k.kerja vietnam

16

Click here to load reader

Upload: durratul-ain-jusoh

Post on 31-Oct-2015

117 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

paper work

TRANSCRIPT

Page 1: k.kerja Vietnam

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN PERNIAGAAN KE VIETNAM

TARIKH

11 - 14 APRIL 2013

TEMPAT

VIETNAM

ANJURAN

GGGC6343 PENGURUSAN ENTERPRAIS KECILL DAN SEDERHANA

TEMA

“USAHAWAN INOVATIF PEMANGKIN EKONOMI NEGARA”

Page 2: k.kerja Vietnam

SARJANA PENDIDIKAN PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

FAKULTI PENDIDIKAN

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN PERNIAGAAN KE VIETNAM

GGGC6343 : PENGURUSAN ENTERPRAIS KECILL DAN SEDERHANA

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan kelulusan program dan

sumbangan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Fakulti Pendidikan UKM

untuk mengadakan lawatan perniagaan ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

2.0 PENGENALAN

Vietnam merupakan salah satu negara pengeluar terbesar dengan menjadi sebuah negara

maju yang terkenal dalam pelbagai sektor industri terutama dalam sektor tekstile dan

garment. Di samping itu, Vietnam telah mempunyai jaringan perhubungan dan

perdagangan dengan negara-negara besar dunia seperti Amerika Syarikat, China, dan

Jepun sejak berkurun lamanya dengan jumlah dagangan mencecah US$26.5 Billion

setahun. Negara-negara pengeluar terbesar seperti China juga turut mengimport

barangan dari Vietnam. Di Malaysia, kuasa beli kini menjadi semakin besar dan pembeli

amat mementingkan kualiti sesuatu produk yang dibeli. Terdapat beberapa perkara

barangan Vietnam dipiluh. Antaranya ialah kerja tangan yang halus dan berkualiti,

perkhidmatan yang pantas serta harga yang murah. Program Lawatan Perniagaan ke

Vietnam dapat membuka peluang-peluang baru untuk para peserta mengetahui skop

perniagaan yang luas dan terkini dalam bidang keusahawanan.

Page 3: k.kerja Vietnam

3.0 MISI

Memupuk sikap berdikari, yakin diri, semangat ingin tahu, meningkatkan inisiatif dan

berkeupayaan mengenalpasti peluang perniagaan dengan bijaksana serta bertindak

sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.

4.0 MATLAMAT

4.1 Selaras dengan hasrat Universiti untuk membentuk sebuah masyarakat yang

mempunyai daya saing, dinamik, berkemahiran dan berilmu.

4.2 Menyahut cabaran dan hasrat Universiti untuk membudayakan keusahawanan dan

menjadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan para pelajar.

4.3 Memberi ruang dan peluang kepada para pelajar UKM mendalami ilmu

keusahawanan untuk membentuk pelajar sebagai pencipta kerja yang berpotensi.

4.4 Menanamkan minat dan membimbing golongan muda untuk melibatkan diri

dalam bidang keusahawanan.

4.5 Menanamkan minat dan menggalakkan golongan siswazah menceburkan diri

dalam bidang keusahawanan.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi pengetahuan kepada para peserta tentang aspek memborong barang dari

Vietnam.

Page 4: k.kerja Vietnam

5.2 Menjalinkan hubungan perniagaan atau “Networking” diantara usahawan

bumiputera kita dengan usahawan dari Vietnam.

5.3 Peserta lawatan akan berpeluang melihat sendiri kemajuan perniagaan usahawan

Ho Chi Minh selepas perang melanda Negara Vietnam.

5.4 Mendedahkan dan mempertingkatkan ilmu keusahawanan kepada para pelajar

untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam

merebut peluang kerjaya dalam bidang perniagaan moden.

5.5 Membentuk peserta yang dapat berfikir secara kritis untuk mengenal pasti

peluang-peluang perniagaan dan menggunakan peluang perniagaan dengan

bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang bertanggungjawab.

5.6 Pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak.

6.0 TEMA

“Usahawan Inovatif Pemangkin Ekonomi Negara”

7.0 ANJURAN

Pelajar – pelajar GGGC6343 Pengurusan Enterprais Kecill dan Sederhana

Page 5: k.kerja Vietnam

8.0 TARIKH DAN TEMPAT

Program ini dicadangkan pada:

Tarikh :11-14 April 2013 (Khamis – Ahad)

Tempat :Vietnam

10.0 PUBLISITI

Program ini khas untuk pelajar kursus GGGC6293 Pengurusan Kewangan Bagi

Usahawan, GGGC6253 Asas-Asas Teori Pembangunan Usahawan, GGGC6333

Keusahawanan Dari Perspektif Islam dan GGGC6333 Keusahawanan Dari Perspektif

Islam Fakulti Pendidikan UKM untuk menambah ilmu pengurusan kewangan serta

berkaitan keusahawanan.

11.0 PENGLIBATAN PESERTA LAWATAN

Kumpulan sasaran : Peniaga-peniaga kecil

Bilangan peserta : 30 orang

Pengiring : 2 orang

Jumlah : 32 Orang

12.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

13.0 TENTATIF PROGRAM

Page 6: k.kerja Vietnam

Rujuk Lampiran B

14.0 PERINCIAN PROGRAM

14.1 Penerangan dan taklimat:

Program ini memberi informasi berguna kepada usahawan atau bakal usahawan untuk

menimba pengalaman sendiri untuk memborong barangan keluaran Vietnam tanpa

khidmat orang tengah.

15.0 HASIL PROGRAM

Para peserta program lawatan dapat mnegtahui keadaaan sebenar bagaimana untuk

membeli barangan secara borong dari Vietnam.

Para peserta program dapat menimba pengalaman bagaimana peniaga-peniaga

Vietnam melakukan urusniaga harian mereka.

Para peserta berkebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan mampu

mengenalpasti potensi dan peluang perniagaan dalam konteks sebenar operasi

perniagaan.

16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Page 7: k.kerja Vietnam

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat- menyurat, sila

hubungi :

17.1 Durratul’ Ain Binti Jusoh

Setiausaha Program Lawatan Perniagaan ke Vietnam:

Vietnam,

Subjek, GGGC6343 Pengurusan Enterprais Kecill dan Sederhana

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor.

017-9282429

18.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami untuk melihat program ini dapat berjalan lancarseperti

yang dirancang dan mencapai matlamat, dan objektif yang disasarkan. Semoga usaha ini

merupakan antara sumbangan kecil kami dalam memperkasakan bidang keusahawanan di

negara ini. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan

ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

............................................................................

DURRATUL ‘AIN BINTI JUSOH

Setiausaha Program Lawatan Perniagaan ke Vietnam:

Vietnam,

Subjek GGGC6343 Pengurusan Enterprais Kecill dan Sederhana,

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 8: k.kerja Vietnam

Disemak oleh,

..............................................................................

PROF

Penasihat Program Lawatan Perniagaan ke Vietnam:

Vietnam,

Pensyarah GGGC6343 Pengurusan Enterprais Kecill dan Sederhana,

Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 9: k.kerja Vietnam

LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

PROGRAM LAWATAN PERNIAGAAN KE VIETNAM:

PENAUNG

Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah binti Syed Hasan Shahabudin

Naib Canselor

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGERUSI

Prof. Dato' Ir. Othman Karim

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENYELARAS

En. Musa Zainal Abidin Othman

Timbalan Pendaftar

Pusat Perkhidmatan Pelajar

Universiti Kebangsaan Malaysia

PENASIHAT

Prof

Pensyarah GGGC6343 Pengurusan Enterprais Kecill dan Sederhana

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 10: k.kerja Vietnam

PENGARAH PROGRAM

Nurul Fazlina Binti Mat Zin (FPEND/2/P66472)

SETIAUSAHA

Durratul ‘Ain Binti Jusoh (FPEND/2/P66311)

BENDAHARI

Amalina Asmaa Binti Ismail (FPEND/2/P67831)

PUBLISITI, MULTIMEDIA, BUKU PROGRAM

Zaiton Binti Idris (FPEND/1/P66556)

KESELAMATAN

Laila Hamiza Binti Bahauddin

Page 11: k.kerja Vietnam

LAMPIRAN B

TENTATIF

PROGRAM LAWATAN PERNIAGAAN KE VIETNAM:

Tarikh/

Hari

MASA AGENDA TEMPAT

11.04.2013

(Khamis)

3.00 Petang Berkumpul di ICCT

Saigon, Ho Chi

Min, Vietnam

7.00 Petang

7.15 Petang

Tiba di Lapangan Terbang Saingon

Check In di hotel

Berkumpul untuk membeli belah di

Ben Thanh Market

12.04.2013

(Jumaat)

8.00 Pagi

9.00 Pagi

Sarapan Pagi

Bertolak ke Terowong Chu Chi

10.30 Tengah Hari

11.00 Petang

1.30 Petang

2.00 Petan

Makan tengahari di restoran

tempatan

Ke muzium War

Ben Than Market

13.04.2013

(Sabtu)

Sarapan pagi

My Tho City

Ben Tre Province

Berhenti makan tengahari Ho Chi

Minh City

Vi Anh Boutique dan kembali di

Ben Thanh market

Page 12: k.kerja Vietnam

14.04.2013

(Ahad)

Sarapan pagi

China Town (Binh Tay Market)

Makan tengahari

Melawat Pejabat Pos Saigon

Berangkat pulang ke Kuala Lumpur

Page 13: k.kerja Vietnam

LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

PROGRAM LAWATAN PERNIAGAAN KE VIETNAM

ANGGARAN JUALAN 40 ORG X RM 1,400HARGA BORONG TRAVEL AGENCY SETIAP SEORANGRM 38,000/ 40=RM 950

RM 56,000PERBELANJAANAIR TICKET-AIRASIA 40 0RG X RM 500 RM 20,000PENGINAPAN-2MLM 40 ORG X RM 100 RM 4,000TOURIST GUIDE FEE 40 ORG X RM 100 RM 4,000TRANSPORTATION FEE

RM 2,000

MEALS 40 ORG X RM 200 RM 8,000 (RM38,000)ANGGARAN KEUNTUNGAN

RM 18,000