komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru

2
Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru. Seseorang guru yang komited terhadap tugasnya akan memberi perhatian kepada setiap pelajarnya dalam pelbagai aspek, lebih-lebih lagi sekiranya mengajar kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sudah pasti aspek toleransi dan perpaduan kaum perlu diutamakan. Berdasarkan pengalaman saya mengajar di sekolah yang terdiri daripada tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India dengan nisbah yang sama sekiranya aspek ini tidak diberi penekanan, akan wujud ketidakpuasan hati kepada kaum yang tertentu. Sehubungan itu, akan berlakulah perkara yang tidak diingini seperti rasa curiga dan lebih menakutkan lagi akibat rasa curiga ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Oleh itu, bagi mengatasi unsur-unsur yang negatif ini berlaku maka beberapa pendekatan diguna pakai untuk memastikan perbezaan kaum tidak menjadi halangan dalam pendidikan dan dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni. Bagi merealisasikan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita, maka ia juga perlu diserapkan dalam kurikulum. Berdasarkan Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People, dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita”. Justeru Kurikulum 1 Malaysia yang digubal perlulah berdasarkan kepentingan semua kaum. Untuk memastikan kurikulum 1 Malaysia ini dilaksanakan guru hendaklah memastikan tidak wujud keutamaan atau tumpuan kepada kaumnya sahaja semasa pengajaran dijalankan. Peluang yang sama rata perlu diberi kepada pelajar dalam aktiviti yang dijalankan dan guru juga perlu adil kepada mereka. Adil di sini bermaksud ketika membuat sebarang keputusan dan juga dalam pemberian markah peperiksaan. Dalam sebarang aktiviti yang dijalankan terutama aktiviti berkumpulan penglibatan pelbagai kaum dalam satu kumpulan perlu diwajibkan. Selain daripada aktiviti P&P dalam kelas penglibatan murid pelbagai kaum boleh diserapkan dalam aktiviti kokurikulum. Elakkan daripada sesuatu unit kokurikulum hanya dimonopoli oleh satu-satu kaum sahaja, hal ini menyebabkan Konsep 1 Malaysia tidak akan terlaksana dan Kurikulum 1 Malaysia juga tidak dapat dijayakan. Penglibatan pelbagai kaum dalam satu unit kokurikulum membolehkan mereka berinteraksi dengan lebih rapat secara tidak formal dan menjadikan hubungan antara pelbagai kaum menjadi lebih erat. Di peringkat pemantauan pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, dan Pejabat Pelajaran Daerah perlu memainkan peranan dengan menjalankan pemantauan secara berkala bagi memastikan strategi ini dilaksanakan. Laporan keberkesanan Kurikulum 1 Malaysia hendaklah dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan untuk mewujudkan perpaduan dan toleransi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

Upload: mie-ahmad

Post on 23-Jul-2015

507 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru

Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru. Seseorang guru yang

komited terhadap tugasnya akan memberi perhatian kepada setiap pelajarnya dalam pelbagai

aspek, lebih-lebih lagi sekiranya mengajar kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sudah

pasti aspek toleransi dan perpaduan kaum perlu diutamakan.

Berdasarkan pengalaman saya mengajar di sekolah yang terdiri daripada tiga kaum utama di

Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India dengan nisbah yang sama sekiranya aspek ini tidak diberi

penekanan, akan wujud ketidakpuasan hati kepada kaum yang tertentu. Sehubungan itu, akan

berlakulah perkara yang tidak diingini seperti rasa curiga dan lebih menakutkan lagi akibat rasa

curiga ini boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Oleh itu, bagi mengatasi unsur-unsur

yang negatif ini berlaku maka beberapa pendekatan diguna pakai untuk memastikan perbezaan

kaum tidak menjadi halangan dalam pendidikan dan dapat mewujudkan masyarakat yang

harmoni. Bagi merealisasikan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita,

maka ia juga perlu diserapkan dalam kurikulum. Berdasarkan Konsep 1 Malaysia menurut

penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People, dan kita

mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara

kita”. Justeru Kurikulum 1 Malaysia yang digubal perlulah berdasarkan kepentingan semua

kaum.

Untuk memastikan kurikulum 1 Malaysia ini dilaksanakan guru hendaklah memastikan tidak

wujud keutamaan atau tumpuan kepada kaumnya sahaja semasa pengajaran dijalankan.

Peluang yang sama rata perlu diberi kepada pelajar dalam aktiviti yang dijalankan dan guru juga

perlu adil kepada mereka. Adil di sini bermaksud ketika membuat sebarang keputusan dan juga

dalam pemberian markah peperiksaan.

Dalam sebarang aktiviti yang dijalankan terutama aktiviti berkumpulan penglibatan pelbagai

kaum dalam satu kumpulan perlu diwajibkan. Selain daripada aktiviti P&P dalam kelas

penglibatan murid pelbagai kaum boleh diserapkan dalam aktiviti kokurikulum. Elakkan

daripada sesuatu unit kokurikulum hanya dimonopoli oleh satu-satu kaum sahaja, hal ini

menyebabkan Konsep 1 Malaysia tidak akan terlaksana dan Kurikulum 1 Malaysia juga tidak

dapat dijayakan. Penglibatan pelbagai kaum dalam satu unit kokurikulum membolehkan

mereka berinteraksi dengan lebih rapat secara tidak formal dan menjadikan hubungan antara

pelbagai kaum menjadi lebih erat.

Di peringkat pemantauan pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, dan Pejabat

Pelajaran Daerah perlu memainkan peranan dengan menjalankan pemantauan secara berkala

bagi memastikan strategi ini dilaksanakan. Laporan keberkesanan Kurikulum 1 Malaysia

hendaklah dibuat oleh pihak pentadbiran sekolah supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan

untuk mewujudkan perpaduan dan toleransi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum.

Page 2: Komitmen adalah satu ciri unggul yang perlu ada pada setiap orang guru