komsas

17
KOMSAS 1.0 Pengenalan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000. Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar, serta memperkukuhkan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan Melayu diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya. Komponen Kesusasteraan Melayu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mulai bulan Mac 2000. Bilangan teks bagi setiap tingkatan adalah seperti yang berikut: a. Satu novel daripada pilihan 4 judul yang ditetapkan. Ini bermakna, seorang pelajar hanya wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap tingkatan, b. Satu teks antologi yang mengandungi 6 cerpen, 3 drama, 6 puisi moden (sajak), 6 puisi tradisional, dan 4 prosa tradisional. Karya-karya sastera dalam bentuk novel dan antologi ini akan diletakkan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks.. Walau bagaimanapun, kelonggaran akan diberi kepada pihak sekolah untuk memilih judul novel yang sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah berkenaan mengikut keupayaan pihak sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Sukatan Pelajaran, dan Huraian Sukatan Pelajaran (Edisi Penyesuaian) dari Tingkatan I hingga Tingkatan 5 bagi menjayakan pelaksanaan program ini. Dua waktu diperuntukkan kepada komponen Kesusasteraan Melayu daripada enam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu. Penaksiran pada peringkat sekolah dan peringkat pusat ialah:

Upload: fuad-samsudin

Post on 16-Sep-2015

257 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Kesusasteraan Melayu

TRANSCRIPT

KOMSAS1.0 Pengenalan

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Tingkatan I hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000. Komponen Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar, serta memperkukuhkan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Di samping itu, pengajaran komponen Kesusasteraan Melayu diharap dapat menyumbang kepada pembentukan sahsiah, peluasan pengetahuan dan persepsi pelajar, serta meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang kemanusiaan, kemasyarakatan dan budaya. Komponen Kesusasteraan Melayu akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mulai bulan Mac 2000. Bilangan teks bagi setiap tingkatan adalah seperti yang berikut:

a. Satu novel daripada pilihan 4 judul yang ditetapkan. Ini bermakna, seorang pelajar hanya wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap tingkatan,

b. Satu teks antologi yang mengandungi 6 cerpen, 3 drama, 6 puisi moden (sajak), 6 puisi tradisional, dan 4 prosa tradisional.

Karya-karya sastera dalam bentuk novel dan antologi ini akan diletakkan di bawah Skim Pinjaman Buku Teks.. Walau bagaimanapun, kelonggaran akan diberi kepada pihak sekolah untuk memilih judul novel yang sesuai bagi pelajar-pelajar sekolah berkenaan mengikut keupayaan pihak sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Sukatan Pelajaran, dan Huraian Sukatan Pelajaran (Edisi Penyesuaian) dari Tingkatan I hingga Tingkatan 5 bagi menjayakan pelaksanaan program ini. Dua waktu diperuntukkan kepada komponen Kesusasteraan Melayu daripada enam waktu mata pelajaran Bahasa Melayu. Penaksiran pada peringkat sekolah dan peringkat pusat ialah:

i. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai pada Tahun 2001.ii. Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai pada Tahun 2002.

12.0 Kewajaran Pengajaran Komsas dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil pelaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun, sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi. Othman (2001) dalam artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa Melayu antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar melalui proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991).

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan. Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya soalan pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas dan bahasa yang baik. Kajian Subadrah Nair (2000) menunjukkan pengajaran skema sastera secara terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan. Implikasi penyelidikan ini menunjukkan model skema sastera yang dihasilkannya sangat berkesan dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan Komsas di kalangan pelajar.

2Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kajian di Barat misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Fauziah (1999) telah memetik kenyataan penulis-penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long(1991), Sage (1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990) yang menyatakan bahawa sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa Inggeris. Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik. Dengan kajian-kajian serta pendapat-pendapat yang dikemukakan tersebut diharapkan lebih banyak lagi kajian lain mengenai pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan negara kita dapat dibuat demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut. Kajian-kajian berkaitan boleh dijadikan asas serta panduan kepada guru-guru bahasa khususnya Bahasa Melayu bagi tujuan melihat keberkesanannya apabila hasil perlaksanaan Komsas diuji buat pertama kalinya melalui peperiksaan SPM pada akhir tahun 2001.

Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan, menyuburkan emosi, membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, dan estetik. Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan yang menyingkapkan nilai budaya. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan moral dapat membantu murid menghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid dapat belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya kesusasteraan Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah disiplin pada kalangan murid kerana murid tertarik dengan cerita tersebut, mereka akan mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin.

3Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan nilai-nilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dalam pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan pentingnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kadang-kadang, proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnya kepada murid. Hasil atau bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid ada kalanya bukannya hasil kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan kebolehan, tahap atau keupayaan murid, tetapi lebih berupa cerita semata-mata. Malah kajian yang dijalankan sebelum ini juga mendapati bahawa buku-buku bacaan kesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh KPM itu sesetengah daripadanya kurang sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif (Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1997: 189). Oleh yang demikian, kurikulum baru yang berorientasikan komponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu yang berminat dengan karya-karya yang bermutu. Selain itu, penggunaan kesusasteraan Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu dan mempercepat proses itu, selari dengan dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa hormat kepada nilai-nilai Melayu, di samping menanamkan bibit-bibit penghayatan yang dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang kepada khazanah kesusasteraan kebangsaan yang dimiliki bersama itu.Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan bilangan pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilai-penilai, pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan kritis yang lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat mengangkatkan taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat meluaskan pengetahuan guru.

42.1 Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para pelajar untuk membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera,mengetahui latar belakang para penulis serta sumbangannya dan mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera, antaranya ialah:

Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional. Mengenal puisi moden dan puisi tradisional. Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi. Memahami binaan dan teknik plot. Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan. Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini adalah berteraskan teks Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4 dan 5. Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4 (Lembaga Peperiksaan Malaysia 2000).

52.2 Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera dari segi pelaksanaannya

Pada 1999, Pusat Perkembangan Kurikulum dalam Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Edisi Penyesuaian kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah Tingkatan IV dan V bagi memasukkan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Edisi Penyesuaian ini menerangkan dengan terperinci kaedah melaksanakan kandungan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah atas dari segi kemahiran sastera ynag perlu dicapai oleh pelajar. Misalnya:

(1) Kemahiran mendengar dan mengenal nada dalam puisi (sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka) (Jenis-jenis nada yang dimaksudkan ialah nada melankolik, romantik, patriotik dan sinis);(2) Kemahiran mendengar dan memahami sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, latar serta watak dan perwatakan dalam karya;(3) Kemahiran melafazkan puisi (pantun, sajak, gurindam dan seloka) dengan nada dan gaya pengucapan yang menunjukkan pemahaman dan penghayatan;(4) Kemahiran menghuraikan dan menyatakan sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, plot, latar serta watak dan perwatakan;(5) Kemahiran menyampaikan ulasan karya secara spontan dari aspek kesusasteraan;(6) Kemahiran menghuraikan unsur dan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan;(7) Kemahiran mengenalpasti genre cerpen, novel, drama dan prosa (tradisional dan moden);(8) Kemahiran menghurai karya dari aspek sastera dengan menggunakan pelbagai gaya bahasa;(9) Kemahiran menulis karya kreatif dalam bentuk surat dan catatan harian, dialog dan skrip drama, sinopsis bagi karya prosa dan ulasan karya dari aspek sastera;(10) Kemahiran menghasilkan pelbagai karya puisi seperti sajak, pantun, seloka, syair dan gurindam.

6Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (juga disebut sebagai komsas) telah berjalan sehingga 2000. Pada 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan catatan kedua Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang disemak semula untuk memberi penekanan pada nilai-nilai murni dan semangat patriotik.

Ini adalah untuk menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: .v)

Pelajar abad ke-21 dikehendaki mampu berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertatetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunkan teknologi maklumat dan berkomunikasi secara kerkesan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah 2001 ini merangkumi 3 bidang penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Komponen kesusasteraan Melayu (komsas) diharap dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).Di antara 5 objektif kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001, tiga daripadanya adalah menjurus kepada elemen-elemen kesusasteraan seperti berikut:

(a) Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;(b) Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan tulisan secara kreatif dan berkesan;(c) Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001:.3).

Hasil pembelajaran bidang estetik dalam kurikulum Bahasa Melayu ini difokuskan kepada keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat apresiasi, dan penghayatan. Hasil pembelajaran khusus yang perlu dicapai oleh pelajar dalam bidang estetik ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: 11).

7 Demikian itu, didapati penekanan yang besar diberikan kepada komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum Bahasa Melayu semakan 2001 ini ialah dalam aspek kemahiran berfikir, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kecerdasan pelbagaian dan kajian masa depan (muka surat 18).

Pada 2003, Kementerian Pendidikan Malausia mengeluarkan pula Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM bagi memperincikan sukatan pelajaran 2001 yang telah disemak dan diberi nilai tambah. Huraian itu menyebut tujuan semakan ini ialah;

..untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan ilmu pada abad ke 21 .(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003; .ix)

Organisasi kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001 masih lagi sama, iaitu mencakupi 3 bidang penggunaan bahasa: bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Penumpuan kepada bidang-bidang ini akan membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu secara lebih berkesan dalam kehidupan seharian dan pekerjaan. Komponen kesusasteraan Melayu diperkukuhkan dengan menambah bahan-bahan bacaan yang lebih banyak dan pelbagai dan bersifat universal. Objektif komponen kesusasteraan Melayu dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu seperti yang telah disebut pada awal bab ini adalah untuk memupuk minat membaca dan mendapatkan keseronokan daripada membaca bahan-bahan sastera, di samping memberi kemahiran kepada pelajar menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Perkara yang dititikberatkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu 2003 ini ialah dari segi hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini dinyatakan secara jelas 3 aras pencapaian hasil pembelajaran; iaitu Aras 1, Aras 2 dan Aras 3. Pemeringkatan ini didasarkan kepada konsep pembelajaran masteri yang membolehkan pelajar terus maju tanpa mengabaikan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah. Aras 1 adalah yang paling asas yang harus dicapai oleh pelajar; Aras 2 ialah peringkat pencapaian sederhana, manakala Aras 3 ialah yang paling tinggi iaitu pencapaian cemerlang (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).

8Dengan berasaskan pembelajaran masteri ini, strategi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih felksibel. Pendekatan yang dicadangkan adalah pendekatan berpusatkan pelajar, yang menggunakan pelbagai teknik, bahan dan sumber pengajaran. Pendekatan bertema adalah amat digalakkan bagi menyepadukan ketiga-tiga aspek kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Ilmu daripada disiplin lain juga perlu diserapkan. Guru-guru juga dikehendaki memberi peluang kepada pelajar untuk membaca luas bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Penggabungjalinan merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran, termasuk juga konsep serapan. Proses ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bernilai tambah dalam diri pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Unsur-unsur penyerapan yang disarankan (muka surat 80) ialah:(a) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan;(b) Kemahiran berfikir kritis dan kreatif; dan(c) Kemahiran ICT, kemahiran belajar cara belajar dan kajian masa depan.

Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa sepanjang satu setengah dekad dari 1990 hingga 2005, kurikulum Bahasa Melayu telah dilakukan semakan semula beberapa kali untuk penambahbaikan secara berterusan. Dari segi penekanan aspek sastera dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu dapat dilihat ia telah berkembang dan diberi kepentingan yang tinggi, iaitu daripada hanya unsur sastera dengan bahan-bahan sastera yang terhad digunakan dalam pengajaran kepada satu komponen yang besar meliputi sepertiga daripada keseluruhan kurikulum Bahasa Melayu dan sebagai satu komponen wajib dalam peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

3.0 Pembentukan Jati Diri Pelajar melalui pengajaran KOMSASKarya sastera boleh memupuk nilai murni seperti semangat nasionalisme dan cintakan negara yang menjadi teras bagi penyatuan semua etnik di seluruh Malaysia. institusi pendidikan adalah mekanisme yang ampuh bagi mewujudkan semangat kekitaan dan hubungan muhibah semua etnik. Melalui pembelajaran sastera perpaduan, mereka juga perlu diasuh dengan kehalusan jiwa dan ketulusan budi semasa berurusan dengan orang lain.

9Dalam era globalisasi ini, pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan kemanusiaan, amat memerlukan kesempurnaan jiwa dan rohani yang antara lain boleh dicapai melalui sastera (Misran Rokimin 1999: 224). Dengan menerapkan pendidikan sastera secara meluas, pelajar dan pembaca akan terdedah kepada budaya dan cara hidup masyarakat etnik lain. Ini sangat membantu usaha saling memahami dan merapatkan kefahaman antara budaya dan perpaduan mereka (Janak Pandey & rakan-rakan 1996: 86). Hasil kajian ini diperkukuhkan pendapat Gajendra K. Verma & Christopher Bagley (1979, 1984) bahawa pengajaran tentang hubungan etnik di institusi pendidikan kepada golongan remaja akan memupuk sifat toleran sesama sendiri berbanding mereka yang tidak terdedah tentang ilmu tersebut.

Zahirah Aziz dalam kertas kerjanya, Pengajaran Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Konsep dan Batas Pengajaran, Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah (2001:l-2) menyatakan bahawa terdapat enam objektif pemelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran BM di sekolah menengah, iaitu:

(a) Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional.(b) Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak danpenvatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai munli dan pengajaran.(c) Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiranbertutur, membaca dan menulis.(d) Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarangSasterawan Negara.(e) Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.(f) Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel, cerpen, sajak, dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan.(Zahirah Aziz dan Kamarulzaman Abdullah, 2001 :2)

10Objektif yang dinyatakan seperti di atas adalah selaras dengan falsafah sebab musabab pelajar wajar mempelajari sastera. Menurut Zahirah dan Kamaruzaman Abdullah ( 2001, 1-2 ) lagi: Kesusasteraan ialah karya ciptaan yang mengungkapkan pengalaman dan perasaan manusia. Oleh itu, pelajar boleh menghargai dan menghayati nilai estetika yang terdapat dalam sesebuah karya. (Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah, 2001 :2).

Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah (2001 :3) selanjutnya menerangkan bahawa melalui pemelajaran KOMSAS, pelajar diharapkan dapat:(a) menyelami masalah kehidupan dan pengalaman orang lain melalui cerita dalam karyasastera.(b) menyelesaikan masalah kemanusiaan dan kemasyarakatan melalui peristiwa dalam karya sastera. Penyelesaian masalah secara posjtif dapat membantu pelajar berhadapan denganmasalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka yang sebenar.(c) memikirkan nilai-nilai baik dan murni yang tersirat dalam cerita yang dibaca.(d) memberi kepuasan dan keseronokan dalam menghayati watak-watak dan plot dalamkarya sastera.(e) menambah perbendaharaan kata dan membantu pelajar menghasilkan karangan atau karya dengan menggunakan gaya bahasa yang baik.(Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah, 2001)

114.0 KesimpulanPengajaran komponen sastera secara formal dalam bilik darjah dapat memperkemaskan lagi usaha melahirkan golongan masyarakat berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia. Pembelajaran dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang luas. Setiap ilmu berkaitan sastera boleh melahirkan pelajar yang lebih berjaya dan memperkembangkan ilmu pengetahuan.

Penguasaan ilmu sastera yang digabungkan dengan ilmu-ilmu lain membolehkan pelajar menikmati keseronokan dengan menerapkan unsur-unsur sastera secara tidak langsung melahirkan pelajar yang suka membaca. Ini kerana di Malaysia, sukar mencari orang yang suka membaca. Mempelajari komponen sastera memberi peluang warga Malaysia menyedari aktiviti membaca perlu disertai dengan minat.

Perkembangan sahsiah pelajar dibentuk apabila mereka melangkah masuk ke sekolah menengah iaitu dengan mempelajari nilai-nilai murni ataupun yang lebih penting iaitu nilai-nilai kemanusiaan. Ini dapat diketahui melalui karya-karya atau genre sastera yang dipelajari. Pelajar adalah aset utama yang memerlukan kekuatan bahasa. Kesusasteraan Melayu khazanah yang bernilai tinggi kerana masih ada nilai-nilai kesantunan tersembunyi di celah-celah kehidupan masyarakat. Ini adalah salah satu cara mengangkat darjat bahasa Melayu di peringkat global.

(3060 patah perkataan)

Jumaat, 21 Jun 2013 http://seprianiq.blogspot.com/2013/06/komsas_2740.html Sepri Ismail

12BIBLIOGRAFI

(1989). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.(2000). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.(2000). Draf Pemetaan Kerja Pengajaran dan Pembelajaran Komsas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.(2000). SPM Format Baru Kertas Bahasa Melayu dan Kriteria Penskoran Ujian Lisan. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.Fauziah Ahmad. (1999). Pemelajaran Bahasa Melalui Sastera: Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua. Jurnal Dewan Bahasa 43(11).Misran Rokimin. (1998). Era Globalisasi: Pendidikan Sastera Masih Adakah KepentingannyaLagi?. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, hlm. 220 - 237.Othman Puteh, (2001). Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan Siswa, Mac: 20-21.Subadrah Nair. (2000). Kesan Skema Terhadap Kefahaman Bacaan Bahan Sastera. ProsidingSeminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan Dalam Pendidikan 2000,hlm.113125