gunung berapi (volkano)

27
STAG 3073 GEOLOGI SEKITARAN

Upload: kumpulanemas

Post on 30-Jun-2015

3.213 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gunung berapi (volkano)

STAG 3073GEOLOGI

SEKITARAN

Page 2: Gunung berapi (volkano)

GUNUNG BERAPI (VOLKANO)

KUMPULAN EMAS

NUR HAMIZAH BT MOHD JAFAR(KETUA)A129065NUR AMIRAH BT ROSLAN A128015CHAN SUAH LIAN A128108HAYATI BTE HUSIN A128621ARIYANNI BT ABDUL JALAL A128980SITI NORHIDAYAH BT ABD HAMIDA129002

Page 3: Gunung berapi (volkano)

KANDUNGAN

PENGENALAN JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI KEBURUKAN KEBAIKAN KESIMPULAN

Page 4: Gunung berapi (volkano)

PENGENALAN

Gunung berapi terbentuk hasil daripada magma yang terkumpul di bawah kerak bumi.

Keadaan suhu yang sangat panas di bawah kerak bumi menyebabkan magma menjadi cair.

Magma mengalir keluar ke permukaan bumi melalui rekahan atau lohong gunung berapi dan dikenali sebagai lava.

Page 5: Gunung berapi (volkano)
Page 6: Gunung berapi (volkano)

JENIS-JENIS GUNUNG BERAPI

Volkano lava asid Volkano lava bes Volkano komposit Volkano sinder Volkano shield

Page 7: Gunung berapi (volkano)
Page 8: Gunung berapi (volkano)

VOLKANO LAVA ASID

Letusan gunung berapi sangat kuat. Lavanya sangat likat dan mengalir

dengan perlahan. Mempunyai cerun yang curam

contohnya Gunung Vesuvius di Itali.

Page 9: Gunung berapi (volkano)

VOLKANO LAVA BES

Membentuk cerun yang landai. Lavanya sangat panas dan cair,

membolehkannya mengalir dengan laju.

Gunung berapi jenis ini boleh dijumpai di Gunung Mauna Loa di Hawaii

Page 10: Gunung berapi (volkano)

VOLKANO KOMPOSIT

Juga dikenali sebagai strato kon. Kon utama terbina dari abu dan lava

manakala kon-kon kecil yang dikenali sebagai kon parasit terbentuk di cerun-cerun kon utama.

Gunung Fuji di Jepun dan Gunung Mayon di Filipina merupakan contoh gunung berapi jenis ini.

Page 11: Gunung berapi (volkano)

VOLKANO ABU DAN SINDER

Gunung berapi abu dan sinder terbentuk daripada letupan yang sangat kuat.

Gunung berapi ini mengeluarkan bahan piroklas seperti lapili, abu, bom, serpihan kecil dan gas yang akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam seperti di Gunung Paricutin di Mexico.

Page 12: Gunung berapi (volkano)

VOLKANO SHIELD

Gunung berapi jenis shield bersaiz besar. Ia terbentuk daripada banyak lapisan-

lapisan lava yang mengalir. Lava melimpah keluar daripada satu corong

atau banyak coronng. Hal ini kerana lava bersifat basalt dan sangat cair yang menimbun ke pongsu curam.

Gunung berapi jenis ini juga boleh dihasilkan oleh titik-titik panas yang terletak jauh dari pinggir plat tektonik.

Page 13: Gunung berapi (volkano)

KEBURUKAN

Kematian.Kelajuan aliran lava menyebabkan penduduk sekitar tidak sempat untuk melarikan diri dan memusnahkan kediaman.Debu yang terhasil akibat daripada letusan gunung berapi mengandungi gas – gas merbahaya seperti gas karbon monoksida, sulfur dioksida dan sebagainya.Contoh yang dapat dilihat ialah volkano yang terjadi di Krakatau, 1883 dimana kejadian volkano ini telah menyebabkan satu gempa bumi yang besar dan mengakibatkan jumlah kematian yang mencapai 40 000 orang.

Page 14: Gunung berapi (volkano)
Page 15: Gunung berapi (volkano)

Perubahan iklim.

Debu yang keluar daripada letusan gunung berapi akan naik keatas dan terkumpul di udara lalu menyebabkan cahaya matahari tidak dapat sampai ke bumi.

Proses ini melibatkan penyejukkan suhu bumi. Aktiviti volkano juga boleh menyebabkan musim sejuk volkano (volcanic winter). Musim sejuk volkano diakibatkan oleh faktor debu volkanik dan titisan asid sulfurik dimana faktor- faktor tersebut boleh mengurangkan suhu secara mendadak.

Letusan Gunung Tambora pada tahun 1815 telah menyebabkan berlakunya musim sejuk volkano berlaku pada tahun 1816. Keadaan ini menyebabkan kekurangan makanan di dunia.

Page 16: Gunung berapi (volkano)
Page 17: Gunung berapi (volkano)

Masalah ekonomi.

Pelancong negara luar takut untuk melancong kerana khuatir terhadap keselamatan dan kesihatan mereka terjejas.

Debu volkano yang melitupi sesuatu kawasan juga mengakibatkan kerugian di sektor pertanian dalam jangka masa pendek.

Akibat kemusnahan dan kerosakkan infrastruktur, pengangkutan dan kemudahan awam, pihak kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk membaikpulih segala kerosakkan.

Contohnya debu dari Gunung Berapi Eyjafjallajökull di Iceland menyebabkan British menutupkan perhubungan jalan udara.

Page 18: Gunung berapi (volkano)
Page 19: Gunung berapi (volkano)

KEBAIKAN

Pertanian.

Gunung berapi lava bes kaya dengan pelbagai mineral. Mineral-mineral lempung hidroterma bahan yang sama

dengan lempung tanih terbentuk daripada luluhawa pecahan magma yang terkandung dalam debu volkanik.

Mineral sulfida dan halida yang terkandung dalam tanih gunung berapi ini sangat sesuai untuk kegiatan pertanian.

Contohnya seperti di Dataran Tinggi Deccan di India subur untuk tanaman kapas. Di Jawa, kawasan gunung berapi diteres untuk tanaman padi.

Page 20: Gunung berapi (volkano)
Page 21: Gunung berapi (volkano)

Tenaga geotermal.

Mata air panas dan geiser gunung berapi boleh digunakan untuk menghasilkan tenaga geotermal.

Paip akan ditanam jauh ke dalam tanah untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap bagi menjalankan turbine dan seterusnya menghasilkan kuala eletrik.

Punca tenaga geotermal ialah sistem perolakan yang didominasi oleh air panas (hot- water- dominated convective system), sistem perolakan yang didominasi oleh wap (vapor-dominated convective system), sistem batu kering – panas (hot dry rock system) dan geotekanan tanah (geopressured sands).

Contoh kolam air panas yang dihasilkan oleh tenaga geotermal di Gunung Lassen, California.

Page 22: Gunung berapi (volkano)
Page 23: Gunung berapi (volkano)

Pelancongan.

Aktiviti volkano menghasilkan mata air panas dan geiser seperti yang terdapat di Daerah Rotorua diNew Zealand, Yellowstone di Amerika Syarikat, Pulau Jawa dan Jepun.

Aktiviti gunung berapi  membentuk genahar (kawah gunung berapi) yang amat besar.Genahar ini akan mewujudkan tasik-tasik yang besar dan luas.

Contohnya Danau Toba di Sumatera dan Tasik Crater di Amerika Syarikat. Tasik genahar ini menjadi daya tarikan pelancong.

Hawaii yang terbentuk daripada lava yang membeku juga menarik ramai perlancong.

Page 24: Gunung berapi (volkano)
Page 25: Gunung berapi (volkano)

Penyelidikan.

Kejadian volkano mampu menarik minat ahli sains untuk mengkaji komposisi kawasan sekitar yang dilitupi oleh lava dan debu volkano.

Penyelidikan juga dilakukan untuk mengenalpasti kebarangkalian untuk berlakunya letusan volkano pada masa akan datang.

Manakala gunung berapi yang berada di Lingkaran Gunung Berapi Pasifik juga memberi peluang kepada ahli geologi untuk mengkaji pergerakan bumi.

Page 26: Gunung berapi (volkano)
Page 27: Gunung berapi (volkano)

PENUTUP

Aktiviti volkano bukan sahaja membawa kesan buruk tetapi ia juga memberi kebaikan kepada manusia.

Walaupun volkano memberi impak yang sangat besar kepada manusia namun manusia tidak pernah mengambil pengajaran terhadap apa yang telah terjadi.

Masih ramai yang mahu tinggal di kawasan yang pernah mengalami aktiviti volkano kerana menyedari tentang kesuburan tanih yang boleh memberi keuntungan kepada mereka.

Dengan berlakunya letusan gunung berapi, maka manusia perlu mengambil pengajaran dan sedar tentang bahayanya bencana gunung berapi.