budaya kerja cemerlang - kursus ppm kulai (jun)

Upload: bieyby-depurplelovacudburryberries

Post on 16-Jul-2015

150 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

BUDAYA KERJA CEMERLANGKursus Pengurusan dan Pentadbiran Pembantu Pengurusan Murid (PPM N17)AZMAN BIN HAJI ADNAN Pengetua SMK Bandar Putra Kulaijaya

BERSYUKUR.. AKU PUNYA PEKERJAAN

KANDUNGAN

MOTIVASI KERJA DAN SIKAP CARA MENGURUS KETUA/ BOSS DENGAN BAIK PERHUBUNGAN INTERPERSONEL

DIMENSI PERSONAL KUALITISIKAP DIRI YANG POSITIF HUBUNGAN DENGAN KETUA HUBUNGAN DENGAN RAKAN SEJAWATBUDAYA KERJA CEMERLANG

Dr.Yusof Al-Qardhawi dalam huraiannya mengenai kerja sebagai ibadah telah menghuraikan 5 syarat yang wajib dipatuhi untuk melayakkan kerja kita sebagai ibadah.

Kerja-kerja yang halal dari syariat islam Niat yang ikhlas untuk melaksanakan

(Sabda Rasullah s.a.w Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat)

Kesungguhan (iltizam) dan kemampuan Menurut ketetapan syarak (jujur & amanah) Wajib menunaikan ibadah-ibadah khusus (seperti Sembahyang,puasa dan sebagainya)

KONSEP PEKERJAAN

KERJA ITU IBADAH YANG MEMBERI GANJARAN KERJA ITU AMANAH YANG MEMBERI KEMULIAAN KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN YANG MEMBERI KETENANGAN KERJA ITU TANGGUNGJAWAB BUKAN BEBANAN

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

4.1.1. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah (a) Bantu guru urusan mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah (b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan (c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat-menyurat (d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan (e) Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid (f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah. (g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar (h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa (i) Membantu guru dalam menguruskan akaun (j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID 4.1.2. Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah (a) Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. (b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan (c) Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu dan minat. (d) Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid (e) Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai. (f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan dan kesihatan. (g) Memberi bantuan kepada murid-murid. (h) Membantu guru prasekolah dalam penyediaan P&P.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

4.1.3. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih (a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah. (b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya. (c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain. (d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan pengajaran di dalam kelas.

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

4.1.4. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid (a) Melayani karenah murid-murid prasekolah. (b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid. (c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas. (d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu. (e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan. (f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru.

KEMULIAAN TUGAS GURU/ PEMBANTU PENGURUSAN MURID

Konsep Mengajar sesuai dengan Hadis Nabi Muhamad s.a.w Apabila meninggal dunia seorang insan maka tinggallah semuanya, kecuali 3 perkara iaitu ilmu yang diajar kepada orang lain, amal jariah yang dilakukan dan anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan ibubapanya.

TAHUTAK TAHU TAHU

4 3 (TUMPANG MAKAN) (PEMELIHARA)TAK TAHU TAK MAHU TAHU TAK MAHU

2 (PELAJAR)TAK TAHU MAHU

1 (BINTANG)TAHU MAHU

BINTANG (MAHU & TAHU)

TAHU MELAKSANAKAN TUGASNYA MAHU MELAKSANAKAN TUGASNYA MEMAHAMI STANDARD CEMERLANG BERUSAHA KE ARAH CEMERLANG KOMITMEN & ILTIZAM TINGGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEPAKARAN

PELAJAR (MAHU TETAPI TAK TAHU)

SIKAP POSITIF MENERIMA KRITIKAN, CEMUHAN SENTIASA BERUSAHA BERTANYA & MERUJUK PERLUKAN MOTIVASI, DORONGAN DAN BIMBINGAN

PEMELIHARA (TAK MAHU TETAPI TAHU)

KECEWA DAN TAK PUAS HATI KOMITMEN RENDAH PATUH ARAHAN TAHAP MINIMA TIADA INISIATIF TIDAK AKTIF & TIDAK PROAKTIF PERLUKAN MOTIVASI DAN DORONGAN YANG TINGGI

TUMPANG MAKAN (TAK MAHU & TAK TAHU)

CURI TULANG KURANG BERDISIPLIN SUKA MENGHABISKAN MASA SUKA MELAWAN PEMALAS KERJA SAMBIL LEWA TIDAK CEKAP PENGHASUT

BAGAIMANA HENDAK MEMOTIVASI KERJA DAN SIKAP?

Gembira dan puas dengan kerja anda. Kenali dan ikuti perkembangan terkini bidang tugas anda. Persembahkan hasil kerja yang terbaik berdasar kemampuan anda. Kenal pasti matlamat anda melalui perancangan harian dan bulanan. Melakukan check list tugas harian agar perancangan anda terlaksana. Menetapkan standart pencapaian kerja yang spesifik dan mencabar berdasar jangkaan dan kehendak.

Motivasi Kerja..

Ketahui secara jelas tugasan dan harapan yang dikehendaki oleh Ketua Jabatan. Melakukan proses semakan terakhir sebelum tugasan dihantar agar tiada kesalahan. Mewujudkan sistem fail yang lebih tersusun dan dilabel dengan sempurna. Mencatat apa juga maklumat atau idea penting (note book). Memperbaiki kemahiran lisan (komunikasi-PAC) dan tulisan anda.

Motivasi Kerja.

Melaksanakan tugas yang mencabar sewaktu anda bertenaga dan segar. Fokus kepada keputusan bukan aktiviti (Achievement by result). Bertindak secara berkumpulan, berkongsi idea dengan rakan lain. Muhasabah diri adakah saya melaksanakan perkara yang betul / dengan betul dan bagaimana untuk membuat penambahbaikan. (Continuous Improvement)

PERBANDINGAN DUA KATEGORI PEKERJA DALAM ORGANISASIPekerja Berpencapaian1. Mendapatkan peluang 2. Kerja lebih masa 3. Selesaikan tugas melebihi keperluan 4. Pergaulan meluas 5. Kegagalan sebagai cabaran 6. Kehadirannya dirasai dan dilihat dalam organisasi 7. Mampu membina network

Pekerja BiasaMencari jalan mudah Rigid tentang waktu Memenuhi kehendak tugas. Pergaulan terhad Kegagalan sebagai masalah Terlalu lama dalam satu bidang kerja. Berdamping sama kategori

UJIAN PERSONALITI KENALI DIRI ANDA1. Jawapan ditulis dengan jujur dan ikhlas.

2. Jangan melihat atau berbincang dengan rakan. 3. Tiada jawapan yang salah atau betul. 4. Tandakan jawapan yang betul sahaja

KETAHANAN INTELEKTUAL PENCAPAIAN

KEBOLEHPERCAYAAN ITEM ANTARA 78% HINGGA 95%

1. Tiada personaliti yang gagal. Ia hanya gagal jika dikaitkan dengan kerjaya. 2. Mengetahui sahaja tidak memberi kesan KECUALI jika kita memperbaiki kelemahan (Continues Improvement) agar mampu bertindak sebagai seorang insan yang cemerlang.

ITEM : KETAHANAN1.

2.

3. 4.

5.

6.

7.

8.

9. 10.

Tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah-masalah yang rumit Selalu tidur lewat untuk menyelesaikan kerja-kerja yang telah dimulakan Akan menyelesaikan sesuatu kerja sebelum memulakan kerja yang lain Akan meneruskan kerja-kerja yang susah walaupun peluang untuk berjaya adalah tipis. Boleh bekerja dalam satu jangkamasa yang panjang tanpa mudah merasa letih dan jemu Jarang menangguhkan kerja yang telah diberikan kepada saya walaupun saya tidak suka Akan meneruskan kerja-kerja yang menghadapi kebuntuan walaupun orang lain telah menarik diri Akan menyelesaikan segala tugas yang diamanahkan kepada saya walaupun saya terpaksa bekerja lebih masa Bila saya membuat keputusan jarang sekali saya mengubahnya Tidak suka membiarkan sesuatu kerja terbengkalai tanpa mencari jalan penyelesaiannya segera.JUMLAH : _____

ITEM : INTELEKTUAL1.

2. 3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Suka membuat kritikan yang membina mengenai apa-apa sahaja bahan yang saya baca. Suka memikirkan masalah-masalah rumit dan mencabar Lebih selesa berdampingan dengan orang yang intelek berbanding orang yang praktikal Suka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi melalui kajian dan penyelidikan Suka melibatkan diri dalam perbincangan mengenai idea-idea yang abstrak Selalu menghabiskan masa dalam perpustakaan membaca bukubuku yang bercorak akademik Suka menulis ulasan kritikal mengenai buku-buku dan artikel bercorak akademik yang saya baca Sering memikirkan sebab-sebab berlakunya masalah di dunia ini serta cara penyelesaiannya Merasakan yang diri saya lebih berkebolehan membuat sesuatu kerja berbanding dengan rakan saya yang lain. Suka berbincang mengenai konsep-konsep dan idea-ideaJUMLAH : _____

ITEM : PENCAPAIAN1.

2.

3. 4.

5.

6. 7.

8.

9.

10.

Mengharapkan supaya orang lain menganggap saya sebagai seorang yang amat berjaya. Beranggapan adalah penting mempunyai pekerjaan di mana orang lain tidak berupaya melakukannya. Mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan apa sahaja kerja Suka menerima hadiah dan anugerah bagi setiap pencapaian cemerlang yang saya perolehi Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan dalam apa sahaja aktiviti yang bercorak pertandingan Melihat diri saya sebagai seorang yang bercita-cita tinggi Merasakan bahawa kejayaan orang lain selalu mendorong saya untuk mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh Mempunyai keinginan yang tinggi untuk lebih berjaya daripada orang lain Suka mengisi masa lapang dengan aktiviti dan kerja-kerja yang mencabar Ingin diiktiraf sebagai seorang yang berpengaruhJUMLAH : _____

INTERPRETASI SKORKETAHANAN 70-99 Ketahanan fizikal, mental & emosi. Menghabiskan semua tugasan yang telah dimulakan dan tidak berhenti separuh jalan. Sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. 40-70 Ciri-ciri ketahanan berada pada tahap sederhana. 1-40 Kurang atau tiada ketahanan fizikal, mental dan emosi. Mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai dan cepat bosan.

INTERPRETASI SKORINTELEKTUAL 70-99 Sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Merasa puas dengan aktiviti keilmuan dan tidak puas dengan aktiviti yang berulang-ulang. 40-70 Ciri-ciri intelektual berada pada tahap sederhana. 1-40 Tidak merasa selesa dengan perkara bersifat teoretikal. Lebih selesa dengan kerja yang berstruktur dan praktikal. Kerja yang dipilih selalunua yang berbentuk kemahiran.

INTERPRETASI SKORPENCAPAIAN 70-99 Sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. 40-70 Ciri-ciri motivasi berada pada tahap sederhana. 1-40 Rendah motivasi dan tidak begitu mengambil kisah soal status, kuasa dalam kerjayanya. INTERPRETASI SKOR PENDIDIK10 1 20 1 30 2 40 2 50 3 60 3 70 4 80 4 90 5 99 5

TANDA EMOSI KURANG STABIL

Perasaan mudah tersinggung Tidak boleh tumpukan perhatian Rasa penat walaupun pada waktu pagi Mempunyai tenaga yang luar biasa Tidak boleh membuat keputusan Kesukaran untuk tidur Rasa bosan dalam kehidupan Selera makan berubah Sukar mempelajari sesuatu

KETUA DAN ANDA

Kebanyakan kerjaya akan musnah melalui perhubungan dengan Ketua yang lemah berbanding kurang kecekapan dalam pekerjaan. Bob Mezoff (President ODT- US Consulting Firm) Bekerja untuk mencapai hasil atau keputusan yang terbaik kepada diri, Ketua dan organisasi tanpa menggunakan kaedah seperti mengampu, manipulasi politik atau memusnahkan diri dan orang lain untuk mencapai matlamat peribadi.

CARA MENGURUS KETUA BOSS DENGAN BAIK1. KENALI BOSS ANDA- Kenalpasti kesukaan dan gaya pengurusannya. - Elak perkara yang tidak disukai.

2. 3.

KENALPASTI JANGKAAN/HARAPAN KETUA PADA ANDA. - Hasil kerja dan sikap yang dikehendaki. BOLEH DIPERCAYAI- Menepati janji dan menyiapkan kerja (dateline). - Kerja lebih masa dan batal cuti (tugas penting)

4.

SETIA

- Menjaga kerahsiaan maklumat yang diberi oleh Ketua. - Kesetiaan akan mewujudkan kepercayaan.

Sambungan5. MEMPERLIHATKAN DAYA INISIATIF - Melaksanakan tugas walaupun tidak diarah.- Sukarela melaksanakan tugas yang mencabar.

6.

SENTIASA MEMAKLUMKAN KETUA ANDA- Memaklumkan Ketua dengan maklumat terkini. - Menjadi penasihat perkara dalam bidang anda.

7.

MEMBERIKAN PENYELESAIAN BUKAN MASALAH- Menjadi penyelesai dan bukan penyebab masalah.

8.

MEMBANTU KETUA UNTUK BERJAYA- Membantu Ketua melaksanakan matlamat Jabatan. - Membantu meningkatkan kredibiliti Ketua.

Sambungan9. JANGAN MEMALUKAN ATAU KONFRON BOSS ANDA DI KHALAYAK RAMAI - Jangan membuka aib Ketua kepada orang lain.

10. MEMUJI BOSS YANG MEMPERLIHATKAN KECEMERLANGAN- Beri sokongan atau pujian secara ikhlas dan jujur.

11. MENGEKALKAN KEJUJURAN DAN KETERBUKAAN DALAM BERKOMUNIKASI.- Tidak mengamalkan konsep mengampu.

12. MEMPERLIHATKAN KOMITMENT UNTUK MEMPERBAIKI DIRI(CONTINUOUS IMPROVEMENT)- Elak kesilapan yang sama berulang dan segera mengambil tindakan pembaikan jika berlaku.

Sambungan13. MENGEKALKAN RASA HORMAT PADA KETUA DAN MENJAGA MARUAHNYA.- Mengetahui situasi dan suasana ketika berkomunikasi.

11. MEMASTIKAN INTERAKSI DENGAN BOSS ADALAH BAIK.- Mendengar jika Ketua bercakap, menerima arahannya dan ketawa jika dia membuat lawak.

12. MELUAHKAN RASA TIDAK SETUJU DENGAN CARA YANG BAIK.- Elakkan konfrontasi dengan Ketua. - Menggunakan nada dan intonasi suara yang sesuai untuk menyatakan rasa tidak setuju anda.

MEMBENTUK PERIBADI POSITIF DI TEMPAT KERJA

PERAWAKAN KEMASFizikal Kemas Berkebolehan & efisyen Tidak Kemas Tidak prihatin & bertanggungjawab serta imej institusi akan terjejas.

MEMBERIKAN SENYUMANKesan Mempunyai keyakinan diri. Boleh mengawal situasi. Suasana tempat kerja lebih kondusif. Lebih ceria walaupun keadaan tertekan.

BERTANGGUNGJAWABMenjaga nama organisasi & memikul amanah.

SEMANGAT KEKITAAN (ESPRIT DE CORP)

CARA MENINGKATKAN HUBUNGAN BAIK

Sentiasa tersenyum. Memberi ucap selamat atau salam. Gunakan nama apabila bercakap. Nada suara yang sesuai. Berpandangan baik. Beri penghargaan atau ucapan terima kasih. Awasi kebersihan dan tingkah laku diri.

SENYUM ITU SATU SEDEKAH Senyum Seindah SuriaYang Membawa Cahaya Senyumlah Dari Hati Duniamu Berseri Senyum Umpama Titian Dalam Kehidupan Kau Tersenyum Ku Tersenyum Kemesraan Menguntum Senyum Kepada Semua Senyumanmu Amatlah Berharga Senyum Membahagiakan Dengan Senyuman Terjalinlah Ikatan.

5 CARA MENDAPAT KEPERCAYAAN ORANG LAIN

BERTERUS TERANG.Jika tidak tahu maka mengaku dan belajar memperbaiki.

KONSISTENTingkah laku konsisten-jangan kerap berubah.

IKHLASMembantu atau bekerja jangan mengharapkan sesuatu.

TUNJUKKAN KEPAKARAN.Menyelesaikan tugas yang diberi awal dan pakar dalam kerja tertentu.

SUKARELA MEMBERIKAN PERTOLONGANMemberi bantuan tanpa diminta.

BERSANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka bersangka-sangka Ada sangkaan BAIK Ada sangkaan BURUK Orang BERIBADAH disangka RIAK Orang yang BERKERETA BARU disangka menunjuk Orang yang BERKERETA BURUK disangka ZUHUD (HINA) Orang MAKAN BANYAK disangka PELAHAP Orang MAKAN SIKIT disangka DIET Orang BAIK disangka BURUK Orang BURUK disangka BAIK Orang SENYUM disangka MENGEJEK

Orang BERMUZAKARAH disangka Mengumpat Orang DIAM disangka MENYENDIRI Orang NAMPAK CERIA disangka PAKAI SUSUK Mana tahu yang DIAM itu kerana BERZIKIR kepada Allah. Mana tahu yang SENYUM itu kerana BERSEDEKAH. Mana tahu yang MASAM itu kerana mengenangkan DOSA. Mana tahu yang MENAWAN itu kerana BERSIH HATI dan MINDANYA Mana tahu yang CERIA itu kerana CERGAS CERDASNYA JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA-SANGKA KERANA IA BAKAL MEMUSNAHKAN UKHWAH

KEUTAMAAN PERGAULAN DAN PERSAUDARAAN

Islam mengutamakan pergaulan dan persaudaraan melibatkan kemurnian budi pekerti melahirkan sikap saling cinta mencintai, bersatu padu antara satu sama lain. Islam tidak berkehendakan perpecahan dengan kejelekan budi pekerti yang memimpin ke arah benci membenci, hasad dengki yang membuahkan permusuhan.

HAK MENDOAKAN SAHABAT.Dalam sebuah Hadis ada dinyatakan: Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.

Abu Darda berkata: Aku sentiasa mendoakan untuk 70 orang dari sahabatku ketika aku dalam keadaan sujud terhadap Allah, aku sebutkan nama mereka satu-satu. Muhammad bin Yusuf al-Ishfahani pula berkata: Siapakah yang kiranya dapat disamakan dengan seorang sahabat yang soleh? Keluargamu membahagi-bahagikan harta peninggalanmu dan mereka mengkecap kenikmatan dari harta benda yang kamu wariskan kepada mereka. Padahal sahabat yang soleh itu duduk seorang diri berdukacita kerana kepergianmu, amat merasa bimbang keadaan yang kamu hadapi, dan apa yang akan terjadi kepada kamu, dia mengangkat tangan mendoakan kamu di tengah malam, manakala engkau sedang berada di dalam lapisan bumi.

SEKIAN TERIMA KASIHBARANG SIAPA YANG INGIN HIDUPNYA SELAMAT DAN BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT MAKA WAJIBLAH DENGAN ILMUHADITH RIWAYAT MUSLIM