hubungan india dan malaysia: tumpuan pada masa … · 2017. 3. 7. · kongres kebangsaan india...

15
HUBUNGAN INDIA DAN MALAYSIA: TUMPUAN PADA MASA KEPIMPINAN NEHRU (1930-1964) ZUBAIDAH HAMZAH, M.A.- PENGENALAN Kontak di antara benua keeil India dengan Tanah Melayu merupakan satu kontak yang sudah lama terjalin. Pengkajian tentang hubungan dua negara ini sejak zaman awal lagi sudah lama dilakukan oleh sejarahwan-sejarahwan dan juga ahIi-ahli arkeologi. Thpik-topik pengkajian adalah mencakupi bidang sejarah, sosio-budaya terutamanya di dalam melihat proses Indianisasi di Tanah Melayu dan Asia Tenggara amnya. Mengimbas kembali sejarah hubungan di antara kedua-dua negara ini secara kasarnya dapat dibahagikan kepada tiga jangkawaktu. Pertamanya meliputi hubungan awal di antara India dengan AJam Melayu. Hubungan pada peringkat ini begitu jelas dalam melihat aspek pengaruh kebudayaan India ke atas aspek-aspek sosio-budaya, sosio-agama dan politik kerajaan- kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu. Hubungan pada zaman ini lebih berkait rapat dalam bentuk hubungan perdagangan antara India dan Asia Tenggara. Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang begitu strategik dan juga tarikan emas menjadikan ianya tumpuan utama dalam merapatkan hubungan dua negara ini. Quaritch-Wales menganggap Semenanjung Tanah Melayu memainkan peranan sebagai "penghubung utama" dalam mem- perluaskan kawasan yang berpengaruh India di Asia Thnggara.' HasH daripada hubungan peringkat ini wujudnya kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu yang mengaplikasikan ideologi politik India seperti konsep-konsep devaraj, * Penulis adalah Pensyarah di Jabatan Sejarab, Universiti Kebangsaan Malaysia 1 Quaritcb-Wales, "Malayan Archaelogy of the mdia Period: Some Reconsiderations", IMBRAS (43) I, 1970. him. 7. 103

Upload: others

Post on 08-Feb-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • HUBUNGAN INDIA DAN MALAYSIA: TUMPUAN PADA MASA

    KEPIMPINAN NEHRU (1930-1964)

    ZUBAIDAH HAMZAH, M.A.-

    PENGENALAN

    Kontak di antara benua keeil India dengan Tanah Melayu merupakan satu kontak yang sudah lama terjalin. Pengkajian tentang hubungan dua negara ini sejak zaman awal lagi sudah lama dilakukan oleh sejarahwan-sejarahwan dan juga ahIi-ahli arkeologi. Thpik-topik pengkajian adalah mencakupi bidang sejarah, sosio-budaya terutamanya di dalam melihat proses Indianisasi di Tanah Melayu dan Asia Tenggara amnya.

    Mengimbas kembali sejarah hubungan di antara kedua-dua negara ini secara kasarnya dapat dibahagikan kepada tiga jangkawaktu. Pertamanya meliputi hubungan awal di antara India dengan AJam Melayu. Hubungan pada peringkat ini begitu jelas dalam melihat aspek pengaruh kebudayaan India ke atas aspek-aspek sosio-budaya, sosio-agama dan politik kerajaan-kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu. Hubungan pada zaman ini lebih berkait rapat dalam bentuk hubungan perdagangan antara India dan Asia Tenggara. Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang begitu strategik dan juga tarikan emas menjadikan ianya tumpuan utama dalam merapatkan hubungan dua negara ini. Quaritch-Wales menganggap Semenanjung Tanah Melayu memainkan peranan sebagai "penghubung utama" dalam mem-perluaskan kawasan yang berpengaruh India di Asia Thnggara.' HasH daripada hubungan peringkat ini wujudnya kerajaan-kerajaan awal di Tanah Melayu yang mengaplikasikan ideologi politik India seperti konsep-konsep devaraj,

    * Penulis adalah Pensyarah di Jabatan Sejarab, Universiti Kebangsaan Malaysia 1 Quaritcb-Wales, "Malayan Archaelogy of the mdia Period: Some Reconsiderations",

    IMBRAS (43) I, 1970. him. 7.

    103

  • MALAYSIA dari segi SEJARAH

    cakravartill dan mandala. Melalui konsep devaraj inilah menyebabkan semakin rapatnya hubungan Tanah Melayu dengan India kerana penglibatan golongan Brahman India yang memainkan peranan penting dalarn upacara-upacara pengabsahan seseorang raja. Peripentingnya konsep devaraj dalarn institusi politik tersebut menyebabkan golongan Brahman telah dibawa masuk ke istana dan diberi kedudukan dan jawatan pentadbiran istana.

    Lanjutan daripada itu, kemunculan kerajaan Kesultanan Melaka dengan Melaka menjadi pusat perdagangan entrepot telah mengukuhkan perhubungan di antara kedua negara ini. lni jelas dengan kebergantungan kedua-dua negara ini untuk urusan-urusan perdagangan laut. Hasilnya telah wujud banyak penempatan-penempatan orang India di Melaka. Keadaan ini aktumya mem-bawa kepada lebih banyak penghijrahan-penghijrahan masuk pedagang-pedagang India.

    Hubungan peringkat kedua dengan India adalah apabila British telah menduduki Tanah Melayu. Mulai abad ke-18, pihak penjajah British telah menguasai sebahagian bcsar India dan juga Tanah Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi hubungan di antara kedua-dua negara. Hubungan ini lebih jelas di dalarn hal pengimportan buruh-buruh India ke Tanah Melayu oleh pihak British bagi memenuhi keperluan tenaga buruh untuk mengerjakan ladang-Iadang kopi, getah dan gula yang banyak diusahakan sejak tahun 1850-an' Bermula dari itu permintaan terhadap buruh-buruh India semakin meningkat. Untuk memudahkan urusan pengimportan buruh-buruh India ini, Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bcrsekutu telah menubuhkan Jawatankuasa Imigresen India (I.I.C.) pada tahun 1907.' Pada peringkat ini hubungan di antara India dan Tanah Melayu lebih melibatkan pihak British sebagai pengantara dalarn menggukuhkan hubungan dua negara ini. Pihak British selaku pemerintahlpenjajah kedua-dua negara ini telah meng-ekspoitasikan hubungan ini untuk kepentingan dan keperluan pihak British dalarn aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial .

    Pada permulaan tahun 1930-an, perkembangan politik India telah mula mengalami perubahan di mana tokoh-tokoh tempatan atau pemimpin India sendiri telah turut sarna terlibat di dalarn urusan pentadbiran tcrutamanya daripada kalangan pemimpin-pemimpin parti Kongres Kebangsaan india. Perkembangan ini bukan sahaja telah membawa satu dimensi baru dalam

    2 Kcmial Singh. Sandhu. Indians in MaJaya: Some Aspects of the Immigration and Setrle-menl (1786· 1957). Cambridge (1969). hal. 47 . Liha! juga Sinnapah Arasaratnam. Indian in Malaysia and Singapore. Oxford University Press. Kuala Lumpur. 1970.

    3 Usha Mahajani. The Role of India Minorities in Burma and Malaya . New York. 1973 .

    104

  • HUBUNGAN INDIA DAN MALAYSIA: TUMPUAN PADA MASA KEPIMPINAN NEHRU (/930-1964)

    perkembangan politik India tetapi turut melibatkan perubahan hubungan dengan dunia luar. lni adaIah kerana tokoh-tokoh penting dan pemimpin-pernimpin parti Kongres Kebangsaan India telah mula membentuk arah tujuan dasar luar negara India terutamanya kepada negara-negara Asia yang mempunyai komuniti India sebagai pendudukoya. Pada masa ini tokoh-tokoh Kongres Kebangsaan India terutamanya Pandit Jawaharlal Nehru tidak sahaja memikirkan kepentingan politik India ke arah membentuk negara India merdeka tetapi turut melihat keperluan negara-negara Asia untuk turnt serta di dalam program anti-imperialismenya. Kongres Kebangsaan India telah mengeluarkan satu resolusi yang berbunyi:

    "the freedom of India must be a symbol of and prelude to the freedom of all other Asiatic nations under foreign domination Burma, Malaya, Indo-China, the Dutch Indies must also allain their complete freedom" .'

    Perkembangan ini telah membawa kepada hubungan yang semakin rapat di antara India dan Tanah Melayu. lanya mula menampakkan perubahan di mana hubungan ini sedikit sebanyak telah mula mengurangkan peranan pihak British sebagai pengantara. Lanjutan daripada ini membawa kepada pengukuhan hubungan antara India di dalam era ketiga iaitu era kedua-dua negara menuju kemerdekaan yang akhirnya membentuk satu dimensi barn ke arah mewujudkan hubungan resmi kedua-dua negara selepas kemerdekaan. Pada peringkat inilah peranan yang dimainkan oleh Jawaharlal Nehru selaku pemimpin kerajaan India begitu penting di dalam merapatkan hubungan dua negara ini.

    JAWAHARLAL NEHRU DAN DASAR LUARNYA

    Pandit Jawaharlal Nehru merupakan tokoh paling dominan apabila memperkatakan tentang dasar luar India sejak dari zaman pra-merdeka sehinggalah kepada zaman selepas merdeka. Nehru merupakan orang yang banyak memberikan sumbangan terhadap pembentukan asas-asas untuk polisi dasar luar kerajaan India.' Beliau merupakan tokoh yang menerajui kepimpinan

    4 8andyopadbyaya. J. The Making of Indias Foreign Policy, Culcutta, 1970. hlm. 72. 5 Untuk perbincangan kbusus mengenai Dasar Luar India semasa Nehru sUa lihat. M.S. Rajan.

    India's Foreign Relation During the Nehru Era (1976). Nasenko, lawaharlal Nehru and India's Foreign Policy (1977) dan Bandyopadbyaya, The Making of India's Foreign Policy. Calcutta. (1970).

    105

  • MAUlYSIA dari segi SEJARAH

    daJarn parti Kongres Kebangsaan India dan selepas kemerdekaan India telah dilantik menjadi Perdana Menteri pertarna India dan juga turnt memegang jawatan Menteri Hal EhwaJ Luar India selarna tujuhbelas tahun. Dalarn proses awal pembentukan dasar luarnya Nehru berpegang kepada konsep "Pachasheela" yang membawa maksud utama kearnanan . sejagat. Elemen penting daJarn "Panchasheela"nya iaJah "mutual respect for each other's territory, integrity and sovereignty, mutual non-interference in each other's internal affairs; equality; mutual benefit; and peaceful coexistence'"

    Berpegang kepada elemen-elemen inilah Nehru dan kerajaan India telah semalcin teguh berpegang kepada konsep berkecuaJi dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa apabila melibatkan haJ-ehwal daJarnan sesebuah negara

    WaJau bagaimanapun di daJarn era menuju kemerdekaan Nehru telah melaungkan dasar untuk melibatkan semua negara-negara di bawah penjajahan untuk turut sarna di daJarn usaha membebaskan diri dan mencapai kemer-dekaan. Nehru dan parti Kongres Kebangsaan India telah berpegang kepada dasar "freedom of all exploited nations of the world".' Kongres juga telah meluluskan satu resolusi yakni,

    "the future peace, security and ordered progress of the world demand a world Federation of free nations, and on no other basis can the problems of the modern world be solved. Such a federa-tion would ensure the freedom of the member nations, prevent aggression and exploitation by one of another. protect national minorities, lead 10 the advancement of all backward areas and peoples, and the utilization of world resources for the common benefit of all nation".'

    Pada tahun 1928, Kongres Kebangsaan India menekankan kepada perjuangan kebebasan India turut menjadi sebahagian perjuangan dunia alas dasar anti-imperialisme.' DaJarn ucapannya pada Asian Relations Conference di New Delhi, Nehru telah menekankan kepada kerjasarna dari semua untuk pembebasan daripada penjajah.

    6 7 8 9

    M.S.

    "in order to have one world, we must also in Asia, think of the countries of Asia cooperating together for that larger ideal". "

    Rajan, Indian's Foreign Relalions During the Nehru Era. Bombay (1976). hlm. Bandyopadyaya (1970). blm. 68. Ibid. hIm. 69. Ibid. hIm. 70.

    10 Ibid. hIm. 72.

    106

    10.

  • HUBUNGAN INDIA DAN MALAYSIA: TUMPUAN PADA MASA KEPIMPINAN NEHRU (/930-1964)

    Penekanan kepada dasar-dasar kesamaan di antara India dengan negara-negara lain Asia yang dijajah turut mempengaruhi Neluu di dalam dasar luamya dengan sikap keprihatinannya terhadap perkembangan-perkembangan di negara-negara Asia yang lain. Atas dasar inilah Neluu memberikan perhatian utama terhadap hubungan antara India dengan Tanah Melayu apatah lagi Tanah Melayu mempunyai ramai penduduk berasal daripada India. Neluu begitu prihatin kepada perkembangan dan segala permasalahan yang berkaitan dengan komuniti India di seluruh pelusuk dunia. Tanah Melayu merupakan antara negara yang paling ramai mempunyai komuniti India. Ini adalah kerana penjajahan British telah mengakibatkan perkembangan industri perladangan di Tanah Melayu yang memerlukan tenaga buruh yang ramai. Untuk menampung keperluan tenaga buruh ini pihak British telah mengimport tenaga buruh daripada India untuk bekerja di ladang-ladang kopi, gula dan getah. Permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga buruh India ini menyebabkan kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menubuhkan Jawatankuasa Imigresen India (LLC.) pada tahun 1907. Penubuhan Jawatan-kuasa ini adalah untuk memudahkan segal a urusan penghantaran buruh-buruh India ke Tanah Melayu." Pada tahun 1922, kerajaan British India telah meluluskan Akta lmigresen 1923 dengan menetapkan beberapa syarat utama bagi mendapatkan kebenaran penghijrahan keluar daripada India. Pada tahun 1923 pula kerajaan British Malaya telah menubuhkan satu Kod Buruh untuk memastikan bahawa semua syarat-syarat penghijrahan termasuk pengawas keadaan-keadaan tempat kerja, skim gaji, dan perkara-perkara lain yang melibatkan kebajikan buruh-buruh India di Tanah Melayu.12 Malangnya apabila berlaku kemelesetan ekonomi pada tahun 1930-an dan pertambahan buruh-buruh China di Tanah Melayu turut mempengaruhi keadaan buruh-buruh India_ Seringkalinya di dalam banyak hal kebajikan tenaga buruh India adalah jauh lebih buruk berbanding dengan tenaga buruh China. Keadaan ini telah menyebabkan buruh-buruh India telah mendesak dan meminta campur tangan kerl\iaan India dalam menangani masalah buruh-buruh India. Hasilnya kerajaan India telah melantik V.S. Srinivesa Sastri untuk melihat dan menyiasat keadaan pekerja-pekerja India. Satu laporan mengenai siasatan ini telah diterbitkan, Neluu telah memutuskan untuk mengadakan lawatan untuk melihat keadaan pekerja-pekerja buruh India. Dalam lawatannya pada bulan Mei 1937 itu Neluu menyuarakan rasa kesalnya ke atas ketidakadilan dan ketidaksamaan

    II Usha Mahajani. The Role of India Milwrities in Burma and Malaya, New York (1973), him. 97.

    12 Ibid, him. 98.

    107

  • MALAYSIA dari ugi SEJARAH

    layanan yang diberika terhadap buruh-buruh India berbanding buruh-buruh China. Nehru juga menyarankan kesatuan sekerja buruh-buruh India ditubuhkan agar kebajikan buruh-buruh India terjamin. 13 Aldbatnya pada tahun 1938. Dewan Undangan India telah menyekat peoghijarahan buruh India Ice Tanah Melayu atas desakan Central India Association of Malaya (ClAM). ,. Malangnya usaha-usaha yang dilakukan oleh ClAM pada peringkat ini masih tidak mendatangkan hasil yang memuaskan kerana keadaan dan kebajikan buruh-buruh India masih di dalam keadaan tertekan. Keadaan-keadaan ini telah menggalakkan lagi hubungan antara pemimpin India di Tanah Melayu dan parti Kongres Kebangsaan India. Kongres India telah berpegang keapda dasar.

    "where Indian labour has been employed and Indian capital in-vested. the committee considers that their just interest should be properly safeguarded with due regard to the primary claims and interest of the people of the country concerned. All such problems should be considered by the representalions of those countries and of India on a basis of mutual adjustment. No concessions should be given or new rested interests created by British authori-ties in form of foreign capital in Burma and Malaya. which cur-tail the right of the peoples of those countries or which injure existing Indian interests there ". 1S

    Atas dasar ini sekatan tahun 1938 diteruskan selagi tiada jaminan bahawa keadaan buruh-buruh India termasuk keadaan tempat kerja. kemudahan asas dan gaji ditingkatkan.

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pula membawa satu arus perubahan yang memberi arah baru perjuangan orang-orang India di Tanah Melayu. Pihak Jepun telah mengekploitasikan dan memperalatkan pemimpin-pemimpin India untuk bekerjasama dengan mereka. Hasilnya atas pakatan dan kerjasama dengan Subhas Chandra Bose. Tentera Pembebasan India (INA) telah ditubuhkan dan Tanah Melayu telah menjadi pusat gerakan INA. S.C. Bose telah melaungkan slogan kebebasan kepada semua pihak terutamanya kepada golongan buruh-buruh yang tertindas dan menekankan bahawa tujuan utama gerakan INA adalah untuk membebaskan India daripada penjajahan

    13 George Netto. Indian Malaya: Historical Facts and Figures. Singapore 1961. blm. 44, 14 Untuk keterangan lanjut sila lihat. Kernia! Singh Sandhu. Indians in Malaya: Somt

    Aspects of their Immigration and Sell/emenl 11786-1957}. Cambridge (1969). 15 M.S. Rajan, Indian's Foreign Relations . . " him. 241.

    108

  • HUBUNGAN INDIA DAN MAV,YSIA: TUMPUAN PADA MASA KEPlMPlNAN NEHRU (/930-1964)

    British. 16 Untuk mencapai matlarnatnya INA dan India Independence League telah membentuk kerajaan sementara. Usaha-usaha giat dijalankan untuk mendapatkan sokongan kewangan dan politik daripada orang-orang India di Tanah Melayu khususnya dan di Asia Tenggara arnnya. Pada peringkat ini INA temyata mendapat sokongan rarnai penduduk India di Tanah Melayu. Menjelang akhir tahun 1942, harnpir 16,000 orang sukarelawan telah bersarna-sarna menyertai INA dan memberikan sokongan ke alas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh INA. Banyak cawangan-cawangan INA telah ditubuhkan di Tanah Melayu. INA telah menggunakan slogan "Chalo Delhi" (pergi ke Delhi) untuk mendapatkan lebih rarnai orang-orang India untutuk turut serta di dalarn INA. Orang-orang India di Tanah Melayu telah bergiat dalarn INA sehingga akhir tahun 1944 telah berjaya mendapat sokongan moral dan material daripada orang-orang India di Tanah Melayu khususnya dan juga di rantau Asia Tenggara. Malangnya apabila tentera JepUl\ menyerah kal~ pada tahun 1945, INA turut dibubarkan.

    Apabila pihak British mengarnbilalih pemerintahan di bawah pentadbiran tentera British (BMA), ianya memberikan tumpuan utama terhadap pemimpin-pemimpin India yang terlibal dengan INA. Ramai daripada pemimpin-pemimpin India telah dihukum penjara atas dakwaan bersubahat dan bekerjasarna dengan tentera Jepun di dalarn menjatuhkan kerajaan British. lanya juga turut melibatkan orang-orang India yang berkhidmat di jabatan kerajaan. Tekanan-tekanan dan hukuman-hukuman yang dikenakan oleh BMA telah menimbulkan berbagai reaksi daripada orang-orang India dan juga golongan nasionalis India. Pada pertengahan tahun 1945, berita-berita tentang kekejarnan dan sikap prajudis BMA terhadap orang-orang India semakin meluas dan telah mendapat perhatian pihak Kongres India. Pihak Kongres India telah mengutuk kerajaan British Malaya di bawah BMA. Desakan-desakan daripada orang-orang India di Tanah Melayu telah menyebabkan kerajan India menghantar peguam-peguam India untuk membela orang-orang India yang ditahan oleh BMA. Kekecohan di kalangan orang-orang India dan permintaan daripada orang-orang India begitu mendesak kerajaan India untuk campur tangan telah menyebabkan Jawaharlal Nehru dihantar untuk mententerarnkan kekecohan tersebut. 17 Ketibaan Nehru pada 17 Mac 1946 telah disarnbut oleh wakil Lord Louis Mountbatten dan S.K. Chettur, wakil kerajaan India ke Tanah Melayu. Kerajaan British menegaskan bahawa lawatan

    16 Usaha Mahajani. The Role of Indian Minorities (1973). him. 147. 17 M.S. Rajan. Indian:r Foreign Relations . . " hIm. 241.

    109

  • MAUlYSIA dari segi SEJARAH

    ini tidak boleh bennotitkan politilc tetapi semata-mata untulc memberilcan bantuan psilcologi dan mententeramlcan lceadaan orang-orang India. I. Lawatan Nehru itu telah mendapat solcongan hebat daripada orang-orang India dan juga pendudulc tempatan. Oi dalam ucapannya Nehru selcali lagi menyaranlcan lcepada lcerjasama negara-negara Asia untulc membebaslcan diri. Oi samping itu Nehru turnt menyatalcan bahawa Tanah Melayu begitu sesuai untulc menjadi pusat pembentulcan negara Asia yang bersatu untulc masa depan rakyat Asia dan kepentingan kebebasan dunia. 19 Beliau juga menegaskan bahawa India akan bersama-sama bersatu tenaga untuk kebebasan semua negara sama ada Indonesia, Tanah Melayu ataupun negara-negara lain di dunia'o

    Selain itu, Nehru juga memberilcan jaminan bahawa selepas kemerdekaan kerajaan India akan memberikan tumpuan dan perhatian kepada lcebajilcan orang-orang India di luar negara. Hasilnya pada 26 Mac 1946, Nehru telah menubuhkan Indian Relief Committee (IRCM) yang akan bertanggungjawab di dalam mengendalikan urusan-urusan berkaitan orang-orang India di Tanah Melayu. Nehru juga telah menubuhkan program bantuan untuk orang-orang India yang mislcin di Tanah Melayu. Selain itu kerajaan India telah menghantar Indian Government Medical Mission (IGMM) untuk memberikan bantuan perubatan kepada orang-orang India. IGMM telah berjaya menubuhkan pusat-pusat perubatan di ladang-Iadang getah di beberapa negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Berikutan daripada itu kerajaan India telah menghantar The Congress Medical Mission (CMM) untuk memberilcan perhatian perubatan kepada orang-orang India. Lama lcelamaan CMM turut memberilcan perkhidmatannya lcepada golongan-golongan bulcan India di Tanah Melayu.

    Lawatan Nehru bennula daripada 17 Mac ini bukan sahaja selcadar mengamankan kekecohan di kalangan orang-orang India tetapi ianya benar-benar memberikan kesan psikologi terhadap orang-orang India di mana or-ang-orang India lcini mula mempunyai keyakinan diri dan turut sarna-sarna bergerak di dalam gerakan-gerakan berunsur politik.21

    Nehru di dalam lawatannya menjanjilcan bahawa kebajikan orang-orang India akan sentiasa diawasi. Oalam ucapannya beliau menyatakan,

    18 Ibid. 19 Straits Times. 18 Mac 1946. 20 Ibid 21 Untuk perbincangan lanjut sila lihat Rajeswary Ampalavanar. The Indian Minority and

    Political Change in Malaya 1945· /957. Oxford University Press. Kuala Lumpur. 1981.

    110

  • HUBUNGAN INDIA DAN MALAYSIA : TUMPUAN PADA MASA KEPIMPINAN NEHRU (1930-1964)

    "India could not forget her sons and daughters overseas. AI-Ihough India could not defend her children overseas directly to-day. the lime is soon coming when her arms will be long enough to pro/eel them". 22

    Walau bagaimanapun Nehru menegaskan.

    "Cerwinly we do not like any cOlmlry 10 ill-lrem Indian citizens or India no/fona/s. or 10 give them a place which is lower than ilwi of 01 hers. Bill while India would do il olllmosl 10 proteci legitimate interests, it would not protecl any vested interests which injure Ihe cause of Ihe counlry Ihey are in "."

    Mengikul Ampalavanar

    "Ihe visil of Neh'" 10 Malaya in 1946 dramatically emphasized Ihe Indian Nalionalist Government's paternal interesl in Ihe Malayan Indian Community" ."

    Keadaan ini dan perkembangan baru polilik di anlara kerajaan India dan penduduk India di Tanah Melayu mendapal pelbagai reaksi daripada beberapa pihak." Hakikalnya. lawalan ini sedikil sebanyak menaikkan kesedaran komunili India untuk bergerak aktif dalarn pertubuhan-pertubuhan berbentuk polilik. Bermula daripada lahun 1945-1950. Nehru dan Parti Kongres Kebangsaan India menjalinkan hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin India dalarn MIC. MIC turul menghanlar delegasi untuk menghadiri perjumpaan tahunan Kongres Kebangsaan India dan juga Kongres Kebangsaan India turut peka dengan sebarang perkembangan gerakan polilik India di Tanah Melayu" Hubungan rapal anlara MIC dan parli Kongres Kebangsaan India menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pertubuhan-pertubuhan polilik dan komunili lain di Tanah Melayu .. Lanjutan dari itu timbul persoalan sarna ada MIC harus turut sarna lerlibal di dalarn membenluk perlembagaan Malaysia alas alasan· bahawa kebanyakan pemimpin MIC adalah bukan warganegara Malaysia.27

    22 R. Ampalavanar. The Indian Minority and Po/ilical Change in Malaya J945·J957. Kuala Lumpur (1981), him. 22.

    23 M.S. Rajan. India's Foreign Relations . . " him. 207. 24 R. Ampalavanar. The Indian Minority. . . Kuala Lumpur (1981). him. 22. 25 Ibid. 26 Ibid .. him. 26. 27 Ibid.

    I 1 I

  • MALAYSIA dari segi SEJARAH

    Pergolakan ini sekiranya bcrlanjutan boleh membawa kepada masalah komunalisme atau isu perkauman yang akan memudaratkan komuniti India sendiri dan juga perkemhangan politik Tanah Melayu amnya. Lantaran itu pada tahun 1950 Nchru telah menyuarakan:

    "Indians in Malaysia shollid nol look 10 India for any help. ne;-

    ther is India in a position to render any because she has her OHm problellls 10 soil'e and her o\\'n popllialion to look afler"."

    Pcnyataan ini telah turut mengubah arah haluan gerakan parti MIC terhadap Kongres Kebangsaan India." Walau bagaimanapun, sumbangan Nehru kepada komuniti India tidak dapat dinafikan terutamanya sumbangan terhadap menimbulkan kesedaran di kalangan orang-orang India untuk rurut serta dalarn perjuangan politik dan usaha-usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

    Pada bulan Jun 1950, Jawaharlal Nehru telah berkata bahawa di masa-masa akan datang India akan menjadi penghubung utanla antara Asia dengan negara-ncgara lain. Beliau turut mcnegaskan:

    "Look allhe map. Ifvall have 10 consider any qlleslion e/fecling

    Ihe Middle Easl. India inev;ll!blv cOllies into Ihe picture. If .1'011 have to consider any question concerning Soull, · /:.'asf Asia. Y(lU cannOI (/v so without Indio ".JO

    Nehru turut menekankan peripenting peranan yang perlu dimainkan oleh negara-ncgara Asia di dalam orgartisasi Commonwealth. Nehru melihat bahawa Commonwealth merupakan tapak untuk negara-negara Asia untuk

    melibatkan diri secara langsung dalam arena politik antarabangsa. Atas a1asan-alasan dan demi kcpcntingan politik kerajaan India Nehru telah mengekalkan keahliannya di dalarn pcrtubuhan tersebut. Beliau juga mengharapkan bahawa Tanah Melayu juga akan turu! mencapai status yang sarna di dalam Com-monwealth seperti India. Keputusan India untuk terus kekal di dalam Com-monwealth walaupun setclah merdeka turut mempengaruhi negara-negara Asia lain termasuk Tanah Melayu untuk terus menanggotai Commonwealth. Mcngikut M.S . Rajan:

    "If India had nOI so decided, il is dOllblfll1 in Ihe leaSI if lhere would have heen any significant additions 10 Commonwealth

    28 Ibid .. him. 27. 29 Ibid .. him. 26. 30 S.M . Burke. India and Pakislani's Foreign Policy. Ox.ford. 1974. him. 94.

    112

  • HUBUNGAN INDIA DAN MAlAYSIA: TUMPUAN PADA MASA KEPIMPINAN NEHRU (1930-1964)

    membership among the newly independent Asian African States ". JI

    Untuk ini, Nehru merupakan tokoh yang memberii

  • MALAYSIA dari segi SEJARAH

    propaganda komurtis dengan mengandaikan bahawa penubuhan Malaysia adalah sebagai satu penindasan dalam bentuk "neo-kolortialisme". Konfrantasi Indonesia irti telah menjadi lantang sekali. Keadaan ini akhirnya membuat kerajaan India dan Nehru berada di dalam dilema kerana India sejak awal lagi telah memberi sokongan kepada Malaysia. Sekiranya sokongan secara terbuka diberikan kepada Malaysia ianya akan mengeruhkan hubungan sedia ada di antara India dan Indonesia yang mula merosot." Irti adalah kerana China akibat krisisnya dengan India telah cuba untuk menaikkan senti men anti-India di Indonesia. Akhirnya untuk menyelesaikan hal ini, Nehru telah menjelaskan alasan-alasan mengapa India memberi sokongan padu kepada cadangan penubuhan Malaysia tersebut. Nehru menerangkan adalah menjadi dasar kerajaan India sejak dari awal lagi akan membantu dan memberi sokongan kepada negara-negara Asia untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajah. Dalam ucapannya di India, Nehru menegaskan bahawa "Matlamat utama yang menjadi tumpuan untuk India adalah koloni-koloni British harus berhenti dari terus menjadi koloni"."

    Walau bagaimanapun sikap pro-Malaysia yang ditunjukkan oleh India menambahkan ketegangan hubungan antara India dan Indonesia. Oleh yang demikian Nehru sekali lagi telah menyatakan "Kami inginkan keamanan dan pembangunan di Asia Tenggara. Karni adalah sahabat kepada Indonesia, Persekutuan Tanah Melayu dan Filipina." Beliau juga mengharapkan idea penubuhan Malaysia ini akan mendapat sokongan dan mencapai satu persetujuan sesama mereka. Nehru mengharapkan suasana akan kembali harmorti apabila isu penubuhan Malaysia ini tamat kelak." Keadaan menjadi bertambah tegang apabila British mengumumkan tentang Perjanjian Malay-sia pada 9 Julai 1963. Perjanjian ini telah menyatakan bahawa British akan menyerahkan kedaulatannya di Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Ma-laysia. Pengumuman ini menimbulkan kemarahan dan protes daripada Indo-nesia dan Filipina. 38

    Sebagai penyelesaiannya, satu perjumpaan ketiga-tiga pemimpin negara ini telah diadakan pada bulan Ogos 1963. Hasilnya persetujuan telah dicapai untuk menyelesaikan masalah ini dengan mendapatkan respon daripada negeri-negeri iaitu Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei, Satu Suruhanjaya telah dilantik oleh.BBB untuk mendapatkan pandangan rakyat negeri-negeri tersebut 35 B.D. Arora. "India. Indonesia . .. ", hlm. 563 . 36 Ibid. 37 Ibid. 38 Ibid .. him. 577.

    114

  • HUBUNGAN INDIA DAN MALAYSIA: TUMPUAN PADA MASA KEPIMPINAN NEHRU (/930-1964)

    mengenai penyertaannya di dalam penubuhan Malaysia. India telah mem-berikan sokongan penuh kepada rancangan tersebut dan menganggap bahawa ianya adalah cara terbaik untuk menyelesaikan konflik antara Indonesia, Persekutuan Tanah Melayu dan Filipina. Walau bagaimanapun konflik timbul kembali apabila keputusan Suruhanjaya itu diumumkan yang akhirnya membawa kepada pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963. Nehru sekali lagi menyokong keputusan tersebut dan mengalu-a1ukan penubuhan Malaysia tersebut dan satu perutusan rasmi telah dikirimkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Thnku Abdul Rahman.

    Keputusan yang diambil oleh India ini merupakan satu langkah yang benar-benar menunjukkan komitmen dan sokongan sepenuhnya yang diberikan oleh kerajaan India terhadap Malaysia walaupun sokongan ini akan me-mudaratkan lagi hubungan antara kerajaan India dan Indonesia. Kerajaan India sentiasa terus memberikan sokongan padunya kepada Malaysia untuk cuba menonjolkan India dan melibatkan Malaysia dalam pertubuhan-pertubuhann Asia yang lain. Ianya jelas apabila India sentiasa membuat saranan agar Malaysia turut dijemput untuk menyertai persidangan Afro-Asia.

    Kerajaan Malaysia sepertimana kerajaan India turut mempastikan bahawa sokongan padu di antara kedua negara harus sentiasa dipupuk agar hubungan yang harmoni dan positif akan kekal di antara kedua-dua negara tersebut. Keadaan ini nyata apabila berlakunya konllik di antara kerajaan India dan China akibat daripada pencerobohan sempadan utara India oleh China. Pencerobohan ini akhirnya menyebabkan tercetusnya peperangan yang dikenali sebagai Peperangan India-China pada bulan Oktober 1962'9 Sebelum berlakunya konllik ini hubungan di antara India dan China terutamanya pada tahun 1930-an hingga 1940-an adalah begitu baik sekali. Ketegangan hubungan di antara India dengan China bermula apabila China telah mula menunjukkan sikap agresifnya dengan mencerobohi kawasan TIbet yang menjadi penghubung antara India dan China. Walau bagaimanapun Nehru yang teguh berpegang kepada dasar berkecualinya (Iloll-aligllmellt) masih percaya dan menaruh harapan bahawa China tidak akan berlaku sebarang bentuk cubaan agresif Nehru begitu idealistik di dalam melihat hubungan China dan India apatah lagi selepas Perjanjian Panchasheela 1954 dipersetujui oleh China. Nehru menyatakan bahawa:

    "This area of peace could be spread over the rest of Asia and

    39 Untuk kcterangan Janjut ten tang isu ini . lihat W.F. Van Eekelen. Indian Foreign Policy and the Border Dispute wjlh China. Netherlands (1967).

    I I 5

  • MAI.AYSIA dar; seg; SEJARAH

    indeed over Ihe resl oJ Ihe world"."

    Harapan Nehru ternyata meleset apabila China telah mula mengambil langkah yang lebih agresif dengan mencerobohi sempadan India. Akibatnya pada bulan Oktober meletusnya peperangan sempadan antara India dan China. Peristiwa ini telah menggugat kestabilan politik India dan ianya turut mendapat perhatian negara-negara lain. Di dalam ketegangan ini. Persekutuan Tanah Melayu telah memberikan sokongan dna memihak kepada negara India seeara terbuka. Tunku Abdul Rahman turnt menyuarakan bantahannya terhadap tindakan pcncerobohan negara China. Tunku berpendapat bahawa satu-satunya negara Asia yang berkuasa dan negara-negara lain harus tunduk kepada China.'l Selain itu China juga bercita-cita untuk menjadikan rantau Asia sebagai medan utarna perjuangan komunis dan ingin mengundang India sebagai sebuah negara demokrasi yang boleh berpengaruh di rantau Asia Tenggara khususnya.

    Tunku di dalam memberikan sokongannya secara terbuka kepada India telah menegaskan bahawa sokongan ini adalah berdasarkan pcrjuangan India dengan China adalah satu perjuangan Komunis dengan Demokrasi." Penegasan ini dibuat untuk mengelakkan timbulnya rasa tidak puas hati di kalangan penduduk China di Tanah Melayu . Tunku sentiasa mengulangi bahawa perjuangan ini bukannya pcnentangan terhadap China atau orang China tetapi melihatnya sebagai pcnentangan terhadap pengaruh komunisma.

    Pandangan dan penilaian Tunku terhadap isu India-China itu turnt mendapat sokongan daripada Tan Siew Sin selaku presiden parti MCA. beliau juga menegaskan bahawa pcndirian Tunku itu harus dilihat seba~ai pendirian politik dan tidak harus timbul sensidri perkauman mengenainya. Walau bagaimanapun ada pihak-pihak yang turnt merasakan kekhuatiran tcntang sokongan ini kerana bimbang akan timbulnya isu perkauman dan menggugat keharmonian negara.

    Namun Tunku masih berpegang kepada konsep bahawa demokrasi harus dibela. Tunku bukan semata-mata memberikan sokongan moralnya tetapi turnt meberikan sumbangan material kepada India. Tunku telah melancarkan satu tabung awam yang dikenali sebagai "Tabung Selamatkan Demokrasi". Tunku turut merayu agar negara-negara lain teurtamanya negara-negara Com-monwealth agar turnt memberikan sokongan dan bantu an kepada India. Tunku

    40 Bandyopadhyaya. The Mak;ng oJ . .. . 1970. him. 242. 41 Straits Times. I November 1962. 42 Vishal Singh. "The Reactions of South-East As ian Countries", Inlernational Studies

    Quarterly l oumal of the [ndia School of International Studies. New Delhi . Vol. V. No. 5. 1963-1964. him. 80.

    I 16

  • HUBUNGAN INDIA DAN MALAYSIA: TUMPUAN PADA MASA KEPIMPINAN NEHRU (1930·1964)

    menegaskan bahawa langkah ini perlu bukan sahaja untuk membantu India tetapi juga untuk membendung agar komunisme tidak berkembang di Asia Tenggara khususnya penubuhan ''Tabung Selamatkan Demokrasi" ini telah disokong sepenuhnya oleh Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO. MeA dan MIC. Hasilnya kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah dapat menyum-bangkan sebanyak satu juta dollar Amerika kepada negara India. Sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh Thnku kepada India telah mengukuhkan lagi hubungan di antara India dan Tanah Melayu.

    Persekutuan Tanah Melayu sebagai mengenang jasa-jasa kerajaan India terutarnanya oleh Nehru seboleh-bolehnya ingin memastikan bahawa hubungan dua hala antara kerajaan India dan Persekutuan Tanah Melayu sentiasa baik. Ini jelaS apabila berlakunya konflik antara India-Pakistan mengenai isu Kash-ntir. Tunku sekali lagi secara tidak langsung telah memberikan sokongan kepada India dengan mengkritik tindakan yang dilakukan oleh Kashmir. Sokongan yang diberikan oleh Thnku kepada India mengeruhkan hubungan di antara Malaysia dan Pakistan yang akhimya menyebabkan Pakistan telah menarnatkan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia. Walau bagaimanapun Thnku masih tetap memberikan sOkongan kepada India. Hakikatnya Pakistan sejak dari awal tidak begitu memberikan sokongan kepada Malaysia terutarnanya dalarn isu-isu penubuhan Malaysia dan konfrantasi Indonesia. Sikap Pakistan yang lebih pro-Indonesia turut mempengaruhi Thnku dalarn melihat konflik di antara Pakistan dan India ini.

    Sebagai kesimpulannya. jelas bahawa hubungan di antara Malaysia dan India (1930-1964) sejak dari awallagi berada di dalarn keactaan yang baik. Hubungan baik ini adalah secara tidak langsung disebabkan perkaitan yang rapat di antara pemimpin-pemimpin India sarna ada pacta masa pemerintahan British dan selepas kemerdekaan. yang sentiasa memberikan perhatian dan perkembangan kepada orang-orang India di Tanah Melayu. Kepekaan yang ditunjukkan oleh Nehru terhadap perkembangan politik India turut mem-pengaruhi hubungan di antara dua negara India. Malah pemimpin-pemimpin politik Tanah Melayu juga turut menjadikan perjuangan politik India sebagai salah satu model untuk Tanah Melayu. Sumbangan dan sokongan yang diberikan olch Nehru kepada Persekutuan Tanah Melayu tidak kurang nilainya terutamanya di dalam usaha-usaha dan galakan yang diberikan untuk melibatkan antarabangsa. Nehru selaku orang yang bertanggungjawab terhadap pembentukan dasar luar India telah meletakkan satu tapak yang baik Iagi menjamin hubungan baik di anatara India dan Malaysia.

    I 17