klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

27
Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Diploma Pentadbiran Awam CTU 151 TAJUK : Soalan 3 Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Menurut Islam Ahli Kumpulan : 1. Fatin Nabilah Binti Haji Mohd Sharbini [ 2010694412 ] 2. Khalida Binti Plin [ 2010236182 ]

Upload: ahjms

Post on 01-Jul-2015

313 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

Universiti Teknologi Mara ( UiTM )

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

Diploma Pentadbiran Awam

CTU 151

TAJUK : Soalan 3

Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Menurut Islam

Ahli Kumpulan :

1. Fatin Nabilah Binti Haji Mohd Sharbini [ 2010694412 ]

2. Khalida Binti Plin [ 2010236182 ]

Page 2: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 1-2

2. PERBAHASAN

Klasifikasi ilmu pengetahuan menurut Islam

- Fardhu Ain

- Fardhu Kifayah

Klasifikasi ilmu pengetahuan menurut Imam Al-Ghazali

3-12

13-14

3. KESIMPULAN 15-16

4. BIBLIOGRAFI 17

Page 3: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

PENDAHULUAN

Istilah arab iaitu ma’rifah membawa erti bahawa ilmu pengetahuan berasal dari perkataan

‘arafa dan juga istilah arab ‘ilm bermaksud makna ilmu dan pengetahuan berasal dari perkataan

‘alima. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud untuk mengetahui, untuk menyedari, untuk

menjadi akrab, untuk memahami, dan untuk memahami.1

Dari segi istilah, ilmu bermaksud segala pengetahuan atau kebenaran mengenai sesuatu

yang datangnya dari Allah s.w.t yang kemudiannya diturunkan kepada rasul-rasulNya dan alam

ciptaannya termasuklah manusia yang meliputi aspek lahiriah dan batiniah. Secara umum pula,

ilmu pengetahuan adalah pengetahuan dan pemahaman tentang sesuatu perkara.

Beberapa definisi ilmu pengetahuan dari perspektif Islam adalah :

1. Pengetahuan adalah persepsi (idrak) objek yang dikenali.

2. Pengetahuan adalah mencapai (darak) objek yang dirasakan (mudrak) sebagaimana

adanya.

3. Pengetahuan adalah persepsi hal sebegitu ataupun hal di alam reality (bi-haqiqatih).

4. Pengetahuan adalah persepsi tentang realiti hal melalui saluran tradisional dan intelektual

(ma’suman wa ma’qulan).

5. Pengetahuan adalah persepsi tentang realiti hal yang ada iaitu (qua) dan juga (bi-ma hiya

mawjudat).

6. Pengetahuan adalah pencapaian (tahsil) oleh beberapa perkara yang berkaitan dengan

perkara itu sendiri, sama ada ianya wujud ataupun tidak.

7. Pengetahuan adalah penemuan (wijdan) tentang benda dalam reality kehidupan.

8. Pengetahuan adalah penemuan oleh jiwa matlamat apabila kecurigaan (rayb) terjadi

kepada seseorang yang berpengetahuan.

9. Pengetahuan adalah pencarian dalam hati dengan keyakinan (thubut) tanpa perubahan.

10. Pengetahuan adalah pemahaman (ihatah) tentang sesuatu perkara tanpa sebarang

kesalahan.

1 Islam Knowledge and Civilization. 2009. Halaman 6. 1

Page 4: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

Ilmu pengetahuan menurut perspektif Islam

Dari perspektif Islam, pengetahuan adalah sistem pengajaran dan pembelajaran yang

dikembangkan dan disebarkan dengan cara mengakui Allah s.w.t sebagai penguasa dan

pencipta alam semesta ini dan manusia adalah hamba-hamba-Nya di bumi. Ilmu pengetahuan

ini haruslah digunakan sebaik-baiknya sesuai dengan kehendak-Nya dan setiap usaha dalam

hal ini harus dianggap sebagai ‘Ibadah.

Islam telah menghimpunkan agama dan juga ilmu. Dalam Islam, tidak ada sebarang

penentangan antara ilmu dan agama. Ini kerana, agama itu adalah ilmu ddan ilmu juga adalah

agama. Menurut perspektif Islam juga, Islam dikenali sebagai sifat, proses dan hasil. Istilah

ilmu dalam ruang lingkup Islam pula merangkumi pelbagai perkara iaitu al-Quran, syariah,

sunnah, iman, makrifat, hikmah, pemikiran, sains dan juga pendidikan.

Selain itu, kedatangan Islam telah menegaskan untuk menuntut, menyebarkan dan

memuliakan ilmu. Pencarian ilmu adalah diwajibkan kepada semua umat Islam tidak mengira

umur, taraf dan juga kekayaan berdasarkan wahyu Allah s.w.t yang pertama iaitu ayat 1-5

surah Al-A’laq. “Ilmu” telah disebut lebih kurang 750 kali dalam kitab Al-Quran melalui

pelbagai bentuk. Hanya orang-orang yang berilmu sahaja akan diberikan puji-pujian dan

dipandang mulia di sisi agama Islam. Ianya terbukti melalui beberapa ayat al-Quran,

antaranya ialah :

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Katakanlah : Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?” (Az-

Zumar : 9)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Allah s.w.t memberikan ilmu pengetahuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan orang-

orang yang diberikan pengetahuan beerti ia telah diberikan kebaikan yang banyak.” ( Al-

Baqarah : 269 )

2

Page 5: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

KLASIFIKASI ILMU PENGETAHUAN MENURUT ISLAM

Ilmu pengetahuan menurut Islam merupakan suatu bidang yang amat luas. Ianya juga

merangkumi ilmu Allah s.w.t yang merangkumi seluruh isi alam ciptaan-Nya. Selain itu, ilmu

tersebut juga boleh dikategorikan dalam dua kategori yang luas iaitu : pengetahuan mutlak dan

pengetahuan terhad.

1. Pengetahuan Mutlak

Pengetahuan mutlak dikaitkan dengan pengetahuan Allah s.w.t yang Maha Bijaksana.

Pengetahuan Allah s.w.t meliputi segala sesuatu di seluruh pelosok alam yang Dia ciptakan.

Sesungguhnya, tidak ada seorang pun dapat menandingi pengetahuan Allah s.w.t meskipun

mereka dari golongan bijak pandai dan tidak ada orang lain yang mampu menandingi mereka.

Kita sebagai hamba-Nya haruslah mengetahui bahawa pengetahuan Allah s.w.t adalah sempurna

dan ianya mutlak, tiada tolok bandingnya.

“ sesungguhnya Tuhanmu hanyalah Allah s.w.t, tidak ada Tuhan selain Dia, pengetahuan-Nya

meliputi segala sesuatu.” ( Surah Ta’ha : 98 )

“ Allah s.w.t yang menciptakan tujuh langit dan bumi. Perintah Allah s.w.t berlaku padanya,

agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya

Allah ilmu-Nya benar-benar meliputi segala sesuatu.” 3

Page 6: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

2. Pengetahuan Terhad

Ilmu pengetahuan terhad membawa maksud ilmu yang diberikan Allah s.w.t kepada seluruh

makhluk-Nya. Ianya juga berubah-ubah dalam darjat dan juga sangat terhad jika dibandingkan

dengan ilmu Allah s.w.t. Beberapa ciptaan Allah s.w.t yang diberi pengetahuan ini termasuklah :

Malaikat

Nabi-nabi

Manusia

Jin

Syaitan

Haiwan-haiwan

2.1 Ilmu malaikat

Tujuan kewujudan malaikat ialah untuk taatdalam melaksanakan perintah Allah s.w.t.

Mereka tidak mempunyai pilihan untuk melanggar perintah Allah s.w.t. Ilmu

pengetahuan mereka adalah sangat terhad dan ianya hanya untuk perkara yang Allah s.w.t

hendak mereka tahu sahaja. Mereka tidak diberikan pengetahuan yang meluas kerana

tugas mereka adalah untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Seperti yang demikian :

“ Mereka berkata : Oh Tuhanku, kami tidak mempunyai pengetahuan kecuali apa yang

Engkau telah ajarkan kepada kami, wahai Tuhanku yang Maha Mengetahui lagi

Bijaksana..” (Al-Baqarah 2:32 ).

4

Page 7: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

2.2 Ilmu nabi-nabi

Para nabi dan rasul menyebut pengetahuan mereka adalah bermaksud pengetahuan mereka

kepada Allah s.w.t kerana Dia adalah sumber wahyu yang mereka terima untuk dikongsikan

bersama umat Allah s.w.t di muka bumi ini.

“ saya menyampaikan kepada anda mesej Tuhanku, ikhlas dalam nasihat saya kepada kamu dan

saya mengetahui dari Allah s.w.t apa yang kamu tidak tahu”. ( Al-A’raf 7:62 )

2.3 Ilmu Manusia

Manusia telah dilantik Allah s.w.t untuk menjadi khalifah di muka bumi dan ilmu pengetahuan

yang diberikan kepadanya adalah sangat terhad.

“ Dia mengajar manusia apa yang mereka tidak tahu”. ( Al-Alaq 96:5 )

5

Page 8: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

2.4 Ilmu jin

Jin juga telah diberikan pengetahuan yang terhad oleh Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah

s.w.t melalui surah Saba’ iaitu :

“ kemudian ketika kami telah menetapkan kematian baginya (Sulaiman),tidak ada yang

menunjukkan mereka tentang kematiannya dan hanya makhluk bumi yang memakan diri orang-

orang-Nya. Ketika dia jatuh, jin telah melihat dengan jelas bahawa, jika mereka mengetahui

perkara ghaib, mereka tidak akan tinggal di dalam azab yang memalukan.” (Al-Saba :34:14)

2.5 Syaitan

Seperti makhluk Allah s.w.t yang lain, syaitan juga diberikan pengetahuan yang terhad. Ini dapat

kita lihat melalui firman Allah s.w.t :

“ dan itu bukan syaitan yang membawa Al-Quran turun ( Wahyu ). Hal itu tidak akan sesuai

untuk mereka, dan juga bukan dalam kekuasaan mereka. Sesungguhnya, mereka telah

dihapuskan jauh dari mendengarnya.” ( Surah Ash-Shu’ara : 26:210-212 ) 6

Page 9: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

2.6 Haiwan

Pengetahuan haiwan adalah mengikut naluri yang diperlukan untuk kelangsungan hidup mereka.

Mereka tahu bagaimana hendak mencari makanan dan juga mencegah diri mereka dari musuh-

musuh yang berbahaya.

Ilmu pengetahuan yang terhad boleh diklasifikasikan dengan lebih lanjut kepada dua jenis iaitu :

Pengetahuan semulajadi, dan

Pengetahuan yang diperolehi

Pengetahuan semula jadi ialah pengetahuan yang diberikan Allah s.w.t dalam sifat semula

jadi manusia dan semua makhluknya. Pengetahuan ini juga diperoleh tanpa memerlukan kajian

dan pengalaman. Ianya telah diberikan kepada makhlukNya dari awal penciptaan mereka, seperti

pengetahuan melalui naluri haiwan dan bayi manusia. Bahawasanya ada pengetahuan suci yang

Allah s.w.t ajarkan kepada manusia dengan cara menurunkan wahyu kepada utusan-Nya.2

Pengetahuan yang diperolehi pula hasilnya didapati melalui usaha dengan cara refleksi, persepsi

akal dan eksperimen. Selain itu, pengetahuan ini mempunyai dua cabang iaitu

Fardhu ain

Fardhu kifayah

2 Islam Knowledge and Civilization. 2009. Halaman 16-17. 7

Page 10: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

Fardhu Ain

Fardhu ain yang juga disebut sebagai wajib aini adalah asas pembinaan kemuliaan

peribadi seseorang. Matlamatnya membina individu yang soleh dan bilangan inilah yang

mencorak kesejahteraan masyarakat keseluruhannya. Ilmu fardhu ain ialah ilmu yang wajib

dipelajari dan diamalkan oleh setiap orang Islam yang baligh dan juga berakal. Fardhu ain

merupakan tanggungjawab setiap individu yang beragama Islam. Ianya juga merujuk kepada

kewajipan agama yang mengikat setiap muslim dan ianya merupakan perintah Allah s.w.t yang

harus dan wajib dilakukan sepanjang hayat muslim. Fardhu ain juga merupakan ilmu

pengetahuan khusus yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu dan juga wajib dilakukan oleh

seluruh individu yang beragama Islam. Semua hokum fardhu ain tidak boleh ditukar kepada

hukum yang lain kerana ianya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Selain itu juga, ilmu fardhu ain berkaitan dengan pegangan yang tetap terhadap Allah

s.w.t dan ianya boleh dikategorikan ke dalam ilmu metafizik. Oleh yang demikian, seseorang

yang beragama Islam wajib berpengetahuan tentang akidah, akhlak, syariah dan muamalah

kerana ianya berkait rapat dengan ilmu yang sifatnya Rabbani ( ketuhanan ).

Terdapat corak integrasi yang mengaitkan antara cirri-ciri ibadat kepada Allah s.w.t

dengan ciri-ciri ilmu pada keseluruhannya. Dalam erti kata lain, seseorang muslim yang tekun

beribadah sukar mencapai tahap ketakwaan tanpa disedari dengan pengetahuan yang meluas dan

mampu menerangkan ilmu dalam segala bidang, serta menganalisis segala hokum-hukum dan

menjelaskan ragaman objektif yang sebenar dalam kadar setiap kerja ibadah yang ditekunkan

berjalan mengikut hidayat sebenar.3 Oleh kerana itu, ditekankan dalam Islam iaitu mengakui

bahawa tidak ada Tuhan selain Allah s.w.t pada tahap permulaan, selepas itu barulah dengan

amal-amal yang lain, sebagaimana Rasulullah bersabda :

“ Islam dibina atas lima perkara (rukun) : iaitu mengucap bahawa tiada Tuhan yang berhak

disembah dan dipatuhi melainkan Allah s.w.t sahaja bahawa sesungguhnya Muhammad itu

adalah pesuruh Allah s.w.t, mendirikan solat lima kali sehari semalam ( subuh, zuhur, asar,

maghrib, dan isya’ ), menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan, dan mengerjakan haji

bagi mereka yang mampu.”

3 Sejarah Tamadun Islam. 1991. Halaman 83. 8

Page 11: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

Pengakuan dalam hati seseorang terhadap Allah s.w.t memerlukan petunjuk dari

RasulNya untuk mentauhidkan Allah s.w.t. Tanpa adanya Rasul-rasulNya, maka seseorang itu

akan gagal dan sesat sehingga menemui jalan buntu kerana tidak mendapat petunjuk untuk

berada pada jalan yang benar iaitu jalan Allah s.w.t. Seseorang itu haruslah memahami makrifat

kerasulan, dan nescaya dia akan faham mkrifat ketuhanan. Bukti pertama yang jelas disebut

dalam Al-Quran menerangkan bahawa rasul-rasul itu diutuskan oleh Allah s.w.t bagi mengajar

seluruh umat manusia tentang akidah dan hal-hal yang lain, seperti firman Allah s.w.t :

“ dan tiadalah kami mengutuskan kamu ( Muhammad s.a.w ) melainkan untuk menjadi rahmat

alam semesta.” ( Al-Anbiyaa’ : 107 )

Definisi fardhu ain :

Seseorang itu wajib untuk melakukan sesuatu pada waktu yang ia wajib lakukan

mengikut perintah Allah s.w.t.

Tidak akan gugur fardhu itu dari seseorang sekiranya ada orang lain yang melakukannya.

Fardhu ain adalah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh

Allah s.w.t.

Fardhu ain juga adalah perkara yang telah diwajibkan oleh Allah s.w.t kepada setiap

hambaNya berdasarkan rukun Islam iaitu :

Mengucap dua kalimah syahadah iaitu : tiada Tuhan melainkan Allah yang layak

disembah dan dipatuhi melainkan Allah s.w.t dan sesungguhnya Muhammad itu

pesuruh Allah s.w.t.

Mendirikan solat lima kali sehari semalam.

Menunaikan zakat.

Berpuasa di bulan Ramadhan.

Mengerjakan haji bagi mereka yang mampu.

9

Page 12: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

Fardhu ain terbahagi kepada dua empat bahagian iaitu :

1. Ilmu yang dikenali dengan enam perkara keimanan

Beriman kepada Allah.

Beriman kepada Malaikat.

Beriman kepada kitab-kitab Allah.

Beriman kepada para Rasul Allah.

Beriman kepada hari Kiamat.

Beriman kepada Qadak dan Qadar.

2. Ilmu yang berhubung dengan perundangan Islam :

Ilmu yang mustahak dan juga wajib diketahui oleh setiap golongan individu

Muslim yang berkaitan dnegan dirinya, terutama hal-hal ibadat, sembahyang,

puasa, bersuci, berzakat, haji dan sebagainya dengan cara mengetahui segala

syarat dan rukunnya, sah dan batalnya dan lain-lain lagi.4

3. Ilmu yang berhubung dengan lima perkara yang diharamkan oleh Islam terhadap indvidu

Muslim iaitu :

Berzina, mencuri, membunuh dan derhaka kepada ibu bapa.

Perbuatan dosa wajib dipelajari dan diketahui supaya perkara-perkara yang

mendatangkan dosa dan mendapat pahala dapat dibezakan.

Melanggar hak atau mengambil hak seseorang tanpa kebenarannya.

Menyekutukan Allah s.w.t dengan sesuatu yang lain dalam memperkatakan zat-

Nya, sifat-Nya dan juga perbuatan-Nya.

Memperkatakan sesuatu yang ia sendiri tidak tahu.

4 Pengantar Tamadun Islam. 1990. Halaman 110-111. 10

Page 13: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

Fardhu Kifayah

Fardhu ain adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas tiap-tiap individu muslim secara

kolektif daripada pencapaian daya usaha akliyah melalui penyelidikan dan juga kajian oleh

sesebuah masyarakat yang hidup di dunia yang merupakan perbendungan bagi insan untuk

mencapai kebahagiaan akhirat, contohnya ilmu matematik, fizik, kimia, kedoktoran, sejarah,

ekonomi, geografi dan sebagainya.5

Walaubagaimanapun, ilmu-ilmu ini boleh menjadi ilmu fardhu ain jika tiada seorang pun

yang mengetahui bidang tersebut dan ianya diharuskan untuk mencari penyelesaian berkaitan

bidang tersebut. Tambahan pula, jika masalah itu berhubung dengan masyarakat umum,

seseorang itu haruslah berusaha menyelesaikannya. Tujuannya ialah untuk menjadikan

masyarakat itu stabil kerana kestabilan dalam sesebuah masyarakat menjadi kewajipan dalam

agama Islam. Sesebuah negara terbentuk adalah disebabkan terdirinya sejumlah masyarakat dan

masyarakat itu pula terdiri daripada kumpulan individu. Oleh yang demikian, setiap individu

diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan di mana sahaja mereka berada.

Firman Allah s.w.t dalam wahyuNya banyak menyebut tentang mewajibkan serta

menggalakkan umat manusia agar menuntut ilmu pengetahuan untuk mereka mencapai

kesenangan hidup di dunia dan juga di akhirat yang kekal abadi. Sehubungan dengan ini pula,

beberapa ayat Al-Quran dan Hadis telah diperturunkan, contohnya :

“ Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang berpengetahuan dengan orang-orang yang

tidak berpengetahuan? Sesungguhnya orang yang berakallah dapat menerima pelajaran.

( Az-Zumar : 9 )

“ Hai Yahya, ambillah kitab (Taurat) itu sesungguhnya. Dan kami berikan kepadanya hikmat

selagi ia masih kanak-kanak.” ( Maryam : 12 )

5 Sejarah Tamadun Islam. 1991. Halaman 87. 11

Page 14: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

“ Allah s.w.t memberikan hikmat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan barang siapa yang

diberi hikmat, sungguhpun telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tak ada yang dapat

mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.” ( Al-Baqarah : 269 )

“ Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap Muslimin, lelaki dan perempuan.”

“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, selagi

kamu masih berpegang kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnatul-Rasul.”

12

Page 15: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

Klasifikasi Ilmu Pengetahuan Menurut Imam Al-Ghazali

Menurut imam Al-Ghazali, ilmu terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu :

a. Ilmu Mu’amalah

Ilmu mu’amalah bermaksud ilmu yang diperolehi manusia melalui utusan Allah s.w.t,

akal, pengalaman dan juga pendengaran. Asanya, ilmu mu’amalah tiada sebarang

perbezaan kecuali melalui nama-nama khas yang diberi seperti ilmu fardhu ain dan

ilmu fardhu kifayah. Menurut beliau juga, ilmu mu’amalah terbahagi kepada dua :

1. Ilmu Fardhu Ain

Ilmu fardhu ain bermaksud ilmu tentang asas-asas agama Islam seperti

mengucap dua kalimah syahadah, meunaikan sembahyang lima kali sehari semalam,

mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan mengerjakan fardhu haji bagi

yang mampu. Ia merupakan ilmu yang wajib dituntut oleh setiap umat Islam kerana

ilmu pengetahuan tersebut dapat membuatkan umat Islam melaksanakan perintah

Allah s.w.t dan menjauhi laranganNya. Ilmu fardhu ain ini hanya boleh diperolehi

melalui Allah s.w.t melalui para rasulNya.

2. Ilmu Fardhu Kifayah

Ilmu fardhu kifayah merupakan suatu ilmu yang perlu dikuasai oleh

sebahagian manusia yang mendiamai sesebuah kawasan, daerah mahupun negeri.

Hukum mempelajari ilmu fardhu kifayah berubah menjadi fardhu ain sekiranya tiada

seorang pun di sesebuah kawasan tersebut mengetahui tentang sesuatu ilmu seperti

ilmu perubatan, pertanian, pengiraan dan lain-lain lagi. Selain itu, ilmu fardhu kifayah

juga dimaksudkan sebagai ilmu bersosial. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian :

13

Page 16: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

a. Terpuji – ilmu terpuji adalah ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia sama

ada di dunia mahupun di akhirat. Menurut imam Al-Ghazali, ilmu terpuji

merangkumi dua kategori iaitu Ilmu Syariah dan Ilmu Umum.

b. Harus – ilmu yang harus dipelajari oleh manusia seperti ilmu-ilmu kesusasteraan,

sejarah dan sebagainya.

c. Tercela – ilmu tercela merupakan ilmu yang dilarang kepada manusia untuk

mempelajarinya seperti ilmu sihir dan sebagainya.

b. Ilmu Mukasyafah

Ilmu mukasyafah merupakan ilmu yang diperolehi manusia melalui ilham yang

diberikan oleh Allah s.w.t kepada mereka setelah melalui beberapa peringkat tertentu

dalam amalannya. Ianya lebih dikenali dalam kalangan ahli-ahli tasawuf sebagai ilmu

ladunni.

Menurut Imam Al-Ghazali, ilmu tidak tercela sehinggalah ianya :

1. Mendatangkan kemudaratan ke atas sesiapa yang mempelajarinya.

2. Tidak memberikan sebarang faedah kepada penuntutnya mahupun orang lain.

14

Page 17: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

KESIMPULAN

15

Ilmu Pengetahuan

Pengetahuan Mutlak- Allah s.w.t

Pengetahuan Terhad- malaikat

- nabi-nabi- manusia

- jin-syaitan- haiwan

Fardhu Ain Fardhu Kifayah

Page 18: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan umat manusia pada masa kini.

Seseorang itu boleh berjaya dalam hidup apabila mereka memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi.

Manusia merupakan makhluk Allah s.w.t yang paling mulia dan tinggi tarafnya kerana manusia

dikurniakan akal. Dengan adanya akal, manusia dapat memperolehi ilmu pengetahuan tidak kira

ianya mengenai kehidupan seharian mahupun mengenai ketuhanan dan juga keimanan. Ini

kerana, Islam menggalakkan supaya manusia menggunakan akal yang dimiliki untuk berfikir

tentang manfaat ilmu yang diperolehi mereka tersebut boleh membawa kepada keyakinan

terhadap kebesaran, kekuatan dan keagungan Allah s.w.t. Manusia juga disuruh supaya

menggunakan pengetahuan tentang alam sebagai petunjuk kepada keagungan Allah s.w.t. Ianya

juga beerti manusia menggunakan ilmu dan akalnya untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah

s.w.t.

Klasifikasi ilmu pengetahuan menurut Islam telah membahagikan ilmu pengetahuan

kepada beberapa cabang dan jenis. Ianya bukanlah beerti kedua-dua ilmu terpisah, tetapi saling

kait-mengait antara satu sama lain. Ilmu pengetahuan fardhu ain adalah ilmu yang terhad dan

ianya mewajibkan setiap individu melaksanakan fardhu tersebut. Sementara itu pula, fardhu

kifayah yang juga merupakan ilmu pengetahuan terhad manusia hanya diwajibkan terhadap

segolongan masyarakat sahaja. Walaubagaimanapun, jika tidak ada seorang pun yang

melaksanakan fardhu tersebut, maka hukumnya dikembalikan kepada fardhu ain iaitu kewajipan

bagi tiap-tiap individu.

Pada zahirnya, kedua-dua ilmu pengetahuan ini nampak terpisah di antara satu sama lain

tetapi sebenarnya tidak sedemikian. Ianya hanya bertujuan untuk memudahkan seseorang itu

mempelajarinya dan mendahulukan yang lebih penting. Pada hakikatnya, ilmu pengetahuan

fardhu ain dan fardhu kifayah saling melengkapi di antara satu sama lain dan bertujuan untuk

memperkemaskan semua aspek.6

6 Sejarah Tamadun Islam. 1991. Halaman 82. 16

Page 19: klasifikasi elmu pengetahuan menurut islam

BIBLIOGRAFI

Al-Ghazali Permata Al-Quran. Drs.Saifullah Mahyudin,M.A. Penerbit CV.Rajawali,

Jakarta. 1985.

Ilmu Islam 1 ( asas ajaran Islam ). Drs.Sidi Gazalba. Penerbit Utusan Publications &

Distributors. 1978.

Pengantar Tamadun Islam. Amir A.Rahman. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1990.

Sejarah Tamadun Islam. Wan Abdullah Wan Mahmoed. Institut Teknologi MARA Shah

Alam. 1991.

Islam Knowledge and Civilization. Munawar Haque, Kabuye Uthman Sulaiman, Bachir

Soualhi, Syamsuddin Arif. IIUM Press International Islamic Universiti Malaysia. 2009.

http://www.haluan.org.my/v3/index.php/menuntut-ilmu-menurut-perspektif-islam.html

http://unie318.blogspot.com/2009/05/kepentingan-ilmu-pengetahuan-sumbernya.html

http://pendislami.tripod.com/klasifikasi_ilmu.htm

17