak kita ini khasnya di sekolah rendah dan sekolah menengah, di manakah kita berada sekarang dari segi ukuran indeksnya. Sekian, terima kasih.

Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Senator tersebut.

Page 11: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

4 DN 30.8.2018

Saya rasa setakat ini Kerajaan Pakatan Harapan tidak berhasrat untuk memansuhkan sekolah-sekolah yang berkepelbagaian aliran kerana kita rasa bahawa kepelbagaian aliran ini adalah satu kekayaan dan juga satu keistimewaan, kekuatan kepada negara Malaysia. Untuk murid-murid, yang paling penting murid-murid sekolah rendah untuk belajar dalam bahasa ibunda, juga adalah sangat pentung untuk mereka menguasai ilmu.

Terhadap cadangan untuk mewujudkan sekolah wawasan, saya rasa sekolah wawasan memang sudah dilaksanakan. Setakat ini kita ada enam buah sekolah wawasan di seluruh Malaysia. Salah satu memang melibatkan SK, SJK(C) dan juga SJK(T). Sama ada kita merancang untuk menambah lagi bilangan sekolah wawasan, saya rasa satu kajian impak perlu dijalankan terlebih dahulu. Kita hendak mengkaji sama ada impak positif atau negatif pandangan daripada masyarakat supaya kalau hendak memperluaskan lagi sekolah wawasan ini, kita boleh tahu bagaimana boleh ditambah baik. Akan tetapi itu perlu satu kajian dibuat terlebih dahulu sebelum kita buat rancangan tentang sekolah wawasan.

Saya rasa setakat ini kementerian memang ada pelbagai kaedah supaya murid-murid pada pelbagai aliran ini boleh menjalankan aktiviti bersama. Seperti program yang saya sebut tadi RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan, itu adalah salah satu program di peringkat daerah di mana murid-murid daripada SJK, SJK(C) dan juga SJK(T) mereka akan digabungkan untuk mengadakan aktiviti bersama. Selain daripada itu, untuk aktiviti sukan dan juga ko-akademik juga, kita selalu melibatkan murid-murid daripada pelbagai aliran supaya mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan satu sama lain.

Seperti saya sebut tadi, kita memang ada mewujudkan satu indeks untuk mengukur tahap perpaduan dan juga patriotisme. Akan tetapi oleh sebab indeks patriotisme dan indeks perpaduan nasional itu di wujud untuk IPTA, sekarang digunakan di 20 UA, tetapi itu baharu dilaksanakan pada tahun 2017. Jadi kita setakat ini tidak nampak. Hanya satu questionnaire diberi kepada mahasiswa mahasiswi pada tahun 2017.

Tahun ini kita akan, bukan sahaja melibatkan mahasiswa mahasiswi semester ke tiga tetapi juga akan memberi questionnaire ini kepada mahasiswa mahasiswi untuk semester pertama. Jadi kita perlu masa yang lebih panjang sedikit untuk melihat sama ada tahap patriotisme ini semakin meningkat atau semakin menurun.

Untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah, kami juga ada kajian pengukuran tahap perpaduan pada tahun 2016, 2017 dan juga tahun ini akan dilaksanakan. Jadi kita perlu masa yang panjang sedikit untuk melihat sama ada, ada satu trend. Ini kerana sekarang saya rasa kalau kita buat satu kohort, dua kohort sahaja, itu tidak conclusive enough untuk buat satu keputusan di sini. Sekian jawapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan adalah antara orang yang paling lantang membantah sekolah wawasan dahulunya.

■1020

Akan tetapi kebelakangan ini, saya berkesempatan mengikut pemikiran Yang Berhormat dan nampaknya sudah berubah pendirian. Bolehkah Yang Berhormat berkongsi dengan kita, apakah faktor-faktor yang menyebabkan Yang Berhormat telah berganjak daripada segi pendirian?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, pandangan...

Puan Teo Nie Ching: Saya di sini ingin mencabarkan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, ini pandangan peribadi. Tak perlu jawab.

Page 12: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 5

Puan Teo Nie Ching: Ya, betul. Akan tetapi saya perlu memperbetulkan kenyataan

dia. Saya mencabar Yang Berhormat Senator untuk membuktikan saya sebelum ini pernah menentang tentang idea sekolah wawasan ini, membuktikan kenyataan itu ataupun tarik balik. Itu permintaan saya.

Dato’ Sri Ti Lian Ker: Saya akan terima cabaran ini dan kita boleh berbahas tentang isu ini.

Puan Teo Nie Ching: No, prove it here. Prove it here.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat-Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri, sila duduk. Yang Berhormat, Menteri dah cakap kalau itu adalah satu- she has challenged you atau tidak, you tarik balik. Akan tetapi saya ingat Yang Berhormat Menteri, dia tak payah tarik balik. Yang Berhormat, saya harap you akan wujudkan dalam perbahasanlah. This is not that something you all should bring it up here, dengan izin. Itu yang saya cakap.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, this is- you don’t- tak payah jawab soalan ini pun.

Puan Teo Nie Ching: Ya, tetapi dia buat satu kenyataan tentang saya dan saya rasa kenyataan itu tidak tepat. Jadi, saya harap bahawa Tuan Yang di-Pertua boleh mengarahkan Yang Berhormat Senator Ti ini tarik balik. Kalau dia tak dapat bukti kenyataan tersebut di dalam Dewan Negara ini, saya rasa dalam rekod...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini masa adalah untuk Jawab Lisan. Saya tak boleh biarkan ini tarik balik ini. Ini bukan Dewan Rakyatlah, you orang hari-hari gaduh. Ini Dewan Negara... [Tepuk]

Yang Berhormat Dato' Sri Ti, oleh kerana tak patut you buat charges against the Deputy Minister. Kalau tak betul, tarik baliklah sekali. Itu betul kah tak betul?

Dato' Sri Ti Lian Ker: Sama ada peribadi atau tidak, apabila parti membuat satu keputusan, itu adalah kolektif... [Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, ya. Yang Berhormat.

Dato' Sri Ti Lian Ker: Saya rasa dalam banyak ucapan Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Senator, parti bukan Yang Berhormat Menteri.

Dato' Sri Ti Lian Ker: Ya, Tuan Yang di-Pertua tetapi di dalam banyak perucapan, kalau kita nak buktikan, biarlah cukup ke mahkamah dan saya...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. Duduk, duduk Yang Berhormat.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: [Bangun]

Dato' Sri Ti Lian Ker: ...Saya sanggup menerima cabaran di luar.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan, sila duduk.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di atas standing order. Atas standing order.

Tuan Yang di-Pertua: Standing order apa?

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Standing Order 35(5).

Tuan Yang di-Pertua: Baca standing order itu.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Improper motive.

Tuan Yang di-Pertua: Baca.

Page 13: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

6 DN 30.8.2018

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Bahasa Inggeris. No Senator shall impute improper motives to any other Members. Apa yang dia cakap itu improper motive, so I rasa dia kena tarik baliklah, kecuali dia buktikan di sini.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: He has to buktikan motif dia proper. Terima kasih... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri dengan Ahli-ahli Yang Berhormat, sila dengarlah petua saya. Masa Jawab Lisan ini, jangan ungkitkan isu-isu yang- kalau isu parti itu, Yang Berhormat kena faham, yang dia ini sebagai Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan, bukan Timbalan Menteri DAP... [Dewan riuh] Sudahlah Yang Berhormat. Ada lagi soalan tambahan? Datuk Dr. Lucas.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi ruang untuk bertanya. Ini bukan soalan politik ya, ini soalan yang fakta dan benar.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, duduk dulu Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak bagi amaran kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita ini kerajaan dah tukar, ini sekarang kita ada kerajaan baharu. Skop Dewan Negara ini lain daripada Dewan Rakyat, ini adalah Second Chamber. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat ini adalah berpelajaran tinggi, so kelakuan Yang Berhormat pun kenalah buat macam itu. Jangan buat isu-isu yang kecil... [Tepuk]

Tolonglah Yang Berhormat. Silakan.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Yang Berhormat Menteri Pendidikan, seperti yang kita sedia maklum, seperti yang diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan mengenai penutupan Pusat Latihan Khidmat Negara yang satu pusat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, mic itu kena dekat sikit.

Datuk Dr. Lucas Umbul: Merupakan pusat yang mana boleh membawa kepada perpaduan dan jati diri generasi baharu negara kita di Malaysia. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, apakah mekanisme baharu yang boleh diguna pakai oleh kementerian untuk menjalankan aktiviti yang seolah-olah aktiviti yang pernah dijalankan dalam Pusat Latihan Khidmat Negara? Contohnya, menjalani cabaran-cabaran dalam air dan juga seperti juga cabaran-cabaran lain seperti yang dialami oleh guru-guru pelatih iaitu Program Bina Insan Guru. Terima kasih.

Puan Teo Nie Ching: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Dr. Lucas.

Selain daripada program yang ada membawa ciri-ciri PLKN, kita juga ada Program Remaja Wawasan. Sebenarnya kita mengumpulkan pelajar-pelajar kita daripada sekolah menengah untuk menjalankan aktiviti-aktiviti outdoor. Akan tetapi tempoh masanya bukan selama tiga bulanlah tetapi hanyalah untuk minggu ataupun berapa hari. Akan tetapi kita memang ada program outdoor untuk pelajar-pelajar kita. Jadi, itulah jawapan saya. Terima kasih Yang Berhormat Senator.

Tuan Alan Ling Sie Kiong: [Bangun]

Tuan Ismail bin Yusop: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat, dah tiga soalan tambahanlah.

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Dua sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya tak beri pun Yang Berhormat. [Ketawa]

Page 14: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 7

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Boleh, boleh tanya sikit pasal IPG?

Tuan Yang di-Pertua: Bolehlah, pasal dia sudah berdiri ini. Sila, silakan Yang Berhormat.

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih. Terlebih dahulu saya mengalu-alukan kehadiran murid-murid kita dari SMK Bandar Baru Darulaman, kita mengalu-alukan. Mereka ini pemimpin negara kita... [Tepuk]

Kita kena tunjukkan kelakuan yang baik di Dewan ini. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengenai kedua-dua IPG di Miri, Sarawak dan di Bintangor, Sarawak. Kita di Sarawak ada empat IPG. Saya difahamkan pada tahun lepas, kerajaan lama telah membuat keputusan untuk menutup IPG Sarawak di Miri dan IPG Rajan di Bintangor. Kedua-dua IPG terletak di kawasan utara Sarawak dan tengah Sarawak. Dengan izin, northern Sarawak and central Sarawak dan yang balance yang dua itu terletak di selatan Sarawak.

Saya rasa pendirian saya di sini, saya harap kementerian ataupun kerajaan baharu boleh mengkaji semula keputusan itu supaya kita mengekalkan IPG Sarawak di Miri dan IPG Rajan di Bintangor.

Kedua-dua IPG ini sudah lama wujud. IPG Sarawak ini wujud sejak tahun 1957, IPG Rajan sejak 1967. Kalau boleh, kita naik tarafkan IPG tersebut dengan tawaran ijazah kah ataupun menaik status sebagai universiti komprehensif dan bukan kita tutup dan menjadikannya sebagai TVET yang dicadangkan. Saya harap- dulu saya tak boleh bangkit hal ini tetapi sekarang kerajaan baharu saya harap satu kajian yang mendalam boleh dijalankan oleh Kementerian Pendidikan supaya kita kekalkan. Saya memang anggap TVET itu penting, vocational school penting tetapi jangan korbankan kedua-dua IPG di Sarawak ini kerana keluasan kita yang besar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Menteri faham. Yang Berhormat Menteri, soalan ini ada dibangkitkan dalam perbahasan. So, kalau sudi nak jawab, boleh jawab ataupun dalam perbahasan pun boleh jawab.

Puan Teo Nie Ching: Saya sentuh sikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya tentang isu IPG ini, pertamanya saya nak nyatakan di sini bahawa kita sekarang ada 27 IPGM di seluruh Malaysia dan kapasitinya adalah sebanyak 31,000 pelajar. Akan tetapi sekarang enrolmen semasa adalah lebih kurang 13,000 sahaja. Maksudnya, hanya 42 peratus kapasiti yang telah dipenuhi. Jadi oleh sebab itu, kerajaan dahulu memang telah dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Mei 2017 membuat keputusan untuk tukar fungsi sembilan IPG ini kepada TVET.

Jadi, sekarang kerajaan baharu ini dengan keputusan tersebut sedang diteliti semula dan kita akan mengambil kira pandangan-pandangan pihak-pihak yang berkepentingan. Akan tetapi saya di sini ingin menegaskan bahawa kalau sesebuah IPG itu ditukar fungsi sebagai TVET, itu bukan satu downgrade. Saya rasa kenyataan itu tak sesuai dan tidak adil. Oleh kerana TVET ini fungsinya juga penting untuk memberi pendidikan vokasional kepada orang muda. Jadi, saya harap bahawa janganlah kita ada satu sangkaan bahawa kalau sesuatu pusat dijadikan TVET, itu adalah satu downgrade. Itu yang saya nak menegaskan di sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1030

Tuan Ismail bin Yusop: Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya ringkas sahaja kepada Yang Berhormat Menteri. Suatu ketika dahulu, Kementerian Pendidikan mempunyai falsafah Dasar Pendidikan Negara. Soalan saya ialah, dalam semua program, polisi dan dasar yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan sekarang, apakah dasar ataupun Falsafah Pendidikan Negara itu masih lagi diguna pakai oleh kementerian? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Puan Teo Nie Ching: Memang masih diguna pakai. Untuk makluman Yang Berhormat Senator juga, kita telah wujudkan satu jawatankuasa untuk mengkaji Falsafah Pendidikan Negara untuk memastikan bahawa falsafah tersebut adalah tidak outdated dan juga sesuai untuk zaman ini. Memang kita masih pakai. Kita tidak cakap bahawa sekarang kita sudah tidak pakai Falsafah Pendidikan Negara itu. Terima kasih.

Page 15: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

8 DN 30.8.2018

3. Dr. Nuing Jeluing minta Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan, sama ada Akta ini akan diubah dan dikaji semula untuk menaikkan royalti dari 5 peratus ke 20 peratus seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) semasa kempen PRU14, dan merupakan satu daripada janji-janji dalam manifesto mereka. Apakah kesan terhadap kewangan negara jika royalti dinaikkan ke tahap yang dijanjikan.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi [Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Dr. Nuing Jeluing bersekali dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Husain bin Awang bertarikh 3 September 2018, kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan pemberian royalti petroleum.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin: Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas, saya gabungkan inti pati soalan tersebut di dalam jawapan ini.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat Senator sedia maklum, Petronas adalah sebuah syarikat milik negara- national oil company dan bukannya public listed company, dengan izin. Akta Pembangunan Petroleum 1974 atau PDA 1974 merupakan undang-undang yang diguna pakai dan dikuatkuasakan pada masa ini bagi tujuan cari gali petroleum di seluruh Malaysia. Petronas diberikan hal milik eksklusif sumber petroleum negara dan diamanahkan untuk mengurus dan memajukan sumber ini termasuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum di seluruh Malaysia.

Sebagaimana termaktub dalam PDA 1974, sebagai balasan, Petronas akan memberikan bayaran tunai atau cash payment atau lebih difahami umum sebagai royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Pada masa ini, Petronas perlu membayar sebanyak 10 peratus daripada jumlah hasil pengeluaran kasar minyak dan gas atau gross production secara bayaran tunai atau cash payment atau royalti kepada kerajaan.

Daripada jumlah ini dan bergantung kepada di mana hasil tersebut dikeluarkan, sejumlah lima peratus akan diterima masing-masing oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri-negeri berkaitan. Dalam hal ini, Petronas lazimnya akan membuat pembayaran dua kali setahun pada kerajaan iaitu dalam bulan Februari dan Ogos.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bayaran tunai sejumlah 10 peratus adalah merupakan nilai kasar setong atau gross value per barrel, dengan izin, pada harga pasaran dan merupakan bayaran yang dibuat tanpa perlu mengambil kira sama ada pengeluaran minyak dan gas daripada lapangan tersebut menguntungkan atau pun tidak.

Mengikut keadaan semasa, daripada nilai setong berkenaan, jumlah 70 peratus daripada hasil pengeluaran kasar minyak dan gas merupakan kos pengeluaran ataupun cost recovery yang perlu dibiayai. Kos tersebut telah mengalami peningkatan yang signifikan daripada tahun ke tahun disebabkan oleh kerumitan atau complexity dan risiko yang semakin tinggi dalam proses mencari gali minyak dan gas di lautan. Bagi pengeluaran yang melibatkan lapangan laut dalam atau deep water, kos ini boleh mencecah sehingga 80 peratus daripada jumlah pengeluaran hasil kasar atau gross production.

Setelah ditolak royalti sebanyak 10 peratus dan kos pengeluaran sekitar 70 peratus, maknanya 10 peratus campur 70 peratus jadi 80 peratus, baki 20 peratus adalah keuntungan yang akan dikenakan cukai. Petronas dan pengusaha lain perlu membayar cukai pendapatan petroleum atau Petroleum Income Tax Act (PITA).

Untuk makluman, pada masa ini PITA yang dikenakan adalah pada kadar 38 peratus daripada keuntungan kasar minyak dan gas iaitu gross profit. Berdasarkan keuntungan 20 peratus ini dan kadar 38 peratus ini, jumlah PITA yang perlu dibayar adalah dianggarkan sebanyak lapan peratus dari hasil pengeluaran kasar.

Page 16: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 9

So, maknanya 10 peratus adalah cash payment, 70 peratus kos pengeluaran, lapan

peratus adalah tax PITA dan baki selebihnya 12 peratus dari jumlah hasil pengeluaran kasar minyak dan gas ini merupakan keuntungan yang akan dikongsi antara Petronas dan pengusaha-pengusaha lain berdasarkan perjanjian yang dimeterai bagi sesebuah kontrak pengeluaran yang terlibat. Maknanya 12 peratus ini pun akan dikongsi oleh Petronas dengan pengusaha lain.

Tuan Yang di-Pertua, Pakatan Harapan telah mengkaji kewajaran penambahan royalti dari hasil petroleum kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dengan memenuhi prinsip distributive justice ataupun pengagihan kekayaan yang lebih adil. Mengikut kefahaman Pakatan Harapan, cadangan menambah jumlah royalti petroleum kepada 20 peratus adalah berdasarkan keuntungan Petronas selepas cukai dan bukannya daripada jumlah hasil pengeluaran kasar atau gross production. Cadangan tersebut juga adalah mengikut analisa struktur kos atau cost structure pengeluaran petroleum oleh Petronas.

Namun yang demikian, cadangan ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana ia bercanggah dengan PDA 1974 kerana pengiraan yang dibuat adalah berdasarkan gross profit dan bukannya atas net profit. Oleh yang demikian, sekiranya penambahan royalti petroleum kepada 20 peratus hendak dilaksanakan, ia memerlukan pindaan ke atas PDA 1974.

Di samping itu, sekiranya Petronas dikehendaki menambah jumlah royalti petroleum kepada 20 peratus daripada jumlah hasil pengeluaran kasar petroleum kepada negeri pengeluar minyak, ia akan memberi implikasi yang serius terhadap kedudukan kewangan Petronas dan juga hasil Kerajaan Persekutuan. Tadi tinggal 12 peratus perlu dikongsi. Bayangkan kalau ambil 20 peratus daripada atas, akan jadi negative bottom line, dengan izin.

Dalam hal ini, kerajaan bercadang untuk menubuhkan jawatankuasa khas kabinet yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam hal-hal berkaitan bertujuan untuk menyemak, mengkaji dan menambah baik secara adil Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah PDA 1974. Antara tugas jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji dan mencadangkan langkah-langkah pembetulan dalam beberapa hal termasuk hak Sabah dan Sarawak terhadap hasil semula jadi negara termasuk hasil minyak dan gas.

Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan bahawa buat masa ini tiada jangka masa tertentu yang spesifik ditetapkan bagi pelaksanaan usaha ini kerana ia tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan syarat-syarat semasa yang perlu dipatuhi. Ini termasuklah klausa-klausa yang terkandung dalam perjanjian antara Petronas dengan Kerajaan Persekutuan dan Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Mekanisme pembayaran royalti petroleum perlu diperhalusi oleh kerajaan bersama Petronas dan akan dibincangkan dengan negeri-negeri pengeluar minyak dan gas untuk mencapai kata sepakat. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ekonomi telah pun mengadakan perbincangan dengan salah satu negeri pengeluar minyak di Semenanjung dan sesi libat urus atau engagement akan diteruskan dengan negeri-negeri yang lain. Sekian, terima kasih.

Dr. Nuing Jeluing: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberi.

Dalam Manifesto Pakatan Harapan, jelas dinyatakan bahawa royalti lima percent akan dinaikkan kepada 20 percent. Itu dalam Manifesto Pakatan Harapan. Janji yang sama juga ada dalam Manifesto Barisan Nasional. Ini bererti bukan hanya Pakatan Harapan yang bersetuju untuk menaikkan royalti lima percent sampai ke tahap 20 percent tetapi Barisan Nasional juga setuju. Ini juga permintaan daripada Kerajaan Negeri Sarawak yang meminta 5 percent ini akan ditambah sampai 20 percent.

Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas atau Eleventh Malaysia Plan dari tahun 2016 sampai tahun 2020, dari jumlah 32.8 bilion yang diperlukan oleh Sarawak, sebanyak RM20 bilion adalah dari negeri Sarawak dan hanya RM12.8 bilion sahaja sampai tahun 2018 adalah dari Kerajaan Persekutuan.

Page 17: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

10 DN 30.8.2018

■1040

Dari tahun ini sampai ke tahun 2030, Sarawak memerlukan RM153.56 bilion dan satu pertiga dari jumlah ini atau RM51 bilion adalah untuk pembinaan jalan raya dan jambatan.

Soalan saya, memandangkan jumlah peruntukan yang diperlukan adalah besar iaitu RM153 bilion, apakah cadangan-cadangan Kerajaan Persekutuan untuk mengagihkan jumlah ini untuk Kerajaan Negeri Sarawak.

Kedua, dengan penubuhan company minyak Sarawak, PETROS atau Petroleum Sarawak baru-baru ini, adakah Kerajaan Persekutuan melalui PETRONAS bersedia bekerjasama dengan PETROS untuk mengendalikan minyak dan gas dari Sarawak.

Ketiga...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ini berapa soalan Yang Berhormat? [Ketawa] Cukuplah, dua soalan cukup.

Dr. Nuing Jeluing: Satu, satu lagi, satu.

Tuan Yang di-Pertua: Tetapi Yang Berhormat ini macam panjang sangat, ini macam perbahasan.

Dr. Nuing Jeluing: Sekejap satu lagi. Jika Kerajaan Persekutuan tidak mampu dengan segera menaikkan royalti daripada lima peratus ke 20 peratus dengan serta-merta, adakah Kerajaan Persekutuan bersetuju kenaikan ini dibuat beransur-ansur dalam lima tahun yang akan datang? Sekian, terima kasih.

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Terima kasih, Yang Berhormat. Pertamanya, soalan berkaitan dengan peruntukan untuk kerajaan Sarawak saya rasa itu seperti mana norma biasa Kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan Kerajaan Negeri keperluan yang diperlukan untuk jangka pendek juga untuk jangka masa panjang. Berkaitan dengan PETROS, ia masih di peringkat awal. Saya rasa kerajaan juga akan melakukan engagement dengan pihak PETRONAS dan pihak Kerajaan Sarawak berkaitan hal tersebut.

Satu lagi tentang royalti lima peratus itu, seperti mana saya sebut tadi, apabila kita rangka manifesto itu, peningkatan adalah berdasarkan nett profit. Oleh kerana apa? Oleh kerana kalau kita lihat cost structure itu sendiri, jika diambil 20 peratus daripada jumlah kasar, maknanya PETRONAS bukan sahaja tidak mendapat untung tetapi rugi. Apabila PETRONAS itu rugi, operasi ditutup, kesannya bukan sahaja kepada PETRONAS, Kerajaan Persekutuan bahkan juga kepada kerajaan negeri serta vendor-vendor yang terlibat sama dalam urusan PETRONAS.

Jadi implikasinya besar, jadi sebab itu tadi saya sebut tentang cost structure ini dahulu hendak bagi faham bahawasanya sekarang ini dengan 10 peratus cash payment iaitu lima peratus kepada negeri dan lima peratus kepada pusat, 70 peratus cost of production tinggal lagi 20 peratus tolak tax sebanyak lapan peratus. Tinggal 12 peratus perlu dikongsi dengan syarikat kontraktor.

Jika kita ambil 20 peratus, bayangkan apa yang akan berlaku, terutamanya untuk deep sea, deep sea akan menjadi jauh lebih negatif hasil PETRONAS. Kesannya bukan sahaja kepada PETRONAS, bahkan kepada hasil negara, bahkan kepada negeri pengeluar serta vendor-vendor dan rakyat keseluruhannya, employment dalam bidang ini adalah cukup tinggi. Saya rasa itu penjelasan saya. Terima kasih.

Datuk Haji Husain bin Awang: Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Page 18: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 11

Sebagaimana yang sedia dimaklumi oleh seluruh rakyat negara, Terengganu

sebagai negeri pengeluar minyak telah pun dinafikan daripada mendapat lima peratus daripada hasil royalti sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Penafian ini berlaku sejak daripada tahun 2000 oleh Kerajaan BN, kerajaan yang lalu, malah ditukar kepada wang ehsan ataupun dana khas. Itulah yang telah pun berlaku sejak berpuluh tahun.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sikap dan dasar kerajaan baharu, adakah disambung legasi kerajaan lalu atau bersikap adil dan kembali kepada semangat perjanjian di antara kerajaan negeri dan juga PETRONAS dan Kerajaan Pusat untuk mengembalikan semula royalti minyak kepada negeri Terengganu sebanyak lima peratus. Terima kasih.

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Terima kasih, Yang Berhormat. Seperti mana saya sebutkan tadi, kita Kerajaan Pakatan Harapan menekankan kepada distributive justice, keadilan dalam pengagihan kekayaan kepada negeri-negeri termasuklah Terengganu. Setahu saya, maknanya saya perlu dapat sedikit maklumat daripada pegawai-pegawai, Terengganu pun ada menerima bayaran pada masa ini, seperti mana yang dijadualkan iaitu seperti mana yang dimaklumkan kepada saya oleh pegawai-pegawai tadi, ada menerima. Jadi untuk katakan bahawa kita tidak memberi, itu saya rasa adalah tidak adil.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan itu berkenaan dengan wang ehsan dibayar sebagai wang ehsan atau royalti minyak? Bayaran Yang Berhormat Timbalan Menteri katakan tadi.

Datuk Haji Husain bin Awang: Tuan Yang di-Pertua, memang saya hendak sambung tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh sambung sudah [Ketawa] Saya sudah minta kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalannya adalah bayaran itu seumpama wang ehsan ataupun royalti minyak.

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Tentang terma itu saya kena rujuk, akan tetapi the substance of it adalah bayaran kepada kerajaan negeri.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, ada bayaran tetapi dia tidak pasti. Silakan Yang Berhormat Senator.

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Soalan tambahan saya adalah berkenaan dengan royalti kepada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebagaimana kita sedia maklum bahawa Kerajaan Kelantan tidak pernah menerima bayaran royalti cuma yang diterima adalah bayaran wang ehsan. Kalau kita tengok dari segi istilah wang ehsan dengan royalti adalah suatu yang berbeza. Ini bermakna royalti tidak pernah dibayar.

Sebagaimana juga kita sedia maklum bahawa hukum berjanji itu adalah harus, menunaikan janji adalah wajib, memungkiri janji adalah berdosa besar. Itu apa yang kita sedia maklum daripada undang-undang agama negara kita.

Oleh hal yang demikian, saya ingin bertanya oleh kerana Kelantan tidak pernah menerima apa-apa bayaran semenjak perjanjian royalti ini berlaku, jadi adakah kerajaan baharu akan mengadakan suatu bayaran tunggakan bermula dari semenjak perjanjian itu dimeterai ataupun ianya dimansuhkan begitu sahaja. Soalan saya, adakah kerajaan baharu ini akan membuat bayaran tunggakan kepada semua bayaran-bayaran yang tidak pernah dibayar itu ataupun hendak bermula daripada kerajaan sekarang. Sekian, terima kasih.

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Ustaz Muhammad. Apa yang berlaku di Kelantan ini terdapat satu kes mahkamah yang difailkan pada tahun 2010 melibatkan saman oleh kerajaan negeri terhadap PETRONAS yang masih belum selesai. Saya perlu menghormati proses undang-undang dalam hal ini. Jadi saya tidak mahu menyentuh tentang hal tersebut, hendak bincang ada kes mahkamah. Jadi kita serahkan hingga kes itu selesai untuk perbincangan lanjut. Saya rasa itu yang terbaik, sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Page 19: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

12 DN 30.8.2018

■1050

Datuk Theodore Douglas Lind: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya hendak soalkan bahawa masalah percanggahan antara PDA ini dengan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963. Apakah Kerajaan Persekutuan akan ambil tindakan atau mencari jalan yang sesuai untuk mengatasi pertentangan antara PDA dengan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak.

Saya timbulkan soalan ini Tuan Yang di-Pertua kerana bila PDA ditubuhkan pada 1974, ini adalah dalam masa darurat negara. Darurat negara adalah dalam tempoh 1969 hingga 2011 bila keadaan darurat ditarik balik oleh kerajaan. Maka Tuan Yang di-Pertua, pada masa darurat, hak-hak negeri Sabah dan Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 itu memang ditangguhkan atau digantung.

Akan tetapi masalah yang ditimbulkan, bila masa darurat ditarik balik pada 2011, maka hak-hak negeri-negeri Sabah dalam perjanjian, dikembalikan kepada negeri itu. Inilah yang jadi masalah Tuan Yang di-Pertua pada masa ini. Jadi soalan saya, apakah kerajaan baharu ini akan ambil tindakan-tindakan atau ambil jalan-jalan yang baik, yang sesuai untuk mengatasi masalah percanggahan hak-hak PDA dengan negeri Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin: Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang relevan dan banyak isu-isu undang-undang dalam hal tersebut. Jadi saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut untuk melibatkan diri dalam polemik undang-undang. Akan tetapi sepertimana saya sebut tadi bahawa kerajaan bercadang untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet yang dianggotai oleh wakil-wakil dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk menyemak, mengkaji dan menambah baik secara adil Perjanjian Malaysia 1963 termasuklah PDA 1974. Terima kasih.

4. Dato' Chai Kim Sen minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, adakah kerajaan bercadang memansuhkan Lesen Import (AP) kereta penumpang dan motosikal demi menunaikan janji Kerajaan Pakatan Harapan bagi penurunan harga kereta.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dr. Ong Kian Ming]: Terima kasih Yang Berhormat Senator atas soalan tentang isu yang penting iaitu isu AP ataupun lesen import.

Tuan Yang di-Pertua, lesen import ataupun AP ini bagi kereta penumpang dan motosikal adalah di bawah penguatkuasaan Yang Berhormat Menteri MITI dan secara umumnya bertujuan untuk memantau jumlah kereta yang diimport ke dalam negara serta mengumpul maklumat pengimport dan juga kenderaan yang diimport. AP ini bukanlah faktor yang menentukan harga kereta di pasaran tempatan. Pelbagai faktor boleh mempengaruhi harga kereta dan motosikal import. Antaranya, nilai pertukaran mata wang, kos pengeksportan, modal kereta dan juga margin keuntungan perniagaan.

Saya hendak beri contoh dengan memberi beberapa fakta ataupun nombor. Dari segi jumlah AP francais dan juga AP terbuka yang diluluskan pada tahun 2017, adalah masing-masing berjumlah 29,662 unit untuk AP francais dan 21,947 unit untuk AP terbuka. Kalau kita hendak buat perbandingan dengan jumlah kereta, jumlah kereta penumpang yang dijual pada tahun 2007 adalah 514,679 unit. Jadi apabila kita buat perbandingan seperti ini, ia menunjukkan bahawa jumlah AP adalah lebih kurang 10% daripada jumlah pasaran kereta penumpang yang dijual dalam tahun 2017.

Tambah lagi pada masa yang sama harga jualan kereta yang diimport menggunakan AP francais adalah bermula dari RM80 ribu hingga melebihi RM1 juta. Manakala untuk AP terbuka harga jualan puratanya melebihi RM100 ribu. Kalau hendak buat dengan perbandingan dengan harga terkini kereta penumpang yang dijual di Malaysia iaitu bukan AP, majoritinya adalah dalam lingkungan harga RM80 ribu dan ke bawah.

Page 20: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 13

Jadi apabila kita buat perbandingan begitu ketara bahawa ia menunjukkan

sebahagian besar daripada AP digunakan untuk mengimport kereta mewah yang berharga tinggi.

Objektif menurunkan harga kereta seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan adalah tertumpu dalam segmen kereta penumpang yang, dengan izin, accessible kepada orang umum dan bukan untuk kereta mewah yang hanya boleh dibeli oleh pengguna di golongan T20.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Dasar Automatif Nasional 2009 telah menggariskan langkah-langkah untuk menggalakkan pembangunan industri automotif termasuk dua langkah berikut iaitu untuk menghapuskan AP terbuka untuk pengimportan kereta dan motosikal terpakai pada 31 Disember 2015 dan untuk menghapuskan AP francais untuk pengimportan kereta dan motosikal pada 31 Disember 2000.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2015 keputusan telah diambil untuk meneruskan Dasar AP Terbuka dengan membuat beberapa penambahbaikan terutamanya memberi peluang kepada lebih ramai usahawan bumiputera untuk menceburi perniagaan dalam industri ini. Pelanjutan dasar AP terbuka juga memberi rakyat lebih pilihan untuk membeli kereta dan motosikal import yang mewah pada harga yang kompetitif.

Oleh itu pada masa sekarang tiada cadangan untuk memansuhkan lesen import ataupun AP untuk kereta penumpang dan motosikal bagi tujuan untuk menurunkan harga kereta. Akan tetapi untuk menurunkan harga kereta, polisi yang baru akan dinyatakan dalam Dasar Automotif Nasional baru yang akan diumumkan pada tahun ini juga. Terima kasih.

Dato' Chai Kim Sen: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan pengusaha kereta perlu membayar yuran sebanyak RM10 ribu bagi setiap AP terbuka. Seperti mana Presiden PEKEMA juga pernah menyeru kerajaan supaya menghapuskannya. Adakah kerajaan bersedia untuk buat sedemikian semasa kerajaan masih kekalkan polisi AP dan apakah pendirian MITI sekiranya rancangan kereta nasional ketiga dilaksanakan? Serta dasar imbangan ke atas permit import dengan galakan persaingan sihat dalam sektor automotif tempatan bersama antarabangsa. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Jika ia menjejaskan dasar.

Dr. Ong Kian Ming: Ya, terima kasih atas soalan tambahan itu. Saya rasa dari segi MITI, Dasar Automatif Nasional yang akan dirombak semula, yang sedang dibuat pada masa ini dan akan diumumkan pada masa sebelum atau akhir tahun ini akan mengkaji dan juga mengumumkan dasar yang baru yang memang akan mementingkan competitiveness supaya semua rakyat Malaysia boleh mendapat peluang untuk akses membeli kereta secara accessibility. Dari segi harga AP RM10 ribu, ini juga akan dikaji semula dalam Dasar Automatif Nasional dan pada sekarang saya rasa tidak begitu sesuai untuk saya membuat pengumuman yang akan jump the gun, so to speak.

Jadi saya harap Yang Berhormat boleh sabar sikit apabila dasar itu telah dimuktamadkan dan masa yang sesuai telah ditentukan, kita akan buat pengumuman yang memang akan mementingkan competitiveness dan di mana boleh kita juga akan memberi kepentingan kepada competitiveness dari segi merombak semula semua monopoli yang ada dalam industri ini. Terima kasih

Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab sistem ini dikekalkan, maka soalan saya ialah apakah langkah-langkah yang sedang ataupun telah dijalankan ataupun langkah-langkah yang akan dijalankan untuk memastikan bahawa sistem AP khususnya AP terbuka ini tidak disalahgunakan. Minta jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih.

Dr. Ong Kian Ming: Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan yang saya rasa adalah begitu tepat dan memang perlu dijelaskan. Saya rasa isu AP ini apabila kita bangkitkan secara umum banyak tumpuan itu diberikan kepada AP terbuka kerana sebelum ini ada banyak aduan tentang bagaimana AP terbuka ini disalah gunakan, dimonopoli oleh beberapa pihak dan sebagainya.

Page 21: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

14 DN 30.8.2018

■1100

Jadi ada beberapa langkah yang telah diambil oleh MITI dan untuk menambah baik ketelusan proses untuk menawarkan AP ini saya nak memberi beberapa syarat yang begitu yang saya rasa adalah syarat yang baik dan juga ketat untuk memastikan bahawa AP terbuka ini tidak diberikan secara tidak telus dan beberapa syarat yang telah diperkenalkan oleh MITI ialah apabila syarikat yang milik 100 peratus bumiputera ini nak mohon AP ada syarat seperti syarikat mesti mempunyai pengalaman dan sedang beroperasi dalam bidang penjualan dan juga pengedaran kenderaan kereta, motosikal ataupun kenderaan perdagangan sekurang-kurangnya dua tahun.

Syarikat ini juga mesti mempunyai modal berbayar minimum RM1juta. Syarikat juga telah sedia ada memiliki kemudahan ruang pejabat dan juga bilik pameran yang bersesuaian dan satu lagi syarat yang penting ialah perniagaan dari segi pengimportan ataupun penjualan hendaklah dijalankan oleh syarikat AP terbuka sendiri tanpa menggunakan syarikat penghantaran ataupun middleman. Pelantikan wakil pengedar juga tidak dibenarkan dan penjualan kereta kepada syarikat-syarikat yang menjualkan perniagaan kenderaan terbaru dan terpakai bagi tujuan penjualan semula juga tidak dibenarkan.

Saya rasa apabila MITI telah membuat pengubahsuaian dan memperketat kan syarat-syarat seperti ini tambah juga apabila pihak MITI membuat spot check kepada syarikat-syarikat tersebut di mana mesti ada macam showroom yang baik dan juga membuktikan bahawa kereta itu memang ada di showroom dan tidak misalnya dijual kepada third party dan middleman, ini memang menunjukkan bahawa sistem untuk mengagihkan AP ini telah bertambah baik.

Akan tetapi jikalau ada apa-apa lagi cadangan yang diterima oleh rakyat ataupun diterima oleh stakeholder untuk menambah baikkan sistem pengagihan AP ini kita memang akan mengambil kira dan juga memasukkan dalam Dasar Automotif Nasional yang akan dirombak semula. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan a/l Thambirajah.

5. Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan, jumlah Dana USP iaitu Universal Service Provision, yang dikutip oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dari 2013 sehingga kini, status terkini penyiasatan kemungkinan berlaku penyalahgunaan dan langkah-langkah yang akan diambil untuk naik taraf kemudahan komunikasi dan internet di kawasan luar bandar melalui dana ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia [Tuan Eddin Syazlee Shith]: Terima kasih dan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan, saya ingin menegaskan bahawa anggaran ataupun jumlah Dana USP iaitu Universal Service Provision, yang dikutip daripada tahun 2013 sehingga ke tahun 2017 berjumlah lebih kurang RM6.5 bilion. Dana USP ini diguna pakai bagi melaksanakan pelbagai inisiatif yang melibatkan pembangunan infrastruktur komunikasi di seluruh negara.

Pemilihan syarikat yang dilantik bagi mana-mana inisiatif berasaskan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi di bawah program USP adalah dijalankan melalui proses standard terbuka kepada mana-mana pemegang lesen yang layak selaras dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga oleh penyumbang-penyumbang utama Kumpulan Wang PPS dan pemberian perkhidmatan sejagat USP telah ditubuhkan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia akta yang sama, bagi tujuan untuk memberi perkhidmatan aplikasi dengan penyediaan kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian di kawasan-kawasan yang kurang liputan kepada kumpulan-kumpulan sasaran.

Page 22: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 15

Merujuk kepada peraturan 19(2), Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia

Pemberian Perkhidmatan Sejagat 2002, pembayaran dari dana USP hanya dibuat kepada syarikat-syarikat yang dilantik sebagai pemberi perkhidmatan mengikut pelaksanaan inisiatif yang berasaskan kepada pembangunan infrastruktur komunikasi di bawah program USP mengikut syarat dan peruntukan AKM 1998. Pihak kerajaan melalui SKMM dari semasa ke semasa sentiasa menyelia dan memantau keperluan infrastruktur komunikasi di kawasan-kawasan yang kurang dan tiada liputan rangkaian telekomunikasi.

Usaha ini bertujuan untuk memastikan kawasan yang ketinggalan dalam pembangunan komunikasi khususnya diberikan perhatian dan menikmati kemudahan yang serupa seperti mana yang terdapat di kawasan bandar.

Oleh yang demikian dana USP telah diperuntukkan untuk tujuan pembangunan infrastruktur komunikasi di bawah program USP di seluruh negara terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan yang kurang mendapat liputan dan antaranya adalah yang pertama perluasan liputan cellular dan jalur lebar mudah alih yang merangkumi pembinaan menara komunikasi yang baharu dan penaiktarafan menara sedia ada dengan liputan jalur lebar mudah alih 3G dan 4G, dengan izin atas Tuan Yang di-Pertua, dan sehingga kini sebanyak 1,755 menara komunikasi telah siap dibina dan beroperasi dengan liputan 3G dan 4G.

Manakala di kawasan luar bandar seluruh negara dan masih mempunyai sebanyak 280 menara sedia ada di peringkat pelaksanaan dan selain itu sebanyak 4,700 menara sedia ada di seluruh negara telah pun siap di naik taraf dengan liputan 3G dan 4G dan 865 menara lagi sedang dalam proses penaiktarafan.

Kedua, peluasan liputan jalur lebar talian tetap iaitu Projek Jalur Lebar Pinggir Bandar (HUBB) dan Projek Jalur Lebar Luar Bandar (RBB) yang menyediakan kemudahan jalur lebar dengan kelajuan sehingga 20Mbps di kawasan pinggir bandar dan luar bandar. Lebih daripada 459,000 sambungan telah tersedia melibatkan penaiktarafan sebanyak 659 ibu sawat di seluruh negara.

Manakala baki sebanyak 127,000 sambungan masih dalam peringkat pelaksanaan yang dijangka siap secara berperingkat menjelang tahun 2019. Manakala sistem kabel dasar laut yang bertujuan untuk meningkatkan kelajuan Internet di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui proses rangkaian kabel gentian optik dasar laut berkapasiti 4Tbps dengan jumlah jarak keseluruhan lebih dari 3,800 kilometer dan yang terakhir peluasan jarak teras gentian optik bagi membolehkan perkhidmatan jalur lebar mudah alih berkelajuan tinggi dapat disediakan. Sehingga kini sepanjang 3,634 kilometer jaringan teras gentian optik telah siap dilaksanakan di seluruh negara. Manakala sebanyak 341 kilometer lagi masih dalam peringkat pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Jawapan yang terperinci. Ada soalan tambahan?.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ada. Tadi kita telah dengar jawapan Yang Berhormat Menteri sejak 2013 sampai 2017 jumlah yang dikutip adalah RM6.5 bilion dan kita pun telah dapat keterangan dari segi kemudahan-kemudahan dari aspek menara telco yang telah dibina dan dalam proses...

Tuan Yang di-Pertua: Darat dan laut.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Ya. Soalan tambahan saya dua.

Satu, RM6.5 bilion ini berapa telah dipakai dan berapa masih ada untuk projek-projek yang telah di- duit itu masih ada atau tidak ada itu satu dari segi total collection dengan total expender lah. RM6.5 bilion kalau kita tengok purata RM1.3 bilion setahun, itu satu.

Soalan yang kedua, pasal kalau kita tengok selain daripada USP fund, SKMM juga collect MCMC fund, saya ingat dalam RM800 bilion. Selain daripada itu, dia juga collect lagi satu fund- PCBS. Kenapa saya tanya ini? Pasal ini semua datang daripada pengguna telefon, I mean duit rakyat.

Page 23: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

16 DN 30.8.2018

■1110

PCBS fund kalau tidak salah, purata berdasarkan kepada 46 million handphone users kali 0.5, sekarang 0.5...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalan adalah...

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tabung, tabung.

Tuan Yang di-Pertua: Adakah RM6.1 bilion itu merangkumi semua?

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Berapa telah pakai? Bukan! RM6.5 bilion itu berapa telah pakai untuk berapa...

Tuan Yang di-Pertua: Adakah ia merangkumi 800 juta dan sebagainya?

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Itu lain. Itu MCMC fund. Itu dia guna untuk tujuan MCMC. Itu I clear.

Soalan yang kedua itu PCBS Fund purata RM23 million, apa yang patut digunakan untuk blocking? Akan tetapi kalau kita tengok daripada segi blocking tahun ini, 800 ribu telefon hilang yang block hanya 300 ribu sahaja. You collect duit daripada kita, sama ada you pakai duit untuk apa- 23 million? So, dua ini.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat, RM6.5 bilion itu sudah diguna pakai sehingga ke hari ini. Kalau mengikut pecahan daripada mula-mula sebanyak RM14.5 bilion. Ini semua kalau mengikut pecahan negeri, saya boleh terangkan bahawa contohnya di Johor RM1.6 bilion; di Kedah RM905 juta; Kelantan RM919 juta; Negeri Sembilan RM690 juta telah digunakan; dan di Sarawak secara ringkasnya RM2.6 bilion; Selangor RM657 juta; dan Terengganu RM850 juta yang keseluruhannya berjumlah RM14.5 bilion, kalau daripada mula-mula USP Fund ini.

Jadi, ini adalah perbelanjaan-perbelanjaan yang digunakan untuk pembangunan infra. Sebab kalau kita tengok jumlah-jumlah yang dikemukakan sebentar tadi kita dapati bahawa kawasan-kawasan luar bandar yang mempunyai kurang komersial value ditanggung oleh MCMC sendiri yang mengambil tanggungjawab untuk menyediakan asas atau pun kemudahan infra bagi memastikan kemudahan-kemudahan jalur lebar ini dapat dipertingkatkan di kawasan-kawasan sasaran luar bandar dan ini lah perbelanjaan-perbelanjaan yang telah pun di belanjakan oleh MCMC mengikut kesesuaian dan keperluan kawasan sebagai sasaran.

Berkenaan PCBS ini Public Cellular Blocking Service ini bukan fund, ini tidak ada collection yang telah dibuat berkaitan dengan PCBS ini Yang Berhormat. Itu jawapan saya.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, ini berkenaan dengan maklumat ya. Kalau tidak salah pasal ini maklumat saya harap kementerian boleh check. Kalau saya masih ingat dengan betul jawapan di Dewan ini oleh Yang Berhormat Menteri KKM sebelum ini, PCBS mula pada tahun 2014. Bukan, maklumat. Dia cakap tidak ada collection tetapi ada collection.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, bangkitkan dalam perbahasan, Menteri akan jawab.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Perbahasan saya dah habis Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa, you boleh celah. Memang Yang Berhormat celah banyak pun.

Silakan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah. Ini satu yang soalan pokok itu, ia berkenaan dengan penyiasatan kemungkinan berlaku salah guna. Ada tidak?

Page 24: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 17

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, berkenaan

penyiasatan itu sememangnya MCMC sentiasa memantau penggunaan dana USP Fund ini mengikut peruntukan undang-undang yang ada. Daripada masa ke semasa memang sentiasa dana ini di audit oleh juruaudit yang bertauliah dan berkelayakan. Kalau kita tengok perkembangan terkini dan ianya akan dibentangkan sebagai sebahagian daripada laporan tahunan.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. saya mendengar Yang Berhormat menyatakan tadi bahawa di kawasan-kawasan kampung hendak diberhentikan kerana kurang commercial value. Kita difahamkan bahawa USP ini di himpun atau dikutip dahulu semata-mata untuk membantu di kawasan-kawasan luar bandar, di kawasan-kawasan kampung kerana telco tidak mahu pergi buat di kawasan kampung kerana tidak ada commercial value, tidak ada profit maximization bagi mereka. Jadi, sebab itu digunakan USP ini untuk masuk ke kampung.

Jadi, soalan saya kalau begitu Yang Berhormat bagaimana kawasan-kawasan kampung ini hendak didirikan, hendak diperbanyakkan kalau wang USP ini tidak digunakan bagi kawasan-kawasan yang kurang commercial value? Apakah kampung WiFi ini Yang Berhormat akan disambung? Kita lihat di kampung ini Yang Berhormat, di kampung saya sendiri, kesian anak-anak sekolah ini terpaksa berhimpun di kawasan disk yang diletakkan itu, equipmentnya dulu katanya tiga kilometer boleh dapat tetapi sekarang kena berhimpun di kawasan dewan yang diletakkan disk tersebut.

Jadi, apakah yang ini hendak ditukar atau pun hendak diperbaharui dan saya hendak penjelasan daripada Yang Berhormat berhubung dengan non-commercial value tadi. Terima kasih.

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dan terima kasih di atas soalan Yang Berhormat sebentar tadi.

Apa yang saya maksudkan tadi bukan hendak dihentikan. Kalau berdasarkan kepada peruntukan dan perbelanjaan yang telah digunakan, kita boleh melihat betapa kerajaan melalui MCMC memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar di kawasan luar bandar. Jadi, sebab itu kita boleh tengok kalau di Sabah dan Sarawak peruntukkannya RM2.5 bilion di Sabah dan RM2.6 bilion di Sarawak. Ini tanggungjawab yang diambil oleh MCMC kerana syarikat-syarikat telco melihat ini sebagai perkara-perkara yang tidak mempunyai commercial value. Di atas alasan ini, pembangunan infra ini disediakan oleh MCMC.

Berkenaan kedudukan Internet 1Malaysia, itu masih di peringkat kajian kerana kerajaan mengambil kira- MCMC, kita mengambil kira bahawa sasaran yang diletakkan di bawah kampung WiFi, kampung tanpa wayar ini, tidak memenuhi matlamat yang sebenarnya. Oleh kerana mempunyai liputan tetapi mempunyai speed yang sangat rendah. Jadi, tidak dapat dikongsi secara saksama oleh penduduk-penduduk kampung.

Jadi, pada tahap ini kerajaan meletakkan sasaran untuk kalau boleh menambah baik memberi penambah baikkan dan meletakkan keutamaan kepada perkhidmatan 3G dan 4G supaya bukan sahaja kawasan tersebut mempunyai liputan tetapi boleh di akses. Boleh diakses dengan baik oleh pengguna-pengguna yang berkenaan. Jadi, sasaran equitable akses kepada semua itu akan dapat dicapai secara saksama dan adil. Itu jawapannya.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, kita ada Menteri-menteri dalam Dewan, so soalan tambahan ini saya tidak boleh bagi banyak lah. Kalau ringkas, boleh.

Datuk Razali bin Idris: Ringkas sahaja, ringkas.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan dana USP. Kita faham. Kutipan daripada syarikat-syarikat telecommunication. Cuma satu, operator, syarikat operator Malaysia, seperti Telekom, Celcom, Digi dan sebagainya dia beli barang, dia beli equipment daripada syarikat luar secara terus.

Page 25: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

18 DN 30.8.2018

Kalau dulu kerajaan menyasarkan supaya kita mesti mempunyai satu agensi daripada syarikat Malaysia, tetapi sekarang Tuan Yang di-Pertua kita lihat secara terbukanya, syarikat telco ini di Malaysia membeli equipment daripada luar seperti Siemens, syarikat-syarikat telecommunication lain di luar secara terus. Mereka tidak mengguna lagi syarikat-syarikat local sebagai rakan partner.

Jadi, soalan saya, adakah kerajaan baru hari ini membuat satu dasar baru supaya kembalikan agensi kepada syarikat tempatan. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

■1120

Tuan Eddin Syazlee Shith: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya percaya soalan ini lebih merupakan kepada cadangan.

Jadi, ini satu cadangan daripada- terima kasih kepada Yang Berhormat sebentar tadi. Ini merupakan satu cadangan yang saya percaya cadangan dan pandangan yang sangat baik dan antara perkara-perkara yang sedang dalam kajian dan penelitian kerajaan baharu pada masa kini. Memandangkan kerajaan baharu masih lagi meneliti perkara-perkara tersebut, saya percaya perkembangan berkenaan perkara ini akan di-update, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, daripada masa ke semasa bagi memastikan keperluan kepada cadangan ini dapat dipenuhi mengikut kesesuaian, Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Datuk Haji Husain bin Awang.

Datuk Haji Husain bin Awang: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya mengemukakan soalan, terlebih dahulu saya mengalu-alukan kedatangan Hindu Sangam, Semenyih Local Council dan Persatuan Sosial dan Kebajikan India Malaysia. Diharap lawatan ini akan memberi manfaat kepada tetamu yang hadir pada hari ini.

6. Datuk Haji Husain bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah komprehensif kerajaan dalam menangani ancaman fahaman songsang seperti Islam liberal, ateisme dan pluralisme.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Pakatan Harapan adalah komited untuk memelihara akidah umat Islam supaya sentiasa bertepatan dengan ajaran Islam.

Selaras dengan kerajaan melalui kerjasama pelbagai pihak, melibatkan pihak berkuasa agama negeri-negeri, agensi-agensi yang berkenaan dan pihak keselamatan, sentiasa bekerjasama bagi mengawal segala fahaman-fahaman menyeleweng yang boleh menggugat akidah dan keselamatan negara ini.

Seterusnya, soalan yang berkaitan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan. Langkah-langkah yang diambil adalah melalui aspek pendidikan dengan mengadakan program-program penjelasan agar masyarakat jelas dan faham apakah fahaman yang dikatakan menyeleweng itu dan apakah pula fahaman yang benar. Ini dilakukan melalui pendekatan ceramah, seminar dan juga menyebarkan maklumat berkenaan menerusi media cetak dan elektronik.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, dalam hal ini kita juga mengadakan sesi-sesi dialog dan perbincangan. Tidak cukup sekadar menghukum mereka tetapi pada waktu yang sama sedia untuk berdialog, berbincang agar fahaman yang silap tadi dapat dijernihkan mengikut apa yang diajar oleh Islam.

Page 26: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 19

Selain daripada itu, meningkatkan kerjasama antara pihak berkuasa agama kerana

kita tahu bahawa dalam urusan pentadbiran Islam, kita harus bekerjasama dengan pihak negeri yang mempunyai kuasa ke atas isu-isu pentadbiran Islam.

Jadi, kerjasama di antara Kerajaan Federal dan juga kerajaan negeri adalah penting untuk memastikan isu-isu ini tidak menjejaskan seperti mana dikatakan ajaran Islam yang sebenar dan juga menjejaskan keselamatan negara. Sekian Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Husain bin Awang: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya rasa janggal dengan kenyataan pihak kementerian, khususnya daripada pihak Menteri yang begitu mendesak supaya golongan LGBT, khususnya golongan transgender diiktiraf di negara ini. Kita perlu faham bahawa di sana ada beza di antara mengiktiraf ataupun merawat.

Saranan pihak kementerian supaya dibina tandas khusus, memberi peruntukan untuk program keusahawanan dan sebagainya, bukanlah bertujuan merawat mereka. Bahkan, seolah-olah mengiktiraf mereka di negara ini. Ini disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri dalam satu temu bual di radio IKIM. Jadi saya minta, mohon pihak kerajaan dan pihak Menteri memberi penjelasan terhadap perkara ini.

Kedua, sebagaimana yang kita sedia maklum dan disepakati oleh semua pihak dan kalangan para ulama bahawa sumber perundangan dan rujukan Islam ialah Al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas. Menolak mana-mana satu adalah dianggap salah dan songsang. Di negara kita telah lama wujud golongan anti-hadis dan dilihat oleh kerajaan lalu, tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap kefahaman songsang ini. Apakah sikap dan tindakan kerajaan baharu untuk menangani kumpulan ini? Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta kepada Yang Berhormat yang bertanya itu supaya mencermati sedikit kata-kata di dalam Dewan ini kerana perkataan ‘mengiktiraf’ itu sangat berat. Saya harap dapat dibetulkan dan yang dengar di sini semua bahawa Kerajaan Pakatan Harapan hari ini tidak pernah mengiktiraf. Itu kena jelas. Saya takut soalan ini dimainkan di luar sehingga menggambarkan seolah-olah kita mengiktiraf LGBT. Tidak betul. Bahkan, dua gambar yang dipampangkan di Pulau Pinang, kita telah minta untuk diturunkan kerana bercanggah dengan dasar kita.

Jadi, saya harap benda itu minta dicermati perkataan ‘iktiraf’. Adapun isu yang disebut berkaitan dengan soal menyantuni mereka, merawat mereka, kita daripada dahulu lagi, pihak JAKIM telah pun menyediakan program itu. Program itu adalah berkaitan dengan yang saya kira Yang Berhormat Datuk Husain yang bertanya mungkin tidak sedar bahawa 80 peratus daripada kelompok transgender terlibat dalam industri seks dan ini amat mengecewakan.

Oleh itu, kita meletakkan keutamaan bahawa tujuan kita mendekati mereka lebih utama Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk mengeluarkan mereka daripada industri ini yang mana kebanyakan daripada kita melihat ataupun mengabaikan soal ini. Jadi, tidak timbul dengan kita memberikan mereka satu usaha supaya berdikari. Bukan bermakna kita mengiktiraf mereka tetapi untuk kita mengeluarkan mereka daripada satu keadaan industri yang lebih jijik. Di mana kita sebagai seorang Muslim, bertanggungjawab untuk menyelamatkan manusia daripada kancah yang hina ini. Itu sikap yang kita ambil.

Kedua, isu tandas, Tuan Yang di-Pertua. Ini pun sudah lari daripada tajuk asal. Ini masalah orang yang suka spin, Tuan Yang di-Pertua. Orang yang suka cari satu benda dalam papan yang putih itu, dia nampak yang hitam yang satu itu sahaja, kemudian dia besarkannya yang hitam. Yang Berhormat perlu mengambil sikap tanggungjawab. Oleh sebab tidak pernah dalam isu pertemuan saya dengan kelompok ini, bercakap tentang hendak bagi mereka tandas. Tidak ada. Ini saya cakap dalam Dewan ini, saya tidak cakap dengan pemberita. Catat Hansard, ada dan ia akan menjadi kenyataan rasmi.

Siapa yang hadir dalam mesyuarat itu tidak ada sesiapa, saya dengan enam mata sahaja. Mana bisa orang yang tidak hadir dalam mesyuarat itu boleh tahu saya berbincang apa. Saya berbincang tentang soal macam mana sikap Kerajaan Pakatan Harapan hari ini bahawa isunya ialah walaupun mereka, kita tidak sokong, kita tidak iktiraf tetapi hak sebagai warganegara tidak disakiti, tidak dianiayai. Itu adalah tanggungjawab mana-mana kerajaan.

Page 27: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

20 DN 30.8.2018

■1130

Saya tidak tahu sama ada faham atau tidak, konteks ini bukan bermakna mengiktiraf. Sebab itu saya minta supaya isu tandas ini jangan dilencongkan kepada soal mengiktiraf kerana tidak ada arahan rasmi pun. Ia hanya satu yang dijawab secara spontan dalam sidang media. Adapun Timbalan Menteri saya dalam temu bual IKIM juga tidak mengatakan itu satu keputusan. Ini adalah perkara yang perlu dibincangkan. Takkanlah kita sebagai kerajaan, benda yang realiti di hadapan kita pun kita tidak boleh bincang?

Jadi, ini saya harap pihak yang bertanya berkali-kali- walaupun dijawab berkali-kali tetapi hendak bagi gambaran orang kononnya kita iktiraf LGBT. Jadi saya minta jawapan saya ini, Tuan Yang di-Pertua, diterima dengan penuh tanggungjawab dan dijelaskan di luar sana juga dengan penuh tanggungjawab.

Adapun isu yang disebut tentang anti hadis dan sebagainya, sebagaimana yang disebut, dasar kita kalau ada apa-apa menyeleweng dari segi buktinya dan menyeleweng dari segi kepercayaannya, yang menyeleweng dari segi dia menyebarkan benda itu, maka seperti jawapan saya yang awal, tindakan-tindakan yang telah diambil itu akan kita turuti untuk kita mencegah segala penyelewengan yang berlaku.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua, jawapan ringkas saya.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingat Yang Berhormat yang bangkitkan soalan sudah fahamlah bahawa memang kerajaan tidak iktiraf LGBT dan soalan tandas pun belum buat keputusan muktamad.

Silakan Yang Berhormat Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty.

Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty: Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah menjawab persoalan-persoalan tentang isu LGBT dan sebagainya dengan begitu jelas sekali.

Cuma, pagi tadi saya terbaca dalam ruang pembaca akhbar Utusan Malaysia dan saya telah tunjukkan kepada Yang Berhormat Menteri di lounge sebentar tadi, bahawa masih ada masyarakat Islam di tanah air yang meragui komitmen Kerajaan Pakatan Harapan terhadap isu LGBT ini. Umpamanya kapsyen tadi disebut, “LGBT Halal, Kahwin Poligami Haram”. Itu satu yang amat mengelirukan. Kita telah tahu sikap dan pendirian Kerajaan Pakatan Harapan seperti yang disuarakan oleh Yang Berhormat Menteri begitu jelas sekali dan berada di atas satu track yang benar di sisi Islam.

Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, oleh kerana masyarakat kita sekarang ini masyarakat yang cepat mendapat maklumat yang baik dan tidak baik, apakah langkah-langkah yang lebih berkesan supaya isu ini kalau boleh tidak berpanjangan? Terima kasih.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa jawapan kepada soalan itu ialah, pertama, berhenti daripada buat fitnahlah. Itu sahaja. Kalau selagi mulut itu tidak boleh dikawal dengan niat untuk memburukkan kerajaan, maka saya tidak boleh buat apa. Walaupun saya sudah jawab berpuluh kali termasuk di atas mimbar khutbah, Tuan Yang di-Pertua, mereka terus dengan tanpa rasa bersalah mengatakan ada Menteri yang sokong LGBT.

Ada pula yang kata kita yang anjurkan pesta gay dan sebagainya. Saya rasa ini satu yang- sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kalau benda itu sudah jelas dijawab begitu, kita mesti bertanggungjawab. Contohnya, Ahli-ahli Yang Berhormat yang dengar saya punya jawapan ini, kena pertahanlah. Kena beritahulah ini satu, tetapi kalau Ahli-ahli Yang Berhormat pun apabila keluar nanti dia balik ceramah menyatakan kerajaan hari ini sokong LGBT, saya hendak kata apa? Jadi, itu satu.

Kedua, saya kira penjelasan kalaupun mereka tidak mahu terima, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa adalah lebih baik juga kita secara positif untuk meneruskan usaha-usaha baik ini dan akhirnya suara-suara sumbang ini akan terus hilang.

Page 28: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 21

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kita telah pun berhubung dengan pihak

Utusan Malaysia kerana tajuknya begitu jahat sekali iaitu, “Menghalalkan LGBT, mengharamkan poligami”. Ini tajuk yang cukup nakal. Saya telah berhubung dan saya minta supaya mereka bercermat seperti mana saya minta supaya Ahli-ahli Yang Berhormat juga bercermat ketika sebut iktiraflah dan sebagainya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Raj Munni binti Sabu: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Satu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kita ada Menteri Pengangkutan dan masa pun sudah tidak panjang. Tolong ya. Yang Berhormat tidak pernah- silakan.

Puan Raj Munni binti Sabu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Dari hal agama yang songsang katanya tadi, bagaimana pula pandangan kerajaan terhadap sikap yang melihat bahawa orang lain seolah-olah tidak cukup Islam dan pandangan-pandangan takfiri yang biasanya dilontarkan kepada orang-orang yang tidak sependapat ataupun tidak separti dengan pihak-pihak tertentu? Bagaimana pandangan kerajaan dan bagaimana kerajaan menguruskan hal ini? Ini supaya negara kita boleh dihuni oleh kalangan masyarakat walaupun berbeza pandangan tetapi masih boleh bersatu dan tidak pula meletakkan bahawa seorang telah terkeluar daripada Islam ataupun seorang masih Islam. Itu yang pertama.

Kedua, ada sebuah akhbar yang mengeluarkan bahawa dalam PRK Seri Setia, Tuan Yang di-Pertua, kempennya diulas di media mereka bahawa pertandingan itu adalah antara mereka dengan melawan ‘Darul LGBT’. Bagaimana sikap kerajaan terhadap isu ini? Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memanjangkan soalan ini. Mungkin kerana ini pertama kali saya hadir dalam Dewan Negara. Terima kasih juga kepada- tahniah kepada Yang Berhormat Senator yang baharu.

Ini masalah dalam negara kita. Apa yang diajukan soalan oleh Yang Berhormat tadi itu kita rangkumkan dalam isu ekstremisme ataupun dalam isu radikalisme. Ini kerana dalam radikalisme agama ataupun ekstremisme agama, ia melibatkan soal bahawa dia sahaja yang betul termasuklah kelompok dan jemaah tertentu mendakwa dia sahaja yang betul. Dia sahaja yang boleh masuk syurga, orang lain tidak boleh masuk syurga. Maka fahaman ini memang bahaya kerana dia meletakkan dia suci, orang lain semua tidak betul. Lahirlah di sini, Tuan Yang di-Pertua, satu istilah yang dipakai dalam dunia Islam khususnya yang menyebabkan satu bahaya iaitu takfiri, iaitu menyatakan orang lain itu keluar agama, dia sahaja yang berada di atas landasan yang betul.

Saya bagi contoh yang disebut tadi bahawa dikatakan pertandingan PRK di Seri Setia itu adalah antara satu parti tertentu dengan ‘Darul LGBT’. Inilah saya kata tadi, Tuan Yang di-Pertua, mereka telah menghukum dan mereka menguar-uarkan itu seolah-olah inilah dia yang dikatakan Kerajaan Pakatan Harapan ialah pakatan yang dikatakan ‘Darul LGBT’. Ini cukup bahaya sebab mereka telah menghukum dan menyebarkan kepalsuan, penipuan sehingga orang percaya. Dan yang bercakap ini kalau daripada parti Islam, ia amatlah menyedihkan kerana akhlak dan budaya sebuah parti Islam tidak mungkin melalukan penipuan ataupun pembohongan.

Oleh sebab itu, saya akan meneliti soal ini dan saya minta sekali lagi yang dengar saya punya penjelasan dan yang daripada tadi sebut ada daripada Kelantan pun ada juga, yang datang dengar, harap bawa balik mesej ini. Jangan mengulang fitnah kerana itu satu dosa yang cukup besar. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri pandai jawablah... [Dewan ketawa]

Silakan Yang Berhormat Tuan Khairul Azwan. Ini fasal Yang Berhormat Menteri jarang datang, kita bagi dia soalan.

Page 29: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

22 DN 30.8.2018

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana tadi dengan jelas kita semua dengar bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak mengiktiraf LGBT. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.

Cuma, soal pengiktirafan itu satu, Tuan Yang di-Pertua. Soal kedua ialah soal bimbingan, soal rehabilitasi, soal pembetulan. Jadi saya hendak dengar dengan jelas juga supaya...

Tuan Yang di-Pertua: Sudah jawab sudah. Itu sudah jawab. Yang Berhormat baru masuk?... [Dewan ketawa]

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Waktu bila saya terlepas? Saya ada di sini, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ada ya.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Kalau sudah jawab, saya minta maaf.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri sudah jawab, kan?

Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa: Ya, ya.

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Langkah-langkah rehabilitasi itu.

Tuan Yang di-Pertua: Semak dengan Yang Berhormat Menteri di luarlah Yang Berhormat... [Dewan ketawa]

Tuan Khairul Azwan bin Harun: Terima kasih, terima kasih.

7. Tuan Haji Muhamad bin Mustafa minta Menteri Pengangkutan menyatakan, apakah strategi yang di ambil oleh kementerian dalam menaik taraf servis teksi di Malaysia agar dapat bersaing dengan Grab.

■1140

Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan selamat pagi, ini pun kali pertama saya menjawab dalam Dewan Negara yang mulia ini.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk terus menaik taraf servis teksi di negara ini walaupun telah membuat keputusan untuk mengawal selia perkhidmatan e-hailing. Bagi tujuan tersebut, Akta Pengangkutan Awam Pindaan 2017 dan undang-undang berkaitan dengan perkhidmatan e-hailing telah dikuatkuasakan bermula pada 12 Julai 2018. Walaupun tempoh moratoriumnya satu tahun.

Tindakan ini diambil bagi menyediakan level playing field ataupun padang sama rata yang akan memberi kesaksamaan kepada kedua-dua pihak untuk bersaing secara sihat dalam memberi tahap perkhidmatan yang tinggi kepada penumpang.

Pada masa yang sama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut melaksanakan langkah-langkah berikut. Pertama, pemberian lesen individu dan geran tunai kerajaan berjumlah RM5,000 kepada pemandu yang telah tamat kontrak dalam sistem pajak sebagai rebat untuk membeli kenderaan baru. Terkini SPAD telah meluluskan sebanyak 2,493 lesen individu dan 582 geran tunai kerajaan. Manakala pada petang nanti saya juga akan mengadakan satu majlis untuk memberikan permit-permit secara individu kepada pemandu-pemandu teksi.

Kedua, membuka semua jenama kenderaan dan pilihan model bagi kegunaan teksi yang mencapai penarafan keselamatan tiga bintang di bawah Program Penilaian Kereta Baru untuk Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) atau setaraf dengannya.

Page 30: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 23

Ketiga, pengurangan kos kepada pemandu kerana tempoh untuk pemeriksaan

berkala Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dilanjutkan:

(i) Pemeriksaan berkala kenderaan hanya bagi kenderaan yang melebihi usia tiga tahun dari tarikh yang didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan; dan

(ii) Pemeriksaan berkala meter bagi kelas lesen teksi hanya perlu dilakukan satu kali setahun berbanding dua kali setahun sebelumnya.

Keempat, pemandu teksi bermeter turut diberi kesempatan untuk mengenakan tambang dinamik ataupun tambang e-hailing apabila menambah penumpang melalui tempahan e-hailing selain dari mengenakan tambang meter apabila membawa penumpang secara straight hail.

Kelima, menetapkan kadar komisen maksimum yang boleh dikenakan oleh syarikat e-hailing ke atas pemandu teksi sebanyak 10 peratus sahaja bagi setiap perjalanan. Berbanding dengan 20 peratus untuk kereta-kereta biasa.

Keenam, memperkenalkan modul latihan yang baru kepada pemandu teksi yang ingin memohon lesen vokasional. Modul baru ini menitikberatkan keusahawanan dan teknologi, khidmat pelanggan cemerlang dan undang-undang yang berkaitan. Ia dijangka akan membantu pemandu teksi meningkatkan keupayaan untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang selain turut menggalakkan mereka meningkatkan pendapatan apabila membawa penumpang melalui tempahan e-hailing.

Ketujuh, menggalakkan pemandu teksi untuk mencarum di dalam Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri anjuran PERKESO bagi memastikan kebajikan mereka terbela jika berlaku sesuatu kemalangan yang menjejaskan pekerjaan mereka.

Kerajaan percaya langkah-langkah ini akan menaik taraf servis teksi dan membolehkan mereka bersaing dengan Grab. Itu sahaja, terima kasih.

Tuan Haji Muhammad bin Mustafa: Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan ringkas saya ialah melihat kepada persaingan pengusaha teksi dan Grab sekarang ini, Apakah persaingan itu berlaku dengan sihat ataupun sebaliknya? Sekian, terima kasih.

Tuan Loke Siew Fook: Ya, soalan adakah itu sihat atau tidak sihat. Itu terpulang hendak tanya kepada siapa. Kalau tanya kepada pemandu teksi sudah tentu mereka kata itu tidak sihat sebab untuk pemandu-pemandu Grab ini tidak perlu ada apa-apa peraturan-peraturan sebelum ini tetapi sekarang ini kita telah gazetkan supaya peraturan-peraturan yang dikenakan pada pemandu-pemandu Grab ini juga lebih kurang sama dengan pemandu teksi. Umpamanya mereka kena buat pemeriksaan kenderaan, mereka kena ada lesen PSV, mereka kena ada kursus dan sebagainya. Itu dikenakan kepada pemandu teksi.

Jadi kalau tanya kepada pemandu teksi, sekarang ini mereka memang ramai pemandu teksi tidak berpuas hati. Kita faham kerana sebelum ini tidak ada peraturan. Sekarang ini kita kuatkuasakan peraturan itu dan mengambil tempoh moratorium satu tahun. Itu pun mereka tidak puas hati. Mengapa kita mengambil masa satu tahun ialah kita hendak memberikan ruang kepada syarikat-syarikat e-hailing ini untuk melaksanakan peraturan-peraturan yang kita hendak letakkan ini. Ini kerana ada lebih kurang 500,000 pemandu e-hailing terutamanya dengan Grab. Walaupun kebanyakan mereka ini part time tetapi ada 500,000 pemandu.

Akan tetapi, kalau Yang Berhormat tanya kepada penumpang, mereka rasa ini persaingan sihat kerana sebelum ini tidak ada pilihan. Suka tidak suka mereka mengambil teksi. Akan tetapi, sekarang ini adanya pilihan dengan syarikat e-hailing, Grab dan sebagainya. Mereka ada satu lagi pilihan.

Jadi soalan itu sihat atau tidak sihat, bagi kita untuk kerajaan, apa yang kita hendak laksanakan ialah supaya kita hendak menyamaratakan supaya kedua-dua teksi dan e-hailing ini mereka sepatutnya bersaing.

Page 31: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

24 DN 30.8.2018

Bagi kita, kita amat menggalakkan pengusaha-pengusaha teksi ini untuk mengaplikasikan teknologi kerana itulah the way forward kerana kalau hendak meningkatkan tahap perkhidmatan mereka, kita hendak meningkatkan pendapatan mereka, itulah caranya kita hendak membimbing mereka.

Saya tahu bahawa ada persatuan-persatuan teksi, umpamanya minggu lepas saya telah merasmikan Mesyuarat Agung PETEKMA. Mereka bekerjasama dengan pihak ANGKASA iaitu koperasi untuk mereka menubuhkan satu aplikasi khusus untuk teksi apabila mereka boleh menggunakan aplikasi itu untuk membawa penumpang.

Jadi kita amat menggalakkan industri teksi ini supaya migrate kepada cara teknologi baru menggunakan e-hailing dan supaya dapat meningkatkan taraf sosioekonomi pemandu teksi. Percayalah bahawa kerajaan amat komited untuk membantu golongan pemandu teksi ini dan saya sendiri akan terus memberikan perhatian yang serius kepada kebajikan dan nasib pemandu-pemandu teksi. Sekian, terima kasih.

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya kepada Menteri sangat ringkas. Ada tidak pihak kementerian pernah buat kajian di antara tahap kepuasan pengguna sebab saya faham kawan-kawan Yang Berhormat dalam Dewan pun ada yang naik Grab. Tahap kepuasan di antara pengguna terhadap perkhidmatan antara Grab dan teksi. Terima kasih.

Tuan Loke Siew Fook: Ahli Yang Berhormat Senator, saya rasa soalan ini kalau saya jawab itu trap-lah. Kalau saya jawab mana satu puas hati kepada mana satu pihak, pihak yang lain itu tidak akan puas hati dengan saya.

Jadi bagi saya, kita belum ada buat kajian mengenai sama ada mereka ini lebih puas hati kepada teksi ataupun kepada Grab ataupun e-hailing. Bagi saya ialah yang pentingnya pengguna, mereka ada pilihan. Terpulanglah kepada pengguna merasakan apa yang terbaik untuk mereka dan mereka ada pilihan dan bagi kita, kita hendak mengawal selia supaya kedua-dua perkhidmatan ini, teksi dan e-hailing ini mereka dapat beroperasi secara bersama.

Ini kerana memang kita tahu bahawa aduan daripada ramai pemandu teksi sebelum ini ialah kerana tidak ada peraturan, they are not regulated. Jadi itu adalah perkhidmatan not legalize tetapi realitinya memang ada di sekeliling kita seperti Ahli Yang Berhormat kata di kalangan Ahli-ahli Parlimen pun ada yang menggunakan Grab. Jadi ini adalah realiti yang kita terpaksa hadapi bahawa kalau kita hendak mengharamkan e-hailing ini ataupun mengharamkan Grab ini, maka pengguna-pengguna tidak ada pilihan.

Jadi satu pendirian yang amat penting saya hendak katakan di sini ialah bahawa kerajaan telah membuat keputusan. Dalam Kabinet juga kita ada membincangkan perkara ini bahawa the way forward ialah dasar kerajaan ialah tidak mengharamkan mana-mana syarikat e-hailing yang menggunakan kereta swasta.

Itu adalah keputusan dasar yang telah kita laksanakan tetapi kita tahu bahawa pemandu-pemandu teksi tradisional ini mereka menghadapi pelbagai cabaran untuk catch up kerana pemandu-pemandu teksi ini kebanyakannya adalah veteran termasuklah veteran-veteran tentera kita yang telah bersara daripada angkatan tentera, mereka menjadi pemandu. Kalau hendak membantu mereka, kalau kita tidak mahu membantu, mereka sukar untuk mereka migrate ataupun bersaing dengan syarikat-syarikat e-hailing ini.

Jadi bagi kita adalah penting saya akan memberikan galakkan kepada persatuan-persatuan teksi untuk membantu ahli-ahli mereka, membantu pemandu-pemandu ini memahami bagaimana mengaplikasikan teknologi. Umpamanya bagaimana mengoperasi smart phone dan sebagainya, memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan memang betul bahawa kepuasan pelanggan itu adalah segala-galanya dalam sektor perkhidmatan. Kalau kita tidak dapat memuaskan hati pelanggan, maka perkhidmatan mereka tidak diambil oleh para pelanggan.

Page 32: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 25

Jadi adalah penting bahawa kita hendak memastikan kedua-dua, kita tidak akan

berat sebelah kepada mana-mana satu pihak. Kita hendak melihat pemandu-pemandu teksi juga dapat bersaing juga dapat menyediakan satu perkhidmatan yang baik kepada pelanggan yang dapat memuaskan hati pelanggan supaya mereka juga akan menjadi pilihan kepada pelanggan. Terima kasih.

Dato’ Zahari bin Sarip: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, cukuplah Yang Berhormat Senator, masa pun sudah sampai. Silakan.

Dato’ Zahari bin Sarip: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri, saya cuma tertarik dengan penguatkuasaan yang Yang Berhormat Menteri sebut penguatkuasaan terhadap pengamal Grab dan sebagainya.

■1150

Cuma adakah penguatkuasaan ini juga melibatkan dari segi pemakaian pemandu Grab sebab saya pernah menggunakan Grab, saya melihat mereka menggunakan seluar pendek, selipar. Bila saya tanya kenapa pakai seluar pendek dan selipar, dia kata “Sebelum ini saya sedang membuat kerja part time. Bila Grab panggil saya bawaklah kereta”. Jadi, adakah penguatkuasaan ini juga termaktub kepada pemakaian sebab Grab ada digunakan oleh mereka-mereka yang profesional dan sebagainya. Terima kasih

Tuan Loke Siew Fook: Terima kasih, memang dalam syarat-syarat itu kita tidak mensyaratkan dari segi pemakaian tetapi bagi saya itu adalah satu cadangan yang baik. Kita juga hendak memberikan imej yang baik kepada pengguna-pengguna kerana Grab ini sudah tentunya bukan sahaja di kalangan rakyat tempatan tetapi juga pelancong-pelancong asing juga mungkin akan menggunakan perkhidmatan mereka. Jadi perkara ini memang saya akan bincangkan dengan syarikat e-hailing terutamanya dengan Grab supaya bagaimana kita dapat meningkatkan imej pemandu-pemandu Grab ini.

Apa yang telah kita syaratkan kepada mereka di antaranya ialah car marking kerana sekarang ini kalau naik satu kereta, kita tidak tahu sama ada kereta itu berkhidmat untuk syarikat mana. Jadi selepas kita menguatkuasakan peraturan ini, setiap kereta itu mereka perlu ada car marking, walaupun tidak seperti teksi tetapi sekurang-kurangnya pergi kereta itu sahaja dia tahu. Adakah itu kereta Grab kah ataupun kereta syarikat lain? Ada car marking. Akan tetapi pemandu itu dari segi imej pemakaian itu, kita akan cuba membincangkannya dengan pihak syarikat dan kita sama-sama mengharapkan dapat meningkatkan imej pemandu-pemandu kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat masa untuk Jawab Lisan selesai.

[Masa Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya;

Page 33: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

26 DN 30.8.2018

“Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Yang Keempat Belas.” [29 Ogos 2018]

Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Senator Dato’ Isa bin Ab. Hamid menyambung.

11.52 pg.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menyambung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semalam saya telah mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atas kejayaannya memenangi PRU bersama Kerajaan Pakatan Harapan, juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail atas pelantikan sebagai TPM dan juga melantik seorang lagi Senator Orang Asli iaitu Yang Berhormat Tuan Manolan bin Mohamad.

Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili masyakat Orang Asli Malaysia, mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah bersetuju untuk mengadakan Hari Orang Asal yang dicadangkan pada September ini di Perak. Ini sejarah baharu bagi masyarakat Orang Asli di bawah kepimpinan Kerajaan Pakatan Harapan yang mengaspirasikan masyarakat Orang Asli supaya lebih berjaya dan membangun. Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan JAKOA telah merancang dan merencana pelbagai pengisian sempena sambutan hari tersebut. Persembahan kebudayaan, masakan, kraf tangan, keusahawanan dan pameran telah dan akan dijayakan bersama dengan masyarakat Orang Asli 18 etnik. Saya doakan semoga majlis ini akan berjaya dan lebih bermakna.

Tuan Yang di-Pertua di kesempatan ini juga saya mewakili masyarakat Orang Asli merakamkan jutaan terima kasih kepada mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lalu, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak atas jasa dan budi yang tidak terhingga dalam menjaga pembangunan dan kemajuan masyarakat Orang Asli di seluruh negara. Semoga Allah juga yang memelihara keselamatan, kesihatan dan memberkati Dato’ Sri dan keluarga.

Jasa baik Dato’ Sri tidak dapat dilupakan oleh masyarakat Orang Asli seperti memperkasakan JAKOA dan Institut Tok Batin, Sekolah K9, asrama sekolah menengah pertama di Malaysia iaitu SMK Bawong, Pusat Intelek Pelajar Orang Asli Malaysia di Rompin, Pasukan Senoi Praaq, dan PGA di Perak, Pusat Pedagogi Peribumi, IPGM di Lipis dan banyak lagi. Jasa yang baik tetap dikenang, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

Namun terdapat kelompangan, kekurangan dan ketidaksempurnaan yang menjadi tanggungjawab dan kewajipan kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan untuk menyempurnakan dan melaksanakan. Usah dicari pelbagai alasan, helah dan kemungkiran janji demi melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh masyarakat Orang Asli yang merupakan sebahagian daripada rakyat Malaysia yang memikul tanggungjawab telah mengundi pada PRU yang lalu. Fokuskanlah pada membina Malaysia baharu yang lebih aman jaya.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Tuanku juga berharap kerajaan hari ini akan terus berusaha mencari jalan mendepani cabaran-cabaran tersebut bagi kebaikan, kesejahteraan

Page 34: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 27

rakyat dan negara. Namun sejak Mei yang lalu kejatuhan nilai ringgit, pelaburan asing yang bergerak keluar, harga komoditi kelapa sawit dan getah yang merudum, inflasi dan Indeks Harga Pengguna yang semakin meningkat, ditambah dengan pelaksanaan SST, tentunya harga barang akan meningkat. Ini amat meresahkan rakyat jelata, lebih-lebih lagi golongan B40, masyarakat luar bandar dan Orang Asli.

Pada Mei yang lalu harga komoditi kepala sawit sekitar RM450 per tan di kampung-kampung. Kini pada Ogos telah jatuh pada RM350 per tan. Harga getah pada yang lalu RM2.10 dan kini telah jatuh pada RM1.60. Berdasarkan senario ini, harga komoditi utama akan terus merudum, bergerak ke jajaran yang lebih rendah. Kenaikan harga komoditi diharapkan akan dapat membantu masyarakat luar bandar dan Orang Asli menangani kos sara hidup yang akan terus meningkat lebih-lebih lagi selepas pelaksanaan SST .

Soalan saya kepada Kementerian Industri Utama, apakah langkah kerajaan dalam menyediakan pelan jangka panjang dan pelan jangka pendek untuk meningkatkan harga getah dan harga kelapa sawit? Apakah jaminan kerajaan terhadap perkara ini? Dalam Titah Diraja Tuanku, Baginda juga berharap semoga kejayaan, pencapaian serta pengiktirafan dalam pelbagai bidang yang dicapai oleh negara sebelum ini dapat dipertingkatkan. Pembelaan terhadap ekonomi rakyat yang terpinggir tidak harus dilihat sebagai suatu dasar diskriminasi perkauman tetapi sebagai usaha untuk menebus ketidakadilan sosial yang telah diwarisi sekian lama.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan taraf hidup dan perumahan masyarakat Orang Asli, sekali lagi saya ingin menyarankan agar kerajaan pada hari ini dapat menyedia dan melaksana satu skim khas perumahan Orang Asli seperti mana Skim Rumah Bina Negara, Rumah Mesra Rakyat dan sebagainya. Cadangan ini adalah ke atas tanah-tanah Orang Asli yang telah diwartakan, dirizabkan kepada masyarakat Orang Asli. Jaminan boleh juga diperakui oleh JAKOA.

Saya amat berharap kerajaan dapat memperhalus saranan ini sebab kemampuan masyarakat Orang Asli untuk memiliki rumah-rumah di pinggir bandar, rumah PR1MA, rumah-rumah taman dan sebagainya agak sukar. Kerajaan boleh menyediakan dana bagi program ini melalui Syarikat Perumahan Negara, MARA, RISDA dan Bank Rakyat. Terdapat seluas 332,779 hektar daripada 134,513 rizab Orang Asli di seluruh negara yang sudah diwartakan dengan 1,800 telah diberi hak milik persendirian.

Kita berharap kerajaan ini lebih prihatin dalam dasar pemilikan perumahan negara bagi masyarakat Orang Asli. Soalan saya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan MoF, apakah kementerian bersedia menyediakan satu skim khas bagi skim perumahan Orang Asli sebab kita melihat pemilikan peruntukan kepada rumah PPRT semakin terhad.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkasakan JAKOA, satu bengkel hala tuju telah diadakan di Janda Baik pada 25 hingga 27 Mei yang lalu. Tujuannya untuk menstrukturkan hala tuju JAKOA dalam dimensi Malaysia baharu. Saya berharap JAKOA tidak dimansuhkan sebagaimana suara yang sumbang lagi sumbing. Hakikatnya masyarakat Orang Asli sangat berharap sokongan dan dukungan kerajaan secara konsisten walaupun perubahan kerajaan. Disarankan lebih banyak ruang dan peluang diberikan di jawatan kanan terutamanya pengarah-pengarah negeri bagi masyarakat Orang Asli.

Soalan saya kepada kementerian, apakah langkah ke hadapan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dalam meramaikan pegawai Orang Asli di JAKOA? Ini kerana setakat ini hanya sekadar tiga orang di post kanan sahaja.

■1200

Di sini juga saya menyarankan bagi agensi seperti RISDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH, KEDA, KEJORA akan terus diletak kekal di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Agensi tersebut bukanlah berfungsi sebagai suatu agensi komoditi, tetapi lebih kepada peranan komuniti seperti pembangunan luar bandar, akses luar bandar, bimbingan kursus bantuan kebajikan dan sebagainya. Saya menyokong supaya agensi ini terus kekal di bawah pentadbiran ataupun urus tadbir Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara 11 Tuanku berjanji, kerajaannya akan meneruskan pelaksanaan pelbagai program projek bagi memastikan semua rakyat menikmati manfaat pembangunan. Justeru itu, bagi memperkasakan peranan Tok Batin dan

Page 35: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

28 DN 30.8.2018

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Orang Asli juga hendaklah dilaksanakan. Bagi kampung Melayu dan Kampung Baru, ia dikenali sebagai MPPK. Penjenamaan semula ini diharapkan akan terus memperkasakan fungsi sebenar MPPK. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan kerana terus mengekalkan jawatan dan peranan Tok Batin dalam MPPK Kampung Orang Asli.

Kita sedia maklum bahawa Kabinet telah menetapkan kadar elaun bulanan anggota MPPK sebanyak RM500 bagi Pengerusi, RM300 bagi Setiausaha, RM100 bagi pengurusan mesyuarat dan RM50 bagi kehadiran mesyuarat. MPPK yang cemerlang akan diiktiraf dengan pemberian geran bernilai RM10,000 bagi tujuan kesejahteraan dan keceriaan kampung. Di sini saya menyarankan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyemak semula kadar elaun MPPK yang mengikut kadar yang lama iaitu RM900.

Ini memandangkan tanggungjawab dan peranan Pengerusi MPPK di luar bandar amat besar dan berat. Pengerusi MPPK juga dikenali sebagai Ketua Kampung atau Tok Empat. Bertugas tanpa limitasi, sebabnya masyarakat luar bandar berpegang atas prinsip kemanusiaan, persaudaraan dan kemasyarakatan. Sebagai Pengerusi, beliau terpaksa menghadiri setiap program kampung, mesyuarat peringkat kampung dan daerah. Beliau perlu ada di kampung, di surau, di padang, di kuburan, majlis kahwin hatta semua program di kampung.

Ketua Kampung atau Pengerusi MPPK umpama polis jika ada pergaduhan di kampung. Umpama ambulans dan doktor jika ada sakit dan pening. Umpama bomba jika ada kebakaran. Umpama JKM jika ada bencana dan banjir. Umpama DO jika ada bantuan untuk diagihkan. Bagaimana mungkin dengan elaun RM500 ini cukup menghargai tugas dan tanggungjawab yang ada. Hargailah mereka ini, jika kita ditugaskan seperti itu, kita juga tidak sanggup untuk menggalasnya. Dengan RM500 inilah duit minyak untuk Pengerusi MPPK bergerak ke hulu, ke hilir ke mesyuarat, ke program-program rasmi, duit top up untuk handphone, duit kopi untuk belanja minum anak buah di warung, mendahului kebajikan jika berlaku bencana banjir dan sebagainya.

Itulah segala-galanya dengan hanya RM500. Saya mohon semaklah keadaan ini, elaun ini tidak praktikal dengan kos masa kini. Bagaimana hendak memperkasakan MPPK, jika kita tidak menghargai dan memahami penat jerih Pengerusi MPPK di luar bandar. Saya berharap dan saya yakin, kerajaan hari ini akan prihatin dengan masalah ini. Begitu juga dengan pertandingan Anugerah Desa Perdana, hendaklah diteruskan. Tukarlah dengan nama apa pun, dengan program yang lain. Namun, supaya konsep pengupayaan komuniti luar bandar diperkasakan dengan pelbagai elemen seperti kepimpinan, keusahawanan, pembangunan, sosioekonomi, ICT, perpaduan dan kebudayaan.

Sejak pertandingan ini diadakan termasuk kategori kampung Orang Asli. Banyak impak perubahan kampung yang sebelum ini mundur dan tidak bekerjasama. Namun, selepas ini kita lihat kampung-kampung di luar bandar semakin maju, berdaya saing, mendepani cabaran masa kini. Pelbagai kegiatan sosioekonomi telah dapat dijayakan. Saya cadangkan dan mohon kepada KPLB, supaya program ini dapat diadakan semula dan dilaksanakan dengan lebih baik.

Tuan Yang di-Pertua, JAKOA semakin berjaya dalam menempatkan lebih ramai pelajar Orang Asli (OA) di IPTA. Sehingga kini, lebih 900 pelajar Orang Asli di IPT dan 87 orang di luar negara dengan pelbagai bidang pengajian. Usaha ini akan terencat dan tergugat dengan kelewatan pembayaran biasiswa pelajar. Adakah usaha JAKOA boleh mempercepatkan dan mengurangkan birokrasi bagi menyegerakan bantuan biasiswa ini. Ini kerana kelambatan biasiswa yang dibayar akan menjejaskan tumpuan para pelajar di pengajian.

Bayangkan dua hingga tiga bulan baru dapat biasiswa dan ada yang dimaklumkan terkini empat bulan. Bagaimana dengan ibu bapa yang tidak berkemampuan, terutamanya dari pedalaman Gua Musang Perak dan Pahang?

Bagaimana juga pelajar ini dapat bertahan dua hingga tiga bulan dengan berpuasa, makan Maggi di universiti? Kebanyakan mereka terpaksa berlapar. Meminjam duit dengan

Page 36: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 29

kawan-kawan untuk survive, dengan izin, di universiti. Saya khuatir pelajar-pelajar ini akan meninggalkan universiti jika tidak mampu bertahan. Jika di kampung, mereka cukup makan walaupun tidak senang. Namun di universiti, mereka amat teruk dan berlapar dengan keadaan yang serius.

Saya mohon JAKOA dan Kementerian Luar Bandar untuk menyediakan juga sedikit bantuan persediaan bagi para pelajar sebelum pendaftaran dalam bentuk cash term, dengan izin. Banyak perkara yang hendak dibayar, hendak dibuat, medical check-up, contohnya lebih RM100. Hatta, medical check-up dibuat di Hospital Gombak. Hospital Orang Asli pun mengenakan caj. Kos pengangkutan pergi balik ibu bapa menghantar anak, belanja kos ke asrama dan sebagainya dan perbelanjaan menunggu biasiswa tentunya. Kita berharap bantuan persediaan bernilai lebih kurang RM1,000 hingga RM2,000 dapat dilaksanakan.

Perdana Menteri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3,000 bagi persediaan pelajar ke universiti. Namun, kerajaan baharu hari ini saya harap dapat menyemak semula kos ini supaya dapat membantu pelajar-pelajar di luar bandar. Saya mencadangkan satu sistem kewangan khas panjar wang khas bagi menyediakan cash term bagi membantu pelajar-pelajar dan juga pembayaran awal sebelum pendaftaran. Sebab, ada kes pelajar Orang Asli hanya datang sebelah sehelai sepinggang untuk lapor diri di universiti.

Saya bertanya dengan Kementerian Kewangan. Apakah usaha Kementerian Kewangan bagi mengurangkan birokrasi yang melambatkan sistem bantuan biasiswa? Sebab salah satu, masalah birokrasi yang wujud adalah dasar daripada Kementerian Kewangan. Saya juga menanyakan soalan usaha kementerian bagi menyediakan persediaan pelajar ini. Adakah persediaan ini dapat diteruskan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri yang terdahulu? Juga saya mohon penjelasan daripada KPLB dan JAKOA, mengapakah bantuan laptop para pelajar universiti ditamatkan? Apakah justifikasi kementerian terhadap perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara 13, Tuanku juga menjelaskan sumbangan golongan wanita kepada negara dan masyarakat sangat besar. Dalam pelbagai bidang pekerjaan dan kemahiran serta aspek penjagaan institusi keluarga supaya diberi keutamaan. Maka itu, kerajaan telah melaksanakan skim caruman KWSP kepada suri rumah. Skim ini juga dikenali sebagai i-Suri atau Program Sukarela Insentif yang membolehkan suri rumah menikmati sekuriti sosial berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan.

Timbalan Perdana Menteri telah menjelaskan fasa pertama i-Suri yang dilaksanakan pada 15 Ogos 2018. Di mana suri rumah boleh menyimpan minimum sebanyak RM5 sebulan dalam akaun KWSP masing-masing. Kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan. Demi memperkasakan wanita negara kita, saya menyokong usaha kerajaan terhadap perkara ini, terutamanya golongan daif, ibu tunggal, ibu tinggal dan juga masyarakat Orang Asli. Terdapat 4,365 suri rumah yang telah diterima permohonannya dalam daftar eKasih. Manakala masyarakat Orang Asli ianya tidak dikenal pasti dan saya mohon pihak kementerian menjelaskan berapakah jumlah Orang Asli yang telah terlibat dalam program i-Suri ini. Sebabnya, daftar eKasih tidak meletakkan senarai suri rumah Orang Asli.

■1210

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membahaskan dalam isu pembangunan koperasi. Sektor koperasi merupakan sektor penting dalam negara. Sehingga pagi semalam, saya baru mendapat kepastian pembangunan koperasi diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan. Bagi memperkasakan koperasi negara dengan keahliannya 13,648 buah koperasi dengan jumlah ahlinya 6.7 juta orang, syer ahlinya RM14 bilion, aset koperasinya RM135 bilion dan perolehan tahunan RM24 bilion, satu angka yang amat besar dan efektif dalam membangunkan sosioekonomi negara dan kebajikan rakyat melalui ahlinya.

Saya cadangkan supaya nama koperasi hendaklah dijenamakan di bawah Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, tidak panjang, ‘koperasi’ sahaja. Supaya kementerian ini ada roh pembangunan keusahawanan dan roh koperasi.

Tuan Yang di-Pertua, isu tanah masyarakat Orang Asli semakin serius, terutamanya isu blockades di Gua Musang minggu lepas masih lagi hangat di media. Isu tanah warta, tanah hak milik, tanah adat dan tanah rizab sebagaimana yang ditentu sahkan oleh

Page 37: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

30 DN 30.8.2018

mahkamah di Gua Musang. Pengiktirafan tanah rizab Orang Asli hendaklah mendasari mengikut kehendak masyarakat Orang Asli. Pertembungan nilai adat Orang Asli, penjagaan alam sekitar, kawalan sumber air, nilai tradisi masyarakat Orang Asli dengan hak kerajaan negeri bagi pembangunan ladang. Nilai komersial pendapatan bagi mengurus negeri, pertembungan inilah menjadikan Orang Asli mangsa keadaan kuasa politik dan kuasa rakyat.

Sehingga kini mewujudkan beberapa siri blockades di Gua Musang. Sebagai sebuah kerajaan yang dikatakan Islamik di mana dakwah dan kaedah hikmah yang dianjurkan dalam saranan Islam. Kerajaan negeri sebagai bapa beralahlah kepada anak, usah ditunjuk kuasa yang membina kebencian rakyat kepada kerajaan negeri.

Mengapakah harus menggunakan kekerasan untuk meruntuhkan blockades yang bertujuan menjaga hutan dan alam sekitar negeri Kelantan. Sepatutnya kerajaan negeri berganding bahu dengan Ketua Masyarakat Orang Asli, NGO, JAKOA dan mungkin juga perlunya pihak ketiga dalam menyelesaikan konflik ini supaya kepentingan hutan yang lestari dapat dijaga. Keuntungan yang singkat dengan kemusnahan alam atas nama pembangunan hendaklah disemak semula dan diberi perhatian oleh kerajaan...

Puan Asmak binti Husin: Mohon celahan.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Ya, silakan.

Puan Asmak binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan konflik berkaitan dengan kerajaan negeri dan Orang Asli di Gua Musang, saya difahamkan masih berlaku rundingan antara pihak JAKOA dan kerajaan negeri dan rundingan itu berlangsung dengan keadaan yang baik. Namun begitu, keadaan menjadi agak complicated apabila terdapat pihak ketiga yang mungkin mencampuri urusan. Jadi pandangan Yang Berhormat Dato’ Isa, adakah kewujudan pihak ketiga ini memberi kesan kepada rundingan antara kerajaan negeri dengan JAKOA itu sendiri. Sekian, terima kasih.

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Asmak. Atas penjelasan itu saya melihat bahawa campur tangan pihak ketiga ini ada dua bentuk. Satu yang mengambil ruang kesempatan dalam konflik yang ada, satu sepatutnya perlu ada yang menjernihkan, yang mengusahakan titik persamaan, yang ini perlu.

Pihak ketiga itu mestilah diiktiraf oleh pihak masyarakat Orang Asli dan pihak kerajaan negeri. Kita tidak mahu pihak ketiga itu diiktiraf hanya oleh kerajaan negeri, tidak diiktiraf oleh masyarakat Orang Asli, atau Orang Asli melantik pihak ketiga yang tidak juga diiktiraf oleh kerajaan negeri. Oleh sebab itu pihak ketiga ini mesti jelas dan berkecuali dalam mengurus masyarakat Orang Asli.

Soalan saya kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Berapakah jumlah tanah Orang Asli yang telah di warta ataupun diberi milik kepada masyarakat Orang Asli di Kelantan.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?

Dato’ Isa bin Ab. Hamid: Sudah penutup. Akhir sekali saya menyokong dan menjunjung kasih ucapan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya juga mendoakan semoga negara kita sentiasa aman dan damai. Rakyat dipelihara Allah dengan kesihatan yang baik, kepada semua pemimpin yang terkini dan terdahulu supaya terus memimpin negara dengan berintegriti, bersatu padu dan saling menghormati. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Isa Ab. Hamid. Ahli-ahli Yang Berhormat, petang ini kita ada 15 orang Ahli Yang Berhormat yang akan berucap. Minta kerjasama setiap Ahli Yang Berhormat saya berikan 20 minit.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani, dipersilakan.

Page 38: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 31

12.15 tgh.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana telah memberi ruang dan peluang kepada saya untuk sama-sama turut serta membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah kita masih diberi kekuatan, kita masih diberi kesihatan yang baik, yang sempurna untuk membolehkan kita sama-sama berada di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan tahniah kepada semua Yang Berhormat Senator-senator yang baharu, kerana telah diberi kepercayaan selepas PRU Ke-14.

Tahniah juga kepada semua Ahli-ahli Dewan kerana berjaya mengekalkan keharmonian di dalam Dewan Negara. Kita tahu, walaupun kita juga ramai di dalam Dewan Negara hari ini, tetapi sikap kita jauh sekali tidak sama dengan sikap-sikap MP di Dewan Rakyat. Walaupun kita tahu, kita maklum ada di antara kita ada hubungan saudara dan sahabat handai dengan rakan-rakan kita di Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan saya pada kali ini, saya hanya ingin menyentuh dua, tiga perkara sahaja. Pertamanya saya hendak sentuh soal penjawat awam dalam negara kita. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Ahli-ahli Dewan juga tahu, bahawasanya beberapa hari yang lepas, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan dengan jelas dan terang kepada kita. Penjawat awam harus dikurangkan, di dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu, Malaysia baharu, kerana membimbangi akan defisit kewangan untuk kerajaan dan negara pada bajet yang akan datang.

Bagi saya ianya kenyataan yang amat malang sekali. Kita tahu pada PRU yang lepas Tuan Yang di-Pertua, kekalahan Barisan Nasional kita terima seadanya. Kita tidak buat huru-hara dan sebagainya. Kita dimaklumkan bahawanya penjawat-penjawat awam ini majoritinya memberi undi dan sokongan kepada kerajaan yang baru. Malang sekali bagi saya apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan telah membuat kenyataan sedemikian rupa, mahu dikurangkan. Apatah lagi pada hari raya yang lepas, biasanya penjawat awam mendapat bonus daripada kerajaan yang terdahulu, tetapi malang mereka tidak merasai kenaikan gaji, mereka tidak merasai bonus dan mereka akan dibuang, mungkin tidak lama lagi.

■1220

Cuba kita bayangkan, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, apakah nasib mereka? Hari ini mereka boleh berbelanja dengan baik, dengan sempurna, boleh pergi ke kedai berbelanja susu anak dan sebagainya, tiba-tiba mereka dibuang dan akhirnya mereka hilang semua punca pendapatan.

Jadi, saya berharap, kepada Kementerian Kewangan, khususnya Menteri Kewangan kaji sebaik mungkin. Ini supaya keharmonian, kesejahteraan penjawat awam yang dinikmati sekian lama dapat dikekalkan untuk selama-lamanya. In syaa Allah, saya yakin dan percaya kalau itu yang kita laksanakan, penjawat-penjawat awam yang berada di dalam negara kita melebihi 1 juta orang penjawat awam, akan terus memberikan sokongan kepada kerajaan baharu yang telah dibentuk ini, in syaa Allah.

Satu perkara lagi Tuan Yang di-Pertua, ayahandaku. Saat pekerja-pekerja kontrak, penjawat awam yang bekerja kontrak sebagai kontrak, yang telah kontraknya hampir 15 tahun, ada yang hampir 20 tahun, ada juga 10 tahun lebih, yang masih belum diserapkan sebagai jawatan kekal.

Hal ini juga membimbangkan saya, membimbangkan kita, mungkin selepas ini mereka juga akan hilang pekerjaan. Setelah baharu dua minggu Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan negara, 17,000 orang telah dibuang begitu sahaja.

Saya dikhabarkan nasib mereka amat malang sekali. Ada yang tidur di dalam kereta, ada yang tidur di surau, ada yang tidur di masjid. Saya harap perkara ini dapat dikaji semula dan dapat merasa simpati dan ihsan daripada kerajaan. Keseluruhannya, penjawat awam majoritinya adalah orang-orang Melayu, bangsa Melayu yang beragama Islam.

Page 39: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

32 DN 30.8.2018

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu mengambil masa yang panjang. Oleh sebab tahu Tuan Yang di-Pertua, hari ini ada 15 orang pembahas yang akan membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi saya merakamkan terima kasih banyak kerana memberikan peluang kepada saya pada hari ini. Saya mahu masuk kepada perkara kedua iaitu saya hendak menyentuh sedikit mengenai Kementerian Pendidikan.

Saya hendak bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah ada lagi Program Duka Lara yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan yang lalu? Kenapa saya bertanya demikian? Walaupun Barisan Nasional tidak lagi menerajui kerajaan, tidak lagi menjadi kerajaan tetapi rakyat, guru-guru, masih lagi bersama kita, masih lagi berjumpa dengan kita dan bertanya, “Bagaimana permohonan saya, Datuk?”, “Bagaimana isteri saya di Sabah, saya di sini?”, “Saya di sini, suami saya di Sabah”.

Apakah tidak ada lagi Program Duka Lara? Bahawasanya Program Duka Lara yang diperkenalkan dahulu cukup berjaya. Ramai yang telah kita bantu guru-guru untuk dapat mereka bersama. Mana yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapat-rapatkan. Itu adalah objektif kita. Akan tetapi saya mendapat maklumat bahawa program-program seperti ini tidak akan lagi dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan yang baharu.

Jadi, sekali lagi saya mohon supaya perkara ini harus dikaji balik, kasihan Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang isteri melahirkan anak tanpa suami di sisi. Kasihan. Ada yang datang ke pejabat saya, yang datang menangis pun ada. Saya sudah mahu bersalin, sakit. Pergi ke hospital dua, tiga kali tetapi suami tidak ada. “Suami awak di mana?” “Suami saya bertugas di Sarawak sebagai guru”. Ini sepatutnya harus dilihat, bukan dia bekerja mengajar di Sarawak di Sabah untuk setahun atau dua tahun. Sudah melebihi lima tahun, sudah cukup syarat untuk mereka berpindah balik ke tempat asal mereka. Jadi, saya mohon, saya berharap sangat- mahu mencelahkah, tidak? Saya nampak dia berdiri lama, saya tanyalah.

Jadi, saya berharap supaya program ini dapat dikekalkan oleh kerajaan yang sedia ada. Soal yang ketiga, Tuan Yang di-Pertua, mengenai bantuan rakyat, BR1M. Dahulu “BR1M”, sekarang mungkin istilah baharu. Oleh sebab konsep baharu, kerajaan baharu, Malaysia baharu. “BR1M”, Kerajaan Barisan Nasional. Akan tetapi pokoknya adalah ia bantuan rakyat kepada yang berpendapatan B40, orang susah. Kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan kita akan kurangkan pemberian bantuan rakyat ini dan mungkin kita akan mansuhkan di suatu masa nanti.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, saya bersetuju untuk dimansuhkan. Akan tetapi dengan syarat janji kena tepati. Minyak yang dijanjikan RM1.50 seliter kena buat! Kos sara hidup kena turunkan. Harga barang kena turunkan. Baharulah boleh kita mansuhkan bantuan rakyat ini, Tuan Yang di-Pertua.

Kalau tidak, ia akan membebankan rakyat. Sekarang ini sudahlah kita susah, kelapa sawit turun harga, getah turun harga, tidak ada di dalam sejarah kelapa sawit begitu merudum, tidak ada dalam sejarah harga getah cukup rendah pada hari ini. Ya, sahabat saya Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris, silakan.

Datuk Razali bin Idris: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu mencelah sedikit. Yang Berhormat ada sebut mengenai harga minyak diturunkan kepada RM1.50 seliter. Saya mahu tahu di sini, dari mana sumber itu? Adakah RM1.50 berada dalam Manifesto Pakatan Harapan sebelum pilihan raya ataupun setakat ambil bakul sahaja? Terima kasih.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Saya bercakap, bukan ambil bakul. Saya bukan ambil bakul, isi benda-benda atau perkara-perkara yang tidak betul. Yang

Page 40: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 33

Berhormat Senator Razali dahulu Ketua Pemuda Marang. Sahabat saya. Seiring, sejalan, selenggang dan sehayun. Dia di Marang, saya di Besut, tidak jauh.

Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Senator Razali, kalau tidak silap saya, janji-janji yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, kalau salah tolong betulkan. Menjelang pilihan raya, minyak akan diturunkan RM1.50 seliter, takkanlah Pengerusi PBBM Negeri Terengganu tidak faham dan tidak tahu dalam soal ini? Kalau saya tidak silap.

Seorang Ahli: Betul. Betul.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Kalau saya salah, maafkan saya.

Tuan Manolan bin Mohamad: Mohon mencelah Datuk?

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Silakan.

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya kalau ada seperti Yang Berhormat Senator Razali bertanya tadi, kita mohon minta dokumen supaya Yang Berhormat boleh tunjuk. Oleh sebab di dalam manifesto kami ada salinan Manifesto Pakatan Harapan tetapi tidak disebut berkenaan dengan harga minyak RM1.50 seliter. PRU Ke-13 dulu memang ada tetapi bukan RM1.50 tetapi RM2.20. Itu yang disebut oleh Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1230

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya ramai orang yang berminat dengan saya ini. Terima kasih. Itu seorang lagi itu dah masuk dan akan bangunlah sekejap lagi. Ini sahabat lama. Cepat-cepatlah kalau nak bangun, sebab hendak habis dah ini.

Akan tetapi tidak apa, saya akan cuba dapatkan dokumen. Sekarang saya tidak ada dokumen. Mungkin untuk pembetulan nanti, kalau saya silap, saya mohon maaf di dalam Dewan Negara ini dan saya akan berjumpa dengan kedua-dua Yang Berhormat sama ada ianya benar ataupun tidak. Okey, boleh saya teruskan?

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya mencelah. Ini Laksamana Imran.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Sila Yang Berhormat Laksamana.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bantu rakan dan sahabat Yang Berhormat ini. Dia tidak perlu buat homework lagilah oleh kerana saya boleh bacakan manifesto Pakatan Harapan. “Kedua, menstabilkan harga minyak dan memperkenalkan semula subsidi petrol secara bersasar.” Tidak disebut pun diturunkan harga kepada RM1.50. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Yahaya bin Mat Ghani @ Abbas: Terima kasih Yang Berhormat Laksamana. Kalau itu dokumen yang ada pada Yang Berhormat Senator Laksamana, mungkin saya silaplah. Akan tetapi apa yang saya dengar di luar sana menjelang pilihan raya, itulah ayat-ayat yang diperkatakan. Kalau saya silap, saya mohon maaf. Tidak salahkan? Okey.

Seterusnya, itulah bantuan rakyat saya mohon ianya diteruskan untuk memberi bantuan kepada rakyat-rakyat yang miskin. Ramai rakyat yang miskin di luar sana. Orang Terengganu pun walaupun negeri pengeluaran minyak tetapi ramai yang miskin. Saya tahu. Orang Kelantan apatah lagi, ramai yang miskin. Nak toreh getah pun, getah pun harga rendah sekarang. Kelapa sawit harga turun sekarang.

Jadi inilah perkara-perkara yang harus diberi penelitian oleh kerajaan yang baharu.

Apatah lagi hari ini kalau dulu bantuan untuk pekebun kecil ada sebanyak RM200 mungkin, begitu juga bantuan untuk nelayan pun ada, tetapi hari ini di atas dasar untuk penjimatan, ianya mungkin dihentikan untuk sementara waktu. Saya harap ianya dapat dikaji semula dan berilah bantuan kepada orang-orang yang miskin dan orang-orang yang susah.

Page 41: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

34 DN 30.8.2018

Perkara yang ketiga yang hendak saya bahaskan di sini adalah soal ECRL. ECRL sebagaimana yang kita maklum bahawasanya telah ditamatkan dan telah dibatalkan. Kesian, Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang saya mencelah semalam, di kampung saya sudah jadi tidak keruan orang kata. Tanah sudah diambil, pembayarannya belum dibuat, tiba-tiba projeknya batal. Jadi saya hendak tahu daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah langkah-langkah seterusnya khususnya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan? Supaya rakyat melihat dia tidak dianiaya, supaya rakyat merasakan bahawasanya pembatalan ini seharusnya dibuat dan jangan rakyat akan menilai sebaliknya.

Jadi saya mohon kepada kementerian yang terbabit, sebelum kata putus dibuat dengan jelas, supaya ianya dapat juga dikaji dan diberitahu kepada rakyat masalah-masalah sebenar yang kita hadapi. Kita faham kalau ECRL perbelanjaannya daripada kerajaan dulu RM50 bilion lebih dan mungkin di atas jangka masa yang mengambil masa yang begitu panjang, mungkin perbelanjaannya dan kosnya meningkat dari hari ke hari. Kita faham mungkin kerajaan hari ini amat sukar untuk meneruskan projek-projek mega sedemikian rupa tetapi haruslah ianya diberi penjelasan yang khusus kepada rakyat.

Rakyat di bawah tidak tahu. Dia tahu kerajaan ambil tanah dia, hari ini kerajaan ambil tanah, duduk sebulan dan dua bulan lagi mungkin dia dapat duit. Itu yang dia tahu. Soal-soal ekonomi, soal-soal negara dan sebagainya kadang-kadang orang kampung ini tidak tahu sangat. Jadi harus diberi penjelasan kepada mereka.

Jadi saya rasa itu sahajalah dua tiga perkara yang saya perlu mengambil kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini untuk sama-sama turut membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih daun keladi, Tuan Yang di-Pertua. In syaa Allah, kita akan jumpa lagi. Saya sama-sama mohon menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Haji Yahaya Mat Ghani. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Sambathan.

12.37 tgh.

Datuk Sambathan a/l Manickam: Terima kasih. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari yang mulia ini. Saya menyokong penuh dengan Titah Yang di-Pertuan Agong yang mengutamakan tentang kebajikan rakyat membangunkan negara.

Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga Tuan Yang di-Pertua, apabila Kerajaan Pakatan Harapan telah pun memerintah negara Malaysia ini, sebelumnya Kerajaan Barisan Nasional memerintah, apabila Pakatan Harapan dalam mengeluarkan manifesto berjanji macam-macam untuk membuat kebaikan kepada rakyat dan itulah rakyat telah pun percaya atas manifesto daripada Pakatan Harapan.

Apabila lepas Pakatan Harapan telah menang, masa hari ini sudah hampir lebih kurang 120 hari, masih belum tunaikan janji-janji daripada Pakatan Harapan terutamanya rakyat telah percaya kepada Pakatan Harapan bahawa apabila Pakatan Harapan telah menang boleh buat banyak pertolongan kepada masyarakat terbawah B40. Terutamanya apabila mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memperkenalkan bantuan BR1M kepada rakyat tetapi lepas Pakatan Harapan menang cuba menolak ataupun menghapuskan bantuan rakyat ini.

Saya rasa apabila Pakatan Harapan tidak mengambil berat tentang bantuan rakyat ini, saya rasa masyarakat telah pun hilang kepercayaan kepada Pakatan Harapan kerana B40 ini mempunyai masalah-masalah yang telah pun menunggu begitu bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui BR1M dan juga bantuan-bantuan yang lain. Adakah ini gimik politik? Kerana kebencian dalam politik Barisan Nasional apabila mantan Perdana Menteri ataupun mantan Kerajaan Barisan Nasional telah pun memperkenalkan bermacam-macam

Page 42: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 35

bantuan, kita telah pun mansuhkan. Saya minta kepada Perdana Menteri supaya mengkaji semula bantuan-bantuan dan pertolongan kepada masyarakat ini yang amat diperlukan.

■1240

Saya juga ingin menekankan di sini dalam Manifesto Pakatan Harapan, kalau Kerajaan Pakatan Harapan telah dapat menang akan menyelesaikan masalah-masalah yang telah dihadapi oleh masyarakat India terutamanya IC merah dan juga surat beranak apabila sebelum PRU14, banyak pemimpin parti-parti terdiri daripada DAP dan PKR, Ahli-ahli Parlimen masyarakat India telah pun banyak menyuarakan tentang isu surat beranak dan juga IC merah dan menyatakan 300,000 orang masih belum ada surat beranak dan juga IC merah ini.

Selepas Pakatan Harapan sudah menang, selepas itu Menteri-menteri ataupun pemimpin-pemimpin yang menyuarakan hak-hak masyarakat India semasa sebelum PRU sudah berdiam diri, tidak menyuarakan masyarakat ini.

Oleh sebab itu, sebelum PRU14, saya bertanya kepada pemimpin-pemimpin khususnya Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran dan juga yang baru jadi Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy, bawalah dokumen-dokumen yang mengatakan 300,000 orang yang belum mendapatkan sijil pendaftaran dan juga IC merah. Sampai hari ini, beliau tidak pun berikan data-data ini. Baru-baru minggu hari Isnin, apabila Timbalan Menteri Dalam Negeri telah pun menjelaskan satu kenyataan yang baik kepada rakyat dapat permohonan lebih kurang 3,800 orang telah pun mendaftar dokumen ini.

Saya mempersoalkan kepada pemimpin-pemimpin yang mewakili masyarakat India di Pakatan Harapan ataupun Ahli-ahli Parlimen di seluruh negara, menyatakan 300,000 orang itu yang mana 296,000 orang yang belum mendapatkan sijil dan juga surat beranak ini. Bolehkah pemimpin-pemimpin ataupun Ahli-ahli Parlimen terdiri daripada parti pembangkang masyarakat India boleh menunjukkan kepada rakyat ataupun sebelum PRU14, dia akan memburukkan Kerajaan Barisan Nasional supaya masyarakat India membenci kepada Barisan Nasional untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat India untuk mendapat kemenangan PRU14 ini.

Apabila PRU14 lebih kurang 80 peratus masyarakat India telah pun menyokong kepada Pakatan Harapan. Oleh sebab itulah saya sebagai pemimpin, saya tidak kira mana parti, saya akan menyuarakan hak masyarakat India di dalam Dewan ini. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengeluarkan manifesto, janji macam-macam kepada masyarakat India, tetapi sampai hari ini belum membentuk satu jawatankuasa khas masyarakat India untuk menyelesaikan isu-isu ini.

Saya berharap kepada Perdana Menteri, tolonglah teruskan satu jawatankuasa yang telah lama bernama SEDIC akan terus membantu kepada masyarakat India. Kita masyarakat India apabila ada empat menteri, orang sekarang berkata Pakatan Harapan sudah menang, bagi peluang kepada empat-empat orang India jadi Menteri. Empat-empat Menteri ini saya akan bertanya, Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran dan juga Yang Berhormat Tuan Gobind Singh daripada parti DAP. Beliau tidak mewakili masyarakat India. Beliau tidak boleh menyuarakan hak masyarakat India. Kalau beliau menyuarakan- ya, Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Ini fasal sebut DAP-DAP ini, I kena jawablah. Semalam I dah beritahu dalam Dewan yang mulia ini. Satu, jawapan yang saya terima dari Economic Affairs punya kementerian di mana dia cakap angka- daripada segi kesimpulan jawapan itu, angka orang yang tidak ada kerakyatan, orang yang tidak ada IC, orang yang tidak ada Birth Certificate, semua adalah dalam tangan kerajaan. Angka-angka itu, ada dalam tangan kerajaan. So, pada saya soalan ini patut ditujukan kepada kerajaan untuk keluarkan angka-angka yang betul.

Sebelum ini Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak jelaskan sedikit supaya kita semua faham where we are coming from. Sebelum ini ada tuduhan anggaran mereka yang tidak mempunyai dokumen-dokumen dan sebagainya adalah 300,000 orang. Jawapan Yang Berhormat Menteri 3,583 hanya merujuk kepada mereka yang telah submit permohonan, bukan angka keseluruhan. Saya juga telah memberitahu dalam Dewan ini, apabila saya pergi satu briefing untuk SEDIC pada bulan Jun tahun ini, SEDIC memberi saya satu angka 12,000. So, kita dapat banyak angka. Akan tetapi angka yang betul, ada dalam tangan kerajaan.

Page 43: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

36 DN 30.8.2018

Maka cadangan saya kepada saudara saya, tuju soalan ini kepada kerajaan. You tanya Yang Berhormat Senator Tuan Waytha Moorthy kah, Yang Berhormat Tuan M. Kulasegaran kah, mereka tidak ada angka yang betul. Tuju soalan itu atau cadangan itu kepada kementerian, dan saya suka. Saya suka kalau we get once and for all, the real figure. Fasal pada tahun 2010, kerajaan semasa dia buat bancian perumahan dan penduduk, telah mendapat angka ini. Ini cadangan saya, Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Boleh mencelah? Terima kasih. Berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator, saya pun dapat jawapan bertulis daripada pihak Kementerian Dalam Negeri, di mana apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan, beliau beritahu 3,583. Sebenarnya 3,853...

Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Yang lulus.

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Tadi Yang Berhormat Senator cakap 3,583. Sebenarnya 3,853. Saya dapat jawapan bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Betullah.

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Terima kasih. Saya akan ini- lepas itu apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Chandra Mohan ini memang saya setuju. Akan tetapi angka yang sebenarnya harus diberikan daripada Kementerian Dalam Negeri di mana kalau kita tengok hari itu semasa dalam persoalan, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah pun memberikan satu figure atau satu angka yang sebenar apa yang berlaku di Kementerian Dalam Negeri. Jadi isu-isu yang berkaitan di luar daripada urusan rasmi Kementerian Dalam Negeri, kita tidak boleh terima. Kita ikut angka yang sebenar, penjelasan daripada- angka yang sebenar daripada kementerian Dalam Negeri.

Jadi yang kita kata di luar 300,000, tiga million, 200,000, itu semua tidak benar, sebab kita dapat jawapan rasmi daripada Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Ini saya kena jelaskan fasal angka itu diberi oleh saya pun. Betul. Yang Berhormat Menteri jawab 3,850, 3583 mungkin kita beli mapiau number empat boleh kena. 3,855 itu adalah bilangan permohonan yang telah dimajukan kepada kementerian. Akan tetapi yang Yang Berhormat cakap itu jangan pakai lain figure because dia bukan official figure. SEDIC adalah satu agensi di bawah PMO. SEDIC adalah agensi kerajaan. Figure yang saya dapat itu adalah dari SEDIC walaupun bukan 300,000 tetapi 12,000. Dari SEDIC, satu agensi kerajaan.

Maka pada saya- cadangan saya- saya balik, balik. Ini kita tidak akan berhenti. Pada 10 tahun nanti pun kita akan argue figure ini kecuali kerajaan keluarkan figure yang betul, yang dia dapat melalui bancian. Come out with the real figure. Maka tidak akan timbul isu-isu macam ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Sambathan a/l Manickam: Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menyatakan Yang Berhormat -Yang Berhormat telah pun membangkitkan isu-isu ini kerana masa memerintah Barisan Nasional memerintah, memang figure ini parti pembangkang sentiasa mengeluarkan di media sosial supaya rakyat percaya memang Barisan Nasional gagal menjaga masyarakat India. Itulah soalan saya hendak tanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana begitu prihatin kepada lebih kurang 4,000 orang ini adalah berusia 60 tahun untuk mendapatkan warganegara.

■1250

Saya mempersoalkan, dalam negara ini merdeka sudah hampir 61 tahun. Masalah ini masih belum diselesaikan di masa kepimpinan Barisan Nasional hingga pada hari ini- di kepimpinan Pakatan Harapan selama 120 hari ini.

Page 44: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 37

Orang yang bukan dilahirkan dalam Malaysia- orang datang daripada luar negara

khususnya orang dari India Sange boleh mendapatkan warganegara diberikan oleh mantan Menteri Dalam Negeri. Masa itu ada beberapa pemimpin-pemimpin parti Pakatan Harapan mewakili masyarakat India menyuarakan membatalkan kewarganegaraan kepada ‘Sange Naher’. Namun selepas itu Pakatan Harapan sudah mengambil alih kuasa, begitu juga Perdana Menteri terus beri kuasa mendapatkan warganegara. Saya persoalkan di sini orang yang lahir selama 61 tahun selepas merdeka masih belum selesaikan masalah ini.

Saya berharap kepada Pakatan Harapan, tolonglah selesaikan masalah isu ini masyarakat India belum mendapatkan kewarganegaraan ini dengan secepat mungkin. Saya juga menekankan di sini apabila...

Datuk Razali bin Idris: Boleh?

Datuk Sambathan a/l Manickam: Boleh, boleh.

Datuk Razali bin Idris: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh tidak saya katakan bahawasanya 61 tahun Kerajaan Barisan Nasional memerintah Malaysia tidak mampu membantu masyarakat India untuk mendapatkan IC. Boleh?

Datuk Sambathan a/l Manickam: Dalam 61 tahun ini kita tidak boleh kata tidak bantu. Memang ada bantu- itu yang saya hendak terangkan. Selepas Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, saya berani berkata di mana sahaja. Selepas Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri barulah masyarakat India di Malaysia dapat satu cahaya yang baharu. Beliau telah banyak membantu untuk masyarakat India. Beliau telah menubuhkan satu jawatankuasa bernama SEDIC untuk membuat pendaftaran warganegara semua ini. Selepas itulah kita pemimpin-pemimpin masyarakat India dan juga semua NGO...

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Boleh mencelah, Yang Berhormat? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Senator di mana program MyDaftar melalui one of the Special Implementation Task Force (SITF) diwujudkan semasa bekas Perdana Menteri. Di mana untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator di mana bermulanya- selepas disedari berkaitan dengan hal masyarakat India yang tidak mempunyai Sijil Lahir dan juga dokumen-dokumen lain telah pun wujud SITF dan mulalah kita membuat beberapa program-program di kawasan-kawasan tertentu. Selepas itu wujudlah SEDIC. Ada orang dia confuse SEDIC dengan SITF. SITF ini di bawah SEDIC. SITF ini khas untuk membantu kaum-kaum yang tidak mempunyai Sijil Lahir dan sebagainya. Terima kasih.

Datuk Sambathan a/l Manickam: Terima kasih. Itulah apabila mantan Perdana Menteri telah pun bermula mendaftar dalam tempoh sembilan tahun ini kita banyak telah pun menyelesaikan isu-isu...

Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Yang Berhormat, kalau dibenarkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Chandra Mohan a/l S.Thambirajah: Ini berkenaan dengan program-program yang telah dimulakan oleh mantan Perdana Menteri untuk masyarakat India seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Antaranya salah satu ialah blueprint- Malaysian India Blueprint (MIB). Pada pengetahuan saya- saya harap kalau pengetahuan saya tidak betul saya harap Yang Berhormat boleh membetulkan pengetahuan saya.

Blueprint itu dilancarkan pada bulan April 2017. Daripada April sampai Mei tahun ini blueprint itu tidak dibentangkan di Dewan Rakyat, dan juga tidak dibentangkan di Kabinet. It was never a Cabinet Paper, kenapa? Kalau pengetahuan saya tidak betul lah. Kalau betul-betul sudah dibentangkan di Kabinet sila maklumkan. Kalau tidak, kenapa tidak dibentangkan di Kabinet atau di Dewan Negara? Itu satu.

Page 45: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

38 DN 30.8.2018

Kedua, berkenaan dengan SITF, memang SITF lain satu agensi. Akan tetapi daripada taklimat yang saya dapat daripada SEDIC pada bulan Jun ini, SITF, MyDaftar dan MegaDaftar, tiga program. SITF punya rekod tidak ada dengan SEDIC, fasal SITF punya rekod dia pergi direct kepada JPN pada masa itu. Akan tetapi itu bukan isunya. Isu saya ialah kalau you hendak memberi satu kemantapan kepada satu-satu program atau mana-mana blueprint, ia kena dibentangkan sekurang-kurangnya di Kabinet kalau bukan di Dewan. Saya hendak tahu kenapa kegagalan untuk table di Kabinet? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Sambathan a/l Manickam: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Apabila Yang Berhormat telah bertanya blueprint itu telah dibentangkan dalam Dewan Negara- memang saya adalah Yang Berhormat Senator yang baharu, saya memang tidak tahu ada bentang atau tidak.

Pagi tadi saya telah berbincang dengan Yang Berhormat, Yang Berhormat kata ia belum bentang. Itulah saya minta, apa kesilapan yang dahulu Barisan Nasional kita tidak- yang apa sekarang Pakatan Harapan- rakyat sudah bagi satu mandat yang besar. Tolonglah selesaikan masalah ini.

Seterusnya saya akan tekankan kepada Menteri Pendidikan Malaysia. Apabila Menteri Pendidikan telah pun pergi melawat semua sekolah-sekolah SK dan juga berjumpa dengan murid-murid daripada sekolah SK. Saya ingin bertanya berapa banyak kah sekolah SKJ(T) telah pun Menteri Pendidikan melawat? Adakah peruntukan akan terus disalurkan kepada sekolah-sekolah Tamil?

Soalan yang kedua, apabila- dulu memang adalah dua Timbalan Menteri Pendidikan. Satu Timbalan Menteri Pendidikan mewakili kaum Cina dan satu Timbalan Menteri Pendidikan mewakili masyarakat India. Sekarang telah pun dimansuhkan Timbalan Menteri Pendidikan yang terdiri daripada masyarakat India. Saya berharap kepada Perdana Menteri wujudkanlah semula jawatan Timbalan Menteri Pendidikan kerana kita senang boleh berhubung berkenaan isu-isu pendidikan dan juga boleh membentuk satu panel akademik daripada kalangan masyarakat India. Oleh sebab itu adalah satu beban yang besar apabila menghadapi masalah-masalah ini supaya boleh dibawa berjumpa dengan Menteri Pendidikan ini.

Juga saya di sini ingin- ada satu isu yang besar apabila murid...

Dato’ Dr. Ananthan a/l Somasundaram: Boleh saya mencelah, Tuan Yang di-Pertua? Ya, berkaitan dengan sekolah Tamil.

Ada juga Pakatan Harapan telah pun membuat satu manifesto berkaitan dengan sekolah menengah Tamil. Kita tidak boleh lupa sebenarnya kita tumpu kepada sekolah Tamil sahaja, tapi sekolah menengah Tamil. Di manifesto berkata mereka akan bina satu sekolah menengah Tamil. Jadi dalam pada itu saya hendak tanya sedikit berkaitan dengan Kerajaan Pakatan Harapan adakah mengenal pasti kurikulum yang akan digunakan untuk sekolah menegah Tamil di Malaysia?

Datuk Sambathan a/l Manickam: Yang Berhormat dan juga murid-murid pelajar sekolah menengah ada masalah memang ada isu-isu pergaduhan antara murid. Apabila sekolah telah pun gantung pelajar-pelajar ini ataupun tidak menerima balik kepada murid-murid ini kerana kita tanya apabila pengetua, pengetua jawab kalau kita ambil murid-murid bermasalah sebegitu memang taraf sekolah itu akan turun. Menjaga taraf.

Juga perkara yang kedua, apabila pelajar-pelajar India di SPM dan STPM menduduki peperiksaan Sastera, pengetua-pengetua sekolah menengah tertentu tidak beri peluang kepada pelajar-pelajar ini untuk menduduki peperiksaan. Bila kita bertanya kalau mata pelajaran ini gagal atau tidak lulus, taraf peperiksaan ataupun sekolah itu akan turun. Maka ini makin lama di masa akan datang pelajar-pelajar India tidak berminat pergi sekolah-sekolah Tamil kerana kita tidak bagi kuasa, tidak ada hak untuk mengambil peperiksaan dalam mata pelajaran Sastera di SPM dan STPM. Tidak lama nanti kita akan menutup sekolah-sekolah Tamil.

Page 46: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 39

Inilah puncanya semasa dulu kita telah mengadakan lebih kurang seribu lebih

sekolah Tamil, sekarang sudah kurang lebih kurang 500 lebih sekolah. Puncanya adalah isu-isu seperti ini. Kerajaan mesti mengambil tindakan dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengambil peperiksaan Sastera dalam sekolah menengah ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?

Datuk Sambathan a/l Manickam: Lagi sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Datuk Sambathan a/l Manickam: Tak sampai lagi. Ini ada dua sahaja Menteri. Di sini juga saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo sudah jadi Menteri, beliau terus beri peluang kepada masyarakat India khususnya berita Bernama, Berita Tamil. Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri.

Yang Berhormat, kita nampak negara ini sudah berlipat kali ganda maju, Cyberjaya, Putrajaya, KLCC dan macam-macam tetapi masih lagi pekerja-pekerja RTM adalah gaji harian. Ini saya berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia ini mengkaji semula untuk mendapatkan gaji bulanan. Boleh kita hapuskan gaji harian ini.

Juga- lagi dua sahaja Tuan Yang di-Pertua, dalam lima minit saya boleh selesai. Apabila Menteri Sumber Manusia telah pun berjanji akan berikan gaji maksimum RM1,500, sampai hari ini belum dapat satu keputusan yang baik kepada rakyat dan beliau sentiasa menekankan pekerja asing. Saya tekankan di sini apabila sebuah restoran yang perlu 50 orang pekerja asing, dia mohon kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri beri kelulusan 10 orang ataupun 20 orang. Restoran perlu 50 orang. Kalau tidak lulus, restoran telah terpaksa ambil pekerja asing tanpa permit .Ini bila kita salahkan kepada restoran.

Kalau Kementerian Dalam Negeri kita mohon 50 orang, dia beri kelulusan kepada 50 orang, maka tidak ada pekerja asing. Tidak ada banyak kos perbelanjaan sekarang kerajaan kena belanja banyak kos- menangkap pekerja asing, bagi makan free, duduk free, semua free. Saya berharap kalau kita mohon pekerja asing tengok profile dia, boleh luluskan pekerja ini, berilah peluang kepada pekerja ini supaya mengurangkan kesan ini.

Akhir sekali saya ingin tekankan kepada Kementerian Belia dan Sukan. Kementerian Belia dan Sukan adalah seorang anak muda yang mengambil alih kuasa sebagai Menteri. Apabila Asian Games pun Malaysia telah pun mendapatkan pingat emas di beberapa acara.

Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan. Saya tekankan lagi sekali masyarakat India ada menubuhkan satu kelab MIFA yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Senator sendiri telah pun menang beberapa games. Akan tetapi kita memang membela satu pasukan kita mempunyai sumber kewangan ini. Saya berharap Kementerian Belia dan Sukan bersama-sama dengan FAM bantulah kelab MIFA ini supaya meningkatkan dalam bidang suka bola sepak di negara ini.

Akhir sekali saya dengan ini saya menyokong Titah Diraja demi membangunkan negara. Sekian, terima kasih. Nandri vanakkam.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, terima kasih Yang Berhormat Datuk Sambathan a/l Manickam.

Jam pukul 1 lebih. Ahli Yang Berhormat saya tangguhkan mesyuarat hingga jam 2.30 petang. Terima kasih.

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.05 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Page 47: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

40 DN 30.8.2018

■1430

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Sambung perbahasan. Silakan Yang Berhormat Senator Tuan Nga Hock Cheh.

2.32 ptg.

Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang mengambil bahagian perbahasan Titah Tuanku. Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih kepada DUN Perak atas peluang berkhidmat bersama-sama di Dewan yang mulia ini untuk negara.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Nga Hock Cheh: Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya memohon keizinan menyambungkan perbahasan saya di dalam bahasa Inggeris.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Nga Hock Cheh: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, in His Majesty’s Royal Address, the King outlined several suggestions as outlines to enhance the performance of Parliament to make it command more respect in the country and to the world. In the words of His Majesty in paragraph three of his Royal Address supaya institusi Parlimen terus dihormati, dipandang tinggi oleh rakyat dan dunia luar.

I am in full agreement with His Majesty on the core to make Parliament a place where it can be respected not only in this country but also to the world and in this connection, I am told by the Deputy Speaker of Dewan Rakyat that the new building of Parliament built at the cost of sum RM190 million will be ready in August next year.

Now, this August well for the transformation of Parliament. The new building is not enough. I would venture to suggest that the time has come for Parliament to take back the control and the running of Parliament. It should not be placed under the portfolio of PMO. The umbilical cord between Parliament and the Prime Minister Office should be cut. Tuan Yang di-Pertua, how can a bird that is born free to fly when an eagle to soar in the sky be able to do so, if it’s tied with the string. For whatever reasons, the earlier Parliamentary Service Act 1963 that was repealed in 1992 …

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, I just want to, dengan izin, the- would it be a problem for you to talk in bahasa Malaysia?

Tuan Nga Hock Cheh: …Because of the short time, that I have and the long time I did not use bahasa in Setiawan which I always use Foochow, I would not be able to express myself adequately. Given time I will…

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Dewan, Yang Berhormat-Yang Berhormat, ini saya bagi kebenaran hanya kepada Yang Berhormat untuk bertutur dalam bahasa Inggeris kerana beliau tidak berkemampuan dalam Bahasa Malaysia.

Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong, kalau nak pakai beberapa perkataan boleh, bukan ucapan perbahasan. Please continue.

Tuan Nga Hock Cheh: Thank you Tuan Yang di-Pertua. I was saying that was this Parliamentary Service Act 1963 that was repealed in 1992 for whatever reasons, this piece of legislation was repealed and made a sacrificial land at the alter of expediency. The time has come for us to resurrect this act so that Parliament can take back the control, the running of Parliament itself. I have no quarrel with the Minister of Law in the Prime Minister’s Department. He is a good friend of mine and also a man of integrity, a fellow lawyer and also a god-fearing man.

Page 48: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 41

So, having said that Tuan Yang di-Pertua, the transformation not only in the control

and management of Parliament, that was also some suggestion by Members of this August Chamber that the number of Senators could perhaps be increased and the tenure of office be extended. This is actually a ready provided for under Article 45, of the Federal Constitution and under subparagraph (4). It says very clearly the Parliament may by-law, increase to three the number of Members to be elected for each state. Originally, the appointed number of Senator is only sixteen, it was then increased to 32, and then 40, and now yes, come to 44.

Any review in the composition of Senate, our venture to say that the state must now rise up the exert more Members in the Senate, so that they can be a better, balance in the distribution of powers in the Senate. As for the tenure of security, I agree it should be extended but my rational for asking the extension is different. By way of analogy Tuan Yang di-Pertua, if a durian tree is bearing good fruit every year, why do we want to chop it down? Three years or after six years? It should be continuing to allow to bear fruits.

Likewise, in this August Chamber of the Senates, we should allow the Senators to continue to make input. A good example would be our Yang Amat Berhormat The Prime Minister. At the age of 93, he has come back to serve the nation…

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, just satu clarification. Yang Berhormat sebut tadi Artikel 45, berkenaan dengan to increase the number Senators dan your appeal to the states to increase but to me, kalau kita nak tambah wakil Senate from the states from two to three seperti yang disebut oleh Yang Berhormat, Parlimen must approve it kalau kita baca Article 45(4), Parliament must agree to not only the state, Parliament must agree.

So, I hope that Yang Berhormat akan buat cadangan Yang Berhormat also will include a suggestion to Parliament to incorporate from two to three, Article 45(4).

■1440

Tuan Nga Hock Cheh: So, we should assist Parliament to say that the increase to be more number from the states rather than the appointed Senators.

Having said that Tuan Yang di-Pertua, the security should be extended. There is no reason why it should be confined to only six years as a maximum. A Member of this August Chamber who is productive, who can give good input to help the country with his expertise should be allowed to remain to make his contribution just like the CEP.

The Senate should increasingly begin to play this role. I see the Senate as a place of elder statesman. They help the nation to legislate with wisdom for the well-being of the country. We are not here to play partisan politics. The era is over. The new Malaysia would require a new wineskin, a new paradigm in our thinking. Irrespective how we have come to this place. We must be brave to discharge our duty without fear and favour for the interest of the nation.

Once this mental, mindset of this Senate is being transform, the Upper House hopefully will also flow down to the Lower House, and then to the nation as a whole. Malaysia would be a better place for all of us.

Talking about Parliamentary procedures, Tuan Yang di-Pertua, on 28th of this month, the second day of the proceedings, there was a little incidence between the Law Minister and Senator Jamilah. I have no desire to provoke any displeasure from her. There was certain accusation that was made and the Minister issued a challenge and he said; “Jadi ini merupakan satu tohmahan, merupakan satu fitnah dan sekiranya Yang Berhormat berani ulangi tohmahan ini di luar Dewan ini, jangan gunakan Dewan ini untuk melindungi beliau”.

The challenge that was given by the Law Minister is to invite the maker of the accusation to put aside Parliamentary immunity. The case of the late Rahman Talib and Seenivasagam which happened 53 years ago is a very instructive case for us to learn. So, the allegation was made against Rahman Talib who was then the Minister of Health and he challenges D.R. Seenivasagam to repeat the allegation outside Parliament so that he can take the necessary action in court. The challenge was duly accepted by D.R. Seenivasagam in the Selangor Assembly Hall, and subsequently court suit followed, Rahman Talib lost his case.

Page 49: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

42 DN 30.8.2018

So, I believe the Law Minister have an intention to do the same. This is not a challenge outside to tumbuk or menumbuk as was remark by the learned Senator. So, if a maker of the statement is unable to accept the challenge to repeat the accusation outside Parliament, then courtesy would demand that the accusation will be drawn. Ideally with apologies.

Tuan Yang di-Pertua: Honorable. What would you say if the accusation is in a form of a question?

Tuan Nga Hock Cheh: That is of cause a very subtle way of doing it but still we have to be fair to the affected party. If we genuine believe that you know he has done something that is wrong, corrupt practice and misconduct, just like D.R. Seenivasagam who move a motion on the Standing Order 18, which is equivalent of Order 17, a matter of Urgent Public Interest, don’t disguise it as a question, assert it and then let the logical consequence follow…

Tuan Yang di-Pertua: Ini Yang Berhormat, actually you should go to the Dewan Rakyat. This is Dewan Negara… [Ketawa] There is where all the accusations are.

Tuan Nga Hock Cheh: I’m glad that I’m in this House. I have heard the debates of my fellow Senators, I learn much from them, except for one speech at noon yesterday. I was not sure whether I was listening to a political ceramah or I was listening to a debate on the Royal Address. In the words of Shakespeare, it is full of sound and fury signifying nothing.

Why do you want to attack Yang Amat Berhormat Langkawi or Yang Berhormat Kulai when they are not even in this House? If any such attack is to be mounted, then the challenger should have gone down to the Lower House, the Dewan Rakyat to conduct his political attack.

I don’t think that this August Chamber should be used for such purpose. I also very glad Tuan Yang di-Pertua, under your hands, this Dewan is free from outbreak of verbal diarrhea of unparliamentary language, and worst still the habit or peeping under the skirt to see if the segregate endowment of some female has any added ‘tombical’ appendage and then make the remark in Parliament to the embarrassment of the affected party and without opportunity to have it test out in court the truth of what he says.

We must keep this Senate this way. The time has come for us to move on. We must begin to think as an elder statesman for the nation. For example, in earlier case that was cited about the problem of stateless Indian community in this country. I do not agree that is the responsibility of only the India Ministers. It is the responsibility of the entire Cabinet, it is a responsibility of both Houses of Parliament and for all of us, to resolve this issue face by this particular community. We are here to help one and another irrespective of our religious belief or our racial background. Talking on this subject Tuan Yang di-Pertua, if we are to perpetuate unity in this country, we must view one another as fellow citizens of this country.

Forget about the controversy of which race came to Malaysia first. Let’s start from Merdeka 1957. Do you want to treat all this post merdeka generation, as anak Malaysia, anak kandung, anak tiri, anak angkat or anak haram? What legacy do we want to leave for our future generation? Do you want them to live together in peace and harmony as a united Malaysia? If our fore fathers failed to do it, and if we now generation, we have not done it that well. I’m relief the coming of Malaysian Baharu, we move on to put this nation on the correct footing and the forces of extremism whether racial or religious, we should try to put the stop to that. It is not helpful to the process of nation building.

Tuan Yang di-Pertua, I have another subject that I want to touch on, is on discretion of Judicial Independence. We are very glad especially the Bar Council, of the wisdom a Prime Minister to appoint Tan Sri Richard Malanjum as a Chief Justice of Malaysia. The newspaper reported on 30th of July that the Chief Justice together with some 200 High Court judges, Sesions Court Judges, and court staff went to the court complex to clean the toilet and to make the court clean.

Page 50: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 43

■1450

This is a very important and significant propehetic act. The Chief Justice is a man of integrity and also a man of great humility. He has gone to clean the court, because at one time the rule of law and justice was in danger of falling into the cesspool. Either him I believe the nation will now see the rule of law being restored to its rightful place. The fountain of justice will sprout again and the pristine water of justice and righteousness will flow in this nation, yet again.

So, it is unfortunate the act recently that was also a complaint by the Court of Appeal Judge, Justice Datuk Hamid Sultan Abu Backer. The Sun Daily reported, “Court of Appeal Judge reprimanded by superior over dissenting judgement”. This action of the superior judge, whoever he is, is a serious affront to and aberration of the administration of justice. Judicial independence will require that every judge be allowed the freedom to decide the case according to the facts and law, according to his conscience to the best of his wisdom. There should not be such interference by his superior in the court hierarchy.

The Bar Council has called for the Royal Commission of Inquiry to be set up to investigate this issue, because the independence of the judiciary is affected. I fully support the call as such, and RCI should be established, so that this issue can be resolved and never to be repeated.

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Tuan Yang di-Pertua, with your permission. Just satu soalan fasal independence in judiciary ini is a serious allegation.

Saya hendak tahu dari pengalaman, from your experience as a practising lawyer, I think 30 over years. Adakah this is the first time, di mana kita- to the best of your knowledge, di mana kita dapat interference as alleged by Justice Datuk Hamid Sultan Abu Backer or was it because, kalau kita tengok kes itu, if I’m not wrong, the case was involving Indira Gandhi. Was it the first time?

Tuan Yang di-Pertua: Involving?

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah: Involving Indira Gandhi, Sir. Conversion issue. Was it the first time or was this before?

Tuan Nga Hock Cheh: Actually, that was also another incident in time past during the judicial crisis. Where some Supreme Court judges were being removed. The Bar Council brought suit against the late Yang Amat Arif Tun Abdul Hamid Omar. That was another serious transgression in the administration of justice where he instructed the court’s staffs not to cooperate, the seal to be kept, the facilities not to be made available for the sitting of the court.

So, we hope these all things are not repeated. May I just take this opportunity Tuan Yang di-Pertua, to quote what the late Royal Highness Sultan Azlan Shah said, “The judges are not beholden politically to any Government. They owe no loyalty to Ministers. They have longer professional lives than most Ministers. They like civil servants, see government come and go. They are “lions under the throne”, but that seat is occupied in their eyes, not by King’s precedence or Prime Ministers, but by the law and their conception of public interest. It is to that law and to that conception that they owe their allegiance. In that lies their strength. On the rights of a judge to write dissenting judgement, the immortal words of Justice H.R. Khanna in the famous Indian Supreme Court of a Shivkant reported in 1976, 2 Supreme Court Cases- 521.

I beg to quote what this learned judge says. “Before I part with the case, I may observe that the consciousness that the view expressed by me is at variance with that of the majority of my learned brethren has not stood in the way of my expressing the same. I am aware of the desirability of unanimity, if possible. Unanimity obtained without sacrifice of conviction comments the decision to public confidence. Unanimity which is merely formal and which is recorded at the expense of strong conflicting views is not desirable in a court of last resort.

Page 51: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

44 DN 30.8.2018

As observed by Chief Justice Hughes, judges are not there simply to decide cases, but to decide them as they think they should be decided, and while it may be regrettable that they cannot always agree, it is better that their independence should be maintained and recognized than that unanimity should be secured through its sacrifice. A dissent in a court of last resort to used his words is an appeal to the brooding spirit of the law, to the intelligence of the future day, when a latter decision may possibly correct the error into which the dissenting judge believes the court to have been betrayed.”

Before I take my seat Tuan Yang di-Pertua, I also want to say that we should be slow to attack any ministerial appointment on the basis of his or her religious faith. The right way to evaluate the performance of a minister or political appointee would be the three C’s- the “Character” of the office holder; the “Competence” in which he discharges his duties; and the “Commitment” in which he or she does his work as a leader of the Upper and Lower House. We must not attack on the religious or background of an appointee to serve the nation.

Finally, Tuan Yang di-Pertua, if I may say, sepatah dua in bahasa:

Sang bayu berpuput lemah gemalai; Indah cahaya sang suria menyinari; Di bawah pimpinan YAB Tun Dr. Mahathir.

Sebab tiada wang negara dicuri dibantai; Ekonomi pasti kukuh lagi; Rakyat tak perlu bimbang khuatir

Terima kasih and with that I call, I support the Royal Address and ask The House to support the same. Thank you.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Okey Yang Berhormat, untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk sepatah dua perkataan boleh, kerana Dewan kita ini akan dinampak sebagai tidak memperkasakan bahasa Malaysia. So, saya harap Yang Berhormat yang lain ini jangan pula follow my learned friend. Gunakan bahasa Malaysia. Yang Berhormat, saya faham, saya faham.

Tuan Nga Hock Cheh: Tuan Yang di-Pertua, I beri sedikit penjelasan. Dengan seikhlas hati saya, saya enggan menggunakan bahasa, bukan saya tidak menghormati bahasa atau menghina bahasa. Akan tetapi sebagai seorang penuntut yang menikmati keindahan bahasa, saya berasa amat sedih bila saya melihat bahasa jiwa bangsa dijadikan mangsa dengan kegunaan yang kurang sempurna, terutamanya oleh masyarakat yang bijaksana. Terima kasih.

■1500

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat selepas ini tidak boleh guna bahasa Inggeris kerana Bahasa Malaysia yang Yang Berhormat guna ini lebih baik daripada bahasa Inggeris [Ketawa]

Tuan Nga Hock Cheh: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Yang di-Pertua: No, we understand. Don’t- Yang Berhormat, duduk, duduk. I understand very much. Terima kasih Yang Berhormat.

Ini adalah pertama kali kita dengar hujah dalam bahasa Inggeris pun baik juga tetapi you tahulah semua ada yang baik, ada yang buruk. Nanti dia orang cakap tidak memartabatkan.

Dewan yang mulia ini memang memartabatkan bahasa Malaysia dan kita beri peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak senang menggunakan Bahasa Malaysia kerana perkataan-perkataan yang seperti mana yang telah diberitahu oleh Yang Berhormat.

Silakan Yang Berhormat Senator Datuk Ir. Yong Wui Chung.

3.01 ptg.

Page 52: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 45

Datuk Ir. Yong Wui Chung: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk turut serta berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas, pada 17 Julai yang lalu.

Tuanku dalam Titah Baginda menyebut, dan memberi peringatan kepada beberapa perkara penting bahawa Tuanku berasa bangga dengan pasukan keselamatan, polis dan tentera dan semua yang terlibat dalam memastikan Pilihan Raya Umum Keempat Belas yang lalu berjalan lancar tanpa masalah yang besar yang boleh menggugat ketenteraman awam. Sememangnya kita amat bertuah dilahirkan di bumi Malaysia ini kerana rakyat kita walaupun berbilang kaum, agama, budaya dan latar belakang tetapi dapat hidup dengan penuh harmoni dan menghormati antara satu sama yang lain.

Peralihan kuasa dari BN ke Pakatan Harapan berlaku dengan penuh sopan dan bertamadun. Kita sebagai pemimpin patut berasa bangga dengan apa yang terjadi. Peralihan kuasa sedamai ini jarang dinikmati di negara-negara lain di rantau ini. Perbalahan politik kadang-kadang melibatkan tentera dan polis dan ada yang menumpahkan darah dan melibatkan nyawa yang terkorban. Saya yakin dengan pengalaman indah ini, dapat disimpulkan bahawa kita telah berjaya mendidik rakyat kita khususnya anak-anak muda menjiwai dan mempunyai sifat toleransi serta matang dalam menguruskan emosi dan situasi dalam menangani isu semasa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong di dalam titahnya menggesa kerajaan, pihak swasta dan rakyat untuk bekerjasama terutamanya dalam memperbaiki ekonomi rakyat yang masih terpinggir. Menurut laporan World Bank, Malaysia Economic Monitor 2017, dengan izin, kajian terhadap perbelanjaan isi rumah menunjukkan kesenjangan yang jelas di mana isi rumah yang paling kurang berkemampuan membelanjakan hampir 40 peratus pendapatan untuk makanan berbanding 25 peratus bagi golongan yang berpendapatan tinggi. Kadar inflasi yang meninggi juga tidak membantu dari segi pengurangan kos sara hidup. Malah langkah kerajaan untuk mengurangkan kadar GST sehingga sifar peratus turut tidak memberi kesan yang secukupnya dari sudut menurunkan harga barangan.

Dalam hal ini, saya menyarankan pihak kerajaan untuk memantau dan mengenal pasti kaedah terbaik untuk memastikan harga barangan tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak. Cadangan pihak kerajaan menerusi Yang Berhormat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengkaji semula sistem AP untuk barangan diharapkan dapat dilaksanakan untuk membantu mengurangkan harga barangan.

Saya harap pihak kerajaan boleh memberi lebih fokus untuk menetapkan struktur polisi berbentuk jangka masa panjang berkenaan pendidikan, jaringan keselamatan sosial, kesihatan, penjagaan kanak-kanak dan sebagainya, agar mereka yang berpendapatan rendah dan terpinggir boleh melalui mobiliti sosial yang lebih positif. Pada masa yang sama, golongan miskin bandar ini mestilah diberi peluang untuk menambah baik kebolehan, menggilap potensi dan bakat seperti kemahiran teknikal dan latihan vokasional (TVET) dan perniagaan agar mereka berpeluang mendapat manfaat ekonomi yang lebih baik dan juga membimbing mereka keluar daripada golongan miskin.

Tuan Yang di-Pertua, Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ada menyebut soal mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni. Malahan, Tuanku ada menyentuh soal mencari titik persamaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat. Kita tidak mahu soal berkaitan perkauman yang kita dengar terutama di media sosial sering kali disensasikan dengan hasutan untuk memecahbelahkan kaum. Kita perlu menilai sendiri erti semangat muhibah dan keharmonian yang telah kita capai kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk.

Masyarakat majmuk seperti di Sabah terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup berganding bahu di bawah sistem Rukun Negara Malaysia yang sama, namun sebenarnya gaya kehidupan kami masing-masing adalah berbeza dari segi adat, agama dan budaya. Namun, ini langsung tidak menghalang perpaduan yang jitu dalam masyarakat di Sabah.

Hakikatnya di Malaysia, kita masih berada di peringkat kesepaduan iaitu masih mencari nilai perpaduan yang sering dicabar dengan kontradiksi dan untuk mencapai penyatupaduan pula, usaha yang lebih giat diperlukan dengan kerjasama semua rakyat iaitu

Page 53: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

46 DN 30.8.2018

suara akar umbi untuk merealisasikannya. Kita juga sering bercakap tentang perpaduan yang lebih berbentuk moment of unity, dengan izin. Ini kerana perpaduan sebenarnya sukar dicapai sehingga kini. Jadi saya mengharapkan agar Kerajaan Pakatan Harapan sekarang dapat mempertingkatkan penyatuan nasional dalam konteks Malaysia Baharu.

Tuan Yang di-Pertua, isu bahasa sering menjadi pertikaian di negara kita. Saya ingin mengajak Dewan yang mulia ini untuk melihat kepelbagaian bahasa dan budaya sebagai kekuatan masyarakat kita. Impian saya ialah untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang hebat di kalangan negara-negara Asia Tenggara mahupun di dunia. Hal ini kerana rakyat kita mampu bertutur dalam pelbagai bahasa.

Malaysia berpotensi untuk menjadi hab penterjemahan budaya dan tamadun dunia. Betapa besarnya peluang bagi generasi anak Malaysia yang akan datang jika kita mampu mengetepikan pemikiran sempit tentang bahasa dan menggalakkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia menguasai seberapa banyak bahasa yang mungkin.

Saya berharap kita boleh membina semula negara kita dengan kekuatan yang kita ada melalui kepelbagaian bahasa. Janganlah kita berpecah kerana kekuatan masing-masing. Biarlah kita mempromosikan tulisan sastera dalam Bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama jangan lupa bahawa ada ramai anak Malaysia yang mempengaruhi dunia dengan tulisan dalam bahasa lain.

Oleh itu, saya ingin mengalu-alukan pandangan Yang Berhormat Menteri Pendidikan untuk menggalakkan generasi muda menguasai lebih banyak bahasa kerana setiap bahasa adalah satu tingkap kepada ilmu. Lebih banyak tingkap yang dibuka seseorang itu, maka lebih banyak pencapaian dia kepada ilmu.

Apa yang penting sekali, rakyat Malaysia sebenarnya merupakan penterjemah semula jadi. Majoriti kita hidup dalam komuniti berbilang kaum. Tanpa menjalani kursus ataupun latihan penterjemahan sekalipun, ramai di antara kita sudah mampu untuk menterjemahkan di antara beberapa bahasa. Biarkan kerajaan baharu menghargai dan mengangkat tinggi kekuatan masyarakat kita ini.

■1510

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada isu yang memberikan kesan yang sungguh besar kepada rakyat di Sabah iaitu isu Perjanjian Malaysia 1963, ataupun dikenali sebagai MA63. Kekurangan terdahulu yang menjamin pelaksanaan MA63 ini telah menyebabkan Sabah agak ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Pakatan Harapan telah pun memberikan jaminan menerusi teras keempat dalam Buku Harapan iaitu mengambilkan status Sabah and Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Ini merupakan sebuah janji yang amat dekat dengan rakyat Sabah dan juga hasrat Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan semua rakyat mendapat manfaat pembangunan termasuk rakyat Sabah.

Justeru itu, saya memohon agar kerajaan dapat segera mengotakan janji untuk meningkatkan ekonomi negeri Sabah supaya rakyat dapat hidup dengan lebih sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mengumumkan pemberian royalti minyak 20 peratus. Namun saya ingin memohon penjelasan tentang cara-cara kerajaan menentukan jumlah royalti tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita berpandukan kiraan royalti berasaskan gross profit, jumlah royalti tersebut kemungkinan berkurangan daripada jumlah lima peratus royalti yang sedia ada. Pada hari ini saya dimaklumkan bahawa production cost, kos pengeluaran adalah sebanyak 70 peratus dan saya mohon penjelasan sekiranya jumlah ini dapat dikurangkan terutamanya kos operasi sekali gus dapat mengoptimumkan efficiency operasi syarikat tersebut.

Kerajaan juga perlu menjelaskan bilakah keputusan berkenaan jumlah sebenar royalti ini akan dimuktamaddan dilaksanakan. Melalui Perjanjian 1963 juga, hasil cukai yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah perlu diagihkan semula sebanyak 2/5 ataupun 40 peratus kepada Kerajaan Negeri Sabah. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan,

Page 54: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 47

bilakah ia akan dilaksanakan dan adakah kutipan-kutipan cukai yang terdahulu akan diberikan juga.

Akhir sekali dalam bab ini saya ingin menyentuh mengenai keperluan menambah lebih banyak lagi fakta-fakta sejarah dalam teks sekolah rendah dan menengah agar sejarah Sabah dapat dijiwai. Saya yakin kefahaman golongan muda dan pelajar mengenai fakta Sabah masih kurang.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri Sabah menjangkakan peningkatan kedatangan pelancong sehingga sebelas juta orang menjelang tahun 2022. Sehubungan dengan itu, saya mohon Kementerian Pelancongan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mempromosikan Sabah sebagai salah satu destination pelancong utama di Malaysia dan berapakah peruntukan yang akan diberikan bagi tujuan tersebut. Pada masa yang sama apakah kluster ecopelancongan di Sabah yang dikenal pasti oleh kementerian untuk dibangunkan dan dipromosikan.

Saya juga mohon kementerian menyatakan jumlah statistik kedatangan pelancong asing ke Sabah khususnya dari China, Taiwan, dan Korea Selatan bagi tempoh lima tahun terakhir dan faktor-faktor kedatangan mereka ke sini. Sehubungan dengan itu juga, saya mohon penjelasan kementerian, apakah destinasi tumpuan di Sabah yang dikunjungi pelancong-pelancong dari negara yang saya sebutkan tadi. Apakah galakkan bantuan dan inisiatif yang diberikan kepada pengusaha pusat pelancongan tersebut bagi membangunkan facilities pelancongan yang lebih menarik dan bertaraf dunia.

Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Saya berpendapat bahawa langkah menggabungkan semua operasi di lapangan terbang dan penerbangan di bawah satu bumbung iaitu di Terminal 1, KKIA telah memberi manfaat besar kepada industri pelancongan di Sabah. Ini dibuktikan apabila pergerakan trafik penumpang antarabangsa meningkat daripada 1.6 juta pada 2014 dan 2015 kepada 2.1 juta pada 2016 iaitu kenaikan 27 peratus. Selain kemudahan yang lebih baik Terminal 1 ini juga memiliki kelebihan dari segi ke saling hubungan lebih luas dan menawarkan peluang pertumbuhan lebih tinggi untuk syarikat penerbangan.

Walau bagaimanapun, saya dimaklumkan bahawa syarikat penerbangan AirAsia ingin memindahkan semula operasinya ke Terminal 2 dengan alasan atau sebabnya, pihaknya yakin dapat menarik sehingga lima juta penumpang setahun apabila beroperasi di Terminal 2, selain menarik minat lebih banyak penerbangan tambang murah dari luar untuk datang ke Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon cadangan ini dikaji dan diteliti sebaik-baiknya. Pertama, saya melihat bahawa Terminal 1 belum lagi diguna pakai sepenuhnya. Kedua, tanah di kawasan Terminal 2 ini agak terhad untuk diperbesarkan lagi, selain daripada trafik yang sesak dan parking yang tidak mencukupi. Sebarang perkembangan dan pengubah suaian di kawasan Terminal 2 adalah sukar.

Oleh yang demikian, cadangan saya adalah kementerian sepatutnya memperbesarkan lagi Terminal 1 jika perlu bagi menampung jangkaan penempahan pelancong asing ke Sabah.

Saya juga ingin menyentuh semula berkenaan isu AirAsia, khususnya perkhidmatan aerobridge AirAsia yang agak mengelirukan. Pertamanya saya ingin bertanya, mengapakah AirAsia masih lagi tidak menggunakan sepenuhnya perkhidmatan aerobridge di lapangan terbang yang mempunyai kemudahan ini.

Kedua, adakah service charge bagi perkhidmatan ini telah dimasukkan di dalam pembelian tiket AirAsia dan berapakah charge yang dikenakan bagi setiap penumpang dan jika charge ini telah dikenakan kepada penumpang mengapa perkhidmatan aerobridge tidak disediakan untuk penumpang. Tanpa perkhidmatan ini golongan yang tidak berkemampuan seperti OKU, ibu mengandung dan warga emas akan mengalami kesusahan.

Tuan Yang di-Pertua, aspek kesihatan menentukan kesejahteraan rakyat. Saya menghargai usaha Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan jumlah perokok serta menggalakkan perokok untuk berhenti merokok. Maka dengan memperbanyakkan zon larangan merokok merupakan salah satu langkah yang diharap dapat membudayakan amalan tidak merokok. Persoalannya, mampukah perokok mematuhi peraturan ini?

Page 55: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

48 DN 30.8.2018

Pada masa yang sama sejauh mana pula penguat kuasa bersedia untuk mengambil tindakan terhadap mana-mama individu yang melanggar peraturan ini? Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan boleh memperluaskan kawasan larangan merokok di segenap penjuru muka bumi Malaysia ini tetapi isunya sejauh mana larangan ini mampu dipatuhi.

Berkaitan penguatkuasaan, tidak pasti berapa ramai yang telah didenda kerana merokok di tempat awam. Tanda larangan merokok selalu tidak dipedulikan. Kenapa begitu? Semuanya bergantung kepada sikap. Selagi perokok tidak sedar bahawa merokok itu memberi kesan terhadap kesihatan sendiri dan orang lain, maka selagi itu mereka tidak peduli hak orang lain. Ini bukan bermaksud menghalang perokok tetapi apa yang penting ialah bagi melindungi golongan majoriti yang bukan perokok ataupun second hand smokeer, dengan izin. Hormatilah hak menghirup udara segar terutama bagi kanak-kanak, wanita mengandung dan golongan yang mempunyai masalah pernafasan.

Tuan Yang di-Pertua, boleh kita katakan bahawa negara masih gagal memerangi isu dadah dengan baik. Statistik menggambarkan keadaan sedih dan merisaukan dari maklumat dadah tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Jumlah penagih baru dikesan berjumlah seramai 25,922 orang dan sangat membimbangkan sehinggakan lapan peratus daripada jumlah tersebut adalah golongan belia yang berumur 13 tahun sehingga 40.

■1520

Sehingga tahun 2017 dicatatkan jumlah terkumpul penagihan dadah daripada tahun 1988 sebanyak 470,308 orang penagih di seluruh negara. Banyak kerugian di alami oleh negara dari segi kewangan dan juga produktiviti. Adalah wajar di bawah kerajaan baru ini kita perlu mengekalkan dadah sebagai musuh nombor satu negara selain daripada rasuah.

Maka, saya merasakan adalah wajar kerajaan melakukan rombakan dari segi penguatkuasaan undang-undang sehinggalah kepada aspek pemulihan. Merebaknya masalah dadah ini sangat membimbangkan. Jika di kawasan luar bandar anak-anak muda sudah mula menghisap dadah. Keasyikan kita membina sebuah negara yang cantik, membangunkan jalan yang berturap, pengedar-pengedar dadah mengambil kesempatan untuk masuk ke kampung-kampung dengan menjual dadah kepada belia-belia kita.

Penagihan dadah ini bukan terhad kepada golongan tertentu. Malah wujud satu kelompok penagihan yang saya gelar sebagai carrier addict atau pengguna dadah di kalangan golongan profesional dan juga pelajar yang sudah lama wujud di sektor awam, swasta dan juga universiti. Maka saya mohon agar pemeriksaan air kencing ataupun saringan dadah di kalangan pelajar universiti, penjawat awam dan swasta harus kerap dilakukan dan memberi inisiatif kepada syarikat dan universiti yang melakukan saringan air kencing ini secara sukarela...

Puan Bathmavathi Krishnan: Minta pencelahan sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Siapa?

Puan Bathmavathi Krishnan: Puan Bathmavathi, pencelahan sini.

Tuan Yang di-Pertua: Oh! Okey. Silakan Yang Berhormat.

Puan Bathmavathi Krishnan: Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat merenung apa yang dilakukan kepada dadah yang dirampas, hampir setiap hari tengok di televisyen, berkilo-kilogram jumlah dadah yang dirampas akibat serbuan oleh pihak berkuasa ya.

Jadi, dadah ini disimpan sehingga ia di bawa ke mahkamah sebagai bukti. Akan tetapi selepas kes di mahkamah selesai, apa terjadi kepada dadah ini? Adakah ia di musnahkan ataupun ia secara tidak langsung balik kepada pusingan edaran dalam negeri? Mengikut network atau jaringan-jaringan yang selalu kita dengar dari pihak polis juga.

Page 56: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 49

Dia orang peka, dia orang tahu apabila dadah dirampas, ia adalah untuk digunakan

dalam jaringan untuk diedarkan kepada sekian-sekian tempat. Jadi, kita hendak tahu, rakyat hendak tahu apa terjadi pada dadah ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Puan Bathmavathi Krishnan: Kalau dilupuskan, mesti dilupuskan secara umum dan dengan pengetahuan rakyat. Ini suatu perkara yang kita harus beri perhatian. Terima kasih. Adakah Yang Berhormat setuju ini?

Tuan Yang di-Pertua: Adakah Yang Berhormat setuju yang polis jual balik?... [Dewan ketawa] Yang Berhormat? Yang Berhormat Bathmavathi. Apa yang minta dia setuju?

Puan Bathmavathi Krishnan: Apa terjadi? Saya tidak cakap ia dijual balik tetapi apa terjadi kepada dadah yang dirampas lepas kes selesai? What happens to the confiscated drugs?

Tuan Yang di-Pertua: Sekarang Yang Berhormat boleh jawab sebagai Menteri? [Ketawa]

Datuk Ir. Yong Wui Chung: Terima kasih.

Puan Bathmavathi Krishnan: Adakah Yang Berhormat setuju?

Tuan Yang di-Pertua: Ha! Yang Berhormat setuju kah?

Puan Bathmavathi Krishnan: Sorry! Bukan setuju. Adakah beri perhatian? Have you thought about what happen to the drug? Adakah Yang Berhormat yang membawa isu problem drug ini given thought to that expect of it? Dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, silakan.

Datuk Ir. Yong Wui Chung: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya harap kementerian tersebut, yang berkenaan boleh...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat. Sekejap! Duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat, bila kita bincang berkenaan dengan isu-isu yang sensitif di mana jabatan kerajaan seperti polis, mahkamah dan sebagainya, Yang Berhormat ini kena be sensitive a bit kerana jabatan-jabatan ini memang penting. Kalau Yang Berhormat ini silap tafsir boleh jadi masalah, anggapan yang salah. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Ir. Yong Wui Chung: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan dengan penutup saya. Dengan pelbagai isu-isu yang melanda negara yang kurang diberi perhatian sebelum ini sudah tentu urusan pentadbiran kerajaan baru ini adalah cabaran yang tidak boleh dipandang ringan. Kegagalan kita bersemuka dengan cabaran-cabaran yang bakal tiba akan mempunyai kesan yang besar bukan sahaja terhadap kepercayaan rakyat kepada kerajaan malah kepada kesejahteraan negara.

Kita perlu bertindak selaras dengan apa yang kita janjikan dalam kesemua isu, dengan izin, we must walk the talk. Kita mestilah memastikan Malaysia dengan kerajaan barhau ini lebih baik kerana itulah yang rakyat Malaysia mahukan. Saya yakin Pakatan Harapan akan kekal inklusif dengan meraikan perbezaan pendapat, memberikan ruang untuk perbincangan dan menyuarakan pandangan yang berbeza. Saya percaya jika asas pentadbiran negara dan semangat perpaduan kita dikekalkan, kita akan mempunyai masa depan yang cerah. Sekian Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid.

3.26 ptg.

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Alhamdulillah Wa Syukurillah. Tuan Yang di-Pertua, sila duduk, jangan lari. Ha! Itu bukan saya titah pada Tuan

Page 57: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

50 DN 30.8.2018

Yang di-Pertua. Itu merupakan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 17 yang lalu yang kita ingat dan saya percaya ramai rakyat ingat.

Kita lihat bagaimana terujanya Tuanku apabila melihat pertukaran tempat duduk kerajaan yang lama dan digantikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Akan tetapi pada hari ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa suara veteran Angkatan Tentera Malaysia yang terdiri 296,030 orang termasuk saya dan daripada 296,030 itu 121,000 berpencen dan 174,733 orang tidak berpencen.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya veteran ini dilindungi oleh Akta Veteran iaitu Akta 740. Maka sebab itu hari ini saya membawa suara veteran untuk menuntut ataupun memohon pihak kerajaan memenuhi permohonan-permohonan mereka yang telah mereka sebulat suara, yang terdiri daripada 137 induk persatuan veteran dan 313 cawangan-cawangan persatuan veteran.

Mereka telah sebulat suara untuk menuntut beberapa perkara kepada Kerajaan Pakatan Harapan. Antaranya Tuan Yang di-Pertua, merapatkan jurang perbezaan pencen antara veteran bersara sebelum tahun 2004 dengan yang bersara selepas tahun 2004. Ini selari dengan manifesto Pakatan Harapan yang telah ditulis pada janji nombor 20 iaitu untuk menjaga kebajikan pesara tentera dan polis. Kadar pencen yang sedia ada akan dikaji semula dan diselaraskan dengan kos sara hidup semasa. Ini memang boleh dilakukan Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana khususnya angkatan tentera, mereka dilindungi dan diurus oleh Majlis Angkatan Tentera yang tertera dalam Perkara 137 Perlembagaan negara.

Oleh yang demikian, saya berpendapat tuntutan veteran ini boleh dipertimbangkan dan alasan mereka, didapati jurang perbezaan pencen yang diterima oleh veteran berpencen sebelum tahun 2004 dengan veteran berpencen selepas 2004 dan ke atas dalam pangkat yang sama adalah terlalu lebar dan jurang tersebut perlu dikecilkan atau dirapatkan. Kebanyakan veteran berpencen sebelum tahun 2004 lebih banyak berjasa dan berkorban dalam menjaga serta mengekalkan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara dari ancaman pengganas komunis dalam era darurat pertama 1948 hingga 1960 dan era darurat kedua pada 1967 hingga 1989.

■1530

Cadangan veteran supaya kerajaan menimbangkan pemberian kenaikan pencen one-off kepada veteran berpencen sebelum tahun 2004 mengikut jangka masa lama berpencen iaitu telah lama pencen mendapat lebih peratus.

Kedua, kadar kenaikan pencen tahunan sedia ada diberi secara berbeza antara veteran di mana yang lama berpencen diberikan kenaikan yang lebih tinggi peratusnya yakni sekarang semua veteran diberi kenaikan sama rata iaitu dua peratus sahaja Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, memanjangkan tempoh pemberian pencen terbitan...

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Mohon mencelah Yang Berhormat. Boleh mencelah Tuan Yang di-Pertua?

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Silakan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah: Yang Berhormat, baru-baru ini kita di- saya tidak tahu sama ada fake news atau true news, dengan izin. Akan tetapi baru-baru ini kita terbaca bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri memberi komen yang membuatkan kita bercelaru sedikit berhubung dengan pencen ini Yang Berhormat.

Kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, pencen ini takkan diberikan lagi dan melebih kepada KWSP. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab saya tengok berbeza sedikit. Yang Berhormat minta supaya pencen itu dinaikkan. Sebaliknya pentadbiran sekarang ini lain pula ceritanya Yang Berhormat. Sila- saya minta komen Tuan Yang di-Pertua.

Page 58: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 51

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran (B) bin Abd. Hamid: Tuan Yang di-

Pertua, saya bukan Perdana Menteri. Saya tidak boleh bagi ulasan. Oleh kerana pihak veteran lebih memohon berkehendakkan pencen supaya perbezaan itu dapat dirapatkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, memanjangkan tempoh pemberian pencen terbitan yang diberikan kepada isteri yang dikahwini oleh veteran dalam masa persaraan. Justifikasi mereka didapati peraturan sedia ada memberi pencen terbitan selama 20 tahun kepada isteri veteran yang dikahwini semasa dalam persaraan akibat daripada kematian isteri dan penceraian yang sah. Perkiraan tempoh bermula dari tarikh veteran pencen. Peraturan ini amat menyulitkan dan membebankan balu veteran untuk menyara hidup dan menjaga anak-anak setelah kematian veteran.

Tuan Yang di-Pertua, veteran mencadangkan jangka masa pencen terbitan dipanjangkan dari 20 tahun ke 45 tahun kerana kebanyakan veteran berhenti dalam lingkungan umur 43 tahun. Bermakna kelayakan menurunkan pencen terbitan kepada isteri yang dikahwini semasa dalam persaraan akan luput apabila veteran mencapai umur lebih kurang 88 tahun bukan apabila veteran mencapai umur 63 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, permohonan veteran yang ketiga ialah pemberian imbuhan tetap kepada veteran tidak berpencen. Didapati sebilangan besar veteran tidak berpencen, hidup dalam keadaan tidak selesa dan daif yang memerlukan bantuan kewangan secara berterusan.

Mereka dalam golongan ini memerlukan pembelaan bagi membolehkan mereka menghabiskan sisa-sisa kehidupan dalam keadaan agak selesa. Perkhidmatan dan pengorbanan mereka selama 10 tahun, 15 tahun atau 18 tahun sepatutnya mendapat pengiktirafan dan penghargaan yang setimpal dari kerajaan. Veteran mencadangkan supaya pemberian sumbangan one-off setiap tahun sebanyak RM2,000 kepada veteran tidak berpencen berumur kurang dari 65 tahun.

Kedua, pemberian elaun sara hidup bulanan sebanyak RM500 sebulan kepada veteran tidak berpencen yang berumur 65 tahun dan ke atas dan mereka ini akan hilang kelayakan menerima sumbangan one-off tahunan.

Tuan Yang di-Pertua, yang keempat veteran mencadangkan perkhidmatan anggota rendah yakni lain-lain pangkat tentera dijadikan satu perkhidmatan yang berpencen di mana opsyen berhenti secara sukarela 10, 15 dan 18 tahun, dihapuskan. Setiap anggota tentera peringkat rendah dimestikan berkhidmat selama 25 tahun untuk membolehkan mereka mendapat pencen.

Tuan Yang di-Pertua, saranan yang kelima yakni pembelaan terhadap bekas tentera yang berhenti atas sebab disiplin. Mereka melaporkan bahawa didapati bekas tentera yang diberhentikan atas sebab disiplin tidak mendapat pembelaan langsung dari kerajaan dan kebanyakan mereka hidup dalam keadaan daif. Bekas tentera tersebut tidak sepatutnya dihukum seumur hidup dan isteri serta anak-anak diheret sama menerima hukuman. Oleh yang demikian, mereka mencadangkan pemberian kemudahan perubatan percuma kepada isteri dan anak-anak bekas tentera diberhentikan kerana disiplin termasuk pemberian bantuan pendidikan kepada anak-anak mereka. Kemudahan-kemudahan tersebut hanya berkuasa selepas lima tahun dari tarikh bekas tentera diberhentikan.

Walau bagaimanapun, mereka yang diberhentikan atas sebab penderhakaan atau treason terhadap negara adalah tidak layak menerima kemudahan ini. Mereka juga mencadangkan diadakan sebuah jawatankuasa semakan semula yakni review committee untuk menyemak semula kes-kes tertentu kerana terdapat kejadian di mana mereka yang didapati bersalah tidak melakukan kesalahan yang dituduh atau mereka didapati dianiaya oleh orang-orang tertentu ataupun mereka tidak diberi peluang dan ruang yang mencukupi untuk membela diri.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, cadangan yang keenam yakni penambahbaikan kemudahan rawatan perubatan di Hospital Angkatan Tentera ataupun Hospital Pakar Angkatan Tentera Malaysia. Veteran mencadangkan kemudahan rawatan perubatan yang diberikan kepada veteran melalui Hospital Pakar ATM terutama Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan kurang memuaskan dan sistem pemberian ubat di bawah tanggungan Jabatan

Page 59: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

52 DN 30.8.2018

Hal Ehwal Veteran juga tidak memuaskan yang mana kedua-duanya perlu penambahbaikan segera.

Mereka mencadangkan supaya proses mendapatkan rawatan dan ubat perlu dipertingkatkan di mana masa menunggu untuk mendapat rawatan dan pemberian ubat perlu dipendekkan kerana kebanyakan veteran adalah dalam golongan warga emas dan mereka datang dari kawasan yang jauh dari hospital. Veteran tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk membeli dahulu ubat yang tiada kedapatan di farmasi veteran di Hospital Pakar Angkatan Tentera Malaysia. Sekiranya ubat yang diperlukan tidak kedapatan pada hari menerima rawatan maka ubat tersebut hendaklah dihantar segera ke rumah veteran dalam masa tidak melebihi tiga hari. Veteran juga mencadangkan kakitangan hospital perlu berhemah dan berbudi oleh kerana veteran-veteran merupakan warga emas.

Cadangan yang ketujuh yakni menaikkan kadar pencen hilang upaya veteran yang tercedera semasa operasi dan latihan medan semasa era darurat. Didapati kadar pencen hilang upaya yang diberikan kepada veteran yang tercedera pada pertempuran dan semasa latihan medan adalah terlalu rendah.

Didapati kebanyakan dari mereka tercedera semasa pertempuran dengan pengganas komunis dan jasa serta pengorbanan mereka perlu dihargai. Untuk itu mereka mencadangkan kadar pencen hilang upaya dinaikkan kepada minimum RM750 untuk membolehkan veteran menghabiskan sisa-sisa kehidupan dalam keadaan agak selesa, dalam keadaan ekonomi negara ataupun dunia yang sentiasa tidak menentu dan barang-barang keperluan harian melambung tinggi.

Permohonan kelapan, penyelesaian masalah di kalangan veteran yang masih tidak memiliki rumah sendiri. Tuan Yang di-Pertua, veteran mendapati masih terdapat di kalangan veteran yang tidak memiliki rumah sendiri yakni rumah pertama di mana mereka terpaksa menyewa sebagai tempat berteduh dalam menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Peraturan pemberian rumah di bawah inisiatif N-BOS 7 sangat ketat yang membuatkan banyak veteran tidak layak dan jumlah pembinaan di bawah inisiatif tersebut juga tidak dapat menampung keperluan sebenar. Oleh yang demikian veteran mencadangkan supaya dikaji semula syarat peraturan dan kelayakan mendapat rumah di bawah inisiatif tersebut.

Kedua, kerajaan perlu menambah peruntukan kewangan tahunan, pembinaan rumah di bawah inisiatif N-BOS 7 dan membenarkan pihak syarikat swasta turut serta terlibat dalam pembinaan rumah tersebut bagi memenuhi permintaan kerana kemampuan pasukan Rejimen Askar Jurutera membina rumah didapati sangat terhad.

Kesembilan, kemudahan bantuan kepada anak-anak veteran yang memasuki pusat pengajian tinggi. Didapati hanya anak-anak veteran yang memasuki institut pengajian tinggi awam sahaja yang diberi bantuan masuk oleh JEF. Manakala yang memasuki institut pengajian tinggi swasta tidak diberi bantuan.

■1540

Oleh yang demikian veteran mencadangkan supaya kemudahan pemberian bantuan pendidikan kepada anak-anak veteran memasuki IPTA dipanjangkan kepada anak-anak veteran yang memasuki IPTS.

Kesembilan, kemasukan nama isteri yang dikahwini veteran dalam masa persaraan di dalam kad veteran. Didapati nama isteri yang dikahwini veteran semasa dalam persaraan akibat daripada kematian isteri ataupun penceraian yang sah tidak dibenarkan dimasukkan ke dalam kad veteran oleh JHEV.

Oleh yang demikian, veteran memohon supaya nama isteri yang dikahwini veteran dalam masa persaraan akibat daripada kematian ataupun penceraian boleh dilakukan.

Seterusnya yang kesepuluh Tuan Yang di-Pertua, pengiktirafan sijil dan diploma keluaran PERHEBAT. Didapati sijil dan diploma keluaran Perbadanan Hal Ehwal Bekas

Page 60: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 53

Angkatan Tentera (PERHEBAT) kurang mendapat pengiktirafan sepenuhnya dari agensi kerajaan dan syarikat swasta. Perkara ini telah menyulitkan veteran lulusan dari kursus peralihan di PERHEBAT untuk bersaing dengan orang awam dalam mencari pekerjaan di pasaran pekerjaan terbuka. Mereka mencadangkan supaya PERHEBAT perlu dinaikkan ke taraf kolej atau universiti dengan segera supaya sijil dan diploma keluaran PERHEBAT mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengemukakan soalan kepada Kementerian Pertahanan berhubung permohonan peruntukan kewangan yang dipohon oleh Persatuan Bekas TLDM Negeri Perak. Oleh sebab ini bersesuaian dengan Manifesto Nombor 20 yang mengatakan Kerajaan Pakatan Harapan juga akan membiayai Persatuan Bekas Pegawai Polis dan Persatuan Bekas Tentera- peruntukan awal akan diberikan sekurang-kurangnya sebanyak RM500,000 setahun untuk setiap persatuan. Oleh yang demikian, saya harap pihak kementerian dapat meluluskan permohonan persatuan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada Akta Tabung Angkatan Tentera iaitu Akta 101. Ia berhubung dengan pembayaran caruman kepada warga tentera yang berhenti sama ada berpencen atau tidak berpencen. Pada masa ini ada perbezaan. Oleh sebab caruman yang dibuat oleh warga tentera dibayar kepada orang yang tidak berpencen sebanyak 25 peratus penuh tetapi kepada warga tentera yang berhenti ataupun berpencen yang berhenti pencen dibayar sekadar 10 peratus sahaja.

Oleh yang demikian, warga tentera dan warga veteran memohon supaya kementerian melihat semula akta tersebut dan dipinda agar semua warga tentera yang berhenti sama ada berpencen atau tidak berpencen mendapat caruman yang di carum kan sebanyak 25 peratus dibayar penuh.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya memohon kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung repot polis Sitiawan, 3282009. Ini merupakan satu repot yang telah lama dibuat tetapi belum mendapat jawapan penyelesaian yang mutakhir. Oleh yang demikian, saya mohon agar kementerian dapat memberikan jawapan sepenuhnya supaya pengadu ataupun mangsa tidak terus teraniaya sekiranya tidak mendapat laporan mutakhir daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memohon kepada kementerian yang berkenaan supaya memberitahu status rumah generasi kedua FELCRA Gugusan Lekir. Oleh sebab ia telah lama terbengkalai dan telah berkali-kali dijanjikan untuk menyiapkannya dalam masa dua tahun, tiga tahun tetapi sehingga ke hari ini rumah generasi kedua Gugusan Lekir masih lagi tidak dapat disiapkan.

Oleh yang demikian, saya mohon pihak kementerian dapat memberi maklumat yang mutakhir mengenai rumah generasi kedua FELCRA agar ia dapat dimanfaatkan dan membantu warga FELCRA yang sentiasa berada di dalam keadaan bimbang dan susah. Untuk itu, saya akhiri dengan Menjunjung Kasih Titah Duli Tuanku, dan sekian. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili.

3.44 ptg.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Titah Diraja pada kali ini.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih seperti saya katakan tadi kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan kepada saya untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih di atas Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 pada 17 Julai yang lalu.

Page 61: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

54 DN 30.8.2018

Sesungguhnya Parlimen Ke-14 ini mencipta sejarah baru untuk negara kita kerana inilah kali pertama sebuah parti yang dahulunya dikenali sebagai parti Perikatan kemudian parti Barisan Nasional yang telah memerintah negara ini lebih 60 tahun telah kehilangan mandat dari rakyat dalam Pilihanraya Umum Keempat Belas yang lepas. Maka sebuah kerajaan baharu yang dinamakan Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan Pakatan Harapan telah ditubuhkan di negara kita setelah memenangi pilihan raya tersebut.

Kita bersyukur peralihan pucuk kuasa ini berlaku dengan aman berlandaskan prinsip-prinsip Demokrasi Berparlimen dan kedaulatan undang-undang. Kita menjunjung Titah Tuanku iaitu rakyat telah membuat keputusan, justeru semua pihak hendaklah akur dan berlapang dada, tidak emosional, tidak meracuni pemikiran bermodal fitnah dan sentimen melulu, sempit dan tertutup, pemikiran yang banyak dibentuk oleh media yang sarat dengan berita-berita sensasi dan spekulasi.

Kita juga menjunjung Titah Tuanku agar semua pihak hendaklah berusaha melakukan penjernihan yang ikhlas dan bersungguh-sungguh bagi mewujudkan perpaduan yang tulen dan murni mencari titik persamaan bukan perbezaan dengan bekerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak sentuh di dalam ucapan perbahasan saya ini ialah berkenaan dengan kedudukan dan status negeri Sarawak dan juga Sabah berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. Oleh sebab Pakatan Harapan telah diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dan dalam manifesto mereka ada menyebut untuk mengembalikan autonomous right of Sabah and Sarawak seperti mana yang termaktub di dalam Malaysia Agreement 1963.

Saya mengalu-alukan dan menyokong penubuhan sebuah jawatankuasa khas seperti ini supaya dapat mengkaji dan meletakkan kedudukan yang seperti asalnya di dalam Malaysia Agreement 1963. Kalaulah kedudukannya dipinda menerusi Perlembagaan, saya harap kedudukan Sabah dan Sarawak diperbetulkan seperti mana yang terdapat dalam Perlembagaan asal Persekutuan Malaysia.

Kita mahu hak Sabah dan Sarawak sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja yang telah terhakis melalui undang-undang ataupun pindaan Perlembagaan, hendaklah dibetulkan menerusi jawatankuasa khas yang ditubuhkan ini. Kita mahu tahu apakah frame works pelaksanaan jawatankuasa ini, apakah terms of reference-nya dan berapa lama jawatankuasa ini akan menjalankan tugasnya seperti mana yang akan dilantik ataupun telah dilantik oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

■1550

Oleh itu, saya ingin tahu, sejauh manakah langkah telah diambil untuk melaksanakan perkara ini. Apa yang penting bagi saya ialah wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan juga Sabah mesti dilibatkan sama dalam jawatankuasa ini untuk mengkaji Malaysia Agreement 1963 (MA63).

Tuan Yang di-Pertua, hingga pagi tadi pun persoalan mengenai royalti minyak masih lagi dibahaskan. Sama ada di Dewan Rakyat mahupun di Dewan kita yang mulia ini. Bagi saya, biarlah kita jelas di dalam perkara ini supaya ianya tidak menjadi teka-teki sebagai political capital, modal politik mana-mana pihak. Bagi saya biarlah perkara ini dibincangkan secara profesional dengan tujuan tidak ada pihak, sama ada kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dan juga Petronas, mana semua pihak yang terlibat adalah dalam situasi win-win situation.

Satu keadaan yang bila kita berunding secara profesional, ianya adalah mencapai satu situasi yang kita boleh- semua parti yang terlibat adalah menguntungkan mereka. Bagi negeri Sarawak, saya tetap berpendirian bahawa sumber minyak dan gas di Sarawak adalah sumber asli yang semuanya hak milik Kerajaan Negeri Sarawak kerana ianya terletak di bumi Sarawak. Negeri Sarawak mempunyai hak milik yang mutlak iaitu regulatory control kepada sumber-sumber ini.

Page 62: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 55

Oleh kerana kita berasaskan undang-undang negeri iaitu Oil Mining Ordinance 1958

yang telah diluluskan sebelum kita mencapai kemerdekaan. Memang Sarawak sudah ada ordinan ini, Oil Mining Ordinance 1958 yang dikuatkuasakan lagi bermula pada 1 Julai tahun ini. Kita ada juga Undang-undang Kanun Tanah dan juga Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Persekutuan untuk menyokong hak kita di dalam minyak dan gas ini.

Bagi saya, sebarang perundingan hendaklah dibuat secara profesional sama ada dengan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, mahupun melibatkan Petronas sekalipun. Lebih-lebih lagi kalau di Sarawak, kita ada menubuhkan sebuah syarikat petroleum kita yang kita namakan Petros. Maka, perundingan secara profesional antara Petronas, Petros, Kerajaan Sarawak dan juga Kerajaan Persekutuan adalah penting.

Saya katakan bahawa bila kita berbincang tentang royalti minyak, saya setuju dengan penubuhan jawatankuasa khas supaya dikaji akta-akta Parlimen yang telah diluluskan seperti Petroleum Development Act 1974 dan juga Territorial Sea Act 2012 supaya dikaji undang-undang ini (Territorial), akta-akta ini sama ada ianya bercanggah dengan perlembagaan ataupun bercanggah dengan agreement provision, Malaysia Agreement 1963 dan sebagainya.

Saya harap ianya dikaji dan letakkan akta-akta ini kepada satu kedudukan yang sebetulnya bila mana ia melibatkan negeri Sarawak dan juga Sabah. Pada saya, sebarang keputusan yang dibuat daripada perundingan ini, apa-apa keputusan yang dibuat tentang royalti minyak, pada saya mesti ada satu clause yang mana sebarang keputusan mengenai kadar royalti. Mesti keputusan itu boleh di-review dalam tempoh yang tertentu.

Saya tidak pasti Petroleum Development Act 1974 sama ada ianya meletakkan satu clause yang menyatakan bahawa pembayaran royalti itu, ada boleh dikaji semula dalam tempoh tertentu. Biarlah kita buatkan satu syarat bahawa ianya mesti subject to review upon a certain period of time supaya kita mempunyai satu pendekatan untuk berunding sama ada royalti itu boleh kita naik, kita tetapkan syarat tidak naik dan sebagainya. Oleh kerana itu penting untuk kita melihat bahawa apa yang kita rundingkan itu, kita buat secara profesional.

Saya mendoakan agar Sarawak, Sabah dan negeri-negeri pengeluar minyak terus dikurniakan Allah SWT rezeki yang berterusan dengan hasil sumber minyak dan gas. Insya-Allah saya rasa dengan bertambahnya kepakaran kita, bertambahnya kemahiran kita, sumber manusia kita, kita harap kita akan dapat menerokai lebih banyak lagi peluang-peluang untuk penemuan minyak dan gas di dalam negara kita. Sekiranya kita memperoleh banyak penemuan baharu, cara penerokaan yang menguntungkan, boleh mengurangkan kos, yang akan mendapatkan keuntungan ialah Petronas, negara kita, negeri-negeri pengeluar minyak. Sudah tentu ini akan mendatangkan lebih banyak kekayaan kepada negara kita dan memberi kesenangan kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membincangkan sedikit, membahaskan tentang beberapa projek yang saya fikir penting untuk negeri Sarawak. Sarawak adalah sebuah negeri yang tidak mahu ketinggalan dari segi pembangunan di negara kita. Kita masih memerlukan banyak bentuk pembangunan yang diperlukan sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Kalau di luar bandar, kita memerlukan sistem bekalan air bersih dan juga bekalan kuasa elektrik 24 jam, sekolah-sekolah dan lain-lain infrastruktur sosial.

Begitu juga dengan kita di bandar, di mana kita juga memerlukan kemudahan-kemudahan lain seperti balai polis, balai bomba, hospital, sekolah-sekolah dan lain-lain social amenities dan sebagainya. Jadi, setelah menubuhkan Kerajaan Persekutuan, saya ingin mendapatkan pendirian daripada Kerajaan Pakatan Harapan ke atas beberapa projek yang ada hubung kaitnya dengan negeri Sarawak. \

Pertamanya, saya ingin meminta Kementerian Pengangkutan menyatakan bilakah kerajaan akan mengumumkan hasil kajian MAVCOM ke atas kawalan harga tambang kapal terbang bagi laluan domestik untuk destinasi-destinasi dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia dan sebaliknya?

Kita harus tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang unik yang mana dua wilayahnya Sabah dan Sarawak dipisahkan dengan satu wilayah di Semenanjung Malaysia

Page 63: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

56 DN 30.8.2018

yang jaraknya lebih kurang 1,000 kilometer. Satu negara yang unik yang mana terpisahnya oleh Laut Cina Selatan.

Jadi, kita- pengangkutan di antara Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia tidak ada alternatif lain, kecuali kita naik kapal terbang. Jadi, keperluan untuk kita mempunyai satu kawalan harga kapal terbang, tiket kapal terbang adalah begitu penting. Oleh kerana kosnya, harga tambangannya begitu mahal dan ada kalanya pada satu kadar yang begitu tinggi sekali hingga menyukarkan kepada kita hendak berulang alik dari Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Malaysia ini.

Saya juga ingin meminta pendirian daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyatakan apakah rancangan untuk membina sebuah akademi latihan bomba dan penyelamat di Sarawak? Memandangkan sebidang tanah yang khusus untuk tujuan ini telah disediakan di Kota Samarahan, Sarawak. Apakah kedudukan perkara ini? Oleh kerana ianya telah lama berada di dalam Rolling Plan Malaysia, pembangunan Malaysia tetapi belum lagi menjadi satu kenyataan. Juga apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk tahun 2018 hingga ke tahun 2020 untuk membina balai-balai bomba yang baharu di Sarawak?

Saya juga meminta Kementerian Dalam Negeri untuk menyatakan apakah status pembinaan sebuah balai polis baharu di kawasan Matang, Kuching? Memandangkan projek ini telah di tender dalam awal tahun ini.

■1600

Saya juga pagi tadi ada meminta Menteri Dalam Negeri untuk menyatakan sama ada kerajaan ada rancangan untuk membina balai polis baharu di Sarawak untuk tempoh tahun 2018 hingga tahun 2020. Akan tetapi malangnya, soalan tersebut tadi tidak sampai untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri di Dewan yang mulia ini.

Balai-balai polis adalah penting...

Datuk Paul Igai: Minta pencelahan.

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Ya.

Datuk Paul Igai: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan pembinaan jalan Kanowit-Kapit di Sarawak jaraknya adalah 82.6 Kilometer, yang akan siap pada hujung tahun 2019, jarak sektor Kapit-Song adalah 43 Kilometer dan tidak ada pekan lain di antaranya dan juga akan sangat gelap masa malam hari, adakah kementerian bercadang untuk menyediakan habis-habis kurangnya pondok-pondok polis di tempat yang sesuai di kawasan jarak Pekan Kapit dan Song untuk mengawal keselamatan? Setuju kah Yang Berhormat Senator Dr. masukkan permintaan saya ini di dalam perbahasan?

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Datuk Paul Igai. Ya, saya sangat setuju agar permintaan tersebut dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila duduk sebentar. Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi dari pukul 4 hingga 5.30 akan dipengerusikan oleh Timbalan saya. Saya hendak mengambil kesempatan ini kerana esok kita akan menyambut Hari Kebangsaan 2018 dengan tema, ‘Sayangi Malaysiaku’.

Kita sebagai rakyat negara tercinta ini sewajarnya bersyukur dan berbangga dengan keharmonian kaum yang kita nikmati pada hari ini. Apa yang kita kecapi sekarang merupakan hasil perjuangan kepimpinan kita yang terdahulu dan seharusnyalah kita bersatu serta berganding bahu dalam sama-sama memelihara kesejahteraan serta keharmonian masyarakat untuk terus diwarisi oleh generasi masa hadapan kita. Naratif ini penting terutamanya bagi menyemai semangat patriotik kepada generasi muda yang merupakan tonggak kelangsungan dan kelestarian perpaduan dan solidariti nasional.

Page 64: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 57

Kita sebagai Ahli Dewan Negara yang mulia ini haruslah mempertahankan

kemerdekaan yang dikecapi ini dengan memastikan Dewan Negara sebagai institusi legislatif tertinggi negara akan terus dihormati sebagai lambang mercu demokrasi negara dan bukanlah sebagai rubber stamp sepertimana didakwa oleh setengah pihak. Ini kerana kalau kita dilihat sebagai rubber stamp dan Dewan Rakyat tidak pernah menolak sebarang rang undang-undang kerajaan, merekalah pula rubber stamp yang besar. So, dengan itu, selamat Hari Kemerdekaan ke-61.

Sila sambung ucapan. Terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dr. Zaiedi Haji Suhaili: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya juga meminta Kementerian Pelancongan untuk menyatakan jumlah kutipan yang diperoleh kerajaan semenjak pelaksanaan Akta Pelancongan 2017 dan berapa jumlah agihan yang telah dibuat kepada negeri-negeri hasil daripada kutipan sebahagian daripada cukai ini.

Saya juga meminta Kementerian Pendidikan menyatakan apakah kedudukan perancangan untuk membina sebuah teaching hospital untuk Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)? Walaupun saya difahamkan bahawa permohonan ini sudah pun dihantar ke Economic Planning Unit dalam bukan Mac tahun ini tetapi saya harap projek ini akan dapat diluluskan oleh EPU supaya pembinaan sebuah teaching hospital untuk Universiti Malaysia Sarawak dapat diteruskan.

Saya juga memohon supaya UNIMAS boleh memperkenalkan satu pengajian yang dinamakan Sarawak Studies supaya kajian secara ilmiah untuk negeri Sarawak boleh dijalankan dari peringkat sarjana muda hingga terus ke atas bagi membolehkan kita mengkaji dan melihat secara ilmiah penyelidikan-penyelidikan yang ada hubung kait dengan negeri Sarawak berkenaan dengan demografinya, berkenaan dengan penduduknya, kebudayaannya, ekonominya dan sebagainya. Kita harap UNIMAS boleh memperkenalkan the Sarawak Studies dalam pengajian mereka.

Kita juga meminta Kementerian Kerja Raya untuk menyatakan status terkini Lebuh Raya Pan Borneo. Berapa kos yang telah dibayar dalam pembinaan lebuh raya ini? Apa jaminan tentang penglibatan aktif kontraktor Bumiputera dalam projek ini dan apakah pengauditan tentang projek ini sudah siap dijalankan?

Kita juga meminta Kementerian Hal Ehwal Ekonomi menyatakan apakah dasar dan kriteria yang diambil kerajaan bagi memastikan wakil Kerajaan Negeri Sarawak dilibat-gandingkan dalam komposisi lembaga pengarah syarikat berkaitan pelaburan Kerajaan Persekutuan bagi mencerminkan signifikan Sarawak sebagai negeri di dalam Persekutuan Malaysia?

Kita juga meminta Kementerian Sumber Manusia untuk menyatakan bagaimanakah sumber tenaga belia dari Sarawak dimanfaatkan untuk menyertai peluang pekerjaan yang berimpak tinggi di seluruh negara?

Juga, kita meminta Kerajaan Persekutuan untuk menyatakan apakah status terkini projek pembinaan gantian penuh Sekolah Kebangsaan Matang, Kuching yang telah pun ditender pada awal tahun ini?

Kita juga meminta supaya Kementerian Kesihatan menubuhkan sebuah pasukan ataupun sebuah jawatankuasa pemantau bagi menjamin bahawa pembinaan hospital di Sarawak khususnya Hospital Petrajaya dan juga Hospital Sri Aman dan juga projek menaik taraf Hospital Kuching dapat disiapkan mengikut jadual. Satu jawatankuasa antara kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan hendaklah dilibat sama di dalam pengawasan projek-projek yang berjalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit tentang projek kereta nasional. Kerajaan telah mengumumkan akan memulakan projek kereta nasional ketiga

Page 65: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

58 DN 30.8.2018

menjelang tahun 2020. Ini ekoran dari lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Jepun dan Malaysia mempunyai hasrat untuk menjadikan projek kereta nasional ini sebagai projek baharu yang bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Soalan saya kepada kerajaan ialah, apakah perancangan yang perlu dibuat terhadap Dasar Automatif Nasional sebelum ini dan bagaimana liberalisasi sektor automatif negara lebih berdaya saing terutama dengan kehadiran teknologi kereta energy efficient vehicle dan kereta elektrik?

Bagaimanakah kerangka percukaian dan insentif yang bakal dirangka oleh MITI iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar kereta-kereta kita kekal murah dan mampu dimiliki? Apakah prospek perniagaan serantau iaitu eksport di kalangan negara ASEAN dan projek ini bolehkah tidak diteruskan?

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara yang saya hendak sentuh juga di sini ialah tentang kos sara hidup. Kesusahan hidup masyarakat di pedalaman di Sarawak dan Sabah dan kos barangan keperluan yang tinggi disebabkan oleh jaringan akses jalan raya yang minimum dan infrastruktur jalan raya yang kurang baik berbanding di Semenanjung Malaysia ini memerlukan kerajaan menangani isu ini secara holistik dan paling cekap.

Oleh demikian, program yang paling baik bagi bantuan sara hidup rakyat di luar bandar atau di pedalaman adalah dengan memberikan mereka bantuan seperti kita pernah buat iaitu BR1M ataupun kita nak sebutnya sebagai Bantuan Sara Hidup dan subsidi harga barang patut bagi memastikan bahawa harga barang di pedalaman Sarawak dan Sabah sama dengan harga barang yang ada di bandar-bandar sama ada di Sarawak mahupun di Semenanjung Malaysia.

■1610

Apakah kerajaan akan mengkaji semua pemberian wang bantuan sara hidup dan akan menamatkan program ini untuk beberapa tahun akan datang. Sekiranya ditamatkan maka saya mencadangkan ianya diberi dalam bentuk yang tertentu bagi meringankan kos sara hidup rakyat di pedalaman dan juga mereka yang berpendapatan rendah di negara kita.

Juga saya ingin tahu berapakah jumlah peruntukan bagi menstabilkan harga-harga barang patut yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah agar harga barangan yang dijual lebih murah atau sama dengan harga di bandar-bandar di Sarawak, Sabah dan juga di Semenanjung Malaysia. Apakah program-program baru yang bakal dirangka dan dilaksanakan untuk memastikan kenaikan kos sara hidup di pedalaman Sarawak dan Sabah ditangani dengan baik dan keadilan kepada penduduk di pendalaman Sarawak dan Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh sedikit tentang jalur lebar. Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengeluarkan arahan dan syarat kepada penyedia perkhidmatan jalur lebar untuk menurunkan harga jaringan jalur lebar supaya setanding dan setara dengan caj yang dikenakan di negara serantau. Pada masa ini, akses dan kapasiti serta caj yang dikenakan boleh dikatakan sedikit tinggi berbanding Singapura dan Thailand.

Soalan saya ialah, apakah arahan penurunan harga jalur lebar ini telah dipatuhi oleh syarikat telekomunikasi tempatan? Apakah bentuk insentif dan subsidi bagi kerajaan meningkatkan penggunaan jalur lebar di kalangan rakyat bagi menjayakan Digital Free Trade Zone dan menggalakkan perniagaan berasaskan digital.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya merayu kepada Kerajaan Pakatan Harapan agar mana-mana dasar yang baik yang telah dilaksanakan di negara kita, berilah pertimbangan untuk diteruskan. Sekiranya ada kelemahan sila perbetulkan tetapi yang pentingnya kita mesti bergerak hadapan. We must move forward. Sesungguhnya negara ini bukan untuk kita hari ini sahaja tetapi untuk kita warisi kepada anak-cucu kita pada masa akan datang. Mereka berkehendakkan sebuah negara Malaysia yang kuat, yang stabil dari segi ekonomi, sosial dan juga politik.

Page 66: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 59

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, sama-samalah kita berdoa agar negara kita akan

terus aman dan makmur dan rakyatnya hidup dalam perpaduan dan sejahtera. Saya juga sama-sama kita menyatakan bahawa selamat merayakan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada esok hari. Sekian, saya mohon menyokong Titah Seri Paduka Baginda. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih, Yang Berhormat Senator Dr. Zaiedi Haji Suhaili. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing. Silakan.

4.13 ptg.

Datuk Lee Tian Sing: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada saya membahaskan satu Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda dalam istiadat pembukaan Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai 2018.

Mengambil kesempatan pada sesi ini saya ingin menzahirkan ucapan tahniah saya kepada Yang Berhormat Senator-Senator baharu yang telah mengangkat sumpah pada Julai dan Isnin lalu. Harapan saya moga kita semua Senator sama ada dari blok kerajaan atau pembangkang akan bersama-sama menaikkan martabat Dewan Negara demi Malaysia tercinta.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada kadar 3.5 peratus walaupun prestasi pertumbuhan KDNK menguncup ke angka yang lebih sederhana iaitu 4.5 peratus. Nilai Ringgit Malaysia juga berada pada paras melebihi RM4.07 pada bulan Ogos 2018 yang mana ini akan meningkatkan kos barangan import terutamanya makanan dan keperluan asas.

Justeru saya memohon kerajaan mengambil pendekatan yang paling holistik dalam menjajarkan semula perancangan ekonomi dan dasar yang lebih segar agar pertumbuhan ekonomi dipulihkan semula, pelaburan asing ke pasaran modal Kuala Lumpur terus ditingkatkan.

Soalan saya kepada kerajaan adalah seperti berikut. Pertama, apakah perancangan yang akan diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk memastikan persekitaran ekonomi negara kekal baik dengan mensasarkan nilai Ringgit lebih tinggi berbanding US Dollar menjelang suku terakhir 2018.

Kedua, bagaimanakah kerajaan mengambil pendekatan komprehensif untuk memastikan produk-produk yang berada dalam senarai consumer price index tidak dimanipulasi kenaikan harganya agar kenaikan harga ini tidak menjejas kuasa beli rakyat B40.

Ketiga, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan MITI tentang bagaimana usaha yang lebih bermakna dilakukan untuk menarik pelabur asing melabur di pasaran modal dan perdagangan global berpusat di Malaysia agar imbangan defisit pertumbuhan KDNK dapat distabilkan semula menjelang suku terakhir 2018.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melakukan beberapa lawatan rasmi meliputi negara Indonesia, Jepun dan China selepas PRU14. Dalam lawatan tersebut sudah tentu perbincangan dua hala diplomatik dan fokus terhadap janji niaga dagangan produk-produk komuniti utama negara serta produk pembuatan atau hasil PKS Malaysia dibincangkan. Oleh itu saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengenai perkara yang di bawah.

Pertama, apakah perancangan jangka pendek Kementerian Industri Utama bagi memastikan strategi pendekatan mesra pelabur dan mesra perniagaan yang bagaimana perlu di laksana dengan meneroka pasaran baru global. Ini untuk memastikan penurunan ketara harga komoditi getah dan sawit dapat ditangani dengan amat baik.

Kedua, bagi memastikan eksport dan nilai dagangan stor komoditi menyumbangkan nilai pertumbuhan melebihi RM180 bilion dan unjuran pada tahun 2019 lebih significant, bagaimana Kementerian Industri Utama bersama-sama FELDA, FELCRA, RISDA dan syarikat swasta.

Page 67: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

60 DN 30.8.2018

Ketiga, apakah peranan yang lebih agresif bagi agensi atau pihak berkuasa kementerian seperti MPOB dan RRIM untuk mencari kaedah yang lebih baik dalam pengkomersilan produk komoditi ini agar ianya boleh dipasarkan dengan lebih baik di pasaran global.

■1620

Tuan Yang di-Pertua, kepentingan modal ekonomi baru seiring dengan Industrial 4.0 kerana perkembangan teknologi digital dan akses dagangan global tanpa sempadan. Jikalau kita lihat kejayaan kumpulan Alibaba Group meneroka dan merencana skim perniagaan di pasaran digital, cukup mengagumkan pemimpin-pemimpin utama dunia. Malaysia juga telah mewujudkan DFTZ di mana rakyat memerlukan sokongan dan insentif kerajaan untuk memastikan kerangka sistem dan persekitaran berasaskan Industrial Revolution 4.0 dapat disertai dapat disertai dengan rakyat

Persoalan yang ingin saya kemukakan di sini adalah apakah status pelaksanaan insentif digital zone dan apakah peranan dan perancangan MDEC dan pihak berkuasa kerajaan untuk memastikan momentum pertumbuhan zon dagangan bebas digital terus dibangunkan secara intensif agar penyertaan orang ramai dalam industri perniagaan di persekitaran digital terus mendapat sambutan. Bagaimanakah struktur eksais kemudahan internet berkelajuan tinggi dan keupayaan penyedia perkhidmatan jalur lebar agar keupayaan sebenar jalur lebar di luar bandar benar-benar mampu menyokong Digital Free Trade Zone.

Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Bank Negara dan institusi kewangan dalam negara untuk memastikan DFTZ yang diwujudkan mempunyai platform payment gateway sendirian seperti Alipay, MOLPay, Visa atau MasterCard agar isu keselamatan cyber security bagi pembayaran online bebas kacau ganggu scam dan penyelewengan. Seterusnya, bagaimanakah persediaan kerangka kerja perundangan yang lebih komprehensif bagi mendaftarkan semua perniagaan atau syarikat yang bergiat dalam urus niaga digital agar sebarang pertikaian ataupun penyelewengan dapat di tangani secara telus dengan mengguna pakai kerangka perundangan digital negara.

Tuan Yang di-Pertua, isu keselamatan negara merupakan perkara yang tidak boleh berkompromi demi memastikan sebarang ancaman dan kegiatan jenayah terancang tidak menggugat keamanan negara. Baru-baru ini, Peguam Negara telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta SOSMA sedikit masa lagi kerana mengandaikan SOSMA dilihat sebagai akta yang tidak berapa adil untuk dikuatkuasakan dalam siri perundangan negara. Persoalan yang saya ingin kemukakan di sini adalah seperti berikut:

(i) berapakah bilangan tahanan SOSMA yang sedang ditahan di dalam negara dan bagaimanakah KDN membuat penilaian dan profiling terhadap rekod peribadi dan kecenderungan tahun ini agar ia tidak mengancam negara;

(ii) apakah langkah-langkah yang perlu diambil dalam memastikan kegiatan ekstremisme jenayah terancang dan pengedaran dadah dapat ditangani dengan baik jika SOSMA dimansuhkan dalam siri perundangan negara; dan

(iii) apakah pindaan akan dilakukan kepada Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa perundangan lain agar perancangan kerajaan untuk menyediakan mitigasi perundangan bagi membendung ancaman keselamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, sumbangan industri pelancongan dalam memacu ekonomi desa dan pengupayaan kepastian penduduk luar bandar amat perlu diberikan perhatian sewajarnya. Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020, kerajaan perlu memperkemaskan infrastruktur pelancongan desa agar ia bertaraf lima bintang dan menjadi tarikan utama pelancong asing datang ke Malaysia. Untuk memastikan sektor pelancongan berdaya maju dan berdaya saing seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2020, soalan saya yang pertama ialah sehingga tahun 2018, apakah promosi yang significant dibuat oleh Tourism Malaysia dalam meningkatkan promosi pelancongan di luar negara.

Page 68: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 61

Kedua, apakah kajian yang dibuat dan kajian semula peranan yang dimainkan oleh tourism ambassador dan adakah kerajaan tidak bercadang untuk menambah bilangan ambassador ini agar promosi pelancongan Malaysia digandakan?

Ketiga, bagaimanakah peranan yang boleh dimainkan oleh institusi seni dan budaya, sama ada dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri agar aktiviti seni persembahan budaya masyarakat Malaysia memenuhi kalender pelancongan Malaysia tahun 2019 dan tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, isu jenayah komersial seperti penyelewengan scam dan skim cepat kaya masih lagi menjadi masalah dalam negara. Berbilion Ringgit kerugian direkodkan akibat masalah jenayah komersial. Soalan saya adalah, bagaimanakah Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, SKMM, SPRM dan PDRM dapat mengukuhkan kerangka kerja perundangan ke satu siri perundangan yang lebih komprehensif bagi mengekang perlakuan jenayah komersial dapat dibanteras dengan segera?

Kedua, bagaimanakah peranan CyberSecurity untuk menyekat laman sesawang yang menyediakan perjudian online dan skim-skim scam daripada beroperasi dalam persekitaran digital Malaysia?

Ketiga, apakah usaha yang lebih terancang agar kerajaan memastikan kesedaran masyarakat terhadap jenayah komersial ini dapat ditingkatkan dan jumlah kes jenayah komersial dapat dibanteras kan sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Pakatan Harapan menjanjikan akan mengadakan reformasi terhadap beberapa jabatan dan agensi untuk diletakkan di bawah perkhidmatan Parlimen agar isu integriti dalam perkhidmatan awam lebih bermakna. Justeru, saya ingin mendapatkan kepastian.

Pertama, berapakah bilangan jabatan, suruhanjaya dan agensi yang dicadangkan untuk diletakkan di bawah urus tadbir Parlimen?

Kedua, bagaimanakah roadmap bagi reformasi Parlimen yang dicadangkan oleh kerajaan agar penetapan peraturan keperluan statutory dan apa-apa urusan berkaitan dengan reformasi Parlimen?

■1630

Akhir kata, saya amat berharap Kerajaan Pakatan Harapan dapat memenuhi segala janji dalam manifesto yang dijanjikan dalam PRU14 demi keadilan kepada rakyat dan pengundi. Justeru, saya mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Lee Tian Sing yang bersungguh-sungguh berbahas dengan bahasa Malaysia dengan baik.

Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen, dipersilakan.

4.30 ptg.

Dato’ Ong Chong Swen: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas memberikan peluang kepada saya untuk membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Baginda amat prihatin kepada kehidupan dan kebajikan rakyat jelata dengan ini saya akan menumpukan ucapan kepada isu-isu mengenai kerjaya wanita, pengasuh, keselamatan dan perpaduan dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang mengikhtiarkan kepentingan peranan wanita dalam masyarakat. Wanita yang berumah tangga memerlukan lebih pilihan untuk kerja dari rumah ataupun kerja secara fleksibel.

Namun, kita tidak boleh hanya fokus kepada vokasional seperti menjahit, memasak dan sebagainya. Pada masa sekarang, ramai wanita yang berkeluarga sudah memiliki tahap pendidikan yang tinggi. Contohnya, dalam bidang perundangan, pendidikan, perubatan dan

Page 69: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

62 DN 30.8.2018

lain-lain. Sekiranya golongan wanita ini memperoleh peluang untuk bekerja dalam bidang yang mereka minati, masing-masing akan menjadi satu aset untuk negara.

Selari dengan Revolusi Industri 4.0, kita haruslah membangunkan teknologi dan menggunakan dengan efisien untuk membantu wanita, keluarga dan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, sebelum ini, terdapat satu program di bawah TalentCorp yang khususnya untuk membantu wanita yang ingin pulang ke kerjaya mereka, yang dipanggil, dengan izin, Career Comeback Programme.

Saya berharap kerajaan baharu boleh memperluaskan program ini untuk membantu golongan wanita yang sebelum ini mengorbankan kerjaya demi kepentingan keluarga. Walaupun Malaysia adalah negara yang semakin maju, kita masih menghadapi ketidaksamaan gaji antara jantina. Atas perkara yang sama, kerajaan harus meningkatkan usaha mengurangkan kejadian diskriminasi terhadap wanita di tempat kerja.

Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang untuk membendung diskriminasi terhadap pekerja, wanita masih menghadapi masalah seperti kehilangan peluang kerja atau kenaikan pangkat dalam pejabat kerana mengandung ataupun berumah tangga. Ini tidak selari dengan konvensyen penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita, di mana Malaysia adalah, dengan izin, one of the signatory. Undang-undang yang sedia ada tidak mencukupi untuk melindungi hak wanita dengan menyeluruh di tempat kerja. Akta Kerja 1955 atau Akta 265, misalnya, tidak mempunyai peruntukan spesifik yang menyentuh masalah diskriminasi terhadap wanita dalam proses upahan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan akan membuat pindaan yang sewajarnya ataupun mempercepatkan penggubahan akta kesamarataan gender untuk melindungi semua wanita. Dalam hal keluarga, saya juga berharap kerajaan baharu akan memastikan semua pengasuh yang menawarkan perkhidmatan di negara ini adalah berdaftar dan disahkan. Ini supaya tiada lagi kes-kes dera atau kematian kanak-kanak. Seperti mana yang kita tahu, perkhidmatan pengasuh kanak-kanak bukanlah sesuatu yang murah. Walaupun negara kita boleh memperketat undang-undang yang berkenaan, sekiranya tiada pemantauan, para ibu bapa akan masih mencari pengasuh yang menawarkan harga yang paling murah.

Malah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah mengatakan bahawa, kira-kira sebanyak 80 peratus atau seramai 13,700 orang pengasuh bagi kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah di taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tidak memenuhi kelayakan minimum Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak- PERMATA, setakat Jun 2018, seperti yang dilaporkan oleh pihak media baru-baru ini.

Pada baru-baru ini juga, media telah melaporkan kes dera yang berlaku di tadika, taska...

Tuan Manolan bin Mohamad: Boleh mencelah Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Manolan bin Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini kita mendengar memang ramai kanak-kanak yang didera di taska dan ada juga yang meninggal. Kita tengok sekarang ini kerajaan lebih kepada penguatkuasaan kepada taska-taska yang tidak berdaftar seperti pemasangan CCTV.

Akan tetapi, soalan saya, adakah Yang Berhormat Senator bersetuju sekiranya pihak kerajaan juga mengambil tindakan ataupun menggubal undang-undang di mana untuk mengambil tindakan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke taska yang tidak berdaftar. Sepatutnya tanggungjawab ibu bapa untuk menyiasat atau menyelidik sesuatu taska tersebut, sama ada berdaftar ataupun tidak. Silakan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Page 70: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 63

Dato’ Ong Chong Swen: Saya bersetuju kerana ibu bapa kadang-kadang mereka

hendak cari harga yang murah. So, mereka pergi ke rumah-rumah sahaja yang mana satu orang menjaga 10 orang anak ataupun lebih, bagaimana satu orang sahaja?

Kita, sebagai ibu yang mempunyai dua atau tiga orang anak di rumah pun susah mahu jaga, mahu buat kerja rumah lagi kan? Akan tetapi, saya rasa bersetuju lah kerajaan pasti mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mendaftarkan, jika ada apa-apa kemalangan yang terjadi, ibu bapa pun tidak boleh salahkan. Oleh sebab, mereka pun perlu mengambil tanggungjawab.

Saya teruskan, kita bukan sahaja memerlukan lebih pengasuh yang berdaftar, tetapi juga pusat mengasuh kerajaan yang bersubsidi untuk golongan yang memerlukan. Cadangan untuk memastikan semua tempat kerja termasuk swasta menyediakan pusat pengasuh adalah idea yang bernas. Namun, ini memerlukan polisi yang menyeluruh dari kerajaan baharu.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya memastikan perbuatan menghendap atau stalking dijadikan sebagai satu kesalahan. Pelbagai NGO seperti Women's Aid Organisation (WAO), dan Joint Action Group (JAG) telah meminta kerajaan dari dahulu untuk meminda undang-undang yang sedia ada untuk memastikan pihak yang menghendap atau menghantar mesej yang tidak diingini boleh dikenakan tindakan.

■1640

Saya jelaskan sedikit berkenaan stalking ini, adalah kadang-kadang golongan wanita kerana ada orang mengikut di belakang, ada orang yang harassment dengan mesej-mesej yang selalu tidak dapat diatasi dan mereka sangat takut. So, kita harap kes-kes macam ini boleh ada undang-undang atau apa pun untuk mengatasi dan menangani keadaan macam ini.

Setakat ini dalam kebanyakan kes pihak polis tidak mampu mengambil apa-apa tindakan disebabkan peruntukan dalam undang-undang itu tidak setara. Walaupun dalam kebanyakan kes mangsa menghendap juga akhirnya menjadi mangsa dera atau bunuh. Pindaan dalam Kanun Keseksaan dan Akta Keganasan Rumah Tangga, atau Akta 521 diperlukan untuk menangani masalah-masalah ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong seruan Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara ini. Kebimbangan saya adalah walaupun tindakan caci dan maki di kalangan masyarakat yang bersifat perkauman tidak begitu kronik, namun nilai dan pendirian mengikut agama dan kaum masing-masing masih menjadi titik perselisihan faham. Penggunaan media sosial di kalangan rakyat daripada budak ke dewasa, ramai viral sahaja apa yang diterima dan tidak mengambil kira video atau perkataan-perkataan yang boleh menggugat keharmonian. Saya faham bahawa ini bukan mudah ditangani. Namun, ada ramai pihak yang menyebar unsur perkauman.

Sesuatu perkara yang dianggap boleh diterima dalam satu sistem kepercayaan adalah larangan bagi orang lain. Ini adalah cabaran mentadbir satu negara yang unik seperti Malaysia di mana kita ada pelbagai kaum dan agama. Dengan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 langkah yang sewajarnya boleh mengawal situasi ini.

Maka saya menyokong mana-mana insentif untuk memulakan program yang akan membantu masyarakat lebih memahami nilai-nilai antara satu sama lain. Kerajaan harus terbuka kepada idea untuk melaksanakan program yang menggalakkan persefahaman antara kaum dan antara agama. Ini lebih baik dimulakan daripada bangku sekolah. Kerajaan juga harus tegas dalam hal ini untuk memastikan rakyat tidak membantah program yang akan membawa faedah. Namun, program itu haruslah telus dan tidak berat sebelah mana-mana pihak.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mengakhiri ucapan saya dan saya harap isu-isu yang dikemukakan dapat dipertimbangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Ong Chong Swen.

Sekarang dijemput pula Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop. Silakan.

Page 71: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

64 DN 30.8.2018

4.44 ptg.

Tuan Ismail bin Yusop: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Malaysia baharu.

Alhamdulillah, saya merakamkan terima kasih kepada Dewan yang mulia ini kerana memberi saya peluang untuk turut sama dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengambil peluang pada petang ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih saya kepada Dewan Undangan Negeri Perak khususnya Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Perak yang telah memberi peluang kepada saya untuk mewakili Dewan Undangan Negeri Perak di Dewan Negara ini. Saya juga Tuan Yang di-Pertua seperti Ahli-ahli Dewan yang lain ingin mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan kerana telah berjaya membentuk kerajaan yang baharu selepas Pilihanraya Umum Keempat Belas.

Buat pertama kalinya dalam sejarah politik tanah air kita perubahan kerajaan di peringkat pusat telah berjaya dicapai melalui sistem demokrasi yang telah kita amalkan sejak kita merdeka. Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang baik dan sihat dalam amalan sistem demokrasi apabila rakyat sudah mula celik terhadap hak dan tanggungjawab mereka. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the Constitutional rights, atau hak dalam Perlembagaan. Tidak dilupakan juga ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan dan semua agensi kerajaan yang terlibat dalam memastikan proses demokrasi dan peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah semasa pembukaan Parlimen telah memberi pesan buat semua Ahli Yang Berhormat untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan penuh dedikasi. Duli Tuanku juga mahukan perbahasan dijalankan dengan penuh sihat matang dan dapat merangsang dinamik berfikir bagi membantu supaya institusi Parlimen termasuk Dewan yang mulia ini terus dihormati dan dipandang tinggi oleh semua pihak.

Mengambil semangat daripada ungkapan ini, saya tertarik dengan ucapan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty sewaktu membentangkan Usul Menjunjung Kasih yang memberi saranan supaya Ahli Dewan Negara juga turut dilantik melalui proses pilihan raya dan perlunya ada reformasi di Dewan Negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat saranan ini sebagai satu langkah yang baik untuk memartabatkan peranan Dewan Negara sebagai the Upper House, dengan izin, yang memerlukan penjenamaan semula. Kebanyakan atau ramai orang di luar sana khususnya mereka yang peka kepada politik semasa menganggap jawatan di Dewan Negara yang bergelar Senator ini sebagai political gift, dengan izin, khususnya kepada parti-parti politik.

Oleh itu saya lihat saranan yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator Dr. Mohd Nor bin Haji Monutty sebagai saranan yang dapat membantu untuk mengikis persepsi ini di kalangan masyarakat kita. Saya juga berpendapat sudah tiba masanya perlu ada satu key performance index, dengan izin, ataupun benchmarking yang khusus dan sentiasa dikemas kini untuk mengukur keberkesanan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini dalam menjalankan tugas.

Tuan Yang di-Pertua, esok merupakan genap 61 tahun Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Sepanjang 61 tahun ini saya kira masih ramai di luar sana yang masih belum jelas keperluan wujudnya Dewan Negara dan peranan Ahli-ahlinya. Apatah lagi untuk membezakan antara tugas Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bahasa mudah bagi mereka di luar sana Tuan Yang di-Pertua, masih ada lagi suara-suara sumbang yang cuba untuk menggambarkan Dewan yang mulia ini sebagai rubber stamp, dengan izin, yang hanya meluluskan sahaja apa juga perkara yang diluluskan di Dewan Rakyat.

■1650

Page 72: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 65

Namun, PRU Ke-14 yang lalu telah mentakdirkan perubahan kedudukan berlaku di

Dewan Rakyat tetapi situasi sebaliknya pula di Dewan Negara yang mulia ini. Buat pertama kalinya ramai yang mula merasakan kepentingan Dewan Negara dan betapa besarnya pula peranan Dewan yang mulia ini dalam memperkasakan sistem legislatif negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, meskipun perkara ini akan memberi kesukaran kepada Kerajaan Pakatan Harapan tetapi saya percaya bahawa jika perbezaan ini mampu diuruskan dengan baik, ia akan membantu mengukuhkan lagi sistem demokrasi di negara ini.

Seperti yang disebut oleh Ke Bawah Duli Tuanku dalam titahnya, semua pihak perlu mencari titik persamaan dan bukannya perbezaan, dengan kerjasama untuk kesejahteraan rakyat dan survival negara. Perkara ini telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan negara-negara besar yang mengamalkan sistem demokrasi seperti di Amerika Syarikat yang menyaksikan perbezaan majoriti kuasa di antara Dewan-dewan ini.

Perkara ini tidak menjadikan demokrasi lebih lemah, malah lebih kuat walaupun terdapat perbezaan. Atas semangat ini Tuan Yang di-Pertua, saya yakin dan percaya bahawa semua Ahli yang berada dalam Dewan yang mulia ini akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan survival negara sebagai tanggungjawab utama. Tuan Yang di-Pertua, tanpa penglibatan rakyat dalam sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen ini, sememangnya ia akan menjadi satu sistem yang tempang dan tidak efisien. Seperti yang kita ketahui, perubahan landskap politik yang berlaku pada 9 Mei 2018 berlaku, adalah kerana rakyat memilih untuk melibatkan diri dalam sistem demokrasi.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, 82.23 peratus ataupun hampir 12.3 juta rakyat daripada hampir 14 juta pengundi yang berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka pada PRU Ke-14 yang lalu. Jumlah ini merupakan antara peratus keluar mengundi yang paling tinggi dalam sejarah pilihan raya negara walaupun ia dijalankan pada pertengahan minggu iaitu pada hari Rabu.

Tuan Yang di-Pertua, perubahan landskap politik yang berlaku pada 9 Mei 2018 bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan, dengan izin, by default. Pada hemat saya, ia adalah sesuatu yang terjadi by design, dengan izin. Ia merupakan satu proses perubahan yang panjang. Memakan masa 60 tahun perjalanan masa pembinaan sejarah negara bangsa yang memerlukan pelbagai usaha untuk memastikan perubahan politik ini dijayakan dengan penuh aman dan harmoni. Seperti juga perjuangan kemerdekaan yang bakal kita sambut esok pada kali yang ke-61. Kita memperoleh kemerdekaan ini dengan aman, tanpa pertumpahan darah ataupun pergolakan yang dahsyat seperti yang berlaku dalam kebanyakan negara-negara lain, khususnya di negara-negara dunia yang ketiga.

Tuan Yang di-Pertua, perubahan yang berlaku ini adalah kerana rakyat pada hari ini memperoleh pelbagai ilmu dan informasi serta pengalaman dan mempunyai kebijaksanaan yang tersendiri untuk membuat pilihan. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, when people is well informed, they will make a good decision.

Oleh kerana itu saya merasakan bahawa adalah satu kesilapan bila ada pihak yang membuat dakwaan bahawa perubahan yang berlaku ini adalah kerana permainan propaganda retorik politik, fitnah dan spekulasi yang kononnya menyebabkan rakyat terkeliru dan membuat keputusan yang salah. Jangan sekali-kali kita memandang rendah kebijaksanaan rakyat masa kini untuk memahami persekitaran semasa dan kebolehan mereka untuk berfikir dan membuat keputusan. Sekadar meminjam ungkapan yang digunakan oleh Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, ‘don’t ever we underestimate the people’s power’, dengan izin.

Kuasa rakyat, kuasa keramat. Dengan itu saya ingin mengambil peluang dalam ucapan sulung saya di Dewan yang mulia ini untuk merakamkan rasa terhutang budi dan penghargaan kepada pemimpin-pemimpin dan pejuang bangsa, pendidik umat sepanjang zaman. Ada banyak nama kalau nak disebutkan.

Sekadar nak menyebutkan di Dewan yang mulia ini beberapa nama, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmi, Allahyarham Pendeta Za’ba, Mendiang Tun Tan Cheng Lock, Mendiang V.T. Sambanthan, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan ramai lagi kalau mahu disenaraikan nama-nama besar dalam sejarah negara bangsa ini yang telah memberikan guiding ideas, dengan izin Tuan Yang di-

Page 73: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

66 DN 30.8.2018

Pertua, semuanya menyumbang kepada proses kematangan rakyat dalam membuat keputusan menyusuri sepanjang zaman.

Proses pendidikan, pencerahan dan kematangan rakyat dalam membuat keputusan politik mendapat suntikan alaf baru dengan berlakunya kebangkitan rakyat dalam gerakan reformasi yang bermula pada tahun 1998. Dengan meletakkan agenda reformasi rakyat yang menggesa supaya pelaksanaan urus tadbir yang baik atau good governance, dengan izin, dengan mengangkat nilai-nilai insani manusiawi yang baik sebagai asas utama dalam pentadbiran negara. Ia merupakan titik mula era baru proses pencerahan dan pendidikan real politic yang berlaku di negara kita. Ini telah dinyatakan secara jelas dalam apa yang dinamakan sebagai Deklarasi Permatang Pauh yang menjadi batu asas kepada gerakan reformasi di negara ini selama 20 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh 20 tahun yang lalu, proses pencerahan dan pendidikan real politic ini berlangsung melalui pelbagai medium dan telah digunakan sama ada melalui aktiviti ceramah dan perhimpunan rakyat. Penggunaan media sosial, forum dan wacana bersama rakyat, penulisan makalah dan pelbagai pendekatan lagi yang digunakan untuk memastikan proses celik politik dan pemikiran reformasi dan transformasi serta kesedaran hak rakyat disampaikan.

Tuan Yang di-Pertua, tanggal 9 Mei 2018 adalah tarikh penting dalam sejarah pembinaan negara bangsa Malaysia. Sejujurnya bagi saya, keputusan Pilihanraya Umum Keempat Belas bukanlah kemenangan mutlak mana-mana parti politik. Ia adalah kemenangan rakyat yang dengan beraninya telah membuat keputusan untuk melakukan perubahan.

Inilah Tuan Yang di-Pertua, realiti yang telah berlaku dalam PRU Ke-14. Rakyat dalam negara ini melalui proses perjalanan pendidikan real politic yang sangat panjang. 60 tahun lamanya telah menerima dan memahami mesej yang hendak disampaikan iaitu bahawa politik ini bukan lagi hak eksklusif mana-mana parti politik atau pemimpin politik. Akan tetapi ia adalah hak demokratik rakyat untuk membuat keputusan sebagai insan dan manusia yang bermaruah, dengan izin, the people’s Constitutional rights. Hak yang diperakui dalam Perlembagaan. Oleh kerana itulah, Tuan Yang di-Pertua, rakyat memilih untuk melakukan perubahan kuasa di Putrajaya.

■1700

Dengan rasa penuh humility, dengan izin, saya menyeru kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir serta barisan Kabinet beliau selaku badan eksekutif tertinggi dalam negara sekarang untuk terus komited melaksanakan agenda reformasi dan memperbaiki sistem pentadbiran negara seperti yang terkandung dan dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Ini juga, Tuan Yang di-Pertua, menepati saranan Ke Bawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong supaya Kerajaan Pakatan Harapan yang ada sekarang meningkatkan integriti tadbir urus dan kedaulatan undang-undang di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sampaikan dalam ucapan ini ialah tentang isu pendidikan. Sebagai seorang yang pernah berkhidmat dalam dunia pendidikan sebelum ini, saya melihat institusi pendidikan sebagai satu wahana yang amat penting kerana the end product of education, dengan izin, ialah pembentukan sahsiah diri manusia.

Saya percaya, melalui sistem pendidikan yang lebih baik dan telus akan mampu menyelesaikan pelbagai masalah khususnya masalah sosial yang semakin membimbangkan. Malah, ini juga turut disebut dalam Titah Ke Bawah Duli Tuanku tentang masalah gejala sosial yang semakin serius dan perlu ditangani segera.

Saya ingin mengungkap kembali Falsafah Pendidikan Negara yang pernah diperkenalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Negara berbunyi... [Membaca petikan] “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

Page 74: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 67

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Saya merasa lega pagi ini apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang hadir untuk menjawab sesi soalan telah menyebutkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan sekarang masih melihat Falsafah Pendidikan Negara ini adalah suatu yang amat penting disegarkan semula.

Tuan Yang di-Pertua, sejujurnya kita mempunyai Falsafah Pendidikan Negara yang baik untuk dilaksanakan. Akan tetapi malangnya, kita tidak punya kekuatan jiwa dalam menghayati dan memastikan falsafah ini diangkat setingginya. Sistem pendidikan kita pada hari ini yang masih lagi menekankan aspek pembinaan kekuatan intelektual semata-mata dengan hanya memberikan penekanan kepada kemampuan anak didik untuk menguasai aras-aras dalam kemahiran berfikir, thinking skill, dengan izin, tanpa mengangkat untuk diimbangi dengan aspek-aspek pembinaan kerohanian dan emosi telah memberikan kesan kepada pembinaan modal insan dalam konteks pembinaan negara bangsa.

Ini disebut oleh Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil, seorang tokoh ilmuwan dan pemikir yang sangat dihormati. Dalam komentari beliau mengenai sistem pendidikan masa kini di mana menurut pengamatan beliau, mereka yang berpeluang melalui sistem pendidikan sebenarnya banyak dirosakkan oleh sistem pendidikan itu sendiri yang terlalu bersifat pragmatik dan utilitarian sehingga mengabaikan objektif-objektif utama dalam pendidikan yakni islah al-insan ataupun pembaikan insan.

Kerosakan terhadap sistem pendidikan ini, Tuan Yang di-Pertua, menjadi lebih parah apabila para guru yang merupakan elemen terpenting dalam memastikan proses pendidikan ini berjalan lancar telah dibebani dengan pelbagai permasalahan yang mengakibatkan proses pendidikan semakin lari dari misi dan visi Falsafah Pendidikan Negara. Tidak dilupakan juga, kebebasan akademik di peringkat pengajian tinggi yang turut menerima pelbagai halangan dan sentiasa bias pada zaman pentadbiran yang lalu.

Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa perlu ada satu usaha yang gigih untuk memulihkan kembali sistem pendidikan negara ini. Kehancuran nilai dalam sistem pendidikan negara sememangnya memberikan impak yang sangat besar kepada pembinaan generasi yang berketerampilan, bermaruah dan berintegriti yang diperlukan oleh negara hari ini dalam moving forward, dengan izin.

Saya berharap Yang Berhormat Menteri Pendidikan serta pasukannya akan mengambil serius tanggungjawab ini memandangkan ia adalah satu tugasan dan cabaran yang besar dalam memastikan sistem pendidikan negara dapat dipulihkan dan kebebasan akademik dikembalikan.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan kepada ucapan saya di Dewan yang mulia ini, saya menaruh harapan semoga mudah-mudahan perubahan landskap politik yang kita peroleh pada hari ini mampu mengembalikan semula kegemilangan dan kecemerlangan negara. Secara peribadi, saya menanti perubahan ini untuk berlaku lebih 30 tahun lamanya sepanjang penglibatan saya dalam politik.

Saya doakan semoga keberanian rakyat yang membawa perubahan dalam kepimpinan negara pada tanggal 9 Mei 2018 yang lalu dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan akan membawa kita kepada masa depan yang lebih baik khususnya untuk anak bangsa dan generasi yang akan datang.

Dengan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Ke Bawah Duli Tuanku. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Senator Tuan Ismail bin Yusop. Lagi dua orang lagi.

Page 75: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

68 DN 30.8.2018

Saya jemput sekarang ini Yang Berhormat Senator Datuk Rabiyah binti Ali. Dipersilakan.

5.08 ptg.

Datuk Rabiyah binti Ali: Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kerana memberikan keizinan kepada saya untuk turut sama membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada sesi Istiadat Perasmian Mesyuarat Majlis Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama.

Saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran saya kerana pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan, peralihan kuasa yang berlaku selepas PRU-14 berjalan lancar dan amat tertib serta aman. Ini menunjukkan bahawa prinsip demokrasi Raja Berperlembagaan yang didukung oleh semua rakyat dan institusi politik negara mengamalkan budaya politik matang demi mandat dan amanah yang telah diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan.

Harapan rakyat untuk melihat Malaysia baharu selepas ulang tahun ke-61 Malaya merdeka dan sambutan Pembentukan Malaysia yang ke-53 pada 16 September ini perlu diberikan perhatian serius oleh Kerajaan Malaysia. Ini mengimbangi semula semangat Persekutuan Malaysia, hubungan Persekutuan dan kerajaan negeri dan perkongsian kuasa antara negeri dan Persekutuan selaras dengan prinsip yang dimaktubkan di bawah Perlembagaan Malaysia.

■1710

Justeru melalui perubahan landskap, perubahan politik terkini saya ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan berhubung bagaimanakah dasar dan prinsip hubungan Kerajaan Persekutuan merangkumi aspek pembangunan ekonomi agar peruntukan pembangunan dan prinsip ketelusan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri walaupun berbeza institusi politik. Apakah projek pengisian penganjuran semula projek pembangunan ekonomi dan sosial yang bakal direncanakan semula dalam rancangan pengubahan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia yang kesebelas agar ianya memenuhi hasrat dan prinsip transformasi yang sering dilaungkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Sejauh manakah kerajaan serius bagi melaksanakan reformasi ke atas institusi awam, pendekatan yang paling baik bagi memastikan momentum perpaduan kaum, rasa hormat terhadap agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan memartabatkan Bahasa Melayu serta kepentingan tata amalan warganegara dan bukan warganegara terhadap prinsip Rukun Negara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai sektor ekonomi dan perkembangan semasa ekonomi global, Malaysia yang mendasari naratif baru ke atas prinsip demokrasi perlembagaan memerlukan pendekatan baru untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bumiputera dan sektor ekonomi. Justeru komitmen kerajaan untuk menguruskan fiskal Kerajaan Persekutuan dan mengekalkan unjuran defisit kewangan negara pada kadar 2.8 peratus amat kita alu-alukan.

Justeru saya ingin mendapatkan penjelasan juga berhubung apakah peranan dan tanggungjawab sebenar Majlis Penasihat Kerajaan Pasca 100 hari pembentukan Kerajaan Pakatan Harapan dalam konteks legitimasi Perlembagaan Persekutuan dan apakah penugasan Majlis Penasihat ini mengikut ketetapan seri perundangan negara yang sering berkuat kuasa. Saya mohon perkara ini dijelaskan oleh Pejabat Peguam Negara melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanakah prinsip berita accountability dan ketelusan institusi awam? Bersesuaian 21 janji Pakatan Harapan, di manakah kerajaan menubuhkan Pusat Governans, Integrasi dan Anti-Rasuah Nasional bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan governance, integriti dan pembanterasan rasuah di negara ini yang diketuai oleh bekas

Page 76: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 69

Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, serta bolehkah kerajaan memperincikan peta lakaran unjuran perjalanan GIACC. Bagaimana pula prinsip separation of the power agar pelaku budaya rainseeker terus dihapuskan secara total agar persaingan sihat di sektor ekonomi diberikan keutamaan wajar.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mendepani halangan dan kekangan kenaikan kos sara hidup, kerajaan perlu melaksanakan transformasi ekonomi terutamanya industri pertanian dan perikanan negara bagi memastikan harga barangan makanan mentah tidak mengalami kenaikan significant. Justeru perancangan dan kajian kapasiti hasilan pertanian mengikut daerah dan negeri perlu diaturkan semula agar pembangunan sektor ini tidak mendatangkan masalah besar kepada stok sektor makanan negara.

Justeru, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung dengan berapakah statistik pendaratan ikan oleh nelayan-nelayan tempatan mengikut pusat pendaratan ikan seluruh negara dan bilangan personnel nelayan, bilangan bot mengikut kelas lesen perikanan dan unjuran berkaitan dengan kapasiti modal insan tempatan sehingga 2025.

Saya juga ingin mendapatkan statistik terkini penghasilan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan untuk keperluan domestik serta berapakah keluasan tanah yang diusahakan mengikut negeri sektor pertanian ini mencukupi untuk kegunaan tempatan menjelang 2025. Apakah perancangan yang boleh dirangka Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengupayakan lagi industri sayur-sayuran, sektor perikanan dan penanaman padi agar unjuran penggunaan modal insan tempatan terus di perkasa melalui perancangan holistik semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani?

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan guna tenaga sumber manusia tempatan lebih significant, kerajaan perlu membuat rasionalisasi bagi memastikan resizing penggunaan sumber tenaga kerja tempatan dan mengurangkan penggunaan-penggunaan tenaga kerja asing di pasaran kerja tempatan. Oleh itu kerjasama erat Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perkhidmatan Awam diperlukan untuk memastikan isu kadar upah akreditasi persijilan latihan kemahiran TVET dan latihan semula dilaksanakan dengan jayanya.

Justeru saya ingin mendapatkan perhatian juga bagaimana JPA, MOA, MQA dan Kementerian Pendidikan memastikan masalah akreditasi pelajar lulusan Diploma Vokasional dan juga Malaysia tidak menghadapi masalah akreditasi disebabkan oleh masalah tidak mempunyai kepujian dalam Bahasa Melayu peringkat SPM semasa peralihan transformasi pendidikan vokasional sejak tahun 2012 dan berapa ramaikah pelajar Diploma Vokasional Malaysia ini masih menghadapi masalah untuk bekerja di sektor awam akibat permasalahan pengiktirafan ini.

Bagaimanakah Kementerian Sumber Manusia merancang agar tanggungjawab Persatuan Majikan-majikan Malaysia mengutamakan penggunaan tenaga kerja tempatan melalui penetapan kewajipan pematuhan kehendak statutori agar isu pengangguran lepasan institusi latihan kemahiran dan juga IPT dapat diatasi melalui seri perundangan negara dan kerajaan merangka struktur pembayaran gaji yang lebih sempurna.

Bagaimanakah kerajaan mengkaji semula isu TVET dalam memenuhi industri 4.0 dalam memenuhi keperluan pasaran bebas ekonomi digital agar semua kursus di IKBN, IKM, Pusat Giat MARA, ILP, KKTM, ADPC dan politeknik mendapat pengiktirafan yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, Bank Negara Malaysia perlu lebih serius dalam menangani pasaran mata wang digital agar urus niaga digital ini tidak mendedahkan pengguna kepada aktiviti dagangan haram, penyelewengan anti-money laundering dan juga pembiayaan kewangan.

Justeru saya ingin memohon Bank Negara Malaysia memberikan perincian status dan perancangan kerangka penguatkuasaan, pematuhan perundangan, pemonitoran dan juga langkah mitigasi agar pasaran mata wang digital ini tidak mengeksploitasikan orang ramai. Justeru saya mohon Financial Intelligence and Enforcement Department, Bank Negara

Page 77: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

70 DN 30.8.2018

Malaysia memberikan maklum balas mengenai isu pasaran mata wang digital di Malaysia dari segi jumlah syarikat yang beroperasi dan total volume yang direkodkan sehingga Jun 2018.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menangani kenaikan kos ekoran perubahan Skim Percukaian GST kepada SST, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu lebih agresif memastikan operasi penguatkuasaan dan juga melaksanakan apa-apa ketetapan, pandangan termaktub dalam seri perundangan yang dikawal selia KPDNHEP.

Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah dasar yang bakal diambil dalam mengkaji semula kawalan terhadap permit-permit import dan pengeluaran barangan makanan terkawal agar ia selaras dengan kapasiti permintaan orang ramai tempatan. Bagaimana skala Ops Catut penguatkuasaan yang mampu memastikan isu kenaikan harga barangan dalam senarai Consumer Price Index tidak dieksploitasi? Apakah kerajaan bercadang untuk menyenaraikan lebih banyak barang kawalan?

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu memberikan penekanan khusus untuk memastikan infrastruktur kemudahan sekolah di bandar dan di luar bandar agar pelajar selesa dalam sesi pembelajaran mereka, untuk itu saya mohon penjelasan kerajaan bagaimana kerajaan akan membuatkan perancangan rapi dan kajian separuh penggal RMKe-11 agar semua sekolah tidak menghadapi sekolah dalam isu ketidakselesaan, keupayaan kemudahan asas sekolah.

■1720

Akhir sekali saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Semua persoalan yang dikemukakan akan dapat dijawab oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Datuk Rabiyah binti Ali. Sekarang saya jemput pula Yang Berhormat Senator Datuk Haji Ismail bin Ibrahim.

5.20 ptg.

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua di atas keizinan kepada saya bagi turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja semasa Istiadat Pembukaan Penggal Pertama, Parlimen Keempat Belas pada 17 Julai yang lalu.

Pada kesempatan ini saya ingin menzahirkan kesyukuran dan terima kasih tidak terhingga kepada Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana perkenan Baginda melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal pertama 2018 sehingga 2021, in syaa Allah. Saya juga ingin mengucapkan kepada rakan-rakan Yang Berhormat Senator yang juga mengangkat sumpah pada hari Isnin yang lalu dan harapan saya semoga pengalaman dan perkongsian bijak, pandangan dan pengalaman Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negara akan memartabatkan lagi institusi Dewan Negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, selepas pilihan raya yang ke-14, kita telah melihat berlakunya perubahan kerajaan dan peralihan kuasa dari Kerajaan Barisan Nasional yang memerintah selama lebih 60 tahun kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri Keempat, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kerajaan Pakatan Harapan telah mentadbir lebih dari 100 hari dan saya lihat banyak perubahan yang dilakukan serta pengenalan polisi-polisi baru serta skim percukaian baru bagi memenuhi harapan dan hasrat rakyat untuk meneruskan kelangsungan kehidupan.

Apa yang ingin saya tekankan, semua pihak perlu menghormati prinsip dan tata kelola yang dikanunkan dalam Perlembagaan Malaysia dan memastikan setiap dari individu

Page 78: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 71

mematuhi perundangan dalam negara. Persoalan yang saya ingin kemukakan kepada kerajaan ialah yang pertama, bagaimanakah polisi dan dasar hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri terutamanya dalam mengenal pasti agihan hasil persekutuan dan pemberian tetap kewangan dilakukan dengan lebih adil terutamanya kepada negeri-negeri bukan Pakatan Harapan seperti Sabah, Sarawak, Pahang dan Perlis agar prinsip persekutuan negeri-negeri dilaksanakan secara adil mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Seterusnya, bagaimanakah kerajaan memastikan isu bahasa Melayu terus diperkasakan penggunaannya dalam setiap urusan dalam perkhidmatan kerajaan bagi memastikan keluhuran prinsip Perlembagaan negara dipatuhi sepenuhnya. Bagaimana prinsip perpaduan nasional dapat dijajarkan semula agar tidak berlaku pergolakan dan pertikaian berkaitan dengan amalan agama pelbagai kaum dan terus memastikan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan manakala agama-agama yang lain bebas diamalkan oleh orang ramai tanpa menjejaskan Islam sebagai agama rasmi persekutuan mengikut ketetapan Perlembagaan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, keadaan ekonomi yang sukar dijangka dan pergolakan kuasa geopolitik Amerika Syarikat dan China memerlukan kerajaan melaksanakan satu dasar ekonomi yang inklusif dan bebas serta memastikan hubungan diplomatik antara negara terbesar dagangan dua hala Malaysia terus diberikan keutamaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan dan tidak terjejas. Mengikut laporan Bank Negara bahawa kadar pertumbuhan negara bagi suku kedua 2018 turun kepada 4.5 peratus berbanding dengan 5.8 peratus pada tahun 2017 kerana berlakunya keadaan perubahan landskap politik dan pasaran global, aktiviti eksport dan import.

Oleh demikian, saya mohon penjelasan dari Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengenai langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan sumbangan operasi syarikat-syarikat pelaburan kerajaan GLIC dan GLC memberikan pulangan hasil yang signifikan dalam membantu kerajaan mengekal momentum pertumbuhan pada suku ketiga dan keempat 2018.

Seterusnya, bagaimanakah dapatan hasil kajian Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Tun Daim Zainuddin dapat membantu kerajaan merencana polisi baru dalam mengimbangi fiskal negara agar pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak terjejas. Bagaimanakah kerajaan merangka sektor pembangunan sosial dengan keutamaan diberikan kepada pengupayaan masyarakat luar bandar dan akses peluang pekerjaan kepada lepasan institusi kemahiran TVET, politeknik dan graduan IPT agar pendapatan isi rumah rakyat dapat diperkukuhkan lagi bagi menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagi mengekang kenaikan kos sara hidup rakyat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu menjajarkan semula Dasar Pertanian Negara agar pertumbuhan sektor pertanian yang membekalkan produk pertanian seperti sayur-sayuran, ayam, daging dan buah-buahan diperkasakan lagi. Justeru itu, semua institusi di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani perlu memberikan penekanan agar beberapa perkara berikut diberikan perhatian.

Pertama, saya ingin tahu sejauh manakah, MARDI, FAMA dan Jabatan Pertanian mengunjurkan hasil produk sayuran dan buah-buahan tempatan mencukupi untuk unjuran bekalan pada suku ketiga dan keempat pada tahun 2018 dan 2019?

Seterusnya, bagaimanakah Kerajaan Persekutuan mencari kaedah terbaik untuk melatih belia dan lepasan sekolah menengah dan IPT menceburi bidang pertanian dengan memastikan institusi latihan pertanian di seluruh negara diperkasa dan pakej institusi modal insan diberikan perhatian sewajarnya.

Seterusnya, apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Perikanan dan LKIM dalam memastikan bekalan ayam daging dan ikan di pasaran tempatan mencukupi serta dijual pada harga yang mampu dibeli oleh rakyat B40. Akhirnya apakah strategi dan unjuran import makanan ke pasaran negara dan polisi tahap

Page 79: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

72 DN 30.8.2018

sekuriti makanan negara agar prinsip kenaikan harga bahan makanan di pasaran tidak menjejaskan pasaran bekalan dan makanan negara.

Tuan Yang di-Pertua, sumbangan dalam sektor perkhidmatan amat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sektor pertanian, seni dan budaya merupakan penggerak utama dalam memastikan Malaysia kekal sebagai negara tumpuan pelancong luar negara bagi meningkatkan perolehan pendapatan negara dan penduduk setempat. Persoalan yang ingin saya kemukakan, pertama, sehingga Jun 2018 berapakah bilangan pelancong yang direkodkan melawat Malaysia dan berapakah unjuran yang bakal dicapai pada tahun 2019?

Kedua, bagaimanakah fokus sektor pelancongan negara dengan memastikan aktiviti promosi dan pengisian kalendar pelancongan negara tahun 2019 akan memanfaatkan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia?

Ketiga, bagaimanakah peranan agensi seni dan budaya bagi menyokong pertumbuhan ekonomi berasaskan pelancongan agar ianya menjadi tarikan utama kehadiran pelancong ke negara kita?

Keempat, bagaimanakah fokus yang lebih komprehensif yang boleh dimainkan oleh agensi pembangunan ekonomi dan kebudayaan dalam memastikan industri kreatif dan menembusi pasaran digital di perkasa agar semua aktiviti seni dan budaya digiatkan di seluruh negara dan terus diperkasa dan menyumbangkan secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Selaku Ahli Dewan Negara yang baru, saya yakin dan percaya bahawa Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh dan potensi anak-anak tempatan berupaya untuk menjadikan Malaysia terus cemerlang.

Oleh itu modal insan, tahap pendidikan dan kompetensi diri amat perlu ditingkatkan seiring dengan kemajuan negara. Untuk itu saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan, berapa ramai kah pelajar kolej vokasional dari batch pertama Diploma Vokasional Malaysia mula dilaksanakan menghadapi masalah dalam pengiktirafan?

Kedua, apakah status jawatankuasa TVET yang diwujudkan dalam menjajarkan semula institusi TVET agar selaras dengan keperluan semasa?

Ketiga, bagaimanakah kerajaan merangka projek-projek pembangunan ekonomi baru agar bilangan peluang pekerjaan kepada belia lebih banyak lagi?

Keempat, bagaimanakah latihan komprehensif dapat diberikan kepada belia agar semangat dan usaha gigih menceburi bidang keusahawanan dapat dijayakan melalui perniagaan di pasaran digital global seiring dengan inisiatif Malaysia Digital Free Trade Zone…

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagi?

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, sudah hendak akhir.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, bagus.

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja semasa Istiadat Pembukaan Majlis Parlimen Keempat Belas, Penggal Pertama oleh Tuanku Sultan Muhamad V, Yang di-Pertuan Agong. Semoga Baginda diberikan kesejahteraan dan Rahmat Ilahi dalam memayungi rakyat dan pemerintahan negara. Ampun Tuanku. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli Yang Berhormat dapat bersama kita melaksanakan tugas kita pada petang ini dan esok ialah Hari Kebangsaan negara kita kali ke-61 bertemakan Sayangi Malaysiaku.

Dengan bertemakan Sayangi Malaysiaku, saya berharap semua rakyat dalam hidup dalam aman damai, bersatu padu, sentiasa hormat-menghormati dan terus mengamalkan

Page 80: MALAYSIA · Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dalam mata pelajaran Sejarah, Pendidikan Islam, Pendidikan

DN 30.8.2018 73

nilai murni yang akan menjadi teras kepada kehidupan yang penuh perasaan kasih dan sayang.

Sampan kolek menuju ke hilir,

Sarat penuh dengan muatannya, Jangan berkata hanya dibibir,

Cintakan negara apa buktinya. Bunga melur, bunga kekwa,

Hidup segar dihias melati, Semangat merdeka kekal di jiwa,

Nescaya hidup lebih bererti.

Dengan tema ini juga, yang tua dihormati, yang muda dikasihi.

Dengan itu, sayangilah Malaysia. Sekian, terima kasih banyak.

Sekarang Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 3 September 2018.

Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.32 petang]