kepimpinan unggul nabi yusof

26
GAYA DAN NILAI KEPIMPINAN UNGGUL DALAM MENANGANI MASALAH EKONOMI : SATU ANALISA DARIPADA KISAH NABI YUSUF Lutfan bin Jaes [email protected] Mohd Hisyam bin Abdul Rahim [email protected] Fakulti Sains, Sastera dan Warisan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja Batu Pahat, Johor

Upload: lutfan-jaes

Post on 19-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Masalah ekonomi amnya timbul daripada fenomena kekurangan sumber alam yang terhad dan kehendak manusia yang tidak terbatas. Bagi menangani masalah tersebut, prinsip dan ciri seorang pemimpin berserta kepimpinan terbaiknya perlu diamalkan supaya sistem ekonomi dapat berjalan dengan cekap, profesional dan mencapai matlamat yang digariskan. Lantaran itu, kertas kerja ini menganalisa nilai-nilai unggul kepimpinan dalam amalan pengurusan ekonomi yang dipunyai dan dipraktikkan oleh Nabi Yusuf a.s, sewaktu menangani krisis kegawatan akibat kemarau yang berlaku pada zaman baginda. Signifikan kisah Nabi Yusuf dipilih kerana baginda adalah pentadbir ekonomi Mesir pada zamannya di samping darjatnya sebagai seorang nabi dan rasul. Kertas kerja ini turut mengambilkira pandangan ahli-ahli ekonomi masakini berkenaan analisa yang dibuat. Hasil daripada penelitian didapati terdapatnya beberapa prinsip unggul dalam kepimpinan pengurusan ekonomi Nabi Yusuf a.s. sehingga baginda berjaya menangani masalah ekonomi pada waktu itu. Sebahagian daripada prinsip tersebut adalah keadilan (’adalah), ihsan dan kerjasama (ta’awun). Secara asasnya al-Qur’an adalah panduan sepanjang zaman oleh kerana itu diharapkan penulisan konsep ini memberi idea dan membuka ruang khususnya dalam mencipta formula yang mampu membangun dan mengurus ekonomi Malaysia menurut perspektif Islam sesuai dengan kehendak tersirat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

TRANSCRIPT

Page 1: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

GAYA DAN NILAI KEPIMPINAN UNGGUL DALAM MENANGANI MASALAH EKONOMI : SATU ANALISA DARIPADA KISAH NABI YUSUF

Lutfan bin [email protected]

Mohd Hisyam bin Abdul [email protected]

Fakulti Sains, Sastera dan WarisanUniversiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit RajaBatu Pahat, Johor

Page 2: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

PenghayatanKonsep Tauhid

sebenar

…kegiatan ekonomiadalah alat untuk

mencapai keredhaanAllah

…bermatlamatkan kehidupanakhirat yang kekal abadi

Tidaklah kepada ukuran kebendaan yang bersifat material semata-mata………….

Matlamat Kesejahteraan Kehidupan Ekonomi Manusia dan Masalahnya .......

Contoh:PolitikSosial

Ekonomi

Satu cara hidup(ad-deen)

Merangkumi kehidupandunia dan

akhirat

Agama yanglengkap

Islam

Page 3: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

…secara umumnya ukuran kepada matlamat kesejahteraan ekonomi sesebuah komuniti atau negara itu dikaitkan dengan pencapaian kecekapan yang maksimum di dalam proses membuat keputusan dan tindakan bagi penggunaan sumber-sumber ekonomi yang sedia ada dan terhad dan menjamin keadilan dalam pengagihan.

Zakaria Man. (2002)

Masalah FundamentalEkonomi

Sumber Alam YangTerhad

Kehendak ManusiaYang Tidak Terbatas

Page 4: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Kertas kerja ini cuba menganalisa…… gaya kepimpinan dan

nilai-nilai yang dipegang dan diaplikasikan oleh Nabi Yusuf a.s

memberi idea dan membuka ruang khususnya dalam mencipta formula yang mampu membangun dan mengurus ekonomi negara khususnya Malaysia menurut perspektif Islam dengan berjaya pada masa hadapan

Peringatan : Menjadi satu kesalahan sekiranya perbandingan gaya kepimpinan dilakukan secara lateral dengan membandingkan jenis-jenis gaya kepimpinan masa kini yang dipelopori oleh ahli falsafah barat. Ini kerana kayu ukur nilaian yang digunakan oleh ahli falsafah Barat tidak menekankan unsur kerohanian dan menekankan konsep pemisahan antara prinsip dunia dan akhirat. Dalam falsafah barat, rasional ”akal waras” diletakkan di tempat tertinggi tanpa mengambil kira unsur spiritual dan ”perintah tuhan” seperti halnya menjadi salah satu syarat wajib dalam konteks agama dan beragama khususnya dalam membicarakan aqidah dan ketaqwaan. Oleh yang demikian penulisan ini cuba melihat gaya kepimpinan Nabi Yusof di dalam kaca mata penulis dan ahli falsafah Islam dan di aplikasikan dengan realiti nyata moden masa kini.

Page 5: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Signifikan Kisah Nabi Yusof a.s Sebagai Model

Dalam Menangani Masalah Ekonomi Negara

Diceritakan di dalam Al-Quran menerusi surah Yusuf dari ayat 43 hingga ayat 49.

Bermula daripada “mimpi Raja” hinggalah dilantik sebagai Wazir Mesir khususnya dibahagian perbendahaaraan negara.

Baginda menjadi pengurus dan pentadbir ekonomi negara dalam menghadapi cabaran kegawatan ekonomi akibat kemarau.

Page 6: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Nilai-Nilai Unggul Dalam Amalan Pengurusan Ekonomi (Pemimpin)Yang DiPraktikkan Sewaktu Mengatasi Kegawatan Ekonomi???!!

Page 7: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

(i)Ketaqwaan, (ii)Kewibawaan, (iii)Kejujuran Serta (iv)Akhlak Terpuji.(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)

al-Qur’an menerangkan bahawa kegawatan ekonomi harus ditangani oleh mereka yang cukup berwibawa dalam erti memiliki keutuhan moral, kompetensi dan pengetahuan yang meyakinkan.

Cth : Krisis Ekonomi 1997-1999 Peranan moral dalam krisis ekonomi tidak harus diremehkan,

kerana ia sekaligus adalah juga krisis kepercayaan. Tidak akan berlaku pemulihan ekonomi tanpa pemulihan kepercayaan dengan menampilkan orang-orang yang bersih dari sebarang kecacatan moral dan rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya.

Cth : Pilihanraya Presiden Indonesia

Oleh kerana itulah hikmah Allah menampilkan Nabi Yusuf a.s. yang bukan daripada seorang raja mahupun seorang pembesar bagi mengatasi bencana yang melanda.

Page 8: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Kaedah Penyimpanan Yang Baik (Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)

Ekonomi sesebuah negara tidak dapat bertahan dan berkembang malah ia akan lumpuh apabila kebuluran yang berlaku dikalangan rakyatnya tidak dapat dibendung. Justeru, satu mekanisme penyimpanan stok bahan-bahan makanan yang baik amat penting dan ia semestinya memerlukan ilmu pengetahuan, kaedah dan teknologi bagi menjayakannya.

Cth : Stok Beras Negara? Satu Perbincangan........Dasar Pertanian Negara Inflasi = Budaya Berbelanja Mewah = Budaya Berbelanja Hutang Penyimpanan = Rizab = Dana Simpanan Negara Mekanisme/Kaedah Penyimpanan = Rizab Tunai @ Rizab Matawang Asing @ Belanjawan Defisit? Tingkatkan Eksport @ Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia

”Berapa lamakah ekonomi negara boleh bertahan (membayar gaji kakitangan awam dan membuat perbelanjaan wajib seperti yang telah dirancang) sekiranya ekonomi rantau Asia tiba-tiba mengalami kegawatan sekali lagi?

Page 9: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Rizab Antarabangsa Bank Negara Turun Kepada RM321.7 BilionTurun Kepada RM321.7 BilionKUALA LUMPUR, 22 Julai 2009 (Bernama) -- Rezab antarabangsa Bank Negara Malaysia (bnm) turun kepada RM321.7 bilion (bersamaan kepada AS$91.2 bilion) sehingga 15 Julai, daripada RM322.9 bilion (AS$91.5 bilion) pada 30 Jun.

Kedudukan rezab itu mencukupi untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan 3.8 kali hutang luar jangka pendek, kata BNM di dalam satu kenyataan hari ini.

Rezab kasar antarabangsa terdiri daripada rezab mata wang asing (AS$84.3 bilion), kedudukan rezab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$400 juta), Hak Pengeluaran Khas (AS$200 juta), emas (AS$400 juta), dan rezab lain (AS$5.9 bilion).

Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Disember 2010Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM328.6 bilionberjumlah RM328.6 bilion (bersamaan dengan USD106.5 bilion) pada 31 Disember 2010. Paras rizab pada 31 Disember 2010 telah mengambil kira peningkatan nilai rizab disebabkan oleh pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing berikutan pengukuhan kebanyakan mata wang utama berbanding ringgit pada suku keempat. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.5 bulan import tertangguh dan adalah 4.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.   (Sumber Bank Negara)

Rizab Antarabangsa BNM pada 31 Mac 2011

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM344.5 bilionberjumlah RM344.5 bilion (bersamaan dengan USD113.8 bilion) pada 31 Mac 2011. Paras rizab pada 31 Mac 2011 telah mengambil kira pelarasan suku tahunan penilaian semula pertukaran asing. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.4 bulan import tertangguh dan ialah 4.3 kali hutang luar negeri jangka pendek. (Sumber Bank Negara)

Page 10: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Pembinaan Bidang-Bidang Utama Ekonomi (Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan

Bagi menjana kemakmuran dan keselesaan hidup, pemerintah perlulah membangunkan bidang-bidang utama yang d apat merancakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang baik, adil dan seimbang adalah antara faktor penyumbang kepada kesejahteraan hidup.

Cth : 1950 – Fokus Pertanian Sara Diri 1960 – Fokus Bidang Pertanian Komersil dan Eksport 1970 dan 80 an - Fokus Bidang Elektrik & Elektronik/ Industri Berat 1990- Keutamaan Bidang ICT

Adakah pembinaan bidang ekonomi utama Malaysia sejak Merdeka hingga kini tepat?

“Maka menghimpunkan Yusuf akan ahli Mesir yang jauhnya, yang dekatnya dan menyuruh mereka itu bahawa bertanam dan jangan meninggalkan sedikit daripada bumi yang tanam. Maka menyediakan bagi menghidupkan bumi dan membanyakkan dia.”

Page 11: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Perancangan Yang Tepat & Berkesan (Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)

Perancangan yang tepat dan kehadapan (futuristic) menyelamatkan ekonomi rakyat dan negara dengan mengimbangi kadar penghasilan, penabungan, perbelanjaan serta reformasi sistem perekonomian.

Cth : Keputusan kerajaan untuk melakukan tukaran asing berpilih-pilih bagi mengatasi masalah kegawatan ekonomi 1997-1999 iaitu: Pasaran ringgit luar persisir dihapuskan! Penetapan kadar tukaran bagi ringgit iaitu RM3.80

bagi setiap dolar Amerika! Satu “peraturan 12 bulan” bagi menyekat

pengaliran keluar dana portfolio bagi tempoh setahun!

Page 12: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Pengurusan Cekap & Berwibawa (Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)

Pemimpin @ Pengurus yang bijak, cekap dan berwibawa amat diperlukan sewaktu menangani situasi yang getir.

Contoh : Malaysia = Tun Daim Zainuddin?

Singapura = Lee Kuan Yew?

Indonesia = Susilo Bambang

Yudiono (SBY)?

Page 13: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Mekanisme Pengawalan Pengurusan Agar Mencapai Objektif.

Islam menggariskan agar penggunaan pengeluaran dikawal selia daripada disalahgunakan. Ia merupakan tindakan penting untuk menjaga kebajikan semua selain daripada menitikberatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.

Justeru perkara tersebut dapat menghindarkan daripada kegiatan monopoli oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Peranan Nabi Yusuf mengumpul dan mengawal simpanan makanan pada ketika itu akhirnya mencapai objektif yang diharapkan iaitu menghindari kebuluran sewaktu kemarau.

Teks di bawah menjelaskan tindakan baginda: Maka dihimpunkan kepadanya dan dibelanjakan tiap-tiap satu rumah dengan kadar orangnya dan nafkahnya atas kira-kiranya.

Page 14: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Mekanisme Pengawalan Pengurusan Agar Mencapai Objektif. (Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)

Cth : Akta Kawalan Bekalan 1961 Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan sepanjang masa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang-barang yang dikawal bekalannya.  

1. Gula. 2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau

susu kering dan susu cair. 3. Garam. 4. Simen dan klinker. 5. Tepung gandum. 6. Minyak masak. 7. Baja. 8. Ubat serangga. 9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan

untuk membekukan getah. 10. Bar bulat keluli lembut. 11. Minyak tanah. 12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas

kedap udara. 13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja). 14. Padi (Sabah sahaja). 15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari

semua gred. 16. Bahanapi diesel. 17. Gas petroleum cecair (LPG) 18. Semua jenis roti. 19. Minyak bahanapi 20. Ayam

"Kita selama ini ingat pasaran Malaysia besar sedangkan pasaran domestik sebenarnya agak kecil. Adalah mudah bagi sebilangan peniaga dan pengeluar untuk mengawal pasaran. 

"Kita fikir dengan kawalan pasaran ini, kita akan mendapat harga berpatutan, tetapi mungkin jika kita membuka pasaran maka bekalan dan harga akan lebih baik. 

"Kita tidak seharusnya sekadar memberi amaran, tetapi melakukannya saja. Lagipun kita akan ada Kawasan Perdagangan Bebas Asean (Afta)," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan tugas di kementeriannya di sini, semalam.

Page 15: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Pengagihan dan pengurusan sumber secara Pengagihan dan pengurusan sumber secara tepat dan berkesantepat dan berkesan..

Islam mendukung prinsip keadilan dalam ajarannya. Keadilan dapat menghindarkan daripada berlakunya penyelewengan dan memadamkan perasaan tidak puas hati. Nabi Yusuf telah melakukan cara terbaik dalam aspek pengagihan makanan sewaktu zaman kemarau. Oleh itu, penduduk Mesir terselamat daripada kebinasaan yang diakibatkan oleh kemarau selama tujuh tahun.

Teks yang sama juga telah menjelaskan tindakan tepat baginda pada waktu itu:

“Maka dihimpunkan kepadanya dan dibelanjakan tiap-tiap satu rumah dengan kadar orangnya dan nafkahnya atas kira-kiranya. “

Page 16: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Masa : 1971-1990.

Punca : Peristiwa 13 Mei 1969.

Matlamat:

1. Pembasmian kemiskinan 2. Penyusunan semula

masyarakat

Pengagihan dan pengurusan sumber secara tepat dan berkesan.(Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Page 17: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Skim penyimpanan buat masa hadapan (tabungan).

Islam melarang umatnya daripada melakukan pembaziran daripada segenap aspek. Lebihan pendapatan ataupun harta selain dikeluarkan zakat[1] perlulah disimpan buat masa akan datang bagi persediaan perkara-perkara kecemasan, kesempitan hidup dan sebagainya. Nabi Yusuf a.s. telah mempraktikkan usaha tersebut. Hasil simpanan makanan yang telah dikumpulkan dapat mengelakkan mereka daripada mati kebuluran. Hal tersebut dapat difahami daripada teks berikut:

“Maka menyuruh Yusuf membuat akan gedung beberapa khaza’in barang yang tiada dapat mengirakan dan tiada dapat membilangkan dia dan tiada dapat diperikan panjangnya dan lebarnya atas kadar lulus barang yang dapatnya daripada tanaman tahun itu.” [2]

.

Page 18: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Skim penyimpanan buat masa hadapan (tabungan). (Konteks Malaysia/Dunia - Satu Perbincangan)

192.168.1

Page 19: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Perbelanjaan mengikut keutamaan, berjimat cermat dan bersederhana.

Pengurusan sumber negara hendaklah teratur dan tersusun mengikut prioriti keperluan ekonomi negara semasa. Selain itu, perbelanjaan mestilah dilakukan dengan berhemat dan bersederhana. Tindakan tersebut perlu bagi memanfaatkan secara optimum sumber-sumber terhad sewaktu saat-saat genting. Ia juga dapat mengelakkan kebocoran sumber kepada perkara yang sia-sia. Teks yang serupa juga dapat kita fahami akan perkara ini:

“Maka dihimpunkan kepadanya dan dibelanjakan tiap-tiap satu rumah dengan kadar orangnya dan nafkahnya atas kira-kiranya.”

Page 20: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Perbelanjaan mengikut keutamaan, berjimat cermat dan bersederhana.

(Konteks Malaysia/Dunia – Satu Perbincangan)

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.” (Surah al-Furqan, ayat 67)

"Malaysia sebagai pengeluar dan pengeksport minyak harus bersedia menghadapi tahun 2014 di mana negara dijangka perlu mengimport bagi menampung keperluan dan pada tahun 2020-an, kita dijangka menjadi pengimport sepenuhnya keperluan

petroleum," jelasnya lagi. Menurut beliau, secara puratanya pengguna di Malaysia membelanjakan kira-kira

40 peratus pendapatan mereka untuk perbelanjaan makanan. Setiausaha Agong Gabungan Persatuan-Persatuan

Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha'ani Abdullah

Page 21: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Pengurusan risikoPengurusan risiko bagi melindungi harta dan sistem ekonomi.

Pengurusan risiko dapat ditakrifkan sebagai suatu proses yang sistematik untuk mengenalpasti dan menilai risiko yang mungkin dihadapi. Kemudian memilih dan melaksanakan teknik-teknik pengendalian risiko yang paling sesuai untuk mengawasi risiko yang telah dikenalpasti selaras dengan matlamat individu atau organisasi tersebut.[1] Kisah Nabi Yusuf menerangkan bahawa risiko yang bakal dihadapi oleh sekelian penduduk Mesir adalah kemarau yang berpanjangan dan langkah-langkah perlu untuk mereka, bagi mendepani perkara tersebut. Kecerdikan Nabi Yusuf dalam menangani risiko telah menyelamatkan mereka daripada kebinasaan. Tindakan tersebut dapat difahami daripada petikan berikut:

“ Maka menyeru Yusuf a.s. akan segala manusia jangan kamu tanam sesuatu hingga lalu masa tujuh tahun ini. Maka bahawasanya binasa benih kamu dan tiada tumbuh bagi kamu sesuatu.” [2]

Page 22: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Pengurusan risikoPengurusan risiko bagi melindungi harta dan sistem ekonomi.

(Konteks Malaysia/Dunia – Satu Perbincangan) Risiko” bermakna suatu kemungkinan

atau kebarangkalian tidak mencapai hasil yang diharapkan, atau suatu tahap dimana berlaku hasilnya tidak serupa seperti hasil yang dimahukan (diinginkan).

Greave, M.J, “Understanding and

Managing Risk in Real Estate Investments”, Surveyor and Valuer (SISV) Vol. 1 No. 2/83, m.s. 21

“Risiko” juga merupakan kemungkinan kerugian: suatu situasi dalam mana hasilnya tak dapat ditentukan tetapi nilai dan kemungkinan dan kebarangkalian terjadi adalah dapat diketahui.

Robinson N.M & Lavers A.P, 1988, Construction Law in Singapore and Malaysia, London:

Butterworth & Co., di m.s. 67.

Risk Control

Risk Tranfer

Risk Retention

PenghindaranRisiko

Teknik MengurusRisiko

Page 23: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Prinsip dan Nilai Kepimpinan Unggul daripada Nilai-nilai dalam Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s.

Asas kepada seseorang pengurus terutamanya dalam bidang ekonomi dan pengurusannya.

Membawa seseorang itu ke arah kesucian hati dan kebersihan luaran.

Kesucian hati akan mencernakan akhlak yang murni seperti amanah, keikhlasan, kejujuran dan sebagainya.

Kebersihan luaran pula meliputi pembudayaan sikap positif seperti berdisiplin, bersih, kemas dan keperibadian yang tinggi.

Prinsip taqwa melibatkan elemen kepercayaan.

Oleh kerana itulah hikmah Allah menampilkan Nabi Yusuf a.s. yang mempunyai akhlak dan ketaqwaan yang tinggi serta kebijaksanaan bagi mengatasi bencana yang melanda.

Ketaqwaan Ketaqwaan (At-Taqwa)(At-Taqwa)Tidak akan berlaku pemulihan ekonomi

tanpa pemulihan kepercayaan dengan menampilkan orang-

orang yang bersih dari sebarang kecacatan moral, rasuah dan

sebagainya.

Page 24: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Prinsip dan Nilai Kepimpinan Unggul daripada Nilai-nilai dalam Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s..

Menganjurkan bahawa sistem ekonomi dan pengurusannya mestilah berusaha ke arah pencapaian keadilan ekonomi dan ekonomi kerjasama.

Penghayatan semangat keadilan dalam penyelenggaraan setiap aktiviti ekonomi merupakan kemuncak keutuhan sistem ekonomi bernegara manakala ekonomi kerjasama akan mewujudkan kestabilan dan kemampanan perjalanan ekonomi

Konsep at-ta’awun dapat diterapkan dan persaingan tidak sihat dapat dihindarkan.

Keadilan & Keadilan & IhsanIhsan

(al-Adl wal (al-Adl wal IhsanIhsan

Natijahnya, satu masyarakat yang adil dengan segala kemaslahatannya diambil kira, suasana aman, sifat kerjasama dan persaudaraan menjadi subur serta kehidupan bertambah makmur dikecapi.

Page 25: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Prinsip dan Nilai Kepimpinan Unggul daripada Nilai-nilai dalam Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s.

Prinsip ini ditekankan kepada pemerintah ataupun pengurus ke atas segala tindakan dan strategi yang diambil untuk memakmurkan ekonomi.

Justeru, penekanan ke atasnya akan menjauhkan segala bentuk pembaziran sumber dan sikap rakus dan haloba terhadap alam sekitar.

Tugas pembangunan yang dihayati adalah untuk membawa kesejahteraan manusia secara holistik, memberi manfaat kepada umum, dijalankan secara berhemat dan berpaksikan sifat kesederhanaan dan menyedari bahawa ianya adalah taklif bukannya tashrif

Kebertanggungjawaban

(Mas’uliyyah)

Page 26: Kepimpinan Unggul Nabi Yusof

Prinsip dan Nilai Kepimpinan Unggul daripada Nilai-nilai dalam Amalan Pengurusan Ekonomi Nabi Yusuf a.s.

Kecekapan pengurusan dan perancangan akan membawa ke arah kejayaan sesebuah pengurusan ekonomi.

Pengurus yang cekap melambangkan kebijaksanaan dan kewibawaannya serta ia amat diperlukan sewaktu menangani situasi yang getir.

Oleh yang demikian maka tepatlah apabila Nabi Yusuf a.s. mengambil posisi yang amat penting dan strategik bagi memastikan segala perancangan yang dibuat membuahkan hasil yang diharapkan.

Selain itu, perancangan yang tepat dan kehadapan (futuristic) menyelamatkan ekonomi rakyat dan negara dengan mengimbangi kadar penghasilan, penabungan, perbelanjaan serta reformasi sistem perekonomian.

Kecekapan

(Kifaaah)