kompetensi kejurulatihan edit

7
Nama : FAIRUZ BINTI ABDUL AZIZ Tajuk artikel : Persepsi Atlit- Pelajar Terhadap Kompetensi Kejurulatihan Jurulatih di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Penulis dan Latar belakang ringkas : Lim Khong Chiu, School of Tourism, Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. Tajuk jurnal dan Bilangan :World Journal of Education, Vol. 3, No. 1; 2013 Tarikh hantar : 8 JUN 2013 Kajian Semula Pengenalan Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kompetensi jurulatih di dalam pertandingan sukan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dianjurkan oleh Majlis sukan universiti Malaysia. Dua model digunakan sebagai asas bagi teori rangka kerja iaitu Model Kepimpinan Pelbagai dimensi dan Model Keberkesanan Kejurulatihan. Sejumlah 322 pelajar-atlit yang terdiri daripada 183 (57.2%) lelakidan 137 (44.8%) perempuan terlibat di dalam soal selidik. Penyelidik menggunakan Skala Kompetensi Kejurulatihan untuk pengumpulan data. Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi jurulatih tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari segi perbezaan jantina dan prestasi (menang/kalah) pelajar-atlit tetapi ianya berbeza

Upload: abdul-hafiz-kamarulzaman-chegu

Post on 09-Aug-2015

304 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kompetensi kejurulatihan edit

Nama : FAIRUZ BINTI ABDUL AZIZ

Tajuk artikel : Persepsi Atlit- Pelajar Terhadap Kompetensi Kejurulatihan Jurulatih di

Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia.

Penulis dan Latar belakang ringkas : Lim Khong Chiu, School of Tourism,

Hospitality and Environmental Management, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

Tajuk jurnal dan Bilangan :World Journal of Education, Vol. 3, No. 1; 2013

Tarikh hantar : 8 JUN 2013

Kajian Semula

Pengenalan  

Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kompetensi jurulatih di dalam pertandingan

sukan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang dianjurkan oleh Majlis sukan

universiti Malaysia. Dua model digunakan sebagai asas bagi teori rangka kerja iaitu

Model Kepimpinan Pelbagai dimensi dan Model Keberkesanan Kejurulatihan.

Sejumlah 322 pelajar-atlit yang terdiri daripada 183 (57.2%) lelakidan 137 (44.8%)

perempuan terlibat di dalam soal selidik. Penyelidik menggunakan Skala Kompetensi

Kejurulatihan untuk pengumpulan data.

Hasil kajian menunjukkan tahap kompetensi jurulatih tidak menunjukkan perbezaan

yang ketara dari segi perbezaan jantina dan prestasi (menang/kalah) pelajar-atlit

tetapi ianya berbeza secara ketara mengikut jenis sukan iaitu di antara sukan

berkumpulan dan sukan individu.

Maklumat dari kajian ini dapat membantu para jurulatih dalam merancang strategi

untuk mengendalikan atlit bagi memastikan keberkesanan dalam menjalankan tugas

sebagai jurulatih.

Perkembangan  

Page 2: Kompetensi kejurulatihan edit

Isi penting dalam artikel ini adalah Kompetensi kejurulatihan, Skala kompetensi

kejurulatihan, Jurulatih sukan dan Pelajar- atlit.

Fakta tersebut menarik dan menyerlah kerana segala permasalahan berkaitan

prestasi pelajar-atlit dapat dikaji dan diteliti berdasarkan isi-isi penting tersebut. Ianya

saling berkait dan menjadi punca dan juga jawapankepada kepincangan dalam

permasalahan pelajar-atlit di Malaysia.

Jurulatih sukan secara automatic akan reflek kepada kompetensi kejurulatihannya di

mana kompetensi tersebut akan diukur menggunakan skala kompetensi

kejurulatihan yang terdiri daripada beberapa factor dan hasil daripada kompetensi

jurulatih tersebut akan direflek kepada pelajar-atlit. Maka isi penting tersebut boleh

dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu punca, kesan dan langkah. Pertama, jurulatih

sukan akan menjadi sebagai punca kepada masalah. Kedua, masalah tersebut boleh

diukur menggunakan parameter berdasarkan skala yang dibina berteraskan kepada

kompetensi kejurulatihan. Ketiga, kesan daripada bahagian yang pertama dan kedua

akan direflek kepada pelajar-atlit.

Sebagai seorang jurulatih di sekolah , isi penting tersebut penting bagi

meningkatkan lagi keberkesanan dalam proses pengajaran. Mengikut artikel ini,

faktor yang dikaji adalah berdasarkan perbezaan jantina, kategori sukan

(individu/berkumpulan), dan prestasi (menang/kalah). Maka dengan itu, proses

pengajaran juga mengandungi faktor- faktorseperti tersebut. Sebagai jurulatih dan

juga guru , saya boleh menggunakan factor tersebut bagi meningkatkan lagi

keberkesanan dalam menyampaikan ilmu. Ianya menunjukkan bahawa perbezaan

dari segi jantina, kategori pembelajaran iaitu secara individu atau berkumpulan

mampu mempengaruhi prestasi pelajar.

Perbezaan jantina mampu mempengaruhi prestasi pelajar dari segi karakter dan

persekitaran. Dalam hal ini, guru sepatutnya wajib memahami psikologi murid. Bukan

semua murid adalah sama. Murid yang berbeza akan mempunyai karakter yang

berbeza kerana mereka datang dari latar belakang keluarga yang berbeza. Cara

didikan dan proses pengajaran juga perlu diambil kira dan wajiblah diselaraskan

Page 3: Kompetensi kejurulatihan edit

dengan faktor- factor tersebut bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Saya sangat bersetuju dengan artikel ini di mana skala yang dikaji ialah kepada

tenaga pengajar dan bukan hanya berfokus kepada pelajar semata-mata.

pendekatan dan gaya kejurulatihan bagi atlet dan pelajar  saya  dengan

menggunakan motivasi, strategi permainan, pembinaan watak atlit, bagi

melaksanakan teknik yang lebih berkesan dalam  latihan sukan selain itu

pendekatan kolektif jurulatih dalam soal strategi pemainan ,kemahiran teknikal dan

karakter pembangunan atlet dan pelajar harus mendapatkan nasihat dan pandangan

daripada pengalaman atlet senior

Ramai yang menyalahkan pelajar kerana tidak mendapat pencapaian yang

memuaskan tanpa berfikir panjang tentang punca sebenar. Tenaga pengajar

memainkan peranan yang sangat penting bagi membina motivasi pelajar yang

menjadi punca kepada peningkatan pelajar bukan sahaja dalam bidang sukan dan

pelajaran, malah dalam kehidupan. Guru bukan saja bertindak sebagai penyampai

ilmu akademik, bahkan sebagai medium kedua bagi menyalurkan nilai-nilai murni di

dalam minda pelajar selepas ibu-bapa pelajar tersebut. Ianya adalah tugas yang

berat tapi wajib dipikul oleh semua guru.

Kesimpulan  

Penemuan baru yang saya dapati daripada artikel ini adalah peranansaya sebagai

seorang guru. Faktor-faktor yang dibincangkan di dalam artikel ini akan dapat

memperelokkan dan menambah baik lagi mutu serta tahap pengajaran saya.

Dengan adanya artikel sebegini saya yakin prestasi pelajar tidak terabai walaupun

mereka mempunyai karakter dan datang dari persekitaran yang berbeza. Psikologi

pelajar perlu diselaraskan dengan tahap pengajaran agar semua peringkat pelajar

dapat mengikuti pengajaran dengan semaksimum yang mungkin. Persoalan yang

tercetus di dalam minda saya setelah saya membaca artikel ini adalah berapa

ramaikah guru sekarang yang melepasi skala yang dikaji ini? Adakah mereka

mengetahu itentang faktor- faktor tersebut atau hanya sekadar mengajar untuk gaji?

Walaupun artikel ini banyak membantu tetapi ianya masih mempunyai kekurangan

kerana kajian ini juga mempunyai had kajiannya. Mungkin keputusannya akan

menjadi lebih berguna jika beberapa faktor lain ditambah dan bilangan sampel juga

Page 4: Kompetensi kejurulatihan edit

diperbesarkan.

Page 5: Kompetensi kejurulatihan edit

REFERENCE

1. "Creating a Coaching Culture research report" . I-l-m. 2011-05-19. Retrieved 2012-03-28

2.  "coach", Online Etymology Dictionary

3. Cox, R.H. 1998. Sport psychology: Concept and application ( 4 th ed.). Boston: WCB McGraw-Hill

4. Dewey, J. 1938/1986. Experience and education. New York: Touchstone.

5. Faridah Karim & Zubaidah Aman. 1999. Peramal Burnout di kalangan guru: factor

6. latar belakang, tekanan di peringkat organisasi dan sokongan sosial. Jurnal

Pendidikan. 24: 3-25.

7. Ibrahim Mamat. 1993. Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

8. Mohd. Nor Che Noh. 1985. Beberapa pertimbangan dalam pengelolaan danpentadbiran kokurikulum sekolah. Jurnal Kementerian Pendidikan Malaysia, 5: 50.

9. Mohd. Yusof Abdullah. 1992. Teknik kegiatan luar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Williams, Patrick (2007), "The history and evolution of life coaching" (PDF), Therapist as life coach, an introduction for counselors and other helping professionals, New York: WW Norton & Co