klimaks novel papa

1
Soalan (b) Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut. PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri. Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel PAPA…(Akhirnya kau tewas jua!) berlaku pada bab 18 apabila Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia sampai ke rumah dalam keadaan diam sehingga bapanya dan Mak Cik Noraini tidak menyedari kepulangannya. Niatnya hanya untuk memeranjatkan Mak Cik Noraini dan membuatkan Mak Cik Noraini melatah. Semasa dia menuju ke dapur, dia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan bapanya. Mak Cik Noraini menyarankan bapanya berkahwin lagi. Walaupun bapanya risau tentang Intan Julia yang mungkin tidak dapat menerima, Mak Cik Noraini berpendapat Intan Julia akan memahami dan dapat menerimanya suatu hari nanti. Intan Julia terus naik dan masuk ke biliknya. Dia berdoa sambil menangis agar apa yang didengarnya sebentar tadi tidak akan menjadi kenyataan. Dia tidak rela bapanya mencari pengganti ibunya. Dia turun semula ke tingkat bawah dan mendapati bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Intan Julia tidak menyenangi perbuatan bapanya itu, tambahan pula apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya. Intan Julia terus terang menyatakan tujuan bapanya membaca artikel tentang poligami kerana bapanya ingin berkahwin lagi. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulang ke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu.

Upload: sha

Post on 08-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

novel

TRANSCRIPT

Soalan (b)Klimaks merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yangtelah anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi klimaks dalam novel tersebut.

PAPA(Akhirnya kau tewas jua!)

Plot terdiri daripada empat unsur utama. Salah satu unsur plot yang penting ialah klimaks. Pada peringkat ini, perkembangan plot sesebuah cerita memuncak. Ia digambarkan dengan peristiwa pertentangan antara dua watak atau antara watak dengan dirinya sendiri.

Peristiwa yang menjadi klimaks dalam novel PAPA(Akhirnya kau tewas jua!) berlaku pada bab 18 apabila Intan Julia pulang ke rumah dari asrama. Dia sampai ke rumah dalam keadaan diam sehingga bapanya dan Mak Cik Noraini tidak menyedari kepulangannya. Niatnya hanya untuk memeranjatkan Mak Cik Noraini dan membuatkan Mak Cik Noraini melatah. Semasa dia menuju ke dapur, dia terdengar perbualan Mak Cik Noraini dengan bapanya. Mak Cik Noraini menyarankan bapanya berkahwin lagi. Walaupun bapanya risau tentang Intan Julia yang mungkin tidak dapat menerima, Mak Cik Noraini berpendapat Intan Julia akan memahami dan dapat menerimanya suatu hari nanti.

Intan Julia terus naik dan masuk ke biliknya. Dia berdoa sambil menangis agar apa yang didengarnya sebentar tadi tidak akan menjadi kenyataan. Dia tidak rela bapanya mencari pengganti ibunya. Dia turun semula ke tingkat bawah dan mendapati bapanya yang membaca majalah yang mengandungi artikel tentang poligami. Intan Julia tidak menyenangi perbuatan bapanya itu, tambahan pula apabila mengingatkan hubungan bapanya dengan Aisyah. Intan Julia sudah tidak tahan lagi menanggung rasa marah terhadap sikap bapanya.

Intan Julia terus terang menyatakan tujuan bapanya membaca artikel tentang poligami kerana bapanya ingin berkahwin lagi. Intan Julia dengan jelas menyuarakan perasaan tidak senang hati dengan hubungan bapanya dengan Aisyah. Seterusnya dia mengatakan bahawa bapanya telah tidak setia dengan ibunya. Malah Intan Julia menuduh bapanya curang. Kata-kata itu menyebabkan bapanya marah dan Intan Julia ditempeleng. Intan Julia kecewa dengan tindakan bapanya dan pulang ke asrama pada awal pagi keesokan harinya. Dia hanya berada di asrama dan tidak pulang selama beberapa minggu.