kongres kebangsaan india

Upload: sue-suriati

Post on 04-Jun-2018

260 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    1/16

    1

    1.0 PENGENALANAhli ahli sejarah telah bersependapat mengatakan bahawa Kongres

    Kebangsaan India ini merupakan pencetus kepada kebangkitan pergerakan

    nasionalisme di India pada penghujung abad ke 19. Turut dinyatakan dalam

    beberapa buah buku bahawa Kongres telah menggunakan sepenuhnya tenaga

    rakyat bagi menentang tindak tanduk penjajahan British, di samping berusaha

    menggubal dasardasar yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat benua kecil

    itu.1Selain itu, disifatkan bahawa selama dalam penjajahan British di India juga,

    British telah menyifatkan Kongres Kebangsaan India ( KKI ) ini sebagai sebuah

    persatuan yang mampu untuk membawa satu gelombang perubahan yang besar

    dalam arus perubahan politik di India.2 Namun, sebagai ahli sejarah kita tidak

    seharusnya menelan bulat bulat fakta yang telah diterima ini sebaliknya

    seharusnya kita menilai kembali sumbangan Kongres ini bagi melihat kembali

    kaitannya dengan tajuk kajian, serta merujuk kepada beberapa buku hasil tulisan

    daripada sejarawan yang lain. Hal ini disebabkan, terdapat beberapa perbahasan

    yang telah dibincangkan berkenaan kejujuran pucuk pimpinan Kongres sama ada

    bertujuan untuk membela kepentingan semua golongan yang berada di India

    terutama sekali golongan bawahan atau hanya membela golongan tertentu yang

    menjadi penyumbang kewangan utama dalam Kongres itu sendiri.3

    1Suntharalingam.R. et al,Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 155.

    2Pandey. B.N,The Indian Nationalist Movement 1885-1947,Hong Kong, Macmillan Press, 1979, hlm.41.

    3Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 156.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    2/16

    2

    2.0 LATAR BELAKANGIdea penubuhan Kongres Kebangsaan India ( KKI ) datang daripada bekas

    pentadbir British itu sendiri iaitu Allan Octavion Hume. Sejak beliau bersara

    daripada perkhidmatan awam India pada tahun 1882, Hume telah menjalinkan

    hubungan yang erat dengan ahli ahli politik India, beliau sebenarnya berusaha

    untuk memenuhi permintaan Lord Ripon supaya menyampaikan beberapa

    pesanan kepada pemimpin pemimpin India. Ekoran daripada itu, wujudlah

    persetujuan antara Hume dan rakan India yang lain tentang kepentingan

    mempertahankan dasardasar tertentu yang diasaskan oleh Ripon.

    4

    Ahli ahli sejarah telah bersetuju bahawa penubuhan Kongres ini telah

    diasaskan oleh golongan pelajar yang berpendidikan barat dan dipercayai telah

    berkumpul di beberapa bandar utama seperti Calcutta, Bombay, Madras, Poona,

    Allahadab dan Lahore5. Kongres Kebangsaan India ini memperjuangkan

    kemerdekaan India sejak detik ditubuhkan lagi, di samping menuntut untuk

    mewakili seluruh India dan berikrar untuk memperjuangkan kepentingan semua

    rakyat India tanpa mengira bangsa dan agama. KKI juga dalam masa yang sama

    berusaha untuk mengelakkan sebarang perbincangan yang isu yang berunsur

    perkauman agar dapat memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat India yang

    berbilang kaum6. Sebelum penubuhan Kongres ini kumpulan kumpulan pelajar

    berpendidikan barat ini banyak bergerak aktif dalam lapangan politik bagi

    4Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 158.

    5 Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 156.

    6Anbalakan. K,Jurnal Ilmu Kemanusiaan.Jil.|Vol.1, Oktober 1994, hlm.40.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    3/16

    3

    menyelesaikan masalah masalah rakyat dalam ruangan akhbar dan majalah

    namun mereka bergerak di kawasan yang berasingan7. Antara persatuan yang

    bergerak aktif pada ketika itu termasuklah Persatuan India, Persatuan Madras,

    Persatuan Rakyat Poona, Persatuan Wilayah Bombay, Persatuan Rakyat

    Allahabad dan Persatuan India yang berpusat di Lahore8.

    Jadi, pendekatan inilah yang telah diambil oleh Hume seperti yang

    dinyatakan dalam tulisan W.C Bonnerjea iaitu, Mr. A. O Hume, C. B had in

    1884, conceive the idea that it would be of great advantage to the country if

    leading Indian politicians could be brought together once a year to discuss social

    matters and be upon friendly footing with each other, he did not desire that

    politics should form part of their discussion, for, there were recognized political

    bodies in Calcutta, Bombay, Madras and other part of India, and he thought that

    these bodies might suffer in importance if when Indian politician from different

    parts of the country came together, they discussed politics.9

    Desakan untuk menubuhkan satu gerakan kebangsaan India ini sebenarnya

    berpunca daripada kekecohan yang telah dicetuskan melalui dasar dasar yang

    diperkenal dan diperbaharui oleh Lord Ripon sendiri, sewaktu pemerintahan

    beliau dijalankan beliau banyak telah menarik balik dasar dasar yang telah

    dilaksanakan Gabenor Jeneral sebelumnya Lord Lytton dan melayan India bukan

    7Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 156.

    8Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.378.

    9 Pandey. B.N,The Indian Nationalist Movement 1885-1947,Hong Kong, Macmillan Press, 1979,hlm.5.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    4/16

    4

    sebagai tanah jajahan British sebaliknya sebagai sebuah negara yang akan

    berkerajaan sendiri.10

    Selain itu, isu utama yang disebutkan oleh Hume sebelum penubuhan

    Kongres ini adalah isu berkait dengan rang undang undang Ilbert ( akta yang

    digubal bertujuan untuk membolehkan hakim berbangsa India mengadili orang

    Eropah yang melakukan kesalahan jenayah di setiap daerah di India. Walau

    bagaimanapun, rang undangundang ini yang dibentangkan di Majlis Undangan

    Pusat telah mendapat tentangan daripada kaum Eropah dengan tercetusnya letusan

    politik, golongan Eropah ini mendesak pemerintahan Ripon supaya meminda

    undang undang11

    tersebut sebelum digubal dan Ripon terpaksa mengikut

    telunjuk mereka.

    Hal ini sangat membimbangkan Hume sehingga dituliskan bahawa Hume

    telah mengeluh kepada Lord Ripon dengan mengatakan bahawa, jika dengan

    seorang Viceroy sedemikian sifatnya, hal hal adalah begini, jadi apakah

    harapan yang ada untuk masa hadapan?...siapakah yang dapat kita percayai?12.

    Seterusnya, dinyatakan bahawa krisis rang undang undang Ilbert ini telah

    membolehkan Hume menghubungkan dirinya dengan seluruh persatuan yang

    terdapat di bandar bandar utama India13

    , sebelum beliau kemudiannya

    memberitahu Lord Dufferin mengenai penubuhan Kongres ini pada Mei 1885 dan

    akan bersidang buat pertama kalinya pada Disember 188514

    .

    10 Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 157.

    11Suntharalingam. R, Indian Nationalism An Historical Analysis,India, Vikas Publishing, 1983, hlm.110.

    12 Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 158.

    13Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.359.

    14Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 156.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    5/16

    5

    3.0 DASAR PERJUANGAN KONGRES KEBANGSAAN INDIAPrinsip perjuangan Kongres Kebangsaan India pada awalnya, menurut

    pandangan Hume adalah untuk menyatukan penduduk India yang terdiri daripada

    pelbagai kaum dan bangsa, disebabkan hal inilah KKI sangat mementingkan

    demokrasi tulen dalam setiap perbincangan yang dijalankan dalam Kongres. Hal

    ini bermakna sekiranya terdapat sebarang bantahan mengenai usul yang

    dibentangkan Kongres akan mengambil sifat berdiam diri demi mengelakkan

    perpecahan dalam kalangan ahli di samping turut melarang ahli ahli Kongres

    untuk membincangkan isu isu sensitif yang boleh mendatangkan kemarahan

    kepada pihak lain dalam Kongres tersebut.

    Pada mulanya Kongres ini tidak bersifat anti- British memandangkan

    individu yang benar benar mendesak untuk mewujudkan Kongres itu sendiri

    merupakan bekas pentadbir British. Dalam memperjuangkan prinsip prinsip

    KKI, Kongres kemudiannya lebih menumpukan perhatian kepada pembaharuan

    yang dijalankan berbanding memperjuangkan kemerdekaan India walaupun

    sebenarnya matlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan India telah wujud

    sejak penubuhan Kongres. Hal ini terbukti dengan merujuk kepada persetujuan

    antara Hume dan rakanrakan Indianya tentang kepentingan mempertahankan

    dasar dasar tertentu yang diasaskan oleh Ripon15

    . Antaranya melibatkan

    kebebasan akhbar, pemindahan kuasa politik kepada rakyat tempatan,

    pengiktirafan kesamaan taraf antara para pegawai berbangsa Eropah di India

    dalam perkhidmatan awam dan kehakiman, penurunan beban cukai yang

    ditanggung oleh rakyat jelata, dan penolakan dasar perluasan tanah jajahan British

    15 Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 158.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    6/16

    6

    yang membazirkan wang kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk

    pembangunan dalam negeri, khususnya pendidikan asas dan pendidikan

    teknikal.16

    Jika kita melihat kembali harapan Hume terhadap kewujudan Kongres

    awalnya ialah supaya Kongres menjadi benih bagi sebuah parlimen peribumi,

    untuk mengikis dakwaan bahawa India masih tidak layak sama sekali untuk

    menganggotai sebarang institusi perwakilan, agar asas pemerintahan di India

    dapat diperluaskan lagi, rakyat India diberikan peranan yang wajar dan sah serta

    berazam untuk menghapuskan semua prasangka ras, agama atau wilayah yang

    wujud dalam kalangan semua pencinta negara India.17

    Jelas menunjukkan di sini

    bahawa matlamat perjuangan KKI pada awalnya ini bersifat secara menyeluruh

    dan melibatkan semua penduduk di India tanpa mengira kelas, agama mahupun

    bangsa.

    Namun hal yang sebaliknya berlaku, apabila KKI benar - benar bersidang

    pada Disember 1885,Kongres yang pada awalnya berpegang kepada prinsip

    memperjuangkan hakhak orang India secara aman telah bertukar menjadi hanya

    membela golongan tertentu seperti pihak atasan dan zamindar sahaja. Pertukaran

    pegangan Kongres ini berlaku dalam sekelip mata dan satu hal bagi saya sebagai

    sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Perkara ini dapat dilihat dengan lebih jelas

    lagi melalui isu isu yang dibincangkan kemudiannya serta pegangan yang

    dipilih oleh Kongres bagi menangani setiap isu yang dibentangkan.

    16Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 174.

    17Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 159.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    7/16

    7

    Seterusnya, kita dapat lihat juga melalui isu isu yang telah dibawa

    Kongres kebanyakannya memberi keputusan yang hanya berpihak kepada

    golongan atasan sahaja. Tambahan pula, masyarakat seperti petani dan buruh

    yang tidak berpendidikan tidak ada wakil mutlak yang akan memikirkan dan

    membahaskan sebarang penderitaan atau keperluan mereka secara rasmi, dan

    berkenaan golongan bawahan hanya terdapat segelintir daripada ahli Kongres

    yang terlibat prihatin dengan penderitaan, keperluan serta kezaliman yang berlaku

    ke atas mereka. Namun hal itu tidak mencukupi untuk mengubah nasib golongan

    bawahan.

    Selain itu, untuk melihat dengan lebih jelas lagi peranan yang telah

    dimainkan oleh Kongres ini bagi membela nasib golongan atasan sahaja di India ,

    kita boleh merujuk kepada tuntutantuntutan Kongres yang telah dibuat sebelum

    ini iaitu tuntutan pertama merujuk kepada tuntutan terhadap peperiksaan ICS18

    ,

    tuntutan seperti ini dikritik kerana memberikan peluang kepada orang

    berkemampuan sahaja dan sudah pastinya orang biasa tidak dapat menduduki

    peperiksaan ini kerana memerlukan perbelanjaan yang banyak. Hal yang sama

    juga dikritik terhadap tuntutan kedua dan ketiga iaitu yang melibatkan tuntutan

    pemberian jawatan jawatan tinggi kepada peribumi di India yang berkelayakan

    dan tuntutan bagi memperluaskan lagi majlismajlis tempatan serta perbanyakan

    lagi wakil peribumi India.

    18Pandey. B.N,The Indian Nationalist Movement 1885-1947,Hong Kong, Macmillan Press, 1979,hlm.7.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    8/16

    8

    4.0 ISU AKTA YANG DIBINCANGKAN KKI ( BUKTI KONGRESTIDAK AMBIL BERAT SOAL MASYARAKAT BAWAHAN ).

    4.1 AKTA PENGHIJRAHAN BENGAL, 1882Akta Penghijrahan Bengal ini telah digubal pada tahun 1882 iaitu

    tahun sebelum kewujudan KKI lagi. Walau bagaimanapun, perihal akta ini telah

    dibentangkan semula dalam Kongres Kebangsaan India pada tahun 188519

    .

    Tujuan akta ini dibincangkan semula adalah kerana pemimpin kuat dalam

    persatuan India iaitu S.N. Banerjea ( pemimpin kuat Persatuan India )telah

    membangkitkan soal akta ini bagi meluahkan ketidakpuasan terhadap kezaliman

    secara berterusan yang sedang berlaku kepada penduduk India tanpa sebarang

    sekatan. Hal ini sebenarnya merujuk kepada kekejaman yang tercatat dalam Akta

    Penghijrahan Bengal bahawa para pekerja kontrak yang ponteng kerja atau

    melarikan diri jika ditangkap, golongan ini akan diserahkan kepada mahkamah

    untuk dipenjarakan.

    Jelas terang di sini, akta ini sebenarnya memberi tekanan kepada

    pekerja India itu sendiri, hal ini disebabkan punca pekerja kontrak melarikan diri

    atau ponteng kerja adalah disebabkan gaji yang dibayar oleh golongan Syarikat

    Perladangan Eropah di Assam terlalu sedikit. Akta ini jelas menunjukkan berat

    sebelah kerana dijalankan berasaskan alasan tenaga kerja yang tidak mencukupi

    untuk mengusahakan ladang mereka. Jadi, tidak ragu ragu lagi bahawa akta

    tersebut hanya mementingkan tuntutan oleh golongan atasan sahaja. Padahal,

    mereka sepatutnya mengambil kira kesan terhadap semua kelas yang wujud agar

    tidak wujud unsur berat sebelah atau sebarang kezaliman berlaku terhadap rakyat

    19Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.421.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    9/16

    9

    India, sesuai dengan prinsip yang sepatutnya dipegang oleh Kongres pada

    awalnya.

    Perwakilan Bengal iaitu S. N Banerjea terus meminta Kongres

    untuk terus mendesak kerajaan British bagi meminda akta tersebut namun telah

    ditolak oleh pucuk pimpinan Kongres. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa

    Kongres tidak mengambil langkah yang drastik bagi menyelesaikan masalah yang

    dihadapi oleh golongan bawahan walaupun dinyatakan bahawa Kongres

    kemudiannya telah menghantar bantahan pada tahun 1888 dan bantahan tersebut

    telah ditolak sebelum diluluskan lapan tahun kemudian

    20

    ini memberikan

    gambaran bahawa Kongres gagal untuk menyelesaikan masalah rakyat dalam

    masa yang singkat sebaliknya memakan masa begitu lama.

    4.2 AKTA PENYEWAAN TANAH BENGALAkta yang telah diwujudkan in pada awalnya bertujuan untuk

    menetapkan kadar sewa yang berpatutan kepada para penyewa tanah bagi

    mengusahakan tanah milik tuan tuan tanah. Akta ini dalam masa yang sama

    cuba untuk meringankan beban yang ditanggung oleh golongan rakyat yang

    semakin menderita. Jadi, pihak ahli Kongres telah mendesak pucuk pimpinan

    Kongres supaya membuat satu akta berkaitan tanah di Bengal bagi menetapkan

    kadar sewa yang berpatutan ini. Namun, jawapan yang mengecewakan telah

    diperoleh daripada pucuk pimpinan Kongres kerana Kongres enggan untuk

    melaksanakan akta tersebut hanya kerana khuatir akan mendatangkan kemarahan

    20Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 173.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    10/16

    10

    daripada golongan zamindar yang menyertai Kongres sekali gus menyebabkan

    penarikan diri zamindar zamindar tersebut daripada Kongres dan sekira hal

    yang dikhuatiri ini berlaku ini bermakna KKI akan kehilangan sumber utama

    punca kewangan mereka. Maka jelas lagi sekali di sini, KKI lebih mementingkan

    golongan atasan daripada memikirkan tindakan untuk membela golongan

    bawahan yang terdiri daripada buruh dan petani.

    4.3 AKTA PEMILIKAN HAK MILIK TANAH PUNJAB ( 1900 )Akta tersebut hanya membenarkan pemindahan tanah antara kelas

    kelas pertanian tradisional, baik tuan tanah mahupun petani yang

    bertanah. Kewujudan akta ini telah mendatangkan bantahan daripada

    golongan Aryan yang terdiri daripada kasta cetti kerana dikatakan akta

    tersebut telah mengancam kedudukan ekonominya di desa dan dianggap

    sebagai satu tindakan daripada British yang berusaha untuk menyekat

    kedudukannya di desa21.

    Jadi, golongan ini telah berusaha untuk menggagalkan usaha British

    bagi melaksanakan akta ini dengan tindakan seperti memujuk para

    perwakilan untuk menghadiri persidangan Kongres di Lucknow supaya

    mengutuk rang undang undang itu dengan alasan bahawa ia akan

    mengeringkan pinjaman kepada kelaskelas pertanian22

    .

    Usul bantahan mengenai akta ini telah diterima pada awalnya dalam

    persidangannya tahun 1899 kerana golongan kelas tuan tanah dan petani

    21 Suntharalingam.R. et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1985, hlm. 165.

    22 Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.400.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    11/16

    11

    dari Punjab tidak menghantar wakil pada ketika itu jadi usul tersebut telah

    diterima tanpa bantahan oleh Jawatankuasa Usul.

    Namun hal yang sebaliknya berlaku apabila Kongres kemudiannya

    bersidang di Lahore bagi membincangkan isu tersebut, walaupun Lahore

    merupakan kubu kuat bagi Aryan tetapi daya usaha puak ini untuk

    mendapatkan restu Kongres supaya mengutuk akta tersebut telah menemui

    kegagalan oleh sebab bantahan daripada perwakilan Muslim23

    . Hal ini

    disebabkan oleh perlantikan enam orang wakil Muslim dalam perwakilan

    Jawatankuasa Usul yang sebilangan besar terdiri daripada golongan tuan

    tanah.

    Akhirnya, kata sepakat tidak dapat dicapai kerana terdapat dua pihak

    yang bercanggah mengenai tuntutan masingmasing, maka Jawatankuasa

    Usul telah sepakat untuk menangguhkan pertimbangan ini pada soal akan

    datang24

    . Hal ini kemudiannya memberikan keuntungan kepada para tuan

    tanah Muslim di Punjab kerana mereka kini berupaya untuk merampas

    tanah para petani yang tidak mampu menjelaskan hutang mereka dan

    golongan tuan tanah ini tidak perlu lagi menghadapi sebarang saingan dari

    sebarang kelas saudagar mahupun ceti yang tinggal di bandar untuk

    merampas tanah tanah tersebut kerana akta ini telah menghalang

    golongan mereka untuk campur tangan. Sekali lagi ditekankan di sini

    bahawa isu ketiga yang disebutkan dalam KKI ini juga tidak mengambil

    23Mehrotra. S. R, The Emergence of The Indian National Congress, London,Vikas Publications,1965,hlm.435.

    24Pandey. B.N,The Indian Nationalist Movement 1885-1947,Hong Kong, Macmillan Press, 1979,hlm.9.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    12/16

    12

    kira langsung soal golongan bawahan seperti petani dan buruh padahal

    golongan inilah yang paling akan terjejas sekiranya akta ini dijalankan

    secara berterusan.

    4.4 PEMISAHAN BENGAL

    Dinyatakan sebelum ini bahawa salah satu tujuan

    penubuhan KKI adalah untuk memupuk perpaduan wilayah dan kelas,

    Kongres juga berusaha untuk merapatkan hubungan antara kaum kaum

    yang wujud di benua kecil India

    25

    . Namun hal sebaliknya berlaku apabila

    berlakunya pemisahan Bengal antara kawasan Bengal Timur dan Bengal

    Barat, walaupun telah dinyatakan oleh Lord Curzon bahawa pemecahan

    tersebut adalah untuk tujuan pentadbiran, tetapi golongan nasionalis India

    berpendapat dasar pecah dan perintah itu sebenarnya adalah untuk

    memecahbelahkan orang Bengal mengikut agama dan cuba untuk

    memajukan orang Muslim di timur.

    Sehubungan dengan itu, dasar ini telah menimbulkan perasaan

    tidak puas hati dalam kalangan ahli Kongres di Calcutta sehingga

    menyebabkan tercetusnya tunjuk perasaan secara besar- besaran dan pada

    ketika inilah dapat kita lihat dengan jelas bahawa ahliahli Kongres pada

    ketika itu telah berpecah kepada dua golongan iaitu golongan moderat dan

    radikal. Golongan radikal diketuai oleh Bal Gangadar Thilak.

    25Suntharalingam.R., et al, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Petaling Jaya, Fajar Bakti Sdn

    Bhd, 1985,hlm.167.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    13/16

    13

    Hal ini adalah disebabkan pucuk pimpinan Kongres telah

    mengambil keputusan untuk turut sama menentang pemisahan Bengal

    tersebut namun usul perjuangan golongan radikal ke arah kemerdekaan

    telah ditolak oleh pucuk pimpinan Kongres26

    yang terdiri daripada usul

    seperti memulaukan barang import British, memperkenalkan pendidikan

    nasional dan berjuang untuk mencapai kemerdekaan sendiri. Penolakan

    usul oleh golongan radikal ini telah yang menyebabkan berlakunya

    perpecahan dalam kalangan ahli Kongres itu sendiri, dan turut dinyatakan

    bahawa pada 1915 sewaktu kepulangan Gandhi ke India semula,

    perpecahan dalam kalangan ahli Kongres ini masih berlaku.

    Jadi, jelas dapat kita lihat di sini bahawa dalam Kongres sendiri

    telah berlaku perpecahan dalam kalangan ahli yang selama ini cuba

    dielakkan dan hanya usul pemisahan Bengal yang diterima oleh pucuk

    pimpinan Kongres sebaliknya usul yang bersifat lebih radikal telah

    diketepikan oleh Kongres walaupun kita lihat usul yang dicadangkan itu

    sebenarnya mampu membawa kesan yang lebih baik kepada penduduk

    India terutama sekali golongan bawahan tetapi disebabkan pada ketika ini

    Kongres masih berpegang pada prinsip tidak bersifat anti British maka

    usul tersebut telah ditolak.

    26Pandey. B.N,The Indian Nationalist Movement 1885-1947,Hong Kong, Macmillan Press, 1979,hlm.8.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    14/16

    14

    5.0 KESIMPULANKesimpulan yang dapat kita buat setelah meneliti semua faktafakta yang

    telah diterima berkaitan Kongres Kebangsaan India sepanjang 1885 1905 ini

    adalah Kongres ini gagal untuk mengutamakan golongan bawahan dalam setiap

    isu yang telah dibawa ke dalam persidangan sebaliknya lebih mengutamakan

    golongan atasan dalam setiap keputusan yang telah dibuat.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    15/16

    15

    BIBLIOGRAFI

    BUKUBUKU

    Jawaharlul Nehru.Indias Freedom. London. Barnes & Noble Inc. 1962.

    Mehrotra. S. R. The Emergence of The Indian National Congress. London. Vikas

    Publications. 1965.

    Pandey. B.N. The Indian Nationalist Movement 1885-1947. Hong Kong.

    Macmillan Press. 1979.

    Suntharalingam. R. Indian Nationalism An Historical Analysis. India. Vikas

    Publishing. 1983.

    Suntharalingam.R., et al. Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah. Petaling Jaya.

    Fajar Bakti Sdn Bhd. 1985.

    JURNAL

    Anbalakan. K.Jurnal Ilmu Kemanusiaan.Jil.|Vol.1. Oktober 1994.hal.40.

  • 8/13/2019 Kongres kebangsaan India

    16/16

    16