konsep

11
2.0 KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA 2.1 Konsep budaya Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah. Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Menurut ensiklopedia bebas, budaya atau kebudayaan secara amnya membincangkan hal - hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila kedua - dua perkataan ini dicantumkan, budaya membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa. Berdasarkan Kamus Dewan (1996) pula, budaya ditakrifkan sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara fikiran), berkelakuan, dan sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.

Upload: mynamesarah

Post on 12-Dec-2014

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

konsep

TRANSCRIPT

Page 1: konsep

2.0 KONSEP KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DI MALAYSIA

2.1 Konsep budaya

Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat

tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat

perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan

budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah.

Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman

perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud

kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai kekuatan

kuasa, tenaga dan pengaruh.

Menurut ensiklopedia bebas, budaya atau kebudayaan secara amnya

membincangkan hal - hal berkaitan budi dan akal manusia. Manakala daya ialah

perkataan Melayu Polynesia bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.

Apabila kedua - dua perkataan ini dicantumkan, budaya membawa maksud tenaga,

fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa.

Berdasarkan Kamus Dewan (1996) pula, budaya ditakrifkan sebagai

tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara fikiran), berkelakuan, dan

sebagainya. Budaya juga diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan

sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,

politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai.

Di samping itu, budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang

diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara

hidup yang diamalkan kebanyakan orang sama ada daripada segi pemikiran, nilai

kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang itu. Budaya merupakan

warisan sosial  manusia, cara pemikiran, perasaan, dan tingkah laku yang boleh

diwarisi.

Page 2: konsep

Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup

manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia meliputi

hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.

Dalam konteks pendidikan semasa, budaya dilihat melalui budaya  di sekolah

yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid

akan dididik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya

dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

2.2 Konsep sosio - budaya

Sosio - budaya pula adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban

bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat

berkenaan dalam pelbagai bidang hidup untuk memberi kepuasan dan meransang

pembangunan hidup masyarakat itu.

Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib (2010 ), iaitu seorang bekas professor Madya

Universiti Teknologi Mara pula telah menyatakan bahawa sistem sosio - budaya

dalam konteks masyarakat Malaysia adalah sistem yang berupa gaya hidup dan

peradaban untuk sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri

masyakarat berkenaan dalam pelbagai aspek hidup.

Sementara itu menurut Andreas Eppin (2008) pula, sosio - budaya ialah

keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan, dan struktur - struktur

kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang

membentuk ciri - ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui

oleh Edward B. Taylor (1963). Beliau memandang sosio - budaya sebagai satu

konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,

kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam dan lain – lain kebolehan serta

kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Page 3: konsep

2.3 Kepelbagaian sosio - budaya di Malaysia

Sosiobudaya yang wujud di Malaysia dipengaruhi oleh kepadatan

penduduknya yang merangkumi lebih daripada 27 juta orang penduduk. Rakyat

dinegara kita ini terdiri daripada lebih dari 200 etnik. Diantara kumpulan terbesar

terdiri dari Melayu, Cina , India, Kadazan-Dusun, Banjar, Iban dan lain-lain lagi.

Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia boleh ditinjau dari segi bangsa, struktur

masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina.

Menurut Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang

mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus Pelajar (1993)

pula memberi takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama usulnya serta

serupa sifatnya. Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap

memiliki identiti bersama, yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai

keterikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya, Melayu, Cina dan India di Malaysia

yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada

kini.

Menurut Mohd Salleh Lebar ( 1998 ), bangsa kadangkala disamakan dengan

ras. Namun, dalam bidang sosiologi, bangsa tidak sama dengan ras. Bangsa

sebenarnya dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa, dan semangat kebangsaan.

Dengan kata lain, bangsa adalah sekumpulan orang yang mempunyai ciri

kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.

Bangsa Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan

mengamalkan adat resam orang Melayu. Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO

pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand,

Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Bagaimanapun menurut Perlembagaan

Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan

Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang

yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Bangsa Cina pula adalah bangsa yang menjadi warganegara atau penduduk

tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba

Page 4: konsep

di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Kaum Cina di

Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain

serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan

budaya kerana batasan agama. Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan"

mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

Orang India Malaysia adalah satu kaum di Malaysia yang berketurunan

daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah

Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu

sebelum dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka

oleh orang Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British.

Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2005, orang India merupakan lebih

kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

Seterusnya, kepelbagaian sosio - budaya di Malaysia dilihat pula daripada

aspek struktur masyarakat atau kelas sosial, iaitu, sekelompok besar manusia yang

saling berhubungan & bergantungan berasaskan satu budaya dan mempunyai

matlamat yang sama. Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti

yang saling bergantung antara golongan yang wujud bersama. Makna "masyarakat"

ialah "segolongan orang yang tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang

teratur". Di Malaysia, struktur masyarakat yang wujud adalah harmoni dan masih

mengekalkan sikap saling hormat - menghormati di antara satu sama lain. Misalnya,

kita dapat melihat masyarakat berbilang kaum, Melayu, Cina, dan India yang dapat

tinggal di dalam satu komuniti di taman - taman perumahan atau sekolah tanpa

sengketa dan sikap prejudis di antara satu sama lain.

Kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia juga dapat ditinjau daripada segi

kepercayaan dan adat resam. Bangsa Melayu, Cina, dan India, serta bangsa minoriti

lainnya mempunyai pelbagai kepercayaan dan adat resam yang berbeza dan tidak

sama. Misalnya, bangsa Melayu adalah beragama Islam. Adat resamnya juga

adalah saling berkaitan dengan kepercayaan agamanya. Contohnya, majlis cukur

jambul dan tahlil. Majlis cukur jambul adalah bertujuan untuk mencukur rambut bayi

yang baru lahir, di mana amalan ini adalah sunnah Nabi Muhammad S. A. W. Majlis

tahlil pula dilakukan dengan menyediakan jamuan makanan kepada jiran dan

Page 5: konsep

saudara - mara bertujuan untuk menghadiahkan bacaan doa kepada seseorang

yang telah meninggal dunia. Bangsa Cina dan India juga mempunyai kepercayaan

dan adat resam masing - masing. Misalnya, bangsa cina mempercayai bahawa batu

jed dapat memberikan keharmonian kepada keluarga mereka. Bangsa India pula

mempercayai bahawa makan di tempat gelap akan menyebabkan mereka berkongsi

makanan dengan hantu atau roh manusia.

Di samping itu, kepelbagaian sosio - budaya di Malaysia turut meliputi aspek

bahasa. Bahasa merupakan medium pertuturan manusia di dalam kehidupan

seharian. Di Malaysia, terdapat 3 bahasa utama yang menjadi pertuturan harian

masyarakat. Salah satu daripadanya adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah

bahasa rasmi Negara yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

Kebanyakkan penduduk di Malaysia dapat bertutur di dalam bahasa Melayu yang

mempunyai loghatnya berbeza mengikut negeri, misalnya, loghat negeri Kedah,

Kelantan, dan Terengganu. Bangsa Cina pula menuturkan bahasa mandarin,

hokkien, hakka, dan teoceuw. Bahasa mandarin adalah bahasa rasmi untuk sekolah

- sekolah jenis kebangsaan dan digunakan sebagai bahasa pengajaran untuk setiap

mata pelajaran. Bangsa India menggunakan banyak laras bahasa, misalnya, telegu,

malayalam, dan tamil. Kebanyakkan daripada bangsa ini menguasai bahasa tamil

yang biasanya digunakan sebagai bahasa perantaraan dan bahasa rasmi di sekolah

tamil.

Secara keseluruhannya, kepelbagaian sosiobudaya ini turut memberi

kesan kepada sistem pendidikan di Malaysia. Situasi ini telah memberikan cabaran

kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada

murid tanpa mengambil kira latar belakang pelajar. Kepelbagaian sosiobudaya

dalam konteks pendidikan adalah berkisar kepada beberapa aspek penting, iaitu,

sekolah, kurikulum tersirat, bahasa, jantina, kepercayaan, dan bangsa.

2.4 Kepelbagaian sosio - budaya di sekolah

Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada

pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Sekolah Wawasan juga

ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Pada

Page 6: konsep

peringkat rendah terdapat Sekolah Kebangsaan ( SK ), Sekolah Jenis Kebangsaan

Cina ( SJKC ), dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( SJKT ). Manakala bagi

peringkat Menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah

Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik, dan Sekolah Menengah Kebangsaan

Agama. Terdapat juga sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah premier. KPM

turut mengadakan sekolah khas untuk pendidikan khas pada peringkat rendah dan

menengah.Selain itu, terdapat juga sekolah seperti Maktab Rendah Sains Mara,

Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa.

Kepelbagaian sosiobudaya juga adalah merangkumi aspek bangsa dan

agama. Di sekolah kebangsaan, wujud kepelbagaian bangsa yang berbilang kaum,

misalnya, kaum Melayu, Cina, dan India. Etnik seperti, dusun, kadazan, dan bajau

pula terdapat di sekolah - sekolah pedalaman Sabah dan Sarawak. Bangsa - bangsa

ini mempunyai agama dan kepercayaan yang berbeza - beza.

Di sekolah juga, wujud kepelbagaian jantina, iaitu, lelaki dan perempuan.

Terdapat juga sekolah satu jantina, sama ada perempuan atau lelaki sahaja.

Kepelbagaian jantina pelajar di dalam satu kelas perlu diberikan perhatian oleh

pendidik daripada segenap aspek pengajarannya, sama ada daripada sudut

pendekatan kaedah, alat bantu mengajar, mahupun aktiviti yang dijalankan. Isu

jantina adalah sangat penting untuk difahami oleh para guru untuk memastikan

pelajar dapat menerima pengajaran secara berkesan dan menyeluruh.

Di samping itu, kepelbagaian sosio - budaya yang dapat dilihat di sekolah

adalah murid yang berbeza - beza kelas sosial. Di Malaysia, wujud dua jenis

sekolah, iaitu, sekolah Bandar dan sekolah luar Bandar atau pedalaman. Pada

kebiasaannya, sekolah Bandar mempunyai kemudahan yang lebih baik daripada

segi infrastrukturnya ataupun kemudahan - kemudahan untuk pembelajaran murid.

Sekolah di kawasan pedalaman atau luar Bandar, khasnya, di Sabah dan Sarawak

sering dilihat kurang mempunyai kemudahan infrastruktur dan pembelajaran. Selain

itu, murid yang berbeza kelas sosial pula mewujudkan dua kelompok mengikut

status masing - masing. Murid yang berstatus tinggi biasanya akan bergaul dengan

golongan yang setaraf dengannya, manakala, murid sederhana dan berstatus

rendah lebih selesa untuk berkelompok bersama mereka yang sama taraf. Keadaan

ini ternyata mengganggu sistem pembelajaran di sekolah, kerana guru sukar untuk

Page 7: konsep

menjalankan aktiviti berdasarkan tugasan berkumpulan, di samping jati diri dan

penghargaan kendiri murid akan terjejas. Keadaan ini sekaligus akan meracit

sebahagian daripada psikologi dan emosi murid sekaligus mengganggu proses

penerimaan pembelajaran di sekolah. Menurut Mohd Salleh Lebar ( 1998 ), secara

umumnya, kesan penempatan murid boleh menggambarkan taraf sosio - ekonomi

sesuatu masyarakat. Murid - murid yang berstatus tinggi biasanya akan ditempatkan

di sekolah premier dan cluster, manakala, murid yang berstatus rendah hanya

mampu bersekolah di sekolah kampong atau pedalaman. Sementara itu, Roland

Meighan ( 1986 ), menjelaskan walau apa pun cara definisi kelas sosial diterangkan,

ia tetap menunjukkan tentang perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam

sesuatu bangsa yang sama. Misalnya, ia mengatakan bahawa murid daripada kelas

pertengahan dan tinggi adalah lebih baik pencapaian akademiknya daripada murid

yang datang daripada murid daripada kelas bawahan kerana terdapat perbezaan

daripada kesediaan masing - masing untuk menikmati kemudahan infastruktur

pendidikan.