komsas : kaduk, ayam dan raja (zurinah hassan)

28
Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Upload: imtiyaz-99

Post on 18-Jul-2015

3.427 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Page 2: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda bernamaHakim yang berusaha untuk mendapatkan tanah datuknyasemula yang tergadai disebabkan datuknya kalah dalampertandingan ayam suatu ketika dahulu. Berdasarkansejarah keluarganya, datuknya ialah Pak Kaduk, iaitusuatu nama yang sangat popular dalam cerita tradisionalMelayu. Datuknya telah kalah dalam pertandingan sabung

ayam dengan raja. Sebenarnya Pak Kaduk tidak kalah, tetapi disebabkan kebodohannya menyebabkan raja telahmerampas tanah miliknya. Anak Pak Kaduk bernamaHassan. Hakim ialah anak Hassan.

Page 3: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi berusahauntuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadaidengan bantuan rakannya, Azam yang juga merupakanseorang peguam. Dengan hujah dan bukti yang baikAkhirnya Hakim berjaya mendapatkan tanah tersebutsemula.

Tanah seluas empat ekar itu telah digunakanuntuk menternak ayam secara kontrak dengan Syarikat RAJA. Hakim memilih bidang penternakan ayam keranadia selalu mendengar pemimpin negara berkata bahawanegara terpaksa mengimport bahan makanan dari luarnegara sedangkan negara memiliki tanah terbiar yang

sangat banyak. Kata-kata itu telah membakarsemangat Hakim untuk membantu negara bagimenyediakan bahan makanan kepada rakyat.

Page 4: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Dengan pinjaman daripada pelbagai pihak, akhirnya Hakim berjaya memulakan penternakan ayam sebanyak 10 000 ekor.

Setelah hampir setahun, Hakim berbincang denganazam tentang pendapatan hasil ternakan ayamnya. Hakim menjelaskan kepada Azam bahawa pendapatannya yang banyak telah dipotong untuk membayar hutang kepada

pihak RAJA dan juga hutang bank. Walaupun Hakim sendiri yang menternak ayam, tetapi hasilnya telahdiekspoitasi oleh pihak lain.

Bagi Hakim, keadaan ini tidak ubah seperti kisahdatuknya yang diekspoitasi oleh raja untuk merampastanahnya. Hakim perlu meneruskan ternakan ayam keranatanahnya juga akan dirampas jika dia gagal membayarhutang bank atau hutang RAJA.

Page 5: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Tema

Cerpen ini bertemakan kesungguhan dan kegigihanseorang anak muda yang menceburi bidang

keusahawanandan cabaran yang dihadapi olehnya, Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi berusaha untukmendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai

dengan bantuan rakannya, Azam. Dengan hujah dan buktiyang baik, akhirnya Hakim berjaya mendapatkan semula

tanah tersebut. Tanah seluas empat ekar itu telahdigunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan

syarikat RAJA.

Page 6: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

PersoalanPersoalan Huraian / Contoh

Pemberian nama yang baikkepada anak

Pak Kaduk dan Hassan telahmemberikan nama yang baik kepada anakmasing-masing . Kaduk menamakananaknya Hassan…Hassan juga telahmemilih nama yang baik untuk anaknya… (hal.46)

Sikap cakna seseorangtentang sejarah keluarga

Hakim menyedari kedudukan sebenarPak Kaduk dianiaya oleh raja.Pengajiannya telah memberikan diapencerahan terutama dalam kes tanahdatuknya… (hal. 46)

Perjuangan bagimengembalikan maruahkeluarga yang tercemar

Hakim telah berusaha untuk menuntuthak atas tanah datuknya yang telahdirampas.… Hakim memfailkan saman menuntuthak milik Kaduk. (hal.46)

Page 7: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Kegigihan pemuda bagimenjayakan sesuatuperancangan

Hakim sangat gigih dengan caraberbincang dan mendapat nasihatdaripada pelbagai pihak bagi menjayakanternakan ayamnya.“Aku sudah berbincang dengan agensikerajaan…” (hal.48)

Penganiayaan dalamperniagaan

Hakim berasa teraniaya keranakebanyakan hasil jualan ayamnya masukke kantung pihak lain.“Syarikat besar seperti RAJA itu akanuntung berlipat ganda…”(hal.51)

Page 8: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Plot

Permulaan

Pak Kaduk berkaga ayam dengan raja. Walaupun ayamnya menangtetapi tanahnya dirampas oleh raja. Sejak itu, Pak Kaduk menjadisemakin miskin dan susah. Pak Kaduk mempunyai seorang anakbernama Hassan. Hassan pula mempunyai seorang anak bernamaHakim.

Page 9: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Perkembangan

Hakim merupakan seorang pemuda lulusan universiti yang telah berusaha untuk menebus tanah pusaka yang tergadai disebabkan peristiwa lampau itu. Hakim telah meminta bantuan Azam, iaitu rakannya yang

berkelulusan undang-undang. Hakim berjaya mendapatkan tanah itu semula.

Page 10: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Konflik

Hakim menggunakan tanah itu untuk menternak ayam secarakomersial. Hakim terpaksa berhutang dengan pelbagai pihak untuk

memulakan penternakan ayam.

Page 11: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Klimaks

Hakim hanya mendapat keuntungan yang sedikit kerana hasilternakan ayam terpaksa dibayar kepada Syarikat RAJA dan

menjelaskan hutang bank. Hakim berasaskan bahawa keadaan inimerupakan penganiayaan terhadap dirinya.

Page 12: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Peleraian

Akhirnya, Hakim sedar bahawa penganiayaan berlaku sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Pihak yang memegang kuasa ekonomi

sentiasa menindas rakyat yang miskin.

Page 13: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Teknik Penceritaan

Pemeriaan

Dia dan isteri serta seorang anaklelaki, hidup merempat dan

menumpang di atas tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Dari miskin menjadi bertambah miskin. Dari susah menjadi lebih susah.

(hal.45)

Page 14: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Dialog

“Dah berapa kali kaumenjual ayam?” tanya

Azam. “Sudah enam kali. Ayam-ayam kecil yang lihat di dalam reban tadi

ialah pusingan yang ketujuh.” (hal.50)

Page 15: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Imbaskembali

Sejak dahulu, dia seringmendengar pidato, “Tuan-

tuan dan puan-puan…” (hal. 48)

Page 16: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

ImbasMuka

“Apa gunanya membina… mana ada pelancong yang

nak datang…” (hal.66)

Page 17: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Watak dan Perwatakan : WatakUtama

Perwatakan Huraian / Contoh

Hakim

Cucu Kaduk Hakim ialah anak Hassan dan cucuKaduk.Kaduk menamakan anaknyaHassan… Hassan juga telah memilihnama … iaitu Hakim yang bererti“bijaksana”. (hal.46)

Peka akan perkara yang berlaku di sekeliling

Hakim peka akan penganiayaan yang telah berlaku terhadap datuknyaKaduk.Pengajiannya telah memberikan diapencerahan terutama dalam kestanah datuknya… (hal.46)

Page 18: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Bijaksana dalam tindakan Hakim sangat bijaksana ketikamembuat perancangan untukmendapatkan tanah datuknyasemula.Mereka mengatur langkah dengantekun dan teliti mencari segalabahan bukti… (hal.46)

Sangat gigih melakukan sesuatu Hakim sangat gigih berusaha untukmenjayakan ternakan ayamnya.Hakim telah beberapa kali turun naiktangga bank untuk berbincang… (hal.49)

Page 19: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Watak Sampingan

Perwatakan Huraian / Contoh

Azam

Sahabat baik Hakim berkelulusanundang-undang

Azam ialah sahabat baik Hakim yang berkelulusan undang-undang.… seorang mahasiswa jurusanundang-undang. (hal.46)

Peguam yang bijak Azam merupakan seorang peguamyang bijak.Azam dengan lidah yang fasih telahberhujah di mahkamah. (hal.47)

Page 20: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Suka memberikan nasihat kepadaHakim

Azam seuka memberikan nasihatkepada Hakim jika didapati Hakim membuat keputusan yang kurangbijaksana.“ Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? … Mana ada pelancong yang nakdatang melawat ?” tanya Azam. (hal.48)

Pandai memujuk Azam ialah seorang yang pandaimemujuk Hakim ketika menghadapaikonflik.Azam memujuk pula, “Menternakcara kontrak ini ada kelebihannya…”(hal.52)

Page 21: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Latar

• Latar tempat

– Di mahkamah – tempat Azam berhujah untukmendapatkan tanah datuk Hakim yang telahdirampas oleh raja suatu masa dahulu. (hal.47)

– Reban ayam – Hakim berbual-bual dengan Azam di reban ayam. (hal.56)

• Latar masa

Dalam tempoh setahun – Azam sampai ke reban ayamHakim setelah setahun usia ternakan itu. (hal.50)

Page 22: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Latar Masyarakat

Latar Masyarakat Huraian/Contoh

Masyarakat yang cinta akan salasilahkeluarga

Hakim berjaya membersihkan namabaik datuknya, Pak Kaduk (hal.47)

Masyarakat yang mempunyaisemangat juang.

Hakim telah berjuang di mahkamahuntuk mendapatkan tanah datuknyasemula dan berjuang untukmenjayakan ternakan ayamnya. (hal.47)

Masyarakat yang sentiasa membantudan memberikan nasihat

Azam sentiasa memberikan nasihatdan membantu Hakim. (hal.52)

Page 23: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Latar Masyarakat Huraian/Contoh

Masyrakat yang menindas pihak lain. Syarikat RAJA hanya untukmementingkan keuntungan dan tidakmempedulikan susah payahpenternak ayam. (hal.51)

Page 24: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Gaya Bahasa

• Sinkope - “… aku nak dirikan sebuah memorial.” (hal.47)

• Repetisi - “Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak…” (hal.51)

• Personifikasi - Hanya angin petang yang sesekalidatang menyapa. (hal.51)

Page 25: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Nilai

• Kegigihan - Hakim berusaha dengan gigih untukmendapatkan tanahnya kembali. Mereka menghantarlangkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahanbukti… (hal.46)

• Kesabaran - Hakim tetap bersabar dan meneruskanusaha ternakan ayam walaupun mendapat keuntunganyang sedikit. “Apalagi yang boleh aku buat selainmeneruskan kerja-kerja membela ayam…” (hal.52)

• Setia kawan - Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat dan memujuk Hakim . Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini adakelebihannya…” (hal.52)

Page 26: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

• Ketabahan - Hakim tabah apabila beberapa kali kertaskerjanya terpaksa dipinda dan beberapa kali turun naikbank untuk berbincang. Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentangpinjaman… (hal.49)

Page 27: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

Pengajaran

• Kita hendaklah sentiasa bersabar ketika menghadapidugaan.

– Hakim tetap bersabar dan meneruskan usahaternakan ayam walaupun mendapat keuntungan yang sedikit. “ Apalagi yang boleh aku buat selainmeneruskan kerja-kerja membela ayam dan…”(hal.55)

• Kita hendaklah berusaha dengan gigih jika inginkankejayaan.

– Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapatkantanahnya kembali. Mereka mengatur langkah dengantekun dan teliti mencari segala bahan bukti… (hal.46)

Page 28: KOMSAS : Kaduk, Ayam dan Raja (Zurinah Hassan)

• Kita hendaklah sentiasa bersama-sama rakan, samaada ketika senang atau susah.

– Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasamemberikan nasihat apabila diperlukan dan memujukHakim apabila dia berada dalam kesusahan. Azammemujuk pula, “Menternak cara kontrak ini adakelebihannya, bagus juga…” (hal.52)

• Kita jangan mudah berputus asa dan kita mestilah terusberusaha hingga berjaya.

– Hakim tidak berputus asa semasa dia berusahauntuk mendapatkan pinjaman. Hakim sudah beberapakali turun naik tangga bank untuk berbincangtentang pinjaman…(hal.49)