kod budaya kerja

7
1 drp 7 PINDAAN 2011

Upload: buituong

Post on 29-Jan-2017

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: KOD BUDAYA KERJA

1 drp 7

PINDAAN 2011

Page 2: KOD BUDAYA KERJA

2 drp 7

KKOODD BBUUDDAAYYAA KKEERRJJAA

PPeerrbbaaddaannaann PPeemmbbaanngguunnaann EEkkoonnoommii SSaarraawwaakk

((SSEEDDCC))

11..00 LLAATTAARR BBEELLAAKKAANNGG

Kod Budaya Kerja SEDC telah dilancarkan oleh YAB Pehin Sri Dr. Haji

Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak selaku Menteri

Bertanggungjawab ke atas SEDC pada 2hb September 2004 bersempena

dengan Minggu Integriti SEDC 2004.

Kod Budaya Kerja ini adalah berpaksikan Lima Tonggak Transformasi

Budaya Kerja dalam Perkhidmatan Awam Negeri untuk memantapkan

sistem pengurusan pentadbiran menerusi prinsip-prinsip pendekatan

yang holistik, sistematik, bersepadu, berkesan dan berterusan.

Kod Budaya Kerja ini adalah merupakan pelengkap kepada Perintah Am, polisi-polisi, peraturan-peraturan dan arahan-arahan sedia ada.

22..00 OOBBJJEEKKTTIIFF

Kod Budaya Kerja SEDC bertujuan untuk menyediakan garis panduan tatacara kelakuan bagi warga kerja SEDC ke arah membentuk SEDC

PERSON yang mempunyai ciri-ciri berikut:

Berpengetahuan (Knowledgeable)

Berkemahiran Pelbagai (Multi-skilled)

Berdisiplin (Discipline)

Tekun dan Rajin (Hardworking)

Pelaksana (Doers NOT Talkers)

Proaktif (Walk the Extra Miles)

Setia dan Dedikasi (Loyal and dedicated)

Bersemangat Waja (Real Desire to succeed)

Berintegriti Tinggi (High Level of Integrity)

33..00 KKOODD BBUUDDAAYYAA KKEERRJJAA SSEEDDCC

Budaya kerja SEDC yang bersepadu, seimbang dan harmonis adalah berpandukan Kod Budaya Kerja yang mengandungi tiga komponen utama

iaitu NNilai (N), EEtika (E) dan KKecemerlangan (C) yang menjadi panduan

tatacara kelakuan warga kerja SEDC.

SEDC PERSON

N

E C

PINDAAN 2011

Page 3: KOD BUDAYA KERJA

3 drp 7

33..11 NNIILLAAII

Warga kerja SEDC akan sentiasa mengamal dan menghayati NNiillaaii TTeerraass

dan NNiillaaii KKeemmbbaannggaann pada setiap masa untuk menjadi warga kerja yang

berilmu, beradab dan berakhlak mulia.

3.1.1 NNiillaaii TTeerraass

BBeennaarr

Bercakap dan bertindak atas dasar keluhuran peribadi serta sentiasa menentukan setiap tindakan, kebiasaan dan perlakuan

yang dipraktik adalah berasaskan kepada kebenaran daripada

aspek perundangan dan peraturan;

AAmmaannaahh Menerima tugas dan tanggungjawab secara sedar untuk dilaksana dengan jujur, ikhlas, beretika dan berakauntabiliti

bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan;

IInntteeggrriittii Mempunyai kejujuran dan keikhlasan yang mutlak pada setiap

masa dan keadaan. Melaksanakan tugas dengan niat suci, hati

yang tulus ikhlas serta menghindari diri daripada diperalatkan atau memperalatkan;

AAddiill Membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar serta

rasional berlandaskan hukum, prinsip, undang-undang dan

peraturan yang sah dan benar;

BBeerrssyyuukkuurr Menerima kewujudan diri dan individu lain sebagai rahmat dan

nikmat yang hakiki serta sentiasa menghargai kejayaan diri dan

individu lain sebagai pendorong untuk berusaha lebih gigih

tanpa perasaan iri hati; dan

BBeerrssiihh

Mengamalkan sikap dan perlakuan yang suci murni daripada segi rohani dan jasmani dalam penampilan diri, perhubungan

dan perlaksanaan tugas.

3.1.2 NNiillaaii KKeemmbbaannggaann

BBeerrttaanngggguunnggjjaawwaabb Bersedia menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan dan

memikul serta menanggung beban tugas dengan niat untuk

melakukan yang terbaik bagi mencapai matlamat atau sasaran;

BBeerraakkaauunnttaabbiilliittii Memastikan tugas dan tanggungjawab disempurnakan sepenuhnya seperti yang dikehendaki sekalipun didelegasikan

kepada orang lain;

Page 4: KOD BUDAYA KERJA

4 drp 7

BBeerrddiissiipplliinn Berupaya mengawal diri secara mental dan fizikal dengan

bertindak mengikut lunas-lunas hukum, prinsip, undang-undang dan peraturan. Sentiasa menjaga maruah diri dan

keluarga, serta imej organisasi dan berpegang teguh kepada

ajaran agama;

BBeerrddeeddiikkaassii Mempunyai kesanggupan untuk melaksanakan tugas dan

tanggungjawab tanpa mengira masa, tenaga dan keadaan dengan mematuhi peraturan dan arahan demi mencapai

matlamat;

BBeekkeerrjjaassaammaa Mempunyai semangat tolong-menolong yang kukuh tanpa

mengira bangsa, agama, kedudukan dan jantina melalui tolak

ansur dan toleransi;

TTeekkuunn ddaann RRaajjiinn Berkesungguhan dalam melaksanakan tugas di samping minat

yang mendalam untuk menghasilkan kerja yang tulen dan

berkualiti;

BBeerrhheemmaahh TTiinnggggii

Mempunyai budi pekerti tinggi, berbudi bahasa dan bersopan santun yang dikagumi oleh kawan dan lawan;

SSeeddeerrhhaannaa Keupayaan menolak sesuatu yang keterlaluan tanpa

mengorbankan kualiti dan menghalang kedaifan berlaku.

Tindakan ini boleh mengelakkan risiko, perbuatan boros, keangkuhan dan kerugian; dan

BBeerrpprriinnssiipp Mempunyai pendirian yang jelas, berobjektif serta berani

mempertahankan kebenaran berdasarkan prinsip, fakta dan

bukti yang sahih untuk menjamin kualiti dalam setiap urusan

SEDC.

33..22 EETTIIKKAA

Warga kerja SEDC adalah tertakluk kepada Perintah Am, Pekeliling

Perkhidmatan dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke

semasa demi menjaga dan memelihara kepentingan kedua-dua pihak

iaitu Kerajaan dan SEDC.

Warga kerja SEDC juga adalah tertakluk kepada Statutory Bodies (Conduct and Discipline) Ordinance, 2004.

Kod Budaya Kerja ini hendaklah diterima sebagai piawaian etika dan

disiplin bagi warga kerja SEDC untuk:-

Menentukan kelangsungan dan perkembangan kerjaya;

Mendapat saraan hidup sambil menyumbang kepada kemajuan, perkembangan pembangunan, keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negeri Sarawak; dan

Menikmati kebahagiaan dan kesejahteraan diri dan keluarga.

Page 5: KOD BUDAYA KERJA

5 drp 7

Justeru itu, dengan secara sedar pada setiap masa, warga kerja SEDC

hendaklah:

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepenuhnya dengan bersungguh-sungguh, cekap dan berkesan;

Menepati masa dan piawaian yang telah ditetapkan;

Melindungi dan menjaga harta benda kerajaan;

Mementingkan tugas awam daripada kepentingan diri;

Tidak menyalah guna kuasa dan kedudukan;

Tidak melibatkan diri dalam politik;

Menjaga nama baik dan imej organisasi;

Menghindari diri dari menerima atau memberi rasuah;

Memahami hak dan had batasan dalam Perintah Am dan peraturan-peraturan lain;

Mengelakkan perbuatan yang bercanggah dengan nilai moral kemanusiaan walaupun tidak salah dari segi peraturan dan undang-

undang;

Melakukan perkara yang terpuji walaupun tidak dikehendaki ke atasnya; dan

Yakin dan percaya bahawa perbuatan yang baik akan mendapat ganjaran.

3.3 KKEECCEEMMEERRLLAANNGGAANN

Warga kerja SEDC yang terdidik dengan nilai dan mematuhi etika akan membawa kecemerlangan dari segi kualiti dan produktiviti organisasi

dengan indikator berikut:

BBeerrwwaawwaassaann

Mempunyai matlamat yang jelas bagi setiap tugas dalam organisasi untuk diri serta keluarga; dan

Menjadikan matlamat tersebut sebagai panduan untuk meningkatkan daya usaha, daya saing dan daya tahan dalam menghadapi cabaran.

PPrrooffeessiioonnaalliissmmaa

Sentiasa bersedia untuk memimpin dalam apa jua keadaan yang memerlukan;

Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang tugas yang dijalankan;

Bijaksana, berupaya dan berwibawa dalam pelbagai kemahiran bagi menjalankan pelbagai tugas;

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan gigih dan sempurna;

Mengutamakan tugas daripada mementingkan diri sendiri; dan

Membuat penilaian secara objektif dan rasional.

SSeemmaannggaatt BBeerrppaassuukkaann

Menghormati pemimpin dan setia kepada organisasi;

Bekerjasama dan komited dalam mencapai visi dan misi organisasi;

Mewujudkan dan mengekalkan hubungan baik dengan ketua, rakan sekerja dan staf bawahan dalam organisasi;

Mengamalkan ketulusan dan komunikasi terbuka dalam setiap tindakan kecuali yang melibatkan kerahsiaan;

Mengamalkan budaya bermesyuarah dan konsensus;

Membudayakan perkongsian ilmu, maklumat dan pengalaman;

Page 6: KOD BUDAYA KERJA

6 drp 7

Menyemai semangat kesejawatan di samping mengamalkan nilai bertolak-ansur dan hormat-menghormati; dan

Berbudi dan bersedekah kepada orang yang memerlukannya.

KKrreeaattiivviittii DDaann IInnoovvaassii

Kreatif dalam menjana idea untuk mempertingkatkan prestasi organisasi;

Menerima idea-idea baru dan perubahan yang bermakna;

Bersikap kritikal dan sentiasa proaktif meneroka pelbagai alternatif dalam melaksanakan sesuatu tugas;

Berkemampuan meramal dan menyelesaikan masalah; dan

Berkemampuan mencerakin keutamaan dalam melaksanakan tugas.

PPeemmbbaanngguunnaann DDiirrii

Mencari ruang dan peluang untuk mempertingkatkan bakat, ilmu, kemahiran dan pengalaman secara berterusan;

Bersedia belajar daripada pengalaman diri dan orang lain untuk kemajuan, pembangunan dan perkembangan organisasi, diri dan

keluarga;

Mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengoptimumkan kesihatan dan kesejahteraan fizikal, mental, emosi dan rohani; dan

Mengamalkan budaya berfikir secara reflektif dan muhasabah diri.

KKeeuunngggguullaann DDiirrii

Mempunyai tanda aras, hala tuju dan matlamat hidup yang jelas selaras dengan kehendak organisasi, diri dan keluarga;

Berusaha menghasilkan kualiti kerja terbaik dalam apa jua situasi kerja untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi;

Berusaha memperbaiki prestasi kerja secara berterusan; dan

Peka dan prihatin serta sedia memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

PPeennaammppiillaann DDiirrii

Berpakaian bersih, kemas dan sopan selaras dengan peruntukan dalam Perintah Am, arahan dan pekililing Kerajaan Negeri atau norma

agama/masyarakat; dan

Memelihara imej diri dan organisasi melalui pakaian, percakapan dan tingkah laku sebagai warga kerja SEDC yang berperibadi unggul.

4.0 PEMATUHAN PERATURAN PEJABAT

Warga kerja SEDC hendaklah memahami dengan jelas dan mematuhi Peraturan- Peraturan Pejabat seperti berikut:-

4.1 Penghayatan Disiplin

Mengawasi waktu, kehadiran bekerja dan pelaksanaan tugas dengan:-

Mengimbas sendiri kad perakam waktu kehadiran bekerja;

Mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi pengunaan kad perakam waktu termasuk mengimbas kad bagi setiap pergerakan

ke luar bagi menjalankan tugas-tugas rasmi atau atas urusan

peribadi;

Menggantikan semula waktu bekerja yang telah digunakan untuk urusan peribadi;

Tidak melampaui had masa rehat yang diperuntukan;

Page 7: KOD BUDAYA KERJA

7 drp 7

Memaklumkan kepada pegawai yang menyelia mengenai alamat dan nombor telefon untuk dihubungi pada bila-bila masa

semasa tiada di pejabat;

Menghadiri perhimpunan bulanan SEDC mengikut jadual yang ditetapkan; dan

Menetapi masa ketika menghadiri majlis dan tugas rasmi.

4.2 Pematuhan Peraturan Bercuti

Setiap warga kerja SEDC :-

Bertanggungjawab memastikan status permohonan cuti terlebih dahulu sebelum bercuti;

Memahami prinsip ‘cuti sebagai suatu keistimewaan, bukan

sebagai hak’ bagi memastikan warga kerja SEDC sentiasa mendahulukan urusan rasmi dan kepentingan pejabat;

Mengemukakan atau membuat catatan alasan untuk bercuti sekiranya diminta oleh Pegawai yang meluluskan cuti dan

mencatatkan pergerakan semasa bercuti jika bercuti melebihi

tiga(3) hari; dan

Memaklumkan dengan segera kepada Pegawai yang meluluskan cuti sekiranya terpaksa mengambil cuti kecemasan atau mengejut bagi memastikan kelancaran pengurusan tugasan

yang diamanahkan.

4.3 Pematuhan Peraturan Berpakaian

Semua warga kerja SEDC :-

Dikehendaki memakai tanda nama sepanjang masa bekerja di pejabat dan semasa melaksanakan tugas-tugas rasmi di luar

pejabat;

Diwajibkan memakai Baju Korporat Rasmi SEDC pada setiap hari Isnin dan Baju 5S pada hari Rabu minggu terakhir pada

setiap bulan;

Dikehendaki berpakaian formal, kemas dan tidak menjolok mata pada hari bekerja; dan

Dilarang memakai pakaian yang menutup muka (purdah) pada hari bekerja.

4.4 Pematuhan Peraturan Umum

Semua warga kerja SEDC hendaklah menjawab telefon dalam tiga deringan pertama; dan

Pegawai yang menghadiri mesyuarat sebagai wakil SEDC hendaklah melaporkan hasil mesyuarat kepada Ketua/ Penyelia

yang berkenaan, sejurus kembali bertugas.

55..00 PPEENNUUTTUUPP

Kod Budaya Kerja ini diharapkan dapat menyumbang ke arah melahirkan

warga kerja SEDC yang mempunyai keperibadian unggul dengan berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, berdisiplin kental serta

mempunyai sentuhan kemanusiaan yang tinggi demi mencapai visi dan

misi SEDC.