skim pensijilan kejurulatihan kebangsaan · pdf filex falsafah kejurulatihan x sukan di...

17
SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 1 Pengenalan Tahun 2006 merupakan tahun yang penting dalam sejarah kemajuan bidang kejurulatihan. Di bawah bimbingan dan nasihat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaaan (LKK), beberapa pelan tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang kejurulatihan di negara ini. Antaranya adalah Kelulusan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 yang memperlihatkan adanya satu skim gaji dan elaun yang menarik bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang kejurulatihan secara penuh masa ataupun sambilan. Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan penubuhan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) pada 19hb Julai 2012 di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara Malaysia bagi memantapkan fungsi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang telah wujud sejak tahun 1985. 2 Apakah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)? Peranan utama penubuhan AKK adalah untuk menyusun semula pelaksanaan program pendidikan kejurulatihan yang lebij komprehensif yang merangkumi Kursus Sains Sukan dan Sukan Spesifik selaras dengan perkembangan bidang sains kejurulatihan di peringkat antarabangsa bagi melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan yang bertauliah. SPKK adalah suatu piawai kebangsaan bagi pengiktirafan kelayakan kejurulatihan. Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik (Tahap I, II dan III) bagi keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-kursus secara progresif dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih. SPKK mengandungi tiga komponen asas : i) Kursus Sains Sukan Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang dikendalikan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Majlis Sukan Negara (MSN).

Upload: dothuy

Post on 06-Feb-2018

392 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN

1 Pengenalan

Tahun 2006 merupakan tahun yang penting dalam sejarah kemajuan bidang

kejurulatihan. Di bawah bimbingan dan nasihat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaaan

(LKK), beberapa pelan tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang

kejurulatihan di negara ini. Antaranya adalah Kelulusan Jawatankuasa Kabinet

Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun

Abdul Razak ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan

berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 yang memperlihatkan adanya satu skim gaji dan

elaun yang menarik bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang kejurulatihan

secara penuh masa ataupun sambilan.

Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan penubuhan Akademi Kejurulatihan

Kebangsaan (AKK) pada 19hb Julai 2012 di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara

Malaysia bagi memantapkan fungsi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang telah

wujud sejak tahun 1985.

2 Apakah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)?

Peranan utama penubuhan AKK adalah untuk menyusun semula pelaksanaan

program pendidikan kejurulatihan yang lebij komprehensif yang merangkumi Kursus

Sains Sukan dan Sukan Spesifik selaras dengan perkembangan bidang sains

kejurulatihan di peringkat antarabangsa bagi melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan

yang bertauliah.

SPKK adalah suatu piawai kebangsaan bagi pengiktirafan kelayakan kejurulatihan.

Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik (Tahap I, II dan III) bagi

keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-kursus secara progresif dengan

tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih. SPKK mengandungi

tiga komponen asas :

i) Kursus Sains Sukan

Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang

dikendalikan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Majlis Sukan

Negara (MSN).

Page 2: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

2

ii) Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik

Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan

strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan-persatuan Sukan

Kebangsaan (PSK) dan Badan Sukan di peringkat antarabangsa.

iii) Latihan Amali (Praktikum)

Latihan amali dikendalikan oleh Persatuan sukan Kebangsaan mengikut

keperluan sukan masing-masing.

2.1 Sijil Penuh SPKK

Kursus Sains Sukan dan Kejurulatihan Sukan Spesifik mengandungi tiga tahap

pembelajaran. Sijil penuh SPKK yang diiktiraf dan lengkap bagi setiap tahap akan

diperolehi oleh jurulatih setelah selesai menyempurnakan kedua-dua kursus sains

sukan dan sukan spesifik serta telah melaksanakan latihan amali (Praktikum) di tahap

yang berkaitan. Sebagai contoh, jurulatih yang lulus Tahap I Sukan Spesifik PSK dan

Tahap I Sains Sukan MSN serta telah menjalani latihan amali (praktikum) sukan

spesifik akan diberi pengiktirafan Sijil Penuh SPKK Tahap I. Oleh kerana SPKK

melangkah secara progresif, maka para jurulatih dikehendaki lulus Tahap I sebelum

KOMPONEN – KOMPONEN SPKK

SAINS SUKAN

LATIHAN AMALI

SUKAN SPESIFIK

PERSATUAN SUKAN

KEBANGSAAN

MAJLIS SUKAN

NEGARA

Page 3: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

3

dibenarkan mengambil kursus Tahap II dan seterusnya. Berikut adalah tajuk utama

dalam silibus kursus SPKK.

Sains Sukan Sukan Spesifik dan Praktikum

Falsafah Kejurulatihan

Sukan di Malaysia

Anatomi dan Fisiologi

Biomekanik Sukan

Suaian Fizikal

Pemakanan Sukan

Kompetensi Kejurulatihan

Psikologi Sukan

Tingkahlaku Motor

Perubatan Sukan

Sejarah

Organisasi Sukan

Peraturan/Undang-undang Permainan

Peralatan

Falsafah Kejurulatihan

Kod Etika Kejurulatihan

Metodologi Pengajaran

Perancangan Latihan Mengajar

Teknik / Kemahiran sukan

Taktik & Strategi

Kecergasan Sukan Spesifik

Elemen Sains Sukan dalam Sukan Spesifik

Dengan mempunyai Sijil Penuh bagi setiap tahap SPKK, seseorang jurulatih akan

meningkatkan diri sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih bertauliah.

Cadangan : Para jurulatih dinasihatkan mengambil Kursus Sains Sukan terlebih

dahulu sebelum meneruskan ke Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik. Cara ini dapat

membantu mereka memperolehi pengetahuan secara meluas mengenai prinsip-

prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan sebelum bergerak maju membentuk

kemahiran-kemahiran kejurulatihan sukan spesifik.

SPKK adalah penting sebagai langkah pertama ke arah mendaftarkan diri dalam

senarai pengkalan data yang dikendalikan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan

(AKK). Hanya jurulatih yang mempunyai sijil penuh SPKK sahaja layak untuk

memohon lesen kejurulatihan.

Page 4: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

4

2.2 Cara memperolehi Sijil penuh SPKK dan Lesen

SPKK III DAN LESEN A Sains Sukan Tahap III /

Persamaan Taraf Tahap III SukanSpesifik Tahap III Praktikum

SPKK II DAN LESEN B Sains Sukan Tahap II /

Persamaan Taraf Tahap II Sukan Spesifik Tahap II Praktikum

SPKK I DAN LESEN C Sains Sukan Tahap I /

Persamaan Taraf Tahap I Sukan Spesifik Tahap I Praktikum

Page 5: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

5

SIJIL PENUH SPKK TAHAP I, II, III

Page 6: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

6

SKIM PELESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SLKK)

1 Pengenalan

Pada tahun 2006 juga Cawangan Kejurulatihan membangunkan Skim Pelesenan

Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) bagi memastikan jurulatih yang mempunyai

kelulusan di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dapat

menikmati imbuhan yang ditawarkan pada skim pekerjaan tersebut. Konsep SLKK ini

telah diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan Kebangsaan dan mendapat

sambutan yang menggalakkan.

2 Keistimewaan Mempunyai Lesen Jurulatih AKK

i) Kepada semua jurulatih yang mempunyai Lesen Jurulatih di bawah Skim

Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) boleh mengikuti kursus, seminar, bengkel, persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan mendapat diskaun yuran penyertaan bagi kursus sains sukan.

ii) Yuran Penyertaan bagi ahli SLKK adalah seperti berikut :

BIL KURSUS YURAN

AHLI BUKAN AHLI 1

Kursus Sains Sukan

- Tahap I - Tahap II

- Tahap III

-

RM100 (mempunyai SPKK Thp I/Lesen C) RM200 (mempunyai

SPKK Thp II/Lesen B)

RM100 RM150

RM250

Page 7: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

7

LESEN JURULATIH A, B, C

Page 8: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

8

Page 9: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

9

4 Prosedur Permohonan SPKK I,II,III dan Lesen A,B,C

i) Borang diperolehi dengan memuat turun dalam laman web MSN di

http://www.nsc.gov.my atau dapatkan di Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, MSN.

ii) Hantar borang yang lengkap beserta salinan sijil sains sukan dan sukan

spesifik(sijil kejurulatihan) yang telah disahkan kepada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

iii) Yuran keahlian bagi permohonan baru dan pembaharui lesen adalah RM10.00,

tempoh keahlian adalah selama 2 tahun. Sila kepilkan wang pos atas nama Majlis Sukan Negara Malaysia atau tunai pada borang permohonan. Pemohon akan dibekalkan lesen jurulatih, buku log dan badge AKK.

5 Memperbaharui Keahlian (2 Tahun sekali)

Keahlian boleh diperbaharui dengan syarat-syarat berikut :

I. Telah memenuhi keperluan Program Continuos Coach Education (CCE).

Rujuk kepada Syarat membahurui Lesen Jurulatih dan Status Aktif.

II. Mematuhi Kod Etika Jurulatih (Sila Baca Lampiran)

III. Wajib bagi jurulatih Sukan Air : Mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR) yang

sah (Optional kepada sukan lain).

IV. Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih yang sah dari

Jabatan Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar negara sahaja)

Setelah mematuhi syarat-syarat di atas jurulatih hendaklah menghantar borang

permohonan atau lesen yang telah tamat tempoh bersama dengan Buku Log Skim

Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan untuk memperbaharui keahlian sekurang-

kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh keahliannya.

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bertanggungjawab menilai dokumen-dokumen

yang dihantar bagi tujuan memperbaharui permohonan tersebut.

Yuran untuk memperbaharui kad keahlian adalah RM 10.00.

Page 10: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

10

“ Setiap Jurulatih yang telah berdaftar adalah wajib untuk mengikuti kursus-kursus,

persidangan, simposium, bengkel, klinik di dalam negeri atau luar negara untuk

mencapai himpunan bilangan jam ataupun hari bagi tempoh pembelajaran Continuous

Coaching Education (CCE) Program yang membolehkan Jurulatih memperbaharui

lesen setelah 2 tahun...”

6 Sijil (SPKK) dan Lesen (SLKK)

Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) mempunyai kuasa untuk mengesahkan

seseorang jurulatih sebagai jurulatih berkelayakan di dalam sesuatu bidang sukan.

Sekiranya timbul keraguan atau penipuan dalam permohonan Sijil SPKK atau Lesen

SLKK maka pihak PSK atau pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan boleh dengan

serta merta membatalkan sijil dan lesen serta akan mengambil tindakan undang-

undang kepada individu tersebut.

7 Pengumpulan Bilangan Jam / Hari Pembelajaran

CCE merupakan satu elemen utama bagi Pendaftaran dibawah AKK kerana ianya

memerlukan jurulatih untuk meningkatkan keupayaan mereka secara berterusan bagi

menjamin dan mengawal mutu kejurulatihan yang tinggi.

Syarat untuk memperbaharui lesen Jurulatih dan Status Aktif

JENIS

JURULATIH

KEGIATAN

AKTIF

SEBAGAI

SEORANG

JURULATIH

BUKU LOG

BENGKEL

MSN ATAU

LUAR

BENGKEL/

SEMINAR LUAR

TEMPOH

MASA

JUMLAH

BENGKEL/

SEMINAR

YANG PERLU

DIHADIRI

Jurulatih

MSN

2 Tiada halangan 2 Tahun 2 Jurulatih

Luar

Disahkan

oleh Pihak

Berkenaan

Dalam BUKU

LOG sebagai

Aktif

Digalakkan

Menyertai

Menyertai satu

atau lebih

bengkel/seminar

yang dianjurkan

oleh pihak-pihak

tertentu

2 Tahun 1

Page 11: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

11

8 Pengesahan menjalankan tugas sebagai jurulatih

Jurulatih haruslah mendapatkan pengesahan buku log yang disahkan oleh pihak

penganjur atau Persatuan Sukan Kebangsaan semasa menjalankan program atau

pertandingan.

Aktif

Merujuk kepada jurulatih yang telah memenuhi syarat-syarat serta kriteria yang ditetapkan oleh AKK dan pembaharuan keahlian diperlukan dalam masa dua tahun. Jurulatih MSN yang telah mengahadiri 2 bengkel atau Seminar Coah Education dalam 2 tahun. Jurulatih Luar perlu aktif dalam bidang kejurulatihan yang telah mendapat pengesahan dari pihak yang berkaitan serta telah menghadiri sekurang-kurangnya 1 Bengkel atau Seminar Coach Education dalam 2 tahun.

Tidak Aktif

Gagal memperolehi himpunan bilangan jam/hari pembelajaran

Coaching Continuous Education (CCE) yang minima dan tidak aktif

menjalankan tugas sebagai jurulatih.

9 Kiriman sijil/lesen melalui khidmat pos

Sekiranya pemohon memohon sijil atau lesen untuk di poskan ke rumah maka ianya

bukan lagi tanggungjawab pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan apabila terjadi

sijil atau lesen hilang atau pun rosak semasa proses penghantaran berlaku.

Page 12: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

12

BUKU LOG SLKK

Page 13: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

13

Disediakan oleh :

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan

Majis Sukan Negara Malaysia (MSNM)

Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil

57000 Kuala Lumpur

Tel : 03 – 8992 9600 (Direct Line : MSN)

03 – 8992 9010 (Akademi Kejurulatihan Kebangsaan)

03 – 8992 9003 (Lesen Jurulatih)

Faks : 03 – 8996 6203

Page 14: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

14

LAMPIRAN

KOD ETIKA JURULATIH

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan yakin bahawa jurulatih memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan dan kejayaan seseorang atlet. Jurulatih merupakan seorang pemimpin / guru yang bertanggungjawab mempastikan program-program sukan dapat membentuk keperibadian dan perwatakan yang baik di dalam kehidupan seorang atlet. Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlet dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itu jurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang mulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.

Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan cekap selain mempunyai integriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah bertanggungjawab dalam membina semangat kekitaan sewaktu mengambil bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggi serta sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai kemajuan atlet bimbingannya.

Akademi Kejurulatihan Kebangsaan percaya bahawa seseorang jurulatih akan melakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk atlet di bawah penjagaannya. Kod etika jurulatih ini hendaklah diguna pakai oleh semua jurulatih sama ada sepenuh masa, sambilan dan luar negara yang berkhidmat di bawah naungan Institut Sukan Negara Malaysia. Kod etika ini sememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yang perlu diikuti oleh seseorang jurulatih.

Saya akan sentiasa terikat dan mematuhi kod etika ini ketika menjalankan tugas

sebagai seorang jurulatih.

Seorang jurulatih sukan bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi

diri seorang atlet dengan meningkatkan prestasinya :-

• Mengenalpasti keperluan setiap orang individu. • Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat

penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.

• Mewujudkan satu persekitaran di mana seseorang atlet itu sentiasa mendapat

motivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.

Page 15: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

15

Jurulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di

bawah :-

Sebagai seorang jurulatih

1. Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidak

akan berkelakuan negetif yang mana ia akan memberi kesan terhadap

tanggapan masyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya.

2. Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertulis

kepada orang ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan

profesion kejurulatihan.

3. Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketika

melatih. Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lain

serta tidak menganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya sendiri.

4. Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukan

dan mendidik atlet betapa pentingnya integriti, kejujuran, keyakinan dan

kesetiaan.

5. Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dan

keselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akan

menurut semua garis panduan yang terkandung di dalam persatuan-

persatuan sukan yang saya ceburi.

6. Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet serta

melatih mereka secara adil dan sama rata.

7. Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektif bagi

mempastikan pengalaman yang diperolehi ketika latihan menyeronokkan, dapat meningkatkan harga diri dan menggalakkan perasaan sayang serta menghargai nilai sukan. Saya tidak akan

melakukan penderaan fizikan dan psikologikal , tidak menggunakan tutur kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang boleh menyinggung perasaan seseorang atlet dan orang lain.

8. Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikir

dan bermain sebagai satu pasukan, melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki prestasi dengan daya usaha tinggi serta berdisiplin. Melarang atlet daripada bersifat pentingkan diri sendiri serta tidak bersungguh-sungguh dalam mengharungi sesuatu pertandingan

Page 16: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

16

sehingga tamat perlawanan. Saya akan pastikan penerapan budaya kerja berkumpulan dilaksanakan demi kelancaran dan kecemerlangan sukan.

9. Saya akan membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan

kepada kepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akan terpengaruh untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran. Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukan salah laku seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atlet atau seseorang yang rapat dengan mereka.

10. Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk saya

ketika menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa menjadi

ikutan kepada atlet.

11. Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok, minum minuman keras dan penyalahgunaan dadah dalam bentuk apa jua sekali pun. Ini akan memberi impak yang negatif tentang peranan saya sebagai “role-model”.

12. Saya akan membimbing atlet menerima tanggungjawab ke atas

perlakuan dan prestasi mereka.

13. Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkan

pengetahuan berkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajari

teknik dan strategi terkini dalam sukan yang diceburi.

14. Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih,

pegawai, saintis, doktor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet.

15. Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat serta

cabaran yang tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkan

suasana sukan secara fizikal dan mental yang selamat.

16. Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip “fair-play” dan tidak akan melanggar peraturan-peraturan serta undang-undang permainan. Saya

akan mengingati atlet tentang bahayanya mengambil benda terlarang

termasuk minuman keras dan rokok serta dadah untuk peningkatan

prestasi.

17. Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkan

sebarang imbuhan secara komersil melainkan dengan mendapat izin

dari Majlis Sukan Negara.

18. Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalam

semua lapangan sukan.

Page 17: SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN · PDF filex Falsafah Kejurulatihan x Sukan di Malaysia x Anatomi dan Fisiologi x Biomekanik Sukan x Suaian Fizikal x Pemakanan Sukan x

17

19. Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Saya

juga akan akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budaya

masyarakat majmuk negara ini.

20. Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan.