bp diy komputer

Upload: ching-ai-chan

Post on 30-Oct-2015

113 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    1/59

    PEMASANGANSENDIRI

    KOMPUTER

    GAR IS PA NDUA N

    PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    unitKDP

    ksp

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    2/59

    Apakah Tujuan Program PSK .. 1

    Kebaikan PSK .. 1

    Apakah Komponen Asas Yang Diperlukan? 1

    Berapakah Perbelanjaan Yang Diperlukan?. 3

    Keselamatan . 4

    Persediaan Sebelum Memasang Komputer . 5

    Senarai Semak Peralatan, Perkakasan dan Perisian Yang Diperlukan . 7

    Ringkasan Langkah-langkah Utama Pemasangan Sendiri Komputer . 9

    Mengubah Pelompat (jumper) . 10

    Memasangkan RAM 12

    Memasangkan CPU . 15

    Memasangkan Kipas danHeat SinkCPU .. 19

    Menyediakan CasingKomputer . 20

    Memasangkan Papan Induk 21

    Memasangkan Kad Video dan Menyambungkan Monitor . 24

    Menyambungkan Papan Kekunci 26

    Memasangkan Kabel Kuasa Elektrik .. 28

    Menyambungkan Monitor dan Komputer Kepada Bekalan Elektrik . 30

    Menguji Sistem .. 31

    Memasangkan Pemacu Cakera Liut .. 32

    Memasangkan Pemacu Cakera Keras 34

    Memasangkan Pemacu CD-ROM . 37

    Memasangkan Kad Bunyi .. 39Menyambungkan Wayar-Wayar LED 40

    Menyambungkan Tetikus .. 41

    Menutup Casing Komputer 42

    Menukar CMOS Setup .. 43

    Memetakkan (partition) Cakera Keras .. 46

    Memasangkan Sistem Pengendalian (OS). 52

    Memasangkan Perisian Aplikasi .. 53

    Lampiran I : Memformat petak (partition) dalam cakera keras 54

    Lampiran II: Senarai Istilah .. 56

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    3/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 1/57

    GARIS PANDUAN PEMASANGAN SENDIRI KOMPUTER (PSK)

    Apakah Tujuan Program PSK?

    Aktiviti pemasangan sendiri komputer dilaksanakan dengan tujuan untuk

    membolehkan pelajar:

    1. Memasang komponen-komponen komputer terpisah untuk menghasilkan sistem

    komputer yang lengkap dan berfungsi mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

    2. Memasang Sistem Pengendalian (OS) dan perisian aplikasi asas.

    3. Menyuai dan mengkonfigurasi papan induk (motherboard), kad-kad peranti dan

    perisian-perisian supaya memenuhi keperluan sistem dan kehendak pengguna.

    4. Mengdiagnosa dan memperbaiki sistem komputer yang gagal berfungsi.

    Kebaikan PSK

    1. Proses pemasangan komputer sendiri membolehkan pelajar mendapatkan

    pengetahuan dan fahaman yang lebih mendalam tentang apa yang tersembunyi di

    dalam kotak logam yang dinamakan komputer itu.

    2. Peroses PSK dapat membina pengetahuan, kemahiran dan keyakinan pelajar untuk

    menjalankan kerja penyenggaraan, baikpulih mudah dan naiktaraf sistem

    komputer bila perlu dan ini untuk jangka panjang akan menjimatkan perbelanjaan.

    3. Pelajar akan menjadi pengguna yang berpengetahuan dan bijaksana berkaitan

    pemilihan dan pembelian barangan IT.

    4. Menyediakan pelajar dengan kemahiran yang sangat diperlukan dalam pasaran

    kerja.

    Apakah komponen yang diperlukan untuk membina satu sistem komputer asas

    Komponen Komen

    CPU

    (Central Processing

    Unit)

    - komponen utama ini berfungsi sebagai otak sistem

    komputer. Fungsinya ialah memproses arahan dan

    data.

    - pilih Intel Celeron atau AMD K6-2jika

    memerlukakn sistem asas

    - pilih Intel Pentium III atau AMD Athlonjika

    memerlukan kuasa pemprosesan yang lenih tinggi

    - pastikan CPU dan papan induk yang dibeli adalah

    serasi. Komponen wajibPapan induk/papan ibu

    (motherboard)

    - papan litar elektronik utama dalam sistem komputer

    - pilih papan induk jenis ATX

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    4/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 2/57

    - sesetengah papan induk mengandungi kad bunyi dan

    kad video yang diintegrasikan. Pengguna tidak perlu

    membeli kad bunyi dan kad video secara berasingan

    jika kad-kad ini telah diintegrasikan ke dalam papan

    induk- memerlukan sekurang-kurangnya satu slot AGP (jika

    kad video tidak diintegrasikan), dua slot ISA dan tiga

    slot PCI. Komponen wajib

    RAM (Random Access

    Memory)

    - RAM atau Ingatan Capaian Rawak digunakan untuk

    menyimpan arahan dan data yang diproses oleh

    komputer

    - Arahan dan data yang disimpan akan hilang apabila

    komputer dimatikan

    - pilih jenis SDRAM dengan kapasiti sekurang-

    kurangnya 64MB (64 megabait). Komponen wajib

    Monitor(monitor)

    - memaparkan output komputer- pilih jenis SVGA (super VGA) dengan pepenjuru

    skrin monitor 15 panjang

    - digalakkan membeli monitor 17 jika keadaan

    kewangan membenarkan. Komponen wajib

    Kad video

    (video card)

    - merupakan orang tengah di antara papan induk dan

    monitor

    - jenis AGP dengan sekurang-kurangnya 8 MB

    ingatan.

    - komponen wajib. Tidak diperlukan jika papan induk

    mempunyai kad video yang diintegrasikan.Pemacu cakera keras

    (hard disk drive)

    - menyimpan perisian dan maklumat. Kandungan

    pemacu tidak akan hilang walaupun komputer

    dimatikan.

    - pilih saiz sekurang-kurangnya 10.2 GB (Gigabait)

    - komponen wajib

    Pemacu CD-ROM

    (CD-ROM drive)

    - untuk menggunakan CD-ROM yang boleh

    menyimpan data yang banyak (650 MB)

    - membolehkan anda memain CD muzik atau VCD

    - komponen wajib

    Pemacu cakera liut

    (Floppy disk drive)

    - untuk menggunakan cakera liut yang boleh

    menyimpan data sebanyak 1.44 MB- komponen wajib

    Papan kekunci

    (keyboard)

    - membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam

    komputer. Komponen wajib

    Tetikus

    (mouse)

    - memudahkan pelbagai operasi dalam Windows.

    - komponen wajib

    Casing - kotak logam di mana papan induk, RAM dan

    komponen lain dipasang.

    - Pilih casingjenis ATX. Komponen wajib

    Kad bunyi

    (sound card)

    - membolehkan pengguna memainkan kesan audio

    dari perisian multimedia. Komponen wajib/pilihan

    Pembesar suara

    (speaker)

    - membesarkan kesan audio yang dihasilkan oleh

    komputer

    - komponen wajib/pilihan

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    5/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 3/57

    Mikrofon

    (microphone)

    - membolehkan pengguna merakamkan suara

    - komponen pilihan

    Modem

    (modem)

    - membolehkan pengguna menyambungkan

    komputernya ke Internet.

    - Pilih jenis luaran (external modem) 56K (iaitu laju56 kilobit per saat). Komponen pilihan

    Kad rangkaian

    (network card)

    - membolehkan komputer berkomunikasi dengan

    komputer lain melalui satu rangkaian komputer.

    - komponen pilihan. Hanya diperlukan jika pengguna

    mempunyai satu rangkaian komputer.

    AVR

    (Automatic Voltage

    Regulator)

    - membantu menstabilkan bekalan elektrik kepada

    komputer. Komponen pilihan

    Berapakah perbelanjaan yang diperlukan?

    Melalui PSK, anda boleh memasang satu set komputer yang agak canggih dengan

    perbelanjaan yang lebih rendah daripada harga pasaran.

    Anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk memasang satu sistem komputer asas

    melalui PSK adalah seperti dalam jadual di bawah. Perlu diingatkan bahawa harga

    yang tersenarai di bawah adalah berdasarkan harga pasaran di Kuala Lumpur ketika

    panduan ini ditulis. Harga ini akan berubah mengikut masa dan lokasi di mana item

    itu dibeli.

    Low (RM) Catatan High (RM) Catatan

    Monitor (SVGA) 450 15 800 17

    SDRAM (64M) 250 PC100 290 PC133

    Papan ibu (+VGA,

    +Audio)

    200 500

    CPU 230 AMD K6-2-

    3D 500 MHz

    370 Intel Celeron

    500 MHz

    Pemacu cakera

    keras (10.2 GB)

    325 385

    Pemacu CD-ROM 130 48X 190 Asus 50X

    Pemacu cakera liut 40 50

    Papan kekunci 25 PS/2

    keyboard

    80 MS Internet

    KB

    Tetikus 10 Serial 65 IntelliMouse

    Casing 90 ATX 90 ATX

    Pembesar suara 30 360W 100 800W

    Mikrofon 15 100

    1795 3020

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    6/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 4/57

    Keselamatan

    1. UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA. Pastikan anda sentiasa mengamalkan

    peraturan dan prosedur kerja yang selamat dan tidak melakukan kerja pemasangan

    secara bersendirian tanpa bimbingan dan kehadirian guru.

    2. Kemaskan tempat kerja anda dan pastikan anda mempunyai ruang yang

    mencukupi untuk menjalankan kerja pemasangan. Wayar-wayar, skru-skru yang

    berselerak boleh menjadi punca kemalangan.

    3. Pastikan suis elektrik dimatikan dan palam elektrik ditanggalkan dari soket

    sebelum anda memulakan kerja pemasangan atau penyenggaraan komputer.

    4. Air merupakan pengalir (konduktor) elektrik yang boleh menyebabkan kebocoran

    elektrik atau kejutan elektrik. Pastikan tangan anda kering semasa menjalankan

    aktiviti PSK.

    5. Baca manual dan nota pemasangan yang dibekalkan bersama peranti yang dibeli

    sebelum memulakan kerja pemasangan.

    6. Jangan melakukan kerja secara gopoh-gapah. Fikir dahulu sebelum bertindak.

    7. Nyahcas badan anda sebelum menyentuh bahagian-bahagian komputer. Cas statik

    yang terkumpul pada badan anda mungkin merosakkan litar elektronik dalam

    komputer. Nyahcas badan anda dengan menyentuh bahagian logam casing

    komputerpower supply atau dengan menggunakan anti statik wrist strap (rujuk

    rajah berikut).

    8. Jangan membuka monitor ataupower supply. Monitor komputer mungkin masih

    menyimpan cas elektrik yang banyak walaupun sambungan kepada bekalan

    elektrik telah diputuskan dan cas ini boleh menyebabkan kejutan elektrik yang

    serius jika anda membuka monitor dan tersentuh bahagian tertentu.

    9. Jangan memasang kabel secara paksaan. Pastikan pin dan lubang padapenyambung telah dijajarkan (aligned) sebelum memasang kabel.

    Anti-static Wrist Strap

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    7/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 5/57

    10. Bila memegang kad ingatan (memory card) atau kad penyesuai (adapter card),

    elakkan daripada menyentuh bahagian logam pada kad supaya cas elektrostatik

    tidak merosakkan litar elektronik. Pegang tepi kad yang terdiri daripada bahan

    plastik.

    11. Sentiasa menyimpan modul RAM atau kad penyesuai (adapter card) dalam bekal

    plastik yang dibina khas untuk antistatik.

    Persediaan sebelum memasang komputer

    1. Penentuan Keperluan. Apakah keperluan anda? Adakah anda memerlukan

    komputer untuk menggunakan perisian aplikasi seperti pemprosesan perkataan?

    Untuk mengakses Internet? Kebanyakan pengguna biasanya tidak memerlukan

    komputer yang paling canggih di pasaran untuk tugasan mereka. Pembelian

    berdasarkan keperluan akan menjamin manfaat maximum dengan perbelanjaanyang paling rendah.

    2. Pengumpulan maklumat. Sebelum membeli komponen perkakasan yang

    diperlukan untuk PSK, anda seharusnya mengumpul maklumat yang secukupnya

    mengenai PSK daripada pelbagai sumber: Sumber-sumber yang baik ialah kawan

    yang berpengetahuan dalam bidang komputer, guru komputer anda, kedai

    komputer, pameran komputer, surat khabar atau majalah. Anda mungkin perlu

    bertanya soalan-soalan berikut:

    x Komponen-komponen manakah dalam satu sistem komputer yangmenentukan prestasi sistem?

    x Apakah gabungan komponen sistem yang dapat memberi pulangan maximumdari segi kos-faedah dan prestasi?

    x Syarikat yang manakah menawarkan komponen berkualiti dengan harga yangberpatutan?

    x Syarikat yang manakah memberi perkhidmatan lepas jualan yang baik?

    x Apakah harga yang berpatutan bagi pelbagai komponen yang diperlukan?

    Buat catatan untuk rujukan kemudian.

    3. Membuat Keputusan. Berdasarkan maklumat yang terkumpul dalam langkah 2

    di atas, buatlah keputusan mengenai konfigurasi sistem komputer yang hendak

    dibeli.

    4. Pembelian Komponen. Beli komponen komputer daripada syarikat yang boleh

    dipercayai berdasarkan maklumat yang anda kumpulkan dalam langkah di atas.

    x Resit mesti mencatatkan maklumat penting dengan jelas, khususnya tempoh

    jaminan.

    x Cuba elakkan membeli komponen daripada kedai yang berlainan. Beli semuakomponen daripada vendor yang menawarkan harga termurah secara

    keseluruhannya, walaupun vendor lain mungkin dapat menjual item tertentu

    pada harga yang lebih rendah. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan di mana

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    8/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 6/57

    vendor-vendor tidak mengaku bertanggungjawab apabila sistem anda tidak

    berfungsi.

    x Pastikan vendor membekalkan semua manual, pemacu peranti (device driver)dan kabel yang diperlukan.

    5. Menyediakan Salinan Backup. Sediakan satu salinan backup bagi disket pemacu

    peranti (dan CD-ROM juga jika ada kemudahan penulis CD-ROM) yang

    dibekalkan bersama dengan peranti persisian (peripheral device). Pemacu peranti

    ialah perisian yang ditulis khas untuk membolehkan sesuatu peranti digunakan.

    Gunakan salinan backup untuk memasang driver. Peranti yang biasanya

    dibekalkan dengan driver ialah seperti CD-ROM, kad bunyi dan kad video.

    6. Menyediakan alat dan ruang kerja yang diperlukan. Untuk memasang

    komputer, anda memerlukan sekurang-kurangnya satu pemutar skru Philips, satu

    pemutar skruflat blade dan satu long nose plier. Anda juga memerlukan satubekas atau kotak kecil untuk menyimpan skru dan komponen yang kecil. Bagi

    mereka yang berminat, satu set computer service kitseperti yang berikut boleh

    dibeli untuk membaiki sistem atau menaiktaraf sistem komputer.

    7. Sediakan satu cakera StartUp Windows (cakera but) tanpa virus yang

    mengandungi perisian utiliti FORMAT.COM. Pastikan cakera but ini

    mengandungi sistem pengendalian yang sama dengan sistem pengendalian yang

    akan anda pasangkan pada komputer pasang sendiri ini.

    Jika anda ingin memasang Windows 98 pada komputer pasang sendiri, sediakan

    sekeping cakera Startup menggunakan komputer Windows 98 dan salinkan

    FORMAT.COM ke dalam cakera Startup. Cara menyediakan cakera StartupWindows 98 (atau Windows 95) adalah seperti berikut:

    x Imbas sistem dengan perisian antivirus untuk memastikan sistem tidakdijangkiti virus.

    x Masukkan sekeping cakera liut kosong ke dalam pemacu A,

    x Klik butang Start, klikSettings dan kemudian klikControl Paneluntukmemaparkan tetingkap Control Panel.

    x Dalam tetingkap Control Panelklik ikonAdd/Remove Programs untukmemaparkan tetingkapAdd/Remove Programs Properties.

    x Klik tab StartUp Diskkemudian klik butang Create Disk.

    x Apabila kotak dialogInsert Diskdipaprkan, masukkan cakera kosong kedalam pemacu A.

    x klik butang OK untuk memulakan proses pengwujudan cakera Startup.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    9/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 7/57

    x Apabila proses penyediaan cakera startup telah tamat, klik OK untukmenutup tetingkapAdd/Remove Programs Properties.

    x Salin utiliti FDISK.EXE dan FORMAT.COM dari direktoriC:\Windows\Commandke cakera Windows StartUp yang baru disediakan

    inix lindungtulis (write protect) cakera Startup dan labelkannya Windows 98

    Startup Disk With FDISK.EXE dan FORMAT.COM.

    Nota: Jika komputer dibut dengan cakera Startup Windows 98, pemacu CD-ROM

    dapat digunakan selepas proses but kerana cakera Startup Windows 98

    mengandungi driveryang membolehkan anda mencapai (to access) pemacu CD-

    ROM.

    Sistem yang dibut dengan cakera Startup Windows 95 tidak boleh dicapai pemacu

    CD-ROM. Anda perlu memasang (install) driverCD-ROM dahulu sebelum

    pemacu CD-ROM dapat digunakan.

    8. Sediakan satu cakera kosong yang telah diformat. Cakera ini digunakan untuk

    menyediakan Startup disk baru bila sistem anda telah siap dipasang.

    Senarai semak peralatan, perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk PSK

    Bil. Perkakasan

    1 1 Casingkomputer2 1 papan induk

    3 1 CPU

    4 1 modul RAM

    5 1 pemacu CD-ROM

    6 1 kabel audio untuk CD-ROM dan kad bunyi

    7 1 pemacu cakera liut

    8 1 pemacu cakera keras

    9 1 kabel data untuk pemacu cakera liut

    10 1 kable IDE (kabel data) untuk pemacu CD-ROM dan

    cakera keras

    11 1 monitor

    12 1 kabel kuasa untuk monitor

    13 1 kabel kuasa casing komputer

    14 1 tetikus

    15 1 papan kekunci

    16 1 pembesar suara

    17 1 AVR (automatic voltage regulator)

    Bil. Perisian

    18 1 CD-ROM Windows 98

    19 1 Cakera Startup Windows 98

    20 1 CD-ROM bagi perisian papan induk21 1 CD-ROM device driverbagi papan kekunci

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    10/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 8/57

    Bil. Peralatan

    22 1 pemutar skru Philips

    23 1 pemutar skruflat blade

    24 1 long nose plier

    atau satu kit

    perkhidmatan komputer

    25 Skru-skru26 1 bekas kecil untuk menyimpan komponen kecil seperti

    skru

    27 1 disket kosong

    28 1 antistatic wrist strap (pilihan)

    29 1 pen penguji

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    11/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 9/57

    Ringkasan Langkah-langkah utama pemasangan sendiri komputer

    Walaupun satu sistem komputer boleh dipasang mengikut pelbagai cara, adalah di

    cadangkan bahawa pemasangan dilakukan mengikut langkah utama berikut untukmengurangkan masalah yang mungkin dihadapi semasa pemasangan.

    A. Mengubah pelompat (jumper)

    B. Memasangkan RAM

    C. Memasangkan CPU

    D. Memasangkan kipas dan heat sinkCPU

    E. Menyediakan casingkomputer

    F. Memasangkan papan induk ke dalam kotak komputer

    G. Memasangkan kad video dan menyambungkan monitor kepada kad video

    H. Menyambungkan papan kekunci kepada papan induk

    I. Memasangkan kabel kuasa elektrik daripadapower supply komputer kepadapapan induk

    J. Menyambungkan monitor dan komputer kepada bekalan elektrik

    K. Menguji sistem yang telah dipasang

    L. Memasang pemacu cakera liut

    M. Memasang pemacu cakera keras

    N. Memasang pemacu CD-ROM.

    O. Memasang kad bunyi dan kad-kad lain

    P. Memasang wayar LED kepada papan induk

    Q. Menyambungkan tetikus kepada COM port

    R. Menutup casingkomputer

    S. Menukar CMOS setup

    T. Memetak (to partition) cakera keras

    U. Memasang sistem pengendalian

    V. Memasang perisian aplikasi

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    12/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 10/57

    A. MENGUBAH PELOMPAT (JUMPER)

    Amaran:

    Sentuh bahagian logam casinguntuk menyahcaskan cas elektrostatik yangterkumpul pada badan anda sebelum anda menyentuh papan induk, kad

    ingatan atau kad penyesuai (adapter) lain. Ini dapat mengelakkan litar

    elektronik yang sensitif dirosakkan oleh cas elektrik dari badan anda.

    Jangan tanggalkan atau pasangkan penutup pelompat semasa bekalan

    elektrik masih dipasang. Matikan suis elektrik dan tanggalkan palam

    elektrik sebelum menukar kedudukan pelompat.

    Pelompat ialah kumpulan pin pada papan induk yang boleh disambungkan secara

    elektrik dengan menggunakan penutup pelompat (jumper cap). Rujuk rajah

    berikut. Apabila penutup pelompat dipasang pada dua pin, dua pin itu akandisambung secara elektrik dan kita kata pelompat yang terdiri daripada dua pin itu

    telah dibolehkan (enable ataushort). Pelompat boleh dilumpuhkan (disable atau

    open) dengan menanggalkan penutup pelompat. Penutup pelompat mengubah

    pengoperasian papan induk dengan mengubahkan litar elektronik pada papan

    induk.

    Pelompat biasanya digunakan pada papan induk untuk menggubah konfigurasi

    papan induk. Berikut ialah dua kegunaan pelompat pada papan induk:

    (i) Untuk memadam kandungan ingatan CMOS.

    (ii) untuk membolehkan (to enable) penyesuai atas papan (onboard

    adapter). Contoh: penyesuai LAN, modem dan audio.

    Rujuk manual papan induk sistem komputer anda untuk menentukan sama

    ada status pelompat-pelompat perlu diubah.

    SettingPelompat (jumper setting)

    Dua pin

    pelompat

    disambung(enabled)

    Dua pin tidak

    disambung

    (disabled)

    SettingPelompat

    Pin 1 dan 2 enabled.

    Pin 2 dan 3 disabled.

    Penutup pelompat

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    13/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 11/57

    Bagi papan induk yang mengandungi pelompat, buatlah perubahan yang

    perlu ke atas pelompat supaya papan induk dapat berfungsi dengan betul.Misalnya, jika anda ingin menggantikan kad bunyi bina-dalam (built-in sound

    card) pada papan induk dengan satu kad bunyi lain, pelompat berkenaan mestidilumpuhkan (disabled) supaya kad bunyi yang akan dipasang dapat mengambil

    tempat kad bunyi bina-dalam.

    Walau bagaimanapun, trend terkini ialah teknologi pasang-dan-guna (plug-and-

    play) yang tidak memerlukan pengubahan pelompat secara manual. Sesetengah

    papan induk yang berdasarkan konsep tersebut tidak mempunyai pelompat.

    Konfigurasi papan induk yang perlu dilakukan boleh dibuat melalui program

    Setup.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    14/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 12/57

    B. MEMASANGKAN RAM

    Dalam bahagian ini anda akan belajar bagaimana memasukkan kad RAM ke

    dalam slot RAM. RAM yang paling popular sekarang ialah SDRAM yang

    dibekalkan dalam bentuk (form factor) DIMM atau SIMM.

    Kebanyakan papan induk menggunakan slot DIMM yang hanya boleh menerima

    DIMM RAM. Sesetengah papan induk menyediakan kedua-dua slot DIMM dan

    slot SIMM.

    SIMM RAM mesti dimasukkan ke dalam slot SIMM dan DIMM RAM ke dalam

    slot DIMM. SIMM RAM mesti dipasang secara berpasangan dan mengikut tertib

    slot bermula dari nombor slot yang terkecil, manakala DIMM RAM boleh

    dipasang satu per satu. Pastikan jenis RAM yang anda miliki.

    Modul RAM and slot RAM dibuat daripada plastik dan akan retak atau pecah

    sekiranya anda memaksa modul RAM ke dalam slot dalam arah yang salah.

    Memasang DIMM RAM ke Dalam Slot DIMM

    1. baca manual papan induk untuk memastikan slot DIMM yang mana mesti diisi

    dahulu.

    2. kenalpasti kedudukan slot DIMM yang akan digunakan.

    3. pegang modul DIMM pada tepinya (jangan sentuh jalur penyambung pada

    kad.)

    4. tekan penyelak-penyelak (latches) pada kiri dan kanan slot DIMM pertama

    untuk membukanya.

    5. tempatkan modul DIMM pada kedudukan yang betul supaya takik pada modul

    adalah sejajar dengan penyekat dalam slot. Rujuk rajah di atas.

    6. tekankan modul ke dalam slot sehingga kedua-dua penyelak bergerak kedalam dan menguncikan modul di dalam slot.

    7. masukkan modul DIMM yang lain (jika ada) ke dalam slot DIMM.

    Penyelak

    (latch)

    Modul DIMM RAM

    Slot DIMM Penyekat dalam slot untuk memastikan

    modul DIMM hanya dapat dipasang

    dalam satu kedudukan sahaja.

    Takik pada modul

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    15/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 13/57

    Memasang SIMM RAM ke dalam SIMM slot.

    1. kenapasti slot SIMM yang akan dimasukkan SIMM RAM.

    2. pegang SIMM RAM pada tepinya (jangan sentuh jalur penyambung padakad.)

    3. masukkan modul ingatan ke dalam slot ingatan secara serong pada sudut 45o.

    Pastikan hujung kad ingatan bertakik dijajarkan dengan hujung slot RAM

    yang betul (rujuk rajah a dan b di bawah). Cuba meneliti struktur kad RAM

    dan struktur slot SIMM. Contohnya, meneliti dan pastikan takik atau lubang

    pada modul RAM tidak tersekat oleh slot bila modul RAM ditegakkan nanti.

    Songsangkan arah modul ingatan jika perlu.

    4. Tegakkan kad ingatan secara perlahan. Jika kedudukan modul RAM betul,

    klip logam pada tepi slot akan ditolak buka oleh modul RAM dan satu bunyi

    klik kedengaran bila modul RAM sampai ke posisi yang betul. Ini

    menandakan bahawa klip pada hujung slot telah berjaya mencengkam kad

    ingatan. Jangan paksa modul RAM jika ia tidak boleh masuk dengan mudah.

    Pastikan arah kad RAM adalah betul. Songsangkan keduduakna RAM jika

    perlu.

    Memasukkan modul DIMM ke dalam slot

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    16/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 14/57

    Rajah A

    Memasukkan SIMM RAM ke dalam slot

    SIMM

    Dua slot

    DIMM

    Dua slotSIMM

    Rajah B

    Memasukkan SIMM RAM ke dalam slot SIMM

    pandangan sisipandangan depan

    Tegakkan kadingatan

    Hujung

    bertakek

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    17/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 15/57

    C. MEMASANGKAN CPU

    CPU yang popular dalam pasaran pada masa garis panduan ini disediakan boleh

    dikelaskan seperti berikut.

    Jenis CPU Soket / Slot yang diperlukan pada

    papan induk

    Pentium III Slot 1

    Celeron Socket 370

    AMD-K6-2 Socket 7

    AMD Athlon Slot A

    Setiap CPU perlu dipadankan dengan papan induk yang mempunyai soket atau

    slot yang dapat memuatkan CPU.

    Perhatian: papan induk yang dibekalkan di bawah projek rintis PSK ialah jenis

    Socket 370 yang memerlukan CPU Celeron.

    Memasang CPU Jenis Socket 370 atau Socket 7

    Socket 7 adalah sejenis soket ZIF (Zero Insertion Force) di mana CPU boleh

    dimasukkan ke dalam soket dengan mudah.

    1. Kenalpasti lokasi soket CPU pada papan induk.

    2. Kenalpasti tuas pengunci yang terletak di tepi soket CPU.

    3. Naikkan tuas pengunci (locking lever) ke kedudukan tegak supaya lubang-lubang pada soket dibuka. Biasanya tuas soket CPU ditahan oleh satu tonjolan

    Tuaspengunci

    Lubang-lubang

    untuk pin CPU

    Tolak tuas ke tepi

    sedikit sebelum

    menaikkannya.

    Sudut pin-1 pada

    soket. Perhatikan

    susunan pin yang

    condong padasudut ini.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    18/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 16/57

    pada tepi soket CPU dan anda mesti menolak hujung tuas menjauhi soket

    sedikit (sedikit sahaja) sebelum anda dapat menaikkan tuas.

    4. Kenalpasti sudut pin-1 pada soket CPU. Sudut pin-1 ialah sudut yang

    bersebelahan dengan hujung tuas pengunci bila tuas diturunkan. Sudut inimempunyai susunan pin yang condong (rujuk rajah di atas.)

    5. Kenalpasti sudut pin-1 pada CPU. Rujuk rajah di bawah.

    6. Tempatkan CPU supaya sudut pin-1 CPU berada di atas sudut pin-1 soket.

    7. Laraskan kedudukan CPU. Apabila pin-pin CPU dan lubang-lubang pin pada

    soket telah sepadan, CPU akan jatuh ke dalam soketnya. Anda mungkin perlu

    menekan CPU sedikit supaya CPU dimasukkan sepenuhnya ke dalam soket.

    Anda tidak perlu menekan CPU dengan kuat untuk memasukkannya ke dalam

    soket.Menekan CPU dengan kuat semasa memasukkannya ke dalam soket

    akan membengkokkan dan merosakkan pin-pin CPU.

    8. Pastikan CPU telah dimasukkan dangan betul ke dalam soketnya.

    9. Turunkan tuas pengunci untuk mengunci CPU pada soket.

    Memasang CPU Jenis Slot 1

    Sebelum memasang CPU jensi Slot 1 ke dalam slot CPU, anda perlu memasang

    klip penahanan CPU pada slot 1. Klip penahanan ini memastikan CPU sentiasa

    berada dalam keadaan tegak dalam slot.

    Sesetengah papan induk dijual dengan klip penahanan siap dipasang pada papan

    induk. Jika papan induk sistem anda mempunyai klip penahanan yang siap di

    pasang, terus lompat ke langkah 5 dalam prosedur pemasangan berikut:

    Rajah menunjukkan pin-pin pada bahagian

    bawah CPU jenis Socket 7

    Sudut

    pin-1

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    19/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 17/57

    1. Kenal pasti item-item berikut sebelum memulakan pemasangan.

    2. Di tepi Slot 1 pada papan induk terdapat 2 pasang lubang untuk skru klip

    penahanan. Pasangkan klip penahanan pada Slot 1 (rujuk rajah berikut.)

    3. Masukkan skru ke dalam lubang-lubang pada setiap sudut klip penahanan.

    4 skru untuk

    klip penahanan

    klip penahanan (rentention clip) untuk Slot

    1 CPU

    Pandangan klip penahanan dari atas

    Papan

    Induk

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    20/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 18/57

    4. Tekan skru ke bawah untuk menetapkan klip penahanan pada slot.

    Perhatian: Sesetengah klip penahanan boleh dilipatkan dan anda perlu

    menegakkan pemegang klip penahanan ini (seperti yang ditunjukkan dalam rajah

    berikut) sebelum CPU Slot 1 boleh dimasukkan.

    5. Masukkan CPU ke dalam klip penahanan dan slot I.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    21/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 19/57

    D. MEMASANGKAN KIPAS DAN HEAT SINKCPU

    Memasang kipas CPU kepada CPU jenis Socket 370 dan Socket 7

    CPU moden menghasilkan banyak haba apabila digunakan dan komputer akantergantung (hang) jika suhu CPU meningkat terlalu tinggi. heat sinkdan kipas

    kecil perlu disambungkan kepada CPU supaya haba yang dihasilkan oleh CPU

    dapat disebarkan dan CPU dikekalkan pada suhu yang paling sesuai.

    1. Kenalpasti kipas CPU dan heat sinkyang biasanya dijual sekali sebagai satu

    unit. Rujuk rajah berikut.

    2. Klipkan heat sinkdan kipas CPU pada CPU.

    3. Sambungkan kabel kuasa kipas CPU kepada sumber kuasa elektrik. Dalam

    sesetengah kes, kabel kuasa kipas CPU mempunyai satu penyambung 3 pin

    pada satu hujungnya untuk membolehkan kipas mendapat sumber elektrik

    melalui satu penyambung (connector) pada papan induk.

    Kipas CPU

    Heat Sink

    Klip

    Klip

    Kabel kuasa

    untuk kipas CPU

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    22/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 20/57

    E. MENYEDIAKAN CASINGKOMPUTER

    Membuka casingkomputer

    Casingkomputer biasanya dibekalkan bersama denganpower supply.

    1. Kenal pasti skru-skru yang dipasang pada casingkomputer.

    2. Cara menanggalkan penutup casingkomputer bergantung kepada jenis casing

    yang anda beli. Biasanya anda perlu menanggalkan skru pada belakang casing

    untuk menanggalkan penutup casing. Pastikan anda tidak menanggalkan skru-

    skrupower supply.

    3. Periksa casingdan teliti struktur dalaman casing. Beri perhatian kepada lokasi

    skru-skru dan slot-slot.

    Pelbagai jenis casingboleh didapati di pasaran dan rajah berikut menunjukkan

    bahagian dalam satu casingbiasa:

    Casingkomputer selepas penutupnya telah ditanggalkan dan sebelum

    dimasukkan papan induk dan pemacu-pemacu.

    power supply

    Ruangan untuk pemacu

    Bahagian depan

    Bahagian belakang

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    23/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 21/57

    F. MEMASANG PAPAN INDUK KE DALAM CASING KOMPUTER

    1. Sesetengah casingkomputer mempunyai tapak yang boleh

    ditanggalkan. Bagi casingjenis ini, tanggalkan tapak ini supaya papaninduk boleh dipasang pada tapak ini.

    2. Teliti strukturcasingkomputer dan orientasikan papan induk supaya

    slot-slot tambah untuk kad penyuai (adapter card) terletak

    bersebelahan dengan slot-slot tambah apabila papan induk dipasang

    pada tapakcasing.

    3. Laraskan papan induk dengan tapakcasing. Kenalpasti lubang-lubang

    skru pada papan induk yang sepadan dengan lubang-lubang skru pada

    tapakcasing.

    4. Skrukan metal stand-off ke dalam lubang-lubang skru pada tapak

    casingyang telah dikenalpastikan dalam langkah di atas. Rujuk rajah

    berikut:these threaded holes, screw in a metal screw mount (one sidefemale, the other side male).

    5. Anda perlu menanggalkan penutup port-port bersiri dan selari pada

    belakang casingkomputer sebelum memasukkan papan induk ke

    dalam casing.

    Metal stand-off

    (spacer)

    dipasang pada

    tapak kes

    komputer

    Slot-slot

    tambah

    Penutup-

    penutup

    slot tambah

    (expansion

    slot covers)

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    24/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 22/57

    6. Masukkan papan induk ke dalam casing. Laraskan kedudukan papan

    induk supaya lubang skru pada papan induk selaras dengan metal

    stand-offyang telah dipasang pada casingdi langkah 4 di atas.

    Pastikan tiada skru berlebihan tertinggal di antara papan induk dengan

    casing, khususnya skru logam. Skru berlebihan di bawah papan indukboleh menyebabkan litar pintas yang mungkin merosakkan papan

    induk.

    7. Skrukan papan induk kepada tapakcasing.

    Tapak kes

    komputer

    Lubang yang

    dipasangkan

    metal stand-

    off

    Lubang

    tanpa metal

    stand-off

    Papan induk

    Skrukan

    papan induk

    kepada kes

    Skrukan papan induk

    kepada tapak case

    Pemutar skru

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    25/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 23/57

    Nota: sesetengah casingkomputer tidak menggunakan metal stand-off

    seperti yang diterangkan di atas. Apa yang digunakan ialah beberapa

    stand-offplastik (rujuk rajah berikut) yang dipasang pada papan induk.

    Langkah memasang papan induk menggunakanstand-offplastik adalah

    seperti berikut:

    1. Pada papan induk, kenal pasti lubang yang mempunyai slot yang

    sepadan pada tapakcasingkomputer.

    2. Tolak kepala standoff palstik ke dalam lubang-lubang yang telahdikenal pasti pada papan induk supaya standoff plastik terkunci pada

    papan induk.

    3. Standoff-standoff ini dimasukkan ke dalam lubang-lubang pada casing

    komputer untuk menguncikan papan induk pada tapakcasing

    komputer (rujuk rajah berikut).

    Tapak kes komputer

    Papan induk

    Masukkan tapak keempat-empat

    standoff plastik ke dalam lubang-

    lubang pada tapak kes kemudian

    gelongsorkan papan induk ke

    tepi untuk menguncikan papan

    induk pada tapak kes.

    Kepala Standoff plastik

    yang telah dipasang pada

    papan induk

    Slot untuk memasukkan

    standoff plastik

    Lubang pada

    tapak kes. Untuk

    dimasukkan

    standoffplastik.

    Standoff

    plastik

    (spacer)

    Kepala

    standoff

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    26/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 24/57

    G. MEMASANGKAN KAD VIDEO DAN MENYAMBUNGKAN MONITOR

    KEPADA KAD VIDEO

    Jika papan induk anda tidak mempunyai kad video (kad VGA) yang

    diintegrasikan, anda perlu masukkan satu kad VGA ke dalam satu slot AGP (atau

    slot PCI atau slot ISA). Jenis slot yang digunakan bergantung kepada jenis kad

    VGA yang anda beli. Contoh: kad AGP mesti dimasukkan ke dalam slot AGP.

    Slot AGP berwarna hijau/perang, slot PCI berwarna putih dan slot ISA berwarna

    hitam. Dari segi saiz, slot ISA yang paling panjang dan slot AGP paling pendek.

    Rajah berikut menunjukkan ketiga-tiga jenis slot dalam papan induk:

    1. Tanggalkan skru pada satu penutup slot tambah (expansion slot cover) dan

    keluarkan penutup slot tambah (rujuk rajah di bawah). Simpan skru penutupslot tambah untuk mengskrukan kad video kepada casingkomputer kemudian.

    2. Kenalpasti kad video (kad VGA). Rajah berikut menunjukkan satu contoh kad

    video.

    Slot AGP

    Slot PCI

    Slot ISA

    Tanggalkan skru

    ini untuk

    menanggalkan

    penutup slot

    tambah.

    Penutup slot

    tambah

    Bahagian

    belakang kes

    komputer

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    27/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 25/57

    3. Tekankan kad video ke dalam slot tambah yang telah ditanggalkan

    penutupnya. Anda mungkin perlu goyangkan kad sedikit untuk

    memasukkannya ke dalam slot. Berhati-hati supaya tangan anda tidak

    mematahkan sebarang kapasitor atau komponen pada kad video.

    4. Pastikan kad video telah dimasukkan sepenuhnya ke dalam slotnya. Skrukan

    hujung logam kad video kepada casingkomputer.

    5. Sambungkan kabel monitor kepada port video.

    Kad AGP

    (kad video)Sambungkan

    kabel monitorkepada port

    video ini.

    AGP Video kad

    dipasang pada slotAGP

    Slot AGP

    Goyangkan kad sedikit

    dalam arah selari

    dengan satah kad

    untuk memasukkan

    kad ke dalam slot.

    Sambung kabelvideo daripada

    monitor kepada port

    video pada kad video

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    28/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 26/57

    H. MENYAMBUNGKAN PAPAN KEKUNCI KEPADA PAPAN INDUK

    1. Kenalpasti jenis papan kekunci yang anda miliki. Dua jenis papan kekunci

    yang biasa digunakan ialah papan kekunci yang menggunakan penyambung

    PS/2 (penyambung jenis MINIDIN6) dan papan kekunci yang menggunakanpenyambung besar (jenis DIN5). Rajah berikut menunjukkan bentuk

    penyambung pada hujung kabel dua jenis papan kekunci tersebut.

    2. Kenalpasti port papan kekunci yang bersesuaian untuk papan kekunci anda.Port ini terletak pada hujung papan induk pada belakang casingkomputer

    (rujuk rajah yang bertajukPort-port Pada Bahagian Belakang Papan Induk

    ATX Yang Dibekalkan Melalui Projek PSK 2000). Biasanya label/ikon

    bagi port-port dipaparkan bersebelahan dengan port. Anda boleh juga

    memperolehi maklumat ini dalam manual papan induk.

    3. Pastikan orientasi pin pada penyambung papan kekunci sepadan dengan

    lubang pada port papan kekunci. Sambungkan papan kekunci kepada port

    yang sepadan. Perhatian: memasang penyambung dengan orentasi pin yang

    salah akan merosakkan pin pada penyambung atau port.

    Perhatian: Papan induk yang dibekalkan di bawah Projek PSK 2000

    mempunyai kad video dan kad bunyi yang diintegrasikan. Bilangan port pada

    bahagian belakang papan induk ini adalah berlainan dengan papan induk ATXyang tidak diintegrasikan kad video dan kad bunyi.

    Penyambung jenis

    MINIDIN6 untuk

    papan kekunci PS/2

    dan tetikus PS/2

    Penyambung jenis

    DIN5 untuk papan

    kekunci biasa.

    Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX Yang Dibekalkan

    Melalui Projek PSK 2000

    Port selari

    port bersiri

    (COM port)

    Port tetikus

    PS/2

    Port papan kekunci

    PS/2

    Video

    port

    3 penyambung

    untuk kad bunyi

    Game port

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    29/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 27/57

    Bagi papan induk ATX yang tidak diintegrasikan kad video dan kad bunyi,

    port-part yang ada pada bahagian belakang papan induk adalah seperti rajah

    berikut:

    Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk ATX Yang Tidak Diintegrasikan

    Kad Video dan Kad Bunyi

    Port selari (25-pin Female)

    2 port bersiri (9-pin male)

    Port tetikus PS/2

    (6-pin Female)

    Port kekunci PS/2

    keyboard port (6-pin

    female)

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    30/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 28/57

    I. MEMASANG KABEL KUASA ELEKTRIK DARIPADA POWER SUPPLY

    KOMPUTER KEPADA PAPAN INDUK

    Bagi papan induk jenis ATX, penyambung (connector) kabel kuasa adalah dalam

    satu unit manakala penyambung kabel kuasa bagi papan induk jenis AT terdiri

    daripada dua unit yang berlabel P8 dan P9 yang mesti disusun mengikut "wayar

    hitam bersebelahan wayar hitam". Papan induk yang dibekalkan melalui projek

    PSK 2000 ialah jenis ATX.

    Perhatian: Semasa memasang penyambung kabel jenis AT ini kepada papan

    induk, pastikan P8 dan P9 disambungkan dengan betul seperti yang ditunjukkan

    dalam rajah berikut. Papan induk akan rosak jika kedudukan P8 dan P9

    disongsangkan.

    Bagi papan induk jenis ATX, penyambung kabel kuasa 20-pin tidak mungkin

    disalah sambung kerana ia hanya boleh dipasang pada papan induk dalam satuarah sahaja.

    Penyambung kuasa elektrik pada papan induk biasanya terletak di bahagian

    belakang papan berdekatan dengan penyambung papan kekunci. Sesetengah

    papan induk menyediakan kedua-dua jenis penyambung kuasa elektrik (jenis AT

    dan ATX).

    Rajah berikut menunjukkan sebuah papan induk yang menyediakan kedua-dua

    penyambung AT dan ATX.

    Kabel Kuasa Untuk Papan Induk Jenis AT Wayar hitammesti dipasang

    bersebelahan

    dengan wayar

    hitam.

    Penyambung

    kuasa jenis

    ATX

    Penyambung

    kuasa jenis AT

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    31/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 29/57

    1. Pasangkan penyambung kuasa papan induk daripower supply kepada

    penyambung kuasa ATX pada papan induk.

    2. Samubungkan wayar standby kepada penyambung yang berkenaan di papan

    induk. Wayar ini biasanya berlabel standby pada hujungnya. Rujuk manual

    papan induk mengenai kedudukan penyambung bagi wayarstandby pada

    papan induk.

    Penyambung Kuasa Untuk Papan ATX

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    32/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 30/57

    J. MENYAMBUNGKAN MONITOR DAN KOMPUTER KEPADA

    BEKALAN ELEKTRIK

    Sebelum menyambungkan bekalan elektrik kepada sistem anda, semak semula

    semua sambungan untuk memastikan semua pemasangan adalah betul dan semuakad-kad telah dimasukkan sepenuhnya ke dalam slot-slot.

    Cara sambungan kepada bekalan elektrik bergantung kepada jenis power supply

    yang ada pada casingkomputer.

    Jenis 1: power supply mempunyai satu soket sahaja untuk sambungan ke bekalan

    elektrik. Casing yang dibekalkan dalam Projek PSK 2000 adalah jenis ini.

    1. Sambungpower supply komputer kepada bekalan elektrik utama

    menggunakan kabel elektrik yang dibekalkan. Lihat Rajah 1 di bawah.

    2. Sambungkan kabel kuasa monitor kepada bekalan elektrik utama. Lihat Rajah

    1 di bawah.

    Jenis 2: Power supply mempunyai soket kuasa elektrik untuk sambungan ke

    monitor.

    3. Sambungkan kabel kuasa monitor kepada soket kuasa (soket X dalam rajah

    berikut) padapower supply komputer. Rujuk rajah berikut .

    4. Sambungkanpower supply komputer melalui soket Y kepada bekalan elektrik

    utama

    Soket X: Soket untuk kabel

    kuasa monitor

    Soket Y: Soket

    untuk

    sambungan ke

    bekalan

    elektrik utama

    Pastikan suis ini dikekalkan

    pada kedudukan AC 230V.

    Pembekal kuasa akan rosak

    jika suis ini dialihkan ke

    kedudukan AC 110V

    Belakang

    monitorBahagian

    belakang

    komputer

    Power

    supply

    komputer

    Kabel kuasa

    monitor

    Bekalan

    elektrik

    utama

    (soket

    dinding)

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    33/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 31/57

    K. MENGUJI SISTEM YANG TELAH DIPASANG

    Selepas RAM, CPU, kad video, tetikus dan papan kekunci telah dipasang, sistem

    seharusnya diuji sebelum anda meneruskan pemasangan.

    1. Pasangkan suis pada bekalan elektrik utama.

    2. Pasangkan suis monitor.

    3. Pasangkan suis bekalan kuasa komputer/suis komputer.

    4. Jika komputer anda mengeluarkan satu beep pendek dan skrin monitor

    memaparkan mesej-mesej POST* (PowerOn Self-Test), ia menandakan

    bahawa sistem telah dipasang dengan betul dan anda boleh meneruskan

    pemasangan di langkah (k). Nota: Mesej POST biasanya memaparkan jenis

    CPU, BIOS dan kad video yang digunakan berserta proses pengujian RAM

    5. Sekiranya monitor tidak memaparkan sebarang mesej apabila suis komputer

    dipasang, atau beberapa beep kedengaran, matikan suis komputer anda dengan

    serta merta kemudian periksa sistem anda dengan teliti untuk memastikan

    semua telah dipasang dengan betul.

    Corak beep yang dihasilkan bergantung kepada jenis BIOS yang digunakan.

    Rujuk manual papan induk untuk mendapatkan penerangan mengenai corak

    beep.

    6. Pastikan kipas CPU berfungsi. Periksa kabel kuasa kipas CPU jika perlu.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    34/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 32/57

    L. MEMASANG PEMACU CAKERA LIUT

    1. Masukkan pemacu cakera liut ke dalam slot pemacu dari hadapan komputer.

    2. Skrukan pemacu cakera liut kepada slot pemacu.

    3. Sambungkan kabel data kepada penyambung pemacu cakera liut atas papan

    induk. Rujuk peta susun atur papan induk dalam manual. Pastikan sebelahkabel yang berwarna (merah atau cokelat) disambungkan kepada pin 1 pada

    penyambung atas papan. Rajah berikut menunjukkan kedudukan penyambung

    pemacu cakera liut dan penyambung IDE pada satu contoh papan induk.

    4. Sambungkan penyambung pada hujung kabel data yang terpulas (twisted)

    kepada pemacu cakera liut yang anda ingin gunakan sebagai pemacu A.

    Pastikan sebelah kabel yang berwarna merah disambungkan kepada pin 1. Jika

    kabel data disambungkan secara songsang, lampu pemacu akan menyalasecara menerus apabila komputer diapsangkan.

    penyambung pemacu

    cakera liut atas papan

    induk

    Dua penyambung

    IDE atas papan

    induk

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    35/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 33/57

    5. Sambungkan kabel kuasa kepada pemacu.

    Penyambung kabel kuasadari pembekal kuasa untuk

    pemacu cakera liut

    Penyambung

    kabel data

    Pandangan belakang

    pemacu cakera liut

    Penyambung

    kabel kuasa

    Hujung Pin

    Pasangkan penyambung

    ini kepada penyambung

    kabel data yang terletak

    pada bahagian belakang

    pemacu cakera liut.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    36/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 34/57

    M. MEMASANG PEMACU CAKERA KERAS

    Papan induk biasanya mempunyai dua penyambung IDE (penymabung primer dan

    sekunder) untuk pemacu cakera keras jenis IDE.

    Satu kabel IDE boleh digunakan untuk menyambungkan dua peranti (pemacu)

    IDE kepada satu penymabung IDE atas papan induk.

    Jika anda memasang dua pemacu cakera keras kepada satu kabel IDE, satu

    pemacu mesti dikonfigurasikan sebagai pemacu master(master drive) dan yang

    satu lagi sebagai pemacuslave (slave drive). Ini dapat dilakukan melalui pelompat

    (jumper) pada hujung pemacu cakera keras.

    (Rajah berikut menunjukkan cara menyambungkan kabel data dan kabel

    kuasa kepada bahagian belakang cakera keras )

    1. Teliti kedudukan pelompat (jumpers) pada hujung pemacu untuk memastikan

    pemacu telah ditetapkan sebagai pemacu master. Pemacu baru biasanya

    ditetapkan sebagai pemacu mastersecara lalai (default). Rujuk kepada manual

    pemacu atau label di atas permukaan pemacu untuk mendapatkan maklumat

    mengenai bagaimana mengkonfigurasikan pemacu sebagai masteratauslave.

    Contoh: bagi pemacu cakera keras jenama QUANTUM, tiga pelompat yang

    biasa digunakan dilabel sebagai DS, SP dan CS. Jika pelompat DS sahaja

    dipasang, pemacu dikonfigurasikan sebagai pemacu master. Untuk pemacu

    slave, tiada sebarang pelompat patut dipasang.

    Berikut menunjukkansettingpelompat bagi Quantum FireBall Plus LM.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    37/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 35/57

    2. Buka penutup satu slot pemacu (drive bay) pada bahagian hadapan casing

    komputer.

    3. Masukkan pemacu ke dalam slot pemacu melalui bahagian hadapan komputer.

    4. Kenal pasti kabel data (kabel IDE) yang akan digunakan untuk

    menyambungkan pemacu kepada penyambung IDE 1 atas papan induk. Rujuk

    manual papan induk mengenai lokasi penyambung IDE 1 pada papan induk.

    Jika kabel ini tidak cukup panjang untuk menyambungkan pemacu kepada

    penyambung IDE atas papan induk, alihkan pemacu ke slot pamacu lain

    supaya pamacu dapat disambung kepada penyambung IDE atas papan.

    5. Sambungkan penyambung pada hujung kabel IDE kepada penyambung pada

    belakang pemacu. Pastikan tepi kabel yang berwarna dipasangkan kepada pin

    1.

    Tepi kabel yang

    berwarna mesti

    disambung

    kepada pin 1 pada

    penyambung

    kabel IDE

    Penyambung

    berbentuk D

    untuk kabelkuasa elektrik

    Pin 1 bagi penyambung kabel

    data terletak berdekatan dengan

    penyambung kabel kuasa elektrik

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    38/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 36/57

    6. Skrukan pemacu kepada slot pemacu. Gunakan skru yang sesuai dan jangan

    memasang skru terlalu ketat. Skru yang terlalu panjang atau yang dipasang

    terlalu ketat akan merosakkan pemacu.

    7. Pasangkan kabel kuasa elektrik kepada belakang pemacu.

    8. Kenalpasti kedudukan penyambung IDE primer (primary IDE connector) atas

    papan induk.

    9. Sambungkan hujung kabel IDE kepada penyambung IDE primer (IDE1) pada

    papan induk.

    Laraskan lubang

    skru pada pemacu

    dengan lubang

    skru pada slot

    pemacu.

    Skrukan cakera

    keras denganmenggunakan skru

    yang dibekalkan

    dengan pemacu.

    Jangan gunakan

    skru lain kerana ia

    boleh merosakkan

    cakera.

    Penyambung

    IDE 1 pada

    papan induk

    Hujung kabel data

    IDE yang akan

    disambungkan

    kepada penyambung

    IDE 1.

    penyambung kabel

    kuasa bagi pemacu

    cakera keras

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    39/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 37/57

    N. MEMASANG PEMACU CD-ROM

    1. Pemacu CD-ROM IDE boleh mengkongsikan kabel IDE primer dengan pemacu

    cakera keras. Pemacu cakera keras biasanya dikonfigurasikan sebagai pemacumasterdan pemacu CD-ROM sebagai pemacuslave. Pastikan status (masteratau

    slave?) pemacu keras dan pemacu CD-ROM anda. Jika statusnya tidak betul, ubah

    kedudukan pelompat mengikut makluman yang boleh didapati sama ada pada

    bahagian belakang pemacu atau nota/manual yang dibekalkan bersama pemacu.

    Perhatian: Jika CD-ROM dipasang secara berasingan kepada satu kabel IDE, CD-

    ROM mesti dikonfigurasikan sebagai pemacu master.

    2. Masukkan pemacu CD-ROM ke dalam satu slot pemacu melalui bahagian

    hadapan komputer.

    3. Laraskan pemacu dan skrukannya pada slot pemacu.

    4. Pasangkan kabel data pada belakang pemacu. Pastikan sebelah kabel yang

    berwarna dipasangkan kepada pin 1.

    Penyambung Pada Bahagian Belakang Pemacu CD-ROM

    Kabel

    audio

    Kabel data

    Kabel

    kuasa

    Wayar

    merah

    Jalur

    berwarna

    Pin 1Pelompat

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    40/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 38/57

    5. Pasangkan kabel kuasa pada belakang pemacu. Hujung kabel kuasa mempunyai 4

    pin.

    6. Gunakan kabel 4-pin yang dibekalkan bersama dengan pemacu CD-ROM untuk

    menyambungkan penyambung analog audio-out pada CD-ROM drive kepadapenyambung audio-in pada kad bunyi apabila kad bunyi telah dipasang.

    Sambungan ini membolehkan anda memainkan CD muzik menggunakan CD-

    ROM ini.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    41/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 39/57

    O. MEMASANG KAD BUNYI DAN KAD-KAD LAIN

    1. Baca manual yang dibekalkan bersama dengan kad bunyi untuk memahami

    fungsi sambungan dan pelompat (jika ada) pada kad.

    2. Pasangkan kad bunyi kepada satu slot tambah. Pastikan kad bunyi dipasang

    pada slot yang dekat dengan pemacu CD-ROM supaya anda dapat

    memasangkan kabel audio dari CD-ROM ke kad bunyi.

    3. Pasangkan kabel audio dari CD-ROM kepada penyambung audio pada kad

    bunyi. Penyambung ini biasanya berlabel CD-in atau "CD Audio" pada kad

    bunyi.

    4. Sambungkan penyambung mikrofon dan pembesar suara kepada port-port

    pada kad bunyi. Lihat rajah berikut.

    Kabelaudio

    Port untuk

    pembesar suara

    Port untuk

    mikrofon

    Bahagian

    belakang

    kad bunyi

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    42/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 40/57

    P. MENYAMBUNGKAN WAYAR-WAYAR KEPADA PAPAN INDUK

    LED (lampu kecil) pada bahagian hadapan casingkomputer biasanya mendapat

    bekalan elektriknya dari papan induk melalui wayar.

    Misalnya wayar yang berlabel HDD LED pada hujungnya ialah wayar bagi LED

    cakera keras (HDD bermakna hard disk drive). LED ini akan menyala bila cakera

    keras digunakan. Hujung wayar yang berlabel ini mesti disambungkan kepada

    pin-pin yang kelihatan seperti pelompat pada papan induk. Rujuk manual papan

    induk untuk menentukan lokasi pin-pin ini pada papan induk.

    Sambungkan wayar-wayar LED (berlabel POWER LED, HDD LED, TB LED

    dan KEYLOCK) kepada penyambung yang biasanya terletak pada tepi papan

    induk. Label pada penyambung mungkin lain daripada yang tersebut di atas.

    Rujuk manual papan induk anda. Wayar-wayar ini membekalkan kuasa elektrik

    untuk menyalakan LED kecil yang dipaparkan pada bahagian hadapan casingkomputer.

    Penyambung untukLED (lampu kecil)

    pada hadapan kes

    komputer.

    Penyambung LED

    disambungkan

    kepada

    penyambung pada

    papan induk

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    43/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 41/57

    Q. MENYAMBUNGKAN TETIKUS KEPADA COM PORT

    Langkah 1 hingga 4 yang berikut tidak perlu dilakukan jika papan induk

    ialah jenis ATX di mana sambungan bagi port-port bersiri (serial), selari

    (parallel) dan PS/2 telah disediakan pada bahagian belakang papan induk (rujukrajah yang berlabel Penyambung-penyambung Port Pada Bahagian Belakang

    Papan Induk ATX.)

    1. Kenal pasti braket sambungan port bersiri dan selari (Serial/Parallel Ports

    Extension Bracket) yang mengandungi penyambung bagi port bersiri dan port

    selari. Rajah berikut menunjukkan dua contoh.

    2. Kenal pasti lokasi kumpulan pin-pin yang berlabel COM1 dan PRN1 pada

    papan induk. Rujuk manual papan induk.

    3. Pasang braket sambungan port bersiri dan selari (rujuk rajah di atas) kepada

    satu slot tambah pada belakang casingkomputer.

    4. Pasangkan penyambung kabel kepada pin COM1 dan pin PRN1 pada papan

    induk.

    5. Kenalpasti jenis tetikus yang anda miliki. Dua jenis tetikus yang biasadigunakan ialah tetikus PS/2 dan tetikus bersiri. Rajah berikut menunjukkan

    bentuk penyambung pada hujung kabel dua jenis tetikus ini.

    Port bersiri(COM) untuk

    tetikus dan

    modem

    Port selari

    untuk

    pencetak

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    44/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 42/57

    6. Kenalpasti port tetikus yang bersesuaian untuk tetikus anda. Port ini terletak

    pada hujung papan induk yang terletak pada belakang casingkomputer (rujuk

    rajah yang bertajuk Port-Port Pada Bahagian Belakang Papan Induk

    ATX Yang Dibekalkan Melalui Projek PSK 2000pada bahagian H.)

    Biasanya label/ikon bagi port-port dipaparkan bersebelahan dengan port. Anda

    boleh juga memperolehi maklumat ini dalam manual papan induk.

    7. Pastikan orientasi pin pada penyambung tetikus sepadan dengan lubang pada

    port tetikus. Sambungkan penyambung pada hujung kabel tetikus kepada port

    tetikus. Perhatian: memasang penyambung tetikus dengan orientasi pin yang

    salah mungkin akan merosakkan pin pada penyambung atau port.

    R. MENUTUP CASINGKOMPUTER

    Tutup casing komputer.

    Penyambung jenis

    MINI DIN6 untuk

    tetikus PS/2 dan

    papan kekunci PS/2

    Penyambung

    bagi tetikus

    bersiri

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    45/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 43/57

    S. MENUKAR CMOS SETUP

    Selepas sistem komputer telah dipasang, anda perlu memasukkan maklumat

    mengenai perkakasan komputer ke dalam CMOS supaya komputer anda tahu

    apakah jenis perkakasan yang telah dipasang padanya (CMOS ialah RAM kecilyang menyimpan rekod tentang setup komputer).

    Rekod pada CMOS RAM boleh diubah dengan menggunakan perisian CMOS

    Setup yang disimpan dalam BIOS. Langkah berikut menerangkan bagaimana anda

    dapat mengubah rekod CMOS menggunakan perisian CMOS setup.

    1. Pasang suis komputer. BIOS akan lakukan pengujian perkakasan komputer

    melalui prosedur POST (Power-On SelfTest).

    2. Apabila mesej pengujian ingatan dipaparkan, tekan kekunci F2 untuk

    memaparkan menu BIOS Setup

    Perhatian: Sesetengah BIOS memaparkan mesej Press Del to enter

    Setup. Rujuk manual papan induk untuk mengetahui kekunci atau gabungan

    kekunci yang diperlukan untuk memaparkan menu CMOS Setup. Selain

    daripada kekunciF2 danDel, kekunci atau gabungan kekunci yang biasa

    digunakan ialah: Ctrl+Del, Ctrl+Alt+S, Ctrl+Alt+Esc, Ctrl+Alt+Ins dll.. Bagi

    papan induk yang dibekalkan melalui Projek PSK 2000, kekunci untuk

    memaparkan menu BIOS Setup semasa membut ialah F2.

    3. Rajah berikut menunjukkan sebahagian daripada item daripada menu BIOS

    Setup yang akan dipaparkan.

    BIOS SETUP UTILITY

    Main Advanced Security Power Boot Exit

    ..

    .

    System Time [08:44:07]

    System Date [Mon 07/10/2000]

    Tiga medan (field)

    Tekan kekunci m atau o untukmenggerakkan kursor dalam menu

    utama ini.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    46/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 44/57

    4. Lakukan langkah berikut untuk mengkonfigurasikan tarikh dan masa CMOS

    Setup:

    i. PilihMain pada menu utama BIOS Setup Utility. Skrin seperti di

    atas akan dipaparkan.

    ii. Gunakan kekunci n atau p untuk memilih (menyerlahkan) barisSystem Time.

    iii. Tekan kekunci Tab untuk memilih medan (field) dalam Systemtime (masa sistem). Ubah masa sistem ke nilai semasa. Misalnya,

    taipkan 10:30:15 untuk menukarkan masa sistem ke jam 10, 30

    minit dan 15 saat pagi.

    iv. Pilih System Date (tarikh sistem).

    v. Tukar tarikh sistem ke tarikh semasa.

    5. Lakukan langkah berikut untuk memilih peranti membut (Boot Device) sistem

    komputer. Anda akan memilih ATAPI CD-ROM, IDE-HDD dan Floppy

    sebagai 1st, 2nd dan 3rd boot device.

    i. PilihBootpada menu utama BIOS Setup Utility (Rujuk rajah di

    atas).

    ii. Gunakan kekunci n atau p untuk memilih (menyerlahkan) baris 1st

    Boot Device (rujuk rajah di bawah).

    iii. Tekan kekunci Enter untuk membuka satu submenu. Gunakankekunci n atau p untuk memilih ATAPI CD-ROM.

    iv. Tekan Enter. Perkataan ATAPI-CD-ROM akan dipaparkan sebagai

    1stBoot Device.

    v. Ulangi langkah-langkah di atas untuk memilih IDE-HDD sebagai

    2nd boot device dan Floppy sebagai 3rdboot device.

    BIOS SETUP UTILITY

    Main Advanced Security Power Boot Exit

    .

    .

    .

    1 st Boot Device [ATAPI CD-ROM]

    2 nd Boot Device [IDE-HDD]

    3 rd Boot Device [Floppy]

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    47/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 45/57

    6. Tekan kekunci F10 kemudian pilih Yes untuk menyimpan (Save) perubahan

    CMOS setup dan keluar daripada CMOS Setup Utility.

    Perhatian: Sekirannya anda kurang pasti sama ada perubahan yang betul telah

    dibuat, tekan kekunci ESC kemudian pilih Yes untuk menamatkan CMOSSetup tanpa mengubah setup sedia ada.

    7. Komputer akan membut semula. Masukkan Windows 98 CD-ROM ke dalam

    pemacu CD-ROM. Apabila menuMicrosoft Windows 98 CD-ROM Startup

    Menu dipaparkan, pilih 2. Boot from CD-ROM.

    8. ApabilaMicrosoft Windows 98 Startup Menu dipaparkan, pilih 2. Start

    Computer With CD-ROM Support.

    9. Pelbagai mesej akan dipaparkan pada skrin.

    10. Apabila penggesa A (Aprompt) dipaparkan tiapkan FDISK untuk memulakanproses pemetakan cakera keras (hard disk partitioning). Rujuk bahagian S di

    bawah mengenai pemetakan cakera keras.

    11. Selepas pemetakan, komputer akan dibut semula.

    12. ApabilaMicrosoft Windows 98 Startup Menu dipaparkan, pilih 1.Start

    Windows 98 Setup For CD-ROM.

    13. PilihFormat this drive (recommended) untuk memformat semua petak yangtelah diwujudkan dalam langkah 10 di atas.

    Perhatian: Cakera keras boleh diformat dengan menggunakan utiliti DOS yangbernama FORMAT.COM. RujukLampiran 1pada hujung garis panduan ini

    tentang bagaimana memformatkan cakera keras tanpa melalui Windows 98

    Setup.

    14. Apabila cakera keras telah diformat, sistem pengendalian Windows 98 akan

    mulai dipasang pada pemacu C. Rujuk bahagian T. MEMASANG SISTEM

    PENGENDALIAN (OS) mengenai cara memasang sistem pengendalian.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    48/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 46/57

    T. MEMETAK (PARTITION) CAKERA KERAS

    Konsep: Cakera keras baru perlu dipetakkan dan diformatkan sebelum ia boleh

    digunakan untuk menyimpan fail-fail. Sebuah cakera keras boleh dipetakkan

    menjadi satu atau lebih petak (partition) menggunakan utiliti DOS bernama

    FDISK.EXE.

    Untuk memetakkan cakera keras kepada lebih daripada 1 petak, langkah utama

    seperti berikut perlu dilakukan:

    x Langkah pertama - mewujudkan petak DOS primer (primaryDOS

    partition) dan tetapkanya sebagai petak aktif. Petak ini ialah pemacu C.

    x Langkah kedua - mewujudkan extended DOS partition dengan

    menggunakan baki kapasiti cakera keras.

    x Langkah ketiga - mewujudkan satu atau lebihLogical DOS volume dalam

    extended DOS partition. Setiap logical volume akan diberi satu huruf

    pemacu (contoh: D, E dan F).

    Contoh Langkah-langkah berikut menerangkan sebuah cakera keras 4.1 GB

    dipetakkan menjadi 3 petak yang bersaiz 2000 MB, 1000 MB dan 1100MB.

    (Nota: 1000MB=1GB)

    1. Pada penggesa DOS A:> taipkan FDISK kemudian tekan Enter. Skrin berikut

    akan dipaparkan.

    2. Taipkan Y kemudian tekan Enter untuk menerima cadangan Do you wish to

    enable large disk support (Y/N) ..? [Y]. Memilih Y membolehkan

    penghasilan petak yang melebihi saiz 2GB.

    3. Menu utama bagiFixed Disk Setup Program akan dipaparkan seperti berikut.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    49/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 47/57

    4. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih 1. Create DOS partition or

    Logical DOS Drive. Skrin berikut akan dipaparkan.

    5. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih 1. Create Primary DOS

    Partition. FDISK akan memeriksa cakera keras untuk memastikan cakera

    berada dalam keadaan yang baik. Tunggu sehingga pemeriksaan cakera tamat.

    6. Apabila soalanDo you wish to use the maximum available size for a Primary

    DOS Partition? dipaparkan, taipkan N kemudian tekan Enter supaya cakera

    keras boleh dipetakkan menjadi lebih daripada 1 petak. Nota: Jika anda ingin

    memetakkan cakera menjadi satu petak sahaja, taipkan Y dalam langkah ini.

    Menu Utama FDISK

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    50/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 48/57

    7. Satu mesej akan memaparkan saiz seluruh cakera keras dalam megabait (4110

    MB). Taipkan 2000 sebagai saiz bagi petak DOS primer. Rujuk rajah berikut.

    8. Tekan Enter. Satu mesej akan memaklumkan bahawa petak DOS primer telahdiwujudkan dan diberi huruf pemacu C. Rujuk rajah berikut.

    9. Tekan kekunci ESC untuk kembali ke menu utama FDISK.

    10. Taipkan 2 kemudian tekan Enter untuk memilih 2. Set active partition.

    11. Apabila mesej Enter the partition you want to make active : [ ]dipaparkan, taipkan 1 kemudian tekan Enter.

    12. FDISK akan memaparkan mesej Partition 1 made active, iaitu petak 1 telah

    ditetapkan sebagai petak aktif. Rujuk rajah berikut.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    51/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 49/57

    13. Tekan kekunci ESC untuk kembali ke menu utama FDISK.

    14. Taipkan 1 kemudian tekan Enter untuk memilih 1. Create DOS partition orLogical DOS Drive.

    15. Dalam submenu yang dipaparkan, taipkan 2 kemudian tekan Enter untuk

    memilih 2. Create Extended DOS partition. Komputer akan mulai

    memeriksa cakera.

    16. Mesej yang mencadangkan seluruh baki kapasiti cakera keras (sebanyak 2110

    MB) digunakan untukextended DOS partition akan dipaparkan. Rujuk rajah

    berikut.

    17. Tekan Enter untuk menerima cadangan menggunakan baki kapasiti cakerakeras sebagaiExtended DOS partition. FDISK akan melaporkan bahawa

    extended DOS partition telah diwujudkan. Rujuk rajah berikut.

    18. Tekan kekunci ESC. FDISK akan secara automatik memaklumkan bahawa

    tiada pemacu logikal diwujudkan (No logical drives defined) dan

    mencadangkan supaya seluruh saizExtended DOS partition (2110 MB)

    digunakan sebagai pemacu logikal. Rujuk rajah berikut.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    52/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 50/57

    19. Taipkan 1000 kemudian tekan Enter untuk mewujudkan pemacu logikal

    pertama (pemacu D). FDISK akan mencadangkan baki kapasiti cakeradigunakan sebagai petak logikal kedua. Rujuk rajah berikut.

    20. Tekan Enter untuk mewujudkan pemacu logikal kedua (pemacu E).

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    53/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 51/57

    21. Tekan kekunci ESC dua kali untuk keluar dari FDISK dan membut semula

    komputer.

    Sekarang anda telah berjaya memetakkan cakera keras menjadi 3 petak

    (partition). Petak pertama (pemacu C) sebesar 2000MB, petak kedua (pemacuD) 1000MB dan petak ketiga (pemacu E) mengambil baki kapasiti cakera

    keras.

    Dalam proses pemetakan di atas, walaupun sistem komputer anda mempunyai

    satu cakera keras fizikal, anda telah berjaya membahagikan (memetakkan)

    cakera fizikal ini menjadi tiga bahagian (petak) logikal. Setiap petak ini

    berfungsi seperti satu cakera fizikal dan diberi satu huruf pemacu (C, D dan

    E).

    Komputer anda sekarang akan nampak seolah-olahnya mempunyai tiga cakera

    keras fizikal.

    22. Kembali ke langkah 12 dalam bahagian R.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    54/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 52/57

    U. MEMASANG SISTEM PENGENDALIAN (OS)

    Jika anda memasuk bahagian ini dari langkah 14 di bahagian R, abaikan langkah 1

    hingga 6 dan terus bermula dengan langkah 7 di bawah.

    1. Masukkan cakera Windows 98 Startup ke dalam pemacu cakera liut.

    2. But semula komputer. MenuMicrosoft Windows 98 Startup akan dipaparkan.

    3. Masukkan CD-ROM Windows 98 ke dalam pemacu CD-ROM.

    4. Taipkan 1kemudian tekan Enter untuk memilih opsyen 1. Star t computer

    with CD-ROM support.

    5. Selepas proses pengimbasan perkakasan telah dilakukan, penggesa C: akan

    dipaparkan.

    6. Taip setupdan tekan Enter untuk melaksanakan program setup yang akan

    memasangkan Windows 98.

    7. Ikut arahan-arahan yang dipaparkan untuk memasang Windows 98.

    8. Windows akan melakukanscandiskuntuk memeriksa cakera keras. Apabilascandisk sudah tamat, tekan "X" untuk keluar dari scandisk.

    9. Skrin Windows Welcome akan dipaparkan. Pilih continue.

    10. Skrin Wizard Pemasangan dan penjanjian lesen akan dipaparkan. Pilih "IAccept".

    11. Masukkan kunci pendaftaran (Registration key). (Windows Product Key)

    12. Skrin Windows 98 Setup Wizardakan dipaparkan. Klik butangFinish untuk

    teruskan.

    13. Wizard akan cuba mengesan dan menyediakan perkakasan dalam komputer.

    Proses ini mungkin akan mengambil masa beberapa minit.

    14. Komputer akan dibut semula.

    15. Apabila tetingkapDate/Time Properties dipaparkan, pilih tarikh, taipkan masadan pilih Time Zone bagi lokasi anda (pilih GMT + 08:00 Singapore).

    16. KlikApply kemudian klik OK.

    17. Windows akan terus mengemaskinikansettingsistem (Update System

    Settings).

    18. Komputer akan dibut semula.

    19. Tetingkap Welcome To Windows 98 akan dipaparkan.

    20. KlikDiscover Windows 98 untuk melaksanakan tutorial asas Windows 98.

    21. Untuk keluar dari tutorial ini, klikContents pada sudut kiri bawah skrin

    kemudain klikClose diikuti dengan Yes.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    55/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 53/57

    V. MEMASANG PERISIAN APLIKASI

    Cara yang betul untuk memasang perisian kepada sistem komputer anda ialah

    melalui kemudahan Add/Remove Programs dalam Control Panel. Pendekatan inimembolehkan anda membuang (uninstall) perisian yang tidak dikehendaki dengan

    secara teratur dan sempurna.

    1. Klik butang Start, Settings, Control Panelkemudian pilihAdd/Remove

    Programs.

    2. Dalam tetingkapAdd/Remove Programs Properties klik butangInstall.

    3. Klik Nextbila tetingkapInstall Programs From Floppy Disk or CD-ROM

    dipaparkan.

    4. Bila tetingkapRun Installation Program dipaparkan, klikBrowse.

    5. Bila tetingkapBrowse dipaparkan, pilih pemacu dan direktori yang

    mengandungi fail pemasangan yang bernama Setup atauInstall.6. Klik fail pemasangan yang dikehendaki. Fail ini biasanya bernama Setup atau

    Install.

    7. Nama fail ini akan dipaparkan dalam tetingkapRun Installation Program.

    8. Klik butangFinish dalam tetingkapRun Installation Program untuk

    memulakan proses pemasangan.

    9. Ikut arahan-arahan yang dipaparkan oleh program pemasangan.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    56/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 54/57

    Lampiran I

    MEMFORMAT PETAK-PETAK (partition) YANG TELAH DIWUJUDKAN

    Sebelum pemacu logikal (petak) yang telah diwujudkan melalui utiliti FDISKboleh digunakan petak-petak ini mesti diformatkan. Proses memformat boleh

    dilakukan melalui utiliti DOS yang bernama FORMAT.COM.

    Amaran: Apabila satu cakera diformat, semua maklumat di dalamnya (tidak

    termasuk maklumat tentang petak yang telah dimasukkan melalui FDISK) akan

    dipadamkan. Ini tidak menimbulkan masalah bagi cakera baru yang tidak

    mengandungi sebarang maklumat. Tetapi bagi cakera yang pernah digunakan dan

    mengandungi maklumat yang anda perlukan, maklumat ini mesti disandar

    (backup) sebelum cakera diformat.

    Prosedur memformat cakera keras:

    1. Butkan komputer dengan menggunakan cakera Startup Windows 98. Cakerabut ini mesti mengandungi utiliti FORMAT.COM dari versi sistem

    pengendalian yang sama.

    Pastikan versi OS adalah sama. Misalnya, jika anda ingin memasang Windows98 OSR2 pada komputer anda, cakera but yang digunakan untuk membut

    komputer mesti mengandungi fail sistem Windows 98 OSR2.

    Pada penggesa A:\, taipkan arahan Format C: /Skemudian tekan Enter untuk

    memformat pemacu C.

    Parameter/Smesti digunakan supaya selepas pemacu C diformat, fail-fail

    sistem pengendalian akan dipindahkan dari cakera but ke pemacu C dan

    pemacu C boleh digunakan untuk membut komputer.

    2. Apabila mesej amaran WARNING, ALL DATA ON NON-REMOVABLE DISK

    DRIVE C: WILL BE LOST. Proceed with Format (Y/N)? dipaparkan, taipkan

    Ydan tekan Enter.

    3. Perisian FORMAT.COM akan menunjukkan kemajuan proses format. Apabila

    proses format telah tamat dan fail sistem telah disalin ke petak (pemacu) C,

    anda akan diminta memasukkan satu label (nama) bagi cakera ini. Maklumat

    ini adalah tidak wajib dan anda boleh masukkan sebarang nama yang

    difikirkan sesuai atau menekan Enter untuk teruskan.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    57/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 55/57

    4. Formatkan petak (pemacu) lain dalam cakera keras dengan menggunakan

    arahan Format d:dan Format e:. Parameter /s tidak perlu digunakan keranahanya pemacu C sahaja perlu mengandungi sistem pengendalian untuk

    membut sistem.

    5. Selepas semua petak telah diformat, keluarkan cakera Windows StartUp dari

    pemacu cakera liut.

    6. But semula komputer dengan menggunakan cakera Windows StartUp.

    7. Sistem seharusnya membutkan sistem pengendalian dari cakera keras C dan

    memaparkan penggesa C:\.

    Berikut ialah beberapa mesej ralat yang mungkin anda temui bila membutsistem:

    Mesej Ralat Sebab ralat dan apa yang perlu dilakukan

    No boot device found Anda terlupa menetapkan petak C sebagai

    petak aktif semasa melaksanakan

    FDISK.But semula sistem dengan

    menggunakan cakera but, laksanakan

    FDISK semula dan gunakan opsyen 2

    untuk mengaktifkan petak C dan but

    sistem semula.

    No operating system Mungkin anda terlupa menggunakan /s

    semasa memformat petak C. But semula

    sistem dengan menggunakan cakera but

    kemudian memformat semula cakera C

    dengan menggunakan arahanFormat c:/s.

    8. Nota: Sekiranya cakera Windows StartUp yang anda gunakan untuk membut

    sistem ialah versi Windows 95, ia tidak mengandungi pemacu peranti (device

    driver) yang membolehkan anda menggunakan pemacu CD-ROM. Anda perlumemasang pemacu peranti bagi pemacu CD-ROM sebelum pemacu CD-ROM

    boleh digunakan.

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    58/59

    Unit KDP, Bidang Pendidikan Teknologi, PPK 56/57

    Lampiran II

    Senarai Istilah

    Bil. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris1 akses access

    2 braket sambungan port bersiri dan selari serial and parallel ports extension bracket

    3 but boot

    4 butang button

    5 cakera but boot disk

    6 cakera keras hard disk

    7 cakera liut floppy disk

    8 cas charge

    9 cas elektrik electric charge

    10 cas statik static charge

    11 dibolehkan enabled12 dijajarkan aligned

    13 dilumpuhkan disabled

    14 direktori directory

    15 fail pemasangan installation file

    16 fon font

    17 GB gigabyte

    18 huruf pemacu drive letter

    19 ikon icon

    20 imbas scan

    21 ingatan memory

    22 kabel cable23 kabel data data cable

    24 kad card

    25 kad bina dalam built-in card

    26 kad bunyi sound card

    27 kad penyesuai adapter card

    28 kapasiti capacity

    29 kapasitor capacitor

    30 kekunci key

    31 klik click

    32 klip clip

    33 konduktor conductor34 kotak dialog dialogue box

    35 kursor cursor

    36 lajur column

    37 lalai default

    38 lindung tulis write protect

    39 litar elektronik electronic circuit

    40 MB megabyte

    41 medan field

    42 megabait megabyte (MB)

    43 membut to boot

    44 memetakkan to partition45 mengimbas to scan

    46 menyerlahkan to highlight

  • 7/15/2019 Bp Diy Komputer

    59/59

    Bil. Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

    47 mesej message

    48 mesej ralat error message

    49 mikrofon microphone

    50 nyahcas discharge51 palam plug

    52 papan induk, papan ibu motherboard

    53 papan kekunci keyboard

    54 pasang dan guna, pasang dan main plug-and-play

    55 pelompat jumper

    56 pemacu drive

    57 pemacu cakera keras hard disk drive

    58 pemacu cakera liut floppy disk drive

    59 pemacu hamba slave drive

    60 pemacu logikal logical drive

    61 pemacu peranti device driver62 pemacu tuan master drive

    63 pembesar suara speaker

    64 pemprosesan kata word processing

    65 pemutar skru screw driver

    66 pengalir conductor

    67 penggesa A A prompt

    68 penutup pelompat jumper cap

    69 penutup slot tambah expansion slot cover

    70 penyambung connector

    71 penyesuai atas papan onboard adapter

    72 peranti device73 peranti persisian peripheral device

    74 perisian software

    75 perisian aplikasi application software

    76 perisian utiliti utility software

    77 perkakasan hardware

    78 persisian peripheral

    79 petak partition

    80 petak aktif active partition

    81 petak DOS primer primary DOS partition

    82 port port

    83 port bersiri serial port84 port selari parallel port

    85 primary primer

    86 sandar to backup

    87 sekunder secondary

    88 sistem pengendalian operating system

    89 skru screw

    90 slot slot