kkj gunung bp

16
BIRO SUKAN DAN REKREASI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) 2015/16 DAN UNIT KO-KURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN. KERTAS KERJA EKSPLORASI PERSEDIAAN EVEREST BASE CAMP GUNUNG BATU PUTEH 2015 TEMA : ROAD TO KALAPATTAR 2015 TEMPAT : GUNUNG BATU PUTEH TAPAH, PERAK TARIKH :

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 13-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

Page 1: Kkj Gunung Bp

BIRO SUKAN DAN REKREASI

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) 2015/16

DAN

UNIT KO-KURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA TERENGGANU

TERENGGANU DARUL IMAN.

KERTAS KERJA

EKSPLORASI PERSEDIAAN EVEREST BASE CAMPGUNUNG BATU PUTEH

2015

TEMA :

ROAD TO KALAPATTAR 2015

TEMPAT :

GUNUNG BATU PUTEH TAPAH, PERAK

TARIKH :

18 FEBRUARI HINGGA 21 FEBRUARI 2014

Page 2: Kkj Gunung Bp

1.0 PENGENALAN

Program Ekplorasi Gunung Batu Puteh akan melibatkan seramai 30 orang

peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

Pelaksanaan program ini adalah berasaskan kepada mengaplikasi

pengetahuan dan kemahiran pengurusan dalam melaksanakan aktiviti dan

juga untuk memperkayakan lagi penglibatan siswa guru IPG KDRI dengan

aktiviti yang lasak dan mencabar. Justeru, guru pelatih harus berhadapan

sendiri dengan pengalaman berekspedisi di Gunung Batu Puteh agar mampu

menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran.

Melalui aktiviti yang dirancang, guru pelatih dapat mengenal diri (real self)

dan mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah

pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan.

Gunung Batu Putih terletak berhampiran dengan Kampung Sungai Woh,

Perak mempunyai ketinggian 2130 meter (6,990 kaki) dari aras paras laut.

Gunung Batu Putih mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp

Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous .Dikenali sebagai salah satu

gunung yang mencabar selain daripada 7 gunung tertinggi di Semenanjung

(lebih dikenali sebagai G7).

2.0 TUJUAN

Program Ekplorasi Gunung Batu Puteh ini bertujuan melahirkan guru-guru

yang mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang

selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha

berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran

bahawa profesion keguruan adalah pembina generasi negara. Selain itu,

program ini merangkumi aktiviti-aktiviti lasak yang menguji kemantapan

fizikal, jasmani dan rohani guru pelatih yang mampu mengubah persektif

kerjaya guru sebagai seorang pendidik pasif.

Page 3: Kkj Gunung Bp

3.0 OBJEKTIF

3.1 Sebagai salah satu latihan berperingkat bagi persediaan ke

Ekspedisi Kalapathar 2015.

3.2 Membentuk semangat berpasukan atau ‘team building’ dalam

kalangan guru pelatih.

3.3 Melatih menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan

sesuatu program.

3.4 Menguji ketahanan mental dan fizikal serta melahirkan rasa

konservasi terhadap alam semulajadi.

4.0 JUSTIFIKASI

Tujuan program ekplorasi ini dilaksanakan di Gunung Batu Puteh Tapah,

Perak kerana gunung tersebut adalah salah satu daripada gunung yang

terdapat di Perak yang masih mengekalkan kehijauan semulajadi sejak dari

dulu lagi serta mempunyai trek yang mencabar. Justeru, ia satu langkah

permulaan kepada kami untuk menarik minat pelajar IPG untuk ke sana dan

seterusnya mengembangkan minat tersebut. Selain itu, pelbagai kemudahan

telah disediakan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Perak ,Hutan Lipur

Kuala Woh bagi membantu melancarkan perjalanan pendakian.

Dengan melaksanakan aktiviti fizikal seperti ini, kami menjadi siswa guru

yang mempuyai stamina yang kuat dan bekerja dalam satu pasukan. Bekerja

dalam satu pasukan dapat membina kemahiran pengurusan diri dan

kumpulan. Di samping itu, kami dapat mengamalkan semangat kerjasama,

dan tanggungjawab. Malah, kami juga dapat menghayati konsep kerjasama

iaitu bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Apabila kami merancang, mengendali, dan memulakan program pendakian,

kami dapat menyemai sikap berakauntabiliti dan amanah. Kami dapat

menunjukkan kepekaan dan bertindakbalas secara positif kepada realiti

persekitaran. Selain itu, kami juga dapat menunjukkan kemahiran dalam

pengurusan hubungan dengan komuniti dan pihak berkaitan. Tambahan

pula, kami turut dapat menunjukkan komitmen dalam melaksanakan

peranan.

Page 4: Kkj Gunung Bp

5.0 TARIKH

(i) Tarikh : 18 hingga 21 Februari 2015

(ii) Hari : Rabu hingga Sabtu

6.0 BILANGAN HARI

Aktiviti ini hanya dijalankan selama tiga (3) hari dan dua (2) malam sahaja.

7.0 TEMPAT

Gunung Batu Puteh,Tapah,Perak.

8.0 BILANGAN PESERTA

Jumlah peserta yang akan menyertai Program Ekplorasi Gunung Batu Puteh

ini adalah seramai 30 orang yang terdiri daripada siswa guru IPG KDRI.

Para peserta akan diiringi oleh 3 orang pensyarah pengiring , 2 orang

‘guide’ dan 2 orang pensyarah sokongan.

9.0 KEWANGAN

9.1SumberPeruntukan

PERKARA KETERANGAN JUMLAH (RM)

Peruntukan sendiri RM 100 x 30 orang 3000

JUMLAH (RM) 3000

2

Page 5: Kkj Gunung Bp

3

Page 6: Kkj Gunung Bp

9.2Pengangkutan

(i) Perjalanan pergi dari institut ke Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah

menggunakan bas IPG.

(ii) Perjalanan pulang dari Hutan Lipur Kuala Woh,Tapah ke

institut menggunakan bas IPG.

9.3Anggaran Perbelanjaan Keseluruhan

PERKARA KETERANGAN JUMLAH(RM)

Bayaran guide RM 500

RM500

Makanan RM 15 (seorang)

RM 20 x 30 RM 600

Wang kecemasan RM 10 (seorang

peserta)

RM 10 x 30

RM 300

JUMLAH (RM) RM 1400

*Perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh peserta

10.0 KEPERLUAN PERALATAN (STOR Gerko IPG KDRI)

Pinjaman peralatan dari Stor Gerko IPG KDRI adalah seperti berikut :

Bil. Peralatan Kuantiti

1 Khemah 5

2 ‘Ground sheet’ 4

3 Dapur 4

4 Parang 4

Page 7: Kkj Gunung Bp

5 Masstin 30

6

7

11.0 TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama (Rabu, 18 Februari 2015)

8.00 pagi -Bertolak ke Hutan Lipur Kuala Woh, Tapah, Perak.

8.00 mlm -Solat dan makan malam

9.00 mlm -Rehat dan tidur.

HariKedua (Khamis, 19 Februari 2015)

6.00 pagi -Bangun pagi, solat subuh.

6.30 pagi -Persiapan sarapan dan ‘packed lunch’.

8.30 pagi - Bertolak ke Starting Point Kampung Ampang Besar

12.00 tghr -Berhenti rehat/makan tengahari(Kem Bajak Dua)

6.00ptg -Tiba di Gua Azan, bersiap mendirikan khemah.

7.30 malam -Solat dan makan

9.00 malam -Rehat dan tidur.

Hari Ketiga (Jumaat, 20 Februari 2015)

6.00 pagi -Bangun pagi, solat subuh.

6.30 pagi -Persiapan sarapan dan ‘packed lunch’

8.30pagi -Bertolak dari Gua Azan ke Puncak Batu Kak

10.00 pagi - Tiba di Last Water Point

4

Page 8: Kkj Gunung Bp

11.00 pagi -Meneruskan perjalanan ke Gunung Batu Puteh

4.00 ptg -Tiba di Puncak Gunung Batu Puteh.

5.00 ptg -Bersiap untuk bermalam.

9.00 malam -Rehat dan tidur.

Hari Keempat (Sabtu, 1 Februari 2014)

6.00 pagi -Bangun pagi, solat subuh.

6.30 pagi -Persiapan sarapan dan ‘packed lunch’.

8.30 pagi -Bertolak turun ke Gua Azan

12.00 tgh - Rehat/Meneruskan ke Perkampungan Ampang Besar

5.00 ptg -Pulang ke institut.

Page 9: Kkj Gunung Bp

12.0 URUSETIA KURSUS

JAWATANKUASA INDUK :

Pengerusi I :Puan Dr Rohani Binti Abdul Hamid

Pengerusi II : Tuan Haji Mohd Rosid Bin Chik

PenasihatI : Encik Zaharim bin Tawang

Penasihat II : Encik Yunus bin Yusof

JAWATANKUASA KERJA :

Pengerusi : Mohamad Farhan Adam bin Azhar

TimbalanPengerusi I : Muhamad Arifuddin bin Zulkanai

TimbalanPengerusiII : Muhamad Asyraf Hakimi bin Budin

Setiausaha : Ahmad Fadhil bin Ramza

Bendahari : Shawati Binti Salim

JawatankuasaAktiviti : Muhamad Qammarul Anuar bin Mohamed

JawatankuasaPeralatan : Syed Asyraf bin Syed Fairus

Jawatankuasa

Pengangkutan : Zulfahkri bin Hassan

Jawatankuasa Makanan : Atiqah binti Mohamed

Jawatankuasa Kebajikan

Dan Kecemasan : Mohd Irwan bin Mat Junoh

Jawatankuasa Dokumentasi : Muhamad Khairul Amir bin Zainuddin

7

Page 10: Kkj Gunung Bp

13.0 PENUTUP

Program Ekplorasi Gunung Batu Puteh ini diharapkan dapat mengeratkan

silaturrahim dan daya ketahanan yang tinggi serta dapat diterapkan kepada

setiap peserta bagi menempuh cabaran akan datang. Diharapkan aktiviti ini

juga dapat mengingkatkan sahsiah diri sebagai seorang bakal guru selaras

dengan matlamat kerajaan bagi melahirkan insan guru yang memiliki ciri-

ciri personaliti yang unggul dan kualiti profesionalisme yang tinggi melalui

pembinaan budaya IPG. Para pendidik adalah wahana yang boleh

menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

…………………………………………..

(MOHAMAD FARHAN ADAM BIN AZHAR)

Pengerusi,

Program Ekplorasi Gunung BP 2015,

IPG KampusDato’ Razali Ismail

Disemak oleh,

…………………………………………..

(ENCIK YUNUS BIN YUSUF)

Penasihat II,

Program Ekplorasi Gunung BP 2015,

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Page 11: Kkj Gunung Bp

Disokong oleh,

………………………………………………………….

(ZAHARIM BIN TAWANG)

Ketua Unit

Unit Ko-kurikulum

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Diluluskan oleh,

...................................................................

(PUAN DR ROHANI BINTI ABDUL HAMID )

Pengarah,

Insitut Pendidikan Guru,

Kampus Dato’ Razali Ismail.

Ulasan:

____________________________________________________________

____________________________________________________________

8

Page 12: Kkj Gunung Bp

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

21030 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

KERTAS CADANGAN

PROGRAM EKSPEDISI GUNUNG BRINCANG, IRAU DAN BEREMBUN, GENTING HIGHLANDS

ANJURAN :

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2013/14 DENGAN KERJASAMA UNIT KO-KURIKULUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

TEMPAT :

GUNUNG BERINCANG, IRAU DAN BEREMBUN, G.HIGHLANDS

TARIKH :

29 JANUARI HINGGA 1 FEBRUARI 2014

ULASAN KETUA JABATAN

ULASAN UNIT KEWANGAN

9

Page 13: Kkj Gunung Bp

ULASAN PENGARAH/ TIMBALAN PENGARAH