kod etika pegawai penguatkuasaan agama jabatan agama islam negeri 2008

3

Click here to load reader

Upload: mazarian

Post on 13-Jun-2015

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kod Etika Pegawai Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama Islam Negeri 2008

KOD ETIKA PEGAWAI PENGUATKUASAAN AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN 2008

Nama:Kod Etika ini bolehlah dinamakan Kod Etika pegawai penguatkuasa Agama.Jabatan Agama Negeri 2008.

Pemakaian:Kod etika ini hendaklah dipakai kepada semua pegawai penguatkuasa Agama di sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang Islam.

Tatakelakuan Umum.Pegawai penguatkuasa Agama hendaklah:1.Mengamalkan akhlak ,sikap dan tingkahlaku yang mulia,bersifat amanah,jujur dan berniat baik selaras dengan prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang dituntut oleh Hukum Syarak. 2.Bertindak secara rasional,professional serta menerapkan nilai-nilai murni pada diri dengan mengamalkan sikap sabar,tolenrasi,sederhana dan penuh tanggungjawab.3.Menjauhkan diri daripada tindakan yang boleh menimbulkan pandang yang negative masyarakat terhadap profesion penguatkuasaan khususnya dan institusi agama.4.Berusaha untuk terus menimba ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan.5.Berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam menjalankantugas dan tanggungjawab.6.Menjalinkan hubungan baik dengan agensi lain yang berkaitan demi kepentingan jabatan.7.Mematuhi peruntukan-peruntukan bahagian II-Kelakuan ,peraturan –peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib )1993,Khususnyatidak melakukan perkara-perkara berikut:-

(a)membelakangkan tugas awam demi kepentingan persendirian;(b)Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan

persendirian Bercanggah dengan tugas awam.(c )Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang

munasabah-i.telah membiarkan kepentingan persendirian bercanggah dengan tugas awam hingga

menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai;atauii.telah menggunakan kedudukan awam bagi faedah sendiri.(d)tidak berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau

mencemarkan nama perkhidmatan awam;(e)kurang cekap atau kurang berusaha(f)tidak jujur dan amanah ;

Page 2: Kod Etika Pegawai Penguatkuasaan Agama Jabatan Agama Islam Negeri 2008

(g)tidak bertanggungjawab(h)ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan

Munasabah sebagai ingkar perintah(i)cuai dalam melaksanaan tugas;(j)tidak meminjam wang daripada mana-mana orang atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam,atau apa-apa cara meletakan dirinya dibawah satu obligasi kewangan kepada mana-mana orang-i.yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada tugasnya,atauii.yang dengannya dia ada atau mungkin ada urusan rasmi.(k)tidak menerima rasuah ,sogokan atau apa-apa hadiah,apabila hadiah tersebut dengan apa-apa cara berkaitan dengan pelaksaan tugasnya.

TATAKELAKUAN KHUSUS4.Semasa menjalankan tugas,Pegawai penguatkuasaan Agama hendaklah-

(i)mengambil tindakan yang menepati kehendak hukum syarak(ii)mengikut undang-undang dan garis panduan berkaitan.(iii)hormat menghormati sesame pegawai sepasukan ,bersikap positif ,bertolak ansur,berfikiran dan sentiasa berkerjasama sebagai satu pasukan dalam melaksanakan tugas demi kepentingan jabatan.(iv)berpakaian seragam,kenas,sopan dan menutup aurat.(v)melayani setiap aduan dan maklumat dengan teliti,cermat dan sempurna.(vii)tidak menggunakan maklumat yang diperolehi sebagai satu cara untuk memperolehi keuntungan peribadinya.(vii)tidak mendedahkan maklumat kepada mana-mana pihak yang berkaitan ,samaada secara lisan atau bertulis .(ix)memberi salam dan minta izin penghuni atau tuan punya premis untuk membuat pemeriksaan dan penggeledahan.(x)mempastikan pemeriksaan atau penggeledahan dilakukan di tempat-tempat berkaitan sahaja dan diiringi oleh penghuni atau tuan punya premis .(xi)tidak menimbul kekecohan ,keaiban dan sebarang fitnah terhadap penghuni atau tuan punya premis.(xii)tidak menggunakan kekerasan atau bertindak kasar,ganas dan tidak sopan,melainkan dalam keadaan yang benar-benar terdesak bolehlah mengambil atau menggunakan segala langkah yang perlu untuk melaksanakan tangkapan sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang.